“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Jumaat, April 30, 2010

Menuju Cara Beragama Yang Benar

Sebuah bingkisan buat diri dan para sahabatku yang mencari ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupnya. Dengarkanlah yang semoga dengannya mampu menyentuh jiwa dan lubuk hati seraya membuka lembaran perjalanan yang bererti.



Video 1



Video 2



Video 3



Video 4



Video 5



Video 6



Video 7



Video 8



Video 9



Video 10



Video 11

Sekian...

Jumaat, April 09, 2010

Syaikh Ibnu 'Utsaimin: Maksud Menasihati Para Pemimpin

Syaikh Ibnu 'Utsaimin: Maksud Menasihati Para Pemimpin

http://an-nawawi.blogspot.com/

Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah ketika menjelaskan maksud hadis “agama itu adalah nasihat”:

والنصيحة للأمراء تكون بأمور منها

أولاً: اعتقاد إمامتهم وإمرتهم، فمن لم يعتقد أنهم أمراء فإنه لم ينصح لهم، لأنه إذا لم يعتقد أنهم أمراء فلن يمتثل أمرهم ولن ينتهي عما نهوا عنه، فلا بد أن تعتقد أنه إمام أو أنه أمير، ومن مات وليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية، ومن تولى أمر المسلمين ولو بالغلبة فهو إمام، سواء كان من قريش أومن غير قريش

Terjemahan: Dan nasihat untuk para pemerintah (umara’) dilaksanakan dengan cara:

1 – Meyakini/mengiktiraf keimamahannya (kepimpinannya) serta kedudukan mereka. Sesiapa yang tidak meyakininya, bererti ia tidak termasuk orang-orang yang menasihati mereka. Dengan tidak meyakininya, ia tidak akan melakukan perintah dari mereka dan tidak pula menghentikan larangannya. Maka yang pertama, kita perlu mengiktirafnya sebagai imam atau amir (pemimpin). Sesiapa yang meninggal dunia tetapi tidak memiliki bai’at (ketaatan) kepada pemimpin, maka ia mati dalam keadaan jahiliyah. Dan sesiapa sahaja yang mentadbir/menguruskan hal-ehwal umat Islam, walaupun ia naik dengan cara pemberontakkan, maka bererti ia adalah seorang pemimpin, sama ada dari bangsa Quraisy mahu pun selainnya.

ثانياً: نشر محاسنهم في الرعية، لأن ذلك يؤدي إلى محبة الناس لهم، وإذا أحبهم الناس سهل انقيادهم لأوامرهم . وهذا عكس ما يفعله بعض الناس حيث ينشر المعايب ويخفي الحسنات، فإن هذا جورٌ وظلم. فمثلاً يذكر خصلة واحدة مما يُعيب به على الأمراء وينسى خصالاً كثيرة مما قاموا به من الخير، وهذا هو الجور بعينه

2 – Menyebarkan kebaikan mereka kepada rakyat, kerana perkara tersebut akan menambahkan rasa cinta rakyat terhadapnya, dan sekiranya rakyat mencintainya maka mereka akan lebih mudah untuk diatur dan mengikuti perintahnya.

Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh sebahagian pihak yang dengan mudah menyebarkan keburukkan-keburukkan mereka dan menyembunyikan pelbagai kabaikannya. Ini adalah perbuatan yang zalim dan tidak amanah (tidak bertanggungjawab) di mana mereka menyebarkan satu keburukkan tetapi melupakan kebaikan yang telah mereka laksanakan. Perkara tersebut jelas tidak bertanggungjawab.

