“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Isnin, April 21, 2008

Allah buat apa? Apa Punya Soalan Daa…

Apa Punya Soalan Daa…

Tiba-tiba sebuah perbualan berlangsung sebagaimana berikut,

Lelaki A:
Ustaz, apa makhluk yang mula-mula diciptakan oleh Allah?

Ustaz:
Yang mula-mula diciptakan adalah al-Qolam, iaitu pena.

Lelaki B:
Bila pula Allah ciptakan alam semesta ni ye ustaz? Ada tarikh dia tak?

Ustaz:
Wallahu a’lam... saya tak tahu. (Ustaz berkerut dahi)

Lelaki B:
Apa yang Allah buat sebelum ciptakan langit dan bumi ni ustaz?

Lelaki A:
Ye la ustaz, boleh tak ustaz ceritakan sikit? Takkan Allah tak buat apa-apa, takkan Allah duk termenung je takde nak buat apa-apa sebelum tu?

Ustaz:
Yang korang ni tiba-tiba tanya perkara-perkara yang merepek ni kenapa? Kira ok lah kalau benar Allah tu termenung[1] sekalipun. Daripada tiba-tiba Dia lempang je korang ni, membuatkan engkau orang berdua tertonggeng! Baru korang tau apa yang Allah buat... (Dengan nada yang sedikit keras)

Lelaki A & B:
Terdiam, terkedu, dan terkesima...

Komen aku:

Perkara-perkara yang diluar pengetahuan kita, dari hal-hal yang ghaib (tidak dapat dikesan melalui pancaindera) dan tiada sumber wahyu yang memberitahukannya kepada kita, maka diamkanlah. Jangan pulak kita nak mempertanya-tanyakan persoalan-persoalan yang kita tiada diberi pengetahuan tentangnya. Jangan juga kita mengada-adakan sesuatu yang diluar maklumat pengetahuan kita. Banyak lagi perkara-perkara lain yang terzahir yang belum mampu kita kuasai dan fahami. Kenapa pula kita harus perlu melompat kepada perkara yang di luar bidang kuasa pengetahuan pancaindera kita??? Tak cukupkah Apa yang Allah telah beritahukan kepada kita?

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya...” (al-An’am 6: 59)

...dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.” (al-Isra’ 17: 85)

Katakanlah tiba-tiba seorang manusia yang tidak pernah pun rapat dengan kita dan tidak pernah mengenali kita secara tepat, menceritakan hal peribadi kita kepada orang lain dengan fakta-fakta yang tidak betul sama sekali, malahan si pendengar cerita orang tersebut pula bertanya dengan pelbagai hal tentang diri kita. Orang yang tersebut pun menceritakan tentang kita dengan hentam keromo sahaja...

Tentu kita marah bukan, kerana ada orang yang menceritakan hal kita dengan konteks yang tidak benar fakta-faktanya, malah kita sendiri tidak pernah memberitahukan kepadanya, tentulah kita rasa pelik dengan orang tersebut seolah-olah tahu segala-galanya tentang kita... Dan bukanlah itu yang kita kehendaki untuk diceritakan tentang diri kita...

Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.” (al-Isra’ 17: 36)

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” (al-Baqarah 2: 169)

The point is – Janganlah kita mendahului Allah dalam berbicara & perbuatan... Cukuplah petunjuk wahyu dari al-Qur’an dan sunnah Rasul-Nya buat kita. Kita tidak lebih tahu dari-Nya melainkan melalui petunjuk-Nya yang benar.

Wallahu a’lam...

Footnote:

[1] wallahu a’lam, tidak pernah aku menemui atau diberitahukan perihal adanya dalil yang menetapkan atau menafikan bahawa Allah itu memiliki sifat termenung.

