“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Memaparkan catatan dengan label Remaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Remaja. Papar semua catatan

Sabtu, September 05, 2009

Tingkatkan Amalan Bersedekah Di Bulan Ramadhan

Tingkatkan Amalan Bersedekah Di Bulan Ramadhan

http://an-nawawi.blogspot.com

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ (٢٧١)لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلأنْفُسِكُمْ وَمَا تُنْفِقُونَ إِلا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ (٢٧٢)لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الأرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ (٢٧٣)الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ


Maksud: Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari wajah Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup dan kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan). (Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari perbuatan meminta-minta. Kamu mengenali mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui. Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Surah al-Baqarah, 2: 271-274)


ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ


Maksud: Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma berkata:

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah manusia yang paling dermawan (pemurah) di dalam perkara kebaikan dan kemuncak sifat dermawan beliau itu ditunjukkan pada bulan Ramadhan. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab Shaum (Puasa), 6/470, no. 1769)

Mereka Yang Wajar (Utama) Untuk Dihulurkan Sedekah Padanya


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْمِسْكِينُ بِهَذَا الطَّوَّافِ الَّذِي يَطُوفُ عَلَى النَّاسِ فَتَرُدُّهُ اللُّقْمَةُ وَاللُّقْمَتَانِ وَالتَّمْرَةُ وَالتَّمْرَتَانِ قَالُوا فَمَا الْمِسْكِينُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الَّذِي لَا يَجِدُ غِنًى يُغْنِيهِ وَلَا يُفْطَنُ لَهُ فَيُتَصَدَّقَ عَلَيْهِ وَلَا يَسْأَلُ النَّاسَ شَيْئًا


Maksud: Dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Orang yang miskin itu bukanlah orang yang sibuk ke sana dan ke sini meminta-minta satu dua buah kurma, satu dua suap makanan dan satu dua kali makan, akan tetapi orang miskin itu adalah orang yang tidak memiliki harta yang mencukupi bagi dirinya dan dia tidak mampu berusaha, maka hendaklah dia diberi sedekah dan dia tidak boleh meminta apa pun kepada orang lain. (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab az-Zakah, 5/243, no. 1722)

Juga sebagaimana yang dijelaskan melalui ayat firman Allah di atas.

Wallahu a'lam.

Download (Klik)

Sumber:
http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Selasa, Julai 21, 2009

Yang Telanjang Itu Menawan? (Setelah diedit semula)

Yang Telanjang Itu Menawan?

http://an-nawawi.blogspot.com

Semester baru universiti sudah pun bermula. Maka, penuhlah sekitar bandaraya Anggerik Shah Alam ini terutamanya di sekitar Seksyen 7. Saya adalah salah seorang yang menetap di kawasan ini bersama sahabat-sahabat dan masyarakat penduduk yang lain.

Hampir setiap waktu, dari pagi, tengah hari, petang dan sehinggalah ke tengah malam, kawasan ini dipenuhi dengan kebanyakannya/majoritinya adalah pelajar-pelajar dari universiti berhampiran. Adakalanya terasa sungguh meriah kawasan ini kerana dipenuhi dengan manusia bergelar pelajar. Tetapi adakalanya juga terasa begitu menyesakkan dan merimaskan suasana. Mana tidaknya, semua lokasi dipenuhi dengan gerak-aktiviti mereka. Dari kedai photostat, restorant, kedai makan, pusat komputer, klinik, dan pusat membeli belah hampir semuanya disibuki dengan aktiviti peribadi pelajar yang berkampung di kawasan ini. Maklumlah, tentu sekali masing-masing memiliki keperluan, namun tidak kurang juga mereka yang sengaja berjalan-jalan memenuhkan ruang tanpa keperluan... pendek kata, “merewang”...

Namun, itu sudah menjadi perkara yang normal dan biasa di mana-mana pun tempat yang membangun yang bernama bandar/urban/kotaraya. Sebenarnya ada lagi perkara yang lebih “menarik” perhatian. Bukannya kesibukan dan keramaian mereka semata-mata. Tetapi, adalah identiti, penampilan dan gaya yang mereka tunjukkan dan peragakan ketika menyibukkan diri di sekitar kawasan ini. Maka, sekali lagilah saya ingin menyentuh tentang perempuan, terutamanya dari golongan pelajar dan mahasiswi.

Kalau sebelum ini mungkin dalam tulisan yang terdahulu ada menyentuh berkenaan persoalan wanita yang tempatnya adalah sepatutnya di rumah dan jauh dari hiruk-pikuk dunia luar, tetapi nampaknya wanita zaman ini semakin sukar dikawal dan mengawal diri. Mereka lebih suka bebas meninggalkan kediaman masing-masing lalu mencari kepuasan buat diri mereka di luar. Maaf, kepada yang tidak terlibat. Artikel ini saya utarakan adalah berputar sekitar mereka yang berkaitan sahaja. Yang tidak berkaitan (yang baik-baik), janganlah terasa.

Adalah suatu yang normal, apabila seseorang anak kecil itu meningkat remaja, lalu mendapat kelonggaran untuk meninggalkan ibu bapa mereka lantaran tawaran masuk ke universiti, perasaan memiliki kebebasan itu amat dirasai. Lalu, lama kelamaan andainya perasaan dan naluri jiwa itu tidak dikawal, ia mengakibatkan manusia lupa akan batas kebebasan yang sewajarnya. Lalu, tanggungjawab asas masing-masing pun mula terabai. Ini merangkumilah tanggungjawab kepada diri sendiri, ibu bapa dan juga Tuhannya.

Berbalik kepada tajuk, apakah benar yang bertelanjang itu menawan? Hakikatnya, inilah yang ingin saya utarakan dan lontarkan kepada anda para mahasiswi terutamanya di mana pun berada. Apakah ketelanjangan itu identiti dan “grand trend” wanita masa kini? Inilah yang sebenarnya menyesakkan dan merimaskan mata-mata dan hati-hati manusia terutamanya lelaki tidak kira sama ada mereka itu terdiri dari golongan pelajar, pekerja kilang, pekerja kontrak, tukang paip/plumber, jurutera DNA, pakar komputer, polis, pak guard/security, ustaz, tukang jaga cyber kafe, mahupun penganggur! Hati mereka pasti gusar melihat dan memerhatikan trend wanita telanjang masa kini. Kerana, itu adalah fitrah mereka (untuk merasa terangsang) yang telah Allah berikan kepada mereka.

Mana tidaknya, kalau wanita-wanita yang berjalan ke sana dan ke mari ini berpenampilan hampir seperti seseorang dari pasukan skuad renang dunia tetapi bukan untuk berenang. Ini dibuktikan! Pakaian mereka memang habis ketat, dari hujung kaki sampai ke hujung atas. Kepalanya sudah tentu juga bertelanjang kebanyakkannya. Wajarkah mengungkapkan al-hamdulillah? Kerana walaupun ada di antara mereka yang masih berpakaian ketat dan sendat seumpama baju selam laut dalam dan renang, masih ramai yang tidak meninggalkan tudung atau tidak menelanjangkan kepala serta rambutnya. Namun, itu bukan juga lesen sebagai bukti bahawa anda sudah cukup syarat menutup apa yang sepatutnya ditutup. Tetapi, itu hanya menunjukkan yang anda ini tidak pandai berfesyen!

Ada pula sebahagiannya memotong/memendekkan habis kain-kain mereka lalu menelanjangkan betis-betis mereka sehinggalah ke peha-peha mereka. Bukan sekadar itu, sebahagiannya yang lain pula, memakai seluar agak panjang, namun, di atas nya pula sengaja ditelanjangkan, lalu dengan megah dan sengaja membanggakan barangan milik bakal anak-anak mereka untuk menghilangkan dahaga itu ditonjolkan keluar sebahagiannya.

Mana tidak menyesakkan hati, mata dan jiwa raga manusia bernama lelaki memandang atau terpandang akannya. Pasti mereka tertawan dan tidak senang duduk jadinya. Biji mata pun jadi tidak tenteram gerakannya. Biarpun mereka tukang paip, pekerja kilang, mahupun mungkin ustaz-ustaz sekalipun seperti yang saya sebutkan tadi. Peragaan mereka ini memang cukup menawan hati-hati lelaki yang gusar dan mudah luntur imannya. Orang-orang yang kuat imannya sebelum ini pun mungkin hangus imannya sekelip mata lantaran panahan dan silauan tubuh-tubuh anda itu. Apalagi yang tidak mementingkan iman dan agama!

Kalau kebiasaanya, dunia peragaan ini sedikit masa dahulu munculnya di dalam majalah-majalah hiburan, media-media massa atau elektronik, namun sekarang ini sudah live! di depan mata anda sendiri! Anda berpeluang melihatnya live! tanpa sensor. Malah tidak dikenakan sebarang caj bayaran atau segala yang berkaitan. Mereka gembira menjadi tontonan umum menelanjangkan diri mereka yang perasan cantik, menawan dan menggoda itu di kancah umum tanpa mengenakan sebarang bayaran. Apakah tubuh-tubuh mereka tidak punya nilai agaknya? Ataukah sebegitu murah sekali harga diri mereka untuk diratahi oleh si mata keranjang?

Penampilan mereka yang “vogue dan grand” itu memang “menawan sekali” dan ini amat diakui bukan sahaja dari kaca-mata seorang lelaki, tetapi juga dinyatakan oleh Kitab yang Agung. Ini lantas diambil kesempatan, oleh sebahagian di antara para pengeluar rancangan edisi kaca tv dengan memainkan isu ini, antaranya adalah dengan mengutarakan syarat untuk berlakon drama dan filem mahupun iklan 10 saat, ialah mesti sanggup bertelanjang. Sanggup membuka tudung, sanggup memendekkan kain dan seluar, serta sanggup melondehkan baju mahupun menyendatkan pakaian. Ini adalah bagi tujuan menyingkapkan/menunjukkan apa yang tersorok dari “keindahan wanita” itu bagi melahirkan perasaan ghairah dan tarikan. Tidak lain, tujuannya adalah untuk menawan, mengghairahkan, dan mempersonakan para penonton di seantero dunia manusia. Dunia haiwan, tidak termasuklah, kerana haiwan sendiri sudah lama tidak berbaju! Berbulu itu adalah...

Beginilah modes operandinya dan tampak kaedahnya... Sungguh hebat plan perniagaan jual tubuh ini dilaksanakan di seluruh dunia masa kini, dengan mengambil kesempatan melalui pesona mutiara tubuh-tubuh wanita. Sehinggalah akhirnya, perniagaan ini turut dilakukan oleh majoriti anak-anak gadis kita. Dan sebahagian besarnya tidak lagi perlu dibayar untuk tujuan itu. Mereka gembira dengan trend telanjang yang dipropagandakan itu. Kini mereka dari kaum-kaum wanita itu sendiri telah se-akan dirasuk lalu merasa bangga menelanjangkan diri sendiri. Sungguh perasan bahawa diri mereka memiliki tubuh yang hebat dan memiliki permintaan yang tinggi demi kepuasan si mata-mata keranjang.

Inilah kesibukan dan kesesakan yang menggusarkan hati-hati manusia. Jiwa mereka tertawan dengan fenomena wanita telanjang! Terdetiklah di hati sebahagian lelaki dengan keinginan untuk menyambar sahaja wanita-wanita yang lalu di depan mata. Ya, kerana mereka itu sungguh “menawan” hati-hati insan bernama lelaki sejati. Tak kira apa gelaran yang mereka sandang. Sehinggakan menteri pun sanggup melucutkan jawatan lantaran pesona wanita. Adun “parti Islam” pun pernah tertewas naik turun mahkamah kerananya. Hati lelaki mana yang tidak bergelojak nafsu dan naluri seksualnya melainkan mereka yang “kurang bernasib baik” sahaja.

Ya, identiti wanita telanjang memang “menawan” dan cukup memikat. Kalau tidak, masakan majalah-majalah dan media-media televisyen sanggup mengeluarkan pelaburan yang tinggi demi untuk memaparkan ketelanjagan wanita-wanita? Ini tidak lain untuk menawan dan memancing penonton di seantero tanah air dan sudah tentu juga di peringkat dunia!

Kalau tidak menawan, mana mungkin dunia sindikit VCD lucah/blue mampu bermaharajalela di seluruh tanah air bernama malaysia. Kalau tidak kerana kandungannya adalah terdiri dari wanita-wanita telanjang dan lelaki-lekaki telanjang juga, mana mungkin insan-insan yang sudah “tertawan hatinya” untuk tidak sanggup berebut-rebut mendapatkannya. Dan mana mungkin mereka setia di kaca-kaca TV rumah mereka bagi menunggu racangan wanita telanjang kegemaran mereka. Mana mungkin mereka sanggup berjam-jam menatap skrin komputer mereka mencari-cari laman web lucah. Mana mungkin mereka sanggup berjaga malam keluar ke disko-disko bagi menatap aksi wanita telanjang ini, dan jika ada “nasib yang baik”, mungkin mereka mendapat peluang meratah tubuh wanita separa telanjang yang diidam-idamkan.

Hakikatnya, sekarang ini tidak lagi perlu ke disco-disco, tetapi cukup berjalan-jalan di sekitar kota dan bandaraya. Semua itu sudah terbuka dan menjadi percuma. Malah, kita amat “bernasib baik”, kerana mereka yang bertelanjang itu terdiri dari kalangan yang muda-muda lagi remaja, iaitu dari kalangan para pelajar/mahasiswi IPT yang dikatakan berpelajaran tinggi. Mereka yang dikatakan “masih hijau ranum” inilah yang “seronok” dan “mengghairahkan” untuk dipandang dan ditatap. Mereka yang “masih bergetah” inilah yang dikatakan mampu menaikkan jiwa muda setiap insan bernama lelaki.

Lalu, tidak hairanlah dan jangan disalahkan jika budaya rogol dan “mengambil kesempatan” ke atas wanita begitu berleluasa berlakunya di sekitar tanah air kita. Kerana memang wanita-wanita telanjang inilah yang dengan relanya telah “memberi kesempatan” dan menyemarakkan gelombang nafsu seksual kepada laki-laki bernafsu ini meratahi tubuh anda dari hujung jari kaki, sehinggalah ke hujung rambut anda. Maka, dari dunia peragaan umum di kancah kesibukan bandar dan kota, akhirnya mengakibatkan aksi ranjang/seksual di dalam semak, hotel, kereta, dan rumah-rumah kosong yang ditinggalkan penyewa.