ثالثاً: امتثال ما أمروا به وما نهوا عنه، إلا إذا كان في معصية الله عزّ وجل لأنه لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق، وامتثال طاعتهم عبادة وليست مجرد سياسة، بدليل أن الله تعالى أمر بها فقال عزّ وجل: ( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وأولي الأمر منكم) [النساء:59] فجعل ذلك من مأموراته عزّ وجل، وما أمر الله تعالى به فهو عبادة. ولا يشترط في طاعتهم ألاّ يعصوا الله،فأطعهم فيما أمروا به وإن عصوا الله، لأنك مأمور بطاعتهم وإن عصوا الله في أنفسهم

3 - Melaksanakan perintah dan menjauhi apa yang mereka larang, melainkan apa yang mereka perintahkan tersebut merupakan maksiat kepada Allah ‘Azza wa Jalla, kerana tiada ketaatan kepada makhluk dalam soal maksiat kepada al-Khaliq (Allah yang Maha Menciptakan). Melaksanakan perintah mereka bukan bererti kita sedang bermain dengan politik, tetapi kita katakan bahawa perkara tersebut termasuk ibadah, dengan dalil bahawa Allah ‘Azza wa Jalla yang telah memerintahkan kita dengan firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 59)

Allah menjadikan ketaatan kepada mereka (pemimpin) termasuk di antara ketaatan kepada-Nya dan apa yang diperintahkan Allah adalah merupakan ibadah.

Dalam urusan mentaati mereka (pemimpin) tidak disyaratkan bahawa pemimpin tersebut mestilah yang suci dari maksiat kepada Allah. Taatilah perintah mereka (selagi mana yang bukan maksiat), walaupun mereka (pemimpin) bermaksiat kepada-Nya, kerana kamu hanya diperintahkan mentaatinya (dalam urusan yang tidak bertentangan dengan agama), walaupun mereka sendiri melakukan maksiat kepada Allah.

رابعاً: ستر معايبهم مهما أمكن، وجه هذا: أنه ليس من النصيحة أن تقوم بنشر معايبهم، لما في ذلك من ملئ القلوب غيظاً وحقداً وحنقاً على ولاة الأمور، وإذا امتلأت القلوب من ذلك حصل التمرّد وربما يحصل الخروج على الأمراء فيحصل بذلك من الشر والفساد ما الله به عليم. وليس معنى قولنا: ستر المعايب أن نسكت عن المعايب، بل ننصح الأمير مباشرة إن تمكنا،وإلا فبواسطة من يتصل به من العلماء وأهل الفضل. ولهذا أنكر أسامة بن زيد رضي الله عنه على قوم يقولون: أنت لم تفعل ولم تقل لفلان ولفلان يعنون الخليفة، فقال كلاماً معناه: (أتريدون أن أحدثكم بكل ما أحدث به الخليفة) فهذا لا يمكن. فلا يمكن للإنسان أن يحدث بكل ما قال للأمير، لأنه إذا حدث بهذا فإما أن يكون الأمير نفذ ما قال، فيقول الناس: الأمير خضع وذل، وإما أن لا ينفذ فيقول الناس: عصى وتمرّد. ولذلك من الحكمة إذا نصحت ولاة الأمور أن لا تبين ذلك للناس،لأن في ذلك ضرراً عظيماً

4 – Menutup ‘aib-‘aib mereka (tidak menyebarkannya) dengan sedaya-upaya. Alasannya adalah sekiranya ‘aib mereka anda sebarkan, maka ia bukanlah termasuk bentuk-bentuk nasihat, dan perkara tersebut hanya akan mengakibatkan hati (seluruh rakyat) diselubungi kebencian, kedengkian, dan kemarahan terhadap para pemimpin, dan jika perasaan seluruh rakyat penuh dengan sifat yang tersebut, maka akan muncul pula pembangkangan (protes) terhadap pemimpin yang akhirnya akan menimbulkan keburukkan dan kefasadan (kejahatan) yang hanya Allah yang mengetahuinya.

Menutupi ‘aib mereka bukanlah bermaksud kita membiarkan ia begitu sahaja, tetapi kita wajib menasihati pemimpin secara langsung (sekiranya mampu) atau melalui perantara para ulama atau sesiapa sahaja yang memiliki kedudukan. Berkaitan dengan ini, Usamah B. Zaid radhiyallahu ‘anhu mengingkari ucapan suatu kaum yang mengatakan:

“Kamu belum melakukan apa pun dan belum menasihati khalifah (pemimpin).”

