“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Jumaat, Februari 22, 2008

SYARIAT ISLAM DALAM PERSOALAN PENUBUHAN PARTI, ORGANISASI, DAN JEMAAH

SYARIAT ISLAM DALAM PERSOALAN PENUBUHAN PARTI, ORGANISASI, DAN JEMAAH

http://an-nawawi.blogspot.com

“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama-Nya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikit pun tanggung jawabmu kepada mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat.” (al-An’am 6: 199)

Ibnu Katsir rahimahullah menyatakan, “Pemeluk agama sebelumnya berselisih di antara satu sama lain di dalam pola berfikir. Maisng-maisng mengaku bahawa kelompoknya yang benar, umat ini pun berselisih satu sama lain di dalam beragama, semuanya tersesat kecuali satu iaitu ahlu sunnah wal jama’ah, iaitu mereka yang berpegang teguh dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan generasi pertama dari kalangan sahabat radhiyallahu ‘anhum, dan para tabi’in dan para ulama muslimin (salaf) dahulu dan sekarang, sebagaimana diriwayatkan oleh imam al-Hakim di dalam kitab Mustadraknya ketika Rasulullah s.a.w. ditanya berkenaan golongan yang selamat, maka beliau s.a.w. menjawab: “Mereka adalah orang yang mengikuti Sunnahku pada hari ini dan sahabatku.”” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/282)

Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Orang-orang musyrik suka mengganti dan mengubah agamanya, mereka beriman terhadap sebahagian akan tetapi menolak sebahagian yang lain. Mereka meninggalkan agamanya seperti orang Yahudi, Nashrani, Majusi, penyembah berhala dan semua pengikut agama yang bathil sebagaimana dicantumkan di dalam ayat ini.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/282)

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (ar-Rum 30: 30-32)

Ibnu Taimiyah rahimahullah menyatakan: “Tidak boleh bagi siapa pun mengangkat orang, mengajak umat ini mengikut pola hidup dan peraturannya, suka dan membenci kerana nya selain Nabi s.a.w. dan ijma’ Ulama Sunnah. Ada pun ciri ahli bid’ah, mereka mengangkat pemimpin dari umat ini, atau membuat peraturan yang mengakibatkan umat berpecah-belah, mereka mencintai umat kerana mengikuti peraturan golongan-golongannya dan memusuhi orang yang tidak mengikuti golongannya.” (Dar’ut Ta’arudh, 1/149)

Seterusnya, beliau rahimahullah menyatakan: “Dan tidak boleh seorang pun membuat undang-undang yang dia menyenangi orang atau memusuhinya dengan dasar peraturannya, bukan peraturan yang tercantum dalam al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. (Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyah, 20/164)

Sheikh Soleh Fauzan rahimahullah (anggota Kibarul Ulama Saudi Arabia) ditanya: “Kita sering mendengar istilah jama’ah-jama’ah (golongan-golongan) Islam pada zaman sekarang yang telah menyebar di dunia. Dari mana istilah penamaan ini?” Beliau rahimahullah menjawab: “Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kepada kita cara beramal, beliau tidaklah meninggalkan sesuatu yang dapat mendekatkan umat ini kepada Allah melainkan beliau telah menjelaskannya, dan tidaklah meninggalkan sesuatu yang membuat manusia jauh dari Allah melainkan beliau telah menjelaskannya. Termasuk perkara yang kamu tanyakan ini, beliau s.a.w. bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian hidup (setelah aku meninggal dunia) akan menjumpai perselisihan yang banyak.” Bagaimana cara mengatasinya ketika perkara ini terjadi? Beliau s.a.w. bersabda: “Wajib bagimu berpegang kepada Sunnahku dan Sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku, hendaklah kamu berpegang kepadanya, dan gigitlah dengan gigi gerahammu, jauhkan dirimu dari perkara baru, kerana setiap perkara baru itu bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat.” (Disahihkan oleh Sheikh al-Albani, di dalam al-Irwa’, 2455) Maka dari jema’ah yang ada, apabila dia berdiri di atas petunjuk Nabi s.a.w. dan para sahabatnya, terutamanya Khulafaur Rasyidin dan dalam abad yang mulia, maka jema’ah dan golongan di mana sahaja kita masuk di dalamnya, dan wajib kita bekerja sama dengan mereka. Adapun jema’ah yang menyelisihi petunjuk Nabi s.a.w., kita wajib menjauhinya, walaupun dia mengatakan jema’ah Islamiyah. Yang menadi ukuran bukanlah nama, akan tetapi hakikat/kentaannya. Adapun nama memang banyak dan marak kita saksikan di mana-mana, akan tetapi jelas salah dan bathil juga. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Telah berpecah orang Yahudi menjadi tujuh puluh satu golongan, dan orang Nashrani menjadi tujuh puluh dua golongan, dan akan berpecah umat ini menjadi tujuh puluh tiga golongan, semua di neraka kecuali satu.” Kami berkata, “Siapa dia wahai Rasulullah s.a.w.?” Beliau s.a.w. menjawab: “Orang yang berpijak seperti aku pada hari ini dan berpijak kepada jalan sahabatku.” Keterangan ini jelas dan terang. Jika kita menjumpai jama’ah dan ini tandanya, mereka mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya, maka mereka golongan Islam yang benar. Adapun jama’ah yang meyelisihi jalan ini, dan berjalan di atas jalan lain, jama’ah itu bukan golongan kita, dan kami pun bukan golongan mereka, kita tidak masuk di dalamnya, dan mereka pun tidak masuk golongan kita, mereka bukan dinamakan jama’ah, akan tetapi mereka itu firqoh (golongan pemecah belah) dari firqoh yang menyimpang. Kerana istilah jema’ah tidaklah ada melainkan di atas manhaj yang benar, yang manusia bersatu di atasnya, sedangkan kebathilan pasti memecah-belah dan tidak menyatukan.