Yang lebih mengeruhkan keadaan, akhirnya mengeluarkan produk anak luar nikah. Setelah kemaluan dan tubuh habis dirobek serta diratah, kini kekusutan bertambah-tambah lagi. Dunia pelajar entah ke mana, pengurusan diri pun sudah menjadi serabut.

Izinkan saya membuat perumpamaan, jika kita melihat jagung dan pisang yang masak ranum, mahu tidak mahu, kenalah dikupas untuk dimakan. Namun, jika sudah tidak berkulit, apa lagi yang hendak dikupas? Ngap! Je lah!... Tapi, kebiasaannya yang sudah tidak berkulit ni sudah terdedah kepada bermacam pathogen dan udara berbahaya... wallahu a’lam...

Maka, beringatlah wahai perempuan-perempuan semua. Ketahuilah bahawa anda bukanlah semurah itu untuk diratah secara percuma. Anda bukan bahan peragaan di pentas jalanan.

Di dalam kitab Allah, Dia Subhanahu wa Ta’ala ada menyatakan:

“Hendaklah mereka (wanita) menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada mahram mereka.” (Surah an-Nuur 24: 31)

Dari sini Allah sudah menggariskan batas-batas peragaan/pemakaian yang perlu anda patuhi sebagai seorang wanita yang beriman dan baik-baik. Ini antaranya adalah kerana anda memang kumpulan yang mampu memukau dan menawan naluri lelaki-lelaki di luar sana. Lalu Allah Subhanahu wa Ta’ala atas sifat kasih sayangnya dan Maha Mengetahui, Dia menjaga anda dengan perintah seperti itu.

“...Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nuur 24: 31)

Dia Subhanahu wa Ta’ala juga memerintahkan kaum lelaki supaya menjaga pendangannya terhadap para wanita:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lalukan. ” (an-Nuur 24: 30)

Ini menandakan, perempuan/wanita memang menawan! Kalau anda silap dalam percaturan dan mengabaikan perintah Allah dengan sesuka hati, mungkin anda adalah mangsa seterusnya yang akan diterkam oleh kumpulan lelaki-lelaki buas. (Semoga anda dan kita semua dilindungi Allah) Janganlah mudah-mudah melepaskan tubuh menawan anda kepada lelaki yang entah tidak keruan sifatnya. Janganlah dipamerkan tubuh-tubuh menawan anda itu di jalan-jalanan kerana keburukannya amat besar sekali. Ketahuilah, tubuh anda bukan semurah itu untuk dijaja dan ditayangkan percuma kepada semua orang.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab 33: 59)

Menurut Sheikh Bakr Bin Abdullah Abu Zaid (Anggota Majlis Fatwa, al-Lajnah ad-Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyah Wa al-Ifta’, Saudi Arabia) berkenaan ayat ini antaranya:

“Dengan demikian, ini merupakan pembeza antara mereka (wanita muslimah) dengan wanita-wanita Jahiliyyah/kafir yang suka mendedahkan aurat, sehingga mereka (wanita muslimah yang menutup aurat) tidak diganggu dan orang-orang yang di dalam hatinya memiliki penyakit (hawa nafsu) tidak timbul hasrat (terangsang) terhadap mereka. Ini adalah kerana, menutupnya (aurat) adalah merupakan tanda bahawa wanita-wanita tersebut sentiasa menjaga kesucian dirinya sehingga mampu menjauhi pelbagai gangguan. Ayat tersebut juga merupakan suatu perintah untuk menutup tubuh (dengan sempurna). Ini adalah kerana, wanita yang menutup tubuh (aurat), maka orang-orang yang di hatinya memiliki syahwat (bernafsu) akan dapat ditundukkan dari keinginan untuk menyingkap bahagian tubuh seseorang wanita. Jadinya, menyingkap hijab (membuka aurat) dari diri wanita mampu mendorong munculnya pelbagai gangguan dari orang-orang yang jahil. Sekaligus, ayat ini menunjukkan wajibnya menutup aurat (tubuh) bagi wanita. Hal ini adalah supaya mereka diketahui memiliki iffah (kesucian diri), terhindar, dan terjaga dari pengaruh orang-orang jahat dan yang mencurigakan. Juga agar mereka tidak terfitnah dan tidak menimbulkan fitnah bagi orang lain (wanita yang lain). Lalu kesannya, mereka pun tidak diganggu dan disakiti.” (Rujuk: Menjaga Kehormatan Muslimah, Daar an-Naba’)

Sebagai penutup, saya mengajak melalui tulisan ini supaya, kembalilah wahai wanita-wanita sekalian kepada fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bukannya kepada pertunjangan fitrah nafsu dan hati semata-mata yang meninggalkan manual (tunjuk-cara) yang telah Allah berikan. Jika nafsu dan kehendak hati semata-mata yang menjadi pilihan anda, maka akan hilanglah kehendak tujuan syariat Allah terhadap anda. Hilanglah kesucian dan kebaikan yang sepatutnya menjadi milik anda dari anugerah Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tidak lain, adalah kerana anda yang menolaknya/meminggirkannya.

“...kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (an-Nuur 24: 5)

Ayuh wanita, sedarlah! Pupuklah jiwa dan peribadi anda jadilah wanita yang solehah, bukan sekadar dalam urusan berpakaian, tetapi juga secara komprehensif mencakupi aspek-aspek yang lainnya bermula dari dasarnya yang mencakupi aspek keimanan, ketauhidan, dan syariat. Kerana anda adalah merupakan perintis/pendidik/pe-lahir/penerus/contoh kepada generasi soleh-solehah di masa hadapan.

“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad)

“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita/isteri yang solehah.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Do your best effort!...

Selasa, Februari 03, 2009

Pernikahan: Ikatan Positif Yang Diberi Alasan Negatif

Pernikahan: Ikatan Positif Yang Diberi Alasan Negatif

http://an-nawawi.blogspot.com

Dunia kampus memang tidak pernah kering dengan suasana riuh rendahnya para pelajar. Ia adalah alam dunia remaja yang begitu mengasyikkan dalam melayari sebuah perjalanan menuju kedewasaan. Rata-ratanya meredah sebuah perjalanan menuju martabat dan makam kematangan. Kematangan dalam fizikal, berfikir, membuat keputusan dan membina sebuah jati diri seorang insan.

Dalam kehangatan keriuhan suasana tersebut, isu yang paling mendapat perhatian saban waktu adalah isu berpacaran atau berpasang-pasang-nya remaja lelaki dengan perempuan. Masing-masing sudah mula mengerti alam hati dan jiwa. Menerobos alam percintaan dan suka kepada jantina berbeza. Mula berimaginasi melayari naluri sayang di antara satu sama lain di antara insan dua jantina berbeza. Memiliki keinginan untuk bermanja, dimanja, dan memanjakan seseorang pasangan pilihan. Ingin bersama saban waktu dan ketika di setiap tempat. Mahu sentiasa makan bersama, belajar bersama, berjalan bersama, sehingga membuahkan perasaan tidur juga mahu bersama.

Itulah hakikatnya yang rata-ratanya dialami oleh warga remaja dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar kampus di usia remaja. Di saat jutaan sel dan hormon dewasa di dalam badan mula aktif. Perasaan ingin berpasangan yang semakin membuak-buak. Kehangatan perasaan jiwa yang bukan semakin suam, tetapi terus membara dan membakar hati.

Ya... perasaan tersebut memang sukar untuk surut dan reda. Hati-hati mereka akan terus dibanjiri dengan seribu kekacauan dan gelojak jiwa ingin bercinta, menyintai dan dicintai. Kehangatan suasana pergaulan masa kini memang suatu faktor yang menjadikan semua itu sukar untuk dikawal. Menjadikan mereka mudah terperangkap dan hanyut.

Betapa dunia kita terdedah dengan pelbagai jenis media massa, media cetak, mahu pun dunia global yang hanya dengan pergerakan jari mampu meneroka seluruh pergolakan dunia. Saban hari pelbagai isu disebarkan yang benar-benar mengganggu ruang hati yang mengajak kepada perasaan yang pelbagai, termasuklah membangkitkan perasaan cinta dan ingin berpasangan. Ditambah lagi dengan realitinya dunia yang sememangnya begitu. Menjadikan hati-hati naluri manusia bergelar remaja begitu mudah dirangsang.

Maka, ianya suatu yang bukan lagi menghairankan manusia biasa seperti kita. Di mana setiap kita dianugerahi dengan sifat kasih sayang dan perasaan cinta. Perasaan ingin memiliki dan dimiliki. Terlalu banyak rangsangan dan faktor yang mengarahkan (meng-aktifkan) apa yang terpendam tersebut bertindak lebih awal. Seluruh pancaindera berfungsi sepenuhnya dengan menyerap kepelbagaian input tersebut. Maka, lubuk naluri dalaman kita dirangsang sama ada dengan dipaksa berfungsi awal atau pun terlaksana sendiri tanpa kawalan yang mengakibatkan jiwa-jiwa dalaman kita meletup-letup dan membuak-buak.

Asal mula memasang niat untuk membina keluarga. Ingin bersama di masa hadapan dalam sebuah perkahwinan yang indah. Namun, lantaran mahu mengenali hati budi terlebih dahulu, akhirnya jatuh ke lubuk maksiat tanpa disedari. Niat menyelami hati budi, akhirnya terlajak sehingga mengenali hati “body” masing-masing. Habis tubuh dari hujung kaki dan rambut diredah serta dirasa.

Begitulah betapa syaitan menipu manusia dengan senjata perasaan dan naluri cinta yang terkandung di dalam diri-diri manusia itu sendiri. Begitu ramainya remaja kampus kita yang hancur “body”-nya lantaran sebuah cinta. Hancur hatinya akibat mengikuti rasa. Masa hadapannya menjadi samar dan gelita. Perasaan menjadi hambar dan luluh akibat dari sebuah hubungan cinta nafsu semata.

Di dalam menghadapi sebuah suasana ini, penyelesaiannya tidak lain. Iaitu adalah dengan Islam itu sendiri. Dengan sebuah agama yang cukup-cukup sempurna dan tidak terkalahkan. Sebuah solusi yang begitu agung dan mulia. Sebuah agama yang agung, sudah pasti memiliki sebuah pilihan jalan yang cukup-cukup agung dan ulung.

Islam memberi pilihan dengan sebuah ikatan bernama “Pernikahan”.

Namun sayangnya... betapa ramainya para remaja masa kini yang memandang kalimah pernikahan sebagai sebuah perkara yang negatif. Pelbagai alasan yang diberi. Di antaranya:

1 – Belum sampai masanya. Kerana masih terlalu muda.

2 – Belum sampai waktunya, kerana masih di alam pengajian dan mahu menamatkan pelajaran sehingga meraih segulung ijazah terlebih dahulu.

3 – Belum ada duit untuk membina sebuah rumahtangga.

4 – Keluarga masing-masing tidak memberi laluan.

Inilah bentuk-bentuk alasan yang cukup sering kita perolehi dari mulut-mulut mereka. Betapa negatifnya mereka terhadap sebuah alternatif yang cukup-cukup baik lagi sempurna yang telah disediakan oleh agama Islam.

Lalu, mereka memandang positif pula begitu banyak perlakuan maksiat lainnya. Mereka memandang positif sebuah kebersamaan terhadap pasangan masing-masing di segenap waktu dan tempat tanpa sebarang ikatan yang diiktiraf.

Di dalam alasan “belum sampai masanya” tersebut jugalah mereka mengambil masa yang ada bagi melayari sebuah ikatan terlarang. Menghalalkan berpegangan tangan, menghalalkan bersenda-gurau, menghalalkan bermanja suara, menghalalkan duduk berduaan bertentangan mata. Fatwa mana yang mereka gunakan? Yang pasti bukan fatwa agama, melainkan fatwa jiwa yang dirujuk dari orang ketiga bernama Syaitan.

Begitulah remaja-remaja kita hanyut dengan fatwa jiwa masing-masing. Meninggalkan yang halal dengan mengambil yang haram. Memandang yang positif sebagai negatif dan memandang yang negatif menjadi positif.

Akibat sebuah alasan “belum sampai waktunya” itu jugalah, kebanyakan remaja-remaja kita terobek kesuciannya sebelum sampai waktunya. Melahirkan anak sebelum waktunya. Menamatkan pengajian dari kampus sebelum waktunya. Menamatkan zaman daranya sebelum waktunya. Menikmati tubuh jantina berbeza sebelum waktunya. Menikmati naluri seks juga sebelum waktunya. Akibatnya? Anda sendiri jawab...

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyediakan jalan yang begitu suci dan murni buat orang-orang yang beriman supaya mereka aman di dalam perjalanan kehidupan mereka. Tenang bersama sebuah kehalalan. Memberi jaminan kepada mereka yang menghargai sebuah pemberian. Pemberian Allah yang tiada tolok bandingnya. Iaitu sebuah syari’at yang bernama pernikahan.

Setiap insan yang matang sudah pasti mampu melakukannya. Janganlah beralasan dengan alasan bodoh lagi. Mahu mengumpul wang untuk tujuan karut marut sebuah hantaran perkahwinan. Mahu mengumpulkan perbelanjaan bagi tujuan bertukar (berbalas) dulang yang khurafat. Mahu meraih pekerjaan terlebih dahulu bagi membolehkan menyediakan cincin pertunangan dan pernikahan ribuan ringgit yang sebenarnya bertasyabbuh (menyerupai) dengan kaum kristian. Tidak lain, semua itu adalah karut-marut dalam sebuah pernikahan yang telah sedia suci. Selamilah perkahwinan yang dianjurkan oleh agama. Bagaimana Nabi kita memberi petunjuk. Lihatlah bagaimana para Sabahat-sahabat nabi melayari pernikahan mereka dengan cahaya agama. Sesungguhnya Islam sentiasa menyediakan ruang yang cukup-cukup mudah lagi positif.

