“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Rabu, November 28, 2007

Ayah, Ibu… Nikahkanlah Kami

Ayah, Ibu… Nikahkanlah Kami

Oleh:
Nawawi Bin Subandi
http://an-nawawi.blogspot.com/

Artikel kali ini adalah merupakan rentetan (sambungan) daripada salah satu daripada artikel saya yang bertajuk “Bernikahlah Wahai Remaja Moden

Dalam persoalan seperti ini, sebenarnya kita mengharapkan agar di pihak ibu bapa dan anak supaya dapat mengadakan suatu konteks jalan penyelesaian yang baik dan realistik. Duduk lah sejenak dan bawa ke meja perbincangan dan bermusyawarah dengan penuh keterbukaan serta dengan kaedah yang berhikmah. Jauhilah tindakan-tindakan yang bersifat memberontak, menyanggah dan menekan, kerana keadaan seperti ini hanya akan menambahkan tekanan dan mengakibatkan kepada timbulnya masalah-masalah yang lain pula.

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Ali Imran 4: 159)

Dan sudah semestinya, jalan menurut panduan agama itu adalah lebih diutamakan dan dirujuk. Malah, itulah sebenarnya prinsip kita sebagai seorang muslim. Menjadikan agama atas landasan al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai pegangan dan priority.

“Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya...” (al-A’raaf 7: 3)

Dalam merungkai persoalan seperti ini, saya mengajak kepada ibu bapa dan mungkin bakal-bakal ibu dan bapa (membawa maksud – remaja sekalian) untuk melihat kepada kesyumulan agama ini. Malah juga, ditujukan kepada remaja-remaja masa kini yang turut membaca artikel ini... kerana anda kelak juga bakal menjadi ayah dan ibu. Atas kesyumulan agama Islam inilah, maka setiap perkara pasti ada jalan penyelesaiannya dan petunjuknya. Sebaik-baik petunjuk itu adalah dari Allah s.w.t. dan Rasul-nya serta kita sewajarnyalah menjadi dari kumpulan orang-orang yang mengikuti petunjuk tersebut dengan baik berdasarkan kefahaman yang tepat.

Begitu jugalah dalam bab permasalahan pernikahan anak-anak yang dianggap sebagai masih belum memiliki potensi untuk membina rumahtangga dan melayari bahtera pernikahan dengan sempurna. Mungkin sebenarnya itu adalah andaian dan padangan kita semata-mata. Apa kata kita buka minda dan luangkan sedikit masa untuk melihat saranan-saranan dan pandangan agama itu sendiri.

Cubalah kita tinggalkan doktrin yang mendakwa bahawa urusan perkahwinan itu mestinya dengan disertakan keperluan material sekian-sekian dan adat-adat yang tertentu. Setiap perkara yang dipegang sebagai amalan tersebut haruslah dipastikan dan dipertimbangkan semula akan ketepatannya dari sudut agama yang sahih.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah", mereka menjawab: "(Tidak), bahkan Kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (Mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?” (al-Baqarah: 170)

Selain itu, kepada remaja yang sudah tekad memendam niat untuk berkahwin, pastikan anda benar-benar sudah bersedia dengan percaturan masa depan anda dengan jelas dan jauhilah sikap terburu-buru. Apabila anda sudah memikirkan untuk menjalinkan ikatan pernikahan dengan pasangan anda, ini membuktikan bahawa anda sepatutnya sudah berada pada level kematangan yang baik dan meyakinkan. Pastikan anda mampu mengharunginya dengan baik dengan segala perancangan diatur sebaiknya di antara kedua belah pihak yang terlibat. Buktikanlah yang keupayaan anda kepada kedua belah pihak keluarga anda, supaya mereka dengan mudah mengizinkan anda untuk tujuan itu. Malahan, aspek kefahaman agama yang tepat dan sahih juga perlulah diterapkan ke dalam diri masing-masing dan sentiasa memperbaiki atau menokok mana yang kurang. Di samping itu, ilmu dan skop keluasan daya berfikir juga mampu menjadi faktor kekuatan kepimpinan dalam ikatan yang bakal dibina nanti.

Selain itu, remaja yang sudah memiliki hasrat tersebut, wajarlah memahami akan maksud pernikahan itu sendiri dengan sebaik-baiknya, dan tidak mengambil hal urusan pernikahan ini sebagai hal yang ringan dan remeh. Tujuan anda melangsungkan pernikahan haruslah jelas misi dan visinya berdasarkan perancangan rapi yang anda buat dan pastikan ia didasarkan kepada keutamaan sebagai seorang yang berpegang teguh dengan agama.

Ini tidak lain, adalah sebenarnya bagi menjamin kesejahteraan serta keharmonian dapat dikecapi dengan kekal dan mengelakkan pertelingkahan di masa hadapan yang mana mungkin ditakuti boleh mengakibatkan kepada penceraian. Anda mestilah bersedia dari segi fizikal, mental dan sokongan persekitaran yang baik.

Sebelum saya teruskan dengan lebih lanjut, ingin saya utarakan bahawa masalah ketidak-bahagiaan rumahtangga dan masalah penceraian yang banyak berlaku di masa ini, bukanlah didasari kepada perkahwinan di usia awal muda remaja. Amatlah tidak adil jika dakwaan ini difokuskan seperti itu. Jika kita tinjau dan lihat, hakikatnya masalah penceraian dan pertelingkahan yang berlaku terhadap sesebuah institusi kekeluargaan banyaknya berlaku di kalangan keluarga yang sudah bertahun-tahun didirikan. Malahan juga, mereka yang kahwin lewat di usia melebihi 30-an juga banyak mengalami masalah yang sama.

Jadi, di sini isunya adalah persoalan kesefahaman dan sokongan daripada kedua belah pihak itu sendiri. Bukan didasari kepada usia dan kedudukan material semata-mata!!!

Ada orang kaya seperti artis dan hartawan bergelar dato’ dan Tan Sri juga kerap kali diberitakan mengalami keruntuhan rumah tangga.

Jadi, dari rentetan isu inilah, saya mengutarakan prinsip agama sebagai dasar dan landasannya bagi membina sebuah ikatan perkahwinan yang baik bagi menjalinkan kesefahaman yang betul.

Maka, ibu-ibu dan bapa-bapa harapan kita masa ini, termasuklah bakal-bakal ibu dan bapa untuk masa hadapan, marilah kita hayati persoalan ini atas kefahaman agama yang betul.

Sebagaimana saranan Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri:

“... Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an-Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya...” (Riwayat at-Tirmizi dalam kitab an-Nikah, no. 1080)

Skop agama yang perlu di-ambil kira di sini adalah merujuk dan merangkumi aspek aqidah (iman), amalannya kepada Allah, dan akhlaknya. Allahu a’lam. Kita teruskan lagi.

Allah s.w.t. berfirman:

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian (yang belum berkahwin) di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (an-Nuur 24: 32)

Wahai ayah, Wahai Ibu...

Sama-sama kita fikirkan kembali dengan sebaik-baiknya, terhadap pelbagai gejala permasalahan yang melanda remaja masa ini. Oleh yang demikianlah, adakalanya kita tidak wajar hanya memikirkan tindakan yang kontra hanya semata-mata kerana ia tidak sesuai dengan pandangan pemikiran kita.

Di sini, terlebih dahulu saya ambil kata-kata atau ulasan Sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid Hafizahullah (Anggota Majlis Fatwa Arab Saudi, al-Lajnah ad-Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyah wa al-Ifta’) terhadap ayat yang saya bawakan tadi (an-Nuur 24: 32):

Beliau menyatakan, bahawa ayat itu menjelaskan perintah dari Allah s.w.t. kepada para wali untuk menikahkan orang-orang yang berada di bawah perwaliannya, iaitu anak-anak mereka. Mereka adalah orang-orang yang belum memiliki pasangan baik dari kalangan laki-laki mahupun perempuan. Perintah ini lebih ditekankan lagi bagi siapa sahaja yang belum menikah demi menjaga kesucian diri dan benteng dari perbuatan dosa. (Menjaga Kehormatan Muslimah, Daar an-Naba’, m/s. 148)

Nikah adalah merupakan suatu jalan atau sarana untuk memenuhi keperluan biologi manusia sama ada dia lelaki mahupun perempuan. Kedua-duanya memiliki atau merasai perihal naluri yang sama. Melalui sarana nikah, Islam memberi suatu kaedah yang halal, mengekalkan kesucian diri, dan memberi jalan yang terancang kepada pasangan yang ikhlas bagi tujuan tersebut.

Menurut Sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid lagi,

Berdasarkan hadis:

“Demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah di antara kalian dan yang paling bertaqwa kepada-Nya. Namun aku berpuasa dan aku juga berbuka, aku solat dan juga tidur, dan aku juga menikahi wanita. Barangsiapa yang benci terhadap sunnahku maka dia bukan termasuk golonganku.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Berdasarkan makna-makna di atas, maka kaum muslimin tidak berselisih tentang disyari’atkannya pernikahan. Sedangkan asal dari sebuah perintah menunjukkan kewajiban bagi sesiapa sahaja yang khuwatir dirinya terjerumus ke dalam perbuatan zina/dosa, apalagi pada saat kefahaman agama sangat rendah dan terdapat kepelbagaian ragam godaan. Seorang hamba hendaklah sentiasa menjaga kesucian diri serta mejauhi dirinya dari hal-hal yang diharamkan.

Atas dasar inilah, para ulama mengajurkan bagi mereka yang hendak menikah, maka hendaklah dia menikah dengan saranan sunnah itu sendiri demi menjaga agama dan kesucian serta kehormatan dirinya.

Allah s.w.t. telah melarang seseorang berbuat al-’adhl, iaitu melarang atau menghalang-halangi seseorang wanita untuk menikah. (Menjaga Kehormatan Muslimah, m/s. 150-151)

Melalui pernikahan, kita dapat melihat bahawasanya ia merupakan suatu syari’at atau sarana yang dapat mengikat pertautan hati di antara dua insan yang saling memiliki perasaan kasih dan sayang sesama mereka dengan jalan yang diredhai. Malah, jalan nikah adalah suatu yang dipandang tinggi dan mulia di sisi agama.

