“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Isnin, November 10, 2008

“Holy Water” Versi Orang Melayu

“Holy Water” Versi Orang Melayu

http://an-nawawi.blogspot.com/

Kalau suatu ketika atau mungkin sehingga masa ini, nama Holy Water (Air Keramat) memang cukup terkenal sebagai air sihir yang dikatakan dihasilkan oleh golongan paderi dari kalangan penganut kristian. Sebahagian masyarakat Islam khususnya dari kalangan orang Melayu pernah menggembar-gemburkan isu air tersebut (Holy Water) yang dikatakan memiliki kuasa tertentu yang mampu menjadikan seseorang penganut Islam yang meminumnya murtad dengan serta-merta akibat dari melupai Allah, gagal membaca syahadah, dan lantas membenci agama asalnya. Tetapi sebaliknya akan terus berminat kepada agama kristian dan menganutinya.

Nah! Betapa hebatnya air Holy Water!

Namun sayangnya, fakta-fakta tersebut telah disangkal sendiri oleh para paderi kristian sekaligus menafikan kewujudan air sihir yang bersifat seperti itu. Seandainya ia benar sekalipun, ia tidak akan mampu memudharatkan umat Islam kerana Allah Subhanahu wa Ta’la telah berfirman,

“Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada sesiapa pun, kecuali dengan izin Allah.” (Surah al-Baqarah, 2: 102)

“Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang” (Surah Thoha, 20: 69)

Secara logiknya, sekiranya Holy Water tersebut benar-benar wujud sebagaimana dikata yang memiliki kuasa sihir untuk mempengaruhi manusia memeluk kristian, sudah tentu tidak akan ada orang kristian yang akan masuk Islam. Tetapi itulah hakikatnya, di mana puluhan ribu manusia penganut kristian boleh memeluk Islam dengan sukarela saban waktu. Sehingga paderi-paderi mereka pun ramai yang mendapat hidayah memeluk Islam dan kini giat menjadi pendakwah yang mengajak orang lain menganut Islam.

Setelah kewujudan air “Holy Water” kristian itu menjadi reda, air “Holy Water” buatan orang melayu masih belum reda malah semakin menyubur sehingga ke masa ini.

Holy Water milik masyarakat melayu ini dikatakan mampu menjadikan seseorang yang asalnya malas menjadi rajin, si bodoh boleh menjadi bijak, orang yang gelap hatinya akan menjadi ulama, orang yang selalu gagal boleh menjadi manusia berjaya, orang bujang boleh segera bertemu jodoh, malah sehingga boleh menjadikan seseorang yang sakit tenat kembali sihat. Sehingga terdapat Holy Water dengan ramuan-ramuan yang tertentu mampu membantu mengubati sehingga penyakit jantung dan buah pinggang yang kronik.

Begitulah keajaiban Holy Water versi melayu. Ia bukanlah suatu yang ditakuti sebagaimana kewujudan Holy Water versi kristian. Tetapi, Air keramat versi melayu ini adalah air yang menjadi buruan masyarakat yang benar-benar belum mengerti yang mengejar keajaiban segera. Mereka sebenarnya menjadi mangsa oleh golongan agamawan yang merosakkan.

Malah, kini ia bukan lagi setakat air, tetapi produk ini kini diperluaskan lagi ke dalam bentuk lainya seperti melalui “Kismis Keramat”, “Madu Keramat”, dan seumpamanya. Produk-produk ini kini memiliki nilai komersil yang begitu hebat sekali.


Akhirnya, cara menghasilkan air-air keramat dan produk-produk keramat itu kian terbongkar! Caranya amat mudah iaitu hanya dengan memanggil mana-mana orang berpangkat tok-tok guru atau ustaz-ustaz tertentu supaya mereka membacakan doa-doa tertentu, atau jampi-jampi tertentu, atau dengan mana-mana ayat-ayat suci al-Qur’an atau kebiasaannya surah Yasin, pada produk-produk tersebut. Setelah dibacakan pada produk tersebut, maka ianya akan dibungkuskan untuk dipasarkan kepada para pengguna atau pembeli yang mengkehendakinya. Malah ada juga produk seperti madu asli yang khas dibacakan dengan 30 Juzuk al-Qur’an oleh Ma’had-ma’had tahfiz tertentu bagi menjadikan madu tersebut lebih “power” (memiliki nilai tambah) berbanding madu asli yang lainnya. Malah dengan bacaan tersebut, akan menjadikan madu tersebut memiliki kuasa terapi dan daya penyembuhan yang lebih dasyat. Sehingga mampu memberikan keajaiban segera kepada para peminumnya. Wallahu a’lam.

Namun, tidak pula kita temui daya tambah yang seperti itu melalui kalam Rasulullah... wallahu a’lam. Meminum madu itu sememangnya anjuran sunnah, sayangnya tidak pula Rasulullah Shalallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan atau menunjukkan kaedah nilai tambah sebagaimana yang tersebut.

Sehinggakan saya sendiri pernah melihat ada sebahagian majlis-majlis bacaan yasin (yasinan) dan majlis-majlis tahlil (tahlilan) yang menyediakan air dalam jumlah-jumlah tertentu dengan diletakkan pada bekas-bekas tertentu yang kebiasaannya botol-botol bersaiz bekas mineral water, diletakkan pada kedudukan di tengah-tengah lingkaran majlis tersebut diadakan. Lebih menariknya, apabila bacaan/majlis hendak dimulakan, penutup bekas (atau botol) akan dibuka dan setelah tamat majlis, penutup botol akan ditutupkan semula. Kemudiannya air-air tersebut akan diagih-agihkan dan diminum dengan hasrat akan memberi keberkatan dan penerang hati kepada si peminumnya.

Malah, selain dari majlis itu, air-air seperti itu kini kian menjadi suatu bahan produk yang benar-benar memiliki nilai yang tinggi hasilnya. Serta memiliki nilai permintaan yang begitu tinggi di negara kita. Sekaligus mampu memberikan hasil pendapatan yang lumayan kepada para penjualnya.

Begitulah betapa telah meluasnya produk-produk ganjil dan aneh tersebut di dalam pasaran negara kita hari ini. Semuanya tidak lain, ianya wujud dan menjadi begitu “demand” disebabkan oleh kejahilan sebahagian masyarakat kita terhadap agama.

Jikalah benar para ustaz dan tok-tok guru tersebut ikhlas mahu membantu, apalah salahnya sekiranya dijampikan saja air sebanyak di lautan, air sepanjang sungai, air-air di empangan milik jabatan bekalan air, selebar air di tasik-tasik, air setelaga, beras di gudang-gudang, dan padi yang sedang menguning di sawah-sawah padi. Cara seperti ini lebih membantu, malah hasilnya kelak bakal diterima oleh keseluruhan masyarakat dengan lebih komprehensif dan adil. Kebaikannya bakal dapat dirasai bersama. Sama ada masyarakat yang miskin atau kaya. Yang mengetahui atau yang tidak mengetahui. Lalu, akan cerdik agama, bijak bestari dan sihat-sihat belakalah seluruh masyarakat kita lantaran berkatnya Holy Water versi melayu tersebut. Akhirnya, seluruh negara akan mendapat manfaatnya. Nescaya akan cemerlang, gemilang dan terbilang masyarakat kita di Malaysia dengan berkatnya Holy Water versi melayu tersebut. Kelak akan lahirlah bijak pandai Melayu yang bakal menerima anugerah Nobel di peringkat antarabangsa, dan apabila ditanya tentang rahsia kejayaannya, maka jawablah, “Saya mengamalkan memakan madu keramat atau air penerang hati atau mungkin juga kismis doa!”

Tidak dinafikan memang wujud hadis-hadis yang menunjukkan kepada adanya persoalan ruqyah dan jampi. Namun bukanlah sehingga diperluaskan skopnya kepada semua persoalan dan malah sehingga ianya dikomersilkan (dipasarkan).

Perlu untuk kita fahami sesuatu konsep itu dengan betul. Bahawa orang yang jahil (bodoh), ubatnya adalah dengan menuntut ilmu, orang yang gelap hatinya adalah dengan mempelajari al-Qur’an dan hadis, ubat bagi sebuah kegagalan adalah dengan meningkatkan daya usaha dan perancangan, orang yang malas ubatnya adalah dengan motivasi dan galakkan, orang yang sakit adalah dengan berjumpa doktor. Jangan kita brputus asa, Malah Allah memberi ruang kepada kita agar sentiasa berdoa memohon kepadanya.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Ra’d, 13: 11)

Mungkin ada sebahagian penyakit seperti kerasukan jin atau terkena sihir, bolehlah dia diruqyah iaitu diberi rawatan dengan cara terapi jampi berpandukan petunjuk as-Sunnah. Iaitu dengan doa-doa tertentu yang tsabit dari as-Sunnah dan dengan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an tertentu. Namun, perlulah merujuk dengan kaedah yang benar-benar sahih dari petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bukannya main hentam kromo mengikut hawa nafsu yang kemudiannya dijadikannya sebagai produk meraih keuntungan. Bukanlah juga dengan sekadar membeli air pelbagai kegunaan cap “tok ustaz” di pasaran lalu diberikan kepada anak-anak yang sedang demam, anak yang mahu mengambil peperiksaan, anak-anak yang mahu menambah daya hafalan, dan seumpamanya.

Cara yang terbaik adalah si pesakit (yang mengalami gangguan) mengubati dirinya sendiri berpandukan zikir-zikir atau doa-doa yang ditunjuk-ajarkan oleh baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadis-hadisnya yang sahih. Di samping itu, mereka sendirilah yang perlu mengubah cara hidupnya iaitu dengan cara memperbaiki amal-amalnya, menjauhi syirik (sentiasa memelihara aqidah), dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Tidak lupa supaya dia sentiasa membaca, meneliti, serta mengamalkan isi kandungan al-Qur’an di mana pun dia berada. Jangan sehingga menjadikan rumahnya seperti kawasan kuburan yang tidak dibacakan al-Qur’an. Begitulah indah dan mudahnya mengamalkan Islam. Ia dipraktikkan berdasarkan ilmu dan keikhlasan.


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Sesiapa yang beramal soleh, sama ada dari lelaki atau perempuan, dan ia sentiasa di dalam keadaan yang beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, 16: 97)

Berdoalah dan mintalah kepada Allah dengan istiqomah dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada syirik. Mintalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh tanpa putus asa. Allah itu Maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan Maha memperkenankan doa. Dia sentiasa dekat dan memberikan pertolongan kepada hamba-hambanya yang beriman.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)

Maka, dengan ini, tinggalkanlah air-air keramat berupa produk-produk yang boleh menjadikan kita sebahagian dari pengikut hawa nafsu! Berubahlah dengan menjadi manusia yang beragama berpandukan ilmu.

74 comments:

Abu Muhammad Haikal berkata...

...sy juga terfikir demikian tk saudara Nawi...

fizi berkata...

Salam. Artikel ini memang smart dan lebih hangat daripada biasa..haha!
Cara saudara memperli adalah sangat menarik jiwa ragaku..best!

Tanpa Nama berkata...

org yg beli 'air keramat' tu mgkn kurg didikan agama..xpun bfikiran sempit

Unknown berkata...

SAYA MEMANG JAHIL TENTANG AGAMA. TAPI SAYA RASA PENDAPAT KAMU KRURANG TEPAT YANG MANA PERKARA INI TELAH DIBUKTIKAN DAN DOKUMENTARI TENTANG AIR JAMPI NIE PUN DAH ADA DISIARKAN. AIR BERSIH YANG DIBACAKAN SURAH AL QURAN MEMPUNYAI SUSUNAN MOLEKUL YANG BAIK DAN BERSIH SEPERTI BERLIAN YANG DISUSUN RAPI DAN HAMPIR MENYAMAI SUSUNAN MOLEKUL AIR ZAM ZAM YANG MANA SUSUNAN MOLEKUL AIR ZAM ZAM ADALAH YANG TERBAIK DAN TERCANTIK SEKALI. DI SINI BUKAN MASALAH KERAMAT ATAU TIDAK TAPI AIR YANG DIBACAKAN SURAH AKAN MENJADI LEBIH 'BERSIH'. JADI SAYA RASA SAUDARA PERLU MENAMBAHKAN LAGI ILMU SEBELUM MEMBUAT SEBARANG ULASAN SUPAYA BILA MELUDAH TAK BERPALIK KE MUKA SENDIRI.

SEKIAN

Unknown berkata...

SAYA MEMANG JAHIL TENTANG AGAMA. TAPI SAYA RASA PENDAPAT KAMU KRURANG TEPAT YANG MANA PERKARA INI TELAH DIBUKTIKAN DAN DOKUMENTARI TENTANG AIR JAMPI NIE PUN DAH ADA DISIARKAN. AIR BERSIH YANG DIBACAKAN SURAH AL QURAN MEMPUNYAI SUSUNAN MOLEKUL YANG BAIK DAN BERSIH SEPERTI BERLIAN YANG DISUSUN RAPI DAN HAMPIR MENYAMAI SUSUNAN MOLEKUL AIR ZAM ZAM YANG MANA SUSUNAN MOLEKUL AIR ZAM ZAM ADALAH YANG TERBAIK DAN TERCANTIK SEKALI. DI SINI BUKAN MASALAH KERAMAT ATAU TIDAK TAPI AIR YANG DIBACAKAN SURAH AKAN MENJADI LEBIH 'BERSIH'. JADI SAYA RASA SAUDARA PERLU MENAMBAHKAN LAGI ILMU SEBELUM MEMBUAT SEBARANG ULASAN SUPAYA BILA MELUDAH TAK BERPALIK KE MUKA SENDIRI.