Kemudian beliau menjawab: “Adakah kamu mahu aku menceritakan kepada kamu setiap apa yang aku perkatakan kepada khalifah?” Sudah tentu ia tidak perlu.

Maka termasuk perbuatan yang bijak, sekiranya kamu menasihati pemimpin dan kamu tidak menceritakan kepada sesiapa pun kerana perkara tersebut hanya akan menimbulkan keburukkan yang parah.

خامساً: عدم الخروج عليهم، وعدم المنابذة لهم، ولم يرخص النبي صلى الله عليه وسلم في منابذتهم إلا كما قال: أَنْ تَرَوا أي رؤية عين، أو رؤية علم متيقنة. كُفْرَاً بَوَاحَاً أي واضحاً بيّناً. عِنْدَكُمْ فِيْهِ مِنَ اللهِ بُرْهَانٌ أي دليل قاطع. ثم إذا جاز الخروج عليهم بهذه الشروط فهل يعني ذلك أن يخرج عليهم ؟ لأن هناك فرقاً بين جواز الخروج، وبين وجوب الخروج. والجواب: لا نخرج حتى ولو رأينا كفراً بواحاً عندنا فيه من الله برهان،إلا حيث يكون الخروج مصلحة،وليس من المصلحة أن تقوم فئة قليلة سلاحها قليل في وجه دولة بقوتها وسلاحها، لأن هذا يترتب عليه إراقة الدماء واستحلال الحرام دون ارتفاع المحذور الذي انتقدوا به الأمراء،كما هو مشاهد من عهد خروج الخوارج في زمن الخلفاء الراشدين رضي الله عنهم إلى يومنا هذا،حيث يحصل من الشر والمفاسد ما لا يعلمه إلاربُّ العباد.لكن بعض الناس تتوقد نار الغيرة في قلوبهم ثم يحدثون ما لا يحمد عقباه، وهذا غلط عظيم. ثم إنا نقول: ما ميزان الكفر؟ فقد يرى البعض هذا كفراً و البعض لايراه كفراً، ولهذا قيد النبي صلى الله عليه وسلم ذلك بقوله كُفْرَاً بَوَاحَاً ليس فيه احتمال،كما لو رأيته يسجد للصنم، أو سمعته يسب الله، أو رسوله أو ما أشبه ذلك.

5 – Tidak melakukan pemberontakkan dan penentangan (gerakkan membangkang) terhadap mereka. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak memberikan keringanan (tidak membenarkan) melakukan pembangkangan, melainkan sebagaimana yang beliau katakan:

“Kamu melihat ia melakukan kekufuran yang nyata, di mana kamu memiliki keterangan yang nyata dari Allah dalam perkara tersebut.” Iaitu dengan dalil yang jelas/pasti.

Kemudian, sekiranya perkara tersebut adalah jelas dengan syarat tersebut, adakah bererti kita boleh terus memberontak begitu sahaja? Kerana di sana terdapat perbezaan dalam perkara ini.

Dan jawabnya:

Kita tidak dibolehkan terus sahaja dengan serta-merta memberontak, walaupun telah jelas darinya kekufuran yang darinya memiliki dalil dari Allah (yang boleh dipertanggungjawabkan) melainkan sekiranya telah jelas padanya memiliki kemaslahatan (kemampuan/keupayaan). Tidak termasuk maslahat sekiranya hanya kelompok yang kecil dengan senjata yang tidak seberapa untuk menghadapi sebuah kuasa negara yang lengkap dengan bala tentera dan persenjataannya. Ini adalah kerana ia hanya akan mengakibatkan pertumpahan darah dan menghalalkan yang haram (mengakibatkan pelbagai kerosakan dan terkorbannya jiwa yang tidak berdosa dari kalangan orang awam, kanak-kanak, wanita, dan warga tua – pent.), tanpa mendatangkan hasil. Sedangkan pada awalnya, mereka menghendaki keburukkan penguasa diubah, sebagaimana pemberontakkan yang dilakukan kaum khawarij di zaman Khulafa’ur Rasyidin radhiyallahu ‘anhum. Sehingga zaman ini. Di mana yang terhasil hanyalah keburukkan dan kehancuran yang tidak diketahui seorang pun melainkan oleh Allah, Tuhan para makhluk (hamba).