Dari sudut yang lain, kebanyakan ahli ilmu telah meletakkan ikatan nikah ini sebagai suatu yang utama/priority berbanding persoalan jihad. Sebab, jihad hanya boleh ditegakkan dengan keberadaan kaum laki-laki, dan tidak ada jalan untuk menghadirkan mereka kecuali dengan jalan pernikahan. Ini kerana, dengan jalan pernikahanlah kelangsungan hidup manusia dapat berlaku. (Menjaga Kehormatan Muslimah, m/s. 152)

Dilihat dari sudut yang lain pula, sarana pernikahan ini sebenarnya adalah merupakan suatu alternatif yang diberikan kepada kita manusia setelah perbuatan melampiaskan syahwat melalui jalan yang batil atau penzinaan diharamkan oleh Allah. Malah ia juga mampu mengatasi masalah gejala ikhtilat (pergaulan bebas), tabarruj (peragaan tubuh badan), malah menjamin keselamatan wanita terutamanya. Yang mana kita ketahui bahawasanya secara dasarnya terdapat banyak hadis yang melarang wanita-wanita untuk keluar bersendirian tanpa ditemani mahram lelaki.

Selain itu, ibu-ibu dan bapa-bapa moden zaman ini dan zaman akan datang perlulah melihat sarana pernikahan ini dengan hati yang terbuka dan keutamaan dalam mengikuti petunjuk Rasulullah s.a.w.

Saya tambah lagi daripada beberapa rujukan yang lain, sarana pernikahan ini antara lain berupaya mengangkat (melepaskan) pasangan remaja dari corak kehidupan yang penuh dengan permasalahan sosial dan fitnah yang mengancam kesucian diri dan gelora nafsu. Dengan pernikahan yang sah, naluri seksual dan gelojak nafsu di usia muda tersebut dapat disalurkan kepada jalan yang benar dan bakal beroleh ganjaran pahala yang lantas menjauhi dosa zina dan maksiat.

Dalam hal ini, Rasulullah memberitahukan,
“Bukankah Allah telah menjadikan untuk kalian apa yang dapat kalian sedekahkan. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah dari yang mungkar adalah sedekah, dan persetubuhan salah seorang dari kalian (dengan isterinya) adalah sedekah.”

Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah salah seorang dari kami yang melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala?”

Beliau bersabda: “Bagaimana pendapat kalian seandainya dia melampiaskan syahwatnya kepada hal yang haram, apakah dia mendapatkan dosa? Maka demikianlah pula jika ia melampiaskannya kepada hal yang halal, maka dia mendapatkan pahala.”
(HR. Muslim, no. 1006)

Dengan jalan pernikahan, setiap pasangan yang disatukan akan saling melengkapi dan mempelajari untuk membina rasa tanggungjawab serta daya kepimpinan di dalam rumahtangga.

Dalam persoalan yang seperti ini. Peranan dan sokongan ibu bapalah yang amat-amat diperlukan bagi membantu mereka untuk terus ke hadapan dengan kehidupan yang lebih suci dan bersih. Ibu bapa tidak wajar bersikap sinis dan menekan, dan sewajarnya lah memberi dorongan dan bantuan yang baik-baik supaya anak mereka beroleh kejayaan dalam jalan yang dipilihnya. Yang mana telah jelas bahawa jalan pernikahan itu merupakan jalan yang halal, suci, dan dipandang mulia di sisi agama. Maka, wajarlah ibu dan bapa memiliki sikap yang positif dan terbuka dalam persoalan ini.

Jika dibandingkan dengan budaya “couple” (berpasang-pasangan tanpa nikah) dan pergaulan bebas tanpa bimbingan bagi kebanyakan remaja di luar sana, maka nikah adalah jalan yang patut kita kedepankan kepada anak-anak remaja kita sebagai alternatif di zaman ini. Marilah kita lihat kembali sejarah kegemilangan pembinaan institusi kekeluargaan di zaman salafus soleh (generasi soleh terdahulu) yang mana terdiri daripada para sahabat Rasulullah s.a.w. sendiri. Sudah masanya kita kembali kepada jalan yang suci lagi berlandaskan as-sunnah dan wahyu.

Begitu ramai dari kalangan sahabat-sahabat utama Rasulullah s.a.w. sendiri melangsungkan pernikahan di usia yang jauh muda (nikah awal). Antaranya adalah seperti Ali Bin Abu Tholib pada usia 25 tahun, Fatimah di usia 18 tahun, ‘Aisyah 8 tahun, Hafsyah bintu Umar 18 tahun, Sukainah Bintu Husyan ibn Ali ibn Abu Tholib 16 tahun, Ummu Khaltum bintu Ali ibn Abu Tholib 9 tahun, Zainab bintu Ali 15 tahun, dan malah Rasulullah s.a.w. sendiri juga turut mengahwini khadijah seawal usia 25 tahun keduanya (perkahwinan sebaya, kedua-duanya berusia 25 tahun).

Dengan pernikahan, maka terbentuklah suatu jalinan hati di antara suami isteri yang dibina di atas perasaan fitrah ilahi iaitu kasih dan sayang, kelembutan dan kerjasama. Allah s.w.t. berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(ar-Rum 30: 21)

Kepada remaja-remaja yang berhasrat berkahwin awal... Sebagai mengambil langkah dan berfikiran positif, saya mengucapkan “tahniah” kerana hasrat anda memang berpijak di atas prinsip yang benar. Ini menunjukkan anda memiliki kefahaman yang baik terhadap hakikat kebersihan jiwa dan kehormatan diri. Malah, menunjukkan anda memiliki tarbiyah yang jelas. Kerana mereka yang mementingkan keredhaan Allah pastinya akan sentiasa berusaha untuk mencari yang halal dan berusaha sedaya upayanya untuk menjauhi yang haram.

Berdasarkan suatu hadis:

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada tiga golongan yang pasti akan ditolong oleh Allah; iaitu seorang budak (hamba) yang ingin menebus (memerdekakan) dirinya dari tuannya, orang yang bernikah kerana ingin memelihara kesucian, dan pejuang (mujahid) di jalan Allah. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 1352, kitab an-Nikah. Dihasankan oleh Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dalam al-Misykah, no. 3089)

Daripada hadis ini, menjelaskan bahawa orang yang menikah dengan niat mahu menjaga kesucian dirinya, maka Allah pasti akan menolongnya.

Demikianlah diberi pengajaran terhadap orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (at-Thalaq 65: 2)

Begitulah hakikatnya, pernikahan ini. Ia memiliki banyak hikmah disebaliknya. Membuka ruang kepada jalan yang halal lantas menjauhi yang haram. Dan mengundang kepada keredhaan Allah dan pertolongan dari Allah s.w.t.

“... Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih.” (Yusof 12: 24)

Oleh itu, sekali lagi saya mencadangkan kepada sesiapa sahaja daripada kelompok ibu-ibu dan bapa-bapa zaman ini untuk berfikiran dan berlapang dada dengan berpaksikan kepada petunjuk agama. Utamakanlah kepada agama, berbanding kerektor material.

“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Riwayat at-Tirmizi dalam kitab an-Nikah, no. 1080)

Permudahkanlah urusan anak-anak kita yang menginginkan kepada yang halal. Bantulah mereka. Dorong dan bimbingilah mereka dengan cara yang ma’ruf. Pernikahan itu mudah pada hakikatnya, janganlah diberatkan dengan pelbagai syarat-syarat tambahan yang menjauhi kandungan syari’at yang asal. Sehingga mensyaratkan perlu adanya rumah besar dahulu, duit yang banyak, perbelanjaan perkahwinan yang besar, mahar yang mahal, wang hantaran yang diada-adakan, dan pelbagai macam adat lagi yang sebenarnya menjauhi sunnah.

Ambillah sarana yang halal ini. Sebelum perkara yang buruk terus bertambah-tambah dan berleluasa di kalangan remaja kita. Lantaran kita yang bersikap keras dan memperketatkan syarat-syarat pernikahan yang pada asalnya mudah, ia sebenarnya hanya akan memberi tekanan kepada golongan remaja atau anak-anak kita ini. Seterusnya, ini hanya akan membuka pintu-pintu maksiat untuk dimasuki. Oleh itu, pilihlah jalan yang halal sebelum anak-anak kita terlanjur memilih jalan yang haram dan bernoda dengan dosa. Bantulah mereka untuk memelihara kesucian mereka dengan cara ma’ruf, bukan cara yang kontra.

Saya yakin, bahawa ibu bapa zaman ini, majoriti mereka adalah daripada golongan yang berkemampuan yang berupaya untuk memberi bantuan yang wajar kepada anak-anak mereka. Malah, zaman ini juga, bukanlah zaman kegawatan. Malah, mereka yang sentiasa berusaha dengan baik dan bersungguh-sungguh, pasti mampu beroleh rezeki dengan jalan yang baik juga. InsyaALLAH...

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (al-Ma’idah 5: 2)

Selasa, November 27, 2007

Memilih Calun Isteri Anjuran Rasulullah s.a.w.

Memilih Calun Isteri Anjuran Rasulullah s.a.w.

Oleh:
Nawawi Bin Subandi
http://an-nawawi.blogspot.com/

Jika melihatkan kepada beberapa ayat Qur’an dan hadis-hadis yang sahih, di sana terdapat perintah atau saranan bahawa tempat wanita itu adalah di rumah. Di rumah wali-wali (ibu/bapa) mereka atau suami-suami mereka. Manakala dalam banyak hadis juga menjelaskan bahawa bolehnya wanita untuk keluar rumah itu adalah dengan ditemani mahramnya yang lelaki seperti abang, ayah, atau suami. Sekaligus menunjukkan bahawa tugas besar wanita itu adalah sebagai menguruskan hal-ehwal di rumah. Kepimpinan wanita difokuskan kepada pelbagai urusan dalam membantu suami menguruskan anak-anak, hak-hak suami, dan menjaga keharmonian dalam rumahtangga. Dari sini juga kita melihatkan betapa agama Islam ini benar-benar menjaga kebajikan dan kehormatan seorang muslimah.