Sabtu, April 19, 2008

Kuliah Di Senawang

Kuliah Di Senawang, Seremban

Kuliah/Pembentangan Kertas Kerja Bersama Ustaz Rasul Dahri, Pada setiap bulan di minggu kedua, Hari Ahad, jam 11.30am, di no. 9-1, Jalan Coco Drive 3, Taman Bandar Senawang, Seremban. (Bersebelahan Bulatan/Round About Pancutan Air)

Info Lanjut:
019-2652126 (Saudara Mahadi)

Kuliah Di Taman Cemerlang, 53100 Taman Melati, Gombak. (Berdekatan Station Taman Putra LRT Taman Melati)

Kuliah Di Taman Cemerlang, 53100 Taman Melati, Gombak. (Berdekatan Station Taman Putra LRT Taman Melati)

1 - Pembentangan Kertas Kerja Bersama Ust. Rasul Dahri, jam 3.30pm pada setiap Ahad, minggu kedua (2) & ketiga (3).

2 - Kuliah Ushul Tafsir bersama Ust. Fathul Bari, Setiap Selasa, 8.30pm, dua minggu sekali.

Info Lanjut, sila call. (Rujuk Saudara Nawawi)
Kuliah tertakluk kepada perubahan.

Jumaat, April 11, 2008

APABILA SI PENCURI, PENZINA, & PENYAMUN BERSYUKUR

APABILA SI PENCURI, PENZINA, & PENYAMUN BERSYUKUR

http://an-nawawi.blogspot.com

Ketika baru sahaja sampai di sebuah gerai makan, sungguh aku pelik untuk beberapa saat dan ketikanya apabila terlihat ada juga si pelaku maksiat masih tahu untuk bersyukur dan mengungkapkan alhamdulillah (kata pujian buat Tuhan) dengan “ikhlasnya” tatkala berjaya melaksanakan “tugasnya”... Mungkinkah mereka tidak mengerti agaknya (sekadar mendahului sangkaan baik).

Sungguh merupakan suatu yang benar lagi sahih apabila kita menerima khabar mahupun melangsaikan sesuatu tugasan yang disukai mengakhiri dengan rasa kesyukuran dan ucapan zikir hamdalah (pujian kepada Allah). Namun ia bukanlah sesuatu yang umum mencakupi untuk semua hal yang kita sukai menurut hawa nafsu kita. Tetapi ia sebenarnya ada pengkhususannya iaitu pada skop-skop pekerjaan yang BUKAN maksiat lagi tidak diredhai Allah.

Tetapi, mungkin ia sudah tidak lagi relevan agaknya, kerana penilaian “baik” zaman kini di-ukur bukanlah lagi pada nilaian atau piawaian wahyu tetapi adalah berdasarkan kayu ukur yang baru lagi bersifat moderate atas perkataan “ulama” bermanhaj modenis. Maka, dengan kriteria moden ini dapatlah kita menggabungkan serta meng-kompromikan nilai keikhlasan, per-ibadahan, dan erti tawadhu’ dengan apa jua gerak kerja yang diberi wajah serta slogan “niat yang ikhlas lagi jujur”.

Makanya, dengan konsep kontekstual yang moden lagi tolerance kepada jiwa sanubari masyarakat yang mendabik diri sebagai pejuang modenisasi inilah segala permasalahan yang dulunya merupakan maksiat kini dapat dikompromikan sebagai suatu bentuk ibadah yang mempunyai nilai agama yang lebih unik dengan ciri estetika tersendiri. Maka, corak beragamanya manusia menjadi lebih indah, mudah, tolerance lagi relevan.

Maka, akhirnya bolehlah si perogol bersiri juga mendapat pahala dengan sujud syukurnya setelah gembira mendapat “nikmat” kepuasan seksnya dari si perempuan yang dirogolnya. Berpahala jugalah si pencuri dan perampok kasut di masjid-masjid apabila menadah tangan berdoa tanda syukur atas keuntungan jualan semula kasut-kasut terpakai tersebut, juga si pencolong (pencuri) motorsikal turut dipandang alim bilamana sudah tahu memulakan pencuriannya dengan lafaz basmallah, juga mendapat tempat yang mulia si perampok-perampok bank lantaran sudah tahu meng-asimilasikan karier-nya dengan konsep ubudiyyah kepada Tuhannya iaitu dengan menerapkan rasa ikhlas dalam setiap misi kerjanya. Sungguh perbuatan-perbuatan itu nampaknya sudah wajar diberi nilaian “standard ikhlas gred A++” dengan rasa “penuh kesyukuran” lantaran dihiasasi ucapan memuji Tuhannya melalui ucapan al-hamdulillah di akhir kejayaan tugasannya... Malah lebih cemerlang dan tertib apabila setiap permulaan tugasannya di-awali dengan kalimah agung basmallah.