Namun, sebahagian pihak tetap menyalakan api kebencian di hati-hati mereka, kemudian mereka melakukan pelbagai jenis aksi/tindakkan yang buruk hasilnya. Ini adalah kesalahan yang besar.

Lalu kita bertanya, sekiranya demikian, apa ukuran kekufuranm kerana sebahagian kelompok menganggap kafir tetapi sebahagian yang lainnya tidak?

Jawabnya, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberikan peringatan yang penting dalam perkataannya, iaitu “Kuffran Bawwahan” (kekufuran yang jelas nyata) yang tidak lagi dapat ditakwil dengan maksud yang lain, seperti contohnya kamu melihat mereka sujud kepada patung, mendengar secara langsung dia mencela Allah atau Rasul-Nya atau yang seumpamanya (walaupun hujjah telah ditegakkan – pent.).

Rujuk: Syaikh Ibn ‘Utsaimin, Syarah al-Arba’in an-Nawawiyyah, hadis no. 7, dari website beliau: http://www.ibnothaimeen.com/all/books/article_17802.shtml

Rabu, April 07, 2010

Politik Tanpa Jaminan!

Politik Tanpa Jaminan!

http://an-nawawi.blogspot.com

Dalam sebuah sesi, seorang pemimpin terkenal dari sebuah Parti Politik di al-Jazair bernama ‘Ali B. Haj bertemu dengan Syaikh al-Albani.

Sebuah parti politik yang mengaku memperjuangkan agama dan hak masyarakat. Namun dalam satu keadaan, hebat juga memperjuangkan demonstrasi, pemberontakkan dan aktiviti militan. Juga turut bersama-sama Syi’ah dan al-Asya’irah bagi tujuan mendapat/meraih sokongan politik yang lebih kuat/banyak (majoriti).

Syaikh al-Albani bertemu dengannya dan berlangsunglah sebuah dialog yang panjang.

Setelah dialog yang agak panjang berlangsung di antara mereka, akhirnya Syaikh al-Albani mengajukan sebuah pertanyaan kepada ‘Ali B. Haj:

Syaikh al-Albani: Adakah setiap orang yang mengikuti anda mengetahui bahawa Allah bersemayam (Istiwa’) di atas ‘Arsy?

‘Ali B. Haj menjawab: Kami harap begitulah…

Syaikh al-Albani: Tinggalkanlah dahulu jawaban berbentuk diplomatis tersebut.

‘Ali B. Haj: Ya memang, tidak semua mereka mengetahui perkara tersebut.

Syaikh al-Albani: Cukuplah bagiku pengakuanmu tersebut dalam hal ini.

Dan Syaikh al-Albani pun mengakhirinya dengan jawaban tersebut dari ‘Ali B. Haj.

Begitulah sebenarnya hati-hati manusia tidak akan dapat disatukan di bawah sebuah panji/bendera bernama Parti Politik dan Suara Demokrasi. Fahamilah bahawa hati-hati yang berbeza tidak akan dapat disatukan dengan apa cara sekalipun, melainkan dengan 'aqidah.

Allah berfirman (maksudnya):

Kamu menganggap mereka itu bersatu padu, tetapi sebenarnya hati-hati mereka berpecah-belah. (Surah al-Hasyr, 59: 14)

Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri memberi komentar berkenaan pertanyaan Syaikh al-Albani tersebut dengan katanya:

Syaikh al-Albani telah membataskan pertanyaan beliau kepada persoalan al-Istiwa’ Allah (keimanan terhadap istiwa-nya Alla di atas ‘Arsy) adalah kerana masalah tersebut merupakan tanda aras yang jelas di antara Ahlus Sunnah wal-Jama’ah dengan Ahli Bid’ah para pengikut hawa nafsu. Persoalan aqidah yang sederhana dan diketahui oleh masyarakat Madinah yang telah menguasai dunia dan memimpin umat manusia. Sehinggakan hamba wanita yang kerjanya mengembala kambing juga turut mengetahauinya...