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu…” (al-Ahzaab 33: 32)

“Wanita adalah penanggungjawab di dalam rumah suaminya dan kelak akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang ia pimpin.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Namun, keadaan yang sewajarnya menurut syari’at itu kelihatannya semakin lama semakin ditinggalkan oleh kebanyakan wanita zaman ini. Lantas, tidak hairanlah jika mereka dilanda dengan pelbagai fitnah dan cabaran. Walaubagaimanapun, dalam keadaan seperti yang terjadi pada hari ini, kesolehan para wanita tertentu masih dapat dilihat dalam banyak hal.

Berikut adalah merupakan sedikit perkongsian yang telah saya selidiki dan perolehi daripada beberapa buah buku yang mana dengan harapan boleh dijadikan rujukan sama ada buat si pemuda atau perempuan umumnya.

Kepada si lelaki, mungkin tulisan ini mampu menjadi rujukan dalam usaha membuat penilaian terhadap karektor seorang wanita yang baik yang harus dipilihnya.

Manakala, bagi seorang perempuan, mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki diri agar anda sentiasa tergolong dalam rangkaian dan barisan wanita yang solehah dan bakal dipilih oleh juga pemuda yang soleh. insyaALLAH...

Dalam persoalan ini,

Apabila seorang pemuda telah menemukan atau hendak menemukan seorang calon isteri yang dipandangnya sepadan dan berkenan di hati, hendaklah ia memeriksa sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang ada padanya. Janganlah kita hanya memfokuskan semata-mata kepada karektor duniawi, kekayaan, kecantikan dan kedudukan. Kerana di dalam suatu hadis Rasulullah s.a.w., seseorang wanita itu sebaiknya dipilih untuk dinikahi adalah kerana berdasarkan agamanya yang baik dan bukannya karena karektor selainnya.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Ini kerana, dengan karektor agama yang baik inilah sebenarnya ia mencakupi segala faktor-faktor yang lainnya. Dengan aspek agama yang baik ini, keindahan akhlaknya terserlah, kecantikannya terjaga dan terpelihara, malahan martabat dan kehormatannya berbanding wanita di kancah masyrakat kebanyakan juga tinggi nilainya.

Secara umumnya, mereka yang baik agamanya dan lebih taqwanya adalah mulia dan dipandang tinggi di sisi Allah s.w.t.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu...” (al-Hujuraat 49: 13)

Sahabat-sahabat yang saya sayangi, di sini ingin saya nyatakan bahawa faktor atau aspek kecantikan itu bukanlah tidak diperlukan. Tetapi yang ingin saya maksudkan adalah janganlah sehingga kita membataskan semata-mata keinginan kita kepada kecantikan, kerana ia bukanlah prinsip yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. sendiri dalam persoalan pemilihan pasangan Isteri.

Dalam hal ini, Sheikh al-‘Azim Abad di dalam kitab ‘Annul Ma’buud Syarh Sunan Abi Daud, ada menyatakan bahawa yang sewajarnya dipilih adalah wanita yang baik agamanya dan memiliki adab yang baik agar kelak berupaya menjadi pertimbangan kepadanya dalam pelbagai urusan kehidupan, terutamanya dalam urusan rumahtangga. Oleh kerana itu, Nabi s.a.w. memerintahkan supaya mencari wanita beragama yang merupakan puncak kepada pencarian (keutamaan pilihan).

Dengan merujuk pula kepada firman Allah s.w.t. berikut:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
“Maka Wanita yang solehah, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)." (Surah an-Nisaa’ 4: 34)

Sufyan ats-Tsauri berkata (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dalam Tafsirnya (5/38) dengan sanad yang shahih): Kalimah “Qaanitaat/ قَانِتَاتٌ” membawa maksud wanita yang taat kepada Allah dan kepada suaminya.”

Nabi pernah ditanya tentang sebaik-baik wanita, yang mana Baginda bersabda:

“Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya.” (Hadits bertaraf sahih, diriwayatkan oleh imam Ahmad (4/341))

Bertepatan dari anjuran hadis Rasulullah ini, maka keutamaan kita dalam memilih calun isteri adalah menjurus kepada wanita yang baik urusannya dalam menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya, sama ada ketika berada di sisi suami, keluarga ataupun di ketika waktu ketiadaan suaminya, secara zahir dan batin yang didasari hati yang bersih serta suci lantaran kesan pegangan agamanya.

Dari kalangan tabi’in, Qatadah bin Di’aamah As-Saduusi pula berkata: “(Wanita yang septutnya menjadi pilihan) Adalah yang menjaga apa-apa yang telah Allah serahkan agar dijaga dari hak-hak suaminya. Menjaga dirinya saat suaminya tidak berada di sisinya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir (5/39) dengan sanad yang shahih)

Telah disebutkan di atas tentang sifat sebaik-baik wanita iaitu,

“Serta menjaga diri dan harta suaminya.”

Abdullah bin Amru r.a. berkata: “Mahukah kalian aku beritahu tentang tiga jenis manusia yang celaka:

(iaitu) Imam yang zalim, bila engkau berbuat baik kepadanya ia tidak berterima kasih, jika engkau berbuat salah kepadanya ia tidak memaafkan. Tetangga/jiran yang jahat, jika ia melihat kebaikan padamu ia tutup-tutupi, jika melihat keburukan padamu ia menyebarkannya. Isteri yang buruk tabiatnya, jika engkau berada di sisinya ia membuatmu gusar/tidak senang. Dan bila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam kitab Al-Mushannaf (3/559) dengan sanad yang shahih)

Seterusnya, carilah wanita yang memiliki sifat-sifat yang penyayang. Semua ini mampu memberi infect atau kesan yang baik kepada anak-anak kelak serta kepada hati suami yang utamanya. Dalam hal ini,

Nabi s.a.w bersabda: “Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari Kiamat.” (Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdaadi dalam Tarikh Baghdad (12/377))

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta adalah wanita-wanita yang solehah dari suku Quraisy, mereka adalah wanita yang paling sayang kepada anak-anak sewaktu masih kecil dan yang paling menjaga hak dan harta suami.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhaari (3/240))

Begitulah sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri perihal keutamaan sikap penyayang pada seorang wanita. Dengan sifat inilah, anak-anak nantinya mampu dididik dengan baik dan penuh perhatian serta kasih sayang seorang ibu. Di sana, peranan ibu adalah suatu keutamaan yang besar sebagai pendidik awal setiap anak-anak yang dilahirkan di dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Dari sinilah bermulanya jati diri anak-anak dibentuk untuk menjadi manusia yang baik di masa hadapan. Dengan gabungan faktor kesolehan seorang wanita yang di-adun dengan sikap amanah, berilmu dan kasih sayang seorang wanita, sudah pasti sesebuah rumahtangga mampu menjadi suatu medan atau institusi yang berkesan dalam melahirkan masyarakat yang islamic dan berdaya maju dari konteks tauhid, ubbudiyyah, mu’amalah, dan material.

Dari sifat yang penyayang juga, ia berupaya melahirkan sikap yang menyenangkan. Dan kriteria ini jugalah yang dititikberatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana dalam hadisnya tadi, iaitu

“...yang menyenangkan apabila dipandang...”

Peribadi wanita yang bersifat menyenangkan ini apabila dipandang dan bergaul dengannya mampu menjadi penenang dan penunduk hati suami dan keluarga dalam pelbagai urusan rumahtangga. Sifatnya yang elok dipandang mampu mengawal hati suami dan kelak kepada anak-anak untuk sentiasa berperasaan suka dan mendamaikan suasana. Lantas melahirkan satu persekitaran yang harmoni di dalam sesebuah kekeluargaan.

Di samping sifat penyayang dan peribadi yang menyenangkan, faktor untuk mencari wanita yang mampu melahirkan anak yang baik atau faktor kesuburan juga adalah merupakan salah satu kriteria yang dititikberatkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.

“Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur...”

Dari sudut ini, kelangsungan hidup manusia dan generasi soleh/solehah akan dapat diteruskan melalui kelahiran zuriat-zuriat yang baik. Lantas, dari zuriat yang soleh/solehah (muslim ini) ia berupaya untuk menjaga aspek keturunan dari generasi ke generasi untuk membentuk masyarakat yang menegakkan syari’at Allah, meninggikan agama, memakmurkan alam semesta, dan memperbaiki kehidupan di muka bumi. (Rujuk: Menjaga Kehormatan Muslimah, sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid, Daar an-Naba', m/s. 150-151)

Dari sini juga, kita dapat melihat betapa besarnya peranan wanita kepada ummah dan masyarakat sejagat dalam membina ketamadunan dunia. Wanita sebenarnya adalah merupakan akar umbi dan tonggak kepada pelbagai kejayaan generasi manusia.

Jika dilihat kepada sirah di zaman nabi dan para sahabat. Ibu-ibu yang tempatnya di rumah yang mana kefahaman agamanya baik-baik, merupakan faktor yang yang menjadi tonggak kejayaan masyarakat pada zaman itu. Dari didikan seorang wanita yang solehah, lahirnya ramai sekali panglima-panglima perang yang gagah perkasa dan bijaksana dalam mengatur pelbagai strategi ketenteraan. Malah, mampu membina generasi yang handal di medan tempur dan melahirkan para syuhada yang ikhlas dan tulus perjuangannya kepada agama Allah. Dengan didikan para ibulah, lahirnya ramai golongan ulama atau ilmuan tersohor yang sentiasa disebut-sebut namanya sehingga kini.

“Dan para wanita itu mempunyai hak yang seimbang seperti kewajiban yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang ma’aruf (dan tidak dilarang oleh syara’); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah 2: 228)

Dari sini juga kita dapat melihat bagaimana terjalinnya hubungan antara kelebihan kaum wanita dengan kekuatan kaum lelaki sehingga keduanya akan saling melengkapi dengan masing-masing diberikan keistimewaan, keutamaan, dan tanggungjawab masing-masing.

“Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah 2: 228)

Anjuran Rasulullah s.a.w. yang seterusnya adalah difokuskan kepada gadis-gadis yang perawan/dara iaitu yang masih belum pernah berkahwin;

Ini adalah berdasarkan hadis Jabir bin Abdillah, ia berkata: “Aku baru saja menikah.