Ha ha ha... (maaf, hatiku tergelak spontan) Sungguh hebat sekali kalian menghalalkan kerja-kerja haram kalian ya...

Mungkinkah tidak lama akan datang nanti akan ada orang menghalalkan najis tahi dan babi hanya dengan semudah melafazkan kalimah bismillah sebelum melahapnya dan mengucapkan hamdalah setelah kekenyangan???

Inilah sebuah perumpamaannya buat rakan-rakan artis di pentas popular yang dijulang bagaikan sekumpulan ulama dunia baru remaja masa-kini. Oppss!!... bukan saja ulamanya golongan remaja, tapi juga tokoh rujuk dan panel penampilan yang ter-aula generasi belia dan warga veteran yang moderate. Para ulama yang duduknya di masjid-masjid, mendidik dengan kitab-kitab hadis, serta mengajak dengan contoh suri tauladan bawaan Nabi, mana lagi terpakai. Semuanya perlu ditajdidkan dan disesuaikan dengan permintaan ramai. Lebih afdhal jika para ulama dan ustaz itu sendiri yang berpindah ke pentas tarian dan lakonan atas slogan “Niat baik lagi ikhlas & murni” membetulkan masyarakat. Tidak sedarkah yang engkau sendiri sudah menjadi sumbang!!!

Rakan-rakan artis... Tidak kiralah engkau itu asalnya ulama ataupun ustaz. Yang memuzikkan al-Qur’an dan zikir menjadi hiburan bukan lagi Huda (petunjuk)...

Tatkala kau galak berpesta melanggar hukum Tuhan dengan penuh bangga, akhirnya tahu pula kalian mengungkap syukur... Tapi, sungguh aku pelik! Syukur untuk apa kalian itu? Untuk siapa kalian persembahkan kesyukuran kalian? Untuk Allah atau untuk Syaitan? Ataukah untuk memperli Tuhanmu? Atau untuk sekadar meletakkan landskap halal pada konten yang haram, bagai hotdog daging babi yang ditampal logo JAKIM kah? Atau mungkin kerana bangga lantaran selamat dari azab Tuhanmu kerana Dia tidak menyegerakan azab buatmu? Boleh-lah buat lagi lepas ini...

Sewajarnya bukanlah kalian bersyukur atas anugerah dan kerja maksiatmu... Tapi bertaubatlah dan bersyukurlah atas peluang taubatmu yang masih ada itu. Berasa jijik dengan kepura-puraanmu itu...

Apakah kau rasa nikmat, bangga, dan gembira dengan maksiat memperagakan tubuh badanmu dengan cara yang haram lagi terlaknat? Kau bangga apabila dapat bergomolan dengan kaum bukan mahrammu? Kalian rasa seronok dan syukurkah dengan keadaan yang seperti itu? Yang diberi perumpamaan oleh Nabi mu yang jika kalian mengaku meng-imaninya bahawa beliau s.a.w. ada menyatakan bahawa kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik dari bercampuran dengan kaum bukan sejenismu! Ataukah kalian bersyukur kerana berjaya mencabar Tuhanmu? Lantas bersikap mencontohi Syaitan, bangga di atas pentas durjana!!! Na’uzubillah...

Perbaikilah erti syukurmu. Kenalilah erti ikhlas yang benar. Tidaklah erti syukur itu kerana gembira melakukan keburukan, tetapi adalah apabila mendapatkan perkara yang baik menurut nilaian Tuhanmu dan menjauhi perkara-perkara keburukan yang dibenci oleh Tuhanmu serta dihindarkan dari hal-hal yang menyulitkanmu untuk melaksanakan tugasmu yang diredhai.

