“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Ahad, September 20, 2009

Mari Bertakbir ‘Ied (Hari Raya)

Mari Bertakbir ‘Ied (Hari Raya)

http://an-nawawi.blogspot.com

Berikut adalah lafaz-lafaz takbir hari raya yang tsabit berdasarkan kepada apa yang ditunjukkan oleh Sahabat-sahabat Rasulullah:

Daripada Ibnu Mas’oud:

اَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ، لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, Bab 2, 8/248, no. 9423. Hadis Riwayat ad-Daruquthni, Sunan ad-Daruquthni, 4/445, no. 1756. Ibnu Abi Syaibah, 2/74.

Daripada Ibnu ‘Abbas:

اَللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اَللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ. اَللَّهُ أَكْبَرُ وَاَجَلُ اَللَّهُ أَكْبَرُ عَلىَ مَا هَدَاناَ

Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 2/315.

Daripada Salman al-Khair:

اَللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً

Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/316.

1 - Dibaca (dilaungkan) bermula pada waktu Subuh pagi hari raya. Terutamanya ketika sedang dalam perjalanan menuju ke musholla. Manakala sebahagian pendapat menyatakan bahawa ia mula dilaungkan ketika masuknya malam raya.

2 – Dibaca secara individu, dengan suara yang lantang/kuat.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan (kemudian) hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah, 2: 185)

Wallahu a’lam...

Sumber di atas dinukil dari Buku: Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, Syaikh Ali Hasan al-Halabi, Pustaka Imam asy-Syafi’i, Cet. 2, Mei 2007M.

Selamat Berhari Raya, marilah kita bertakbir mengagungkan Allah, dan menunaikan solat ‘Ied secara berjama’ah.

تَقَبْلَ اَللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Maksud: Semoga Allah menerima amal-amal kita semua...

Dari:
Atsar Ent., Nawawi Subandi, dan Isteri (Nur Amalina Zahari)
Layari Blog kami di http://an-nawawi.blogspot.com

Sabtu, September 05, 2009

Tingkatkan Amalan Bersedekah Di Bulan Ramadhan

Tingkatkan Amalan Bersedekah Di Bulan Ramadhan

http://an-nawawi.blogspot.com

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ (٢٧١)لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلأنْفُسِكُمْ وَمَا تُنْفِقُونَ إِلا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ (٢٧٢)لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الأرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ (٢٧٣)الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ


Maksud: Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari wajah Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup dan kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan). (Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari perbuatan meminta-minta. Kamu mengenali mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui. Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Surah al-Baqarah, 2: 271-274)


ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ


Maksud: Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma berkata:

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah manusia yang paling dermawan (pemurah) di dalam perkara kebaikan dan kemuncak sifat dermawan beliau itu ditunjukkan pada bulan Ramadhan. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab Shaum (Puasa), 6/470, no. 1769)

Mereka Yang Wajar (Utama) Untuk Dihulurkan Sedekah Padanya


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْمِسْكِينُ بِهَذَا الطَّوَّافِ الَّذِي يَطُوفُ عَلَى النَّاسِ فَتَرُدُّهُ اللُّقْمَةُ وَاللُّقْمَتَانِ وَالتَّمْرَةُ وَالتَّمْرَتَانِ قَالُوا فَمَا الْمِسْكِينُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الَّذِي لَا يَجِدُ غِنًى يُغْنِيهِ وَلَا يُفْطَنُ لَهُ فَيُتَصَدَّقَ عَلَيْهِ وَلَا يَسْأَلُ النَّاسَ شَيْئًا


Maksud: Dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Orang yang miskin itu bukanlah orang yang sibuk ke sana dan ke sini meminta-minta satu dua buah kurma, satu dua suap makanan dan satu dua kali makan, akan tetapi orang miskin itu adalah orang yang tidak memiliki harta yang mencukupi bagi dirinya dan dia tidak mampu berusaha, maka hendaklah dia diberi sedekah dan dia tidak boleh meminta apa pun kepada orang lain. (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab az-Zakah, 5/243, no. 1722)

Juga sebagaimana yang dijelaskan melalui ayat firman Allah di atas.

Wallahu a'lam.

Download (Klik)

Sumber:
http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Jumaat, September 04, 2009

Kongsiraya…

Kongsiraya…

http://an-nawawi.blogspot.com

Kongsi kuih di hari raya tidak mengapa. Kongsi duit pun tidak apa. Kongsi kereta nak balik berhari raya di kampung pun lagi lah elok.

Tapi, jangan pulak raya pun kita nak kongsi. Sampai tak cukup dengan dua hari raya yang diberi. Nak turut serta orang lain punya raya pula...

Mentang-mentang la si Ah Chong dan Ramasamy tu selalu ucapkan selamat di hari raya kita, kita pulak nak ucapkan selamat dan tahniah kat hari perayaan mereka. Kerana rasa termakan budi, kita pun selamba "wish":

Wah! You punya raya banyak bagus la. Banyak orang kasi itu ang paw. Ada itu tarian singa, sangat menarik, I sangat suka. Tahniah, tahniah...

Ini tahun, apa tahun? Ada banyak ong tak? Kalau tahun babi banyak ong tak? I lahir dalam tahun babi la...

Atau,

Selamat berpesta cahaya. Semoga hidup anda terus disinari cahaya dewa dewi.

Atau,

Hallooo Ah Chong, Hallooo Ramasamy, hari ini kami datang adalah untuk meraikan kegembiraan bersama-sama kamu. Kita kan satu hati, satu jiwa. Kita rakyat Malaysia...

Dalam tidak sedar, rupanya kita telah ucap selamat dan bagus kepada orang yang sedang melakukan sebesar-besar keburukan, iaitu syirik.

Khamis, September 03, 2009

Merintis Perubahan Dengan Demokrasi Telus

Merintis Perubahan Dengan Demokrasi Telus

http://an-nawawi.blogspot.com

Ada seseorang bertanya melalui sms:

Tidak bolehkah kita menyertai pilihanra raya sistem demokrasi?

Reply:

Tak perlu turut serta.

Tanya lagi:

Bukankah melalui pilihanraya, kita boleh mengubah atau menukar kedudukan para pemimpin yang tidak layak dan melakukan kezaliman? Dan ia merupakan salah satu cara terbaik pada masa ini untuk mengubah keadaan yang tidak Islamic kepada keadaan yang lebih Islamic?

Reply:

Mereka yang masuk pilihanraya sistem demokrasi, mereka lebih cepat berubah sebelum sempat mereka mengubah. Sedikit pun mereka tidak mengubah kepada apa yang sepatutnya. Tetapi, rupa-rupanya merekalah yang diubah!