Pertanyaan Syaikh al-Albani kepada pemimpin Parti Politik terkenal di al-Jaza’ir tersebut bertepatan dengan manhaj salaf walaupun tidak dapat diterima oleh orang ramai zaman sekarang. Pertanyaan tersebut dirakamkan antaranya di dalam Shohih Muslim, di mana Nabi sendiri menanyakannya kepada seorang jariyah (hamba wanita) si pengembala kambing.

Lalu, bandingkanlah realiti umat Islam sekarang ini yang begitu bernafsu merebut singgahsana takhta kekuasaan dan kerajaan. Nescaya anda akan melihat betapa perbezaan yang sangat jelas dan ketara dengan apa yang diusahakan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya yang menegakkan aqidah umat (membersihkan segala bentuk kesyirikkan). Sebaliknya parti-parti politik hari ini mereka meninggalkan/membelakangkan ilmu dan aqidah umat Islam. Tergesa-gesa lagi tergopoh-gapah mengejar kuasa dan meraih majoriti.

Dari itu, siapakah lagi yang akan menjamin kejayaan mereka dalam politik setelah mana aqidah sebagai perkara utama turut diabaikan?

Rujuk: Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri, Madarikun Nadzar fi as-Siyasah Baina ath-Thabbiqaat asy-Syyar’iyyah wa al-Ihfi’aalat al-Hamaasiyyah, 98-103, Terbitan/Terjemahan Pustaka Imam Bukhari (Indonesia).

Selasa, April 06, 2010

Lahirnya Generasi Kartun

Lahirnya Generasi Kartun

http://an-nawawi.blogspot.com

Apabila belajar dan mengajarkan Kitab al-Umm (Imam asy-Syafi’i), Shohihaian (Dua kitab Sahih: al-Bukhari & Muslim), Tafsir Ibnu Katsir, al-Adzkar (Imam an-Nawawi), Fathul Bari (al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani), Bulughul Maram (juga al-Hafiz Ibnu Hajar), Kitab-kitab ‘Aqidah seperti ath-Thahawiyah dan Ushulus Sunnah (Imam Ahmad) pun kena tangkap dan dihalang, maka tidak hairanlah sekiranya masyarakat hari ini mula jahil terhadap agama.

Lebih malang, mereka mula meninggalkan agama mereka. Meninggalkan al-Qur’an dan perkataan-perkataan Nabi mereka dari Hadis-hadis yang sahih.

Akhirnya mereka pun beralih kepada kitab-kitab alternatif yang lain seperti Kitab Sin Chan, Doraemon, Dragon Ball dan yang sewaktu dengannya.

Maka, lahirlah generasi-generasi berfikiran kartun…

Khamis, Mac 25, 2010

Pengajian Bersama Syaikh 'Abdullah al-Mar'i


Pengajian Khas Bersama:
asy-Syaikh 'Abdullah B. Mar'i al-Adeny

Bertajuk:
Perpaduan Membawa Rahmat
Perpecahan Membawa Azab


Tarikh:
25 Mac 2010 (9 Rabbi'ul Akhir 1431H)

Masa/waktu:
Selepas Maghrib

Tempat:
Masjid Paya, Perlis (Malaysia).