Lalu Rasulullah bertanya: “Dengan siapa engkau menikah?”

“Dengan seorang janda.” Jawabku.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mengapa tidak dengan seorang gadis yang boleh engkau dapat bermain-main dengannya dan dia pun dapat bermain-main denganmu.”

Atau dalam riwayat yang lain beliau mengatakan: “Yang ia boleh membuatmu tertawa gembira dan engkau boleh membuatnya tertawa gembira.”
(Hadis Riwayat Bukhari (111/240) & Muslim (11/1078))

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata, di dalam Syarah Sahih Muslim (10/294): “Hadits ini menjelaskan tentang kelebihan menikahi gadis perawan/dara, dan menunjukkan bahawasanya menurut keutamaan menikahi mereka adalah lebih baik.”

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w., beliau bersabda: “Nikahlah dengan gadis perawan, kerana mereka itu lebih manis bibirnya, lebih subur rahimnya, dan lebih redha dengan yang sedikit.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, (no. 1861) di dalam kitab an-Nikah)

Dalam persoalan ini, dapat dibezakan di antara wanita yang janda dengan yang gadis kerana mungkin sahaja wanita yang janda ini sudah memiliki anak yang perlu dijagai dan memerlukan lebih perhatian kepada anaknya. Selain itu, mungkin juga dia sudah beberapa kali hamil dan akan memiliki kebarangkalian keletihan untuk hamil lagi dan memiliki hasrat untuk tidak mahu memiliki anak lagi. Mungkin juga ia mampu mengganggu hubungan seksual suami dan isteri kerana kebiasaannya wanita yang berstatus janda tidak cukup dengan hubungan/layanan yang sedikit. Berbeza dengan gadis yang masih belum pernah berkahwin, ia lebih mudah terangsang dan redha dengan layanan yang sedikit. (Rujuk: Indahnya Menikah ‘Ala Sunnah Nabi, Amru Abdul Mun’im Salim, Daar an-Naba’, m/s. 52)

Akhir sekali, suatu yang perlu di-ambil perhatian. Bahawasanya Allah dan Rasul-Nya melarang lelaki ataupun sebaliknya untuk menikahi atau mengahwini pasangan yang terdiri dari kalangan penzina. Tetapi pilihlah wanita yang mulia, suci dan terjaga kehormatannya sebagaimana yang dinyatakan di awal tulisan ini tadi,

“...yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya).” (an-Nisa’ 4: 34)

Persoalan ini juga dijelaskan oleh Allah s.w.t. sebagaimana di dalam firman-Nya yang berikut:

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.” (an-Nuur 24: 3)

Dalam suatu riwayat, sebelum turunnya ayat ini seorang sahabat bernama Abu Martsad al-Ghanawi r.a. datang menemui Rasulullah s.a.w. meminta restu/keizinan untuk menikahi seorang wanita pelacur yang dahulunya semasa jahiliyyah adalah bekas kekasihnya (wanita itu bernama ‘Anaq). Dan sehinggalah turunnya ayat di atas (Surah an-Nuur 24: 3) Rasulullah s.a.w. menjelaskan “Jangan dinikahi wanita itu!” (Diriwayatkan oleh imam yang empat kecuali Ibnu Majah)

Ini antaranya adalah kerana wanita penzina dan pelacur itu boleh mengganggu urusan kebahagian sesebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan pasangan suami isteri. Malah status pelacur/penzina ini sendiri menurut Ibnu Umar r.a. adalah merupakan antara manusia yang celaka sebagaimana riwayat ini (telah dijelaskan di awal tulisan), “wanita yang apabila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”

Manakala menurut Hasan al-Basri rahimahullah; “Tidaklah halal dinikahi wanita penzina dan wanita simpanan.” (Diriwayatkan oleh Sa’id bin Mashur dalam as-Sunan (5/8) dengan sanad yang sahih)

Adapun begitu, andainya dia (wanita yang awalnya seorang penzina) merupakan dari kalangan wanita yang sudah bertaubat dan sudah meninggalkan perbuatan pelacuran, maka keharaman itu terhilang dan termansuh sebagaimana menurut Abdullah bin Abbas r.a.: “Awalnya zina akhirnya nikah, awalnya haram akhirnya halal.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah (3/529) dengan sanad yang sahih)

Dan daripada firman Allah s.w.t.:

"...kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-Nuur 24: 5)

Shilah bin Asyyam rahimahullah berkata: “Tidak mengapa menikah keduanya samaada wanita atau pemuda dengan penzina yang telah bertaubat kepada Allah. Allah lebih berhak menerima taubat keduanya. Jika keduanya adalah penzina dan belum bertaubat, maka lelaki yang buruk pasangannya juga adalah dengan wanita yang buruk pula. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi syaibah (3/528) dengan sanad yang sahih)

Sebagai kesimpulan, membuat pilihan calun isteri bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia amat berat pada hakikatnya kerana ia bakal menjaga urusan dalam kekeluargaan yang diketuai oleh seorang lelaki bernama suami. Dan bakal menjadi pembimbing anak-anak atau zuriat yang kelak bakal dilahirkan. Kriteria-kriteria yang baik berserta kebijaksanaan dalam pelbagai bidang ilmu tertentu dan persoalan keagamaan perlu dilihat sebagai keutamaan supaya segala perjalanan kehidupan di masa mendatang bakal ter-urus dengan baik dan tersusun. Supaya kelak, kehidupan anda bersama keluarga bakal mengecapi suasana yang aman bahagia dan tenteram. Lantas mampu melahirkan masyrakat yang berhubungan dengan harmoni.

Antara ciri-ciri yang lain bagi calun isteri yang baik secara umum adalah seperti berilmu, sentiasa bersyukur, tahu menjaga hubungan yang baik dengan kaum keluarga kedua belah pihak, memiliki daya kepimpinan terhadap pengurusan rumahtangga dengan baik, memahami kehendak/keperluan suami, batas pergaulannya terjaga, dan sentiasa menjaga penampilan yang baik.

“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/168), dengan sanad yang sahih)

Dan mereka berkata (berdoa): "Wahai Tuhan kami, anugerahilah kepada kami isteri-iesteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqan 25: 74)

Dan sebaik-baik wanita itu adalah mereka yang soleh dalam agamanya, sebagaimana hadis berikut:

“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ar-Ridha)

InsyaALLAH, artikel seterusnya akan bersambung dengan tajuk:

“Memilih Calun Suami Anjuran Rasulullah s.a.w.”

Wahai Remaja, Jadikanlah Nikah Sebagai Satu Solusi

Wahai Remaja, Jadikanlah Nikah Sebagai Satu Solusi

http://an-nawawi.blogspot.com

...Tatkala cinta itu berbunga, terasa indahnya memenuhi segenap ruang imaginasi. Jiwa dan hati meronta-ronta ingin kepada si dia. Ingin sekali mengenalinya, dan mendekatinya. Untuk menawan hatinya, agar perasaanya menjadi sama seperti apa yang dirasa oleh dirinya. Apabila cinta itu mengetuk pintu hati, siapakah yang mampu menghalang? Siapa pula yang akan membimbing?...

Dari maksud Kalamullah: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih-sayang dan belas-kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah ar-Rum, 30: 21)

Di dalam ayat di atas menunjukkan betapa Allah telah menciptakan manusia itu dijadikan fitrahnya saling berpasang-pasangan di antara lelaki dengan wanita. Yang dengannya saling melengkapi, serta saling memiliki keinginan di antara satu dengan yang lainnya. Menunjukkan bahawa manusia diciptakan dengan fitrah untuk memilki dan dimiliki terhadap pasangan mereka masing-masing menurut pilihan dan citarasa. Mereka memiliki sikap dan sifat untuk disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah setiap insan.

Ia adalah bentuk fitrah yang tidak boleh dihalang dan merupakah sebuah sunnahtullah yang telah menjadi ketetapan, malah keperluan bagi kehidupan manusia yang sempurna dan harmoni.

Maksud firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu fitrah kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita dan anak-anak.” (Surah Ali Imran, 3:14)

Apabila sampai waktunya, fitrah dan naluri itu akan datang mendesak dengan perasaan berbunga yang kuat, untuk mendekati dan mencari-cari pasangan masing-masing. Mereka akan saling mencari dan memerlukan. Alhamdulillah, ramai yang berjaya mengharungi persoalan perasaan dan naluri ini dengan baik. Mereka berjaya menempuh dan melepasi gerbang pernikahan yang sah dan menuju kehidupan yang fitrah.

Namun, dalam persoalan ini jugalah, sering-kali berlaku ke atas sebahagian mereka merangkul banyak kesilapan, malah keterlanjuran. Ini sering sekali berlaku kepada insan bergelar remaja. Apabila fitrah dan naluri cinta mereka terhadap golongan berbeza jantina tidak ditangani dan disalurkan kepada jalan yang sewajarnya. Apatah lagi bila ianya terus ditekan dan dikongkong. Ia mampu meletus. Ditambah pula dengan dorongan nafsu dan pengaruh persekitaran, ia menjadi sukar dikawal bagi sebahagian daripada mereka.

Dalam keadaan rapuhnya kawalan, pelbagai natijah dan fenomena yang buruk mampu berlaku. Sepertimana yang kita perhatikan di masa ini, di dada-dada akhbar dan di media-media massa. Yang terlalu banyak melaporkan perihal seks bebas, persetubuhan haram (zina), hamil tanpa nikah, dan sehingga kepada tahap pembuangan dan pembunuhan bayi di tempat-tempat tertentu dan mungkin juga membawa kepada aktiviti pengguguran anak luar nikah. Malah juga sehingga kepada perbuatan nekad bunuh diri.