SEKIAN

Tanpa Nama berkata...

iloy,

Kalau saudara nak tahu, air yang dinyanyikan dengan lagu-lagu & irama2 tertentu juga mampu memberi effect2 tertentu. Begitu juga dengan kaedah ternakan lembu di negara2 barat, ada suatu kaedah terapi menggunakan muzik yg digunakan ke atas lembu bg menghasilkan pertumbuhan otot2 lembu yg lebih kenyal dan baik. Namun, itu hanyalah fakta sains barat yg belum tentu benarnya yang hanya hangat digembar-gemburkan. Siapa2 pun mampu berkata.

Namun, kita sebagai umat Islam, harus mengimani bahawa sebaik-baik kalam adalah kalamullah. Dan sebaik-baik hadis, adalah hadis Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam...

Esp. dalam persoalan agama apatah lagi yang melibatkan perkara iktiqad (keimanan).

zuliana.izzati@7.com berkata...

sy bstuju ngn iloy

Tanpa Nama berkata...

pada saya, produk2 seperti ini takde kena mengena dengan akidah.. bagaimana kajian dari sudut psikologi dan metafizik, bagaimana pula dengan kajian ilmu tenaga dalam (bukan ilmu batin)..

bagaimana pula dengan kajian gelombang?

adakah ianya terpesong jauh dari akidah..

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya tiada yg paling berkuasa selain allah..allah berhak atas segalanya..bagus artikal ini untuk peringatan.. semoga kita mengingati siapa yg telah menjadikan kita ini..terima kasih..

MUHAMAD AZHAR BIN IBRAHIM YACOB berkata...

kata bodoh kang marah... ada buat kajian pasal molekul air dan juga metafizik ke nawawi? kalau takde lagi ilmu pasal tu, usah la ko nak melarang perubatan cara itu...

Tanpa Nama berkata...

wuiinah...ada yg melenting..
kami beriman bahawa petunjuk nabi ialah sebaik2 petunjuk..
kemajuan sains hanya mengesahkan, bukan menetapkan dan membuat hukum..
Nabi dah jelaskan dalam berhukum (berubat menurut Quran n hadis) adalah dengan cara ruqyah yg telah tsabit dari nas-nas dan dalil, yang kita imani ia dtg dari Allah Yang Maha Mengetahui, adapun dengan cara amalan zaman sekarang seperti dlm artikel memang tidak ada nash ynag sahih bahkan hanyalah rekaan semata2..guna pakai untuk mencari kekayaan..
tapi kenapa kita nak melenting dalam hal ini, kenapa tak melenting apabila orang berdusta atas nama Allah dan Rasul. kita melenting kerana amalan yg tidak ada sandaran plak...
baik, tuan2 yang budiman, andai kata anda melenting krn artikel ini tak relevan, dtgkan bukti dari nash yg sahih tentang amalan kamu ini, biar kami yg tidak tahu menjadi tahu andai kata kami terlepas pandang..Allahu a'lam.

MUHAMAD AZHAR BIN IBRAHIM YACOB berkata...

tak payahlah kita bertekak ttg bab2 furu' ni buang masa je

MUHAMAD AZHAR BIN IBRAHIM YACOB berkata...

HUKUM AIR PENAWAR

Merujuk kepada ruangan “fas al ahl az-zikr” dari lamanweb Islamonline.net versi arab yang bertarik 5 november 2008, terdapat satu fatwa Islam berkaitan dengan tindakan sebilangan manusia yang membacakan surah-surah atau ayat-ayat Al-Quran tertentu pada air untuk dijadikan ubat.

Bagi menjawab persoalan itu, salah seorang guru dari Universiti Al-Azhar, iaitu Dr Sayed Mabruk Saqar menyatakan bahawa hukumnya adalah harus dan ianya adalah perkara yang dibenarkan oleh Syarak.

Keizinan itu merujuk kepada dalil umum dari Firman Allah SWT;

ونُنزِّلُ مِن القُرْآنِ مَا هُوَ شِفاءٌ ورَحْمَةٌ للمُؤمِنينَ

Maksudnya;
“Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”

(Surah Al-Isra’ : 82)

Juga firman Allah:

قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدىً وَشِفَاءٌ

Maksudnya;
“Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin”

(Surah Fussilat : 44)

Begitujuga, Dr Sayed Mabruk Saqar merujuk kepada hadis yang sabit dari Abi Daud bahawa Baginda Nabi SAW pernah membacakan sesuatu pada air, lalu air itu diletakkannya pada pesakit.

Dari sini menjadi dalil atas keharusan tersebut.

Dalam lamanweb Islamonline juga ada mengemukakan beberapa pandangan ulama-ulama yang mu’tabar atas keharusan tersebut, seperti yang dinukilkan oleh Imam Ibni Al-Qayyim dari kitab “Zad Al-Maad” bahawa beliau menyatakan:

ورأى جماعة من السلف أن تكتب له الآيات من القرآن ثم يشربها، قال مجاهد: لا بأس أن يكتب القرآن ويغسله ويسقيه المريض

Maksudnya;
“Dan berpendapatlah satu jamaah dari salaf bahawa (harus) ditulis ayat-ayat dari Al-Quran pada sesuatu benda, kemudian diminum air tulisan tersebut. berkata Mujahid : tidak mengapa ditulis Al-Quran, dan dibasuhnya (bekas yang ditulis Al-Quran), lalu dituangkan pada orang sakit”

Dan yang menariknya adalah, tindakan membacakan ayat Al-Quran pada air, lalu disapukan pada tempat sakit itu dilakukan sendiri oleh Imam Ahmad bin Hanbal melalui kisah yang diriwayatkan oleh Anaknya sendiri, iaitu Abdullah.

Bahkan, hal ini diakui sendiri atas keharusannya oleh tokoh-tokoh yang didakwa bermanhaj salafi, seperti Syaikh Abdul Aziz bin Baz, Syaikh Muhammad Saleh Usaimin, Syaikh Saleh Fauzan dan sebagainya.

Sumber:
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=12256979341 96&pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar%2FFatwaA%2FFa twaAAskTheScholar

Sekian

Al-Bakistani
http://one-g.blogspot.com/

abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

saya orang cina, saya juga minum air doa tok guru. ada tak "holy water" versi orang cina?.

Snuze berkata...

Alhamdulillah ... akhirnya ternampak orang yang mempertikaikan produk-produk "tok guru" ini. Bagaimana untuk lulus peperiksaan dengan hanya memakan kismis jampi jika tidak disertai usaha menelaah? Perkara sebegini merosakkan masyarakat kita; membuatkan orang kita percaya dengan karut-marut untuk mencapai kesenangan tanpa usaha. Ini juga menyumbang kepada kemunduran akal masyarakat kita kerana sebab yang sama.

Jika kita ingin mendapati keberkatan dari Al-Quran, adalah lebih baik kita membacanya sendiri untuk pahala dan keuntungan berlipat ganda. Sekiranya tidak pandai atau fasih, belajar. Bukankah wahyu pertama yang diterima Rasulullah SAW itu perintah untuk membaca dan belajar? Mengapa mesti bergantung kepada bacaan orang lain? Kerana dia warak? Siapakah yang menetapkan status kewarakan itu? Bukankah disebut berulang-kali di dalam Al-Quran bahawa hanya Allah SWT yang mengetahui isi hati seseorang itu dan memberikan darjat yang sepatutnya? Pakaian dan imej tidak semestinya menjamin "kewarakan" seseorang itu. Usah diarkan diri anda terpedaya dengan luaran; buah yang cantik boleh juga menyimpan ulat yang merosakkan.

Islam adalah satu agama yang mulus di mana tiada orang tengah di antara seseorang yang beriman dengan Tuhannya. Semua orang boleh meminta terus daripada Allah SWT, tanpa perlu orang tengah yang kononnya lebih taqwa dan beriman. Beriman sahajalah dan menyerah sahajalah kepada kekuasaan Ilahi; kerana yang akan memakbulkan doa itu adalah Dia yang Maha Berkuasa. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sekiranya terasa diri itu terlalu kerdil dan tidak cukup amalan untuk mendekati Ilahi, ubahlah diri supaya lebih baik dan mesrakanlah diri dengan Pencipta mu.

Isu holy water Kristian itu biasanya akan masuk ke dalam peti masuk e-mel sekurang2nya sekali setahun. Mengapa masih lagi ada yang jahil dan beria-ia mahu menyebarkan fitnah yang merosakkan akidah sedemikian ... Wallahu'alam. Tapi yang pastinya, sesiapa yang berbuat demikian akan di balas dengan e-mel panjang berjela bertanyakan mengapa ingin merosakkan akidah rakan-rakan dan saudara sedemikian rupa. Dan setakat ini, tiada yang menjawab, hehehe.

Tanpa Nama berkata...

Fiisabillah berkata:

"kata bodoh kang marah... ada buat kajian pasal molekul air dan juga metafizik ke nawawi? kalau takde lagi ilmu pasal tu, usah la ko nak melarang perubatan cara itu..."

- Sebelum buat perlu berilmu. Jangan buat perkara yg kita tak tahu! Rujuk 17: 36. Saya juga nak tanya, adakah org2 yg buat produk2 tu, dah kaji molekul airnya ke?

Gayang berkata:

"pada saya, produk2 seperti ini takde kena mengena dengan akidah.. bagaimana kajian dari sudut psikologi dan metafizik, bagaimana pula dengan kajian ilmu tenaga dalam (bukan ilmu batin).."

- Kenapa tiada kena mengena dengan aqidah? Sedangkan ia soal uluhiyah dan termasuk bab doa. Malahan perbuatan dan perlakuan seperti itu apabila dikaitkan dengan persoalan agama, maka ia termasuk di dalam corak beragama yg baru!

Fisabilillah berkata:

tentang "HUKUM AIR PENAWAR"

- Benar, dibolehkan mbacakan ayat2 ttentu pada air sbg tujuan perubatan. Namun, bukanlah sehingga diperluakan skopnya utk penerang hati yg gelap, menambah kerajinan, menguatkan daya ingatan dan boleh dijual beli dengan sesuka hati. Malah dieksport ke sana dan ke mari. Hal ini jugalah yg saya jelaskan di dalam artikel. Di mana mmg terdapat perbuatan meruqyah & menjampi yg dibenarkan yg tsabit dari nabi.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum

salam kenal dari ana di surabaya.

Kunjung balik yaaaaaac

wassalamualikum

fizi berkata...

Usah pedulikan mereka yang nak mencari kesalahan dalam kebenaran. Tulis saja kebenaran sunnah nabi, moga mereka yang asyik nak "menang" sedar dan diberi Hidayah oleh Allah.

Abu Numair Nawawi B. Subandi berkata...

Baca juga artikel terbaru,

"al-Qur'an Sebagai Rahmat & Penawar Bagi Orang-orang Yang Beriman"

http://an-nawawi.blogspot.com/2008/11/al-quran-sebagai-penawar-dan-rahmat.html

Abu Numair Nawawi B. Subandi berkata...

Sekiranya benarlah kajian prof. Jepun yang mana penyelidikannya dilakukan di dalam makmal yg vakum tersebut, saya sebagai orang sains/biology, ia tetap tidak berguna atau tidak boleh dijadikan hujjah utk meng-komersilkan produk2 air jampi tersebut.

Ini kerana, di sepanjang perjalanan penyebaran atau penghantaran produk2 tersebut ke pasaran atau kedai saja sudah tentu ia akan mengalami pelbagai jenis bunyi yg akan mengubah semula bentuk molekul yang dikatakan berubah menjadi cantik tadi.

Katakanlah produk terebut dihasilkan di kedah. Then, dipasarkan di johor atau kuala lumpur, sudah tentu ia akan mengambil jarak perjalanan yg agak jauh.

Malah bila sampai di kedai atau pusat jualan itu sendiri pula, kebanyakan kedai akan memainkan muzik atau lagu2 nasyid atau menghadapi pelbagai jenis gangguan bunyi sama ada dari kenderaan, kipas, suara manusia atau selainnya.

Maka, dari sini, teori sains anda tidak boleh digunakan utk berhujjah!

- Nawawi.
Sekadar menjawab logik dengan logik.

Tanpa Nama berkata...

Kasihannn...

Benda yang dah berpuluh tahun diselesaikan oleh ulama' lainnya, nak dibuka kembali oleh seorang manusia yang nak mengaku siapa gurunya pun.

Si Nawawi tidak faham makna wasilah (perantara) . Dia tidak faham usul fiqh. Dia tidak faham kaedah masadir tasyri'. Tetapi berani pula nak berijtihad mengeluarkan hukum.

Ini masalahnya bilamana orang yang tak mengaji, nak bercakap juga pasal hukum.

Aku tak nak membicara hukum. Apa yang ditulis oleh Al Bakistani seniorku itu sudah lebih dr cukup. Tapi ada juga yang buita hatinya.