Allah s.w.t. berfirman:

...dan jika kalian berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu)... (al-Baqarah 2: 137) (al-Ajwibah al-Mufidah an As’olatil Manahijil Jadidah, 6-8)

Sheikh Bakar bin Abdullah Abu Zaid (Anggota Kibarul Ulama Saudi arabia) menyatakan: “Tidak boleh diangkat seorang pun untuk mengajak umat ini menuju ke jalannya melainkan Nabi kita s.a.w. dan Rasul kita Muhammad s.a.w. Barangsiapa yang mengangkat selain Nabi s.a.w. sebagai panduan hidup, maka dia tersesat dan ahli bid’ah.” (Hukmal Intima’ Illal Firoq wal Ahzab wa Jama’at Islamiyah, 96-97)

Sheikh Abu anas Ali menyatakan: “Sesungguhnya parti dan golongan yang memilki peraturan yang menyelisihi al-Qur’an dan as-Sunnah ditolak oleh ajaran Islam, kerana tidak ada dalil dari al-Qur’an dan hadis yang membolehkan umat Islam berparti dan bergolong-golong, justeru sebaliknya kita jumpai banyak dalil yang mencela berdirinya beberapa parti dan golongan, contohnya adalah firman-Nya yang tercantum dalam surah al-An’am, 6: 159, dan ar-Rum 30: 32, bahkan dampakkesan yang kita ketahui dengan adanya banyak parti dan golongan datu sama lain saling menjelekkan, mencaci dan memfasikkan, bahkan boleh jadi lebih daripada itu, mengkafirkan yang lain tanpa dalil (Kaifa Nualiju Waqanal Alim, 199-200)

Benarkah Dakwah Tidak Akan Maju Tanpa Organisasi?

Sheikh Abu Anas Ali berkata:

“Ada orang yang berkata: “Tidak mungkin dakwah akan tertegak dan tersebar melainkan apabila di bawah naungan parti atau golongan.” Maka kami jawab: Sheikh Ibnu Uthaimin berkata: “Pendapat ini adalah salah, bahkan sebaliknya dakwah menjadi kuat dan tersebar tatkala manusia kuat berpegang teguh kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan orang yang paling banyak mengikuti jejak Nabi s.a.w. dan para sahabat. Ketahuilah wahai para pemuda! Sesungguhnya banyaknya jema’ah atau golongan adalah fakta yang menyakitkan dan bukan fakta yang menyihatkan. Saya berpendapat hendaknya umat Islam satu parti sahaja, iaitu yang kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w.”.” (as-Shohwatul Islamiyah Dhowabith wa Taujihat oleh Sheikh Ibnu Uthaimin, 258-259)

Sheikh Ibnu Uthaimin rahimahullah berkata: “Adapun umat yang berpecah-belah menjadi sekian banyak golongan sehingga masing-masing mengatakan dia yang paling benar, bukan hanya ini saja, bahkan mereka menganggap sesat golongan lain, membid’ahkan golongan lain, membuat orang menjauhi kelompok lain, maka tidaklah diragukan bahawa ini adalah pendiskreditan dan cacat bagi umat Islam. Ini merupakan senjata yang paling kuat untuk membinasakan kebangkitan Islam yang penuh barokah ini. Maka kami perlu menasihati saudara-saudara kami, hendaknya kalian bersatu, hindari perpecahan, kembalilah kepada jalan yang haq. Inilah kewajban setiap umat Islam. (Kajian rutin setiap bulan oleh Sheikh Ibnu Uthaimin, edisi pertama, hlm. 31)

Sheikh al-Muhaddis Muhammad Nashiruddin al-Albani ketika ditanya, “Bagaimana menurut pandangan syari’at Islam, kaum muslimin bergolong-golong, berparti yang berbeza, berorganisasi Islam, padahal satu sama lain berbeza sistemnya, caranya, seruannya, aqidahnya, dan berbeza pula landasan yang menjadi pegangan mereka, padahal golongan yang benar hanya satu sebagaimana yang disebut di dalam hadis yang sahih?” Beliau menjawab: “Tidaklah ragu bagi orang yang berilmu al-Qur’an dan as-Sunnah dan memahaminya dengan pemahaman salafus soleh yang diredhai Allah ‘azza wa jalla, bahawa berparti, bergabung dalam kelompok-kelompok yang berbeza pola berfikirnya, ini adalah yang pertama. Dan manhaj atau cara serta sarana yang berbeza pula, ini yang kedua, maka tidaklah Islam membolehkan hal ini sedikitpun, bahkan Allah Pencipta kita melarang kita berpecah-belah bukan hanya dengan satu ayat, sebagai contoh, surah ar-Rum 30: 32, Hud 11: 118-119. Di dalam ayat ini Allah ‘azza wa jalla tidak mengecualikan perselisihan yang terjadi, kerana ini merupakan kehendak kauni yang harus terjadi, bukan kehendak syar’i, maka Allah hanya mengecualikan golongan yang dirahmati, iaitu (yang maksudnya), “Kecuali orang yang dirahmati oleh Rabbmu.” (Hud 11: 119)” (Fatwa Sheikh al-Albani, Rakaman kaset no. 608, atau lihat kitab Kaifa Nualiju Waqianal Alim, 201)

Sheikh Ibnu Jibrin tatkala ditanya: “Bagaimana hukumnya umat Islam mendirikan parti politik?” Beliau menjawab: “Islam mengajak kita bersatu, dan melarang kita berpecah-belah, orang Islam dilarang berpecah-belah berdasarkan firman-Nya di dalam surah Ali Imran 3: 105, Surah ar-Rum 30: 31-32.

Dari keterangan ulama sunnah di atas, nampak jelas bahawa kenyataan yang ada, parti dan golongan yang landasannya menyimpang dari Sunnah tidaklah menjadi sebab berkembangnya dakwah Islamiyah, akan tetapi sebaliknya merosak aqidah umat. Berapa banyak para tokoh parti menghalalkan yang haram, menghalalkan bid’ah dan syirik, mencintai dengan agama selain Islam kerana ingin mencari pengikut dan ingin mencari ekrusi. Akan tetapi sebaliknya berdakwah yang dilakukan oleh perorangan dari kalangan ulama Sunnah yang kembali kepada pemahaman salafus soleh, mereka berhasil, mereka bersatu, walaupun di lain tempat dan waktu. Lihatlah kepada dakwah Imam Ahmad rahimahullah, Ahli Hadis, Ahli Fiqh, dan ahli Tafsir salafus soleh, Ibnu Taimiyah, Muhammad bin Abdul Wahhab dan ulama Sunnah yang baru sahaja meninggal dunia, misalnya Ibnu Baz, al-Albani, Ibnu Uthaimin, yang lainnya sama ada yang telah meninggal dunia atau yang masih hidup, dakwah mereka nyata, menerangi penduduk dunia, rahmatan lil ‘alamin. Mereka berhasil membanteras kemusyrikan dan kebid’ahan, penyakit yang sangat berbahaya di dunia yang merosakkan tauhid dan Sunnah, padahal mereka tidak mendirikan parti, organisasi dan jama’ah yang tersesat.