Maka, dalam keadaan yang meruncing seperti ini, apakah kita masih perlu menutup mata dan menafikan fitrah remaja masa kini yang kebanyakan dari mereka mecapai kematangan awal? Sedangkan mereka memiliki kemampuan dari banyak aspek. Adakah ibu bapa, perlu lagi menafikan ruang yang dimiliki anak-anak mereka untuk memenuhi naluri dan fitrah mereka secara halal? Kebanyakan ibu-bapa zaman ini bukanlah dari golongan orang-orang yang susah, malah sebahagian besar mereka adalah dari golongan yang berada dan mampu mengeluarkan belanja anak-anak lebih dari kebiasaan. Dan bukankah mereka juga adalah generasi baru yang begitu terbuka wawasannya.

Jadi, setiap permasalahan perasaan cinta remaja ini sudah tentu memiliki solusinya. Sebuah solusi yang telah dikenali dan dijamin oleh wahyu.

Inilah masanya untuk kita kembali melihat dan memikirkan hakikat hubungan dua insan berlainan jantina ini dari kacamata positif lagi halal yang dipandukan oleh agama yang kita yakini. Dan bukan didasari emosi, material, dan kedudukan, serta masa semata-mata. Sudah tentu perkara ini sangat murni bagi kita yang memiliki wawasan fitrah yang jernih.

Maksud firman Allah: “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sedirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nuur, 24: 32)

Pesanan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Sekiranya seseorang hamba itu menikah, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya, oleh kerana itu hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk selebihnya.” (Rujuk: al-Albani, as-Sahihah, no. 625. Beliau menghasankannya)

Dalil ini menunjukkan bahawa Allah dan Rasul-Nya telah membukakan kepada kita semua supaya mengambil jalan yang halal dalam memenuhi fitrah hubungan lelaki dan wanita. Yang dengannya juga menutup jalan-jalan terlarang dan keji...

“Ada empat perkara yang termasuk sunnah para Rasul, iaitu; perasaan malu, memakai wangi-wangian, bersiwak, dan menikah.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Kitab an-Nikah, no. 1086. Beliau menyatakannya hasan sahih)

Dengan itu, fahamilah bahawa menjalinkan hubungan melalui ikatan nikah itu adalah suatu perbuatan yang dianjurkan oleh Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri dan merupakan sunnah yang wajar kita ambil serta contohi.

Zaman ini bukanlah masanya untuk kita bermalu-maluan dalam persoalan nikah di usia muda atau remaja. Malah, tiada salahnya dari sudut syara’ sekalipun untuk mengambil keputusan berkahwin awal walau masih berada di institusi-institusi pengajian tertentu.

Relaitinya... menikah adalah jalan yang paling baik dan dicadangkan sendiri oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui pelbagai hadis-hadisnya. Solusi ini wajar diambil dan dimanfaatkan oleh golongan ramaja masa kini. Malah oleh golongan ibu-ibu dan bapa-bapa supaya tidak terlalu mengongkong yang sekaligus menutup perkara yang halal daripada anak-anak mereka. Yang akhirnya, memungkinkan kepada akibat yang terlarang dan noda.

Dalam persoalan seperti ini, marilah kita mengambil dan melihat secara positif di mana inilah salah-satu jalan yang baik untuk mengatasi hubungan terlarang seperti aktiviti berpasang-pasangan (copule) di antara insan berlainan jantina. Alangkah baiknya jika mereka yang berpacaran ini adalah terdiri daripada mereka yang bergelar suami dan isteri. Bukankah itu lebih manis, daripada mereka yang berpacaran, namun hakikatnya mereka sedang melakukan perbuatan terlarang dan dibenci oleh Allah Subahanhu wa Ta’ala yang sekaligus mampu mendorong mereka kepada kancah perzinaan akibat tidak diikat dengan pertalian yang sah. Kita semua wajar melihat semua ini dari sudut dan pandangan yang lebih luas. Berpasang-pasanganlah secara halal dengan ikatan nikah anjuran wahyu!

Daripada ‘Abdullah B. Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan, “Kami bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai pemuda yang tidak memiliki sesuatu, lalu Baginda bersabda kepada kami:

“Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5066)

Daripada sebuah hadis disebutkan: “Tiga orang yang pasti Allah beri pertolongan adalah: Seorang hamba yang ingin membebaskan (memerdekakan) dirinya, lelaki yang menikah kerana ingin menjaga kesucian dirinya, dan pejuang di jalan Allah.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 1655)

Berdasarkan dua hadis ini disebutkan pula bahawa dengan menikah ianya mampu menjadi perisai dari pelbagai keburukan untuk individu tersebut. Yang mana, dengan nikah ianya dapat menjaga dan memelihara kita daripada perkara yang tidak baik dan dibenci. Kesucian diri dapat dijaga dengan baik, pandangan akan dapat ditundukkan, dan naluri syahwat dapat disalurkan kepada jalan yang betul.

Malah, melalui ikatan nikah yang sah ini, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menjelaskan kepada kita bahawa ia sebenarnya turut membawa kepada ibadah yang dengannya membuahkan pahala. Bukan sebaliknya yang menatijahkan dosa. Ini jelas membezakannya dari hubungan yang terbina tanpa sebarang ikatan nikah.

Apa yang disebutkan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang direkodkan oleh imam Muslim daripada Abu Dzarr, bahawa sejumlah Sahabat berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah mendapatkan banyak pahala. Mereka melaksanakan solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami puasa, dan mereka dapat bersedekah dengan kelebihan harta mereka (yang mereka miliki).”

Beliau bersabda: “Bukankah Allah telah menjadikan untuk kamu apa yang dapat kamu sedekahkan? Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah dari yang mungkar adalah sedekah, dan persetubuhan salah seorang daripada kamu (dengan isterinya) adalah sedekah.”

Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah salah seorang daripada kami yang melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala?”

Beliau bersabda: “Bagaimana pendapat kamu sekiranya dia melampiaskan syahwatnya kepada perkara yang haram, adakah dia mendapatkan dosa? Maka demikianlah juga jika ia melampiaskan syahwatnya kepada perkara yang halal, maka dia mendapat pahala.”
(Hadis Riwayat Muslim, no. 1006)

Perlu kita ketahui juga bahawa agama kita ini bukalah agama yang didasari kepada fahaman rahib atau pendita mahupun sami. Agama kita bukanlah agama yang menghalang fitrah manusia untuk memenuhi naluri fitrah insan. Agama kita bukanlah agama yang melarang untuk menjalinkan hubungan di antara lelaki dengan wanita. Malah ia adalah suatu yang dianjurkan, digalakkan, dan dituntut! Namun, perlulah dengan salurannya yang benar. Agama kita tidak seperti agama kristian yang mana paderi-paderi mereka diharamkan dari melangsungkan pernikahan. Bahkan Nabi melarang sesiapa sahaja daripada umatnya yang berhasrat untuk tidak mahu berkahwin:

Sebagaimana yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari: “Ada tiga orang yang datang ke rumah isteri-isteri Nabi untuk bertanya tentang ibadah Nabi. Ketika mereka diberi khabar, mereka seakan-akan merasakan tidak bererti. Mereka mengatakan: “Apa ertinya kita dibandingkan Nabi, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan terkemudian?” Lalu salah seorang daripada mereka berkata: “Aku akan sentiasa bersolat malam selamanya.” Orang kedua mengatakan: “Aku akan berpuasa sepanjang masa dan tidak akan pernah berbuka.” Orang ketiga pula mengatakan: “Aku akan menjauhi wanita dan tidak akan menikah selamanya.”

Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang, lalu bertanya:

“Adakah khabar yang menyatakan demikian dan demikian? Demi Allah, sesunguhnya aku lebih takut kepada Allah dan lebih bertakwa daripada kamu semua, tetapi aku berpuasa dan berbuka, bersolat dan tidur, serta menikahi wanita. Sesiapa yang membenci Sunnah-ku, maka ia bukan termasuk golonganku.”
(Hadis Riwayat Bukhari, no. 5063)

Demikianlah beberapa anjuran, galakkan, dan keutamaan untuk menjalinkan ikatan pernikahan yang dapat disebutkan secara ringkas. Yang dengannya menunjukkan sebuah solusi yang bertunjangkan sumber-sumber agama anjuran Allah dan Rasul-Nya. Dengan ini jelaslah bahawa agama kita bukanlah suatu agama yang melarang hubungan cinta lelaki dengan wanita, malah bukan juga agama yang merestuinya jika mahu dilakukan secara bebas.

Kepada ibu-ibu dan bapa-bapa moden zaman ini... Kita sewajarnya berfikiran dengan lebih terbuka demi masa depan anak-anak. Telitilah sunnah-sunnah anjuran Nabi junjungan mulia kita dalam persoalan ini. Apakah tindakan kita menghalang anak-anak tesebut dari menuju ikatan pernikahan sebagai suatu yang benar dan wajar? Ataukah mungkin sebaliknya yang menjauhkan sunnah daripada mereka?

Akhir kata, persoalan-persoalan seperti perlu tamatkan pelajaran terlebih dahulu baru fikir soal kahwin, belum cukup umur untuk kahwin, dia tidak setaraf, perlu dapatkan kerja dan kumpulkan duit dahulu, atau perlu memiliki rumah dulu. Semua itu wajar dipertimbangkan semula dan sebahagiannya sangat jelas tidak lagi relevan kepada remaja zaman ini. Apatah lagi dari sudut pandang as-Sunnah.

Disebutkan dalam sebuah hadis: “Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi, no. 1080)

Untuk menjamin keharmonian hidup dalam perkahwinan, pilihlah yang baik agamanya. Ini tsabit daripada hadis yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari: “... Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.”

Orang yang baik agamanya sudah tentu akan mengajak perhubungan cinta di antara lelaki dan wanita dengan cara yang syar’i, iaitu melalui ikatan pernikahan. Bukannya melalui pacaran yang tidak tentu hala tujunya.

Wallahu a’lam...

Isnin, November 19, 2007

KEM KULIAH "MENGENALI & MEMAHAMI AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL-JAMA’AH"

KEM MENGENALI & MEMAHAMI AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL-JAMA’AH


~ Terbuka Untuk Muslimin & Muslimat (Muslimat perlu dengan mahram)...


