“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Selasa, November 30, 2010

Gelaran Ulama Hanya Untuk Ulama

Gelaran Ulama Hanya Untuk Ulama

Abu Numair Nawawi B. Subandi



Penggunaan kalimat ulama di sisi kita bukanlah suatu yang asing. Gelaran ulama dalam kalangan masyarakat kita hari ini banyak diguna untuk penjenamaan tertentu seperti kepimpinan ulama, ulama tradisional, persatuan ulama, dewan ulama, ulama muda, dan yang seumpamanya. Sejauh manakah kefahaman kita terhadap kalimat “ulama” dan siapakah sebenarnya yang tepat untuk dimaksudkan sebagai ulama? Lebih tidak enak, sejak akhir-akhir ini, nampak seakan-akan begitu mudah meletakkan gelaran ulama kepada sesiapa sahaja dalam rangka meraih populariti, publisiti dan tujuan-tujuan yang amat meragukan.

Dalam sejarah era para sahabat, Khalifah ‘Ali radhiyallahu ‘anhu pernah mengerahkan tentera memerangi sekumpulan manusia (Khawarij) yang mana mereka yang diperangi ini memiliki sifat tekun beribadah seperti rajin solat malam, selalu berpuasa, dan begitu hebat bacaan al-Qur’annya. Disebutkan juga riwayat tentang ibadah-ibadah yang mereka lakukan adalah jauh lebih hebat mengatasi ibadah para sahabat. Namun, kumpulan manusia tersebut tetap diperangi dan dihapuskan atas beberapa sebab yang kritikal iaitu menyelisihi manhaj para sahabat dalam memahami agama dan berpisah dari ketaatan terhadap pemerintah (menjadi pemberontak).

Ini sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa tekun beribadah semata-mata bukanlah sebuah jaminan bahawa seseorang itu berada di atas landasan yang benar, apatah lagi untuk meletakkan mereka di dalam barisan alim ulama. Sabdanya:

يَخْرُجُ فِيكُمْ قَوْمٌ تَحْقِرُونَ صَلَاتَكُمْ مَعَ صَلَاتِهِمْ وَصِيَامَكُمْ مَعَ صِيَامِهِمْ وَعَمَلَكُمْ مَعَ عَمَلِهِمْ وَيَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ

“Akan datang kepada kamu suatu kaum yang kamu akan merasa rendah apabila solat kamu dibandingkan dengan solat mereka, puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka, dan amal-amal kamu dibandingkan dengan amal-amal mereka. Mereka membaca al-Qur’an (tetapi) tidak melepasi kerongkong. Mereka keluar dari batas-batas (disiplin) agama seperti anak panah menembus keluar dari tubuh sasarannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 15/485, no. 4670)

Pernahkah pula kita menekuni kisah imam Malik bin Anas, imam Ahmad bin Hanbal, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah, dan beberapa ulama lainnya yang berfatwa dari dalam penjara? Jika kita perhatikan dari kisah mereka, bukankah ia juga dapat menterjemahkan kepada kita bahawa kriteria seseorang ulama itu bukanlah semestinya mereka berada di dalam barisan Majlis Fatwa Negara, Dewan Ulama, atau pun yang menyandang jawatan-jawatan khas hal ehwal agama tertentu di dalam negaranya. Bahkan pernah terjadi di zaman mereka ini orang-orang yang menyandang jawatan keagamaan adalah dari kalangan sesat berfahaman Jahmiyah dan Muktazilah yang menyelewengkan begitu banyak perkara-perkara agama.

Dari itu, apakah kriteria-kriteria yang tepat untuk menunjukkan seseorang itu sebagai manusia yang layak dipanggil atau digelar ulama? Sekaligus tidaklah setiap pihak atau individu bermudah-mudah dalam mengkategorikan sesiapa sahaja yang disukainya sebagai ulama yang wajar dijadikan sebagai contoh atau ikutan (diambil pendapatnya) dan berhak mengeluarkan fatwa (menyelesaikan masalah masyarakat dan umat Islam).

Seorang tabi’in besar, Muhammad B. Sirin rahimahullah (Wafat: 110H) berkata:

إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِينٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ

“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shahih Muslim, 1/33)

Kriteria seseorang ulama yang paling utama adalah paling takut dan paling taat kepada Allah, disebabkan mereka sangat mengenali Allah Subhanahu wa Ta’ala, nama-nama-Nya, dan sifat-sifat-Nya berdasarkan ilmu yang benar. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya dari kalangan hamba Allah yang paling takut (tunduk) kepada-Nya adalah para ulama (orang-orang yang berilmu).” (Surah Fathir, 35: 28) juga firman-Nya (yang bermaksud), “Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”.” (Surah az-Zumar, 39: 9)

Dari ayat di atas, Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu menyatakan:

العالم بالرحمن مَنْ لم يشرك به شيئا، وأحل حلاله، وحرم حرامه، وحفظ وصيته، وأيقن أنه ملاقيه ومحاسب بعمله

“Syarat bagi seseorang untuk dikatakan sebagai alim (berilmu) tentang Allah yang Maha Pengasih di antara hamba-hamba-Nya adalah tidak mensyirikkan Allah, menghalalkan dan mengharamkan sebagaimana yang ditetapkan Allah, menjaga dan memelihara tuntutan dan kehendak Allah, meyakini bahawa Allah akan menemuinya dan menghisap amal perbuatannya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/544)

Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H) berkata, “Di antara sifat para ulama adalah banyak meneliti tentang ilmu berkaitan amal yang berkaitan dengan perkara-perkara yang mampu menjadikan amal-amal itu rosak, mengotorkan hati, dan menimbulkan keragu-raguan. Kerana asal amalan itu adalah dekat dan mudah, tetapi yang sukar adalah bagi menjadikannya bersih. Sementara ushul agama adalah menjauhi dari segala bentuk keburukan. Dan tidak dapat menjauhi keburukan melainkan dengan apabila dia mengetahuinya. Dan sebahagian lagi sifat para ulama adalah sentiasa meneliti rahsia amal-amal berkaitan syari’ah dan mengamati hukum-hakamnya. Sehingga mereka mengetahui dengan mendalam sebab-musabab sesuatu hukum itu berada di dalam agama. Kemudian, termasuk sikap mereka juga adalah mereka sentiasa megikuti jejak langkah para Sahabat dan generasi terbaik dari kalangan Tabi’in serta mereka menjauhi segala bentuk perkara baru dalam agama (bid’ah).” (Ibnu Qudamah, Mukhtashar Minhajul Qashidin, m/s. 26 – Maktabah Daar al-Bayaan)

Keduanya, ulama itu adalah mereka yang mewarisi dan menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berupa al-Qur’an, hadis-hadis dan sunnahnya bersertakan kefahaman yang benar (faqih). Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahu pun dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Maka, sesiapa yang mengambil ilmu tersebut, benar-benar dia telah mendapat bahagian yang sangat besar.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 49/10, no. 3157. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Berkata Ibnu Hibban rahimahullah (Wafat: 354H):

في هذا الحديث بيان واضح أن العلماء الذين لهم الفضل الذي ذكرنا هم الذين يعلمون علم النبي صلى الله عليه وسلم دون غيره من سائر العلوم ألا تراه يقول: "العلماء ورثة الأنبياء" والأنبياء لم يورثوا إلا العلم وعلم نبينا صلى الله عليه وسلم سنته فمن تعرى عن معرفتها لم يكن من ورثة الأنبياء

“Dalam hadis ini terdapat penjelasan yang sangat jelas bahawa ulama yang memiliki keutamaan yang kami ulas adalah mereka yang mengajarkan ilmu Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sahaja, bukan yang mengajarkan ilmu-ilmu lain. Bukankah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, “Ulama adalah pewaris para nabi” dan para nabi tidak mewariskan apa pun melainkan ilmu dan ilmu Nabi kita Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah sunnahnya. Sesiapa pun yang tidak mengetahui sunnah, maka bukanlah pewaris para nabi.” (Shahih Ibnu Hibban, 1/291, tahqiq Syua'ib al-Arna'uth)

Ilmu di sini adalah meliputi sehingga kepada seluruh cabang-cabang ilmu dalam agama, sama ada aqidah, hadis, tafsir, fiqh, atsar para sahabat dan termasuklah penguasaan bahasa (bahasa arab). Dan ilmu tersebut dibawa pula oleh orang-orang yang terpercaya sebagaimana hadis berikut:

يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين وتأويل الجاهلين

“Ilmu agama ini akan terus dibawa oleh orang-orang yang adil (terpercaya dan bukan fasiq) dari generasi ke generasi, yang selalu berjuang membersihkan agama dari penyelewengan maksud-maksud agama, pendustaan orang-orang sesat yang mempergunakan nama agama, dan pentakwilan agama yang salah yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, ath-Thabrani, dan ath-Thahawi. Al-Albani menyatakan, “Hadis ini masyhur tetapi diperselisihkan keabsahannya.” (Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 69) Lihat juga: al-Albani, Misykah al-Mashabih, 1/53, no. 248)

Dari itu, mereka yang menyampaikan segala sesuatu yang tidak terdapat dalam sunnah-sunnah Rasulullah dengan menyandarkannya atas nama agama atau sunnah, maka tindakan tersebut memerlukan kepada penelitian dan perincian kerana takut-takut ianya termasuk ke dalam ciri-ciri penyebar dan pembuat bid'ah (mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama).