Cuma aku xsetuju kalau ada yang anggap air penawar ini sebagai ubat mutlak. Kerana yang menentukan Allah saja. Tapi aku tak fikir yang makan kismis/air jampi fikir egitu. Semuanya cuma anggap ia sebagai usaha.

Cuma yalah, ada saja manusia yang suka menjaja diri mensensasi berita!

Tanpa Nama berkata...

Brother Nawawi said:

"Sekiranya benarlah kajian prof. Jepun yang mana penyelidikannya dilakukan di dalam makmal yg vakum tersebut, saya sebagai orang sains/biology, ia tetap tidak berguna atau tidak boleh dijadikan hujjah utk meng-komersilkan produk2 air jampi tersebut."


hmm...rupanya selama ni org sains/biology menulis blog ni. belajar ilmu agama kat mana dan berapa lama ye? ilmu agama tu dah dibahagi2kan kepada pelbagai bidang, blogger ni dah belajar sume ilmu secara mendalam ke?

Tanpa Nama berkata...

Sayyid Qutb seorang ahli sastera yg belajar di University of Northern Colorado pun boleh jadi pentafsir al-Qur'an...

Jadi, mcm mana tu tanpa nama?

Then, saya juga nak tahu setakat mana kesahihan riwayat yg disandarkan kpd Qatada/mujahid ttg menulis kalimah Allah di atas pinggan dengan dakwat Za'faran dan kemudiannya dibasuh dengan air, dan air itu kemudiannya diminum sebagai ubat.

Walaupun Ibnul Qayyim ada menulisnya di dalam Za'dul Ma'ad, tetapi dalam persoalan ini ia mendapat perhatian ramai dari kalangan ulama terkemudian yg atara Syaikh Ali Hasan.

Malah, jika sahih sekalipun, ia tidak wajar disandarkan kepada Nabi. Kerana Qatada & Mujahid adalah dari kalangan Tabi'in dan merupakan anak murid Ibnu Abbas.

Tanpa Nama berkata...

Heh.. memanglah. Tapi Syed qutb mahir bahasa Arab. Dia mahir kesusasteraan dan teknik bahasa. Dia mahir dalam usul feqh.

Hang?

Bahasa Arab pn blur. Usul feqh pun macam tak pernah mengaji. Kalau pernah mengaji takkan hang pertikai kaedah "Dalam feqh tiada yang benar dan salah, yang ada cuma benar dan paling benar'.

Tapi berani pulak nak menghukum. Padahal masadir tasyri' entah tahu entah tidak.

Macammana nak bandingkan hang dengan Syed Qutb? Jauh panggang dari api!

iBNuZaCK berkata...

Nawawi kata:

Sayyid Qutb seorang ahli sastera yg belajar di University of Northern Colorado pun boleh jadi pentafsir al-Qur'an...

Saya jawab:

Memang dia kelulusan Sastera pendidikan. Tapi Syed Qutb itu hafaz Quran dari kecil. Kemudian dia masuk Darul Ulum (la ni Univ Kaherah). Kemudian jadi Lecturer di Darul Ulum sebelum jadi Nazir.

Maka, orang yang macam Syed Qutb, hafaz Al-Quran dan pakar bahasa Arab dan kesusasteraannya, punya kelayakan dan asas agama yang tinggi amat layak mentafsir Al Quran.

Sekarang, saudara kita ni faham ke masadir tasyri'? Faham ke kaedah usul feqh? Faham ke kaedah uruf, qias, masoleh mursalah sblm merasa diri layak menghukum haram pada air jampi?

Kalau bahasa Arab pun tak berapa, kaedah feqh pun dipertikai, masadir tasyri' pn tak tahu, macammana kita nak yakin dengan ijtihad anda?

Jadi, kalau nak membandingkan situasi anda dengan Syed Qutb, jauh beza sangatlah. Jadi bahan lawak saja.

Ibaratnya, kereta kita rosak. Ada 2 mekanik. Mekanik A, bercakap lebat, serba serbi konon tahu, tapi pulas screw driver pun salah. Mekanik B, memang belajar khusus ttg automobil. Belajar buat enjin, belajar ttg aerodinamik kereta.

Maka nak hantar kereta pada sapa? A atau B?

Mungkin Nawawi akan katakan, "Tapi saya kutip dr kitab ulama muktabar dan hadis Nabi serta Al Quran". Soalnya, adakah Imam Ghazali yang menghalalkan nasyid dan dihina Nawawi itu memakai hadis ciptaan Bush? Dr yusuf Qardhawi yang dikutuk Nawawi itu pakai Kitab Veda Ramayana? Atau TG Nik Aziz itu berdalilkan pendapat ulama' silam bernama Pope John Paul?

Setakat tahu 2-3 hadis dan ambil 2-3 ayat Quran mana boleh nak menjatuh hukum? Kalau Begitu, samalah dengan golongan Islam Liberal yang menghalalkan murtad atas dalil La ikra ha fiddin. Ayat Quran tu geng2 Islam liberal ambil. Bukan reka2? Dah tu betul ke?

Itu pasal dr awal kalau nak belajar berhukum, belajarlah masadir tasyri'.

Nawawi kata:


Manakala perkaraan Syaikh Abdul Aziz bin Baaz, ia memang tepat dengan perkataan Nabi.Namun adakah boleh menggunakan perkataan beliau atau hadis2 yg tsabit dari Nabi itu untuk mengkormesilkan ia sebagai produk? Sedangkan Nabi mengubati org dengan ruqyah secara direct. Tidak pernah nabi menjampi air, kemudian dibotolkan dan dijual beli atau dipasarkan sebagai persediaan kepada sesiapa saja yg memerlukan.



Saya kata:

Ada tak hadis Nabi berzikir, bertahmid, berdoa sambil berbaring, mengiring, duduk atas kerusi, berjalan etc? Jika tiada dalil yang menunjukkan Rasul pernah bertahmid di atas kerusi, maka adakah bidaah bertahmid di atas kerusi?

Di sini yang disebut wasilah. Perantara.

Soalan yang berbold. Saya nak tanya:

Adakah Nabi pernah menulis kitab agama kemudian menjualnya di kedai macam Rasul Dahri kesayangan kamu buat?

Adakah Nabi pernah mengumpul ayat2 Al Quran dan menjual naskhah kitabnya?

Adakah Nabi pernah mengumpul hadis-hadisnya kemudian dibukukan dan dijual?

Adakah Nabi pernah mengukir khat ayat Al Quran kemudian mengkomersilkannya?

Adakah Nabi pernah mengukir Ayat2 suci Al Quran kemudian dijualnya atau diletakkan di mimbar atau pintu hadapan masjid?

Setahu saya Nabi tak buat. Dah tu, bidaah la semua tu? Jangan jual naskhah kitab Al- Quran, jangan jual Sahih Bukhari,Sahih Muslim, jangan jual buku agama, jangan jual khat, jangan ukir ayat Quran.

Nabi tidak buat. Tetapi tiada dalil menunjukkan Nabi larang dikomersilkan. Jadi, mengapa nak mengharamkan benda yang tiada dalil yang mengharamkan?

Benda yang Nawawi duk heboh ni sebennarnya dah selesai lama. Cukup lama. Mengapa nak menyusahkan diri dengan membuka balik dan mengkomen ijtihad mereka? Kalau nawawi ni ulama' lainlah. Ni asas feqh pun masalah. Dah tu, lagu mana?

Bayangkan, seluruh ulama' fiqh berkumpul di Putrajaya tahun lepas, barulah diputuskan secara ijmak bahawa pakai inhaler (Yang orang lelah guna) tidak batalkan puasa.

Itu benda yang sangat simple. Tapi seluruh ulama' berkumpul. Tapi bab air jampi ni, seorang pelajar biologi tiba2 saja berijtihad haram secara sendiri-sendiri. Aiii, ulama' pun tak berani lagu tu. Kenapa 'Yang bukan ahli' lebih berani? Heh..

Tanpa Nama berkata...

kepada yang cerdik-pandai belajar dari Arab tu, baguslah..siap panggil brader senior tu datang sini back-up berjiddal..sikit2 jiddal..sikit2 jiddal..memang sahih lagi confirm agaknye kamu ni sangat pandai dan alim..cerite pun bende yang same..siape guru la, background pelajaran ape la..belajar tinggi mane pun kalau dah diri tu melayu, memang tetapla ade sikap melayu..

bagi yang mahu belajar dan mencari jalan selamat serte petunjuk yang tepat, tinggalkanlah jampi mantera semue ni kecuali la ruqyah yang tsabit dari baginde Nabi kite..yang tu sunnah dan kite amalkan accordingly..kalau sikit2 dok nak wasilah sane-sini, tok guru itu la, wali ini la, lupekan je la..tak cukupkah Allah Azza WaJalla bagi kamu?!

hasbunallahu wani'mal wakil..walahaulawala quwwata `illa billahil `aliyyul `azim..

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Tanpa Nama, antara perangai orang Melayu lagi, adalah bila orang nasihat, tak reti2 nak terima.

Macam hang lah..

Tak payah nak menjadikan genetik kaum sebagai alasan. Perangai ni tak kira Melayu, tak kira Arab. Kalau dah ego, mana reti nak terima pendapat orang. Ulama pun boleh hina-hina. Tak gitu Nawawi?

Pertikai wasilah pulak. Dah tu, pi lah naik unta. Jangan naik kereta. Hang sebenarnya paham ke tidak benda yang kawan2 ni duk bincang?

Kita yang belajar Arab pulak yang dipersalahkan. Dah tu, mereka yang takda ilmu tapi masih nak bercakap macammana pulak?

Aku setuju benar dengan sahabat Ibnuzack. Ya, mmg ada hadis dr Abi Daud bahawa Baginda Nabi SAW pernah membacakan sesuatu pada air, lalu air itu diletakkannya pada pesakit.

Dah direct dah dalil Nabi buat. tetapi Nawawi masih persoalkan. Kini masuk bab Nabi tak pernah komersil air tu. maka 4 pertanyaan Ibnuzack amat kena untuk balas balik pemikiran Nawawi itu.

Sekali lagi aku ingatkan Nawawi. Belajar dulu usul feqh. Belajar dulu kaedah mengeluarkan hukum. Asas kasi mantap. Arab kasi mahir. Baru boleh masuk bab ijtihad.

Dah banyak kali kawan2 nasihat. Awatla ketegaq sangat..

Tanpa Nama berkata...

huhu, panas nampak..takpe, air jampi kan ade..siramla sikit bagi sejuk..

takpe nawi..banyak2 berdoa dan pinte pade Allah agar kite tetap di atas petunjuk dan manhaj yang benar..moge2 salah-silap kite diampunkan dan kite semue diberi rahmah..

bagi yang geng2 'tak ketegaq' dan mahir lagi pandai berkate2, ilmiah dan 'tidak perlukan peringatan untuk diri sendiri', relax ek? bawak bertenang 15 minit..pi dapur, ambikla air..jampi2 sikit doa tok2 guru korang dan minum..moge2 diperkeras dan diperkukuhkan hati korang agar makin kuat dan tabah berjiddal dan 'memberi peringatan' kepade yang lain..

oh, jangan lupe sapu sikit air tu di muke dan tangan korang..moge2 pulak akan sentiase segar mate untuk terus menatap blog dan jari-jemari kuat menaip 'kritikan ilmiah' dan 'nasihati kawan2'..

wallahu'alam..

Tanpa Nama berkata...

as-Salaamu 'alaikum,

Perkara yg sama sudah diulang lagi nampaknya rakan2 kita yg kononnya mengaku alim bahasa arab. Tp xmahu bawak dalil bila berkata. Berkata ikut sedap mulut dan putar ikut logik.

Sedangkan data yg saya bawak berkenaan mauqufnya sandaran kepada imam Mujahid tidak mahu diulas.

Berkenaan apa yg difatwakan oleh Syaikh bin Bazz dan malah seluruh ulama yg lain berkenaan tsabitnya Nabi meruqyah pesakit menggunakan air mmg kami terima. Tapi, apa yg Nabi buat adalah bila ada orang sakit baru diruqyah.

Tp, apa yang kalian buat, adalah meruqyah dulu baru sibuk nak cari orang sakit! Then, siap jual dan dibotolkan lagi. Sapa2 yang sakit, boleh gi kedai beli air yg sudah siap dijampi. Macam "air jampi segera" lah pulak.

Kan berbeza tu!

Ok, berkenaan Sayyid Qutb, boleh rujuk di sini, sengaja saya highligt nama dia:

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/02/051-bahaya-pemikiran-sayyid-qutub.html

"Artikel tersebut adalah berkenaan bahaya pemikiran Sayyid Qutb"

Tanpa Nama berkata...

Dalam bab-bab agama yg melibatkan perkara Ibadah dan aqidah iaitu hubungan dengan Allah, kita dilarang sama sekali mereka-cipta kaedah baru dalam melaksanakannya.

Ada pun dalam persoalan selain ibadah dan aqidah seperti soal teknologi, sains dan seumpamanya, maka kita disarankan sentiasa berusaha memajukannya.