Seperti yang kita sedia maklumi, pada hari ini telah muncul pelbagai jenis kelompok yang kebanyakannya mengakui sebagai pejuang Islam dan berteraskan al-Qur’an dan sunnah. Namun, pada hakikatnya, jika diteliti, terdapat pelbagai penyimpangan dan kecelaruan dalam pegangan aqidah dan pemikiran mereka. Malah, sejak akhir-akhir ini juga telah muncul pelbagai penyimpangan terhadap bentuk pengamalan agama di kalangan masyarakat kita secara umumnya. Di sana muncul pelbagai kumpulan-kumpulan yang menyesatkan sebagai dalang-nya seperti Syi’ah, Khawarij, Tarekat-sufi, golongan Anti Hadis, Golongan yang menolak hadis ahad, golongan hududiyah, murjiah, sekularisme, feminisme, dan pelbagai lagi kumpulan-kumpulan lainnya yang jelas jauh terpesong dari manhaj ahlus sunnah wal-jama’ah yang sebenar.

Oleh itu, kami bersama sahabat-sahabat dan bekas pelajar-pelajar madinah dan arab saudi mengambil langkah dengan menganjurkan satu bentuk kem kuliah bagi menjelaskan dan memurnikan semula konsep pemahaman aqidah dan beragama untuk golongan remaja masa ini...

Anda semua dijemput, dan empat puluh (40) individu peserta terawal yang mendaftar akan kami terima untuk menyertai kem kuliah ini. Maklumat tersebut adalah seperti berikut:


Tarikh:
19 & 20 January 2008 (Sabtu & Ahad)

Masa:
10 pagi (19hb) – 12tgh hari (20hb)

Tempat:
Kawasan/Taman Rekreasi, Hutan Lipur Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. (Kemudahan Mencukupi, termasuk tempat penginapan, makanan... Kemudahan untuk ke tempat ini, dengan menaiki komuter ke station Kajang, then bas akan kami sediakan ke kem, insyaALLAH)

Kemudahan pengangkutan awam:
LRT, Bas Rapid KL.

Panel-panel/Ustaz Yang Terlibat:

- Ustaz Idris Sulaiman, (Bachelor) Universiti Islam Madinah. - Pegawai kedutaan Arab Saudi di Malaysia.

- Ustaz Rasul Dahri, (Bachelor) Ummul Quro Makkah. Pendakwah bebas & Penulis.

- Ustaz Dr. Sulaiman Nordin, (Bachelor) Ummul Quro Makkah.

- Ustaz Abu Usamah Haidhar, Yaman.

Sebahagian Skop Umum Kuliah:

- Asas-asas & Manhaj Aqidah

- Kepentingan al-Qur’an & Sunnah menurut kefahaman para salafus soleh (golongan soleh ter-awal)

- Penyimpangan aqidah dalam masyarakat

- Konspirasi Yahudi & firqah-firqah sesat Dalam Masyrakat

- Al-Wala’ wal Bara’

Bayaran RM10

Makanan Disediakan

Tempat penginapan disediakan


**Untuk maklumat lanjut & pendaftaran, boleh hubungi Saudara Abdullah Tahmin di talian hp 012-6047428

**Atau Pertanyaan secara online di nawie83@yahoo.com (Secara YM!/Yahoo Messenger) - Brother Nawawi/012-6887715

Selasa, November 13, 2007

ARKIB ARTIKEL

ARKIB ARTIKEL

---------------------
Blog an-Nawawi (an-Nawawi in Da Blog)
---------------------

01 -
Apa Kata al-Qur’an Dan Bible Tentang Nabi Isa (Jesus) Dan Kepercayaan Trinity
02 - Peribadi Soleh-Solehah - Anda Mampu Milikinya!
03 – Terlanjur Menyintai-mu (Sebuah Cerpen)
04 – Jangan Campur-campur Agama
05 - Apa Kata al-Qur’an Dan Bible Tentang Nabi Isa (Jesus) Dan Kepercayaan Trinity
06 - Antara Manchester United Dan Chelsea “Aku Sokong Siapa?”
07 – Neraca Akal Dan Nafsu – Semuanya Baik Belaka
08 – Mari Berdoa & Berzikir Menurut Petunjuk Rasulullah
09 - Jawaban Untuk Statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!”
10 – Sebuah Novel Berjudul “Ayat-Ayat Cinta”
11 - Mencari Sinar Dan Jati Diri Islami Di Kampus
12 – Kriteria Asas Sebuah Negara Islam
13 – Mentaati Pemerintah/Pemimpin Adalah Sikap Ahlus Sunnah
14 – Hakikat Taubat Menurut Ahlus Sunnah wal-Jama’ah
15 – Menasihati Pemerintah Menurut Petunjuk as-Sunnah & Larangan Memberontak
16 – The Simplest Words To Describes “What Is Islam”
17 – Sikap Ruhama (Berkasih Sayang) Dalam Berdakwah
18 – Pengurusan Masa (wal-‘Ashr)
19 – Kehebatan Iman Generasi Awal
20 – Engkau-kah Pencinta Wanita?
21 – Eh! Korek Hidung Pun Batal Puasa Ke?
22 – Adakah Mencela Lebih Baik Dari Memuji?
23 – Engkaukah Ahlus Sunnah? Sungguhkah?
24 – Islam Yang Bagaimanakah Kita Ini?
25 – Guru Sorban Besar!!!
26 – Menyelami Hakikat Cinta Bimbingan Wahyu
27 – Jangan Kau Perkecilkan Agama!!!
28 – Jalan Pulang Kepada Rahmat Allah Terbentang Luas
29 – Bernikahlah Wahai Remaja
30 – Calon Isteri Anjuran Rasulullah s.a.w.
31 – Ayah, Ibu... Nikahkanlah Kami
32 – Sikap Rakyat Terhadap Pemerintah Yang Dianjurkan Rasulullah s.a.w.
33 – Dengarkan Radio Dakwah as-Sunnah
34 – Happy Syirik! (Selamat Menyekutukan Allah)???
35 - Jadual Kuliah Aqidah, Fiqh, Hadis, Tafsir, & Tajwid di Akademi al-fakeh, Klang.
36 – (MP3 Audio) Bantahan Terhadap Ahbashy & Abu Syafiq – Oleh Abu Ruwais
37 – Rakaman Audio Daurah January 2008
38 – Keutamaan Memperbaiki Diri Sebelum Menyampaikan
39 – Hijrah Sebelum Hijrah: Tujuh Pengajaran Penting
40 – Yang Telanjang Itu Menawan?
41 – Tahun Baru Pun Boleh Jadi Tuhan?
42 – Memilih Suami Yang Soleh
43 – Benarkah Tamadun Itu Milik Islam?
44 – Cinta Dan Seks Tidak Dapat Dipisahkan
45 – Bersama Parti Orang-Orang Yang Beriman?
46 – Syari’at Islam Dalam Persoalan Penubuhan Parti, Organisasi, & Jama’ah
47 – Perpecahan Dan Penyatuan Umat
48 – Persoalan Kesempurnaan Saf Solat Bukan Perkara Kecil
49 – Sesat Dalam Cinta Dan Rindu
50 – Apa Kata Imam Ahmad Rahimahullah?
51 – Mengapa Perlu Rasa Pelik?
52 – Apabila Si Pencuri, Penzina, & Penyamun Bersyukur
53 – “Allah Tengah Buat Apa?” – Apa Punya soalan Daa…
54 – Meraih Keberkatan Dengan Iman & Taqwa
55 – Cerita Wahhabi Dengan Kawan-Kawan
56 – Petunjuk Wahyu Buat Mereka Yang Menghadapi Musibah
57 – Dia Se-Akan Sang Rasionalis
58 – Perbaikilah Solat-Solat Kita
59 – Anak-anak Permata Kurniaan Ilahi
60 – Wahyu Itulah Kebenaran
61 – Hantaran! Oh Hantaran!
62 - Pandanglah Mereka Dengan Tauhid
63 – Islam Pelbagai Versi???
64 – Aku Yang Albaniyoon atau Enta Yang Qaradhawiyoon?
65 – Jalinkan, Pelihara, Dan Suburkanlah Silatur Rahim
66 – Menghadapi Celaan Para Pencela
67 – Mendahulukan Sifat Sabar Dan Maaf Di Atas Kekhilafan
68 – Aku Ahlus Sunnah Pencinta Rasulullah
69 – Kenapa Perlu Sampai Jatuhkan Pemerintah?
70 - Ketika Pertama Kali Aku Membuka Ringkasan Kitab Sahih al-Bukhari
71 - Pemimpin Atau Rakyat?
72 - Kenapa Tidak Kita Mulakan Dari Diri Kita?
73 - Prinsip-prinsip Utama Seorang Pemimpin
74 – Pemimpin Yang Baik Lahir Daripada Masyarakat Yang Baik
75 – Doakanlah Kebaikan Buat Para Pemimpin
76 - Bila Dan Bagaimana al-Qur’an Diturunkan?
77 - Minyak Turun 20 Sen, Bersyukurkah Kita?
78 – Tatkala Ustaznya Menjadi Nabi/Rasul
79 – Hari Raya Dan Seribu Macam Kekalutan
80 – Buat Semua Di Hari Raya
81 – Tinggalkanlah Perdebatan Yang Tiada Maknanya
82 – Jangan Takut Untuk Belajar
83 – Selamat Di Atas Prinsip Salaf
84 – Apabila Agama Mengalami Evolusi
85 – Nikah Dulu Atau Bercinta Dulu?
86 – Berhala Di Rumah Dan Kedai Orang Islam
87 – Lembu Pun Ikut Sunnah?
88 – Di Mana Usaha Kita Untuk Memperbaiki Agama?
89 – Menuju Kesempurnaan Dalam Beribadah
90 -
91 -
92 -