Sebab itulah Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) mengatakan:

واعلم أن العلم ليس بكثرة الرواية والكتب ولكن العالم من اتبع الكتاب والسنة وإن كان قليل العلم والكتب ومن خالف الكتاب والسنة فهو صاحب بدعة وإن كان كثير الرواية والكتب

“Dan fahamilah bahawa ilmu itu bukanlah dengan banyaknya riwayat dan kitab, tetapi yang dikatakan sebagai ‘aalim (orang yang berilmu) itu adalah orang yang mengikuti ilmu dan sunnah walaupun hanya sedikit ilmu dan kitabnya. Sesiapa yang menyalahi al-Kitab dan as-Sunnah maka (secara umumnya) dia adalah ahli bid’ah walaupun ilmu dan kitabnya banyak.” (Syarhus Sunnah, m/s. 45, no. 81)

Seterusnya, ulama memiliki ilmu yang mendalam terhadap agama dan mampu menganalisa serta merungkaikan kepelbagaian persoalan agama dan ilmu-ilmunya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ وَمَا يَعْقِلُهَا إِلا الْعَالِمُونَ

“Dan itulah contoh-contoh yang kami buat untuk manusia, dan tiada yang memahaminya melainkan orang-orang yang berilmu.” (Surah al-Ankabut, 29: 43)

Abu Qasim al-Ashbahani rahimahullah (Wafat: 425H) memberitahu kepada kita, “Bahawasanya ahli kalam (golongan pemikir atau ahli falsafah) tidaklah termasuk ulama. Para ulama Salaf (terdahulu) berkata, “Seseorang tidak boleh menjadi imam di dalam agama sehingga dia memiliki kriteria berikut, 1 - Memahami bahasa arab berserta pelbagai perkara yang berhubung dengannya termasuk menguasai makna-makna syair arab, 2 - memahami perbezaan pendapat di antara para ulama atau ahli fiqh, 3 - seorang yang berilmu, 4 - mengerti tentang i’rab (tatabahasa arab dari kata per kata), 5 - memahami al-Qur’an berserta bacaan-bacaannya dan perbezaan di antara para qurra’ (para periwayat bacaan al-Qur’an), 6 - menguasai tafsir sama ada berkaitan ayat-ayat muhkam (yang jelas) atau pun mutasyabihat (yang samar-samar), yang nasikh (yang memansuhkan) mahu pun yang mansukh (yang dimansuhkan) serta pelbagai kisah di dalamnya, 7 - memahami hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dapat membezakan di antara yang sahih dan sebaliknya, yang bersambung atau pun terputus, hadis-hadis mursal dan sanad-sanadnya, yang masyhur, dan yang gharib, 8 - serta mengetahui perkataan-perkataan (atsar) para Sahabat radhiyallahu ‘anhum, 9 – kemudian dia wajib wara’, menjaga diri, jujur, terpercaya, membina (mengeluarkan) pendapat dan agamanya berpandukan kitabullah dan sunnah Rasul-Nya”.” (Tsaqil Shalfiq al-Qasimi, Sallus Suyuf wal Asinnah ‘ala Ahlil Hawa wa Ad’iya’ as-Sunnah, m/s. 85-86. Terjemahan/Terbitan Pustaka as-Sunnah)

Dengan ilmu tersebutlah kemudiannya orang-orang yang berilmu dari kalangan ulama ini menegakkan tauhid dan menegakkan keadilan (al-haq). Iaitu dengan tidak menyembunyikan ilmu serta sentiasa menyebarkan kebenaran dengan cara mengajar, menerapkan nilai-nilai agama, mengajak kepada kebaikan, dan melarang manusia dari segala bentuk kemungkaran di atas prinsip-prinsipnya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ وَالْمَلائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ

“Allah menyatakan bahwasanya tiada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian).” (Surah Ali ‘Imran, 3: 18)

Yang terakhir, dengan kriteria dan keilmuan tersebutlah masyarakat menjadikan mereka sebagai tempat rujukan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala agar kita sentiasa merujuk kepada orang yang mengetahui (berilmu). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

“Bertanyalah kamu kepada ahluz zikri (orang yang berilmu iaitu dari kalangan ulama) apabila kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nahl, 16: 43)

Ibnu Qutaibah rahimahullah (Wafat: 276H) berkata, “Sekiranya masalah yang rumit di antara kedua perkara tersebut dikembalikan kepada orang yang berilmu yang memahami al-Qur’an dan as-Sunnah, maka jelaslah bagi mereka manhaj tersebut dan jalan keluarnya pun menjadi luas, tetapi ada sesuatu yang menghalang mereka, iaitu sibuk mencari kekuasaan, suka mengikut keyakinan dan perkataan-perkataan saudara-saudaranya.” (Tsaqil Shalfiq al-Qasimi, Sallus Suyuf wal Asinnah ‘ala Ahlil Hawa wa Ad’iya’ as-Sunnah, m/s. 83. Terjemahan/Terbitan Pustaka as-Sunnah)

Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) mengatakan:

إذا كان عند الرجل الكتب المصنفة فيها قول رسول الله - واختلاف الصحابة و التابعين فلا يجوز أن يعمل بما شاء ويتخير فيقضي به ويعمل به حتى يسأل أهل العلم ما يؤخذ به فيكون يعمل على أمر صحيح

“Jika di hadapan seseorang itu ada beberapa kitab yang disusun di mana di dalamnya mengandungi perkataan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, pendapat-pendapat yang berbeza dari kalangan para sahabat dan tabi’in, maka dia tidak boleh mengamalkan, memilih, dan memutuskan sesuatu pendapat berdasarkan kehendaknya (semata-mata), tetapi dia perlu bertanya terlebih dahulu kepada ahlul ilmi (para ulama) tentang apa yang harus dia ambil sehingga dia dapat bertindak berdasarkan suatu pendapat yang sahih.” (I’lam al-Muwaqqi’in, 1/44)

Demikianlah beberapa kriteria yang dapat diungkapkan dari beberapa sumber rujukan berkenaan ciri-ciri ulama yang dengannya supaya kita tidak bermudah-mudah menobatkan seseorang sebagai ulama atau mengangkat perkataan sesiapa sahaja atas tiket gelaran ulama tanpa asas yang tepat. Bahkan kitalah yang perlu bersama-sama duduk bersimpuh menuntut ilmu kepada para ulama yang memiliki ciri-ciri pewaris Nabi serta berhati-hati kepada sesiapa sahaja yang sering mendabik dada bahawa dirinya adalah ulama, terutamanya dalam rangka meraih populariti politik demokrasi akhir-akhir ini. Tidaklah dinamakan sebagai ulama orang-orang yang mempergunakan agama untuk mengkritik, mencela, mengumpat, dan mengaibkan pemerintah walaupun kebanyakan orang menggelarkannya sebgai ulama. Sebaliknya sikap suka mengkritik, mencela, mengumpat, dan mengaibkan pemerintah adalah sebahagian ciri-ciri ahli bid’ah dari kalangan khawarij.

Tidak juga dikatakan sebagai ulama kepada mereka yang pantang ditanya terus berfatwa itu dan ini tanpa landasan fakta yang boleh dipertanggungjawabkan (dari al-Qur’an dan as-Sunnah di atas kefahaman ahlus sunnah wal-jama’ah).

Sehingga Imam Malik rahimahullah (Wafat: 179H) yang merupakan seorang tokoh dan bintang kepada para ulama menegaskan pendiriannya:

ما أفتيت حتى شهد لي سبعون أني أهل لذلك

“Aku tidak berfatwa sehinggalah tujuh puluh orang (ulama) mengakui bahawa aku layak berfatwa.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 8/96)

Imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) pula menyatakan:

لا يحل لأحد أن يفتي في دين الله إلا رجلا عارفا بكتاب الله بناسخه ومنسوخه ومحكمه ومتشابهه وتأويله وتنزيله ومكيه ومدنيه وما أريد به ويكون بعد ذلك بصيرا بحديث رسول الله ص - وبالناسخ والمنسوخ ويعرف من الحديث مثل ما عرف من القرآن ويكون بصيرا باللغة بصيرا بالشعر وما يحتاج إليه للسنة والقرآن ويستعمل هذا مع الإنصاف ويكون بعد هذا مشرفا على اختلاف أهل الأمصار وتكون له قريحة بعد هذا فإذا كان هكذا فله أن يتكلم ويفتي في الحلال والحرام وإذا لم يكن هكذا فليس له أن يفتي