Juga Live (Secara Langsung Audio):
http://annashradio.com

Isnin, Mac 01, 2010

Ibnu ‘Abbas Sebagai Ulama Tafsir

Ibnu ‘Abbas Sebagai Ulama Tafsir

http://an-nawawi.blogspot.com

عن ابن عباس قال: كنت في بيت ميمونة ابنة الحارث فوضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم طهوره فقال: من وضع هذا؟ فقالت ميمونة: عبد الله ، فقال: " اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل "

Dari Ibnu ‘Abbas, beliau berkata: “Aku pernah berada di rumah Maimunah binti Al-Haarits. Maka aku ambilkan untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (air) untuk bersuci (thoharah). Beliau pun bertanya:

“Siapakah yang mengambilkan (air) ini?”. Maimunah menjawab: “Abdullah”. Beliau bersabda: “Ya Allah, faqihkanlah ia dalam agama dan ajarkanlah ilmu ta’wil (tafsir) kepadanya”. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, 15/531, no. 7055. Ath-Thabrani, 10/263, no. 10614. Juga diriwayatkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Ibnu Sa’ad, Ibnu Abi ‘Ashim)

Juga diriwayatkan oleh al-Bukhari secara marfu’ dengan lafaz:

اللهم علِّمْهُ الكتاب

“Ya Allah, ajarkanlah beliau al-Kitaab (al-Qur’an)”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/134, no. 73)

Dalam lafaz yang lain:

اللهم علمه الحكمة

“Ya Allah, ajarkanlah ia al-Hikmah”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 12/100, no. 3473)

Melalui jalan ‘Amr bin Dinar, dari Kuraib, dari Ibnu ‘Abbas, beliau berkata:

أتيت رسولَ الله صلى الله عليه وسلم فدعا الله لي أن يزيدني علماً وفهماً

“Aku mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan beliau berdoa kepada Allah untukku agar menambahkan kepadaku ilmu dan kefahaman (dalam agama)”. (Hadis Riwayat Ahmad, 1/330, no. 3061. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya Sahih di atas Syarat al-Bukhari dan Muslim)

al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:

وهذه الدعوة مما تحقق إجابة النبي صلى الله عليه و سلم فيها لما علم من حال بن عباس في معرفة التفسير والفقه في الدين رضي الله تعالى عنه

Terjemahan: “Doa ini merupakan satu bentuk jaminan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, di mana beliau mengetahui keadaan Ibnu ‘Abbas atas keilmuannya di dalam bidang tafsir dan kefaqihannya (kefahamannya) di dalam agama – radliyallahu ta’ala ‘anhu”. (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 1/170)

al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata di ketika menyebutkan nama-nama sebagai rujukan di dalam penafsiran al-Qur’an:

ومنهم الحبر البحر عبد الله بن عباس، ابن عم رسول الله صلى الله عليه وسلم، وترجمان القرآن وببركة دعاء رسول الله صلى الله عليه وسلم له حيث قال: "اللهم فقهه في الدين، وعلمه التأويل"

Terjemahan: “Di antara mereka adalah: “al-habrul-bahr” ‘Abdullah bin ‘Abbas, anak pak cik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “turjumaanul-qur’an”, dan orang yang memiliki barakah doa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, di ketika beliau bersabda: “Ya Allah, faqihkanlah ia dalam agama, dan ajarkanlah ia ilmu ta’wil (tafsir)”.” (Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, 1/8)

Ibnu Mas’ud radliyallaahu ‘anhu berkata:

لو أن ابن عباس أدرك أسناننا ما عاشره منا أحدٌ. قال وكان يقول : نعم ترجمان القرآن ابن عباس رضي الله عنه

“Sekiranya Ibnu ‘Abbas sampai kepada umur/masa kita, nescaya tidak ada seorang pun di antara kami yang dapat menandingi (ilmu)-nya. Sebaik-baik penafsir al-Qur’an adalah Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu.” (Diriwayatkan oleh al-Hakim, al-Mustadrak, 3/618, no. 6289. Ta’liq adz-Dzahabi: Sahih di atas Syarat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Imam Mujahid bin Jabar Al-Makkiy rahimahullah berkata:

كان ابن عباس يُسَمَّى البحر من كثرة علمه

“Ibnu ‘Abbas dinamakan al-Bahr (samudera) kerana banyaknya ilmu yang beliau miliki”. (Rujuk al-Itqan fii ‘Ulumul Qur’an, 2/494, no. 6376)

Wallahu a’lam...

