“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Sabtu, Disember 27, 2014

Doa-doa Anjuran Nabi Ketika Tertimpa Kesusahan, Bencana, dan Kesedihan

Doa-doa Anjuran Nabi Ketika Tertimpa Kesusahan, Bencana, dan Kesedihan

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengajarkan kepada kita beberapa doa tatkala berhadapan dengan kesusahan, bencana, musibah, atau kesedihan. Yang mana seandainya doa-doa ini dipanjatkan kepada Allah dan diamalkan dengan benar, nescaya Allah akan mengabulkannya sama ada cepat (di dunia) mahupun tertunda (di akhirat), Allah akan memberikan ganjaran pahala kepada yang mengamalkannya, menambahkan kedekatan dengan Allah, menjadi motivasi bagi yang mengamalkannya, mendatangkan ketenangan kepada hati, dan merawat jiwa yang gundah atau hampir putus harap dengan kembali mempererat tautan dan kebergantungan hanya kepada-Nya.

Ikuti artikel sepenuhnya di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=11943

Khamis, Disember 25, 2014

Hikmah di Balik Musibah

Hikmah di Balik Musibah

Abu Numair Nawawi bin Subandi
www.ilmusunnah.com

Hampir setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun, dan mungkin saat ini, pasti ada sahaja sesuatu yang datang kepada kita, kepada keluarga kita, kepada sahabat-sahabat kita mahupun sesiapa sahaja dari insan yang kita kenali atau pun tidak. Yang berada berdekatan mahupun yang jauh jaraknya dari lokasi kita berada. Suatu perkara yang datang dalam bentuk yang adakalanya tidak kita sangka-sangka. Sama ada dalam bentuk peristiwa, harta atau kemewahan, kesakitan, demam, kegembiraan, dan mungkin juga termasuklah perubahan fenomena alam.

Hakikat dan realitinya, dalam kehidupan kita sebagai manusia yang merupakan hamba Allah, iaitu hamba kepada Rabb yang Maha Pencipta dan yang Mengatur sekalian Alam, kita pasti tidak akan lepas dari menerima atau mengalami pelbagai jenis cubaan, ujian, dan mungkin juga fitnah mahu pun musibah.

Malahan, ujian dan pelbagai jenis cubaan itu sendiri adalah merupakan sunnatullah. Yang mana Allah sendiri telah menyatakan bahawa Dia akan menguji kita dengan sesuatu yang sama ada disenangi mahu pun yang sebaliknya iaitu dari hal-hal yang dibenci.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji dengan keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (ujian). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.” (Surah al-Anbiya’, 21: 35)

Baca artikel penuh di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=9967

Khamis, Disember 04, 2014

Banyak Beramal Dengan Iringan Rasa Khauf (Takut)

Banyak Beramal Dengan Iringan Rasa Khauf (Takut)

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Bahawa ‘Aisyah isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang ayat ini:

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ

“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut (kerana mereka tahu sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka)...” (Surah Al-Mu’minun, 23: 60)

Tanya ‘Aisyah:

أَهُمُ الَّذِينَ يَشْرَبُونَ الخَمْرَ وَيَسْرِقُونَ؟

“Adakah mereka itu orang-orang yang meminum al-khamr (arak) dan pencuri?”

Jawab Nabi:

لَا يَا بِنْتَ الصِّدِّيقِ، وَلَكِنَّهُمُ الَّذِينَ يَصُومُونَ وَيُصَلُّونَ وَيَتَصَدَّقُونَ، وَهُمْ يَخَافُونَ أَنْ لَا تُقْبَلَ مِنْهُمْ {أُولَئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ

“Tidak wahai binti Shiddiq, tetapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, bersolat, dan bersedekah. Mereka takut jika amal-amal mereka tidak diterima. “Merekalah orang yang berlumba-lumba dalam kebaikan, dan merekalah orang yang awal (mendapatkannya).” (Surah Al-Mu’minun, 23: 61).” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3175)

Baca selengkapnya di website kami » http://www.ilmusunnah.com/banyak-beramal-dengan-iringan-rasa-khauf-takut/

Hukum Ikhtilath Di Tempat Kuliah

Hukum Ikhtilath Di Tempat Kuliah

Al-Ustadz Dzulqarnain Al-Makassari

Tanya:
Bagaimana halnya apabila ada yang kuliah di tempat ikhtilath, bagaimana kalau ada akhwat yang sengaja meninggalkan kuliahnya untuk belajar sunnah, kerana dia merasa apa yang dipelajari di kampus tidak dapat sejalan dengan sunnah rasul. Tapi di sisi lain ia berlawanan pula dengan (harapan) keluarga yang masih berharap besar pada kuliahnya dengan dalih masa depan. Syukran. Mohon nasihatnya.