“Seseorang tidak boleh memberikan fatwa dalam permasalahan agama melainkan bagi seseorang yang memiliki pengetahuan tentang al-Qur’an, sama ada berkaitan ayat nasikh dan mansukhnya, ayat muhkamat dan mutasyabihatnya, tafsir dan sebab turunnya, ayat makiyah dan madaniyahnya, dan setiap isi kandungannya. Setelah itu dia wajib mengetahui hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sama ada hadis nasikh atau mansukhnya, dan dia wajib mengetahui hadis tersebut sebagaimana dia mengetahui al-Qur’an serta perlu menggunakan perkara tersebut dengan adil. Kemudian dia wajib mengetahui perbezaan pendapat orang-orang yang berilmu (para ulama) dari pelbagai penjuru lalu mendalaminya. Apabila telah seperti itu, maka dibolehkan baginya untuk mengemukakan pendapat dan memberikan fatwa dalam persoalan halal dan haram. Seandainya tidak seperti itu, maka tidak boleh baginya untuk berfatwa.” (I’lam al-Muwaqqi’in, 1/46)

Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) pula menyatakan:

ينبغي للرجل إذا حمل نفسه على الفتيا أن يكون عالما بالسنن عالما بوجوه القرآن عالما بالأسانيد الصحيحة وذكر الكلام المتقدم

“Wajib bagi seseorang yang meletakkan dirinya sebagai pemberi fatwa untuk mengetahui (dengan mendalam) tentang as-Sunnah, mengetahui (dengan mendalam) kepelbagaian ilmu al-Qur’an, sanad-sanad yang sahih, dan pendapat (perkataan-perkataan) orang-orang terdahulu.” (I’lam al-Muwaqqi’in, 1/46)

Ahad, November 28, 2010

Memurnikan Citra Cinta Buat Kekasih

Memurnikan Citra Cinta Buat Kekasih




Secara fitrahnya, memang manusia tidak dapat dipisahkan dari sifat cinta, rindu, benci, marah, suka, dan sayang. Sifat-sifat inilah yang menjadikan kita bernama manusia. Ditambah dengan keistimewaan akal kurniaan Ilahi dan tubuh anggota yang sempurna. Dicukupkan pula dengan panduan (agama) dalam mengharungi setiap perjalanan dan liku-liku kehidupan. Cukup istimewa kita ini.

Dalam citra hidup ini, sekadar cinta tidak akan mampu membuahkan kebahagiaan dan tujuan sebenar kehidupan. Cinta itu punya panduan dan disiplin juga. Bukan hanya sekadar perasaan dan mainan jiwa. Lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan cinta kepada Tuhan.

Janganlah kita seumpama kaum Nashara yang disesatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala walau mengaku cinta kepada-Nya. Lantaran keluar dari disiplin cinta mengakui Tuhan itu “Tiga dalam satu”. Sehingga hampir-hampir langit terpecah, bumi terbelah, dan gunung berantakan kerana kalimat “Tuhan memiliki anak” disuarakan. Maha Suci Allah dari semua itu dan Allah sendiri menyatakan bahawa Allah itu Maha Esa dan tidak punya anak apatah lagi diperanakkan. Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, melainkan akan datang kepada Allah sebagai seorang hamba.

Jangan pula kita menjadi seperti golongan yahudi yang dimurkai oleh Allah akibat cintanya yang berdolak-dalih kepada Allah. Banyak bertanya dan mempersoalkan apa yang bukan urusan.

Citra cinta Yahudi dan Nashara tidak berakhir begitu sahaja. Mereka menjadi lebih sesat apabila mengubah-suai dan mereka-reka isi kitab yang diturunkan kepada mereka buat panduan. Seolah-olah mereka lebih bijak dari Tuhan yang menurunkan kitab. Walhal, merekalah golongan yang rugi kerana meninggalkan petunjuk dan menukarnya dengan kesesatan.

Allah berfirman tentang perbuatan mereka ini (maksudnya), “Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakan, “Ini dari Allah”, (dengan tujuan) untuk memperolehi keuntungan yang sedikit dengan perbuatan tersebut. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka akibat apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Baqarah, 2: 79)

Suatu yang membimbangkan apabila tradisi kaum Yahudi dan Nashara tersebut pada zaman ini telah diikuti oleh sebahagian umat Muhammad. Ini adalah sebagaimana apa yang dilakukan oleh kelompok Syi’ah sebagai kelompok sesat yang paling ketara kesesatannya dan telah diwartakan pula kesesatannya tersebut oleh Jabatan Agama dan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Fatwa di negara kita. Mereka ini mengubahsuai al-Qur’an dan mereka-reka hadis-hadis baru sehingga tampak jelas keluar dari methodologi syara’. Mengaku cintakan Allah dan Rasul sehingga membenci generasi manusia terbaik yang diperakui oleh al-Kitab dan as-Sunnah. Mengaku cintakan Tuhan, sehingga mempertuhankan imam-imam mereka. Tidak ubah seperti Yahudi yang mempertuhankan rahib-rahib dan para pendeta. Mengaku cintakan Nabi dan Ahlul Bait (keluarga Nabi), sehingga membenci, mencaci, bahkan sanggup mengkafirkan orang-orang yang dicintai Nabi dari kalangan para sahabat radhiyallahu ‘anhum. Begitulah sebahagian sikap syi’ah dalam beragama. Takiyah (kepura-puraan) atas nama Islam adalah rukun utama dalam memukau masyarakat supaya menerima idea pemikiran mereka. Sekiranya kita melihat jauh ke negara yang dibanggakan oleh mereka, acara-acara meratap dan penyembahan kubur bukan lagi perkara aneh. Mereka mengaku cintakan al-Husein dan Saidina Ali radhiyallahu ‘anhu, sehingga setiap tahun diadakan acara peringatan, tangisan, dan ratapan besar-besaran dengan memukul-mukul dan mencederakan tubuh sempena pesta khas hari Asyura di tanah perkuburan Karbala. Hakikatnya, al-Husein dan Ali berlepas diri dari semua tindakan tersebut. (Fatwa-fatwa berkaitan kesesatan Syi’ah antaranya boleh dirujuk di website Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM - http://www.e-fatwa.gov.my/)

Manakala Nabi yang menyampaikan syari’at sedikit pun tidak pernah mendidik kita supaya melakukan perkara-perkara tersebut. Di zaman Nabi bersama-sama para sahabatnya bukan sedikit manusia ternama yang wafat sama ada dari kalangan keluarga, anak isteri, atau para syuhada, tetapi sedikitpun tidak pernah terdapat walau satu sunnah yang menganjurkan perkara tersebut sebagaimana amalan kelompok sesat syi’ah. Jangankan ratapan dan pesta peringatan, majlis tahlil dan doa selamat pun tidak pernah para sahabat lakukan. Ini semua patut dikembalikan kepada apa yang telah dicontohkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Cuma kebimbangan yang patut kita rasai adalah apabila fahaman syi’ah ini kelihatan mula berkembang dan tersebar di negara kita dengan subur. Ini dapat dilihat melalui blog-blog di internet, sebahagian karya-karya kreatif seperti novel, dan tulisan-tulisan di media-media tertentu. Termasuk bergerak secara senyap dan halus melalui parti-parti politik tertentu yang bergerak atas nama perjuangan agama. Sedangkan Majlis Fatwa telah mewartakan supaya apa-apa jua bahan yang memiliki ideologi Syi’ah yang boleh membawa kepada penyebarannya adalah dilarang sama sekali. (Rujukan: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-fahaman-syiah-0)

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman (maksudnya), “Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka): “Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Dan Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 3: 31)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan dalam tafsirnya:

هذه الآية الكريمة حاكمة على كل من ادعى محبة الله، وليس هو على الطريقة المحمدية فإنه كاذب في دعواه في نفس الأمر، حتى يتبع الشرع المحمدي والدين النبوي في جميع أقواله وأحواله، كما ثبت في الصحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: مَنْ عَمِلَ عَمَلا لَيْسَ عليه أمْرُنَا فَهُوَ رَدُّ

“Ayat yang mulia ini menghukumi setiap mereka yang mengaku mencintai Allah tetapi mereka tidak mengikuti petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alahi wa Sallam. Maka jelaslah bahawa pengakuannya itu hanya merupakan suatu pendustaan sehinggalah mereka mengikuti syari’at Muhammad dan agama nabawi di dalam setiap ucapan dan perbuatannya. Ini adalah sebagaimana tsabit dari kitab ash-Shahih daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang melakukan suatu amal yang tidak ada perintahnya dari kami, maka amalan tersebut tertolak (tidak diterima).” (Hadis Riwayat Muslim).” (al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'an al-‘Adzim, 2/32)

Begitu jugalah dengan kita yang mengaku mencintai Rasul bernama Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sungguh tidak kena dan pelik apabila ada di antara kita yang menzahirkan cinta kita hanya setahun sekali dengan berpesta perarakan dan bernyanyi lagu berzanji tanpa mengambil inisiatif menghidupkan sunnah-sunnah yang benar yang lebih utama lagi prioriti. Iaitu sunnah-sunnah yang menetapkan keteguhan aqidah dan tauhid. Menjauhi syirik dan membersihkan pelbagai bentuk kefahaman yang mencemarkan ketulenan aqidah Islam. Mengembalikan kemurnian dalam beragama kepada prinsip-prinsip agama yang kuat di atas landasan ilmiyah al-Qur’an dan as-Sunnah sebagaimana yang difahami oleh Ahlus Sunnah wal-Jama’ah yang dirintis oleh para ulama generasi awal umat Islam.