Khamis, Februari 18, 2010

Sebab Dan Akibat

Sebab Dan Akibat

http://an-nawawi.blogspot.com/

Adakalanya kita mungkin menemui golongan manusia yang suka berserah dan beralasan dengan takdir. Mereka mudah putus-asa dan malas berusaha.

Mereka sering mengeluh dan berkata bahawa sekiranya sesuatu itu telah ditakdirkan, maka tiada gunanya sama ada kita berdoa atau pun tidak. Sekiranya sesuatu itu telah tertulis untuk berlaku, sudah tentu berusaha atau pun tidak, ia sama sekali tidak akan mendatangkan faedah mahu pun hasil yang diingini.

Lalu, mereka pun bermalas-malasan atau melakukan apa sahaja yang mereka suka serta kehendaki tanpa mahu berfikir panjang. Bahkan mereka sebenarnya mengabaikan prinsip-prinsip ilmu. Merekalah orang yang tidak memiliki tujuan hidup, malah tidak memiliki wawasan. Mereka beranggapan diri mereka pandai, walhal mereka di dalam kebodohan. Tidakkah mereka pernah mengerti untuk apa mereka dijadikan? Di suatu sisi yang lain, mereka menggunakan alasan tersebut hanya sebagai modal untuk melakukan apa sahaja yang mereka kehendaki tanpa mahu ada yang mengekang.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan sesuatu itu dengan beralasan dan bersebab. Setiap akibat itu dijadikan dengan faktor tertentu sebagai penyebab dengan seizin-Nya dan kehendak-Nya.

Allah Ta’ala telah menjelaskan di dalam banyak ayat-ayat-Nya, bahawa Dia telah menetapkan sesuatu dengan ukuran/kadar yang sangat rapi, segala sesuatu berlaku dengan sebab dan akibat. Sama ada kita mengetahui mahu pun tidak.

Di antaranya, adalah sebagaima firman-Nya di dalam ayat-ayat berikut:

الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا

Kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan-(Nya), dan dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya. (Surah al-Furqon, 25: 2)

Iman dan amal soleh serta kaitannya dengan kuasa:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia benar-benar akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa. (Surah an-Nuur, 24: 55)

Harta dan anak-anak sebagai ujian:

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar. (Surah al-Anfal, 8: 28)

Penjelasan Ketika tewas di Perang Uhud:

أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُمْ مِثْلَيْهَا قُلْتُمْ أَنَّى هَذَا قُلْ هُوَ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menewaskan dengan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri." Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Surah Ali Imran, 3: 165)

Berkenaan musibah yang menimpa:

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu). (Surah asy-Syura, 42: 30)

Disebabkan sentiasa mengingati (berzikir kepada) Allah:

فَلَوْلا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ (١٤٣)لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingati Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sehingga hari berbangkit. (Surah ash-Shaffat, 37, 143-144)

Azab disebakan mengingkari peringatan:

لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ وَمَنْ يُعْرِضْ عَنْ ذِكْرِ رَبِّهِ يَسْلُكْهُ عَذَابًا صَعَدًا

Sesiapa yang berpaling dari peringatan Tuhannya, nescaya akan dimasukkan-Nya ke dalam azab yang amat berat. (Surah al-Jin, 72: 17)

Disebabkan iman:

فَآمَنُوا فَمَتَّعْنَاهُمْ إِلَى حِينٍ

Lalu mereka beriman, dengan sebab itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka sehingga waktu yang tertentu. (Surah ash-Shaffat, 37: 148)

Hasil sifat sabar di dalam mencari keredhaan Allah:

وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ (٢٢)جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ وَالْمَلائِكَةُ يَدْخُلُونَ عَلَيْهِمْ مِنْ كُلِّ بَابٍ

Orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik), (iaitu) syurga 'Adn... (Surah ar-Ra’d, 13: 22-23)