Bahaya Fanatik Golongan

Sheikh Robee’ bin Hadi al-Madkhali berkata: “Sesungguhnya sebahagian ulama telah menjelaskan kerosakan yang disebabkan oleh manusia yang fanatik kepada mazhab-mazhab atau golongan, di antaranya Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, beliau menjelaskan kerosakannya sebagai berikut:

1 – Menentang nash yang kuat dari al-Qur’an dan Sunnah, kerana fanatik kepada golongan, dan kadang-kala merasa cukup dengan pendapat saja.

Penulis berkata: “Memang demikian kenyataannya, banyak pengikut terkena sihir dan tertipu oleh pemimpinnya, sehingga agama adalah apa kata pemimpinnya.”

2 – Mengambil hadis lemah dan palsu sebagai dasar untuk mempertahankan pendapatnya, bahkan mereka berdusta dan berani membuat hadis untuk medukung pendapatnya.

Penulis berkata: “Di antara ciri ahli bid’ah, mereka menolak hadis yang sahih dan mengambil hadis yang lemah.”

3 – Mereka mendahulukan pendapat orang yang dianggap berilmu pada zaman sekarang daripada ilmu ulama salafus soleh.

Penulis berkata: “Benar, kerana ulama salaf pada zaman dahulu dianggap tidak tahu fiqhul waqi’ atau politik, dan dituduh dengan tuduhan yang buruk.”

4 – Terjerat oleh pendapat perorangan, dan tidak mahu mengambil ilmu atau kebenaran mazhab yang lain, tidak mahu membaca nasihat ulama, dikeranakan fanatik kepada pemimpinnya.

Penulis berkata: “Memang demikian, tidak sedikit pemimpin yang rosak aqidah dan moralnya, akan tetapi kerana jadi pemimpin, menjadi cermin hidup oleh pengikutnya.”

5 – Umumnya ketetapan atau anggaran dasar setiap golongan sunyi dari dalil syar’i bahakan membencinya.

Penulis berkata: “Benar, bagaimana tidak, kerana kelompok perumusnya adalah dari pelbagai macam aliran, sedangkan ketetapan diambil dengan suara terbanyak, mana yang banyak, itulah yang menang.

6 – Tersebarnya taqlid, jumud dan tertutupnya pintu ijtihad. (Diringkaskan dari at-Taashub al-Dzamim wa atsarohu, oleh Dr. Robee’ bin Hadi Umair al-Madkhali, 5-15)

Sheikh Bakat bin Abdillah Abu Zaid menjelaskan ada empat puluh satu behaya dengan berdirinya parti dan golongan Islam, di antaranya:

1 – Mereka mengikat wala’ dan bara’ atau menyenangi dan membenci orang kerana golongan.

2 – Kebanyakan kelompok/golongan yang menamakan dirinya kelompok/golongan Islam merosakkan Islam, lihat kelompok Baha’iyah dan Qodyaniyah.

3 – Kami bertanya: “Apakah setiap parti membolehkan apabila ditandingi oleh parti yang lain di dalam suatu negeri? Jika dijawab boleh, ini adalah jawaban yang tidak masuk akal, dan tidak ingin umat ini menjadi baik. Jika tidak boleh, bagaimana membolehkan dirinya dan melarang orang lain pula? Padahal semua parti menurut dugaan mereka ingin membela Islam.”

4 – Berapa banyak parti yang dasarnya hanya politik belaka, sunyi dari kaedah Islam, yang akhirnya merosak Islam dan dakwah Islam menjadi suram.

5 – Dengan adanya beberapa golongan di dalam tubuh kaum muslimin menunjukkan adanya perpecahan di dalamnya.

6 – Dengan banyaknya parti, dakwah amal Islami akan ditinggalkan.

7 – Masing-masing parti dan golongan menyembunyikan kebenaran Islam kerana penyakit fanatik golongan.

8 – Parti dan golongan pasti merosak persaudaraan umat Islam.

9 – Dengan berdirinya banyak golongan pasti mencela dan memberi gelar yang buruk kepada golongan lain. Ini adalah ciri orang jahiliyyah yang merosakkan agama.

10 – Parti dan golongan dibangunkan atas dasar suara yang banyak, tidak mahu dikritik dan dibantah.

11 – Pada awalnya parti itu dibangun untuk mewujudkan amal Islami agar menjadi insan yang bertauhid, akan tetapi pada umumnya berubah menjadi bentuk yang aneh pada tubuh umat, kerana ingin menyaingi parti yang lain.

12 – Bahaya yang paling nampak dengan berdirinya golongan dan parti adalah lenyapnya dakwah menuju ke jalan Allah sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w..

13 – Dakwah yang dilakukan parti dibangun atas dasar pola berfikir dan rancangan kelompoknya.

Inuilah sebahagian bahaya akibat munculnya banyak parti dan golongan. Bagi yang ingin mengetahui bahaya yang lain, silakan merujuk kitab Hukmul Intima’ Ilal Firoq wal Ahzab wal Jamaa’at al-Islamiyah oleh sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid, hlm. 135-152.

Bersambung...

Artikel Ini di-ambil dari salah satu keluaran/edisi majalah al-Furqon...

Untuk Perbahasan Selanjutnya, boleh merujuk topic yang lalu:

1 –
Menyelami Prinsip Aqidah & Fenomena Perpecahan

2 -
Persoalan al-Wala’ (Kecintaan) & Bara’ (Kebencian)

3 –
Siapakah Ahlus Sunnah

4 –
Melihat Manhaj Salafus Soleh Sebagai Manhaj Beragama

5 -
Parti Orang-orang Yang Beriman

http://an-nawawi.blogspot.com

Sabtu, Februari 16, 2008

BERSAMA PARTI ORANG-ORANG BERIMAN (HIZBULLAH)???

BERSAMA PARTI ORANG-ORANG BERIMAN (HIZBULLAH)???

Para Nabi/Rasul itu di-utus untuk daulah aqidah, bukan untuk mencari kuasa, apatah lagi merampas kuasa untuk menyampaikan dakwahnya.

“Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku".” (al-Anbiya’ (21): 25)

Tidak lain, segala-galanya adalah kerana aqidah yang mulus dan tulus, sebagaimana firman-Nya yang lain:

Katakanlah lagi (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadanya; (az-Zumar (39): 11)

Ini dibuktikan lagi dengan firman Allah s.w.t. berikut bahawa dakwah para Nabi bukan dengan kekuasaan atau perundangan pemerintahan:

“Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas; maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." (Thoha 20: 43-44)

Di mana, Musa dan Harun a.s. berdakwah dengan cara lemah lembut kepada pemerintah pada masa itu yang jelas zalim, melampuai batas dan merupakan seorang yang kafir. Nabi Musa a.s. yang memiliki Mukjizat besar berupa tongkatnya, tidak pula digunakan untuk menjatuhkan Fir’aun walaupun terbukti mampu membelah lautan. Batas-batas dan prinsip yang Allah gariskan tetap dipegang.