Jangan kita menjadi seumpama pemuda yang mengaku cinta seorang gadis, lalu dibuktikan dengan mengajaknya ke taman-taman bunga berpeleseran sehigga ajak beraksi adegan cumbu. Tidak kurang juga yang terus sesat ke bilik-bilik hotel melepaskan geram cinta hawa nafsu membelakangkan disiplin cinta syar’i. Apakah begini munasabahnya citra cinta sepasang kekasih? Bukankah agama meletakkan disiplin cinta teruna dan dara dengan pernikahan?

Demikianlah ibarat untuk sebahagian kita yang sanggup mereka-cipta dan mengada-adakan corak peribadatan yang baru atas nama meraih cinta berdasarkan akal dan menolak kebijaksanaan Allah 'Azza wa Jalla selaku pembuat syari’at yang disampaikan oleh seorang Nabi yang benar lagi amanah. Janganlah kita alpa sehingga membiarkan diri dihanyutkan nafsu dan akal fikiran sendiri yang disangkanya maha pandai. Realitinya, kita sendiri harus tahu Dia itulah yang Maha bijaksana, yang menciptakan langit dan bumi, yang menurunkan syari’at, dan yang mengatur makhluk-Nya dari langit ke tujuh di atas ‘Arsy-Nya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mewasiatkan kepada umatnya,

أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

“Aku wasiatkan kepada kamu supaya sentiasa mendengar dan taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba hitam (Habsyi). Kerana sesungguhnya, sesiapa yang hidup setelah pemergianku, nescaya akan melihat banyaknya perselisihan. Oleh itu, hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham. Jauhilah oleh kamu terhadap perkara yang baru (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan (dalam agama) itu adalah sesat.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 12/211, no. 3991. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Dalam sebuah pepatah arab disebutkan, “Janganlah kita umpama si Majnun (si gila) yang mengaku mencintai Laila, hakikatnya Laila sedikit pun tidak pernah mengenali Majnun.”

Maksudnya, sekadar cinta tidak akan memadai. Tetapi perlu direalisasikan dengan disiplin dan bimbingan wahyu, supaya citra cinta kita kepada-Nya menjadi sempurna dan mampu meraih ganjaran Syurga sebagai sebuah destinasi cinta kekal abadi. Wallahu a’lam...

Khamis, November 25, 2010

Jauhi Syiah - Menyesal Dahulu Pendapatan

Jauhi Syiah - Menyesal Dahulu Pendapatan


Demonstrasi Melampau Syi'ah Di Perkarangan Masjid Nabawi Sambil Menghina Para Sahabat Nabi

“Menyesal Dahulu Pendapatan, Menyesal Kemudian Tiada Gunanya”, inilah pepatah yang sangat sesuai kepada mereka yang enggan mendengar nasihat dan teguran ulama Ahli Sunnah wal Jamaah supaya menjauhi agama Syiah Rafidah dan pengikutnya demikian juga mereka yang tegar atas slogan ‘Taqrib’ atau mendekatkan mazhab di antara Sunni dan Syiah.

Pendedahan demi pendedahan berkenaan jenayah Syiah Rafidah terhadap negara-negara Sunni semakin jelas dan para pendakwah Taqrib terutamanya Ikhwanul Muslimin semakin kepanasan dan barangkali sudah terbakar di dalam. Apakan tidak, sejak peristiwa Syiah Saudi menginjak kubur para Sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, radhiyallahu 'anhum di al-Baqi’ al-Gharqad dan demonstrasi melaknat Saidina Umar bin al-Khathtab radhiyallahu 'anhu di perkarangan Masjid al-Nabawi, segala akidah Syiah Rafidah yang keji dan najis itu telah tampak sejelas-jelasnya.

Jika dahulu pernah saya bedebat dengan seorang siswa yang terpengaruh dengan akidah Ikhwaniah, dia begitu berani dalam keadaan jahil menyatakan saya memfitnah Syiah bahawa mereka mencela Sahabat Nabi. Ungkapan bahawa ‘saya memfitnah Syiah’ merupakan ucapan yang menggelikan hati mana-mana pelajar jurusan agama yang mempelajari akidah Syiah ini. Demikianlah begitu beraninya seorang jahil ingin menegakkan ‘kebenaran’ menurut sangkaannya - semoga Allah memberinya hidayah.

Namun, sekarang akidah Syiah sudah terang lagi bersuluh, kebanyakan kita mungkin telah melihat sendiri rakaman demonstrasi Syiah di Masjid al-Nabawi dan tindakan mereka menginjak perkuburan Sahabat di al-Baqi’.

Kemaraan Syiah dalam negara Mesir dan Saudi Arabia amat membimbangkan dan negara-negara Islam perlu bersatu hati melawan kerajaan kafir majusi Iran yang telah banyak menyusahkan Umat Islam sejak ditubuhkan pada 1979. Ayat Syaitan Khomeini al-Iblisi memulakan kerajaannya dengan menghantar para pendemonstrasi Syiah yang melakukan pencemaran di al-Baqi’ al-Gharqad pada musim haji tahun tersebut kemudian kali ini demonstrasi datang daripada warga Saudi sendiri.

Apabila perang Gaza meletus, parti Hizbullah (milik Syiah) yang dilahirkan secara haram antara Iran dan Syria ini enggan melancarkan walau sebutir peluru ke kawasan Isareli namun sekarang terbongkar rahsianya menyeludup pelbagai bahan letupan ke bumi Mesir untuk melakukan aktiviti keganasan di Sinai (Lembah Sina’).

Laman sesawang Difa’ anis Sunnah melaporkan pada 11 April 2009 bahawa agensi risikan Mesir berjaya menumpaskan aktiviti keganasan Hizbullah dalam Mesir melalui penahanan seorang Syiah Lubnan yang merupakan ahli Hizbullah, Sami Shihab yang telah memasuki negara Mesir menggunakan pas pelancong semenjak November tahun lepas.

Turut ditangkap adalah 6 orang lagi anak didiknya yang kesemuanya menerima latihan untuk melancarkan adegan teroris (keganasan) dalam bumi Mesir yang mensasarkan kapal-kapal dagang di terusan Suez dan kawasan pelancongan. Mereka turut merancang untuk melancarkan serangan pada 29 Januari lalu dan isyarat serangan terkandung dalam ucapan berapi-api pemimpin mereka yang kafir, Hasan Nasrallah, yang mengecam Mesir berhubung isu pembukaan sempadan Rafah.

Ini sekaligus membuktikan bahawa Hizbullah hanya beromong kosong semasa beriya-iya menyatakan sokongan kepada Hamas sedangkan segala senjata digunakan untuk melancarkan serangan ke atas negara Islam Mesir bukan ke atas negara kafir Yahudi.

Apa yang menyedihkan, antara ahli Hizbullah yang ditangkap ini adalah warga Palestin yang mana ketika para pejuang Palestin sedang mempertahankan tanah air mereka daripada pencerobohan Yahudi mereka pula sibuk merancang serangan ke atas negara Islam Mesir. [lihat berita di: http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/931/ ].

Laman sesawang yang sama juga melaporkan bahawa Hasan Nasrallah telah mengaku bahawa Sami Shihab memang dihantar oleh beliau untuk kononnya menyeludup bekalan kepada pihak Hamas di Palestin bukan untuk membuat kekacauan dan menyebarkan Syiah. Namun, kenyataan Hasan Nasrallah ini menjadi habuk apabila pihak Hamas menafikan mempunyai apa-apa hubungan dengan pihak Hizbullah Mesir ini.

Pihak al-Ikhwan al-Muslimun melalui Musyrif Am Risalah Ikhwan Mesir, Ibrahim Munir mempertahankan penjenayah-penjenayah Hizbullah ini malah menuduh kerajaan Mesir memaksa mereka membuat pengakuan. Kenyataan yang senada disuarakan Dr. Isam Aryan yang berpendapat tindakan Hizbullah adalah demi Palestin dan keselamatan Mesir.

Namun, jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menafikan Hamas mengetahui apa-apa mengenai perkara ini bahkan mereka hanya mendapat berita melalui media sahaja dan menegaskan Hamas tidak akan melatih tenteranya di luar bumi Palestin. [Lihat: http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/933/ ].

Pada 12 April 2009, laman sesawang yang sama memetik daripada laman Mufakkiratul Islam bahawa tertuduh yang terlibat dalam rancangan tindak teroris di Mesir mengaku bahawa mereka menerima latihan daripada pegawai yang ada kaitan dengan pihak berkuasa Iran.

Dilaporkan bahawa amalan keganasan yang dirancang juga meliputi membunuh beberapa orang penting dalam kerajaan Mesir dan terdapat dua orang pegawai kerajaan Iran turut terlibat dalam rancangan teroris ini. Kerajaan Iran memang telah sedia dimaklumi merupakan pemilik sebenar Hizbullah kerana pemimpin utama Hizbullah adalah Ayatullah Ali Khomaini, Pemimpin Tertinggi Iran.