---------------------
Blog Fiqh (Fiqh-Sunnah)
---------------------

01 –
Sejarah Kemunculan Mazhab
02 – Wasiat Para Imam Mazhab Kepada Ummah
03 – Sifat Wudhu’ Rasulullah
04 – Fadhilat & Sunnah Dalam Berwudhu’
05 – Wasiat Imam as-Syafi’e Kepada Ummah Dalam Persoalan Aqidah & Ibadah
06 – Persoalan Menghadiahkan Pahala Bacaan Qur’an Kepada Si Mati
07 – Fiqhul Waqi’
08 – Ilmu Mustholahul Hadis
09 – Hadis Dhoif & syarat-Syarat Pengamalannya
10 – Waktu Sahur & Imsak Menurut Pertimbangan as-Sunnah
11 – Larangan Isbal (Melabuhkan Kain/Seluar Melebihi Mata Kaki/Buku Lali)
12 – Larangan Isbal (Artikel Lanjutan)
13 – Persoalan Mandi Hadas/Mandi Wajib/ Mandi Junub
14 – Perihal Tatacara Sujud Syahwi Yang Benar
15 – Penilaian Semula amalan-amalan Di Bulan Rejab
16 – Fatwa Para Ulama Berkenaan Kebatilan Perayaan Nisfu Sya’aban
17 – Sambutan Nisfu Sya’aban Bukan Dari Sunnah
18 – Solat Tahajjuj & Witir Rasulullah (Ringkasan)
19 – Bersolatlah Seperti-mana Rasulullah s.a.w. Bersolat
20 – Tahlilan, Yasinan, & Kenduri Arwah Suatu Tinjauan Semula
21 – Hukum Membaca al-Qur’an Beramai-Ramai
22 – Kenduri Arwah Di Dalam Beberapa Kitab Yang Lain
23 – Sunnah Dalam Berhari Raya - Definisi
24 – Mandi & Berhias Di Hari Raya
25 – Sunnah Makan Sebelum Bersolat Hari Raya
26 – Sekitar Persoalan & Tatacara Solat ‘Ied
27 – Menunaikan Zakat Fitrah (Bahagian 1)
28 – Tiga (3) Bentuk Takbeer Hari Raya Menurut as-Sunnah
29 – Berjalan Ke Mushalla Di Hari Raya
30 – Nyanyian Di Hari Raya Yang dibenarkan
31 – Pembaziran Di Hari Raya
32 – Ucapan Yang Sunnah Di Ketika Hari Raya
33 – Bid’ah-Bid’ah Di Hari Raya
34 – Persoalan Zakat Fitrah (Bahagian 2)
35 – Bergembiralah Di Hari Raya
36 – Tuntutan Bersahur Menurut Petunjuk as-Sunnah
37 – Petunjuk as-Sunnah Dalam Berbuka
38 – Kepalsuan Hadis Fadhilat/Ganjaran Terawikh
39 – Amaran JAKIM Terhadap Penyebaran Hadis Palsu Fadhilat Terawikh
40 – Perkara-Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa
41 – Orang Yang Bermusafir/Uzur Dibolehkan Berbuka Puasa
42 – Doa Buat Wanita Yang Ikhlas
43 – Nuzul Qur’an = Malam ke-24 Ramadhan
44 – Tinggalkanlah Perkataan & Perbuatan Yang Keji/Sia-sia Ketika Berpuasa
45 – Download e-Books Berhari Raya
46 – Persoalan Seks Di Siang Ramadhan
47 – Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal
48 – Pencerahan Berkenaan Persoalan Men-Jamakkan Solat Fardhu
49 – Meng-Qasarkan (Memendekkan) Solat Fardhu
50 – Sekitar Persoalan & Amalan Wanita Yang Didatangi Haid
51 – Posisi Imam & Makmum apabila Solat Berdua Adalah Dalam Satu Saf
52 – Bagaimanakah Berwudhu’ Tanpa Menanggalkan Kasut?
53 – Tayammum – Kaedah Bersuci Menggantikan Wudhu’ & Mandi Hadas
54 – Menyelusuri Sunnah Dalam Ibadah Korban
55 – Persoalan Ittiba’ Dan Taqlid
56 –
Bermurah-murahlah Dalam Meletakkan Mahar
57 – Pembahagian Najis
58 – Taklid Buta & Taksub Kepada Mazhab
59 – Mencontohi Haji, Umrah, & Ziarah Rasulullah s.a.w.
60 – Hukum Mengangkat Tangan/Menadah Tangan Ketika Khatib Berkhubah
61 – Hadis Maudhu’
62 – Solat Istikhoroh Sebagai Satu Sarana Mendapatkan Petunjuk Terbaik
63 – Sedikit Penjelasan Berkenaan Mani, Mazi, & Wadi
64 – Persoalan Mandi Junub/Hadas/Mandi Wajib (Bahagian 2)
65 – Perkara-perkara Yang Membatalkan Wudhu’
66 – Antara Solat Hajat & Qunut Nazilah
67 – Kepalsuan Solat Hajat & Penggantinya
68 – Mari Solat Rawatib/Qabliyah Subuh
69 – Sunnah & Bid'ah Di Bulan Muharam
70 – Sunnah menggerak-gerakkan jari telunjuk
71 – Empat (4) Kaedah Memberi Salam Semasa Mengakhiri Solat
72 – Adakah Sunnah Menyapu/Mengusap Muka Selepas Solat & Selepas Berdoa?
73 – Pendirian Para Salaf Dalam Persoalan Muzik/Nyanyian Muzik
74 – Muzik – (Bantahan 1) - Benarkah Hadis Bukhari Cacat & Terputus Sanadnya
75 – Muzik – (Bantahan 2) - Benarkah Hadis Bukhari Mudhtharib
76 – Muzik – (Bantahan 3) - Pendalilan Dengan Hadis Kisah Dua Orang Gadis Kecil Untuk Membolehkan Muzik & Nyanyian
77 – Nyanyian Yangg Dibolehkan Dalam Timbangan Syari’at
78 – Pandangan Syari’at Dalam Pemeliharaan Janggut
79 – Qasarkanlah (Pendekkanlah) Solatmu Ketika Dalam Perjalanan (Musafir)
80 – Persoalan Masbuk Ketika Imam Sedang Rukuk
81 – Mengucapkan Salam
82 – Memahami Hakikat Sedekah/Infak Di Dalam Sunnah
83 – Ayuh! Kaum Muslimin Kita Bersedekah
84 – Meninjau Semula Hukum Kenajisan Khinzir
85 – Saf Di Dalam Solat: Kedudukan, Perintah, & Tuntutan
86 – Sunnahkah (Tsabitkah) Solat Sunnah Qabliyah Jumaat
87 – Solat Sunnah Tasbih
88 – Solat Sunnah Taubat
89 – Solat Tahiyatul Masjid
90 – Bersedekap Di Dada Ketika Qiyam Solat
91 – Meletakkan Sutrah (Penghadang) Ketika Solat
92 – Larangan Membuat & Menggantungkan Gambar
93 – Meyambut Kelahiran Cahaya Mata Dengan Sunnah
94 – Sunnahkah Berdoa & Berzikir Dengan Berjama’ah, Berlagu, & Meangis?
95 – Doa Istiftah
96 – Dzikir-Dzikir Selepas Solat Fardhu
97 – Men-Talqin Menurut Sunnah
98 – Meng-Qadha’ Solat Bagi Orang Yang Tertidur & Terlupa
99 - Bertakbir Dengan Suara Yang Kuat Adakah Disunnahkan?
100 – Salah Faham Terhadap Kalimah Rijsun/Rijs (Najis) Untuk Babi
101 – Adakah Arak (Khamr) Itu Najis?
102 – Najiskah Darah Manusia?
103 – Tiada Kaitan Antara Hadis Pelepah Tamar Dengan Menghadiahkan Pahala Kepada Si Mati
104 – Tsabitkah Penisbahan Kalimah Saiyidina Kepada Nabi?
105 – Menutup Hujung Malam Dengan Witr
106 – Keutamaan Di Bulan Ramadhan
107 – Keutamaan Ibadah Puasa
108 – Fadhilat Berpuasa Di Bulan Ramadhan
109 – Di Saat Menjelanya Ramadhan
110 – Diwajibkan Berniat Sebelum Berpuasa Ramadhan
111 – Waktu Untuk Bersahur
112 – Ancaman Bagi Mereka Yang Membatalkan Puasa Dengan Sengaja
113 – Berniat Puasa Sebelum Terbit Fajar
114 – Perkara-perkara Yang Wajib Dijauhi Bagi Mereka Yang Berpuasa
115 – Kemudahan dan Keringanan Di Bulan Ramadhan
116 – Tidak Mengapa Dilakukan Oleh Mereka Yang Berpuasa
117 – Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa
118 – Sunnah Ketika Berbuka Puasa
119 – Meng-Qadha’kan Puasa
120 – Makanlah Dengan Tangan Kanan
121 – Doa Sebelum & Selepas Makan
122 – Petunjuk Sunnah Ketika Menguap & Bersin
123 – Hindarilah Solat Dalam Keadaan Isbal
124 – Melafazkan Niat Untuk Beribadah – Wajib, Sunnah, atau Bid’ah?
125 –
126 –
127 –
128 –
129 –
130 –
131 –
132 –
133 –
134 –