Hanya mereka yang befikiran negatif, maka akhirnya kehidupan mereka turut menjadi negatif.

Maka, halalkanlah perhubungan anda bersama gadis mahu pun jejaka pilihan anda dengan ikatan yang halal. Jika takut mengatur rumahtangga di masa awal. Jalanilah dunia remaja anda dengan sentiasa bersama, berpasangan, belajar bersama, makan bersama, saling bertukar pandangan bersama, manja bersama di bawah ikatan pernikahan yang sah. Iaitu dengan tidak terburu-buru untuk menikmati seks di peringkat awal. Kawal perhubungan di dalam pernikahan anda dengn bijaksana. Percayalah bahawa ikatan pernikahan adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan perkara-perkara yang negatif. Ia adalah sebuah alternatif yang sangat positif anugerah dari Tuhan yang maha Mencipta dan maha Mengatur.

Jika anda telah memiliki minda yang positif, maka insyaAllah... anda layak menikmati hubungan di antara dua jantina dengan hasil yang juga cukup-cukup positif. Percayalah bahawa nikmat dan rezeki Allah sangat-sangat mencukupi untuk para hamba-hamba-Nya yang benar-benar beriman. Janganlah bersangka dengan sangkaan yang negatif kepada Allah dengan bertujuan mengambil yang haram dan meninggalkan yang halal.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nuur, 24: 32)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah memetik perkataan Ali bin Abi Tholib radhiyallahu ‘anhu ke dalam tafsirnya terhadap ayat ini bahawa:

“Allah memberi galakkan kepada manusia untuk bernikah. Allah memerintahkan nikah kepada orang-orang yang berstatus merdeka mahu pun hamba sahaya. Allah berjanji kepada mereka akan memberikan kecukupan atau kemampuan untuk menikah.” (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Wahai pemuda, sesiapa di antara kamu yang telah mampu mmengeluarkan belanja pernikahan, maka hendaklah dia menikah, kerana menikah itu akan menjaga pandangan dan memelihara kemaluan...” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Percayalah bahawa rata-rata remaja zaman ini secara umumnya mereka semua mampu mengeluarkan perbelanjaan tersebut jika ia dilaksnakan menurut cara yang syar’i dengan meninggalkan pelbagai karut-marut pernikahan yang diwarisi dari adat jahiliyyah. Masakan tidak mampu jika rata-rata mereka sudah mampu mengeluarkan belanja telefon bimbit ratusan ringgit setiap bulan bagi berhubungan dengan pasangan masing-masing. Mengeluarkan ratusan ringgit untuk sebuah perjalanan makan angin bersama. Mengeluarkan perbelanjaan setiap hari untuk makan bersama dan sebagainya. Fikir-fikirkanlah... Bahawa perbelanjaan pernikahan adalah lebih rendah dari semua itu. Malahan, mereka turut dibiayai pelbagai wang biasasiswa dan seumpamanya. Malah, tidak kurang ramai di antara mereka yang telah memiliki perniagaan sendiri. Salurkanlah duit ke jalan yang betul dan bukan dibelanjakan untuk tujuan yang haram. Hiduplah dengan jalan yang diberkati dan penuh pahala saban waktu.

Daripada Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Carilah kecukupan rezeki dengan bernikah, kerana Allah berfirman, “Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya.” (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir dan ath-Thabari)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka,

1 – Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,

2 - Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,

3 – Orang yang berperang di jalan Allah.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Lihat Shahihul Jami’, no. 3050)

Malahan, Imam Ibnu Katsir juga turut menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menikahkan seorang lelaki yang tidak memiliki apa-apa melainkan kain yang dipakainya. Sehinggakan dia tidak mampu walaupun membeli cincin dari besi. Walau pun demikian, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menikahkannya dengan seorang wanita dan menjadikan mas kahwinnya berupa al-Qur’an kepada isterinya, kerana hanya itu yang dia miliki. Kita semua sedia maklum bahawa kasih sayang Allah dan kebaikan-Nya adalah memberi mereka berdua kurniaan rezeki yang dapat mencukupkan hidup mereka. (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir)

Sebagai menutup tulisan ini, pastikanlah pasangan anda adalah seorang individu yang bertanggungjawab dan bersedia meraih kematangan dengan cara yang diiktiraf. Iaitu bertanggungjawab terhadap diri anda dan agama dengan mengambil setiap jalan penyelesaian dengan agama. Yang lebih penting, sentiasa berusaha dan bersedia memperbaiki diri dan kelemahan masing-masing.

Jauhuilah individu yang membelakangkan agama untuk menjadi pasangan anda. Fahamilah bahawa pasangan yang mangajak untuk bersama-sama dalam pelbagai perkara tanpa mendahulukan ikatan pernikahan, bahawa dia sebenarnya adalah individu yang tidak bertangunggjawab. Yang mungkin hanya akan merosakkan anda di masa hadapan.

Wallahu a’lam...

Jumaat, Januari 09, 2009

Azam Baru: Kenapa Perlu Tunggu Tahun Baru?

Azam Baru: Kenapa Perlu Tunggu Tahun Baru?

http://an-nawawi.blogspot.com

Apabila tiba tahun baru sahaja, maka ramai dari kalangan masyarakat kita berlumba-lumba untuk meletakkan satu titik tertentu sebagai melaksanakan suatu azam atau matlamat baru.

Soalnya, mengapa perlunya pada saat tahun baru? Kenapa tidak pada tarikh yang lain? Sedangkan jika sesuatu perkara itu baik, adalah wajar dipercepatkan atau disegerakan perlaksanaannya. Tidak perlu bertangguh-tangguh. Usahakan ia seberapa cepat yang mungkin.

Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran, 3: 133)

Namun, jika sebaliknya iaitu di mana kita sedang bergelumang dengan perkara-perkara yang tidak baik, maka segerakanlah untuk meninggalkannya.

Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran, 3: 135)

Maka, tidak perlulah menunggu tarikh-tarikh tertentu atau sehingga masuknya tahun-tahun tertentu baru mahu berubah. Tetapkan fokus, tetapkan pendirian, tingkatkan daya usaha, capailah kebaikan di mana jua di setiap ruang yang diberi. Manfaatkanlah masa lapang anda sebelum datang masa sibuk, masa kaya anda sebelum datang masa miskin, masa senang sebelum datang masa susah, mahu pun masa hidup yang diberi ini sebelum datangnya masa mati yang tidak diketahui bila tibanya.

Rabu, November 05, 2008

Di Mana Usaha Untuk Memperbaiki Agama?

Di Mana Usaha Untuk Memperbaiki Agama?

http://an-nawawi.blogspot.com/


Musim peperiksaan bagi universiti-universiti awam tempatan di Malaysia telah pun bermula. Bersengkang mata untuk tidak tidur mengulangkaji pelajaran sehingga masuknya waktu menghadap kertas peperiksaan adalah perkara biasa. Malah, segala bentuk tugasan (assignment) disiapkan dengan bertungkus lumus sebelum menjelangnya had waktu yang ditetapkan. Sanggup berhabis duit dan berjaga siang dan malam demi sebuah thesis dan projek tahun akhir sebuah pengajian. Setiap thesis dan laporan tugasan disertakan setiap rujukan dan nota kakiya dengan begitu sempurna lagi terperinci.

Begitulah aktiviti dan rutin para pelajar universiti tempatan di saat-saat genting menjelangnya peperiksaan akhir. Demi sebuah masa depan yang baik dan tidak mahu kegagalan dalam pelajaran berlaku, maka hanya usaha yang keras perlu dilakukan.

Lalu, mengapakah tidak kita berfikir sewajarnya begitulah yang perlu kita lakukan dalam persoalan beragama. Sentiasa berkerja keras memperbaiki kelemahan diri dan sentiasa menambahkan ilmu-ilmu yang relevan. Tidaklah beragama itu hanya dengan ikut-ikutan tanpa didirikan di atas pengetahuan yang benar-benar jelas. Jika setiap thesis pengajian diberikan notak kaki dan rujukan yang begitu lengkap lagi terperinci, mengapa tidak untuk agama? Tidak bolehkah setiap amalan yang hendak kita lakukan itu supaya kita tahu apakah dalilnya dan tafsiran para ulama terhadapnya?

Jika peperiksaan di peringkat universiti bakal meletakkan satu titik tentu arah masa depan mereka, mengapa tidak mereka meletakkan kefahaman di dalam agama sebagai titik tentu keududukan mereka di akhirat kelak? Maka, persoalan agama janganlah dipandang remeh hanya seperti sekadar melepaskan batuk di tangga.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui”?” (Surah az-Zumar, 39: 9)

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nahl, 16: 43)

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggungjawab.” (Surah al-Isra’, 17: 36)

Wallahu a’lam...

Rabu, Oktober 29, 2008

Lembu Siapa Lagi Sunnah?

Lembu Siapa Lagi Sunnah?

http://an-nawawi.blogspot.com

Baru-baru ini saya ada terbaca berkenaan iklan projek ternakan lembu dan ayam organik. Lebih menariknya, lembu dan ayam mereka dipelihara dengan kaedah yang sangat-sangat istimewa. Menurut kata mereka laaa...

Apa yang istimewanya? Itulah yang mahu saya kongsikan dengan sedikit komen. Mereka kata, lembu-lembu dan ayam-ayam mereka dijaga dengan terapi bacaan al-Qur’an hampir 24 jam sehari. Tidak cukup dengan itu, lembu dan ayam mereka diberikan makanan dengan bentuk-bentuk makanan yang berlandaskan as-Sunnah. Iaitu seperti diberi makanan bercampur habbatus Sauda’, air mushaffa, dan air mineral yang dibacakan padanya al-Qur’an daripada surah-surah yang terpilih.

Aku hanya mampu tersenyum sinis. Bolehkah haiwan itu bertahan mendengarkan bacaan al-Qur’an sehingga hampir 24 jam sehari. Yang saya fahami, manusialah yang sepatutnya mendengar dan memahami al-Qur’an tersebut. Kerana al-Qur’an itu sendiri diturunkan untuk manusia, bukannya untuk haiwan. Tak pernah adanya sunnah yang mengajar bela lembu dan ayam dengan kaedah pelik seperti itu. [Wallahu a'lam]

Sekali lagi aku tersenyum sinis apabila membaca perenggan iklan seterusnya yang mana mereka menyatakan bahawa haiwan ternakan mereka diberi makan dengan ramuan-ramuan sunnah.

Apa kejadahnya haiwan tu diberi makanan yang rupa itu dari bahan-bahan seperti air yang dibacakan ayat-ayat suci al-Qur'an, habbatus Sauda', dan seumpamanya... Sepatutnya tuan dia lah yang patutnya makan makanan tu. Itu bukannya untuk makanan haiwan ternakan. Kalau ikut sunnatullah, sebenarnya lembu-lembu secara fitrahnya mereka hanya memakan sumber dari rumput (tumbuhan ragut) atau daun-daunan. Jika begitulah keadaannya, bermakna lembu yang dipelihara oleh beberapa orang sahabat saya adalah lebih menepati sunnah dan lebih natural (fitrah). Ini kerana mereka diberi makanan dari sumber yang asli lagi segar berdasarkan kepada makanan rutin (fitrah) mereka...

Saya terfikir dan ada cadangan. Apakata kalau kita latih (ajarkan) lembu kita tu apabila hendak makan supaya mulakan dengan basmalah dan disudahi dengan hamdalah? Pastikan lembu-lembu dan ayam-ayam anda sentiasa diajar untuk bersenam setiap hari agar otot-otot badannya menjadi mantap lagi menonjol.

Wallahu a'lam.

Rabu, Oktober 22, 2008

Wajah-wajah Agama 2 - Nikah Dulu atau Bercinta Dulu?

Wajah-wajah Agama 2 - Nikah Dulu atau Bercinta Dulu?

http://an-nawawi.blogspot.com

Dalam sebahagian kes, apabila anak menyatakan kepada ibu bapanya yang dia mahu menikah, dengan selamba ibu bapanya menjawab kepadanya,

“Alaa... kenapa tergesa-gesa nak kahwin cepat-cepat sangat ni..., korang berkenal-kenal la dulu. Nanti bila rasa dah betul-betul serasi, barulah kahwin...”

Aku terfikir, bila agaknya masa yang dah betul-betul serasi tu agaknya? Bila dah terlajak dengan pelbagai jenis maksiat ke?

Sebahagian keadaan pula, apabila diajukan pertanyaan tentang nikah, maka dia segan-segan pula.

“Aku tengok engkau ni bukan main rapat lagi dengan awek tu, tiap-tiap hari saling sms, saling call. Hari minggu pulak mesti gi kuar dating naik kereta sama-sama. Bila bercadang nak nikahnya?”

“Alaa, aku segan lagi nak gi jumpa parent dia, duit pun takde cukup mana lagi nak kahwin. Rileks la, tengok dua atau tiga tahun lagi macam mana.”

Emm... apa lagi yang nak di-tengoknya tu??? Pegi call perempuan, berdua-duaan dengan perempuan tak tahu malu pula. Tapi, bila disarankan untuk buat benda baik, entah kenapa boleh malu-malu pulak. Buat maksiat tak tahu malu.

Nak nikah, sibuk kata takde duit. Tapi, tiap-tiap hari duk bergayut kat dalam telefon. Tiap-tiap minggu pergi kuar dating dan tengok wayang banyak pula duitnya. Bukan ke baik kalau nikah je dulu. Sekurang-kurangnya, kalau gi berhubung macam mana pun, nak dating ke apa ke, nak bermanja-manja ke, insyaAllah dapat pahala dan jauh dari maksiat.

Ibu bapa yang ada anak-anak muda zaman sekarang ni, sewajarnya memikirkan langkah yang bijak. Pandai-pandailah meninjau-ninjau perilaku anak-anak kita tu. Kalau dah nampak lain macam je tu. Usul-usulkanlah supaya menikah dengan cara baik. Pastikan pilihan anak-anak kita tu betul. Laksanakanlah perbincangan di antara kedua-belah pihak, supaya kita tahu dengan siapa anak kita mahu dinikahkan.

Pejabat agama pulak, untuk kes orang nak kahwin ni, jangan lah disusah-susahkan. Banyak sangat prosedur dan tatacara nya. Makin pening dibuatnya orang yang memang dah mabuk tu nanti jadinya...