Setiausaha Agung Hizbullah, Hasan Nasrallah dalam kenyataan balasnya menyatakan bahawa Hizbullah adalah rakan karib Iran dan mereka berbangga dengan hubungan tersebut. Hizbullah sebelum ini telah meletakkan garis panduan bahawa mereka adalah sebahagian daripada rakyat ‘Wilayatul Faqih’ Iran.

Pihak Diplomasi Mesir turut mengesan keterlibatan pihak Qatar, negara Arab yang menjadi sekutu rapat Iran dan Syria serta tidak dilupakan, Amerika Syarikat, dalam usaha menggugat keamanan Mesir ini berikutan pengesahan bahawa Sami Shihab memasuki Mesir melalui Qatar dan pihak Mesir tidak menolak kemungkinan hubungan diplomatik Mesir dan Qatar akan terputus jika perkara ini benar. [ http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/938/ ].

Pada 15 April 2009, laporan menyatakan bahawa ketua pengganas Hizbullah Mesir, Sami Shihab telah menghantar permohonan maaf kepada Hasan Nasrallah di atas apa yang berlaku dan kebocoran maklumat mengenai kegiatan mereka di Mesir yang membawa kepada kegagalan terhadap segala rancangan.

Sami Shihab melalui peguamnya menyatakan bahawa mereka tetap setia dengan Hizbullah dan meminta maaf kerana gagal menjalankan tanggungjawab yang diberikan serta kesal atas kebocoran maklumat dan pengakuan yang dilakukan. [ http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/950/ ].

Pada 19 April 2009, berita di laman sesawang yang sama memetik daripada Mufakkritul Islam, pihak al-Azhar al-Syarif mengumumkan menghentikan sebarang hubungan dengan Iran dan Hizbullah. Syed Tantawi, Syeikhul Azhar, ketika berucap di hadapan pelajar al-Azhar cawangan Asyut menyeru para pelajar menjauhi sebarang pertubuhan yang hendak menghancurkan Islam mengisyaratkan kepada Hizbullah.

Al-Azhar yang asalnya adalah sebuah Universiti Syiah telah ditukar menjadi institut Sunni oleh kerajaan Ayyubiah semasa Dinasti Abbasiah. Sultan Salahuddin pada permulaan pemerintahan baginda telah menutup al-Azhar kerana menyebarkan fahaman Syiah.

Syed Tantawi mengumumkan bahawa sebarang aktiviti Taqrib (Mendekatkan) antara Sunni dan Syiah yang dilaksanakan al-Azhar selama ini dihentikan dan sebarang permohonan Masyikhah daripada pihak Iran tidak akan diterima.

Sumber al-Azhar juga menegaskan bahawa mereka tidak akan menerima mana-mana pelajar Iran dalam bidang Master dan Ph.D di al-Azhar kerana dibimbangi mereka akan menjadi perisik bagi kerajaan Iran. [ http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/971/ ].

Pada 27 April 2009, Pihak Ikhwan al-Muslimun tidak dapat lagi menahan bahang kejadian ini lalu Mursyidul Am Ikhwan, Mehdi Akif terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa apa-apa pandangan daripada pihak anggota Ikhwan yang menyokong Syiah adalah pandangan peribadi demikian juga pandangan yang mengkritik Syiah.

Berlaku polemik hebat antara dua tokoh Ikhwan, Nada dan Ghazlan apabila Nada sebelum ini menyatakan bahawa pemikiran Ikhwani berpendapat Syiah adalah kaum muslimin dan boleh beribadat dengan mazhab Syiah. Ghazlan, tokoh kanan Ikhwan juga mengkritik pandangan Nada ini dan menuduh Nada menyebarkan fahaman Syiah serta menyeru beliau supaya bertaubat.

Nada masih mempertahankan pandangannya dan melihat bahawa mereka yang menolak pandangan beliau terhadap Syiah sebagai orang yang melihat kepada kulit dan pelampau yang enggan memahami maksud sebenarnya.

Timbalan Mursyidul Am, Muhammad Habib pula enggan mengulas berhubung polemik dua tokoh utama parti itu dan menyatakan tidak perlu mengulasnya di media. [ http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/1011/ ].

Demikianlah ringkasan rentetan peristiwa kekacauan yang ditimbulkan pihak kafir Syiah di Mesir. Peristiwa yang penuh hikmah ini membawa rahmat kepada Ahli Sunnah wal-Jamaah Salafiah yang selama ini teguh dengan prinsip mereka menolak sebarang bentuk persahabatan dengan pihak Syiah dan Iran.

Lihatlah betapa dua pejuang utama pendekatan antara Sunni dan Syiah, al-Azhar dan Ikhwanul Muslimun menjadi tersepit dalam hal ini kerana kedegilan mereka menerima nasihat daripada Ulama Salafi sebelum ini.

Apa yang dapat kita katakan kepada dua kumpulan ini adalah, Sesal dahulu pendapatn sesal kemudian tiada gunanya. Maka eloklah mereka bertaubat sebelum keadaan menjadi lebih rumit dan kembalilah kepada Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar bersesuaian dengan kefahaman al-Salaf al-Soleh.

Mehdi Akif yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang angkuh bahawa Ikhwan akan terus menyokong kewujudan Iran di Mesir dan menyatakan bahawa Syiah dan Sunni sama-sama menuju ke syurga hari ini telah sesak nafas dengan keadaan yang berlaku.

Mehdi juga sebelum ini pernah menyatakan bahawa Ikhwan Muslimin semenjak zaman al-Banna tidak pernah berganjak daripada prinsip pendekatan Sunni-Syiah mereka hari ini mula nampak betapa sesatnya manhaj yang dibawa olehnya yang secara tidak langsung akan membawa kehancuran pertubuhan itu sendiri.

Ingatlah firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran, 3: 118 & 119].

Ayat ini jelas melarang kita menjadikan kaum kafir sebagai teman rapat terutama kaum munafiqin dan Syiah Rafidah merupakan kaum munafiqin yang Allah janjikan kepada mereka neraka yang paling bawah.

Janganlah kita lupa apa yang pernah dilakukan kaum ini sepanjang sejarah terutama pembunuhan Saidina Usman bin Affan radiallahu anhu dan peperanagn Jamal dan Siffin yang semaunya berpunca daripada rencana jahat kaum syaitan ini. Wallahua’lam.

DITULIS OLEH:

MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI,
4 JUMADI AL-ULA 1430 H, 29 APRIL 2009.

APABILA AL-IKHWAN AL-MUSLIMUN MEMBUKA NIQABNYA

APABILA AL-IKHWAN AL-MUSLIMUN MEMBUKA NIQABNYA

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Pergerakan al-Ikhwan al-Muslimun merupakan satu nama yang terkenal dan tersohor dalam kalangan mereka yang aktif dalam politik Islam dan pertubuhan NGO Islam seperti PAS, JIM, ISMA, ABIM dan seumpamanya.

Pertubuhan yang mempunyai cawangan di serata dunia ini memang mendapat tempat yang besar dalam kalangan Hizbiyyun atau mereka yang berpartai dan berorganisasi politik beralas nama Islam kerana manhaj atau kaedah dan metode pergerakan Ikhwan al-Muslimun menjadi metode dan manhaj mereka juga.

Namun, sejauh mana manhaj al-Ikhwan al-Muslimun ini bertepatan dengan Islam yang sebenar yakni Manhaj dan Akidah al-Salaf al-Soleh ia semakin boleh dipertikaikan. Ini berikutan artikel Yusuf Nida (atau Nada), bekas Pegawai Hubungan Antarabangsa pergerakan tersebut yang menjelaskan bahawa al-Ikhwan al-Muslimun menganggap Syiah Rafidah adalah saudara se-Islam.

Dalam makalah beliau berjudul: “Kita dan Syiah”, menjelaskan bahawa Khilaf di antara Sunni dan Syiah adalah sebagai perkara furu’ atau perkara cabang, bukan dalam usul akidah. Boleh diumpamakan Khilaf dalam isu fiqah antara imam-imam yang empat dalam mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Yusuf Nida dalam makalah beliau ini menggariskan manhaj Ikhwan Muslimun dalam bermuamalah (bergaul) dengan kelompok Syiah Rafidah terutama Iran. Antaranya yang dinyatakan beliau adalah harusnya berta'abbud (beribadah) menggunakan mazhab Syiah.

Yusuf Nada mengakui bahawa Ikhwan menolak tindakan mengkafirkan Sahabat dan Ummul Mukminin, namun selepas itu menegaskan pula bahawa khilaf antara Sunni dan Syiah hanyalah dalam perkara furu’ atau ranting bukan dalam masalah Usul atau asas Islam. Ini satu keajaiban (yang pelik), Yusuf Nada seolah-olah menjadikan masalah al-Wala’ wal Bara’ sebagai masalah furu’ sehingga dalam hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam baginda bersabda, “Ikatan Iman yang peling teguh adalah cinta dan benci kerana Allah” [Riwayat Ahmad].