Tp, dalam bab agama, jgnlah kita pandai2 nak mereka cipta kaedah beragama yg baru. Kerana Allah berfirman,

"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu." (al-Ma'idah, 5: 3)

Iaitu bahawa Agama ini telah sempurna. Tidak perlu kpd tokok tambah. Maka, sesiapa yg cuba mengadakan tokok tambah, sebenarnya dia telah menganggap bahawa Raulullah menyembunyikan syari'at dan agama ini belum lagi sempurna. Utk lebih lanjut, sila rujuk Tafsir Ibnu Katsir berkenaan ayat tersebut.

Allah juga berfirman,

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (al-Hujurat, 49: 1)

Malah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam mengingatkan,

“Barangsiapa yang beramal dengan amalan selain dari cara kita (Rasulullah bersama para sahabat-sahabatnya), maka ianya tertolak.” (Hadis Riwayat Muslim, no: 4468)

“Barang siapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam urusan agama, maka ianya tertolak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no: 2697)

“Hendaklah kamu menjauhi setiap perkara yang baru yang diada-adakan di dalam urusan agama kerana setiap perkara yang baru di dalam agama itu adalah menyesatkan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 1/31, no: 40)

Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu menjelaskan, “Setiap perkara yang baru yang diada-adakan di dalam agama adalah kesesatan walaupun manusia memandangnya baik (hasanah).” (Atsar Riwayat al-Baihaqi, no: 191. al-Laalikaa’i, Syarah Ushul I’tiqad, 1/104, no: 126)

Tanpa Nama berkata...

Ibnuzack berkata:

Adakah Nabi pernah mengumpul ayat2 Al Quran dan menjual naskhah kitabnya?

Adakah Nabi pernah mengumpul hadis-hadisnya kemudian dibukukan dan dijual?

Adakah Nabi pernah mengukir khat ayat Al Quran kemudian mengkomersilkannya?

Adakah Nabi pernah mengukir Ayat2 suci Al Quran kemudian dijualnya atau diletakkan di mimbar atau pintu hadapan masjid?

Setahu saya Nabi tak buat. Dah tu, bidaah la semua tu? Jangan jual naskhah kitab Al- Quran, jangan jual Sahih Bukhari,Sahih Muslim, jangan jual buku agama, jangan jual khat, jangan ukir ayat Quran.

Jawaban:

1 - Nabi mmg tidak menulis al-Qur'an. Tetapi para sahabatnya yg menuliskan. Kemudian mula dikumpulkan naskhah2 tersebut di zaman Abu bakar & Umar. Kemudian mula dibukukan bermula di zaman Umar & Usman. al-Qur'an bukanlah utk dijual beli. Tetapi atas tujuan kemaslahatan, urusan membukukan al-Qur'an dan penyebarannya juga adalah sesuatu yg memerlukan kos. Air jampi tidak dapat disamakan dengan al-Qur'an. Kerana membukukan al-Qur'an dan ditulisnya al-Qur'an di naskhah2 tertentu seperti di atas lembaran kulit binatang serta kayu, itu ada contohnya di zaman Nabi. Tetapi, mengkormesilkan Air jampi tidak ada contohnya. Sehingga meletakkan khasiat air jampi dengan khasiat2 tertentu itu juga tidak ada dalilnya!

2 - Pengumpulan dan penulisan hadis juga ada di zaman Nabi lagi. Di mana pada awalnya, Nabi melarang menuliskan hadis2. Namun, kemudiannya Nabi membenarkannya. Boleh rujuk dalam mana2 kitab ulumul hadis.

3 - Berkenaan mengukir2 ayat2 suci al-Qur'an mmg nabi tidak pernah melakukannya bagi tujuan Perhiasan. Adapun mengukir2 ayat suci al-Qur'an bagi tujuan perhiasan malah sehingga diletakkan harga dengan ratusan dan ribuan ringgit, maka itu adalah suatu perbuatan yg merendah2kan al-Qur'an. Kerana al-Qur'an bukan utk perhiasan di dinding2. Tetapi adalah sebagai pembelajaran, sebagai huda bagi org2 yg bertaqwa.

Wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..
saya amat fakir tentang agama, semoga Allah mengampuni saya..
saya ingin berkongsi pendapat saya sikit...
apa yg dikatakan oleh nawawi, Fiisabillah, snuze, AbuHurairah al-atsary, org kampung, iloy dan sahabat2 yg lain ada kebenarannya.
dan kite kena hormat bahawa masing2 ada pendapat dan hujahnya yg tersendiri.
utk menetapkan hukum kite bagikan kepada mereka yg benar2 arif ttg ilmu fiqh nih.
saya sendiri pun kekadang berasa keliru ttg hal2 cam ni.

saya masih lagi ingat pesan org2 lama(guru,ulama,ustaz DLL), kite kene berusaha bersungguh2 dan bergantung hati kepada-Nya.
setelah brusaha kite bertawakal kepada-Nya.

kite kene akui bahawa ilmu Allah itu Maha luas dan mampukah kite utk mengatakan bahawa sesuatu itu adalah salah atau pun benar?
melainkan yg telah dinyatakan dlm Al-Quran dan hadith.
kalau kite tidak dpt memastikan sama ada benda itu halal atau pun haram, maka eloklah kite menjauhi nye. kerana padanya telah jadi syubahat. jadi tak perlulah kite meletakkan diri kita dlm kegelisahan.
tapi sekiranya seseorang itu yakin akan hujahnya maka teruskanlah...

topik ini amatlah baik kerana ini bole membuka minda kite supaya kite sentiasa menuntut ilmu Allah yg Maha Luas ini.

betulkan saya sekiranya terdapat kesalahan apa yg saya cuba sampaikan.sesungguhnya saya fakir disisi Allah SWT.
Wallahuaalam

iBNuZaCK berkata...

Salam Nawawi..

Berkenaan Syed Qutb, kalau kerja nak menghina ulama', maka Al Bani itu cukup ramai yang menghinanya. Tulisan yang menghina ni cukup banyak. Bukan saja Syed Qutb dan Albani, Hassan Al Banna, Al Ghazali, Tg Nik Aziz pun kena!

Point asalnya, sahabat tidak boleh membanding situasi Syed Qutb yg tiada ijazah syariah ttp menjadi pentafsir Quran dengan situasi sahabat yang tidak belajar agama ttp cuba keluar hukum kerana anda dan Syed Qutb cukup berbeza.

Nawawi mengatakan:

Dalam bab-bab agama yg melibatkan perkara Ibadah dan aqidah iaitu hubungan dengan Allah, kita dilarang sama sekali mereka-cipta kaedah baru dalam melaksanakannya.

Saya bertanya sekali lagi:

Apa yang anda faham dengan kenyataan saya di bawah:

Ada tak hadis Nabi berzikir, bertahmid, berdoa sambil berbaring, mengiring, duduk atas kerusi, berjalan etc? Jika tiada dalil yang menunjukkan Rasul pernah bertahmid di atas kerusi, maka adakah bidaah bertahmid di atas kerusi?

Di sini yang disebut wasilah. Perantara.

Nawawi mengatakan:

al-Qur'an bukanlah utk dijual beli. Tetapi atas tujuan kemaslahatan, urusan membukukan al-Qur'an dan penyebarannya juga adalah sesuatu yg memerlukan kos. Air jampi tidak dapat disamakan dengan al-Qur'an. Kerana membukukan al-Qur'an dan ditulisnya al-Qur'an di naskhah2 tertentu seperti di atas lembaran kulit binatang serta kayu, itu ada contohnya di zaman Nabi. Tetapi, mengkormesilkan Air jampi tidak ada contohnya. Sehingga meletakkan khasiat air jampi dengan khasiat2 tertentu itu juga tidak ada dalilnya!

Saya jawab:

Inilah masalahnya bila sahabat tidak faham kaedah Qias. Dalam Qias ada 4 syarat:

1. Benda yang diqias
2. Benda yang mengias
3. Sifat yang menghubung benda yang menqias dan diqias
4. Hukum benda yang diqias

Anda mengatakan tak boleh mengkomersilkan (mengambil untung atas jualan) air jampi kerana Nabi tak buat. Memakaai kaedah Qias, maka saya tanya, Nabi juga tidak pernah jilid Quran dan jual naskhahnya, adakah haram?

Nampak? Benda yang diqias adalah jual air jampi. Benda yang mengias adalah jual naskhah Quran. Sifat yang menghubungkan adalah 2-2 Nabi tak jual. Maka hukum benda yang diqias (jual air jampi) adalah haram menjadikan benda yang mengias (jual naskhah Quran, jual Kitab hadis, jual kitab agama) juga menjadi haram.

Takkanlah saya kena kembali pada ilmu asas fiqh utk terangkan silap anda kot?

Ini bukan soal kumpul Quran, saya pun tahu sejarah pengumpulannya atau sahabat buat (Sahabat ada ke jual naskhah Quran jual Kitab hadis, buku agama? Bukankah ianya hanya diedar oleh pihak khalifah?). Soalnya, sahabat kata, kita TAK BOLEH JUAL sebab Rasul TAK JUAL. Ayat itu saya pertikai.

Ada faham? Atau perlukah saya terangkan ttg kaedah kinayah Bahasa Arab agar sahabat lebih faham?

Nawawi mengatakan:

Berkenaan mengukir2 ayat2 suci al-Qur'an mmg nabi tidak pernah melakukannya bagi tujuan Perhiasan. Adapun mengukir2 ayat suci al-Qur'an bagi tujuan perhiasan malah sehingga diletakkan harga dengan ratusan dan ribuan ringgit, maka itu adalah suatu perbuatan yg merendah2kan al-Qur'an. Kerana al-Qur'an bukan utk perhiasan di dinding2. Tetapi adalah sebagai pembelajaran, sebagai huda bagi org2 yg bertaqwa.

Jdi haramkah khat dan ukiran ayat suci? Jika demikian maka bidaahlah King Faisal sebab ayat2 Quran siap ditulis dengan warna emas pada kain penutup Kaabah?

Mana suara Bin Baaz? Mana suara Albani?

Itu sekali lagi andaian. Nawawi mungkin rasa ia hina. Tetapi yg lain merasakan itu antara cara memuliakan Ayat suci.

Imam Syafei pernah memberitahu, jangan mudah haramkan benda yang belum jelas. Air jampi yang dijual, diharamkan atas andaian yang membuatnya mempergunakan agama. Kan pelik, haram sebab andaian satu pihak. Begitu juga dengn andaian, bahawa air jampi haram sebab orang percaya ianya boleh menyembuh. Itu andaian sahabat saja. Kalau gitu, jangan makan panadol bila sakit, sebab orang percaya panadol menyembuhkan.

Ini hanya usaha. Air selawat itu satu usaha. Selawat itu juga doa dan air itu medium saja. Jangan andaikan benda pelik2.

Daripada Nawawi menyelesaikan benda yang telah selesai, ada lebih baik ditumpukan usaha pada membetulkan akidah dan perangai pengkid, isu yoga etc. Bukankah lebih elok?

Benar sangat ujar Dato Harussani, umat lemah kerana mereka membicara benda yang telah selesai.

Mungkin Nawawi akan kata lagi, saya bawa ayat Quran dan hadis, tetapi adakah Dr Sayed Mabruk Saqar dan ulama lainnya yg membenarkan air jampi tidak mengaji quran hadis?

Nasihat kawan2 agar diperkukuhkan usul fiqh dan masadir tasyri' harus diterima kalau nak mengeluarkan hukum yang bertentangan dengan ijma' ulama'. Bukannya kami marah keluarkan pandangan, tapi kami minta perkukuh ilmu sebelum bercakap. Bukankah itu nasihat yang baik kalaupun nadanya kurang baik?

Itulah saya fikir nasihat fisabilillah, orang kampung dan sebelumnya macam najmuseven,legasi ummah dan pinggiran putrajaya.

Setuju sangat pendapat fakir. Kalau Nawawi rasa tidak setuju, tinggalkan. Tapi bukan dengan keluar hukum. Ilmu belum cukup. Itu tugas mufti, tugas ulama,' tugas mereka yang mahir kaedah hukum, kaedah masadir tasyri', bukan tugas kita yang masih lemah asas fiqhnya kawan..

Itu sahaja.

Wallahua'lam.

Tambahan, kalau masih mengharamkan khat, ukiran dan air jampi, sila kemukakakn di pejabat mufti.

Tanpa Nama berkata...

salam,
semoga mereka yg mengamalkan perubatan spt yg sedera komen ini tak terpesong akidah. dan juga semoga sedara penulis (saya sendiri) tak terpesong akidah dengan tidak percaya kepada isi dan kandungan al-quran atau perasaan kurang yakin walau se kelumit.

skian - moga faham

Tanpa Nama berkata...

nampaknya susah betul nak memperbetulkan fikiran masyarakat yang mengagungkan dan taksub terhadap ulama tertentu... sampaikan salah tetap dipandang betul....

teruskan memperjuangkan sunnah....

Tanpa Nama berkata...

"Takkanlah saya kena kembali pada ilmu asas fiqh utk terangkan silap anda kot?"

"Ada faham? Atau perlukah saya terangkan ttg kaedah kinayah Bahasa Arab agar sahabat lebih faham?"

"Bukankah itu nasihat yang baik kalaupun nadanya kurang baik?"

- Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung. 17:37

- Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. 25:63

- Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. 31:18

- Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai. 31:19

- Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Maka orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, hati mereka mengingkari (keesaaan Allah), sedangkan mereka sendiri adalah orang-orang yang sombong. 16:22

- Tidak diragukan lagi bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong. 16:23

Tanpa Nama berkata...