Begitu pula dengan Nuh a.s. yang berdakwah selama hampir seribu tahun lamanya, namun tetap penuh dengan kesabaran, sehingga datang ketetapan Allah.

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang zalim.” (al-Ankabut 29: 14)

Difahami pula bahawa dakwah perlulah dilakukan dengan lemah lembut dan penuh kesabaran dan bukannya dengan menghujam dan memaksa:

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Ali Imran 3: 159)

Allah s.w.t. menjelaskan di dalam firman-Nya bahawa hidayah itu bukan di tangan para ustaz, tangan para nabi, ataupun tangan-tangan manusia, tetapi, Allah lah yang berkuasa memberikan hidayah itu:

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya...” (al-Qashash, 28: 56)

“Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?” (Yunus 10: 99)

Malah dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. telah menyatakan bahawa dakwah bukanlah mencari kuantiti kumpulan manusia atau seberapa banyak ahli dan pengikut. Tetapi, dakwah adalah menyebarkan haqq dan mengajak manusia kepada kebenaran yang jelas. Menanamkan suatu kualiti beraqidah yang murni dan bersih dari segala macam kesyirikan.

“Telah diperlihatkan kepadaku umat-umat, maka aku melihat seorang Nabi bersamanya sekelompok orang, aku pun melihat seorang nabi bersamanya hanya seorang atau dua orang saja, dan aku pun melihat seorang nabi yang tidak ada perngikutnya sama sekali...” (Hadis Riwayat Bukhari, 5/2157, dan 2170. Muslim, 1/199, no. 220)

Dan, dalam sebuah ayat, Allah s.w.t. menyatakan kepada Nabi-Nya:

“Katakanlah: "Inilah jalan (agama)-ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”.” (Yusuf 12: 108)

Berkenaan kepelbagaiannya jema’ah di persekitaran kita yang amat-amat membingungkan, berikut dibawakan berkenaan suatu hadis,

Dari Hudzaifah bin al-Yaman r.a., dia berkata: “Orang-orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang kebaikan. Sedangkan aku sudah bertanya tentang keburukan, kerana takut ia akan menghampiriku. Lalu aku berkata, “wahai Rasulullah, sesungguhnya dulu kami dalam Jahiliyah dan keburukan. Lalu Allah membawa kepada kami kebaikan. Lalu apakah sesudah kebaikan ini ada keburukan?” Beliau s.a.w. menjawab: “benar.” Aku bertanya lagi, “Apakah sesudah keburukan itu ada kebaikan?” Beliau menjawab, “Benar, dan di dalamnya terdapat asap.” Aku bertanya, “Apakah asapnya?” Beliau s.a.w. menjawab, “Sekelompok orang yang memberi petunjuk tanpa petunjukku, engkau melihat sebahagian di antara mereka dan engkau terus mengingkari mereka.” Aku bertanya, “Apakah sesudah kebaikan itu terdapat keburukan?” Beliau menjawab, “Benar, iaitu ada para penyeru berada di ambang pintu Jahannam. Siapa memenuhi seruannya, maka mereka akan melemparkannya ke neraka.” “Wahai Rasulullah, beritahukanlah sifat-sifat mereka kepada kami,” Aku berkata. Beliau menjawab, “Mereka dari jenis kita dan berbicara dengan bahasa kita.” “Lalu apa yang engkau perintahkan kepadaku jika hal itu hendak menghampiriku?” Aku bertanya. Beliau menjawab, “engkau harus komited terhadap jema’ah kaum muslimin dan imam mereka.” Aku bertanya, “Bagaimana jika mereka tidak mempunyai jama’ah dan imam?” “Hindarilah semua golongan yang ada, meskipun engkau harus menggigit pangkal pohon, sehingga engkau meninggal dunia, sedangkan engkau tetap dalam keadaan seperti itu.” (Hadis Diriwayatkan oleh Bukhari, no. 4084, dan Muslim, no. 1847)

Menurut Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Hadis ini sangat agung, kerana di dalamnya terkandung penerangan yang jelas, berkaitan dengan keadaan masyarakat Islam pada masa sekarang. Sebab mereka tidak mempunyai jama’ah yang mapan dan imam yang dibai’at. Mereka terdiri dari pelbagai golongan yang beraneka ragam, termasuk pula dalam pemikiran dan manhajnya. Di dalam hadis ini dijelaskan, bahawa jika orang muslim mengalami keadaan seperti ini, maka dia tidak perlu bergabung dengan golongan dan dengan kelompok mana pun, selagi di sana tidak ada jema’ah yang mempunyai imam yang dibai’at orang-orang muslim. (Menurut Sheikh Ali Hasan, ia merupakan pernyataan Sheikh al-Albani, dinukuil dari ad-Da’wah ilallah, oleh sheikh Ali bin Hasan al-Halaby, m/s. 104, terbitan Pustaka al-Kautsar)

Makanya, kembalilah kita kepada jema’ah yang benar, iaitu jemaahnya kaum muslimin yang tidak diikat dengan nama, kumpulan ataupun tokoh. Iaitu jemaah yang diikat dengan tali aqidah dan perngertian syahadah yang haqq.

Ini dapat difahami melalui antaranya adalah tafsiran ibnu mas’oud dalam persoalan atau maksud al-Jama’ah, iaitu: “Yang disebutkan al-Jama’ah adalah yang seiring dengan kebenaran, walaupun engkau sendirian.” (Diriwayatkan oleh al-Laalika’i di dalam as-Sunnah, no. 160) (Lebih detail, rujuk pautan (link berikut):
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2008/02/045-merungkai-siapakah-ahlus-sunnah-wal.html)

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (Ali Imran 3: 103)

"Kebenaran itu dari Tuhanmu sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu". (al-Baqarah, 2: 147)

Perlu diketahui, suara majoriti dalam persoalan agama bukanlah hujjah dalam membuktikan/menetapkan sesuatu itu adalah benar.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah", mereka menjawab: "(Tidak), bahkan Kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (Mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?” (al-Baqarah: 170)

Maka, sedarlah kita, kembalilah kepada hakikat agama Islam yang sebenar dengan melihat kembali kepada dalil yang haq, dan bukannya kepada kelompok-kelompok manusia yang tertentu sahaja. Marilah kita menuju kepada manhaj ilmu yang sahih, kerana hanya dengan ilmu kita mampu menilai sebahagian besar erti agama dan kehidupan..

