Parti Islam, Negara Islam???
http://an-nawawi.blogspot.com
Sungguh suatu ketika kita sering kedengaran bahawa mereka pernah mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara kafir (bukan negara Islam). Mungkin kurang dari itu, dan lebih sopan lagi, mereka mengatakan Malaysia negara sekular.
Namun anehnya, mereka menyanjung tinggi Iran sebagai Republik Islam.[1] Iran sebagai sebuah negara Islam contoh! Mereka mengakui Sang Khomeini laknatullah sebagai seorang Imam tokoh revolusi (mujaddid) di dalam Islam yang wajar dihormati dan didoakan rahmat ke atasnya.[2] Hakikatnya, dia bukanlah Ayatullah (tanda-tanda Allah) Khomeini, tetapi Ayatus Syaithon (tanda-tanda Syaithon)![3]
Melabelkan negara sendiri (Malaysia) sebagai kafir, sekular, dan seumpamanya. Yang negara sendiri masih melaungkan azan yang baik dan syi’ar solat berjama’ah yang diimarahkan.[4] Tetapi kenapa mahu menyanjung pula negara yang cukup-cukup diragui status agamanya sebagai “Republik Islam”. Yang mana negara tersebut terpenuhi dengan kalam ulamanya yang mencela dan mencaci para sahabat-sahabat Nabi kita yang diredhai.[5] Yang menzahirkan solat dan azannya cukup-cukup berbeza dari apa yang dibawakan oleh para salaf kita yang mulia. Yang menjadi pendukung-pendukung negaranya adalah Syi’ah Rafidhah yang melancarkan perang di serata tempat terhadap masyarakat Ahlus Sunnah[6]...
Jadi, di mana letak akalmu???
Footnote:
[1] Boleh juga dilihat sebahagian pernyataan mereka di sini: http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/06/065-apakah-orang-orang-pas-masih-tidak.html
[2] Ibid.
[3] Rujuk Kuliah “Konspirasi Syi’ah & Yahudi”, Armen Halim Naro. http://an-nawawi.4shared.com
[4] Rujuk artikel: Kriteria Asas Sebuah Negara Islam, http://an-nawawi.blogspot.com/2007/07/kriteria-asas-sebuah-negara-islam.html
[5] Sila teliti di dalam buku-buku seperti berikut: 1 - asy-Syi’ah was Sunnah, Dr. Ihsan Ilahi Zahir, Idarah Tarjuman as-Sunnah, Lahore (Pakistan). 2 – Risalatun fir Raddi ‘alal Rafidhah, Muhammad Abdul Wahhab, Darul Atsar, Yaman. 3 – Jawapan Ahl al-sunnah Kepada Syi’ah al-Rafidhah..., Kapten Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Baru (Malaysia). 4 – Komeini - A Moderate or a Fanatic Shi’ite, Dr. Abdullah Muhmmad Ghareeb, Pustaka Ushamurni, Kuala Lumpur (Malaysia).
[6] Komeini - A Moderate or a Fanatic Shi’ite, Dr. Abdullah Muhmmad Ghareeb, Pustaka Ushamurni, Kuala Lumpur (Malaysia).