Selasa, Oktober 21, 2008

Wajah-Wajah Agama 1 - Sebuah Revolusi Atau Evolusi?

Wajah-Wajah Agama 1 - Sebuah Revolusi Atau Evolusi?
http://an-nawawi.blogspot.com/

Hari ini aku baru sahaja terdengar dua buah lagu, di mana begitu mengusik jiwaku untuk berfikiran kritis dan mengkritik. Aku menoleh, rupanya ia dari sebuah klip video.

Sungguh tak ku sangka di masa ini sudah ada kaedah baru lagi moden untuk memohon ampunan kepada Tuhan. Sungguh kretif sekali, iaitulah dengan melagukan kalimah istighfar atau kalimah taubat. Lebih mengesankan apabila ia turut diiringi dengan muzik-muzik kontemporari yang antaranya dengan petikan gitar dan paluan drum ala-ala lagu balada romantik. Lebih menarik, dia si penyanyi adalah seorang wanita tidak bertudung dengan rambut mengurai. Diadun dengan gerak lenggok seorang wanita sudah tentunya.

Mungkinkah dengan berbuat begitu, mereka menyangka Tuhannya akan terhibur dan berasa sayu terhadap rayuan hambanya? Mungkinkah ada extra value (ganjaran tambahan) bakal diperolehi berdasarkan adunan tambahan yang dilakukan pada zikirnya?

Kalau dulu, kita mungkin pernah mendengar lagu "Alhamdulillah" yang dinyanyikan oleh Yasin & kumpulan Too Phat yang ala-ala hip hop. Mungkin itu adalah di antara revolusi manusia dalam melaksanakan ibadah zikirnya kepada Tuhan. Memuji Tuhannya dengan melaungkan kalimah hamdalah beriringan muzik hip hop ditambah dengan iringan joget tari bernama rap. Wahh, semakin jauh kini manusia ber-evolusi dalam agamanya.

Kalau dulu mungkin kaum kristian (Nashara) yang melagukan ayat-ayat biblenya di gereja-gereja mereka (juga sehingga sekarang). Namun, tak ku sangka, umat Islam zaman ini pun sudah mula mengorak langkah seperti mereka.

Haruskah aku mengerti, sampai manakah lagi mereka akan terus berevolusi. Rupa mana lagikah yang mereka mahukan? Tidak cukupkah dengan apa yang dibawakan Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam kepada kita semua yang berupa al-Qur'an & as-Sunnah. Malah telah siap dengan tafsirnya, iaitu atas kefahaman para sahabat-sahabatnya Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang diredhai. Susahkah? Mengapa mahu begitu bijak mendahului utusan Allah sendiri dan para sahabat-sahabatnya?

Jumaat, Mei 16, 2008

Fahaman “Wahhabi” Menyerang Sahabat Sekampung-Ku!!!

Fahaman “Wahhabi” Menghantui Sahabat Sekampung-Ku!!!

http://an-nawawi.blogspot.com/

Sungguh amat “melucukan” apabila aku pulang ke kampung sekitar beberapa minggu yang lalu, sahabat-sahabat lamaku di kampung kecoh memperbincangkan isu “wahhabi”. Sungguh hangat kelihatan gaya dan bunyi nada bicaranya.

Mengapa aku menyatakan perbincangan mereka itu “melucukan”? Mananya tidak lucu... Berbicara berdegar-degar! Menyatakan bahawa geng-geng “wahhabi” ni sebagai seolah-olah cuba menghidupkan suatu ajaran dan sedang berusaha untuk menerapkan serta membangunkan kaedah beragama bentuk baru. Aku fikir apa lah agaknya fahaman sesat yang tidak betulnya. Rupanya tidak lebih dari sekadar bualan dan cakap-cakap tidak berhujjah, kering fakta ilmiyah-nya.

Menurut mereka, fahaman wahhabi sudah mula menular di sekitar UTM Skudai!!! Mereka mengancam kefahaman dan pegangan agama masyarakat setempat. Habis semua pelajar-pelajar UTM nanti. Mereka masuk universiti untuk jadi seorang manusia ber-skill profesional dan meraih ijazah mahupun diploma untuk jaminan masa depan mereka. Namun, angkara wahhabi, nantinya mereka jadi sesat pula! Begitulah antara kenyataan-kenyataan mereka ketika lepak di restoran mamak 24 jam depan Kuittho (sekarang UTHM) tempoh hari.

Aku mula bertanya kepada sahabat-sahabat-ku yang begitu rancak kelihatannya berbual tentang ancaman “wahhabi” tersebut. Aku memulakan dengan sebaris pertanyaan,

““Wahhabi” tu mende?”

Dengan pantas salah seorang kawanku, Kamil menjawab, ““Wahhabi” ni dia antara ciri-ciri dia tak baca Qunut bila solat subuh, kalau solat tangan dia letak kat dada, lepas solat tak baca doa dengan imam, tak baca zikir dan ada tu terus je cabut... tak hormat jema’ah solat langsung. Emm, lagi satu diorang ni kalau duduk tahiyat, jari telunjuk diorang mesti gerak-gerak.”

Aku mengeluh, sambil hatiku agak tersenyum, “Owh... Macam tu ke?”

“Tu je ke, takde definisi yang specific ke?”

Kamil menambah, “Diorang ni dalam bab perkara ghaib percaya bahawa Allah ni ada tangan, ada kaki, ada mata, boleh ketawa. Tu la yang aku tahu, seingat aku.”

Aku menerima jawabannya, “OooOOoo, faham la sikit-sikit.” Lalu, seorang lagi tampil cuba menambah, “Geng-geng wahhabi ni ikut fahaman Ibnu Taimiyah sebenarnya. Ibnu Taimiyah ni kiranya, otai wahhabi la... Fahaman ni asalnya diasaskan dan dikembangkan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab.” Kata seorang lagi sahabatku, si Zakaria, teman lama yang sangat prihatin.

Dia menambah, “Ni, ada sorang ustaz la bagi tau kat aku...”

Emm, aku pun cuba merungkai bagi tujuan membuka kotak pemikiran mereka. “Setahu aku, di Arab Saudi tu diorang pun kalau lepas solat tak baca doa. Yang aku faham, diorang baca doa sendiri-sendiri. Maksudnya, tak lah doa berjema’ah. Perkara ni dah lama jugak aku perhatikan, kira-kira dah tiga kali puasa Ramadhan yang lalu. Emm, kan ke time bulan Ramadhan tu TV1 (RTM1) tiap-tiap malam siarkan live solat terawikh dan ‘Isya’ berjema’ah dari Makkah.”

Mereka mula berkerut, “Owh, macam tu pulak ke, tak perasan lah pulak aku.” Mereka menambah, “Tapi, bukanke kat Makkah tu mazhab dia ada lain sikit dari Malaysia. Malaysia kan pakai mazhab imam Syafi’i.”

Aku meneruskan bicara, “Kenapa dengan mazhab? Apa yang lainnya, tang mana yang tak sama tu. Kenapa boleh tak sama ye? Kalau tak sama, maksudnya, sesat ke diorang?”

Sekali lagi mereka kelihatan tidak senang. “Emm, tak lah sesat, tapi tak samalah.”

Aku menambah, “Owh... oklah... sebenarnya, dalam bab baca doa lepas solat ni, imam Syafi’i sendiri kata dalam kitab dia yang terkenal bahawa berzikir lepas solat ni kalau ikut sunnah dan hadis yang sahih, ia patutnya dilakukan sorang-sorang dan bukannya secara berjama’ah dan bukan juga dengan suara yang kuat-kuat, tapi slow-slow je... cukuplah untuk dengar sorang-sorang je.”

Mereka bertambah runsing malah seakan-akan tidak berpuas hati. Aku terus menambah, “Korang tak percaya ke? Emm, kalau tak caya... korang gi cari kitab al-Umm, kitab karangan imam Syafi’i sendiri, kat dalam tu ada explain pasal bab ni. Then, dalam tafsir Ibnu Katsir pun ada. Korang rujuk dalam tafsiran dia berkenaan ayat ke 205, dari surah al-A’raaf, surah yang ke tujuh dalam al-Qur’an. Kalau nak tengok kitab tu, dalam internet pun ada, yang bahasa inggeris la tapi. Yang bahasa melayu pulak, aku ada, tapi kat umah sewa aku kat Shah Alam la. Tak pun, kalau korang balik kampus nanti, cuba try tengok kat library kampus korang. Maybe ada rasanya. Tak pun, cek la dulu ayat Qur’an yang aku sebut tadi, tengok maskud terjemahan dia. Tengok jugak macam mana Nabi Zakaria berdoa dalam surah Maryam, ayat 3, yang mana dia berdoa dengan suara yang lembut, dan bukan kuat-kuat pakai microfon macam yang orang ramai buat tu...”

Mereka tidak puasa hati, “Emmm, betul ke ni Nawi... ko jangan main-main bab agama ni. Ko main petik macam tu aje... Mana ko belajar bab-bab macam ni. Kat sekolah dulu kita kan sekolah agama sampai darjah 6 dan masuk darjah khas lagi... tak de pernahnya pun sebut bab-bab pelik cam ni.”

“Sebab-sebab diorang tak pernah sebut tu lah, korang kena amik inisiatif cek yang amalan-amalan kita ni menepati sunnah ke tidak. Dah terang-terang kat sekolah takde bincang dan bahas bab ni, yang kita main ikut kenapa ek?” Aku terus menjawab.

Lagi lah mereka tak puas hati, tapi seperti ada tanda yang positif apabila mereka melanjutkan pertanyaan kepadaku pula... “Emm, kalau macam tu, macam mana pulak dengan persoalan tangan letak kat dada time tengah berdiri (qiyam) dalam solat?”

Aku cuba membantu, “Owh, yang tu pulak ke? Aku ada jugak cek dalam buku yang aku beli beberapa bulan yang lalu, buku tentang sifat solat yang ditulis oleh Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani. Buku tu ada tiga jilid untuk edisi terjemahan. Memang sangat-sangat ilmiyah-lah perbahasannya. Kalau korang berminat nak tahu berkenaan bab-bab solat ni secara detail, boleh je aku bagi pinjam buku tu. Tapi tunggu aku balik kampung lagi sekali nanti la. Sekarang buku tu ada kat Shah Alam.”

“Apa yang dia explain pasal bab ni, bab apa ni... bab letak tangan kat dada!” Abboy bertanya kelihatan ingin tahu.

“Dalam buku tu menyatakan ada hadis yang menerangkan akan hal tu, hadisnya sahih. Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah, seingat aku. Juga bukan dia saja kalau tak silap aku, tapi aku lupa, sapa lagi ek yang riwayatkan. Nanti aku rujuk semula.” Sambungku.

Aku tambah lagi, “Malah, bukan je ada hadis sahih, malah isu ni semua perkara lama... Cuma ramai orang yang tak tahu, coz malas mengkaji dan anggap agama ni asal solat je dah cukup bagus la kot... Tu yang banyak perkara-perkara penting jadi miss tu.” Aku tidak berpuas hati, macam tak berapa lengkap penjelasan aku... lalu menambah, “Antara ulama’ yang menyatakan akan sunnahnya meletakkan tangan di atas dada adalah imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani, iaitu salah seorang imam dalam Mazhab Syafi’i. Selain tu, imam asy-Syaukani pun menyatakan hal yang sama. Dalam mazhab lain, antaranya Mazhab Maliki, mereka pun berpegang dengan pendapat yang sama.”

“Wahh, hebat ko ingat semua mende-mende ni... mana ko belajar?” Kadi bertanya.

“Aku baca sikit-sikit je. Selain tu, aku banyak ikut kuliah dari ustaz-ustaz yang baru balik belajar hadis dari Jordan, Mesir, Makkah, dan Madinah. Aku pun banyak jugak search kat internet perkara-perkara ni. Dan aku juga mengkaji tentang istilah “Wahhabi” ni. Mula-mula pelik juga, coz pernah kuar kat muka depan paper Utusan tu.” Aku merungkai rasa ingin tahu seorang sahabat karib yang juga jiran sekampungku. Dia baru sahaja menamatkan pengajiannya dari UiTM Kampus Arau.

Kadi menambah, “Owh... patutlah aku perasan dulu masa studi kat Perlis, bila solat kat area masjid luar UiTM tu, aku rasa cam pelik semacam je la. Coz, bila habis solat je, diorang terus buat solat sunnat atau duduk sekejap and then, diorang kuar. Takde baca-baca doa ni. Cuma aku nampak adalah sebahagian tu, baca sorang-sorang.”

“Yup, macam tu lah sebenarnya... perbahasannya memang ada di kalangan para ulama. Malahan, cara tu lah yang betul sebenarnya. Tak perlu baca zikir-zikir secara beramai-ramai, dan tak perlu lah doa ramai-ramai jugak. Cukup untuk kita baca sorang-sorang dan minta apa yang kita hajatkan sorang-sorang je. Kalau nak mintakan untuk orang lain, pun boleh je doa sorang-sorang je. Itu lah sunnah yang sebenarnya. Tapi ramai yang tak tahu, kerana mungkin sikap dan budaya membaca dan mengkaji dari kalangan kita ni sangat kurang. Zaman sekarang ni, nak beramal dengan agama tak bolehlah main ikut-ikut je. Kita perlu beramal dengan hujjah dan keterangan yang jelas. Mesti ada sandaran ayat al-Qur’an-nya dan hadis-hadis yang sahih. Yang tak sahih, atau palsu, tak boleh lah pakai.” Begitulah penjelasanku yang tak seberapa ketika itu.

Lalu aku menambah beberapa jawaban untuk persoalan mereka yang seterusnya, “Pasal jari gerak-gerak tu pulak, hadis dia pun sahih. Malah ia sedia maklum dan merupakan pendapat dari kalangan kebanyakan ulama seperti imam al-Nawawi dari Mazhab Syafi’i, pendapat imam Malik, dan pendapat Imam Ahmad juga kalau tidak silap aku. Pendapat ni boleh disemak dalam banyak tempat dalam kitab-kitab ulama. Semua perkara-perkara ni perlukan rujukan dan penelitian secara detail dan ilmiyah. Sikap adil dan amanah juga amat penting. Dalam soal agama ni, kita tak boleh main cakap ikut sedap mulut dan hati je. Kena cek betul-betul dulu baru boleh cakap. Kalau tak semak betul-betul, nanti jadilah salah sangka pulak... macam yang korang bincang ni lah... tak pasal-pasal, imam Syafi’i sendiri jadi geng “Wahhabi” kalau macam tu.” Aku memperli sambil tersenyum.