Yusuf Nada juga menjadikan masalah fiqah itu sebagai masalah furu’ keseluruhannya sedangkan tidak semua masalah fiqah itu furu’ bahkan ada yang usul seperti solat, puasa, zakat, haji, dan jihad. Ini semua adalah perkara Usul agama bahkan solat, puasa, zakat, dan haji adalah daripada rukun Islam dan jihad pula Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sifatkan sebagai ‘Puncak Tertinggi Islam’.

Mana mungkin kita boleh beriktikad (berkeyakinan) seperti iktikad Syiah Imamiah bahawa tidak ada Jihad kecuali bersma Imam Maksum yakni Imam 12 mereka. Adakah dengan ini Ikhwan hendak membatalkan kesahihan jihad para Khalifah Bani Umayyah dan Abbasiyah? Bahkan Jihad Salahuddin al-Ayyubi menentang Salibiyyin?

Kita juga tahu bahawa Syiah dalam solat mereka sentiasa melaknat Saidina Abu Bakar, Umar, Usman, Saidatina Aisyah, dan Hafsah radiallahu 'anhum. Maka adakah Ikhwan ingin mengatakan perbuatan ini sebagai Khilaf Furu’? Sedangkan dalam mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah, tidak semua khilaf dalam furu’ itu tidak diiktraf bagaimana pula kita hendak mengiktiraf khilaf dalam masalah akidah?

Yusuf Nada menyatakan juga bahawa Khilaf Syiah hanya sebuah khilaf siasi (politik) iaitu berkenaan Imamah dan Khilafah. Maka jelas dalam manhaj Ikhwan ini mereka berfahaman Sekular atau memisahkan politik daripada agama. Tidak kah beliau sedar bahawa masalah Imamah ini dibincangkan Ulama Ahli Sunnah dalam Usul Iktikad mereka? Bahkan mempertikaikan kesahihan Khilafah Abu Bakar dan Umar radhiyallahu 'anhuma adalah melanggar ijmak para Sahabat dan menolak hadis-hadis sahih yang jelas menunjukkan Khilafah yang empat secara urutan.

Yusuf Nada dalam nada yang lebih jahat telah menyatakan bahawa “Antara yang telah ditetapkan dalam pemikiran Ikhwani adalah Saidina Ali bin Abu Talib lebih baik daripada pengganti beliau yang menukar Khilafah Rasyidah kepada pemerintahan Raja yang sukar (zalim)”. Ini adalah tuduhan celupar kepada Saidina Muawiyah radhiyallahu 'anhu sebagai Raja yang zalim sedangkan dimaklumi bahawa pemerintahan Muawiyah adalah Kerajaan Rahmat.

Atas pendedahan sebenar Ikhwan al-Muslimun ini, kita dapat melihat betapa mereka tidak mempunyai akidah yang jelas bahkan sentiasa mengikut mutasyabihat (kesamaran). Golongan seperti inilah yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam daripada kita mengikuti mereka. Amat jelas bahawa manhaj Ikhwani bukanlah manhaj Islam tetapi manhaj batil dan bercampur dengan akidah kufur seperti Rafidah dan Ilmaniyyah (sekular). Wallahua’lam.

Rujukan:

http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/739/

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=45436&SecID=391

Jumaat, November 12, 2010

Konsep al-Jama’ah Mendepani Fitnah Perpecahan

Konsep al-Jama’ah Mendepani Fitnah Perpecahan

http://an-nawawi.blogspot.com/

Di kala fitnah perpecahan melanda, rata-rata melupakan sebuah kalimat besar yang kian dipinggirkan. Di ketika masyarakat berlumba-lumba mengangkat kumpulan masing-masing, mereka lupa merujuk khazanah agung rahsia sebuah perpaduan. Iaitu rahsia perpaduan dan kekuatan milik agama ini sebagaimana yang difahami oleh ahlus sunnah wal-jama’ah sejak generasi awal hingga kini. Sehingga mungkinkah, sebahagian besar masyarakat hari ini anti perpaduan melacak perpecahan menjadi lebih parah?

Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman (maksudnya), “Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai. Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu di ketika dahulu (di masa jahiliyyah) kamu saling bermusuhan, maka Allah telah menyatukan hati kamu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 103)

Ayat ini turun berkenaan dengan kaum Aus dan Khazraj, menyorot keadaan mereka di masa jahiliyyah yang sering berperang sesama sendiri, bermusuhan, rasa dengki yang meluap-luap, dan dendam yang tidak pernah surut sehingga mengakibatkan saling berbunuhan serta pelbagai lagi bentuk pertempuran yang tiada sudahnya. Maka, Allah pun mendatangkan Islam lalu mereka menerimanya dan jadilah mereka golongan yang bersaudara, saling mencintai kerana Allah, saling menjalin persaudaran, dan tolong-menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan. Allah berfirman (maksudnya), “Allah-lah yang memperkuatkan kamu dengan pertolongan-Nya dan dengan orang-orang yang beriman dan yang menyatukan hati mereka. Walaupun kamu menghabiskan semua kekayaan yang ada di bumi ini, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka, akan tetapi Allah-lah yang telah menyatukan hati mereka.” (Surah al-Anfal, 8: 62-63)

Demikianlah apa yang Allah telah menjadikan sebab kepada sebuah perpaduan. Jadi, yang dimaksudkan dengan tali Allah dalam ayat di atas tadi adalah dengan berpegang teguh kepada agama Allah yang diperintahkan-Nya kepada kita supaya sentiasa memelihara perpaduan, persaudaraan, dan kesepakatan di atas kebenaran serta tunduk dengan seluruh perintah-Nya sebagaimana yang Dia nyatakan dalam Kitab-Nya. Sekaligus larangan untuk bercerai-berai dan keluar dari ketetapan-ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dalam fitnah perpecahan yang terus memuncak dalam kalangan umat Islam sehingga hari ini, para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah sebenarnya telah lama menyebutkan kaedah dan prinsip untuk mendepani semua ini. Di antaranya, Imam ath-Thahawi rahimahullah (Wafat: 321H) telah menetapkan dengan katanya, “Kami berprinsip untuk tetap bersama jama’ah umat Islam sebagai sebuah kebenaran, manakala perpecahan adalah sebuah penyimpangan dan kesesatan.” (Rujuk: Matan Aqidah ath-Thahawiyah)

Maksud al-jama’ah di sini dapat difokuskan kepada dua bentuk. Iaitu pertamananya adalah jama’ah (kumpulan) kebenaran yang melazimi manhaj dan methodologi para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam beragama sehingga hari kiamat. Ini adalah jama’ah kebenaran yang umat Islam wajib untuk berpegang dengannya dan tidak dibenarkan untuk menyelisihinya supaya tidak tersesat dalam mengambil kefahaman agama. (Rujuk: Melazimi Manhaj Para Sahabat Elak Perpecahan) Manakala maksud keduanya adalah jama’ah (kumpulan) umat Islam yang telah bersepakat dalam mengangkat seorang pemimpin (muslim) yang kepadanya mereka memberikan ketaatan dalam urusan pentadbiran hal-ehwal umat Islam dan kepimpinan negara.

Dengan dua maksud al-jama’ah itulah kemudiannya Imam ath-Thabari rahimahullah (Wafat: 310H) menegaskan dengan menukil perkataan Imam Qatadah katanya,

ولا تفرّقوا واذكروا نعمة الله عليكم"، إنّ الله عز وجل قد كره لكم الفُرْقة، وقدّم إليكم فيها، وحذّركموها، ونهاكم عنها، ورضي لكم السمعَ والطاعة والألفة والجماعة، فارضوا لأنفسكم ما رضى الله لكم إن استطعتم، ولا قوّة إلا بالله

“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla tidak menyukai adanya perpecahan terhadap kamu. Allah telah menjelaskannya kepada kamu, memberi peringatan tentang perpecahan, dan melarang kamu dari terlibat dengannya (perpecahan). Sebaliknya Allah meredhai bagi kamu kepatuhan dan ketaatan, perpaduan, dan al-jama’ah. Oleh sebab itu, redhailah untuk diri kamu sedaya-upaya apa sahaja yang telah Allah redhai bagi kamu. Dan bahawasanya tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah.” Kemudian ath-Thabari menyebutkan pula perkataan Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu,

يا أيها الناس، عليكم بالطاعة والجماعة، فإنها حبل الله الذي أمرَ به، وإنّ ما تكرهون في الجماعة والطاعة، هو خيرٌ مما تستحبون في الفرقة

“Wahai manusia, tetaplah kamu dalam mentaati pemerintah, dan bersatulah dengan al-jama’ah, kerana keduanya adalah tali Allah yang telah Dia perintahkan untuk dipelihara. Sungguh, apa sahaja yang kamu benci dalam al-jama’ah dan ketaatan akan lebih baik dari apa yang kamu cintai dalam perpecahan.” (Tafsir ath-Thabari, 7/74-75. Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir)

Dan hadis yang paling masyhur dalam persoalan fitnah perpecahan ini adalah hadis yang datang daripada Hudzaifah Ibnul Yaman radhiyallahu ‘anhu di ketika beliau bertanyakan tentang keburukan,