Baca selengkapnya di » http://www.ilmusunnah.com/ikhtilat-di-tempat-kuliah/

Menolak Kebenaran Adalah Bentuk Kesombongan

Menolak Kebenaran Adalah Bentuk Kesombongan

Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah
www.ilmusunnah.com

Dari hadis ‘Abdullah Ibn Mas’oud, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar zarrah.”

Seorang lelaki bertanya, “Sesungguhnya orang lelaki menyukai apabila bajunya bagus dan kasutnya juga baik?”

Rasulullah pun berkata, “Sesungguhnya Allah itu indah, Dia menyukai yang indah. Kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah terhadap manusia.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 91)

Baca kupasan selengkapnya di website kami » http://www.ilmusunnah.com/menolak-kebenaran-adalah-bentuk-kesombongan/

Tips dan Terapi Agar Mampu Meninggalkan Muzik dan Nyanyi-nyanyian

Tips dan Terapi Agar Mampu Meninggalkan Muzik dan Nyanyi-nyanyian

Abu Numair
www.ilmusunnah.com


Ini adalah siri terakhir dari beberapa siri terdahulu bagi perbahasan nyanyian dan muzik untuk ilmusunnah.com.

Artikel terdahulu boleh dicapai dari pautan berikut: Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4, Bahagian 5, Bahagian 6, Bahagian 7.

Baca selengkapnya di website kami » http://www.ilmusunnah.com/tips-dan-terapi-agar-mampu-meninggalkan-muzik-dan-nyanyi-nyanyian/

Siapakah Orang Berilmu?

Siapakah Orang Berilmu?

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Orang yang paling berilmu adalah orang yang bertauhid, iaitu orang yang dengan ilmunya menjadikan dia mengabdi dan beribadah, cinta, berharap, dan takut hanya kepada Allah (dengan haq). Inilah ukuran keilmuan sebagaimana disebutkan dalam banyak dalil.

Sebaliknya, orang yang paling jadil dan bodoh pula adalah orang yang meninggalkan dari mempelajari ilmu-ilmu tauhid, berbuat syirik dan bid’ah, serta kafir terhadap Allah Ta’ala. Walaupun ramai orang yang menyanjung dan menganggap orang-orang musyrik, ahli bid’ah, dan orang-orang kafir ini sebagai orang yang genius, bijak dan cerdas!
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
“Allah mempersaksikan bahawasanya tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan hanya Dia, para Malaikat dan ORANG-ORANG YANG BERILMU (juga menyatakan yang demikian), yang menegakkan dengan keadilan (yakni tauhid). Tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan hanya Dia, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 18)

Baca artikel ini selengkapnya di website kami » http://www.ilmusunnah.com/siapakah-yang-paling-berilmu/

Khabar Gembira Buat Suri Rumah Sepenuh Masa

Khabar Gembira Buat Suri Rumah Sepenuh Masa

Abu Numair Nawawi bin Subandi
www.ilmusunnah.com

Secara ringkasnya, artikel ini hanya bertujuan untuk menyenaraikan beberapa keutamaan kaum wanita khasnya seorang isteri yang melazimi rumah suaminya sebagaimana yang terdapat pada dalil-dalil Al-Qur’an dan Al-Hadis, insyaaAllah. Sekaligus bagi menjelaskan tempat, posisi, dan profesi terbaik seorang wanita yang solehah.

Di mana pada hari ini sebagaimana kita maklum dan tanpa tersembunyi, telah menjadi suatu kelaziman dan kebiasaan bagi seorang wanita untuk keluar bekerja bersama-sama kaum lelaki. Sehingga terdapat suatu tanggapan tidak baik dari kalangan masyarakat hari ini apabila seorang wanita itu tidak bekerja, maka mereka pun dianggap sebagai wanita yang tidak mampu bersaing, tidak berdaya maju, tidak punya wawasan, tidak mengenang jasa ibu bapa, dan dianggap kolot lagi tidak berkembang mindanya.

Sedangkan apa yang dituntut di dalam agama bersesuaian....

Baca artikel ini selengkapnya di website kami » http://www.ilmusunnah.com/khabar-gembira-buat-suri-rumah-sepenuh-masa/