“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Jumaat, Disember 28, 2007

Happy Syirik! (Selamat Menyekutukan Allah)

Happy Syirik!
(Selamat Menyekutukan Allah)???

http://an-nawawi.blogspot.com/

Baru-baru ini, saya menonton sebuah rancangan di TV3 pada pagi hari Selasa lepas (25-12-2007). Kelihatan mereka begitu ghairah, meriah dan gembira sekali bersama-sama memeriahkan/meraikan hari/perayaan krismas... Saling bertukar-tukar ucapan (wish/greeting) sesama mereka... Yang mengejutkan saya adalah, mereka (host/krew rancangan) tersebut adalah beragama Islam.

Sungguh sedih dan terkejut kerana masyarakat Islam kita hari ini masih ramai yang tidak/belum memahami atau mungkin gagal memahami hakikat tauhid dan aqidah yang sewajarnya difahami oleh semua muslim/muslimat. Sebahagian mereka (umat Islam hari ini) kelihatan seakan-akan amat bermudah-mudah dalam persoalan aqidah malah sanggup bersama-sama merayakan hari (perayaan) Krismas dengan riang gembiranya tanpa ada rasa bersalah sedikit pun...

Sebelum itu, tahukah kita apa yang dimaksudkan dengan Krismas atau sempena apa 25 Disember setiap tahun di-raikan oleh orang-orang Kristian? Jadi, apakata kita lihat dulu secara ringkas. Berikut saya bawakan beberapa penjelasan mengenai-nya:

Maksud Christmas disisi penganut agama Kristian:

Christmas is an annual holiday that celebrates the birth of Jesus. It refers both to the day celebrating the birth, as well as to the season which that day inaugurates, which concludes with the Feast of the Epiphany. The date of the celebration is traditional, and is not considered to be his actual date of birth. Christmas festivities often combine the commemoration of Jesus' birth with various cultural customs, many of which have been influenced by earlier winter festivals. Although a Christian holiday, it is also observed as a cultural holiday by many non-Christians. (Rujuk Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Christmas)

Siapa Jesus di-sisi penganut agama Kristian:

1 – Jesus sebagai jelmaan tuhan-

Christians predominantly believe that Jesus is God incarnate, who came to provide salvation and reconciliation with God. Nontrinitarian Christians profess various other interpretations regarding his divinity. Other Christian beliefs include Jesus' Virgin Birth, performance of miracles, fulfillment of biblical prophecy, ascension into Heaven, and future Second Coming. (Rujuk Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Jesus)

2 – Jesus sebagai anak tuhan-

Dari sudut yang lain juga, sebahagian besar penganut Kristian meng-imani (mengakui) bahawa Jesus adalah anak tuhan. (Sebagaimana dalam bible: He and the Father are one (Bible John 10:30) - http://en.wikipedia.org/wiki/Jesus & http://en.wikipedia.org/wiki/God_the_Son)

Jesus di-sisi Agama Islam:

In Islam, Jesus (Arabic: عيسى, commonly transliterated as 'Isa) is considered one of God's most beloved and important prophets, a bringer of divine scripture, a worker of miracles, and the Messiah. However, Muslims do not share the Christian belief in the crucifixion or divinity of Jesus. Muslims believe that Jesus' crucifixion was a divine illusion and that he ascended bodily to heaven. Most Muslims also believe that he will return to the earth in the company of the Mahdi once the earth has become full of sin and injustice at the time of the arrival of Islam's Antichrist-like Dajjal. (Rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Jesus)

Pernyataan al-Qur’an:

Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak." Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, (Surah Mariam, 19: 88-89)

Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. (al-Ikhlas, 112: 3)

“Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?." Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau.” (al-Ma’idah, 5: 116)

Maka dengan ini... sebagai perumpamaannya-

Terbayangkah di fikiran kita, apakah wajar dan patut seseorang yang waras fikiran serta nalurinya untuk mengucapkan tahniah dan ucap selamat (wish/greet) kepada penjenayah pembunuh, pencuri (yang mencuri atau mahu melakukan kecurian), perogol dan seumpamanya. Lebih-lebih lagi, yang menjadi mangsa kejahatan itu adalah diri kita sendiri! Jika kita mengatakan tidak, maka soal Mengucapkan tahniah (wish/greeting) kepada perayaan kaum kuffar (yang mengandungi penyekutuan ke atas Allah) lebih utama lagi untuk ditidakkan dan dijauhkan, kerana jelas ianya membawa maksud redha dan setuju terhadap kepercayaan-kepercayan yang ada dalam sesuatu perayaan tersebut. Masuk akalkah, seseorang muslim yang mentauhidkan Allah (muslim yang murni aqidahnya) mengucapkah tahniah atas dasar sempena kekafiran (dan kesyirikan) seorang Budha, Hindu atau Kristian yang sedang menyembah tuhan mereka atau yang sedang merayakan perayaan mereka yang penuh kesyirikan menurut neraca Islam? Ini berbeza dengan soal muamalah biasa. Soal muamalah seperti berjual beli atau seumpamanya, maka itu tiada masalah. Tetapi, ini adalah menyangkut paut persoalan kepercayaan/iktiqad/keimanan/aqidah.