Dalam hadis Riwayat Imam Muslim di dalam sahihnya ada diriwayatkan sebagaimana maksudnya, “Bahawa dihidangkan kepada Rasulullah pada malam di mana beliau di-isra’kan berupa dua gelas khamar (arak) dan susu. Beliau memandang keduanya lalu mengambil susu, maka Jibrail berkata kepada beliau, “al-Hamdulillah (Segala puji bagi Allah) yang telah menunjukkanmu kepada fitrah (jalan yang benar). Seandainya engkau mengambil khamar, niscaya umatmu tersesat”.” (Hadis Riwayat Muslim, dalam bab Rasulullah di-Isra’kan, no. 168)

Ini mempercontohkan kepada kita bahawa supaya mengucapkan pujian kepada Allah adalah apabila melaksanakan suatu hal yang baik menurut nilaian wahyu, bukan menurut baiknya pada hawa nafsu dan bukan atas hal yang terlarang.

Manakala meletakkan rasa syukur adalah atas nikmat Allah yang diberikan-Nya kepada kita dari sudut nilaian yang benar juga. Nikmat yang dimaksudkan dapat difahami sebagai suatu jalan yang baik-baik yang diredhai/disukai oleh Allah. Bukanlah nikmat itu adalah sedapnya melakukan sesuatu perkara atas nilaian hawa nafsu kita yang membelakangi petunjuk wahyu...

Ini dapat dilihat dari beberapa ayat berikut:

“Sesungguhnya Kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang membawa batu-batu (yang menimpa mereka), kecuali keluarga Luth. Mereka Kami selamatkan sebelum fajar menyingsing, sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur (beriman di atas jalan yang benar), Dan sesungguhnya dia (Luth) telah memperingatkan mereka akan azab-azab Kami, maka mereka mendustakan ancaman-ancaman itu.” (Surah al-Qamar, 54: 34-36)

Bersyukur dengan menerima hal yang benar sebagaimana yang dapat difahami dari ayat berikut,

“Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.” (Surah al-Insaan, 76: 4)

“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur (yang tetap di atas jalan yang benar).” (Surah Ali Imran, 3: 144)

Dapat difahami bahawa bersyukur adalah dengan meletakkan diri kita di atas jalan yang benar dan bukanlah atas landasan dan perbuatan yang terkeluar dari kebenaran.

Apa yang sewajarnya bagi diri kita yang melakukan kesalahan, kesilapan dan menyedari dari perlakuan hal-hal yang maksiat adalah dengan menyegerakan taubat memohon keampunan kepada Allah s.w.t. lalu segera meninggalkan hal yang tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud,

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran, 3: 135)

“Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al-Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (Surah al-Baqarah, 2: 151-152)

Aku belum habis lagi, tapi hampir habis lah ngomelan-ku ini...

Sungguh untuk apakah kalian berbangga dengan kemenangan dan penerimaan anugerah “penyanyi mahupun actor terbaik” itu? Adakah ia atas dasar menandakan hebatnya kalian dalam berlumba-lumba untuk menunjukkan siapakah pelaku maksiat terhebat abad ini? Ketahuilah bahawa takkan menjadi suci sesuatu yang memang jelas akan najisnya, begitulah perihalnya tidak akan halal daging babi dan tahi selain meninggalkannya. Dan tidak akan berguna besi yang tidak dibuang karatnya. Begitulah juga tidak akan dipandang tinggi manusia yang meletakkan diri dalam kancah kemaksiatan... Wallahu a’lam... Semoga kita semua dibukakan ruang menuju ke jalan-Nya yang benar lagi diredhai-Nya...

Oh ya!... Tulisan ini juga ditujukan kepada si tukang sorak dan tukang tepuk para artis di pentas anugerah... Seronok?.. Berhati-hati yaaa....

Isnin, April 07, 2008

Mengapa Perlu Rasa Pelik???

Mengapa Perlu Rasa Pelik???