“Owh, apasal macam tu pulak?” Kadi berkerut.

Aku jawab, “Ye laa... dah korang kata sapa-sapa yang tak nak berdoa lepas solat dengan imam dan tak nak zikir tu sama dengan Wahhabi. So, imam Syafi’i sendiri menyatakan zikir dan doa adalah sorang-sorang... Kalau ikut definisi korang tadi, bermakna, dia pun “Wahhabi” la...”

Zakaria pula bersuara seolah-olah belum cukup meredakan apa yang terbuku di lubuk hatinya, “Emm, Nawi... aku rasa kan... gerak-gerak jari tu macam pelik lah. Nampak janggal je. Betulke dalam solat boleh buat gerak-gerak macam tu?”

Aku mengalih pandangan kepadanya lalu cuba memberi pencerahan, “Zek, dalam bab ibadah ni, kita tak boleh ikut hati, rasa, akal dan logik. Kalau macam tu, rasa macam tak best je, macam tak logik je, terus tak payah la beribadat... macam tu? Setuju tak? Emmm, lagi satu, ada orang kristian pernah tanya kat aku, kenapa orang Islam sembayang nampak pelik, kejap angkat tangan, kejap berdiri, kejap duduk, kejap sujud, lepas tu bangun semula...? Aku kata, ini bukan persoalan pelik atau tak pelik... Persoalan pelik adalah persoalan relatif, sapa-sapa je boleh rasa pelik kalau perkara yang dirasa dan dilihat tu asalnya bukan sesuatu yang menjadi kebiasaan bagi dirinya. Apa yang nak aku tekankan kat sini adalah, sejauh mana tindakan taat kita kepada dalil-dalil yang diberikan kepada kita. Emmm, dalam al-Qur’an kan ada kata, “Kami dengar dan kami ta’at”... So, dalam bab ibadah dan terutamanya bab aqidah ni, kita kena faham, dan yakin. Ada perkara-perkara tertentu yang tidak mampu kita perolehi jawabannya bila kita terus persoalkan dan persoalkan... silap-silap, makin kusut kepala kita dibuatnya. Kemudiannya, kalau nabi sendiri buat perkara tu, bermakna nabi lah orang pertama yang buat benda-benda pelik ni. Kat al-Qur’an jugak ada sebut, “Jika benar kita mencintai Allah, maka ikutlah nabi...”.”

“Emm, fahamlah aku kirenya sikit-sikit ni...” Zek kelihatan mula bersetuju.

Kamil yang lama senyap dan hanya mengangguk, tiba-tiba bertanya... “Macam mana pulak dengan kes diorang kata Allah ni ada tangan, ada kaki, ada mata, boleh ketawa?”

Aku tersenyum dan menjawab, “Emmm, yang tu ke. Perkara-perkara tu semua ada dinyatakan dalam al-Qur’an. Selain Allah menyatakan bahawa Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Dia (Allah) juga ada menyebutkan beberapa sifat-sifat yang tertentu bagi-Nya, contohnya,

“Allah menciptakan Nabi Adam dengan kedua Tangan-Nya”... lebih kurang macam tu la maksud/mafhum salah satu ayat yang menyebut (mentioned) tentang Tangan Allah. Persoalan kaki, mata, dan ketawa tu pulak ada disebut dalam hadis-hadis Nabi yang sahih. Malah, banyak lagi sifat-sifat Allah yang lain. Tapi, kita mesti fahamlah, bila kita tahu Allah memiliki Tangan, Kaki, Mata, memiliki sifat ketawa tu semua tu... bahawa ianya tidaklah sama dengan anggota-anggota kita. Sebagaimana mendengarnya dan melihatnya Allah, tidaklah sama dengan mendengar dan melihatnya kita terhadap benda-benda yang lain. So, bila Allah memiliki Tangan, maknanya... tidaklah sama Tangan Allah itu seperti tangan kita atau makhluk-makhluk yang lain. Kalau ada orang tanya tentang bagaimananya Tangan Allah... jawab je... “Wallahu a’lam”, coz, kita tahu setakat Allah ada Tangan, dan tidak pula dijelaskan bagaimana rupanya. Maka kita hanya mengimaninya (percaya), tapi tak tahu bagaimana dan tidak bolehlah nak gambar-gambarkannya dengan bentuk-bentuk tertentu.

Lepas tu, ada pulak ayat al-Qur’an menyatakan bahawa, “Tiada sesuatu pun yang serupa dengan Dia (Allah).” Maka, kita serahkan pada-Nya. Tanpa sibuk-sibuk susah payah fikir-fikir sampai jadi kusut otak kita.”

“Owh, macam tu ke... fahamlah aku sikit-sikit... Dah berapa lama ko kaji tentang “Wahhabi” ni?” Kamil seakan-akan berpuas hati.

“Aiii..., masih nak panggil “Wahhabi” lagi ke? Bukan “Wahhabi” la. Tapi, beramal dengan ilmu la.” Aku menyatakan sambil tersenyum.

“Owh, ok, ok... aku faham dah..” Kamil kelihatannya cuba menerima.

Aku menambah, “Hope, lepas ni... korang cuba-cubalah kaji perkara ni secara detail kalau rasa tak yakin. Dalam agama ni, tak best la main ikut-ikut je. Kena faham secara ilmiyah. Sumber-sumber dia apa sume. Betul ke kita ni Mazhab Syafi’i atau, just sekadar cuma kata-kata di bibir je... Padahal imam Syafi’i sendiri tak mengakui yang kita ni pengikutnya.”

“Ok, ok... kitorang dah dapat tangkap la jugak maksud ko tu... kira ok la pendapat ko ni...”

“Haha, sikit-sikit tu ok la... boleh lah tolong-tolong jawabkan untuk korang... kalau nak lebih-lebih, aku pun tak ngaji habis mana lagi pun... Harap korang faham-faham la ok. Nanti kalau korang berminat, sms la aku, boleh aku bawakan sebahagian kitab-kitab yang aku ada. Semuanya edisi dan siap terjemah punya. Mudah faham. Kalau, nak edisi asli, boleh jugak cari sendiri kat internet. Tapi bahasa arab lah. Aku tak mampu baca yang tu. Biasa ada ustaz la yang tolong explain untuk aku.”

“Wokey Nawi, cantiklah... dah lewat malam ni... aku rasa nak balik lah... esok kita sambung sembang lagi.” Abboy mengajak aku beredar dari restorant tersebut.

“Ha’ah, ye laa... aku pun nak balik la, letih jugak petang tadi tolong mak aku angkat pasu bunga. Tapi, esok pagi-pagi lagi aku dah nak balik Shah Alam dengan Pipeng. Balik ni pun tumpang kereta dia.” Baru aku sedar, jam sudah menunjukkan waktu 12.00 tgh malam.

“Ok Nawi, kalau macam tu, nanti bila ko balik kampug lagi, ko sound la kitorang lagi.” Kadi memberi kata putus sebelum beredar.

“InsyaALLAH, oh ye Kadi, ko dah grad ni ko buat apa sekarang?” Aku bertanya dengan sedikit perasaan ingin tahu tentang Kadi.

Dia menjawab, “Tak pasti lagi, tapi aku tengah join kursus ternak kambing ni... hehe, itupun sunnah kan.. bela-bela kambing nih...”

“Owh... haha, ha’ah... kire sunnah jugaklah, insyaAllah. Ok, jumpa lagi nanti. Good luck semua.” Aku meng-iyakan kata-katanya.

Tiba-tiba Zakaria datang mendekati aku, “Nawi, ada soalan yang ko lupa kot... macam mana dengan fahaman mereka yang dikatakan mengikut pemikiran Ibnu Taimiyah tu?”

“Oh, yang tu... cuba ko cek balik zaman Ibnu Taimiyah dan zaman Muhammad Abdul Wahhab. Sapa yang datang dulu. Apa yang aku tahu, Ibnu Taimiyah datang dulu dan meninggal dunia dulu... kemudian baru Muhammad Abdul Wahhab datang. So, adalah suatu kesilapan jika kita menyatakan Ibnu Taimiyah tu “Wahhabi”... Penisbahan Wahhabi tu sebenarnya adalah suatu cubaan mereka-mereka yang anti dengan sunnah Nabi shallahu a’alaihi wa sallam, dengan menisbahkan mereka yang hendak kembali beramal dengan sunnah ni kepada nama Muhammad Abdul Wahhab. Iaitu kelompok Muhammad Abdul Wahhab, dengan term “Wahhabi” (pengikut Wahhab). Em, kalau ko nak tau... malah, seorang imam besar, Imam Ibnu Hajar yang bermazhab Syafi’i sendiri menyanjung Ibnu Taimiyah dan memberi gelaran kepada beliau sebagai “Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah”... wallahu a’lam... Emmm, ko tak nak balik ke? Dah malam ni...”

“Owh, ha’ah... nak balik.. Ok Nawi, Thanks banyak-banyak. Ok juga explaination tu. Sedikit sebanyak dapat jugak menghilangkan beberapa kekusutan aku dalam persoalan agama dan isu semasa ni. Ok, baik-baik jalan balik Shah Alam esok.”

“Ok, ko pun sama juga Zek. Cari kerja jangan memilih sangat.” Zek salah seorang lagi sahabatku yang baru sahaja kembali ke kampung 6 bulan yang lalu setelah 5 tahun studi di US.

“Ok, insyaAllah..., As-Salaamu ‘alaikum beb...”

http://an-nawawi.blogspot.com/2008/05/fahaman-wahhabi-menyerang-sahabat.html

Jumaat, Januari 04, 2008

Yang Telanjang Itu Menawan???

Yang Telanjang Itu Menawan???

http://an-nawawi.blogspot.com

Semester baru universiti sudah pun bermula. Maka, penuhlah sekitar bandaraya Anggerik Shah Alam ini terutamanya di sekitar kawasan Seksyen 7. Saya adalah salah seorang yang menetap di kawasan ini bersama sahabat-sahabat dan masyarakat penduduk yang lain.

Hampir setiap waktu, dari pagi, tengah hari, petang dan sehinggalah ke tengah malam, kawasan ini dipenuhi dengan kebanyakannya/majoritinya adalah pelajar-pelajar dari universiti berhampiran. Adakalanya terasa sungguh meriah kawasan ini kerana dipenuhi dengan manusia. Tetapi adakalanya juga terasa begitu menyesakkan dan merimaskan suasana. Mana tidaknya, semua lokasi dipenuhi dengan gerak-aktiviti mereka. Dari kedai photostat, restorant, kedai makan, pusat komputer, klinik, dan pusat membeli belah hampir semuanya disibuki dengan aktiviti peribadi pelajar yang berkampung di kawasan ini. Maklumlah, tentu sekali masing-masing memiliki keperluan, namun tidak kurang juga mereka yang sengaja berjalan-jalan memenuhkan ruang tanpa keperluan... pendek kata, “merewang”...

Namun, itu sudah menjadi perkara yang normal dan biasa di mana-mana pun tempat yang membangun yang bernama bandar/urban/kotaraya. Sebenarnya ada lagi perkara yang lebih “menarik” perhatian. Bukannya kesibukan dan keramaian mereka semata-mata. Tetapi, adalah identiti, penampilan dan gaya yang mereka tunjukkan dan peragakan ketika menyibukkan diri di sekitar kawasan ini. Maka, sekali lagilah saya ingin menyentuh tentang perempuan, terutamanya dari golongan pelajar dan mahasiswi.

Kalau sebelum ini mungkin dalam tulisan yang terdahulu ada menyentuh berkenaan persoalan wanita yang tempatnya adalah sepatutnya di rumah dan jauh dari hiruk-pikuk dunia luar, tetapi nampaknya wanita zaman ini semakin sukar dikawal dan mengawal diri. Mereka lebih suka bebas meninggalkan kediaman masing-masing lalu mencari kepuasan buat diri mereka di luar. Maaf, kepada yang tidak terlibat. Artikel ini saya utarakan adalah berputar sekitar mereka yang berkaitan sahaja. Yang tidak berkaitan (yang baik-baik), janganlah terasa.

Adalah suatu yang normal, apabila seseorang anak kecil itu meningkat remaja, lalu mendapat kelonggaran untuk meninggalkan ibu bapa mereka lantaran tawaran masuk ke universiti, perasaan sedikit kebebasan itu amat dirasai. Lalu, lama kelamaan andainya perasaan dan naluri jiwa itu tidak dikawal, ia mengakibatkan manusia lupa akan batas kebebasan yang sewajarnya. Lalu, tanggungjawab asas masing-masing pun mula terabai. Ini merangkumilah tanggungjawab kepada diri sendiri, ibu bapa dan juga Tuhannya.

Berbalik kepada tajuk, apakah benar yang bertelanjang itu menawan? Hakikatnya, inilah yang ingin saya utarakan dan lontarkan kepada anda para mahasiswi terutamanya di mana pun berada. Apakah ketelanjangan itu identiti dan “grand trend” wanita masa kini? Inilah yang sebenarnya menyesakkan dan merimaskan mata-mata dan hati-hati manusia terutamanya lelaki tidak kira sama ada mereka itu terdiri dari golongan pelajar, pekerja kilang, pekerja kontrak, tukang paip/plumber, jurutera DNA, pakar komputer, polis, pak guard/security, ustaz, tukang jaga cyber kafe, mahupun penganggur! Hati mereka pasti gusar melihatkan dan memerhatikan trend wanita telanjang masa kini. Kerana, itu adalah fitrah mereka (untuk merasa terangsang) yang telah Allah berikan kepada mereka.