Doa orang-orang yang beriman dan beramal soleh:

وَيَسْتَجِيبُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَيَزِيدُهُمْ مِنْ فَضْلِهِ وَالْكَافِرُونَ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ

Dia memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah (pahala) kepada mereka dari kurnia-Nya. Dan orang-orang yang kafir bagi mereka azab yang sangat keras. (Surah asy-Syura, 42: 26)

Disebabkan bersegera dengan kebaikan, sabar, dan khusyu’ kerana Allah:

إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ

Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada Kami. (Surah al-Anbiya’, 21: 90)

Hukuman kejahatan (disebabkan keingkaran):

إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمَ سَوْءٍ فَأَغْرَقْنَاهُمْ أَجْمَعِينَ

Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat, maka Kami tenggelamkan mereka semuanya. (Surah al-Anbiya’, 21: 77)

Begitulah sebahagian dari ayat-ayat Allah sebagai tanda bahawa Allah sentiasa memberi kepada kita ruang untuk mencorakkan warna-warni di dalam kehidupan ini. Setiap hasil akibat, memiliki sebab yang relevan. Sebab dan akibat mungkin hadir di antara satu daripada dua keadaan, iaitu dalam keadaan yang disedari mahu pun sebaliknya (tanpa sedar).

Dari sini, sekiranya takdir masih dijadikan sebagai alasan, ini hanya menunjukkan betapa tertutupnya akal-akal mereka terhadap tanda-tanda yang ada di sekeliling mereka. Betapa mereka memperkecilkan ruang yang telah sedia diberi.

Cukuplah perbuatan makan minum mereka untuk mereka fikirkan. Sekiranya takdir menjadi alasan, apa gunanya mereka makan dan minum. Kerana sekiranya mereka telah ditakdirkan untuk kenyang, sudah tentu sama ada mereka makan atau pun tidak, minum atau pun tidak, tentu tidak akan berguna sama sekali. Kerana takdir telah menetapkan mereka untuk kenyang. Begitulah sebaliknya, sekiranya mereka telah ditakdirkan untuk lapar, sudah tentu makan dan minum tidak akan membantu mereka sama sekali, kerana takdir mereka adalah kelaparan.

Begitu pula dengan perkahwinan. Apa guna mereka berkahwin? Sekiranya mereka meletakkan persoalan zuriat itu pada takdir semata tanpa sebarang inisiatif usaha, sudah tentu perkahwinan itu tidak perlu. Kerana, sekiranya kita beralasan dengan takdir, kahwin atau pun tidak, sekiranya takdir telah menyatakan tiada zuriat, sudah tentu tiada zuriat jua. Maka, begitulah sebaliknya. Mengapa mereka tidak bersetuju?

Dari itulah, maka ada perkara yang perlu kita fahami dengan baik. Tugas dan urusan kita sebenarnya adalah melaksanakan berdasarkan ukuran dan apa yang diperintahkan. Mengikuti panduan dan tidak keluar dari batasan.

Ada pun takdir, ia adalah merupakan ketentuan dan urusan Allah yang bukan urusan kita untuk mengira-ngira serta menentukannya mahu pun memutuskannya.

Firman Allah Subahanhu wa Ta’ala:

وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لا يَعْلَمُهَا إِلا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلا يَعْلَمُهَا وَلا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأرْضِ وَلا رَطْبٍ وَلا يَابِسٍ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci setiap yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya melainkan Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis di dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)". (Surah al-An’am, 6: 59)

Kerana di sana, terdapat suatu batas sempadan yang tidak mampu kita rungkaikan. Kerana kemampuan kita amat terhad dan telah ditetapkan tidak mampu menerokai sesuatu yang sememangnya bukan urusan kita.

Maka, kita lakukanlah apa yang kita mampu dengan ruang yang telah terbentang. Apa yang terbuka di hadapan mata diusahakanlah, dan apa yang bukan urusan kita, kita serahkan kepada Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengatur Segala sesuatu.

Wallahu a’lam...