---------------------
Blog Bahaya-Syirik
---------------------

01 –
Menangani Gejala Murtad Dengan Ilmu Aqidah Yang Sahih
02 – Menagih Kemenangan Yang Dijanjikan, Bagaimana Aqidah Ummat?
03 – Kemungkaran Kandungan Marhaban, Berzanji & I’tiqad Nur Muhammad
04 – Syarat-syarat Diterimanya Amalan
05 – Kesalahan & Kebatilan Selawat Syifa’
06 – Ustaz Uthman el-Muhammadi Menghina Imam syafi’e
07 – Persoalan Pengebom Berani Mati (sucide Bombers)
08 – Kuliah Berkenaan Manusia Kuburiyun (Pemuja Kubur)
09 – Berdoa Kepada allah Melalui Perantaraan Orang Mati
10 – Persoalan Kuburiyun (Pemuja Kubur)
11 – Tauhid Hakimiyah Punca Demonstrasi, Pemberontakan, Perpecahan & Pengkafiran
12 – Hukum Berdemonstrasi & Tunjuk Perasaan
13 – Siapakah Yang Digolongkan Sebagai Khawarij
14 – Kalam Tokoh Ikhwanul Muslimeen Yang Dibela Dr. Mohd. Asri
15 – Hukum Mengkafirkan Pemerintah Islam
16 – Demokrasi Bukan Hukum Allah
17 – Kemungkaran Yang Tidak Di-Endahkan Di Dalam Jama’ah Tablighi
18 – Element Syirik Di Dalam Lagu Far-East
19 – Element Ke-Syi’ahan Dalam Lagu Far-East
20 – Konspirasi Syi’ah Terhadap Ahlus Sunnah
21 – Sebuah Jawaban Untuk Pembela Ikhwanul Muslimeen
22 – Sesatnya Kaum Tarekat/Sufisme/Tasawuf
23 – Asal Usul Kalimah Sufi/Tasawuf
24 – I’tiqad Kaum Sufi/Tarekat/Tasawuf
25 – Kepercayaan Syirik & Khurafat Dalam Tasawuf
26 – Doktrin Sufi/Tarekat/Tasawuf Membahayakan Aqidah Ummat
27 – Amalan & Doktrin Kaum Tarekat
28 – Mengapa Tarekat Kesufian Bertentangan Dengan Syara’?
29 – Islam Mengakui Wujudnya Keramat (Karomah)
30 – Teori Fana, Ittihad, & Hulu di Dalam Sufi
31 – Syara’ Menggalakkan Zuhud Bukan Tasawuf
32 – Contoh Video Berkenaan Sufi/Tarekat/Tasawuf Terlampau
33 – Ustaz Rasul Dahri Membongkar Hakikat Tarekat/sufi/Tasawuf
34 – Di Antara Aqidah Imam as-Syafi’e & Golongan Wahhabiyah
35 – Mengapa Kita Wajib Menolak Syi’ah?
36 – Mengenali Siapakah Syi’ah?
37 – Benarkah Syi’ah Adalah Pengikut Ahlul Bait Rasulullah?
38 – Syi’ah Adalah Musuh Besar Umat Islam!!!
39 – Lima Strategi asas Syi’ah Dalam Berhujjah
40 – Melihat Semula Ayat-Ayat Qur’an Yang Dijadikan Hujjah Oleh Syi’ah
41 –
Penyelewengan Syi’ah Terhadap Tafsiran Ayat 5: 55
42 – 10 Tahun Syi’ah Telah Mempengaruhi (Parti Islam Se-Malaysia) PAS?
43 – Penyelewengan Syi’ah Terhadap Ayat 42: 23
44 – Hukum Merayakan Perayaan Orang Kafir
45 – Bolehkah Membuat Ramalan Dengan Bintang (Zodiak/Horoskop)
46 – Pendedahan Penyimpangan Dalam Kitab Fadhail Amal (Bahagian 1)
47 – BAHAYA PEMIKIRAN HASAN AL-BANNA DI DALAM KITAB-KITABNYA
48 – Bahaya Pemikiran Sayyid Qutub
49 – Membantah Syubhat Buku “Islam Liberal – Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong”
50 – Pertanyaan & Bantahan Buat Sohibus Somahah Dr. Mohd. Asri
51 – Milik Dr. Mohd. Asri - "Buku Islam Liberal..." - Buku Ini Yang Kami Bantah
52 – Bilakah Mengumpat (Ghibah) Dibenarkan?
53 – Kitab Berzanji & Kesyirikan Di Dalamnya
54 – 10 Fatwa Imam Syafi’e Yang Perlu Diketahui
55 – Konspirasi Yahudi (Goyem)
56 – Ekslusif!!! Pengaruh Sufi/Tarekat/Tasawuf (Video)
57 – Ayat Seribu Dinar Sebagai Penangkal???
58 – Pemberontakan & Mencela Pemerintah – Syi’ar Kaum Khawarij Zaman-Berzaman
59 - Masih Tidurkah PAS?
60 – Akhbar Harakah – Mengapa Masih Menggunakan Taurat?
61 – Fatwa-Fatwa Dangkal Dari Orang-Orang (Pendukung) PAS
62 – Apakah Orang-Orang PAS Tidak Mengenal Syi’ah?
63 – Mengenali & Meninjau Pemikiran Anti Hadis
64 – Mengenali 4 Methode (Kaedah) Penafsiran al-Qur’an Oleh Golongan Anti Hadis
65 – Membedah Syubhat-Syubhat Utama Golongan Anti Hadis
66 – Mengenali & Meninjau Pemikiran Anti Hadis (Qur’aniyun)
67 – Merungkai Beberapa Persoalan Tentang Hadis/Sunnah Yang Ditimbulkan Oleh Golongan Anti Hadis
68 – Menjawab Tohmahan & Fitnah Zamihan al-Ghari Terhadap I’tiqad Ahli Sunnah wal-Jama’ah
69 – Menapa Tokoh-tokoh Syi’ah Dipanggil Sebagai Ulama?
70 – Sistem Demokrasi: Sebuah Kupasan Dari Sudut Pandang Syari’at
71 – Terabainya Syari’at Hasil Sebuah Demokrasi
72 – al-Ahbash: Their History and Their Beliefs
73 – The Habashies Weighted On The Scales the Sharee’ah
74 – Ustaz Rasul Bercerita Tentang Fahaman al-Ahbash
75 –
76 –
77 –


---------------------
Blog Aqidah & Manhaj
---------------------

01 –
Menyelami Manhaj Aqidah & Fenomena Perpecahan Yang Dijanjikan
02 – Memahami Dasar-Dasar Dalam Ber’aqidah
03 – Mengenali Rubbubiyah Pencipta Dalah Bertauhid
04 – Menyelami Konsep Uluhiyah & Ubbudiyah Yang Benar
05 – Agama Yahudi, Kristian, Dan Selainnya
06 – Mengenali allah Dengan Mengimani Asma’ wa Sifat-Nya
07 – Allah Bersemayam (Istawa’) Di ‘Arsy
08 – Ringkasan al-Wala’ wal Bara’
09 – Mengatur Cinta & Taat (al-Wala’) Serta Bagaimana Melepaskan Kebencian (al-Bara’)
10 – Perbahasan Tentang Iman (Part 1)
11 – Perbahasan Tentang Iman (Part 2)
12 – Hal-Hal Yang Membatalkan Iman
13 – Hukum Pelaku/Pembuat Dosa Besar
14 – Ringkasan Umum Terhadap Beberapa Firqah Yang Sesat
15 – Membedah Pemikiran Khawarij
16 – Kesan Maksiat Terhadap Iman
17 – Beriman Kepada Yang Ghaib
18 – Beriman Kepada Allah
19 – Beriman Kepada Malaikat
20 – Beriman Kepada Kitab-Kitab Allah
21 – Beriman Kepada Para Rasul
22 – Beriman Kepada Hari Akhir (Bahagian 1)
23 – Beriman Kepada Hari Akhir (Bahagian 2)
24 – Qadha’ & Qadar Suatu Perbahasan
25 – Syarat-Syarat Diterimanya Amalan
26 – Pengaruh Iman Dalam Kehidupan
27 – Hakikat Cinta Kepada Nabi Muhammad
28 – Apakah Tujuan Makhluk Diciptakan?
29 – Penyimpangan Dalam Kehidupan Manusia
30 – Syirik, Definisi, Dan Jenisnya
31 – Kufur, Definisi, Dan Jenisnya
32 – Kewajiban Ittiba’ (Mencontohi) Rasulullah s.a.w.
33 – Golongan Yang Selamat
34 – Memahami Pengertian Bid’ah
35 – Kewajiban mencintai dan mengangungkan rasul
36 – Di-Anjurkan Berselawat Ke Atas Nabi s.a.w.
37 – Keutamaan Ahlul Bait
38 – Keutamaan Para Sahabat Rasulullah s.a.w.
39 – Permasalahan Maksud “Tangan Allah di atas tangan mereka”
40 – Permasalahan Dalam Memahami Sifah “Ma’iyah (kebersamaan)” Allah Dengan Makhluk-Nya
41 – Permasalahan Dengan Maksud “Dan Kami Lebih Dekat Kepadanya Daripada Urat Lehernya.” 42 – Definisi Ahli Sunnah Menurut Para Ulama-nya (Secara Ringkas)
43 – MANHAJ/PRINSIP GENERASI AWAL (salafus soleh) DALAM MENGAMBIL AQIDAH, IBADAH, DAN AGAMA
44 – MERUNGKAI SIAPAKAH AHLUS SUNNAH WAL-JAMAAH MENURUT DEFINISINYA
45 – KAROMAH PARA WALI MENURUT PEGANGAN AHLUS SUNNAH
46 – KARAKTERISTIK AHLUS SUNNAH WAL-JAMA’AH
47 – AKHLAK DAN BUDI PEKERTI AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH
48 – Istiwa-nya Allah
49 – Orang Yang Beriman Dari Generasi Terdahulu
50 – Kufur, syirik, Murtad, & Nifak
51 – Riya’
52 – Mengungkit-ngungkit Kebaikan
53 – Mendustakan Taqdir
54 – Melanggar Batasan (Hukum) Allah Dalam Keadaan Rahsia
55 – al-Asma’ wa Sifat – Isyarat Anggota Tanpa Tasybih, Tajsim, & Tamtsil
56 – Ancaman & Bahaya Bid’ah
57 – Benarkah Bid’ah Terbahagi Dua?

58 - Prinsip ath-Thoifah al-Mantsurah
59 – Petikan-Petikan Kata Para Imam Sebagai Pedoman & al-Firqotun Naajiyah
60 – (Bahagian 1) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
61 – (Bahagian 2) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
62 – (Bahagian 3) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
63 – (Bahagian 4) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
64 – (Bahagian 5) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
65 – (Bahagian 6) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
66 – (Bahagian 7) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
67 – (Bahagian 8) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
68 – (Bahagian 9) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
69 – (Bahagian 10) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
70 – (Bahagian 11) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
71 – (Bahagian 12) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
72 – (Bahagian 13) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
73 – (Bahagian 14) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
74 – (Bahagian 15) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
75 – Syarat-Syarat Asas Diterimanya Amalan
76 – (Bahagian 16) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
77 – (Bahagian 17) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
78 – (Bahagian 18) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
79 – (Bahagian 19) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad80 – (Bahagian 20) – Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad