“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Selasa, Mac 10, 2015

Tawakkal Seperti Burung dan Haiwan Melata

Tawakkal Seperti Burung dan Haiwan Melata

Abu Numair

Dari ‘Umar bin Al-Khaththaab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا

“Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang haq (yang benar), Allah pasti memberi rezeki kepada kalian sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung-burung. Burung-burung tersebut keluar di pagi hari dalam keadaan perut kosong, lalu pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.” (Musnad Ahmad, no. 373. Sunan At-Tirmidzi, no. 2344. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi, Al-Albani, dan Syu’aib Al-Arnauth)

Ikuti kupasan dan perbahasan hadis ini di website kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=10025

Sabtu, Disember 27, 2014

Doa-doa Anjuran Nabi Ketika Tertimpa Kesusahan, Bencana, dan Kesedihan

Doa-doa Anjuran Nabi Ketika Tertimpa Kesusahan, Bencana, dan Kesedihan

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengajarkan kepada kita beberapa doa tatkala berhadapan dengan kesusahan, bencana, musibah, atau kesedihan. Yang mana seandainya doa-doa ini dipanjatkan kepada Allah dan diamalkan dengan benar, nescaya Allah akan mengabulkannya sama ada cepat (di dunia) mahupun tertunda (di akhirat), Allah akan memberikan ganjaran pahala kepada yang mengamalkannya, menambahkan kedekatan dengan Allah, menjadi motivasi bagi yang mengamalkannya, mendatangkan ketenangan kepada hati, dan merawat jiwa yang gundah atau hampir putus harap dengan kembali mempererat tautan dan kebergantungan hanya kepada-Nya.

Ikuti artikel sepenuhnya di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=11943

Khamis, Disember 25, 2014

Hikmah di Balik Musibah

Hikmah di Balik Musibah

Abu Numair Nawawi bin Subandi
www.ilmusunnah.com

Hampir setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun, dan mungkin saat ini, pasti ada sahaja sesuatu yang datang kepada kita, kepada keluarga kita, kepada sahabat-sahabat kita mahupun sesiapa sahaja dari insan yang kita kenali atau pun tidak. Yang berada berdekatan mahupun yang jauh jaraknya dari lokasi kita berada. Suatu perkara yang datang dalam bentuk yang adakalanya tidak kita sangka-sangka. Sama ada dalam bentuk peristiwa, harta atau kemewahan, kesakitan, demam, kegembiraan, dan mungkin juga termasuklah perubahan fenomena alam.

Hakikat dan realitinya, dalam kehidupan kita sebagai manusia yang merupakan hamba Allah, iaitu hamba kepada Rabb yang Maha Pencipta dan yang Mengatur sekalian Alam, kita pasti tidak akan lepas dari menerima atau mengalami pelbagai jenis cubaan, ujian, dan mungkin juga fitnah mahu pun musibah.

Malahan, ujian dan pelbagai jenis cubaan itu sendiri adalah merupakan sunnatullah. Yang mana Allah sendiri telah menyatakan bahawa Dia akan menguji kita dengan sesuatu yang sama ada disenangi mahu pun yang sebaliknya iaitu dari hal-hal yang dibenci.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji dengan keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (ujian). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.” (Surah al-Anbiya’, 21: 35)

Baca artikel penuh di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=9967

Khamis, Disember 04, 2014

Banyak Beramal Dengan Iringan Rasa Khauf (Takut)

Banyak Beramal Dengan Iringan Rasa Khauf (Takut)

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Bahawa ‘Aisyah isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang ayat ini:

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ

“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut (kerana mereka tahu sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka)...” (Surah Al-Mu’minun, 23: 60)

Tanya ‘Aisyah:

أَهُمُ الَّذِينَ يَشْرَبُونَ الخَمْرَ وَيَسْرِقُونَ؟

“Adakah mereka itu orang-orang yang meminum al-khamr (arak) dan pencuri?”

Jawab Nabi:

لَا يَا بِنْتَ الصِّدِّيقِ، وَلَكِنَّهُمُ الَّذِينَ يَصُومُونَ وَيُصَلُّونَ وَيَتَصَدَّقُونَ، وَهُمْ يَخَافُونَ أَنْ لَا تُقْبَلَ مِنْهُمْ {أُولَئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ

“Tidak wahai binti Shiddiq, tetapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, bersolat, dan bersedekah. Mereka takut jika amal-amal mereka tidak diterima. “Merekalah orang yang berlumba-lumba dalam kebaikan, dan merekalah orang yang awal (mendapatkannya).” (Surah Al-Mu’minun, 23: 61).” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3175)

Baca selengkapnya di website kami » http://www.ilmusunnah.com/banyak-beramal-dengan-iringan-rasa-khauf-takut/

Hukum Ikhtilath Di Tempat Kuliah

Hukum Ikhtilath Di Tempat Kuliah

Al-Ustadz Dzulqarnain Al-Makassari

Tanya:
Bagaimana halnya apabila ada yang kuliah di tempat ikhtilath, bagaimana kalau ada akhwat yang sengaja meninggalkan kuliahnya untuk belajar sunnah, kerana dia merasa apa yang dipelajari di kampus tidak dapat sejalan dengan sunnah rasul. Tapi di sisi lain ia berlawanan pula dengan (harapan) keluarga yang masih berharap besar pada kuliahnya dengan dalih masa depan. Syukran. Mohon nasihatnya.

Baca selengkapnya di » http://www.ilmusunnah.com/ikhtilat-di-tempat-kuliah/

Menolak Kebenaran Adalah Bentuk Kesombongan

Menolak Kebenaran Adalah Bentuk Kesombongan

Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah
www.ilmusunnah.com

Dari hadis ‘Abdullah Ibn Mas’oud, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar zarrah.”

Seorang lelaki bertanya, “Sesungguhnya orang lelaki menyukai apabila bajunya bagus dan kasutnya juga baik?”

Rasulullah pun berkata, “Sesungguhnya Allah itu indah, Dia menyukai yang indah. Kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah terhadap manusia.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 91)

Baca kupasan selengkapnya di website kami » http://www.ilmusunnah.com/menolak-kebenaran-adalah-bentuk-kesombongan/

Tips dan Terapi Agar Mampu Meninggalkan Muzik dan Nyanyi-nyanyian

Tips dan Terapi Agar Mampu Meninggalkan Muzik dan Nyanyi-nyanyian

Abu Numair
www.ilmusunnah.com


Ini adalah siri terakhir dari beberapa siri terdahulu bagi perbahasan nyanyian dan muzik untuk ilmusunnah.com.

Artikel terdahulu boleh dicapai dari pautan berikut: Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4, Bahagian 5, Bahagian 6, Bahagian 7.

Baca selengkapnya di website kami » http://www.ilmusunnah.com/tips-dan-terapi-agar-mampu-meninggalkan-muzik-dan-nyanyi-nyanyian/