“…Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar (30): 9)

Dengan ilmu, keimanan yang benar, dan amalan yang sahih, maka secara automatik, kita terikat dengan jemaah yang sebenar iaitu hizbullah atau parti Allah yang terbina dari kelompok orang-orang yang beriman.

“Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah (Hizbullah). Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.” (al-Majadilah 58: 22)

Sesungguhnya, orang-orang yang beriman jugalah yang saling menolong sesama mereka, dan bukannya kaum yang lain yang kafir dan golongan yang menyimpang dari kebenaran...

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, lalu mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah (Hizbullah) itulah yang pasti menang.” (al-Ma’idah 5: 55-56)

Fahamilah janji Allah ini...

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia (Allah) akan menjadikan mereka berkuasa memegang pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka (fasik). (an-Nuur: 55)

Berkata Sheikh Soleh Fauzan al-Fauzan, di dalam kata pengantar kitab Minhajul Anbiya’ Fid Da’wati Ila Allah fihil Hikmatu wa ‘aql tentang ayat di atas (an-Nuur: 55) sebagai berikut:

Sebagaimana yang telah diisyaratkan (oleh Allah s.w.t.), tidak akan tercapai, kecuali setelah memperbaiki aqidah mereka dengan beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan penyembahan kepada selain-Nya. Dan mereka berkeinginan untuk mendahulukan adanya Daulah Islamiyah sebelum membersihkan negara dari aqidah-aqidah berhala, seperti penyembahan orang mati dan kebergantungan terhadap kuburan (serta masih bersama memenangkan aqidah selain daripada aqidah ahlus sunnah (syi’ah, muktazilah, khawarij, sufi, dll.) – tambahan penulis). Padahal hal tersebut tidak jauh berbeza dengan penyembahan terhadap Latta, Uzza, dan Manaat dan yang lainnya. Bahkan lebih dari itu, mereka mencari sesuatu yang lain yang mustahil adanya.

“Barangsiapa mencari kemuliaan, tanpa ada usaha yang keras, maka telah hilanglah usia akibat mencari kemustahilan” (Rujuk; Minhajul Anbiya’ Fid Da’wati Ila Allah fihil Hikmatu wa ‘aql, karangan sheik Dr. Rabi Bin Hadi ‘Umair al-Madkhaly)

Sekian...

Selain itu, dijemput untuk membaca artikel yang terdahulu:

1 –
Mencari Kemenangan Yang Dijanjikan

2 –
Menyelami Prinsip Aqidah & Fenomena Perpecahan

3 –
Persoalan al-Wala’ (Kecintaan) & Bara’ (Kebencian)

4 -
Demokrasi Dan Persoalannya

Sabtu, Februari 09, 2008

CINTA DAN SEKS TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

CINTA DAN SEKS TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

Saya sendiri masih tidak dapat memastikan benarnya tajuk yang saya letakkan di atas. Namun, apa yang saya ingin tuliskan adalah sekadar pandangan peribadi saya melalui beberapa siri pemerhatian dan pembacaan secara rawak sahaja.

Dalam persoalan ini, diketahui secara umumnya dan fitrah bahawa setiap manusia itu dikurniakan dengan nafsu cinta dan syahwat, serta nafsu seks terhadap individu yang belawanan jantina. Iaitu lelaki memiliki perasaan/keinginan terhadap wanita dan begitulah sebaliknya wanita juga memiliki keinginan kepada kehadiran lelaki dalam hidupnya. Atau dalam kata lain, disebut sebagai keperluan biology. Dan jika ada kelompok yang terkeluar dari fitrah ini, itu adalah abnormal yang perlu kepada beberapa kajian khas yang lainnya.

Wajarlah diketahui bahawa syahwat dan perasaan cinta terhadap individu berlainan jenis itu adalah merupakan nikmat dan anugerah pemberian Allah yang memiliki sifat maha kasih dan penyayang. Yang mana, Dia memberikan kepada kita kenikmatan hidup dalam keadaan saling berkasih sayang dan aman bahagia. Sifat ini memiliki banyak sekali faedah dan hikmahnya kepada diri setiap insan itu sendiri. Antara lain adalah bagi memenuhi dan memelihara kelangsungan hidup manusia di muka bumi-Nya sehingga kepada waktu yang telah ditetapkan-Nya.

Demikian juga, agar manusia berupaya merasakan kenikmatan, dengan fitrah biology yang diberi itu, dapatlah ia membandingkan kenikmatan dunia dengan kenikmatan kehidupan di akhirat. Dalam sudut pandang yang lain pula, ia menjadi sebagai titik ujian kepada manusia itu sendiri dalam menjalani hidup di muka bumi ini dengan taat menitipi hukum-hukum dari-Nya.

Persoalan cinta lelaki dan wanita, fitrah keinginan yang berasal dari nafsu kurniaan Ilahi ini, maka dua inidividu berlainan jantina ini akan sentiasa tertarik di antara satu dengan yang lain berdasarkan fasa waktu kiraan biology yang telah ditetapkan. Ini adalah berdasarkan dari titik kematangan dalam diri masing-masing yang dipengaruhi oleh banyak faktor sama ada faktor biology dan hormon, mahupun faktor persekitarannya di mana dia berada.

Dalam persoalan ini, Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (Surah Ali Imran 3: 14)

Namun, harus diketahui juga, dalam persoalan seperti ini, banyak sekali catatan kehidupan manusia yang telah memperlihatkan kepada kita bahawa akibat perasaan cinta dan seks ini gagal dikawal, maka pelbagai fitnah telah melanda kepada kehidupan mereka.

Antaranya adalah kerana mereka gagal menuruti hukum-hukum Allah yang turut diturunkan bersama-sama dengan fitrah tersebut bagi menggarisi dan membatasi cinta dan keinginan nafsu seks kurniaan Ilahi tersebut.

Dalam hal ini, Nabi s.a.w. ada menyatakan di dalam sabdanya (maksudnya):

Tidaklah aku meninggalkan fitnah, setelah aku (wafat), yang lebih berbahaya ke atas diri lelaki itu daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5096, Muslim no. 2740)

Jika kita lihat ke dalam fenomena semasa, sememangnya diakui walaupun tanpa melihat kepada fakta-fakta statistic. Di mana fitnah percampuran serta pergaulan lelaki dengan wanita memang jelas sukar dielakkan. Malah, mereka bebas bergaulan sesama sendiri tanpa mengerti sebenarnya di sana ada batas yang perlu dipatuhi dan difahami untuk sentiasa diikuti.