Mana tidaknya, kalau wanita-wanita yang berjalan ke sana dan ke mari ini berpenampilan hampir seperti seseorang dari team skuad renang dunia tetapi bukan untuk berenang. Ini dibuktikan!, pakaian mereka memang habis ketat, dari hujung kaki sampailah ke hujung mana entah. Kepalanya sudah tentu juga bertelanjang kebanyakkannya. Al-hamdulillah, walaupun ada di antara mereka yang masih berpakaian ketat dan sendat seumpama baju selam laut dalam dan renang, masih ramai yang tidak meninggalkan tudung atau tidak menelanjangkan kepala serta rambutnya. Namun, itu bukan juga lesen sebagai bukti bahawa anda sudah cukup syarat menutup apa yang sepatutnya ditutup. Tetapi, itu hanya menunjukkan yang anda ini tidak pandai berfesyen!

Ada pula sebahagiannya memotong/memendekkan habis kain-kain mereka lalu menelanjangkan betis-betis mereka sehinggalah ke peha-peha mereka. Bukan sekadar itu, sebahagiannya yang lain pula, memakai seluar agak panjang, namun, di atas nya pula sengaja ditelanjangkan, lalu dengan megah dan sengaja membanggakan barangan milik bakal anak-anak mereka untuk menghilangkan dahaga itu ditonjolkan keluar sebahagiannya.

Mana tidak menyesakkan hati, mata dan jiwa raga manusia bernama lelaki memandang atau terpandang akannya. Pasti mereka tertawan dan tidak senang duduk jadinya. Biji mata pun jadi tidak tenteram gerakannya. Biarpun mereka tukang paip, pekerja kilang, mahupun mungkin ustaz-ustaz sekalipun seperti yang saya sebutkan tadi. Peragaan mereka ini memang cukup menawan hati-hati lelaki yang gusar dan mudah luntur imannya. Orang-orang yang kuat imannya sebelum ini pun mungkin hangus imannya sekelip mata lantaran panahan dan silauan tubuh-tubuh anda itu. Apalagi yang tidak mementingkan iman dan agama!

Kalau kebiasaanya, dunia peragaan ini sedikit masa dahulu munculnya di dalam majalah-majalah hiburan, media-media massa atau elektronik, namun sekarang ini sudah live! di depan mata anda sendiri! Anda berpeluang melihatnya live! tanpa sensor. Malah tidak dikenakan sebarang bayaran cas atau segala yang berkaitan. Mereka gembira menjadi tontonan umum menelanjangkan diri mereka yang perasan cantik, menawan dan menggoda itu di kancah umum tanpa mengenakan sebarang bayaran. Apakah tubuh-tubuh mereka tidak punya nilai agaknya? Ataukah sebegitu murah sekali harga diri mereka untuk diratahi oleh si mata keranjang?

Penampilan mereka yang “vogue dan grand” itu memang “menawan sekali” dan ini amat diakui bukan sahaja dari kaca-mata seorang lelaki, tetapi juga dinyatakan oleh Kitab yang Agung. Ini lantas diambil kesempatan, oleh sebahagian pengeluar-pengeluar rancangan untuk kaca tv dengan memainkan isu ini, antaranya adalah dengan mengutarakan syarat untuk berlakon drama dan filem mahupun iklan 10 saat, ialah mesti sanggup bertelanjang. Sanggup membuka tudung, sanggup memendekkan kain dan seluar, serta sanggup melondehkan baju mahupun menyendatkan pakaian. Ini adalah bagi tujuan menyingkapkan/menunjukkan apa yang tersorok dari “keindahan wanita” itu bagi melahirkan perasaan ghairah dan tarikan. Tidak lain, tujuannya adalah untuk menawan, mengghairahkan, dan mempersonakan para penonton di seantero dunia manusia. Dunia haiwan, tidak termasuklah, kerana haiwan sendiri sudah lama tidak berbaju! Berbulu sikit-sikit itu adalah...

Beginilah modes operandinya dan tampak kaedahnya... Sungguh hebat plan perniagaan jual tubuh ini dilaksanakan di seluruh dunia masa kini, dengan mengambil kesempatan melalui pesona mutiara tubuh-tubuh wanita. Sehinggalah akhirnya, perniagaan ini turut dilakukan oleh majoriti anak-anak gadis kita. Dan sebahagian besarnya tidak lagi perlu dibayar untuk tujuan itu. Mereka gembira dengan trend telanjang yang dipropagandakan itu. Kini mereka dari kaum-kaum wanita itu sendiri telah se-akan dirasuk lalu merasa bangga menelanjangkan diri sendiri. Sungguh perasan bahawa diri mereka memiliki tubuh yang hebat dan memiliki permintaan yang tinggi demi kepuasan si mata-mata keranjang.

Inilah kesibukan dan kesesakan yang menggusarkan hati-hati manusia. Jiwa mereka tertawan dengan fenomena wanita telanjang! Terdetiklah di hati-hati lelaki ingin disambar sahaja wanita-wanita yang lalu di depan mata. Ya, kerana mereka itu sungguh “menawan” hati-hati insan bernama lelaki sejati. Tak kira apa gelaran yang mereka sandang. Sehinggakan menteri pun sanggup melucutkan jawatan lantaran pesona wanita. Adun “parti Islam” pun pernah tertewas naik turun mahkamah kerananya. Hati lelaki mana yang tidak bergelojak nafsu dan naluri seksualnya melainkan mereka yang “kurang bernasib baik” sahaja.

Ya, identiti wanita telanjang memang “menawan” dan cukup memikat. Kalau tidak, masakan majalah-majalah dan media-media televisyen sanggup mengeluarkan pelaburan yang tinggi demi untuk memaparkan ketelanjagan wanita-wanita? Ini tidak lain untuk menawan dan memancing penonton di seantero tanah air dan mungkin juga ke peringkat dunia!

Kalau tidak menawan, mana mungkin dunia sindikit VCD lucah/blue mampu bermaharajalela di seluruh tanah air bernama malaysia. Kalau tidak kerana kandungannya adalah terdiri dari wanita-wanita telanjang dan lelaki-lekaki telanjang juga, mana mungkin insan-insan yang sudah “tertawan hatinya” untuk tidak sanggup berebut-rebut mendapatkannya. Dan mana mungkin mereka setia di kaca-kaca TV rumah mereka bagi menunggu racangan wanita telanjang kegemaran mereka. Mana mungkin mereka sanggup berjam-jam menatap skrin komputer mereka mencari-cari laman web lucah. Mana mungkin mereka sanggup berjaga malam keluar ke disko-disko bagi menatap aksi wanita telanjang ini, dan jika ada “nasib yang baik”, mungkin mereka mendapat peluang meratah tubuh wanita separa telanjang yang diidam-idamkan.

Hakikatnya, sekarang ini tidak lagi perlu ke disco-disco, tetapi cukup berjalan-jalan di sekitar kota dan bandaraya. Semua itu sudah terbuka dan menjadi percuma. Malah, kita amat “bernasib baik”, kerana mereka yang bertelanjang itu terdiri dari kalangan yang muda-muda lagi remaja, iaitu dari kalangan para pelajar/mahasiswi IPT yang dikatakan berpelajaran tinggi. Mereka yang dikatakan “masih hijau ranum” inilah yang “seronok” dan “mengghairahkan” untuk dipandang dan ditatap. Mereka yang “masih bergetah” inilah yang dikatakan mampu menaikkan jiwa muda setiap insan bernama lelaki.

Lalu, tidak hairanlah dan jangan disalahkan jika budaya rogol dan “mengambil kesempatan” ke atas wanita begitu berleluasa berlakunya di sekitar tanah air kita. Kerana memang wanita-wanita telanjang inilah yang dengan relanya telah “memberi kesempatan” dan menyemarakkan gelombang nafsu seksual kepada laki-laki bernafsu ini meratahi tubuh anda dari hujung jari kaki, sehinggalah ke hujung rambut anda. Maka, dari dunia peragaan umum di kancah kesibukan bandar dan kota, akhirnya mengakibatkan aksi ranjang/seksual di dalam semak, hotel, kereta, dan rumah-rumah kosong yang ditinggalkan penyewa.

Yang lebih mengeruhkan keadaan, akhirnya mengeluarkan produk anak luar nikah. Setelah kemaluan dan tubuh habis dirobek serta diratah, kini kekusutan bertambah-tambah lagi. Dunia pelajar entah ke mana, pengurusan diri pun sudah menjadi serabut.

Izinkan saya membuat perumpamaan, jika kita melihat jagung dan pisang yang masak ranum, mahu tidak mahu, kenalah dikupas untuk dimakan. Namun, jika sudah tidak berkulit, apa lagi yang hendak dikupas? Ngap! Je lah!... Tapi, kebiasaannya yang sudah tidak berkulit ni sudah terdedah kepada bermacam pathogen dan udara berbahaya... wallahu a’lam...

Maka, beringatlah wahai perempuan-perempuan semua. Ketahuilah bahawa anda bukanlah semurah itu untuk diratah secara percuma. Anda bukan bahan peragaan di pentas jalanan. Janganlah begitu mudah di-rasuki trend “ahli neraka Allah” dan “ahli syurga barat/dajjal si pendusta”.

Di dalam kitab Allah, Dia s.w.t. ada menyatakan:

"Hendaklah mereka (wanita) menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada mahram mereka.” (Surah an-Nuur 24: 31)

Dari sini Allah sudah menggariskan batas-batas peragaan/pemakaian yang perlu anda patuhi sebagai seorang wanita yang beriman dan baik-baik. Ini antaranya adalah kerana anda memang kumpulan yang mampu memukau dan menawan naluri lelaki-lelaki di luar sana. Lalu Allah s.w.t. atas sifat kasih sayangnya dan Maha Mengetahui, Dia menjaga anda dengan perintah seperti itu.

“...Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nuur 24: 31)

Dia s.w.t. juga memerintahkan kaum lelaki supaya menjaga pendangannya terhadap para wanita:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lalukan." (an-Nuur 24: 30)

Ini menandakan, perempuan/wanita memang menawan! Kalau anda silap dalam percaturan dan mengabaikan perintah Allah dengan sesuka hati, mungkin anda adalah mangsa seterusnya yang akan diterkam oleh kumpulan lelaki-lelaki buas. Janganlah mudah-mudah melepaskan tubuh menawan anda kepada lelaki yang entah tidak keruan sifatnya. Janganlah dipamerkan tubuh-tubuh menawan anda itu di jalan-jalanan kerana keburukannya amat besar sekali. Ketahuilah, tubuh anda bukan semurah itu untuk dijaja dan ditayangkan free kepada semua orang.

Allah s.w.t. berfirman:

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab 33: 59)

Menurut Sheikh Bakr Bin Abdullah Abu Zaid (Anggota Majlis Fatwa, al-Lajnah ad-Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyah Wa al-Ifta’, Saudi Arabia) berkenaan ayat ini antaranya:

“Dengan demikian, ini merupakan pembeza antara mereka (wanita muslimah) dengan wanita-wanita Jahiliyyah/kafir yang suka mendedahkan aurat, sehingga mereka (wanita muslimah yang menutup aurat) tidak diganggu dan orang-orang yang di dalam hatinya memiliki penyakit (hawa nafsu) tidak timbul hasrat (terangsang) terhadap mereka. Ini adalah kerana, menutupnya (aurat) adalah merupakan tanda bahawa wanita-wanita tersebut sentiasa menjaga kesucian dirinya sehingga mampu menjauhi pelbagai gangguan. Ayat tersebut juga merupakan suatu perintah untuk menutup tubuh (dengan sempurna). Ini adalah kerana, wanita yang menutup tubuh (aurat), maka orang-orang yang di hatinya memiliki syahwat (bernafsu) akan dapat ditundukkan dari keinginan untuk menyingkap bahagian tubuh seseorang wanita. Jadinya, menyingkap hijab (membuka aurat) dari diri wanita mampu mendorong munculnya pelbagai gangguan dari orang-orang yang jahil. Sekaligus, ayat ini menunjukkan wajibnya menutup aurat (tubuh) bagi wanita. Hal ini adalah supaya mereka diketahui memiliki iffah (kesucian diri), terhindar, dan terjaga dari pengaruh orang-orang jahat dan yang mencurigakan. Juga agar mereka tidak terfitnah dan tidak menimbulkan fitnah bagi orang lain (wanita yang lain). Lalu kesannya, mereka pun tidak diganggu dan disakiti.” (Rujuk: Menjaga Kehormatan Muslimah, Daar an-Naba’)

Sebagai penutup, saya mengajak melalui tulisan ini supaya, kembalilah wahai wanita-wanita sekalian kepada fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Bukannya kepada pertunjangan fitrah nafsu dan hati semata-mata yang meninggalkan manual (tunjuk-cara) yang telah Allah berikan. Jika nafsu dan kehendak hati semata-mata yang menjadi pilihan anda, maka akan hilanglah kehendak tujuan syariat Allah terhadap anda. Hilanglah kesucian dan kebaikan yang sepatutnya menjadi milik anda dari anugerah Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tidak lain, adalah kerana anda yang menolaknya/meminggirkannya.

“...kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (an-Nuur 24: 5)

Ayuh wanita, sedarlah! Pupuklah jiwa dan peribadi anda jadilah wanita yang solehah, bukan sekadar dalam urusan berpakaian, tetapi juga secara komprehensif mencakupi aspek-aspek yang lainnya bermula dari dasarnya yang mencakupi aspek keimanan, ketauhidan, dan syariat. Kerana anda adalah merupakan perintis/pendidik/pe-lahir/penerus/contoh kepada generasi soleh-solehah di masa hadapan.

“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad)

“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita/isteri yang solehah.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Do your best effort!...

Rabu, Januari 02, 2008

Memilih Suami Yang Soleh

Memilih Suami Yang Soleh

http://an-nawawi.blogspot.com

Melalui artikel yang lalu, saya ada membawakan berkenaan sekitar persoalan memilih isteri solehah di bawah tajuk “Memilih Calun Isteri Anjuran Raulullah s.a.w.”. Kali ini, insya-Allah saya akan cuba membawakan/membentangkan persoalan lelaki yang sewajarnya dipilih (atau yang menjadi keutamaan) menjadi suami.

Berdasarkan artikel yang lepas, ramai yang bertanya, masih wujudkah wanita seperti itu. Jawab saya melalui artikel ini, “Ya, masih wujud.” Kalau tidak wujud, anda sebagai wanita yang membacanya, perlulah berusaha mewujudkannya.