Tak pa lah Ibnuzack.

Kita tegur cara lembut, depa buat tak paham. Kita tegur cara keras utk tunjukkan kelemahan asas mereka, dikata sombong.

Betul sangat. Kalau tahu 2-3 ayat Quran, belum cukup untuk berhukum. Golongan Anti Hadis, Golongan Islam Liberal juga menggunakan ayat Quran untuk menjustifikasikan tindakan mereka menolak hukum mati bagi murtad atau menolak hadis atau mengatakan murtad itu tak apa.

Itu tak menjadikan depa betul. Sebab depa tak tahu kaedah keluar hukum, tak tahu usul, tak tahu tafsir, cuma tahu baca terjemah saja.

Wallahua'lam..

Tanpa Nama berkata...

Ibnuzack berkata: Ada tak hadis Nabi berzikir, bertahmid, berdoa sambil berbaring, mengiring, duduk atas kerusi, berjalan etc? Jika tiada dalil yang menunjukkan Rasul pernah bertahmid di atas kerusi, maka adakah bidaah bertahmid di atas kerusi?

Saudara Ibnuzack, bukankah Allah berfirman (maksudnya),

"(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Surah Ali Imran: 192)

Maka, soal duduk di mana ketika berzikir, itu bukan soalnya. Asalkan bukan duduk dalam tandas dan atas kubur je.

Malah nabi berzikir dan bersolat sambil naik unta (kenderaan) pun ada dalilnya wahai Ibnuzack. Silalah merujuk dengan lebih teliti lagi wahai saudaraku Ibnuzack.

Ibnu zack berkata: Anda mengatakan tak boleh mengkomersilkan (mengambil untung atas jualan) air jampi kerana Nabi tak buat. Memakaai kaedah Qias, maka saya tanya, Nabi juga tidak pernah jilid Quran dan jual naskhahnya, adakah haram?

Wahai saudaraku Ibnuzack, dalam soal ini imam asy-Syatibi ada bahaskan di dalam kitabnya yg masyhur iaitu al-I'tisham di bawah tajuk Mashalih mursalah. Sila lihat dengan terperinci di sana. Imam asy-Syatibi turut membahaskan ttg persoalan ahlul bid'ah yg sering menggunakan Qiyas batil iaitu diqiyaskan perbuatan bid'ah dengan fenomena pembukuan al-Qur'an dan hadis utk menghalalkan perbuatan bid'ah2 mereka. Sila merujuk di sana ye wahai saudaraku.

Sekiranya malas nak menelaah kitab asal yg tebal, boleh juga merujuk ringkasan kitab tersebut oleh Syaikh Alawy Abdul Qadir as-Saqqaf.

Saudara mungkin mahir berbahasa arab, so gunakanlah kemahiran saudara itu di tempat yg betul dengan rajin menelaah dan sentiasa membuat rujukan yg banyak.

Oh ye, imam Ahmad kata, di dalam kitabnya ushulus Sunnah, bahawa dalam persoalan ibadah khusus dan aqidah tidak boleh menggunakan Qiyas. Maka, begitulah juga dalam persoalan uluhiyah yg kita bincangkan ini. Iaitu persoalan air jampi.

Jangan jampi ikut suka.

Ibnuzack berkata: Mungkin Nawawi akan kata lagi, saya bawa ayat Quran dan hadis, tetapi adakah Dr Sayed Mabruk Saqar dan ulama lainnya yg membenarkan air jampi tidak mengaji quran hadis?

Wahai ibnuzack, jgn sampai memaksumkan manusia. Perkataan manusia boleh diterima dan ditolak kecuali perkataan Rasulullah. Perkataan manusia diterima apabila ianya bertepatan dengan dalil.

Berkenaan kelambu ka'abah tu, nnT saya semak semula ye. Terima kasih.

Berkenaan Sayyid Qutb, sila lihat hujjah2 yg dibawa pada link yg diberi.

Wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

salam..
to ibnuzack..
boleh bagi tau mana ulama Sunnah yang menghujat albani?

iBNuZaCK berkata...

Salam..

Nawawi mengatakan:

Imam asy-Syatibi turut membahaskan ttg persoalan ahlul bid'ah yg sering menggunakan Qiyas batil iaitu diqiyaskan perbuatan bid'ah dengan fenomena pembukuan al-Qur'an dan hadis utk menghalalkan perbuatan bid'ah2 mereka

Oh ye, imam Ahmad kata, di dalam kitabnya ushulus Sunnah, bahawa dalam persoalan ibadah khusus dan aqidah tidak boleh menggunakan Qiyas. Maka, begitulah juga dalam persoalan uluhiyah yg kita bincangkan ini. Iaitu persoalan air jampi.


Saya mengatakan:

Secara jelasnya tuan bahawa soal menjual air jampi/doa bukanlah ibadat yang berbentuk khusus ataupun persoalan akidah disebabkan kita tidak percaya air itu menyembuhkan melainkan atas kuasa Allah juga. Harap dapat melihat apa itu ibadat khusus dan umum.

Perenggan pertama saya jelaskan lagi, bahawa saya tidak kiaskan menjilid atau membukukan Al Quran atau hadis. Tetapi saya kiaskan perbuatan menjual naskhah Al Quran, dan Al Hadis. Setahu saya para sahabat tidak jual melainkan sekadar mengedarkan di kawasan jajahan. wallahua'lam..

Harap jelas.

Nawawi:

Wahai ibnuzack, jgn sampai memaksumkan manusia. Perkataan manusia boleh diterima dan ditolak kecuali perkataan Rasulullah. Perkataan manusia diterima apabila ianya bertepatan dengan dalil.

Saya kata:

Sahabat, saya tidak memaksumkan manusia. Jangan salah faham sampai macam tu. :) Secara jelas saya mengatakan bahawa tuan berdalilkan Quran dan Sunnah. Tetapi mereka yang membenarkan air jampi juga berdalilkan quran dan sunnah.

Di sinilah kaedah usul fiqh muncul: 'Ijtihad tidak membatalkan ijtihad' kawan.

Nawawi:

Berkenaan kelambu ka'abah tu, nnT saya semak semula ye. Terima kasih.

Saya:

Terima kasih. Hujah asal saya juga ada kebergantungan pada khat dan ukiran ayat suci spt ini. :)

Terima kasih sahabat..

Abu Hurairah:

boleh bagi tau mana ulama Sunnah yang menghujat albani?

Google saja tuan. Banyaklah yang keluar. Contoh: Syeikh Abdullah Al-Ghimari dan Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani yang digelar musnid dunya.

iBNuZaCK berkata...

Nawawi:

Maka, soal duduk di mana ketika berzikir, itu bukan soalnya.

Maaf, terlepas satu benda.

Saya sbnrnya tunggu ayat inilah. Maka ini menunjukkan bahawa zikir, doa, baca Quran etc ini adalah ibadat umum. Tiada rukun atau masa yang tepat kalau nak bnbuat.

Maka, kalau nak berenang sambil berzikir pun boleh walaupun setahu saya ia tiada contoh dr Nabi. Nak bertahmid sambil petik buah kelapa pun boleh. Nak baca Yasin hari jumaat pun boleh. Nak baca Al Ahzab depan laut pun boleh. Bacalah..

Yang tak boleh seperti kata Mufti Perak adalah mengkhusus dan mewajibkan bacaan hanya pada hari2 tertentu. Jesteru, selagi orang yang baca Yasin hari jumaat tidak anggap hari jumaat sebagai hari wajib baca yasin, maka bacalah..

Di sini kefahaman dan keperluan utk memehami bidaah itu apa sebenarnya.

Dan yang mengaji pasti juga tahu kalimat kullu dlm kullu bidaatin dhalalah itu tafsirannya bagaimana.

Tak perlu saya hurai soal sampai atau tidak pahala pada si mati. Pandangannya banyak. Sahabat Nawawi bleh bawakan pendapat yang menolak pahala sampai dan saya juga boleh membawa pandangan yang mengatakan sampai terutama dr Kitab Imam Ghazali (Ihya Ulumiddin), Al Iqnak san sayarahnya dr ulama Mazhab Hanbali serta pandangan Nuruddin Banjiri.

Soalnya, sediakah kita berlapang dada dengan pandangan lainnya?

Tanpa Nama berkata...

Amat kelakar sekali bila aku mendengar Nawawi mengatakan jangan memaksumkan manusia.

Apabila kita menerima pendapat ulama spt Dr Sayed Mabruk yang membenarkan air jampi berdasar dalil syara' dan kaedah pengeluaran hukum yang betul, maka kita dikata memaksumkan manusia.

Tetapi apabila dia mengambil pandangan imam asy-Syatibi dikira mengikut sunnah pula.

Aku tak kata Asy Syatibi salah. Aku pertikai kadang2 hipokrasi kita.

Sesetengah mereka kata, adillah dalam menilai. Tapi adil apa kalau hujah Al Bani dan kawan2 sefikrahnya saja diterima? Pandangan ulama' lainnya spt Qardhawi, Nuruddin Banjiri etc ditolak?

Tanpa Nama berkata...

Legasi Ummah,

Saya minta anda semua semak sendiri pernyataan imam asy-Syatibi adlh kerana beliau mengulasnya dgn pjg lebar dgn mbawakan dalil2 dari hadis dan atsar.

Kpd Ibnuzack, adapun persoalan Air jampi, ia tidak boleh disamakan dengan pembukuan dan penjualan naskhah al-Qur'an.

Kerana telah jelas apabila Nabi hendak meruqyah, Nabi datang sendiri kepada orang yg hendak diruqyah. Begitu juga ketika di zaman imam Ahmad & Ibnu Taimiyyah. Sebagaimana yang dijelaskan di dalam buku seorang ulama terkenal dalam persoalan ini iaitu Syaikh Abdus Salam Bali (ulama Mesir).

Tidak ada dinukilkan bahawa (setakat yg saya ketahui) Nabi kirim air jampi kepada para sahabat tertentu sebagai perantaraan utk mengubati seseorang.

Menjampi air atau meruqyah org dengan air jampi mmg tsabit dari dalil yg sahih. Namun, utk melakukannya, perlulah juga berpandukan sebagaimana yg nabi ajarkan. Permasalah ini timbul adalah bagaimana methode saudara memahami sesuatu dalil itu.

Berkenaan al-Albani & Sayyid Qutb, kita tidak melihat kpd nama semata-mata. Tetapi, kita melihat kepada hujjah dan perbahasan.

wallahu a'lam.

iBNuZaCK berkata...

Salam sahabat:

Nawawi:

Tidak ada dinukilkan bahawa (setakat yg saya ketahui) Nabi kirim air jampi kepada para sahabat tertentu sebagai perantaraan utk mengubati seseorang.


Saya:

Setakat yang saya ketahui begitu juga.Nabi tidak kirim atau jual.

Namun, begitu juga dengan penjualan naskhah Al Quran. Nabi tidak buat.

Saya amat setuju apabila sahabat mengatakan bahawa 'Permasalah ini timbul adalah bagaimana methode saudara memahami sesuatu dalil itu.'

Ini pernah terjadi selepas Perang Khandak, dimana berlaku khianat Bani Quraizah terhadap tentera Islam. Maka, Rasul mempersiapkan bala tentera Islam untuk tundukkan mereka.

Selepas mempersiapkan tentera, Rasul bersabda:

"Jangan bersembahyang seorang kamu melainkan di Bani Quraizah." [Riwayat Bukhari]

Kemudian bala tentera bergerak. Di pertengahan jalan, masuk waktu Asar. Ketika itu tentera Islam terbahagi 2. Satu mahu solat dulu, satu mahu solat kemudian atas alasan "Rasul dah kata kan kena sembahyang di Bani Quraizah saja".

Yang mahu solat dulu mengatakan, "Tak aih, Rasul cakap gitu bermaksud supaya kita jalan cepat2 sampai".

Seingat saya, golongan yang mengambil zahir hadis (yang sembahyang lewat itu) tidak sempat solat Asar pada masanya.

Di bawakan kisah ini didepan Rasul. Maka Rasul berdiam diri. Tidak membantah mana-mana pihak. Inilah contoh awal ijtihad berdasarkan kepada method sama ada mengambil zahir atau maksud tersirat hadis.

Begitu juga hari ini. Ulama' yang sahabat rujuk kebanyaknnya suka mengambil zahir hadis dan tidak mahu mengambil risiko. Ulama' lain seperti Nuruddin Banjiri, Al Ghazali, Qardhawi dll suka mengambil maksud tersirat hadis, melihat dr perspektif yang lebih luas tanpa melanggar prinsip asas Islam.

Begitulah yang berlaku sehingga kita boleh berbeza pandangan dalam masalah 'Aina Allah', 'bidaah hasanah' dll.

Antara mereka tiada yang salah. Kerana bukankah 'Ijtihad tidak membatalkan ijtihad'? :)

Wallahua'lam..

Salam..

Tanpa Nama berkata...

Nawawi kata

Saya minta anda semua semak sendiri pernyataan imam asy-Syatibi adlh kerana beliau mengulasnya dgn pjg lebar dgn mbawakan dalil2 dari hadis dan atsar.