Fitnah-fitnah ini melanda dengan begitu hebat sekali di zaman ini. Mungkin, inilah sebagai suatu tanda bahawa benarnya sabda-an Baginda Rasulullah s.a.w. tadi. Tidak kira sama ada ianya berlaku/berlangsung di pasar-pasar, tepat terbuka, di tempat-tempat melepak, atau pun di kampus-kampus universiti pengajian ilmu yang dimiliki oleh ratusan pelajar muslim dan beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam, corak pergaulan mereka saling menyamai sahaja. Yang mana, lelaki dan wanita begitu bebas bergaul sesama mereka.

Malah, suatu budaya yang cukup sinonim kepada para remaja kita masa kini adalah budaya berpasangan/berpacaran di antara lelaki dan wanita tanpa sebarang ikatan nikah yang sah. Dengan setakat hubungan yang dinamakan “Aku Cinta Kau” dan “Kau Cinta Aku”, maka bahawasanya telah ter-DECLARE-lah bahawa kita adalah saling memiliki sesama kita. Iaitu “aku milik kau” dan “kau adalah milikku”. Sebegitu mudah ikatan yang mereka ciptakan dan hukum yang mereka gubal untuk diri mereka dalam berhubungan dengan pasangan berlainan jantina mereka.

Maka, begitu jelas sekali bahawa fitnah seks ini melanda dengan begitu parah di dalam masyarakat kita hari ini. Budaya berpeleseran bagi tujuan memenuhi hawa nafsu sesama jantina sudah menjadi rutin harian, mingguan, mahupun bulanan. Budaya aku pegang kau, dan kau pegang aku bukan lagi perkara aneh bagi setiap kali sesi pertemuan. Malah, itu adalah rutin biasa setiap kali dua jantina ini berjanji-temu. Malah, banyak lagi adegan yang lebih “menarik” dan “menyeronokkan” untuk mereka lakukan bersama-sama bila setiap kali mengadakan pertemuan, apatah lagi jika pertemuan itu hanya melibatkan dua individu berlainan jantina sahaja. Maka, ibarat dunia ini mereka yang punya. Dunia yang hiruk pikuk ini mampu menjadi syurga buat mereka. Lantaran kerana mereka ditenggelami hawa nafsu yang gagal mereka kawal. Makanya, berpegangan tangan bukanlah lagi perkara yang aneh, malah perlu ditambahi lagi dengan perisa-perisa (keghairahan) yang lainnya. Kerana hanya dengan pegang-pegang tangan, mana mungkin cukup!

Makanya, ditambahilah dengan aktiviti raba itu dan raba ini. Cium sana, dan cium sini. Pandang yang itu, dan mahu pandang yang ini pula. Akhirnya, semua itu menjadikan belum cukup nikmat dan tidak mampu lagi menampung gelojak nafsu seks kurniaan Ilahi yang sentiasa dipupuk/ditarbiyah berdasarkan kaedah di luar normal. Makanya, zina pun berlangsung tanpa disedari oleh minda yang waras.

Tahukah kalian, bahawasanya semua ini telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. sejak lama dahulu di dalam kitab-Nya iaitu melalui firman-Nya yang maksudnya:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (Surah al-Isra’ 17: 32)

Namun, akibat ramai di kalangan masyarakat masa kini meninggalkan kitab suci mereka, makanya hal ini gagal difahami dan dimengerti dengan sebaiknya.

Padahal Allah s.w.t. telah juga menyatakan bahawa di antara lelaki dan wanita itu, hendaknya sentiasa menundukkan padangan sesama mereka melalui kalam-Nya di dalam surah an-Nuur ayat yang ke 30 dan 31. Jika pandangan pun perlu ditundukkan dan dilunakkan dari terus menikmati lazatnya memandang individu berlawanan jantina di antara mereka, makanya apatah lagi akan “nikmatnya” memegang dan meraba.

Kerana hal ini yang gagal difahami, makanya sememangnya nafsu itu pulalah yang akan memandu perjalanan peribadi hidup mereka. Hidup mereka seolah-olah telah men-DECLARE-kan bahawasanya hukum-hukum Tuhan yang wujud itu tidak perlu lagi dipatuhi apabila mereka juga men-DECLARE-kan bahawa perhubungan cinta mereka sudah cukup suci untuk menghalalkan pegang-pegang dan raba-raba... sehinggakanlah kepada adegan peluk sapa erat!...

Tapi, syukur jugalah, kerana ramai yang masih mampu kembali ke pangkal jalan dan bertaubat setelah mana anak luar nikah mula bercambah di dalam dasar rahim sang wanitanya. Namun, masih juga ramai yang tidak merasa azab tersebut, dan segera menambah lagi azab untuk mencari nikmat yang baru iaitu dengan melakukan abortion, dan adegan ranjang sebelumnya sentiasa mahu dirasa lantaran ketagihan.

Dalam persoalan nafsu seks dan cinta ini, hakikatnya mudah! Jika benarlah anda saling mencintai dengan penuh nilai keikhlasan dan kejujuran, sudah pasti anda akan sentiasa menjauhi perbuatan terlarang dan jijik itu. Begitulah juga, sudah pasti anda tidak sanggup melihatkan pasangan yang anda kasihi itu untuk diperlakukan dengan perbuatan yang jelas dilarang oleh fitrah tabi’i manusia yang normal, juga yang lebih utama adalah panduan dari kalam Tuhan kita.

Mana mungkin seorang yang ikhlas sanggup memberlakukan anda dengan adegan-adegan ghairah dan seks tanpa nikah. Ini tidak lain, hanya nafsu yang memenuhi jiwa dan raga di antara mereka berdua. Iaitu bukanlah cinta suci dari lubuk hati yang dilandasi agama yang tulin lagi murni.

Indahnya Islam, bahawasanya agama ini tidak pernah menghalangi perasaan cinta dan kemahuan nafsu seks yang fitrah ini. Makanya, dalam persoalan ini... Islam menebarkan laluan yang seluas-luasnya untuk kita menyalurkan perasaan tersebut melalui jalan yang sedia diketahui umum iaitu perkahwinan (ikatan pernikahan).

Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah ar-Ruum 30: 21)

Di dalam medan perkahwinan anjuran Islam inilah, makanya sebagai wadah serta wasilah yang memberi ruang yang sebaik-baiknya untuk insan bergelar lelaki dan wanita yang saling mencintai, mengasihi dan memiliki perasaan di antara mereka untuk menyemai dan mencurahkan segala keperluan tabi’i seks mereka dengan penuh kemurnian dan kejujuran... Di sinilah medannya untuk membuktikan dan meluahkan segala yang terbuku di sanubari. Suatu jalan yang murni dari panduan suci kalam yang Maha Agong dan juga khazanah Sunnah Nabi-Nya.

Malah, Allah s.w.t. ada menyatakan (yang maksudnya):

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu (antaranya)… orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka… (rujuk Surah al-Mukminum 23: 1-6)

Di dalam sabda Rasulullah s.a.w. juga ada dinukilkan hal ini, iaitu hubungan yang halal itu adalah berpahala, bagi menggantikan hubungan yang terlarang yang mengakibatkan dosa. Makanya, curahkanlah keinginan anda itu melalui jalan/saluran yang halal.

Hal tersebut adalah seperti dalam hadis Rasulullah s.a.w. ini (maksudnya):

... persetubuhan salah seorang dari kalian dengan isterinya adalah sedekah.”
Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah salah seorang dari kami yang melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala?”

Beliau bersabda: “Bagaimana pendapat kalian seandainya dia melampiaskan syahwatnya kepada hal yang haram, apakah dia mendapatkan dosa? Maka demikian pula jika ia melampiaskannya kepada hal yang halal, maka dia mendapatkan pahala.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1006)

Perlu diingat, yang membezakan cinta dan seks yang halal dengan yang haram itu adalah perkahwinan (pernikahan). Kalau anda mahukan cinta dan keinginan fitrah anda dipenuhi, makanya... perkahwinan lah jalannya. Bukan raba-raba, pegang-pegang, cium-cium, di ruang-ruang yang tidak sewajarnya dilakukan bagi manusia yang waras yang jelas berbeza dari haiwan dan binatang.

Rabu, Februari 06, 2008

Benarkah Tamadun Itu Milik Islam???

Benarkah Tamadun Itu Milik Islam???

http://an-nawawi.blogspot.com

Tidak ku ingati entah untuk kali keberapa aku akan terus berpendirian sebegitu, hingga datang bukti yang diperakui dan jelas yang membuktikan kefahaman aku adalah melencong dari kebenaran.

Malam tadi aku menegaskan kembali kepada seorang sahabat lamaku ketika ketika di sekolah menengah dahulu, namun kini bertemu di kampus universiti. Terlepas dari mulutnya dia menyatakan bahawa aku adalah pengikut Ulil Absar, padahal aku tidak pernah sama sekali mengikut telunjuk kaum yang tinggal di perhutanan, malah aku juga tidak pernah berkumpul-kumpul di persada Jalan Telawi, di Bangsar. Aku bukan beraliran Jaringan Islam Liberal. Bukan juga kaum tradisional. Malah bagi sesiapa yang mengenali aku yang sebenarnya, mereka pasti mengerti bahawa aku pengikut Islam Ortodok yang Fundemantal.

Aku katakan padanya: Tindakan meletakkan sesuatu bangsa atau budaya kepada Islam adalah merupakan suatu bentuk kezaliman. Malah Islam tidak boleh disangkutkan padanya sebarang bentuk rupa. Justeru menamakan "Tamadun Islam" atau "Muzium Kesenian Islam", atau "Senibina Islam" adalah suatu bentuk penisbahan nama yang sedikit gelabah dan tergesa-gesa. Yang benar ialah "Tamadun Arab", atau "Tamaddun Parsi", “Tamadun Sepanyol/Andalusia”, “Tamadun Turki”, atau "Senibina Mooris". Lalu aku dimintanya beberapa hujjah oleh beliau.

Sesungguhnya wajarlah kita mengetahui, bahawa apabila disebut Islam, maka lawannya hanya ada satu iaitu Kafir atau musyrik. Tak ada yang ketiga selepas Islam dan Kafir. begitu juga tatkala para pejuang islam berhaluan kiri yang kerjanya membangkang, ketika menerangkan jenis-jenis negara dari sisi agama; negara islam, negara kafir dan kemudian mereka munculkan satu lagi jenis iaitu negara umat islam. Ini suatu hal yang pelik! Kerana andainya begitu, harus wujud jenis ke 4 - negara umat kafir atau bahkan negara kafir. dan begitu juga harus wujud manusia Muslim, manusia Musyrik dan manusia yang Umat Musyrik! Justeru yang benar hanya ada dua, iaitu Islam atau Kafir.

Lalu kalau dikatakan "ini senibina Islam" maka yang tidak mempunyai ciri-ciri sebegitu adalah "senibina Kafir"? Kalau disebut "ini Muzium Kesenian Islam" maka yang tidak ada di sana adalah dipanggil sebagai "muzium kesenian Kafir"? Dan terus kita akan diingatkan dengan gagasan baru oleh tiga (3) buah negara untuk membina kereka Muslim, yang sesetengah orang berseloroh "kereta mu'min". maka yang selama ini kita pakai adalah kereta kafir? Bukankah ini satu hal yang lucu. Setelah adanya produk berbentuk ubat gigi mu’min, perubatan Islam, universiti Islam, dan seumpamanya... makanya apakah yang disebaliknya yang tidak dinamakan dengan Islam atau mu’min itu adalah tidak mu’min atau tidak muslim dia-nya? Makanya, seraya dia dipanggil perubatan kafir, ubat gigi kafir, dan universiti kafir...

Cuba kita tanyakan pada para ahli hukum, apa yang Islam tunjukkan dalam seni dan apa yang dilarang? Pasti para Cendiakawan Hukum akan berkata bahawa Islam menggariskan beberapa perkara dalam seni dan menetapkan sedikit larangan, yang semuanya adalah harus. Hinggakan terwujud satu prinsip umum yang dibina oleh Ibn Taimiyyah: "Asal Adat adalah harus hingga didatangkannya dalil yang melarang".Lalu apakah boleh kita katakan "ini seni islam" padahal Islam tak menyatakannya langsung! Malah Islam berlepas diri dari penaman sebegini.