Dan andainya, dirasakan terlalu sukar untuk memenuhi kriteria yang saya cuba utarakan/sampaikan, tiada salahnya memilih yang terbaik di antara yang ada yang menghampiri kepada kriteria-kriteria yang dibawakan dalam artikel yang lalu. Secara kesimpulannya, dahulukanlah keutamaan agamanya dan yang mendekati ciri-ciri yang baik tersebut. – wallahu a’lam...

Untuk artikel kali ini, saya cuba membawakan beberapa ciri asas sahaja dan penjelasannya saya serahkan kepada anda untuk memikirkannya/menimbangkannya. Dalam persoalan memilih atau mencarikan suami untuk seseorang wanita, wali atau ibu bapa memainkan peranan yang penting sekali dalam hal ini. Ini adalah kerana, mereka berperanan sebagai perantara kepada anak-anak perempuan mereka dalam kebanyakan urusan. Di samping mendidik, menjaga, memelihara, para wali/ibu bapa juga berperanan untuk menikahkan anak gadis mereka masing-masing. Untuk itu, adalah penting untuk kita mengetahui bagaimana ciri-ciri asas seorang lelaki yang wajar dinikahkan kepada anak gadisnya menurut sisi garisan/pandangan Islam.

Kriteria Umum Seorang Suami Pilihan

Kriteria yang pertama adalah keutamaan kepada yang baik agamanya. Ini diukur kepada akidahnya dan bagaimana dia beramal dengan Islam. Adakah ia menjaga solatnya, akhlaknya, dan seumpamanya. Ini adalah berdasarkan hadis ini:

“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi)

Kemudiannya, hendaklah lelaki itu yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik bagi memimpin sebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan.

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)

Ini adalah bagi menjamin antaranya keselamatan, kebahagian, nafkah (kewangan), dan pengurusan yang baik. Dalam persoalan lelaki sebagai pemimpin, lelaki dilebihkan dalam beberapa hal, antaranya adalah keupayaan fizikal yang melebihi wanita, dan kebolehan untuk bergerak dalam melaksanakan kerja/tugasan di luar.

Di samping itu, lelaki/suami juga perlulah berupaya mendidik keluarganya ke arah agama dan kehidupan yang baik. Ini adalah bagi menjamin kesejahteraan dalam berumahtangga, melahirkan zuriat yang soleh-solehah serta menjamin kebaikan di akhirat kelak. Oleh itu, bagi memiliki daya kepimpinan yang baik, suami juga perlulah memiliki ilmu yang sewajarnya bagi menjamin keluarga sentiasa dalam keadaan yang aman, harmoni dan bahagia.

Di dalam firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya Malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)

Di dalam ayat tersebut juga dinyatakan bahawa, suami atau seseorang individu itu bertanggungjawab untuk memastikan keluarga sentiasa dalam naungan agama yang sahih dan baik bagi menjamin keselamatan ahli keluarganya dari keburukan di akhirat.

Antara lain, para wali berperanan untuk memilihkan calon suami yang menepati kehendak anak perempuannya dan yang disukainya. Tidak begitu wajar, jika anak perempuan dipaksa untuk menikah dengan seorang lelaki yang tidak disuakainya. Dalam hal ini, para wali juga wajar mencarikan lelaki yang baik parasnya (yang disukai) di samping beberapa ciri yang sebelumnya.
Dalam hal ini, Ibnul Jauzi berkata:

“Disukai bagi yang ingin menikahkan anak gadisnya agar memilih pemuda yang bagus parasnya. Kerana kaum wanita juga menyukai apa yang disukai oleh kaum lelaki.” (Ahkaamun Nisaa’, hal. 203)

Ibu bapa dan para wali juga perlulah memerhatikan dengan siapakah anaknya dinikahkan. Ini adalah bagi memastikan anak gadisnya bernikah dengan orang yang tepat dan baik serta memastikan kehidupan rumahtangga yang bahagia di masa hadapan.

Dalam satu riwayat, ketika Fatimah binti Qais r.ha. datang kepada Nabi s.a.w. bagi mengkhabarkan bahawa Abu Jahm dan Mu’awiyah bin Abi Sufyan datang meminangnya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: “Mu’awiyah adalah lelaki miskin tidak punyai harta, adapun Abu Jahm adalah lelaki yang suka memukul wanita, maka nikahlah dengan Usamah bin Zaid.” Fatimah mengisyaratkan dengan tangannya tanda menolak, yakni jangan Usamah, jangan Usamah!

Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:

“Mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah lebih baik bagimu.” Fatimah berkata: “Akupun menikah dengannya dan aku bahagia sekali.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan supaya lelaki yang dipilih itu mampu memenuhi keperluan nafkah keluarga dan janganlah dinikahkan anak (wanita) itu dengan seseorang lelaki yang tidak pasti sama ada dapat melayani/menjaga anak gadisnya dengan baik atau tidak.

Selain itu, menurut imam Nawawi rahimahullah di dalam Syarh Sahih Muslim, beliau menyatakan tentang hadis ini bahawa:

“Adapun anjuran Nabi s.a.w. agar menikahi Usamah adalah kerana beliau mengetahui kadar agamanya, keutamaannya, keelokan perangai dan kemuliaannya. Maka Nabi menganjurkan agar menikah dengannya. Namun Fatimah tidak menyukainya kerana Usamah bekas budak dan warna kulitnya hitam. Maka Nabi s.a.w. terus menerus menganjurkannya agar menikah dengan Usamah. Kerana Rasulullah s.a.w. mengetahui kemaslahatannya bagi Fatimah. Dan ini terbukti.”

Terdapat suatu hadis yang lain yang menyatakan, lelaki dianjurkan dari kalangan yang mampu memberi nafkah yang baik/mampu.

“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, (no. 5066))

Dari ini juga membuktikan bahawa kesepadanan dan keselarasan dalam Islam adalah amat penting dan agama merupakan suatu asas yang paling utama mengatasi paras rupa dan kedudukan/harta.

Seterusnya, dianjurkan untuk seseorang wanita bernikah dengan lelaki yang sebaya usianya. Dan tidak digalakkan untuk seorang wanita menikah dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua darinya atau berusia.

Diriwayatkan dari Buraidah bin al-Hushaib r.a. ia berkata: “Abu Bakar dan Umar r.a. datang meminang Fatimah r.ha..” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ia masih kecil.”

Lalu Ali r.a. datang meminang dan Rasulullah s.a.w. menikahkan Fatimah dengannya.
(Diriwayatkan oleh an-Nasa’i dengan sanad yang hasan)

Dan imam an-Nasa’i juga telah meletakkan suatu bab di dalam sebuah kitabnya (as-Sunan ash-Shugra) atas tajuk “Menikahkan Wanita dengan Lelaki yang Sebaya Usia Dengannya.”

Seterusnya, para wali berhak untuk menikahkan atau menawarkan anak gadis beliau kepada pemuda yang baik-baik. Ini dikira dari sudut agamanya (kesolehan).

Dalam Fathul Bari (9/83), al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:

“Seseorang dibolehkan untuk menawarkan anak gadisnya atau wanita yang berada di bawah tanggungjawabnya kepada lelaki yang diyakini baik dan soleh. Kerana hal itu akan membawa manfaat kepada yang ditawarkan dan seseorang tidak perlu merasa malu untuk melakukan hal itu. Dan juga diperbolehkan ia menawarkannya kepada lelaki soleh walaupun ia sudah beristeri.”

Malah, wanita itu dibolehkan untuk menawarkan dirinya (untuk dinikahi) kepada lelaki yang diketahui kesolehannya.

Ini berdasarkan kepada suatu riwayat, dari anas bin Malik r.a. ia berkata: “Seorang wanita datang menawarkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah engkau mempunyai keinginan untuk menikahiku?””

Puteri Anas berkata: “Betapa sedikit rasa malunya, alangkah buruk wanita ini, alangkah jelek wanita ini!”

Anas berkata: “Dia lebih baik daripada dirimu. Ia mencintai Rasulullah s.a.w. dan menawarkan dirinya kepada beliau.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari, 3/246, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)

Dalam persoalan ini juga, imam Bukhari telah meletakkan satu bab bertajuk “Seorang Wanita Menawarkan Dirinya Kepada Lelaki Soleh”.

Akhir sekali, adalah dilarang wanita yang baik dan solehah, dinikahkan/bernikah dengan lelaki yang buruk atau seorang penzina.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. ini,

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik...” (an-Nuur 24: 3)

Secara keselurannya, sebagai kesimpulan, diajurkan para wali atau wanita untuk memilih calon suami yang baik agamanya (lelaki soleh) sebagai keutamaan, memiliki daya kepimpinan yang baik dalam persoalan kekeluargaan, memiliki kemampuan dari segi kewangan dan ilmu, dan memliki keterampilan/personaliti yang disenangi oleh si wanita. Perlu ditekankan, bahawa dalam banyak riwayat, ditunjukkan bahawa pengaruh agama itu lebih diberi keutamaan berbanding ciri-ciri yang lainnya. Malah, di dalam beberapa hadis menunjukkan bahawa ada lelaki yang miskin namun baik agamanya, adalah diberi kepercayaan/saranan oleh nabi s.a.w. sendiri.

Pilihlah yang baik agamanya sebagai priority...

“... jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha mengetahui.” (an-Nuur 24: 32)

Wallahu a’lam...

Rabu, November 28, 2007

Ayah, Ibu… Nikahkanlah Kami

Ayah, Ibu… Nikahkanlah Kami

Oleh:
Nawawi Bin Subandi
http://an-nawawi.blogspot.com/

Artikel kali ini adalah merupakan rentetan (sambungan) daripada salah satu daripada artikel saya yang bertajuk “Bernikahlah Wahai Remaja Moden

Dalam persoalan seperti ini, sebenarnya kita mengharapkan agar di pihak ibu bapa dan anak supaya dapat mengadakan suatu konteks jalan penyelesaian yang baik dan realistik. Duduk lah sejenak dan bawa ke meja perbincangan dan bermusyawarah dengan penuh keterbukaan serta dengan kaedah yang berhikmah. Jauhilah tindakan-tindakan yang bersifat memberontak, menyanggah dan menekan, kerana keadaan seperti ini hanya akan menambahkan tekanan dan mengakibatkan kepada timbulnya masalah-masalah yang lain pula.

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Ali Imran 4: 159)

Dan sudah semestinya, jalan menurut panduan agama itu adalah lebih diutamakan dan dirujuk. Malah, itulah sebenarnya prinsip kita sebagai seorang muslim. Menjadikan agama atas landasan al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai pegangan dan priority.

“Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya...” (al-A’raaf 7: 3)

Dalam merungkai persoalan seperti ini, saya mengajak kepada ibu bapa dan mungkin bakal-bakal ibu dan bapa (membawa maksud – remaja sekalian) untuk melihat kepada kesyumulan agama ini. Malah juga, ditujukan kepada remaja-remaja masa kini yang turut membaca artikel ini... kerana anda kelak juga bakal menjadi ayah dan ibu. Atas kesyumulan agama Islam inilah, maka setiap perkara pasti ada jalan penyelesaiannya dan petunjuknya. Sebaik-baik petunjuk itu adalah dari Allah s.w.t. dan Rasul-nya serta kita sewajarnyalah menjadi dari kumpulan orang-orang yang mengikuti petunjuk tersebut dengan baik berdasarkan kefahaman yang tepat.

Begitu jugalah dalam bab permasalahan pernikahan anak-anak yang dianggap sebagai masih belum memiliki potensi untuk membina rumahtangga dan melayari bahtera pernikahan dengan sempurna. Mungkin sebenarnya itu adalah andaian dan padangan kita semata-mata. Apa kata kita buka minda dan luangkan sedikit masa untuk melihat saranan-saranan dan pandangan agama itu sendiri.

Cubalah kita tinggalkan doktrin yang mendakwa bahawa urusan perkahwinan itu mestinya dengan disertakan keperluan material sekian-sekian dan adat-adat yang tertentu. Setiap perkara yang dipegang sebagai amalan tersebut haruslah dipastikan dan dipertimbangkan semula akan ketepatannya dari sudut agama yang sahih.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah", mereka menjawab: "(Tidak), bahkan Kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (Mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?” (al-Baqarah: 170)

Selain itu, kepada remaja yang sudah tekad memendam niat untuk berkahwin, pastikan anda benar-benar sudah bersedia dengan percaturan masa depan anda dengan jelas dan jauhilah sikap terburu-buru. Apabila anda sudah memikirkan untuk menjalinkan ikatan pernikahan dengan pasangan anda, ini membuktikan bahawa anda sepatutnya sudah berada pada level kematangan yang baik dan meyakinkan. Pastikan anda mampu mengharunginya dengan baik dengan segala perancangan diatur sebaiknya di antara kedua belah pihak yang terlibat. Buktikanlah yang keupayaan anda kepada kedua belah pihak keluarga anda, supaya mereka dengan mudah mengizinkan anda untuk tujuan itu. Malahan, aspek kefahaman agama yang tepat dan sahih juga perlulah diterapkan ke dalam diri masing-masing dan sentiasa memperbaiki atau menokok mana yang kurang. Di samping itu, ilmu dan skop keluasan daya berfikir juga mampu menjadi faktor kekuatan kepimpinan dalam ikatan yang bakal dibina nanti.

Selain itu, remaja yang sudah memiliki hasrat tersebut, wajarlah memahami akan maksud pernikahan itu sendiri dengan sebaik-baiknya, dan tidak mengambil hal urusan pernikahan ini sebagai hal yang ringan dan remeh. Tujuan anda melangsungkan pernikahan haruslah jelas misi dan visinya berdasarkan perancangan rapi yang anda buat dan pastikan ia didasarkan kepada keutamaan sebagai seorang yang berpegang teguh dengan agama.

Ini tidak lain, adalah sebenarnya bagi menjamin kesejahteraan serta keharmonian dapat dikecapi dengan kekal dan mengelakkan pertelingkahan di masa hadapan yang mana mungkin ditakuti boleh mengakibatkan kepada penceraian. Anda mestilah bersedia dari segi fizikal, mental dan sokongan persekitaran yang baik.