Aku jawab:

Ada ke aku kata Imam Syaitibi salah? Dan adakah Dr Sayed Mabruk itu tidak berdalilkan Quran dan Sunnah?

Bukankah yang aku kata:

Apabila kita menerima pendapat ulama spt Dr Sayed Mabruk yang membenarkan air jampi berdasar dalil syara' dan kaedah pengeluaran hukum yang betul, maka kita dikata memaksumkan manusia.

Tetapi apabila dia mengambil pandangan imam asy-Syatibi dikira mengikut sunnah pula.

Aku tak kata Asy Syatibi salah. Aku pertikai kadang2 hipokrasi kita.


Nampak tak apa yang aku kata? Aku tak pertikai pun mana2 ulama'. Siapa pula yang hina ulama seperti Qardhawi dan Imam Ghazali ya bila tidak setuju dalam isu nasyid?

Hmmmm....

Tanpa Nama berkata...

Sebelum Saya membawakan penjelasan ttg pembukuan al-qur'an dan penjualannya (penyebarannya) adalah termasuk dalam bab mashalih mursalah.

Saya nak minta saudara Ibnu Zack dan Legasi ummah terlebih dahulu jelaskan apa itu mashalih mursalah.

Sebelum ini pun saya dapat lihat yg saudara tidak dapat memahami persoalan bid'ah dan mashalih mursalah dgn baik apabila cuba membawakan qiyas berzikir sambil duduk atau baring.

Wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Legasi Ummah, bukankah saya sudah nyatakan, bahawa kata2 manusia boleh diterima dan ditolak.

Berkenaan Dr. sayed Mabruk, ada tak beliau keluarkan fatwa boleh mejualkannya? Beliau hanya menjelaskannya bahawa boleh meruqyah/menjampi air utk pesakit.

Saya setuju kenyataan beliau. Malah selaras dengan dalil dari Sunnah. Yang tidak tsabit dari Sunnah, adalah tindakan tok-tok ustaz kat m'sia ni.

Dan adapun yg saya pertikaikan sedikit adalah berkenaan kesahihan membuat tulisan al-Fatihah menggunakan za'faran tu. Saya harap ada yg tampil memberikan hujjah.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Mashalih Mursalah adalah perkara yang bertepatan dengan apa yang ditetapkan oleh syari’at yang tiada dalil tertentu mengenainya yang menunjukkan ianya diterima atau sebaliknya. Mashalih Mursalah dilaksanakan adalah dengan tujuan untuk menjaga kemaslahatan di dalam agama. Iaitu untuk menjaga agama itu sendiri. Mashalih mursalah ianya tidak mengubah ketulenan agama.

Sebagaimana pembukuan al-Qur’an, ianya tidak mengubah ketulenan al-Qur’an dan agama. Tetapi sebaliknya, ia adalah bertujuan untuk memudahkan dan mengelakkan daripada terluput begitu sahaja. Dengan pembukuan al-Qur’an di dalam mushaf-mushaf, ia akan menjadi lebih mudah untuk disebarkan dalam bentuk yang lebih tersusun dan mudah dicapai. Ia sekaligus mengelakkan penyelewengan dan seumpamanya. Maka, ketulenan al-Qur’an akan terus terjaga.

--------------------

Berbeza dengan persoalan air jampi. Air jampi pada zaman ini sebagaimana yang dilakukan oleh golongan-golongan tertentu telah mula diubahsuai dengan dilakukan ke atasnya doa-doa yang tidak tsabit dari Rasulullah. Seperti ditambah dengan bacaan selawat syifa’ yang tidak diketahui dari mana datangnya. Malah, selawat syifa’ itu sendiri mengandungi maksud yang mensyirikkan. Ditokok tambah sehingga mengakibatkan berlebih-lebihan di dalam beragama, di mana air jampi atau produk-produk tertentu dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Qur’an sehingga 30 juzuk sekaligus. Dan sebelum meminum/memakannya disarankan supaya membaca selawat 3 kali malah ada yang sehingga sepuluh kali dengan niat-niat tertentu. Siapakah yang begitu berani menetapkannya seperti itu? Dari manakah dasarnya semua ini diambil? Sedangkan para salaf sendiri tidak pun pernah mengisyaratkan atau menyatakan seperti itu.

Malah, selain bentuk-bentuk doa yang pelik-pelik, diletakkan pula dengan khasiat-khasiat tertentu seperti boleh mengubati penyakit anak yang malas, mampu memberi kecerdasan kepada minda, malah ada sehingga yang mampu mengubati penyakit-penyakit biologi yang kronik. Siapkah yang berani memberi keabsahan terhadap fakta-fakta tersebut? Mengikut hawa nafsu atau ada pensahihan dari wahyu?

Jika kita lihat daripada hadis-hadis Nabi sendiri, perbuatan menjampi memang ada. Namun tidaklah terlalu meluas seperti sekarang sehingga semuanya mahu dijampi. Sehingga makan lembu dan kambing pun mahu dijampi. Sedangkan Nabi hanya menjampi untuk hal-hal tertentu sahaja seperti apabila ada manusia yang terkena gangguan syaitan (kerasukan). Tetapi, Nabi juga turut menjelaskan supaya perbuatan meruqyah atau doa-doa tersebut diamalkan sendiri oleh si pesakit atau mereka yang terkena gangguan syaitan. Bukan setiap kali ada masalah, maka baru merasa kelam kabut.

Jika kita perhatian dari perkataan Rasulullah dalam hal ini, contohnya ketika hendak tidur, Nabi mengajarkan kita membaca zikir/doa sebelum masuk tidur. Begitu juga ketika masuk ke tandas, nabi mengajarkan doa perlindungan daripada gangguan syaitan. Nabi menyuruh kita mengamalkannya. Bukan orang lain yang membacakan untuknya. Begitu juga ketika doa memasuki rumah baru, memasuki hutan dan seumpamanya. Kita disarankan membaca surah al-Baqarah ketika memasuki rumah baru. Dan membaca doa/zikir yang beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ajarkan ketika memasuki tempat-tempat tertentu seperti hutan. Begitu juga ketika hendak keluar rumah, ketika hendak masuk rumah, ketika hendak mengadakan hubungan suami isteri, doa/zikir pagi dan petang, dan sebagainya. Malah, setelah saya menyemak mukhtashar Za’dul Ma’ad Ibnul Qayyim di bahagian pengubatan Rasulullah, di dalamnya terpenuhi dengan hadis-hadis yang menganjurkan (menyarankan) supaya individu yang mengalami masalah itu sendiri yang berdoa mengubati dirinya.

Begitulah juga dengan perbuatan meruqyah. Nabi turut menjelaskannya dengan terperinci. Kita dibenarkan meruqyah seseorang dengan mengetahui jenis penyakitnya (terkena sihir) dan setakat mana level teruknya pesakit. Doa yang bagaimana hendak dibacakan.

InsyaAllah, saya akan bawakan dalil-dalil yang tsabit berkenaan hal ini. Sekarang saya tengah mengumpul dan menaipkannya ke dalam komputer. Termasuklah mengubati dengan menggunakan bacaan al-Fatihah dan menggunakan air yang dibacakan dengan doa tertentu. Kita akan lihat, praktik nabi tersebut untuk permasalahan dalam soal apa dan bagaimana caranya.

Tanpa Nama berkata...

Fatwa Berkenaan Jampi oleh Mufti Brunei serta jampi2 yang terlarang

Apa itu jampi? Menurut kamus, jampi ialah “kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian seperti boleh menyembuhkan penyakit dan lain-lain.” Jampi diertikan juga dengan mantera.

Jampi itu disebut dalam bahasa Arab sebagai ruqyah. ( )

Pendapat yang mengatakan bahawa jampi itu tidak ada dalam syara‘ atau Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menjampi adalah dakwaan yang tidak betul, kerana terdapat hadis-hadis yang merujuk bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam pernah dijampi dan menjampi. Antaranya ialah:

Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata: “Apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mengadu sakit, maka Jibril ‘Alaihissalam akan menjampi Baginda dengan doa. Di antaranya ialah seperti hadis berikut:

Maksudnya: “Daripada Aisyah - isteri Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, beliau berkata: “Biasanya apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mengadu (kesakitan), maka Jibril akan menjampinya dengan ucapan: (Dengan nama Allah, Dia menyelamatkan-mu; dan daripada segala penyakit Dia menyembuhkanmu; begitu juga daripada kejahatan pendengki ketika dia mendengki dan daripada kejahatan setiap yang punya mata).”
(Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis ini dan juga lain-lain hadis seumpamanya, maka ada ulama yang menamakan satu bab khas dalam kitab mereka dengan nama “Bab Berubat dan Menjampi.”

Jika ia dibolehkan, apakah syarat-syaratnya?

Al-Imam Fakhruddin Ar-Razi telah membahas persoalan ini ketika memberi ulasan dan tafsiran mengenai ayat-ayat yang terdapat dalam 2 surah Al-Mu‘awwidzatain (surah Al-Falaq dan An-Nâs). Di samping membentangkan hujah golongan yang mengatakan “boleh menggunakan jampi” beliau juga mengemukakan dalil-dalil daripada kumpulan yang berpendapat sebaliknya. Kemudian Ar-Razi menjawab pendapat yang membantah itu.

Inilah pendapat Ar-Razi, katanya: “Bahawa golongan yang mengharuskan jampi itu menggunakan 8 alasan:

1. Berdasarkan apa yang telah diriwayatkan, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengadu kesakitan (kepada Jibril). Maka Jibril ‘Alaihissalam pun menjampi Baginda dengan berkata:

Maksudnya: “Dengan nama Allah aku menjampimu daripada segala sesuatu yang menyakitkanmu. Dia (Allah) menyembuhkanmu daripada segala (kejahatan) mata atau hasad dengki,” atau katanya: “Allah menyembuhkan engkau!”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

2. Ibnu Abbas berkata: “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan kepada kami bagaimana hendak mengelakkan diri daripada semua jenis sakit dan demam dengan doa ini”:


Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Mulia, aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah yang keluar dari uratnya, dan daripada kejahatan panas api neraka.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

3. Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud:

“Barangsiapa yang melawat orang sakit, yang menurut pandanganmu bahawa kematian orang itu masih jauh, maka bacalah doa ini sebanyak 7 kali, nescaya dia akan sembuh:

Maksudnya: “Aku mohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang menguasai Arasy Yang Agung agar Allah menyembuhkan kamu.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Al-Hakim, At-Tirmidzi dan An-Nasa’i daripada Ibnu Abbas).

Back to top | Print this page

4. Dalam sebuah hadis daripada Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha menceritakan bahawa apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menziarahi orang sakit, maka Baginda (menjampi) dengan membaca doa ini:

Maksudnya: “Hilangkanlah segala kesusahan wahai Tuhan yang menjaga manusia. Sembuhkanlah (dia). Engkaulah Penyembuh, tiada penyembuh selain penawarMu. Penawar yang tidak meninggalkan (saki-baki) penyakit.”
(Hadis riwayat Bukhari)

5. Berdasarkan hadis riwayat daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu beliau berkata “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam itu sentiasa memper-lindungkan cucu Baginda, Hasan dan Husain dengan membaca doa ini:


Maksudnya: “Aku berlindung kamu berdua dengan semua kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan tiap-tiap syaitan dan binatang yang melata dan daripada pandangan yang bermaksud jahat (penyakit ‘ain).”
(Hadis riwayat Bukhari)

Doa yang sama juga telah dibacakan oleh Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam untuk melindungi kedua-kedua anak Baginda Nabi Ismail dan Nabi Ishak.

6. Utsman bin Abu Al-‘Ash As-Saqqafi berkata: “Saya telah pergi bertemu Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, sedang pada masa itu saya mengalami suatu penyakit yang agak berat, maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Usapkan tangan kananmu pada tempat yang sakit itu dan jampilah dengan doa ini sebanyak 7 kali.


Maksudnya: “Dengan nama Allah, aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya daripada kecelakaan yang aku alami.”
(Hadis riwayat Nasâ’i)

Maka saya pun melakukan seperti yang diajarkan oleh Rasulullah itu, lalu Allah Ta’ala menyembuhkan saya.”

7. Diriwayatkan dalam Shahîh Ibnu Huzaimah, Sunan An-Nasa’i dan Sunan Abu Daud bahawa apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam musafir, ketika bertemu dengan malam, Baginda menjampi dengan berkata:


Maksudnya: “Wahai bumi, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah, aku berlindung kepada Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang ada padamu, kejahatan yang dijadikan padamu, serta kejahatan apa yang melata di atasmu, aku berlindung dengan Allah daripada kejahatan-kejahatan singa, ular, kala jengking, dan daripada kejahatan penghuni negeri serta apa-apa juga kejahatan iblis dan syaitan.”

8. Dalam hadis yang diriwayatkan dari-pada Sayyidatina Aisyah Radhiallahu ‘anha menyebutkan bahawa: “Apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam duduk di tempat tidurnya pada setiap malam, Baginda menadah tangan dengan menghimpunkan kedua tangannya dan meludah padanya serta membaca:


kemudian Baginda menyapu kedua tangan Baginda ke seluruh badannya dengan memulai dari kepala dan muka Baginda. Baginda melakukan sebanyak tiga kali.”