Aku tanyakn lagi, apakah seni itu sebenarnya terbit dari bangsa Arab? atau setelah nubuwah (kenabian), yang mana Muhammad s.a.w mengubahnya menjadi suatu seni yang baru? Tetapi yang nyata baginda meneruskan seni rupa yang wujud dan menghapuskan beberapa seni yang dilarang. Kemudian apakah Rasul yang memasukkan seni kubah dan menara dalam pembinaan masid? Pastinya tidak. Kemudiannya tatkala Islam merembah ke China, sehingga kaum muslim di sana membina masjid dengan senibina budaya mereka, iaitu atap-nya genting, kubahnya menajam dan menipis, di cat pula dengan warna merah, apakah masjid itu bersenikan buddha? Kemudian penda'wah datang ke tanah kita dan mengislamkan raja-raja kita, dan kita mula bangunkan masjid dengan awan larat dan segala rupa budaya tukang kita, maka apakah yang kita bangunkan itu adalah seni Hindu-Melayu? Begitu juga saat kerajan Delhi membina Kota Agra, Taj Mahal dan banyak monumen lain yang bersenikan bangsa India, apkah boleh kita katakn semuanya adalah seni Hindu?

Lalu apakah boleh kita katakan semua ini? Pastinya tidak.

Rupanya bukan setakat itu saja kesalahan kita berhenti. Ketika kita meletakkan seni budaya Arab-Parsi sebagai "seni yang di-syahadahkan, dikhatankan dan di-Islamkan" maka kita telah menzalimi seluruh rupa seni yang ada di muka bumi ini dengan memberikan "kekafiran" tanpa sengaja dan tanpa sedar.

Ketika Islam membuka Turki, dan memasuki Hagya Sofia dan menukarnya dari Gereja kepada sebuah Masjid, mereka tak menukarpun seninya walau seinci, melainkan membuang tanda salib dan ciri-ciri keagaman Nasrani. Dan mereka terus beribadah di dalamnya sehingga zaman kegemilangan kerajan mereka malap. Begitu juga saat aku menekan-nekan bebutang di papan kekunci ini, apakah papan kekunci ini bersenikan kekafiran?

Begitu juga sesetengah para ulama kita yang berserban dan berjubah, kadang yang bertasbih itu akan memandang sinis pada seorang yang berkemeja dan berseluar jean. Kononnya kita telah memakia pakain yang tak bersopan, pakain bangsa kapir. Padahal ketika nubuwah, Rasul tak melucutkan jubahnya, tidak juga melurutkan serbannya, kerana jubah dan serban itu dipakai oleh pak ciknya si Abu Jahl, dan kerana jubah dan serban itu pakaian bangsa Quraisy yang musyrik. Tetapi beliau tetap memakainya sehingga rohnya dijemput Tuhan. Apakah Nabi telah memakai pakain kufur? Pasti tidak!

Begitu juga saat seorang mat saleh yang memeluk Islam di kota New York atau di kota London, apakah dia harus membuang segala pakaiannya dan menggantikannya dengan pakaian Arab? Dia harus menggantikan topinya dengan semutar dan ketayap? Rasanya tidak, malah perbuatan memakai pakaian pelik di kalangan masyarakat setempat adalah terlarang andai membawa fintah.

Sesungguhnya Islam tidak pernah memberi satu bentuk pakaian sahaja, yang diberi petunjuk hanyalah prinsip-prinsip berpakain, sehingga dengan itu seluruh umat Islam mendapat keluasan dan kesenangan dalam berbusana. Yang pasti, kita tidak seharusnya mencerca pakaian orang lain, malah adalah terlarang menghinakan pakaian Baginda.

Kemudian kesalahan kita makin membesar sehinggakan kita menamakan tamadun Arab dan Parsi itu sebagai Tamadun Islam. Tetapi kita berlaku curang dengan menamakan Tamadun Hindu dengan "Indus (merujuk nama tempat)", tamadun Budha-Cunfusius dengan "Tamadun China (merujuk nama tempat)", tamadun Nasrani dengan "Barat (merujuk nama tempat)". Kenapa semua Tamadun-tamadun besar itu tidak dinisbahkan kepada nama agamanya sahaja?

Apa alasan kita untuk berbuat begitu? Aku masih ingat ketika aku mempersoalkan penaman ini kepada pensyarah aku. Dia (guru aku) menegaskan bahawa hanya Islam yang melahirkan Tamadun. Ini satu hal yang tak benar. Kalau kita suka meneliti, bahawa segala tamadun silam lahir dari semangat religous (kepercayaan), yang mereka semua ingin memenuhi kehendak tuhan lalu mereka bangunkan biara, mereka merenung bulan, membuat segala alat dan teknik serta tercipta segala ilmu.

Kemudiannya, kalaulah itu merupakan tamadun Islam, maka harus bagi setiap negara yang menjadi negara Islam memiliki teknologi dan ilmu yang serupa. Kalau tidak pun, yang hampir sama. Kerana kita telah menetapkan bahawa tamadun ini di bina atas tunjang Islam. Tetapi kelihatannya; ilmu, teknologi, alat, serta kehebatan itu hanya ada dalam ruang lingkup sesuatu kerajaan dan bangsa geografi sahaja. Justeru bagaimana mahu kita jelaskan kepada dunia akan kalimat "Tamadun Islam" dan penafian kepada tamaddun agama lain?

Justeru kalimat yang sebenarnya adalah Tamadun itu harus dinasabkan kepada kerajan yang tertegak, atau kepada bangsa yang membina tamadun itu semata-mata, tanpa harus di'bin'kan kepada sebarang penamaan agama.

Sesunguhnya mungkinkah para cerdik pandai kita telah bersikap gelojoh saat menisbah-namakan Islam kepada Kesenian dan Ketamadunan. Sehingga penaman itu tidak memiliki hujjah yang kuat dan mereka terpaksa berputar-putar untuk mengukuhkan kehujjahan mereka.

Kita tidak harus berasa malu kalau kita melepaskan nama "Islam" pada seni atau budaya atau tamadun. Kerana Islam tetap milik kita. Malah bangsa kita ini banyak sangat berkhayal hal-hal silam yang tidak memberi kita sebarang kemajuan dalam berfikir dan kemajuan kebendaan.

Tidak perlulah terlalu banyak alasan dalam sikap serta prinsip beragama. Sehingga mungkin kaum sufi yang menuhankan Jalaluddin Rumi akan berkata: Tarian kami ini adalah tarian Islami (seni Islam).

Yang kita harapkan ialah kita beragama dengan Islam yang suci malah tidak terkontaminasi (tercemar). Kita singkirkan khurafat-khurafatan dan tahyul-tahyulan. Kerana yang dinamakan Islam itu bermula dari lubuk aqidahnya...

Sebagai mengakhiri coretan ini, renungilah maksud kalam Allah ini:

Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (ar-Ra’d 13: 11)

- Artikel ini diubahsuai dari artikel asal milik Saudara Radzi Osman oleh Nawawi.