Dan aku tidak beribadat sebagaimana kamu beribadat. Dan kamu tidak beribadat sebagaimana yang aku beribadat. Dan bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami. (al-Kafirun 109: 2-6)

Persoalan ini dapatlah disamakan/diandaikan sebagaimana berikut yang mana kita mengucapkan selamat kepada si perogol, pencuri, dan pembunuh dengan ucapan:

“Semoga kamu selamat membunuh, mencuri, atau merogol.”

Atau

“Tahniah kerana anda telah merogol anak saya.”

Atau

“Selamat berbahagia dengan pekerjaan anda sekarang.”

Atau juga,

“Tahniah kerana anda telah selamat melaksanakan pekerjaan anda (mencuri, merogol, atau membunuh)”

Secara logiknya, mana mungkin kita akan mengucapkan ke atas mereka yang sedang melakukan kemungkaran atau maksiat dengan ucapan tahniah atau selamat? Mana mungkin kita akan rasa gembira bila melihat manusia itu melakukan kemungkaran. Jadinya, dalam persoalan syirik apatah lagi, kerana persoalan syirik adalah suatu persoalan yang lebih besar lagi kemungkarannya berbanding maksiat seperti perbuatan rogol, zina, mencuri, dan membunuh. Kerana ianya berhubung kait dengan aqidah (ke-Islaman).

“Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman, 31: 13)

Kepada maysrakat Muslim seluruhnya, marilah sama-sama kita mencari tahu dengan ilmu yang benar, semoga segala apa yang kita lakukan adalah sentiasa jelas dan selamat di sisi syariat.

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (al-Isra’, 17: 36)

Apa yang saya utarakan ini, bukan difokus sekitar isu perayaan krismas sahaja, malahan telitilah sama kepada persoalan-persoalan perayaan yang lain seperti Deepavali, deeparaya, tahun baru cina, thaipusam, dan seumpamanya, malahan persoalan lain yang seumpamannya.

Sebaliknya, ajaklah mereka kepada yang “terbaik” menurut takrifan Islam... Dekatilah mereka dengan sebaiknya yang menurut Islam, bukan menurut akal.

“Apabila kamu diberi penghormatan/ucapan dengan sesuatu penghormatan/ucapan, maka balaslah penghormatan/ucapan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan/ucapan itu. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.” (Surah an-Nisa’ 4: 86)

Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat, sebagai contoh:

Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih kerana memberi hadiah”.

Dan harus difahami bahawa, ucapan/penghormatan yang baik itu bukanlah suatu ucapan yang merestui/meraikan kesyirikan mereka. Tetapi, mestilah ucapan yang baik yang diambil kira menurut neraca Islam.

Untuk lebih lanjut, boleh lihat link ini (perbincangan lebih terperinci berkenaan “Hukum Merayakan Perayaan Orang-orang Kafir”) - http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/12/047-bolehkah-merayakan-perayaan-orang.html

Wallahu a’lam...

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

sayang sekali. orang islam selama ini tidak mengendahkan hari kelahiran nabi isa-hari lahir salah seorang rasul.cuba kita adakan hari menyambut kelahiran nabi isa dengan cara islam sebab nabi isa juga adalah nabi untuk orang-orang islam. nabi isa akan kembali dan menyelamatkan kita semua dia akhir zaman. kita perlu juga mendapatkan keberkatan baginda debgan menyambut hari kelahiranya dengan cara islam.

Tanpa Nama berkata...

krismas bukan bday jesus/isa A.S, actually perayaan agama pagan/mithraism zaman rom sempena kelahiran tuhan saturn.tarikh ini juga merupakan tukar musim 25 dis=solstice musim sejuk dalam bible pon x tulis sebab x de sape tau mary/maryam melahirkan kat mana(yg dorg tau dlm jungle).mary/maryam bwk jesus/isa A.S dah dilahirkan t org yg tye dia. org kristen rom smbt sebab diorang ikut agama pagan sblm kristen smpi-aku dh terilangkan link website tsebut. org kristen sndri ngaku, lagipun org kristen mesir ngan rusia smbt xmas 6-7 jan.saturn tu dikatakan anak tuhan.diulangkan tiada rekod menunjukkan jesus/isa A.S tu lahir bila.nk tau, baca dlm website readingislam