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di masa jahiliyyah dan keburukan, lalu Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah setelah kebaikan ini ada keburukan?” Rasulullah menjawab, “Benar, akan tetapi terdapat asap (kesamaran) padanya.” Aku bertanya, “Apakah asap (kesamaran) tersebut?” Beliau bersabda, “Iaitu orang-orang yang mengambil petunjuk selain daripada petunjukku. Engkau mengenali mereka dan mengingkarinya.” Aku bertanya, “Adakah setelah kebaikan itu ada lagi keburukan?” Beliau bersabda, “Benar, para penyeru kepada pintu-pintu jahannam. Sesiapa yang menyambut mereka maka mereka akan mencampakkannya ke dalam jahannam (kebinasaan).” Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami.” Beliau menjawab, “Mereka berkulit sama seperti kita dan berbicara dengan bahasa kita.” Aku bertanya, “Apakah yang engkau perintahkan kepadaku sekiranya aku bertemu dengan situasi seperti itu?” Beliau menyatakan, “Hendaklah kamu tetap bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka.” Aku bertanya, “Bagaimana sekiranya tidak ada jama’ah dan tidak pula ada pemimpin bagi umat Islam?” Beliau menjawab, “Jauhilah kelompok-kelompok itu semuanya walaupun engkau tinggal dengan menggigit akar kayu sehingga kematian datang menjemput dalam keadaan engkau seperti itu.”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Fitan, 21/478, no. 6557)

Hadis yang mulia ini adalah dalil yang sangat jelas dalam persoalan mentaati pemerintah umat Islam. Lebih-lebih lagi dalam fenomena dan fitnah perpecahan yang sering melanda umat Islam hari ini. Kerana dengan tetap di atas prinsip inilah kita akan selamat dari perangkap dan syubhat para penyeru fitnah perpecahan tersebut. Walaupun yang menjadi pemimpin kita ketika itu adalah orang yang zalim dan fasiq. Ini adalah sebagaimana yang telah disebutkan melalui tulian-tulisan sebelum ini.

Dalam hadis tersebut juga mengandungi sanggahan kepada golongan yang beranggapan bahawa memisahkan diri dari jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka di ketika berlakunya fitnah atas alasan mahu memperbaiki masyarakat (rakyat). Kefahaman yang menyatakan bahawa apabila berlaku masalah dan pergolakan barisan kepimpinan negara, hendaklah membina kelompok baru dan kumpulan-kumpulan pembangkang bagi menyelesaikannya, maka sebenarnya ia adalah bentuk-bentuk kefahaman yang songsang, kaedah berfikir yang sesat, serta merupakan suatu bentuk tindakan yang sangat jauh menyimpang dari apa yang disarankan oleh Allah dan Rasul-Nya sebagaimana yang telah ditegaskan oleh para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah.

al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (Wafat: 852H) menyatakan di ketika mensyarahkan hadis di atas ini dengan katanya bahawa,

وبالدعاة على أبواب جهنم من قام في طلب الملك من الخوارج وغيرهم والى ذلك الإشارة بقوله الزم جماعة المسلمين وامامهم يعني ولو جار ويوضح ذلك رواية أبي الأسود ولو ضرب ظهرك وأخذ مالك وكان مثل ذلك كثيرا في امارة الحجاج ونحوه قوله تلزم جماعة المسلمين وامامهم بكسر الهمزة أي أميرهم زاد في رواية أبي الأسود تسمع وتطيع وان ضرب ظهرك وأخذ مالك وكذا في رواية خالد بن سبيع عند الطبراني فان رأيت خليفة فالزمه وان ضرب ظهرك فان لم يكن خليفة فالهرب

“Para penyeru kepada pintu-pintu jahannam adalah mereka yang berusaha mencari kekuasaan, sama ada dari kalangan khawarij (pembawa idelogi pemberontakan) ataupun yang selainnya. Itulah yang dimaksudkan oleh hadis “Bersamalah dengan jama’ah muslimin dan pemimpin mereka”. Maksudnya, walaupun seseorang pemimpin itu melakukan kezaliman. Lebih menjelaskan perkara ini adalah riwayat Abu al-Aswad “walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta kamu”. Situasi seperti ini banyak berlaku pada masa pemerintahan al-Hajjaj dan selainnya.

“Bersamalah dengan jama’ah muslimin dan pemimpin mereka”, maksudnya adalah pemimpin (yang menaungi) mereka. Dalam riwayat Abu al-Aswad ditambahkan “hendaklah engkau mendengar dan mentaati walaupun dia memukul punggungmu dan mengambil harta kamu”. (Rujuk: Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 13/36)

Al-Hafiz Ibnu Hajar turut menukilkan perkataan ath-Thabari, katanya,

والصواب أن المراد من الخبر لزوم الجماعة الذين في طاعة من اجتمعوا على تأميره فمن نكث بيعته خرج عن الجماعة قال وفي الحديث انه متى لم يكن للناس امام فافترق الناس احزابا فلا يتبع أحدا في لفرقة ويعتزل الجميع ان استطاع ذلك خشية من الوقوع في الشر

“Maksud hadis tersebut adalah bersama-sama dengan jama’ah yang mentaati orang yang mereka sepakati untuk memimpin mereka. Sesiapa yang melepaskan ketaatan (kepada pemimpin), maka dia terkeluar dari al-jama’ah. Melalui hadis ini, ia turut menjelaskan ketika manusia tidak memiliki imam (pemimpin muslim yang ditaati bagi sesebuah negara atau wilayah – pen.) dan masyarakat menjadi berpecah-belah (berkelompok-kelompok), maka kita tidak dibenarkan mengikuti sesiapa pun dari tokoh-tokoh (atau kumpulan) yang terlibat dalam seruan perpecahan tersebut. Tetapi, hendaklah kita menjauhkan diri dari kelompok-kelompok tersebut sekiranya mampu, kerana dibimbangi akan turut terjerumus dalam kancah keburukan (fitnah). (Rujuk: Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 13/37)

Secara ringkas dan umum, demikianlah kefahaman para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah dalam memahami prinsip sebuah perpaduan mendepani fitnah perpecahan di bawah konsep yang disebut sebagai al-jama’ah. Wallahu a’lam...

Isnin, November 08, 2010

Melazimi Manhaj Para Sahabat Elak Perpecahan

Melazimi Manhaj Para Sahabat Elak Perpecahan

http://an-nawawi.blogspot.com

Islam ini datangnya dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, diwahyukan kepada Nabi-Nya melalui perantaraan Jibril ‘alaihis Salam. Melalui Nabi-Nya (Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), agama ini pun disampaikan kepada masyarakat. Difahami dan dibantu pula oleh para sahabat Nabi ridhwanullah ‘alaihim ajma’in. Yang kemudian diikuti dan diwarisi dari generasi ke generasi setelahnya sehinggalah sekarang.

Secara umumnya, agama ini besumber dari dua rujukan yang baku. Iaitu Kitabullah (al-Qur’an) dan al-Hadis (sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam). Inilah yang disepakati dan diperakui oleh setiap mereka yang beragama Islam. Firman Allah (maksudnya): “Jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.” (Surah an-Nisa’, 4: 59)

Walau bagaimanapun, dua sumber tersebut tidak akan dapat difahami tanpa mengambil dan merujuk kepada kefahaman yang difahami oleh orang-orang pertama dan terawal memahaminya. Yang daripada mereka kita mewarisi agama ini. Tidak lain dan tidak bukan, merekalah yang digelar dengan gelaran Sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang diredhai.

Daripada merekalah kefahaman agama ini diambil dan diperturunkan kepada generasi demi generasi. Mereka adalah golongan terbaik dari golongan manusia yang beriman kepada agama yang dibawa Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka adalah kelompok manusia pertama yang memeluk Islam. Kelompok pertama yang melihat Nabi dan beriman dengan apa yang dibawanya. Di masa merekalah turunnya mukjizat yang paling agung, iaitu al-Qur’an yang menjadi huda (petunjuk) dan rahmat ke seluruh alam. Al-Qur’an diturunkan ayat demi ayat kepada mereka. Mereka berguru (belajar) dan memahami al-Qur’an terus daripada Nabi. Bersama-sama Nabi mereka mengutip mutiara-mutiara hikmah yang sangat berharga dalam memahami agama ini yang berupa hadis-hadis dan sunnah-sunnah beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfiman (maksudnya): “Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Sedar atau tidak, setiap hari kita berdoa di dalam solat meminta diletakkan di atas jalan-jalan mereka (para sahabat): “Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka (para sahabat dan generasi yang mengikuti mereka) - bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” (Surah al-Fatihah, 1: 6-7)

Sehingga Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) berkata dalam kitabnya Syarhus Sunnah (m/s. 21):

فمن السنة لزوم الجماعة و من رغب غير الجماعة وفارقها فقد خلع ربقة الإسلام من عنقه وكان ضالا مضلا والأساس الذي بينا عليه الجماعة هم أصحاب محمد صلى الله عليه و سلم رحمهم الله أجمعين وهم أهل السنة والجماعة فمن لم يأخذ عنهم فقد ضل وابتدع وكل بدعة ضلالة

“Sesiapa yang berpegang dengan as-Sunnah, dialah yang melazimi al-jama’ah (termasuk dalam kumpulan kebenaran). Dan sesiapa yang cenderung kepada selain al-jama’ah dan menyelisihinya, maka dia telah melepaskan tali Islam dari bahunya sehingga dia menjadi sesat dan menyesatkan. Dan asas ukuran kebenaran al-jama’ah adalah dengan melihat para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, semoga Allah merahmati mereka semua. Mereka adalah Ahlus Sunnah wal-jama’ah. Sesiapa yang tidak mengambil kebenaran daripada mereka, maka ia telah memilih jalan kesesatan dan agama yang diada-adakan (bid’ah). Setiap yang diada-adakan (bid’ah) dalam beragama adalah sesat.”