Hari Sabtu lepas (05/04/2008) aku pergi ke Pesta Buku di PWTC, Kuala Lumpur. Sungguh penat sekali melakukan proses tinjauan kepada buku-buku yang dipamerkan. Mungkin kerana aku terpaksa ber-asak-asak dan berdiri lama membelek buku demi buku yang menarik perhatian ku.

Aku ke sana bersama seorang teman yang biasa ku temuinya dalam kuliah-kuliah pengajian agama di surau-surau mahupun di lokasi-lokasi pengajian tertentu sekitar Kuala Lumpur. Tidak ada yang pelik dan menghairankan tentang dirinya bagi ku. Hanya sedikit pelik apabila orang lain memandangnya seakan-akan seorang artis. Memandangnya tidak berkelip kepadanya. Apa yang dapat kulihat hanyalah dia berpakaian jubah saudi dan berkopiah serta mengenakan imamah di kepalanya. Mungkin itu yang menjadikannya agak pelik bagi sebahagian orang di sana. Wallahu a’lam. Bagi aku itu hanyalah perkara biasa, lebih pelik lagi kalau dia itu orangnya tidak berpakaian atau tidak cukup pakaian... namun, alhamdulillah, dia lengkap tutup berpakaian segak sekali. (Tersenyum...)

Sedikit petang di waktu asar, aku bertemukan seorang rakan blog yang kerap ber-utus sms kepadaku meminta aku mencadangkan beberapa buah kitab-kitab aqidah yang sesuai untuk dibaca sebagai permulaan untuk mengenali manhaj agama yang baik dan lebih tepat. Juga ingin mengenali serba sedikit persoalan manhaj salafi melalui beberapa bahan bacaan yang aku miliki. Lalu, seperti yang dijanjikan, aku memang membawakan untuknya beberapa buah kitab untuk dipinjamkan kepadanya. Setelah berbual sedikit, beliau mula bertanya, sama ada saya sudah solat asar atau belum? Saya menyatakan saya sudah menjamakkannya sekali bersama zuhur seawal waktu zuhur tadinya di masjid Kampung Baru. Entah mengapa tiba-tiba dia berkerut, lalu mengajukan soalan meminta kepastian adakah benar aku ini orang yang menetap di Shah Alam? Aku jawabkan dengan ringkas, “Ya”. Lalu dia bertanya lagi, kenapa aku menjamakkan solat? Saya kurang yakin, bagaimanakah seharusnya aku harus menjawab persoalannya... Lalu aku menokok sedikit info menyatakan bahawa sebenarnya aku bukan sahaja telah menjamakkan solat, tetapi telah juga meng-Qasarkan solat. Dia bertambah hairan. Lalu menyatakan, “Bukankah jamak dan Qasar itu sama sahaja dan hanya dilakukan ketika musafir yang jauh?” aku tersenyum... Aku pun sudah memahami salah faham yang dihadapinya. Lalu aku menerangkan satu persatu kepadanya bermula dari persoalan maksud Jamak dan maksud meng-Qasarkan solat yang mana aku menyatakan bahawa Jamak bukan specific untuk para musafir, tetapi orang yang sibuk dan menghadapi kesukaran juga boleh menjamakkan solat. Seterusnya aku menyatakan bahawa Qasar solat itu yang barulah specific sebagai sedekah/hadiah dari Allah kepada para musafir. Aku menerangkan sehinggalah ke seterusnya, namun dia masih kurang yakin, lalu aku menyatakan mungkin beliau masih belum menemui artikel berkenaan menjamakkan dan mengqasarkan solat di dalam blog fiqh-ku. Lalu dia berjanji akan membacanya bila pulang nanti. Aku hanya tersenyum. Dan dia kelihatan memang penuh minat ingin tahu kerana menyatakan yang dia berjanji akan membacanya dan menanyakan kepada ku jika tidak memahaminya. Aku sedikit gembira dengan tingkah dan semangatnya... (Kepada pembaca blog-ku yang berminat memahami persoalan ini, anda boleh terus ke dua (2) link ini:
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/10/051-pencerahan-kepada-kekeliruan.html dan (&) http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/02/081-qasarkanlah-pendekkanlah-solatmu.html)

Tidak lama selepas menghabiskan perbualan sekitar cerita yang lain, kami pun mengucapkan beberapa kata akhir dan berpisah menuju haluan masing-masing... Aku pulang bersama sahabatku yang sering dipandang pelik tadi.