Pengarang kitab At-Tadâwi bi Al-Qur’ân berkata: “Para ulama telah sepakat mengatakan tentang harusnya melakukan jampi apabila berhimpunnya tiga syarat berikut ini:

• Kalimat-kalimat jampi itu mestilah terdiri daripada perkataan-perkataan Allah Ta‘ala, nama-namaNya ataupun sifat-sifatNya.

• Sebaik-baiknya ialah dalam bahasa Arab, ataupun sebarang bahasa yang boleh difahami maksudnya.

• Hendaklah diingat dan disedari dari segi aqidah bahawa jampi itu tidak memberi apa-apa kesan. Kesan yang berlaku itu adalah daripada ketentuan dan takdir Allah Ta‘ala jua.

Perubatan dengan menggunakan jampi-jampi adalah diharuskan selama mana ia tidak bertentangan dengan kehendak syara‘.

Dengan berpandukan syarat-syarat menjampi yang disebutkan di atas, maka mudahlah bagi kita menilai jampi yang diharuskan dan jampi yang ditolak mengikut sukat-sukat hukum syara‘.

Setelah meneliti kandungan catatan tawar-tawar atau jampi-jampi sebagaimana yang dikemukakan, saya mendapati sebahagian besar daripadanya tidak dapat difahami dan bahkan mengandungi kata-kata yang tidak selaras dengan jalan aqidah. Misalnya:

(i) Puku Tawar:

“Aku lazat Allah, terdiri daripada Allah
Muliaku Mulia Allah,
Kayaku Kaya Allah
Kuatku Kuat Allah”

Ulasan:

Perkataan ‘lazat’ bererti sedap atau enak atau seronok. Lazat dalam bahasa Minangkabau bermakna teruk atau penyakit berat atau penyakit raja singa.

Apabila dihubungkan makna-makna ‘lazat’ itu dengan “Aku lazat Allah”, tidak boleh difahami maksudnya, apabila dilanjutkan lagi ungkapan: “Terdiri daripada Allah” juga tidak

dapat difahami. Pada dasarnya ungkapan-ungkapan seperti ini dan banyak lagi yang terdapat di dalam buku catatan jampi berkenaan tidak memberikan makna jampi atau doa bahkan lebih jauh sudah menyangkut perkara-perkara aqidah yang terlarang.

Dalam tawar di atas juga menyebut:

“Muliaku mulia Allah

Kayaku kaya Allah
Kuatku kuat Allah”

Ungkapan-ungkapan seperti ini boleh membawa makna bahawa si penjampi berkenaan menyifatkan kemuliaannya, kekayaannya serta kekuatannya adalah sebanding atau sama dengan kemuliaan, kekayaan serta kekuatan Allah Subhanahu wata‘ala. Jika benar begitu, maka kata-kata sedemikian ini tidak syak lagi membawa kepada syirik, menyekutukan Allah Subhanahu wata‘ala. Wal ‘iyâdzubillâh.

(ii) Doa Nabi Allah Yusuf (hal. 4)

“Bismillah, Nor Allah, Mani Allah Menikam di dadaku
Jika kau ...... Malam nampak kau berbandam,
Jika kau ...... Siang nampak kau bercahaya
Berkatku Memakai doa’ Allah Yusuf
Berkat la ela ha Allah(3x)”

Ulasan

Dalam doa di atas ada tersebut perkataan “mani Allah”. Dalam kamus, “mani” itu bererti air dan benih yang terpancut keluar daripada alat kelamin lelaki atau haiwan jantan ketika bersetubuh (mengawan) atau apabila mencapai puncak syahwat. Jika itulah yang dimaksudkan, maka bererti si penjampi telah menyandarkan kepada Allah itu sesuatu perkara yang dianggap bertentangan dengan aqidah, iaitu perkara yang hanya berlaku ke atas atau untuk makhluk sahaja. Sayugia diingat bahawa salah satu sifat wajib bagi Allah Subhanahu wata‘ala itu ialah: Tiada sesuatu yang serupa atau menyamai Allah Ta‘ala sebagaimana firmanNya:


Tafsirnya: “Tiada sesuatupun yang sebanding atau serupa denganNya (dzatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya), dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Asy-Syûra: 11)


Tafsirnya: “Dan tidak ada sesiapapun yang setara denganNya.”
(Surah Al-Ikhlâsh: 4)

Menilai kepada zahir ungkapan, doa yang dikatakan sebagai doa Nabi Allah Yusuf ‘Alaihissalam di sini, adalah amat meragukan.

Kemudian dari segi ungkapan-ungkapannya juga didapati seolah-olah ada interaksi atau perhubungan dua hala antara bomoh (penjampi) dengan pihak lain, tetapi siapakah dia tidaklah diketahui, seperti contoh ini:

(i) Doa Nabi Allah Yusuf (hal. 4):

“Jika kau… Malam nampak kau berbandam”.

(ii) Kehendak Diri (hal. 9):

“Hie…… Malaikat kasi bin,
Sasatkan hati si anau kepada diaku”

(iii) Pesan Mimpi (hal. 7):

“Ya Roh ku Ya Rohmu
Aga olehmu Roh se…”

(iv) Doa menundukkan hati orang yang panas/marah (hal. 12):

“Aku pesuruh Allah kau pesuruh Adam.”

(v) Tawar Burut (hal. 16):

“Lucu luci batang bertambah-tambah
Aku yang bersalah aku yang kau sambah,
Aku yang berdosa aku yang kau puji,”

Ungkapan-ungkapan ini tidak dapat difahami dengan jelas di samping menimbulkan kewahaman ianya bertentangan dengan aqidah umat Islam. Misalnya ungkapan ini:

“Aku pesuruh Allah kau pesuruh Adam”

Walaupun sesetengah jampi berkenaan ada diselitkan beberapa ayat al-Qur’an, namun ianya (jampi-jampi itu) tidaklah boleh diterima, kerana ayat-ayat yang diselitkan itu tidak tepat sebutannya serta salah ejaan dan ditulis pula dengan huruf Rumi. Di samping itu ungkapan-ungkapannya banyak yang tidak difahami dan meragukan. Contohnya:

(i) Jampi Penumbuk (hal. 8):

“Ja lika luman as iara ban”.

Kemungkinan ia diiqtibâs daripada:
( )

surah Al-Baiyinah, ayat 8.

(ii) Berjalan di dalam air (hal. 2):

“Bismillah…cumum bekumun ummuyun”.

Kemungkinan ia diiqtibâs daripada:
( )
surah Al-Baqarah, ayat 18.

Dalam keadaan ini pastinya si penjampi sekali-kali tidak akan dapat mencapai maksud dan hikmat ayat-ayat tersebut kerana kesalahan-kesalahan yang dijelaskan di atas.

Ada juga ungkapan yang merujuk kepada ayat-ayat al-Qur’an, dan ayat-ayat itu diiringi perkataan-perkataan yang mengelirukan yang tidak sewajarnya dikaitkan dengan ayat-ayat tersebut, seperti contoh ini:

(i) Amatan sangkil tidur (hal. 10):

“Kulala ( ) sungsang Fatiha
( ) sungsung”.

(ii) Penutup nafsu (hal. 36):

“Alif mati Fatiha ( ) Mati”.

Lebih menyimpang lagi apabila Allah dijadikan objek seperti makhluk, padahal Dia (Allah) itu adalah sunyi daripada sebarang kekurangan seperti makhluk itu, contohnya:

(i) Tawar mati pucuk (hal. 25):

“Allah yang dikunci”.

(ii) Pemutu Allah (hal. 20):

“Allah terbunuh baru aku terbunuh”.

Selain daripada contoh-contoh yang disebutkan ini, banyak lagi ungkapan-ungkapan yang terang-terang salah serta menyalahi aqidah. Perkara itu boleh disabitkan dengan mengenalpasti pendapat-pendapat ulama mengenai jampi. Daripada syarat-syarat jampi yang ditetapkan oleh mereka itu, maka jelaslah jampi-jampi yang ada ini tidak dapat diterima tetapi wajib ditolak dan dicegah.

Maka atas asas ini, bomoh berkenaan tidaklah harus dibiarkan begitu saja, tetapi hendaklah dinasihati dan dihalang daripada terus bergiat mengamalkan jampi-jampi berkenaan, lebih-lebih lagi jika terdapat usaha untuk menyebar dan mengembangkannya kepada orang lain.

Langkah pencegahan dan pembanterasan itu ialah semata-mata bagi memelihara orang-orang Islam daripada turut terjebak mempercayai dan memakai jampi-jampi yang salah ini. Yang penting dan bahkan utama ialah melindungi aqidah umat Islam, termasuklah pengamal jampi-jampi ini sendiri.

Tanpa Nama berkata...

saudara nawawi...
kalau lah saudara nawawi tau, kita makan ubat panadol yg sekarang ni berharga RM2.20 satu paket tu blh membawa syirik kpd Allah sekiranya iktikad kita tak betul.

Baca juga siratul salikin - dan kitab-kitab muktabar yang lain sekiranya nak mengulas

tapi next time kalu sedara nak menulis...
1. Biar terang dan jelas dan mungkin tak boleh ulas secara umum.

2. Hindarkan emosi.

3. Buka hati kepada fikiran dan komen

4. Banyakkan ilmu kerna ulasan dalam tulisan atau blog begini jauh berbeza dgn memberi ceramah. Apatah lagi sekadar mendengar ceramah

Sekian
mnoor

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih kepada Tanpa Nama Kerana Mengingatkan.

Asalnya, persoalan terbahagia kpd dua:

1 - Soal iktiqad.

2 - Soal cara (kaifiyah).

Tanpa Nama berkata...

Al-Quran ialah mukjizat

Tanpa Nama berkata...

Nawawi, tau pun ada masoleh mursalah. Dah tu, adakah penjualan air jampi ini ada dalil yang menghalal atau mengharamkannya? Tidak ada dalil yang jelas. Maka mengapa nak menolaknya?

Ada tak ulama yang menolak penjualan air jampi ini? Tak ada setahu aku (kat Malaysia lah). Kalau Rasul Dahri, itu belum cukup lagi.

Yang menjadi masalah, kalau air jampi itu dijampi dengan jampi2 yang tiada nas dalam Quran serta terkeluar dr syariat. Kalau sekadar 3-4 kali selawat itu bukan seleweng. Sebab doa tidak ada rukunnya. Macam Ibnuzack kata. Doa ibadat umum.

Selawat syifa' tu dah dijawab oleh TG Harun Din. Boleh tengok.

Mmg ada hadis menganjurkan baca sendiri. Tapi ada ke hadis yang melarang?

Benda2 macam ni, aku nak tunggu fatwa Mufti. Tak boleh dengar pendapat orang2 biasa..

Tanpa Nama berkata...

begitu rupanya.. Nawawi, saya sebagai org biasa pon mcm kesan siapa btul dan siapa harus minta maaf.. jangan menyindir walhal dijelaskan dlm hadis mungkin anda tidak ketemuan.. saya rasa ulama yang saya kenal ada membuatnya. Jangan anda menyindir dan disebarkan kepada ramai walhal tiada kelayakan untuk keluarkan fatwa. Saya rasa anda perlu mintak maaf. Tidakkah anda berasa begitu? saya pelik lah

Saya hanya ingin ketahui siapakah anda ? kerja sebagai apa ? cikgu? ustaz? wartawan? kat mana anda tinggal?

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

"Lau Kaana Khairan, Lasabakuunaa Ilaihi.."

- kalau sekiranya perbuatan itu baik, tentulah para sahabat(r.a.) telah mendahului kita mengamalkannya. -

Tanpa Nama berkata...

Para sahabat juga tidak pernah menjual tulisan khat dan buku agama setahu aku wahai tanpa nama. Jadi, adakah menjualnya tidak baik?

Aku ingat Nawawi tidak percaya pada masoleh mursalah, uruf dsb. Sebab dia kerap menyebut, Nabi tak buat maka kita tak boleh buat.

Sedang ada beberapa perkara yang diputus ulama' adalah melalui kaedah ini disebabkan tiada dalil yang khusus berkenaannya.

Kalau nak ikut, penjualan air jampi dsb juga boleh dikait dengan masoleh mursalah dsb. Itu bergantung pada fikrah penerimaan.

Seperti tanpa Nama kat atas nun, aku juga menunggu apakah ada larangannya dari ulama' muktabar dalam perkara ini memandangkan ia tiada dalil khusus yang melarang atau menyuruh penjualannya.

Kalau tiada, maka aku setuju air jampi diteruskan penjualannya asal saja jampinya syari'i.

Wallahua'lam..

Tanpa Nama berkata...

Daripada Fatwa al-Lajnah ad-Da’imah Lil Buhuth wa al-Iftha’ (Saudi Arabia)

Soalan:

Apakah hukum membaca al-Qur’an ketika menjampi menggunakan pembesar suara atau menggunakan telefon disebabkan jarak yang jauh?