Para sahabat adalah golongan manusia terbaik. Hidup pada zaman terbaik bersama-sama Nabi. Mereka adalah golongan manusia yang diredhai dan dijamin Syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ أَقْوَامٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ

Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku, kemudian generasi setelah mereka, kemudian generasi setelah mereka. Kemudian akan muncul suatu kaum yang memberi persaksian mendahului sumpahnya, dan bersumpah mendahului persaksiannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 9/133, no. 2458)

Para sahabat adalah golongan yang sentiasa bersama-sama Nabi dalam apa jua keadaan, sama ada senang atau sukar. Teguh beraqidah sebagaimana yang diperintahkan, hidup di dalam suasana yang mendapat perhatian Nabi, dan mati di atas jalan yang benar. Di masa hidupnya sentiasa bersama-sama Nabi mengutip kebenaran yang disampaikan. Mereka bermusafir dan berperang bersama-sama Nabi. Berjuang dan berdakwah menegakkan agama yang dibawa oleh Nabi.

Setelah kewafatan Nabi, merekalah kelompok manusia yang meneruskan perjuangan dan kesinambungan dakwah Rasulullah. Merekalah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah memelihara al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah dari pelbagai bentuk penyelewengan, pendustaan dan penyembunyian. Mereka menyampaikan, mengajarkan, dan menyebarkannya kepada generasi manusia seterusnya.

Tidak ada lagi bentuk-bentuk agama selain dari apa yang difahami dan disampaikan oleh mereka. Kerana apa yang difahami dan diamalkan oleh mereka dari agama Islam, sudah sangat-sangat memadai dan itulah yang terbaik. Kerana apa yang diamalkan oleh mereka, itulah yang mendapat restu dan pembenaran secara langsung daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan bentuk-bentuk amalan (sandaran beragama) selain dari itu, maka ia adalah suatu yang asing lagi tertolak disebabkan agama ini telah pun sempurna dan mencukupi sebagaimana yang difahami oleh golongan terbaik bernama sahabat.

Begitulah sebuah hakikat yang perlu kita terima dengan hati terbuka. Datangnya agama kepada kita secara sempurna dan tulin melalui apa yang difahami oleh mereka. Bukan melalui kefahaman kita yang lemah yang hanya bergantung semata-mata kepada akal kita yang sangat-sangat terhad untuk memikirkan, apatah lagi untuk memahaminya. Kefahaman kita melalui akal-akal kita perlu dibantu dan dibina di atas kefahaman yang betul, iaitu sebuah methodologi atau sebuah kerangka manhaj (prinsip) yang diwariskan oleh para sahabat Nabi ridhwanullah ‘alaihim ajma’in yang dibawa pula oleh orang-orang terpercaya (ahlul hadis).

Secara amnya, segala perkara yang berkaitan dengan agama mencakupi persoalan aqidah (iman), mu’amalah, zuhud, ibadah, fiqh, hadis, akhlak, taqwa, dan seumpamanya, perlulah dirujuk kepada methodologi para sahabat sebagai golongan contoh yang paling terpercaya lagi berkelayakan.

Daripada ‘Abdullah B. ‘Amru radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيل تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّة , وَتَفْتَرِق أُمَّتِي عَلَى ثَلَاث وَسَبْعِينَ مِلَّة , كُلّهمْ فِي النَّار إِلَّا مِلَّة وَاحِدَة , قَالُوا : مَنْ هِيَ يَا رَسُول اللَّه ؟ قَالَ : مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

Sesungguhnya bani Israel telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, dan umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. Mereka semua di Neraka melainkan satu golongan.” Para sahabat bertanya, “Siapakah mereka yang selamat itu?” Beliau menjawab, “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 9/235, no. 2565. Beliau berkata: “Hadis ini adalah hadis yang hasan gharib yang telah ditafsirkan, kami tidak mengetahui melainkan daripada periwayatan ini.” Hadis iftiraqul ummah ini diriwayatkan dengan beberapa jalur periwayatan. Para ulama berhujjah dengannya)

Melalui hadis ini, Rasulullah telah menjelaskan bahawa mereka yang selamat dan berada di atas landasan agama yang benar adalah sesiapa sahaja yang berada di atas jalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya. Iaitu mereka yang memahami agama sebagaimana para sahabat memahaminya. Sebab itulah, jika kita perhatikan di ketika era-era akhir pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, telah mula muncul kelompok-kelompok umat Islam yang menyimpang dari kebenaran seperti al-Khawarij, kemudian Syi’ah, seterusnya muncul pula seperti Qadariyah, Muktazilah, Jahmiyah, pelbagai kelompok sufi (tarekat), sehinggalah ke hari ini begitu banyak bentuk-bentuk penyimpangan dan kelompok-kelompok sesat telah muncul. Ini adalah di antara kesan yang berlaku apabila mengambil agama tanpa berteraskan methodologi dan manhaj para sahabat radhiyallahu ‘anhum. Sekaligus, ini adalah antara punca utama berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam dari dahulu hingga kini.

Sebagai penutup, saya tinggalkan pesanan imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) sebagai panduan sekaligus merupakan prinsip:

أصول السنة عندنا التمسك بما كان عليه أصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم والاقتداء بهم

“Dasar Ahlus Sunnah menurut kami adalah tetap teguh di atas jalan hidup para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan menjadikan mereka sebagai contoh ikutan (qudwah) dalam beragama.” (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, no. 1-2)

Wallahu a’lam...

Rabu, November 03, 2010

Pesanan Syaikh 'Abdul Muhsin al-‘Abad al-Badr Tentang Salah Faham Memahami Kitab Rifqan Ahlas Sunnah Bi Ahlis Sunnah

Pesanan Syaikh 'Abdul Muhsin al-‘Abad al-Badr Tentang Salah Faham Memahami Kitab Rifqan Ahlas Sunnah Bi Ahlis Sunnah

http://an-nawawi.blogspot.com



والكتاب الذي كتبته أخيراً وهو ( رفقاً أهل السنة بأهل السنة ) لا علاقة للذين ذكرتهم في مدارك النظر بهذا الكتاب، لا علاقة للذينذكرتهم في مدارك النظر بهذا الكتاب؛ فهذا الكتاب الذي هو ( رفقاًأهل السنة بأهل السنة ) لا يعني الإخوان المسلمين، و لا يعنيالمفتونين بسيد قطب، و غيره من الحركيين، و لا يعني أيضاًالمفتونين بفقه الواقع، و النيل من الحكام، و كذلك التزهيد في العلماء، لا يعني هؤلاء، لا من قريب و لا من بعيد، وإنما يعني أهل السنةفقط، وهم الذين على طريقة أهل السنة حيث يحصل بينهم الاختلاف فينشغل بعضهم ببعض تجريحاً و هجراً و ذماً ”


Dan kitab ini, iaitu (Rifqan Ahlas Sunnah bi Ahlis Sunnah: Berlemah lembutlah Ahlus Sunnah dengan Ahlus Sunnah), yang dimaksudkan dengannya bukanlah kelompok al-Ikhwanul Muslimin, bukan juga orang-orang yang terpengaruh dengan pemikiran Sayyid Quthub, dan tokoh-tokoh yang lainnya dari kalangan harakiyyin (para aktivis pergerakan/kepartian). Tidak pula yang dimaksudkan (oleh kitab Rifqan tersebut) orang-orang yang terpengaruh dengan pemikiran fiqhul waqi’, dan orang-orang yang mencaci-maki pemerintah serta meremehkan para ‘ulama. Sama sekali bukan mereka yang dimaksudkan (oleh perkataan kami dalam buku Rifqan). Tetapi, yang dimaksudkan hanyalah di antara sesama Ahlus Sunnah sahaja, iaitu mereka yang berjalan di atas thariqah (manhaj) ahlus sunnah, yang telah terjadi di antara mereka ikhtilaf (perselisihan), sehingga mereka sibuk dengan sesama mereka untuk saling menjarh, memulau, dan mencela. (Daripada Syaikh 'Abdul Muhsin al-'Abbad al-Badr hafizahullah)

Rujuk:
http://www.sahab.net/forums/showthread.php?t=365851

Rakaman Audio:
http://www.fatwa1.com/anti-erhab/hezbeh/abb_refqan.rm

Edisi Arab Kitab Rifqan Ahlas Sunnah bi Ahlis Sunnah:
http://www.saaid.net/book/172.zip