Sebelum itu, aku juga turut dipandang pelik apabila sebaik selesai solat di masjid kampung baru ada seorang abang berpakaian agak korporat dan formal siap bertali leher menegurku... “Kenapa you gerak-gerakkan jari ketika duduk tasyahud tadi?”... Aku pun segera tersenyum... lalu aku menjawab, “Kenapa abang tidak menggerak-gerakkannya?” Abang tu pun kelihatan seakan-akan tersentak dan berkerut dahi. Lalu meneruskan persoalan tanda hairan, “Kenapa pula perlu abang berbuat seperti itu, tidak pernah abang lihat sama sekali?” Lalu aku menceritakan kepada abang itu secara ringkas bahawa ada hadisnya yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. menggerak-gerakkan jarinya ketika tasyahhud. Ia difahami dari lafaz kalimah يُحَرِّكُهَا yang dinyatakan dalam beberapa buah hadis yang sahih. Juga saya menambah bahawa ia juga menjadi pegangan sebahagian besar ulama hadis dan fiqh terdahulu. Ia sebenarnya bukanlah suatu yang pelik. Lalu saya menghulurkan kad saya yang mana di situ tertera alamat blog saya berkenaan persoalan ini dengan harapan beliau dapat membacanya dan berjaya memahaminya dengan lebih baik lagi. Dia berterima kasih dan segera melihat-lihat kad tersebut dengan penuh minat. Aku yang tidak punya banyak masa ketika itu, segera memohon diri dan beliau menghulurkan tangan bersalaman dan sekali lagi berterima kasih. “Oh ye, kalau abang masih ada persoalan yang berkaitan, boleh juga hubungi saya melalui no. h/p yang ada di kad tersebut ok...” Lalu aku mengucapakan salam, lantas berlalu pergi dengan sedikit senyuman dan berpaling mendapatkan sahabatku yang sudah menunggu di scooter-nya. (Kepada pembaca blog-ku yang berminat memahami persoalan ini, anda boleh terus ke link ini:
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/01/072-sunnah-menggerak-gerakkan-jari.html )

Dalam perjalanan balik, aku berfikir seorang membiarkan sahabatku di hadapan memandu scooternya dengan tenang.

Emmm, aku dilihat pelik rupanya hari ini.... Oh! Ye, aku hanya membeli sebuah novel di pesta buku tersebut... Ok laa...

Khamis, April 03, 2008

Kuliah Secara Live & Online Bersama Ust. Rasul Dahri

Kuliah Secara Live & Online Bersama Ust. Rasul Dahri

Hampir Setiap Hari

Masa: Jam 8.00pm (Selepas Maghrib)

Dipancarkan live ke seluruh dunia melalui talian internet...

Cara mendapatkan liputan secara online (line internet diperlukan):

1 – Sila download perisian chatting paltalk di
http://www.paltalk.com atau http://www.paltalk.com/download/0.x/pal_install_r17709.exe

2 – Install-kan perisian tersebut ke laptop/PC anda hingga selesai.

3 – Sila daftarkan nama (nick-name) anda, dan log-in.

4 – Seterusnya buka (klik) pada button “Browse online video forum”. Kemudian, klik pada set forum “Religion & Spiritualily”, kemudian Klik forum “Islam”, kemudian klik pada forum “Kajian Imam Syafi’e”

5 – Selamat mendengar...

Rabu, April 02, 2008

Kini Aku Ada Stok Buku-buku Untuk Dijual


Kini Aku Ada Stok Buku-buku Untuk Dijual

Anda boleh tinjau-tinjaulah di sini:

http://galeriniaga.blogspot.com