Sebelum saya teruskan dengan lebih lanjut, ingin saya utarakan bahawa masalah ketidak-bahagiaan rumahtangga dan masalah penceraian yang banyak berlaku di masa ini, bukanlah didasari kepada perkahwinan di usia awal muda remaja. Amatlah tidak adil jika dakwaan ini difokuskan seperti itu. Jika kita tinjau dan lihat, hakikatnya masalah penceraian dan pertelingkahan yang berlaku terhadap sesebuah institusi kekeluargaan banyaknya berlaku di kalangan keluarga yang sudah bertahun-tahun didirikan. Malahan juga, mereka yang kahwin lewat di usia melebihi 30-an juga banyak mengalami masalah yang sama.

Jadi, di sini isunya adalah persoalan kesefahaman dan sokongan daripada kedua belah pihak itu sendiri. Bukan didasari kepada usia dan kedudukan material semata-mata!!!

Ada orang kaya seperti artis dan hartawan bergelar dato’ dan Tan Sri juga kerap kali diberitakan mengalami keruntuhan rumah tangga.

Jadi, dari rentetan isu inilah, saya mengutarakan prinsip agama sebagai dasar dan landasannya bagi membina sebuah ikatan perkahwinan yang baik bagi menjalinkan kesefahaman yang betul.

Maka, ibu-ibu dan bapa-bapa harapan kita masa ini, termasuklah bakal-bakal ibu dan bapa untuk masa hadapan, marilah kita hayati persoalan ini atas kefahaman agama yang betul.

Sebagaimana saranan Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri:

“... Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an-Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya...” (Riwayat at-Tirmizi dalam kitab an-Nikah, no. 1080)

Skop agama yang perlu di-ambil kira di sini adalah merujuk dan merangkumi aspek aqidah (iman), amalannya kepada Allah, dan akhlaknya. Allahu a’lam. Kita teruskan lagi.

Allah s.w.t. berfirman:

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian (yang belum berkahwin) di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (an-Nuur 24: 32)

Wahai ayah, Wahai Ibu...

Sama-sama kita fikirkan kembali dengan sebaik-baiknya, terhadap pelbagai gejala permasalahan yang melanda remaja masa ini. Oleh yang demikianlah, adakalanya kita tidak wajar hanya memikirkan tindakan yang kontra hanya semata-mata kerana ia tidak sesuai dengan pandangan pemikiran kita.

Di sini, terlebih dahulu saya ambil kata-kata atau ulasan Sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid Hafizahullah (Anggota Majlis Fatwa Arab Saudi, al-Lajnah ad-Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyah wa al-Ifta’) terhadap ayat yang saya bawakan tadi (an-Nuur 24: 32):

Beliau menyatakan, bahawa ayat itu menjelaskan perintah dari Allah s.w.t. kepada para wali untuk menikahkan orang-orang yang berada di bawah perwaliannya, iaitu anak-anak mereka. Mereka adalah orang-orang yang belum memiliki pasangan baik dari kalangan laki-laki mahupun perempuan. Perintah ini lebih ditekankan lagi bagi siapa sahaja yang belum menikah demi menjaga kesucian diri dan benteng dari perbuatan dosa. (Menjaga Kehormatan Muslimah, Daar an-Naba’, m/s. 148)

Nikah adalah merupakan suatu jalan atau sarana untuk memenuhi keperluan biologi manusia sama ada dia lelaki mahupun perempuan. Kedua-duanya memiliki atau merasai perihal naluri yang sama. Melalui sarana nikah, Islam memberi suatu kaedah yang halal, mengekalkan kesucian diri, dan memberi jalan yang terancang kepada pasangan yang ikhlas bagi tujuan tersebut.

Menurut Sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid lagi,

Berdasarkan hadis:

“Demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah di antara kalian dan yang paling bertaqwa kepada-Nya. Namun aku berpuasa dan aku juga berbuka, aku solat dan juga tidur, dan aku juga menikahi wanita. Barangsiapa yang benci terhadap sunnahku maka dia bukan termasuk golonganku.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Berdasarkan makna-makna di atas, maka kaum muslimin tidak berselisih tentang disyari’atkannya pernikahan. Sedangkan asal dari sebuah perintah menunjukkan kewajiban bagi sesiapa sahaja yang khuwatir dirinya terjerumus ke dalam perbuatan zina/dosa, apalagi pada saat kefahaman agama sangat rendah dan terdapat kepelbagaian ragam godaan. Seorang hamba hendaklah sentiasa menjaga kesucian diri serta mejauhi dirinya dari hal-hal yang diharamkan.

Atas dasar inilah, para ulama mengajurkan bagi mereka yang hendak menikah, maka hendaklah dia menikah dengan saranan sunnah itu sendiri demi menjaga agama dan kesucian serta kehormatan dirinya.

Allah s.w.t. telah melarang seseorang berbuat al-’adhl, iaitu melarang atau menghalang-halangi seseorang wanita untuk menikah. (Menjaga Kehormatan Muslimah, m/s. 150-151)

Melalui pernikahan, kita dapat melihat bahawasanya ia merupakan suatu syari’at atau sarana yang dapat mengikat pertautan hati di antara dua insan yang saling memiliki perasaan kasih dan sayang sesama mereka dengan jalan yang diredhai. Malah, jalan nikah adalah suatu yang dipandang tinggi dan mulia di sisi agama.

Dari sudut yang lain, kebanyakan ahli ilmu telah meletakkan ikatan nikah ini sebagai suatu yang utama/priority berbanding persoalan jihad. Sebab, jihad hanya boleh ditegakkan dengan keberadaan kaum laki-laki, dan tidak ada jalan untuk menghadirkan mereka kecuali dengan jalan pernikahan. Ini kerana, dengan jalan pernikahanlah kelangsungan hidup manusia dapat berlaku. (Menjaga Kehormatan Muslimah, m/s. 152)

Dilihat dari sudut yang lain pula, sarana pernikahan ini sebenarnya adalah merupakan suatu alternatif yang diberikan kepada kita manusia setelah perbuatan melampiaskan syahwat melalui jalan yang batil atau penzinaan diharamkan oleh Allah. Malah ia juga mampu mengatasi masalah gejala ikhtilat (pergaulan bebas), tabarruj (peragaan tubuh badan), malah menjamin keselamatan wanita terutamanya. Yang mana kita ketahui bahawasanya secara dasarnya terdapat banyak hadis yang melarang wanita-wanita untuk keluar bersendirian tanpa ditemani mahram lelaki.

Selain itu, ibu-ibu dan bapa-bapa moden zaman ini dan zaman akan datang perlulah melihat sarana pernikahan ini dengan hati yang terbuka dan keutamaan dalam mengikuti petunjuk Rasulullah s.a.w.

Saya tambah lagi daripada beberapa rujukan yang lain, sarana pernikahan ini antara lain berupaya mengangkat (melepaskan) pasangan remaja dari corak kehidupan yang penuh dengan permasalahan sosial dan fitnah yang mengancam kesucian diri dan gelora nafsu. Dengan pernikahan yang sah, naluri seksual dan gelojak nafsu di usia muda tersebut dapat disalurkan kepada jalan yang benar dan bakal beroleh ganjaran pahala yang lantas menjauhi dosa zina dan maksiat.

Dalam hal ini, Rasulullah memberitahukan,
“Bukankah Allah telah menjadikan untuk kalian apa yang dapat kalian sedekahkan. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah dari yang mungkar adalah sedekah, dan persetubuhan salah seorang dari kalian (dengan isterinya) adalah sedekah.”

Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah salah seorang dari kami yang melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala?”

Beliau bersabda: “Bagaimana pendapat kalian seandainya dia melampiaskan syahwatnya kepada hal yang haram, apakah dia mendapatkan dosa? Maka demikianlah pula jika ia melampiaskannya kepada hal yang halal, maka dia mendapatkan pahala.”
(HR. Muslim, no. 1006)

Dengan jalan pernikahan, setiap pasangan yang disatukan akan saling melengkapi dan mempelajari untuk membina rasa tanggungjawab serta daya kepimpinan di dalam rumahtangga.

Dalam persoalan yang seperti ini. Peranan dan sokongan ibu bapalah yang amat-amat diperlukan bagi membantu mereka untuk terus ke hadapan dengan kehidupan yang lebih suci dan bersih. Ibu bapa tidak wajar bersikap sinis dan menekan, dan sewajarnya lah memberi dorongan dan bantuan yang baik-baik supaya anak mereka beroleh kejayaan dalam jalan yang dipilihnya. Yang mana telah jelas bahawa jalan pernikahan itu merupakan jalan yang halal, suci, dan dipandang mulia di sisi agama. Maka, wajarlah ibu dan bapa memiliki sikap yang positif dan terbuka dalam persoalan ini.

Jika dibandingkan dengan budaya “couple” (berpasang-pasangan tanpa nikah) dan pergaulan bebas tanpa bimbingan bagi kebanyakan remaja di luar sana, maka nikah adalah jalan yang patut kita kedepankan kepada anak-anak remaja kita sebagai alternatif di zaman ini. Marilah kita lihat kembali sejarah kegemilangan pembinaan institusi kekeluargaan di zaman salafus soleh (generasi soleh terdahulu) yang mana terdiri daripada para sahabat Rasulullah s.a.w. sendiri. Sudah masanya kita kembali kepada jalan yang suci lagi berlandaskan as-sunnah dan wahyu.

Begitu ramai dari kalangan sahabat-sahabat utama Rasulullah s.a.w. sendiri melangsungkan pernikahan di usia yang jauh muda (nikah awal). Antaranya adalah seperti Ali Bin Abu Tholib pada usia 25 tahun, Fatimah di usia 18 tahun, ‘Aisyah 8 tahun, Hafsyah bintu Umar 18 tahun, Sukainah Bintu Husyan ibn Ali ibn Abu Tholib 16 tahun, Ummu Khaltum bintu Ali ibn Abu Tholib 9 tahun, Zainab bintu Ali 15 tahun, dan malah Rasulullah s.a.w. sendiri juga turut mengahwini khadijah seawal usia 25 tahun keduanya (perkahwinan sebaya, kedua-duanya berusia 25 tahun).

Dengan pernikahan, maka terbentuklah suatu jalinan hati di antara suami isteri yang dibina di atas perasaan fitrah ilahi iaitu kasih dan sayang, kelembutan dan kerjasama. Allah s.w.t. berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(ar-Rum 30: 21)

Kepada remaja-remaja yang berhasrat berkahwin awal... Sebagai mengambil langkah dan berfikiran positif, saya mengucapkan “tahniah” kerana hasrat anda memang berpijak di atas prinsip yang benar. Ini menunjukkan anda memiliki kefahaman yang baik terhadap hakikat kebersihan jiwa dan kehormatan diri. Malah, menunjukkan anda memiliki tarbiyah yang jelas. Kerana mereka yang mementingkan keredhaan Allah pastinya akan sentiasa berusaha untuk mencari yang halal dan berusaha sedaya upayanya untuk menjauhi yang haram.

Berdasarkan suatu hadis:

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada tiga golongan yang pasti akan ditolong oleh Allah; iaitu seorang budak (hamba) yang ingin menebus (memerdekakan) dirinya dari tuannya, orang yang bernikah kerana ingin memelihara kesucian, dan pejuang (mujahid) di jalan Allah. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 1352, kitab an-Nikah. Dihasankan oleh Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dalam al-Misykah, no. 3089)

Daripada hadis ini, menjelaskan bahawa orang yang menikah dengan niat mahu menjaga kesucian dirinya, maka Allah pasti akan menolongnya.

Demikianlah diberi pengajaran terhadap orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (at-Thalaq 65: 2)

Begitulah hakikatnya, pernikahan ini. Ia memiliki banyak hikmah disebaliknya. Membuka ruang kepada jalan yang halal lantas menjauhi yang haram. Dan mengundang kepada keredhaan Allah dan pertolongan dari Allah s.w.t.

“... Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih.” (Yusof 12: 24)

Oleh itu, sekali lagi saya mencadangkan kepada sesiapa sahaja daripada kelompok ibu-ibu dan bapa-bapa zaman ini untuk berfikiran dan berlapang dada dengan berpaksikan kepada petunjuk agama. Utamakanlah kepada agama, berbanding kerektor material.

“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Riwayat at-Tirmizi dalam kitab an-Nikah, no. 1080)

Permudahkanlah urusan anak-anak kita yang menginginkan kepada yang halal. Bantulah mereka. Dorong dan bimbingilah mereka dengan cara yang ma’ruf. Pernikahan itu mudah pada hakikatnya, janganlah diberatkan dengan pelbagai syarat-syarat tambahan yang menjauhi kandungan syari’at yang asal. Sehingga mensyaratkan perlu adanya rumah besar dahulu, duit yang banyak, perbelanjaan perkahwinan yang besar, mahar yang mahal, wang hantaran yang diada-adakan, dan pelbagai macam adat lagi yang sebenarnya menjauhi sunnah.

Ambillah sarana yang halal ini. Sebelum perkara yang buruk terus bertambah-tambah dan berleluasa di kalangan remaja kita. Lantaran kita yang bersikap keras dan memperketatkan syarat-syarat pernikahan yang pada asalnya mudah, ia sebenarnya hanya akan memberi tekanan kepada golongan remaja atau anak-anak kita ini. Seterusnya, ini hanya akan membuka pintu-pintu maksiat untuk dimasuki. Oleh itu, pilihlah jalan yang halal sebelum anak-anak kita terlanjur memilih jalan yang haram dan bernoda dengan dosa. Bantulah mereka untuk memelihara kesucian mereka dengan cara ma’ruf, bukan cara yang kontra.

Saya yakin, bahawa ibu bapa zaman ini, majoriti mereka adalah daripada golongan yang berkemampuan yang berupaya untuk memberi bantuan yang wajar kepada anak-anak mereka. Malah, zaman ini juga, bukanlah zaman kegawatan. Malah, mereka yang sentiasa berusaha dengan baik dan bersungguh-sungguh, pasti mampu beroleh rezeki dengan jalan yang baik juga. InsyaALLAH...

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (al-Ma’idah 5: 2)