Jawaban:

Menjampui mestilah dilakukan secara terus kepada pesakit dan tidak boleh diadakan perantaraan dengan menggunakan pembesar suara dan telefon. Ini kerana perbuatan tersebut telah menyalahi cara yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam dan para sahabatnya radhiyallahu ‘anhu serta pengikut mereka (tabi’in), yang mana mereka adalah merupakan sebaik-baik contoh dalam menjampi. (Rujuk: Fatwa Jin & Sihir (Syaikh abdul Aziz b. Baaz, Syaikh Muhammad al-Utsaimin, Syaikh Muhammad Soleh al-Munajjid), Terbitan Karya Bestari, m/s. 313)

Soalan:

Apakah hukum membaca al-Qur’an ke dalam air yang mengandungi za’faran. Kemudian merendamkan kertas di dalamnya. Selepasa itu dikeringkan kertas tersebut kemudian dilarutkan kembali dengan air lalu diminum airnya?

Jawaban:

Membaca al-Qur’an ke dalam air yang mengandungi za’faran dan direndamkan kertas di dalamnya, kemudian menjualnya kepada orang ramai bagi tujuan berubat adalah merupakan perbuatan yang tidak dibenarkan dan mesti dihalang. Ini kerana ia merupakan helah memakan harta manusia secara batil. Perbuatan tersebut tidak termasuk di antara cara menjampi yang syar’ie (dibenarkan), yang dibenarkan oleh sebahagian ahli ilmu seperti menulis ayat-ayat al-Qur’an di atas kertas atau di atas sesuatu yang bersih dengan tulisan yang jelas, kemudian mandi dengan tulisan dan meminum airnya. (Rujuk: Fatwa Jin & Sihir (Syaikh abdul Aziz b. Baaz, Syaikh Muhammad al-Utsaimin, Syaikh Muhammad Soleh al-Munajjid), Terbitan Karya Bestari, m/s. 316)

AyKay berkata...

Salam.
Saudara yg menilis blog dan yg memberi komen2 setuju/menentang.

Ni pertama kali say dtg melawat, membaca n memberi ulasan kat blog ni. TQ for the info.

Rumusan saya: apa kata kita mohon para penggubal hukum setempat (i.e. Majlis Fatwa) utk memberi ulasan dan pandangan Ijtima' mereka. Surely they r competent, complete and independent.

Tanpa Nama berkata...

[to an_Nawawi]

Saya setuju dengan matlamat saudara, namun sedikit kurang setuju dengan cara pengolahan saudara.

[to all]

Apa yang Nawawi mahu sampaikan ialah kita perlu kembali kepada matlamat asal Quran. Quran diturunkan untuk panduan seluruh manusia.

Mutaakhir ini, ramai yang mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Ambillah al-Quran lebih untuk hidayah bukan untuk karamah. Matlamat asal penurunan Quran adalah untuk petunjuk, hidayah. Tidak dinafikan Quran mempunyai karamah. Dan kita boleh mengambil karamahnya.

Mengapa saya tidak percaya kalamullah boleh menyembuhkan penyakit? Sudah tentu saya percaya. Allah taala yang memberikan penyakit, dan Dia mampu menyembuhkan penyakit tersebut dengan pelbagai cara.

As_Syahid Imam Hasan al-Banna pun telah mengumpulkan ayat-ayat Ma'thurah untuk diamalkan pagi dan petang. Ia bersumberkan hadith-hadith yang mengatakan ada singkapan hikmah dari ayat-ayat tersebut. Ini menunjukkan adanya manfaat dari bacaan Quran tadi.

Masalahnya sekarang, ramai antara kita hanya berpegang pada Yaasin sahaja (maksud saya membaca Yaasin sahaja). Mana 143 surah yang lain?

Quran adalah mukjizat.
Namun seperti Nawawi katakan, kenapa ia perlu diperdagangkan secara melampau yang mampu menimbulkan salah faham.

Ahli Sunnah wal Jamaah berpegang pada konsep taqdir, berusaha dengan bersungguh-sungguh kemudian bertawakkal. Termasuk berdoa. Dan kita adalah ahli Sunnah wal Jamaah.

Kebiasaan kita, dengan cara memakan nasi boleh menyembuhkan penyakit lapar. Sebelum makan baca doa, selepas makan kita berhamdalah (menyebut alhamdulillah). Bila kenyang kita syukur pada Allah, sebab, dengan asbab nasi tadi kita kenyang (Allah kurniakan kekenyangan).

"Kalaulah al Quran itu tiada mukjizat dan kelebihannya, mana mungkin kebanyakan kita yang tidak faham bahasa Arab dan seni bahasanya, tidak jemu membaca al Fatihah sekurang-kurangnya 17 kali sehari... Tetapi jika kita faham Quran dan amalkan pula dalam hidup kita, lagi banyak kelebihan yang kita perolehi.” – penutup dari saya -

Perbetulkan saya jika ada yang tersilap..

Wallahua'lam...

_jom terokai al quran_

Tanpa Nama berkata...

Al-SABIL...
Merujuk kpd perkara yang disebutkan oleh saudara nawawi adakala mempunyai kebernasannya..tapi di sini ingin saya menyentuh sedikit dari perkara tersebut..boleh kah kita makan tanpa membaca doa atau bismillah..kalu dibacakan mungkin akan menjadi holy food atau holy water seperti yang di dakwa oeh saudara nawawi...minta penjelasan..saya setuju juga dengan pendapat fisabillilah dan ibnuzack

Nawawi Bin Subandi berkata...

Apa yg terbaik adalah dengan mengikuti sunnah.

"Jika benar engkau mencintai Allah, maka ikutilah Nabi"... boleh rujuk kat Ali Imran, ayat 31.

Maka, apabila Nabi kita mengajarkan membaca basmalah utk makan, maka, bacalah.

Samigna wa athogna.

Wallahu a'lam...

Berkenaan doa makan, saya ada ulas di sini:

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/10/129-doa-sebelum-selepas-makan-yang.html

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita link ni,

http://www.tokguru.net/Asy-Syifa'.jpg

siapalah agaknya yg pandai2 meletakkan khasiat2 tu secara khusus. Apa dalilnya?

Sehingga kandungan asasnya dinyatakan sebagai salah satunya adalah:

1 - Doa tok guru.

Then, khasiat:

1 - Ikhtiar pelbagai hajat.

2 - Penawar dari gangguan makhluk halus.

3 - dan seterusnya,.

Cara guna:

1 - Niat mengikut hajat...

* Apa semua ni?

Tanpa Nama berkata...

Apa dalilnya?

Pi la Darus Syifa'! Tanya betul2.

Jangan melalak saja..

Tanpa Nama berkata...

Zikir Pagi Jumaat TG


Alhamdulillah, gagasan puak kaum muda(h) untuk membid'ahharamkan bahkan mensyirikkan beberapa amalan yang kita warisi daripada para ulama kita yang merupakan waris para nabi, nampaknya telah ditolak oleh kebanyakan masyarakat kita. Yang telah termakan dengan dakyah mereka, tak dapek ese nak kato apo-apo, sudah rezeki masing-masing, moga nantinya diberi hidayah dan taufiq. Antara amalan-amalan yang telah diserang oleh mereka adalah amalan bersholawat dengan Sholawat Tafrijiyyah dan Sholawat Syifa`. Tentangan mereka bertambah hebat apabila ayam-ayam tambatan mereka yang punya gelar "Dr." mula berkokok. Dengan menjaja gelar-gelar bid'ah tersebut, serangan dilancarkan untuk menyesatkan bahkan mensyirikkan pengamal Sholawat Syifa`.
Namun, cahaya kebenaran pastikan sentiasa bersinar walaupun di balik kabut, hilang kabut tampaklah ia. Mari kita sama-sama hayati zikir yang diajar dan dialun oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul 'Aziz hafizahullah. Di antara zikir-zikir yang diamalkan oleh Tuan Guru tersebut adalah tahlil yang menjadi wirid Thoriqat Ahmadiyyah dan sholawat-sholawat yang dihukumkan bid'ah oleh para ahli bid'ah termasuklah Sholawat Syifa` dan Sholawat Tafrijiyyah. Maka sesiapa yang hendak menuduh zikirnya para sholihin itu bid'ah, atau menuduh sesiapa yang membaca Sholawat Syifa' itu syirik, maka eloklah fikir-fikirkan semula. Janganlah bersikap sebagaimana kata tok nenek kita dahulu - "tiada beban batu digalas".
http://bahrusshofa.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Daripada kita mengikuti zikir2 ciptaan manusia, adalah yg terbaik dan dituntut... supaya kita mengamalkan zikir sebagaimana yg diajar oleh Nabi kita sendiri,

"Jika benar kita mencintai Allah, maka ikutilah Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Salam". - Rujuk Surah Ali Imran, 3: 31.

Maka, berkenaan zikir2 yang sahih dari nabi tersebut, bolehlah merujuk di sini:

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/12/138-seharian-berzikir-sebagaimana-yang.html

Tanpa Nama berkata...

PENJELASAN TENTANG KEKELIRUAN SELAWAT SYIFA” DAN SELAWAT TAFRIJIYYAH


http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=18

Akhir-akhir ini terdapat golongan tertentu yang mempertikaikan bacaan Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah. Mereka mengatakan bahawa mengamalkan selawat-selawat ini boleh membawa kepada syirik kerana membesarkan nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada Allah SWT.


Untuk memperjelaskan tentang kekeliruan ini, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menerangkan dengan panjang lebar. Anda patut mendengar penjelasan ini dan untuk mendengarnya anda boleh muat turun di bawah ini



Sumber 1 :http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm


Sumber 2: http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.zip


Sumber 3:http://www.darussyifa.net/Audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm



Sedikit Ulasan:


Dalam buku Doa & Rawatan Penyakit yang di karang bersama oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Haron Din & YB. Dr. Amran Kasimin menterjemahkan makna Selawat Syifa’ seperti berikut;





Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”


Dalam terjemahan makna ini ada sedikit timbul kekeliruan kerana menyebut “Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati”. Persoalannya siapa yang memberi kesembuhan. Dalam terjemahan ini jika dibaca secara langsung memang ada sedikit kekeliruan kerana seolah-olah nabi Muhammad yang menyembuhkan hati-hati.


Dalam persoalan Selawat Syifa ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan seperti berikut; di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.


Dengan itu kalau diterjemahkan ِiaitu “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati”


‘Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.


Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.


Wallahhu ‘alam


Webmaster Darussyifa’

Nawawi Bin Subandi berkata...

Secara asas, iman boleh terbatal dengan 3 cara:

1 - Dengan hati.

2 - Dengan perkataan.

3 - Dengan perbuatan.

Maka, dah tau perkataan (merujuk: Syirik perkataan) selawat Syifa' tu bermasalah, kenapa mahu memaksa org supaya meniatkan tidak syirik?

Selawat tersebut juga adalah selawat ciptaan manusia. Kenapa tidak mahu mengikut selawat yg Nabi ajar?

Cipta2 pula selawat2 yg baru...

sesat tanpa petunjuk berkata...

Hmmm... kenapa Islam jadi kompleks sampai begini? Macam mana non Muslim nak terpikat kalau ini pun susah?

Yang jelas dan mudah ialah ayat Allah itu sendiri, sangat sempurna, tak sepatutnya ditambah2 manusia, Rasul pun hanya melaksana, mempraktikkannya:

Al Baqarah : 2. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa

Al Baqarah : 185. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur

Surah Ibrahim : 1 - Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

Saya tak mau Islam yang saya anuti ini ada tok guru yang lebih layak/ hebat islamnya/ cantik tafsirannya dari seorang buruh kasar/ cikgu matematik/ tukang kayu yang juga luhur hatinya menegakkan Islam. Nabi pun tak pernah declare dirinya begitu. Jelas AQ sebagai petunjuk untuk manusia hidup di muka bumi, bukan syair, siul-siulan, jampian.

Allah tak bagi title berkata...

ibnuzack kata:

Benar sangat ujar Dato Harussani, umat lemah kerana mereka membicara benda yang telah selesai.



Kalau 'benda' tu dah selesai, maka maju & kaya raya lah umat Islam sekarang.

AQ adalah sesuatu yang dinamik, valid dan wajib dibincang, dilaksana sepanjang zaman untuk hasil yang positif, bukan ikut kepala manusia2 tertentu

dengan keadaan palestin/ iraq/ sudan dan MALAYSIA sekarang ni, jelaslah Allah murka kat kita, sebab tinggalkan AQ sebagai petunjuk.

Jangan kata Ayah Pin je yang sesat, kita pun sama.

Agus@ kayu jabon berkata...

mampir nich...
menarik sekali blog anda dan saya menyukainya..
salam....

Tanpa Nama berkata...

Saya pun sependapat dengan penulis...
Harap ulamak muktabar dapat beri keputusan dalam hal ini..

mas berkata...

Sebagai seorang guru sains ...saya agak meragui tentang susunan molekul air di dalam bentuk cecair oleh pr0f dari Jepun. Gambar yang ditunjukkan itu adalah gambar kristal molekul air yang hanya wujud dalam keadaan pepejal .... molekul air itu sendiri tidak H2O memang tidak boleh kelihatan melalui mikroskop kerana saiznya tersangat kecil... wllahualam

Tanpa Nama berkata...

I enjoy what you guys tend to be up too. This type of clever work and reporting!

Keep up the very good works guys I've included you guys to my blogroll.

Also visit my blog post: www.nude-teensex.com

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dgn pandangan saudara..pasti ada hikmah ats sst yg rasulullah ajarkn dan diamalkn ulama'. Cuma syaratnya, kita kena ingat yg Allah shjalah yg menyembuhkan...