“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Ahad, September 28, 2008

Buat Semua (Di Hari Raya)

Buat Semua, mari kita bertakbir membesarkan (Mengagungkan) Allah di hari raya,

Sebulan telah kita berpuasa. Bulan Ramadhan pun kini melabuhkan tirainya. Tiba pula masa untuk berhari raya (‘Eid al-Fitri). Waktu untuk kita bertakbir membesarkan dan mengangungkan Allah selaras dengan Sunnah Nabi-Nya yang mulia.


اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا

Atau

أَللهُ أَكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ ، واَللهُ أكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ولِلهِ الْحَمْدُ

Atau

اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ, اللهُ أَكْبَرُ وَ أَخَلُّ, اللهُ أَكْبَرُ عَلَى مَا هَدَانَا

--------------------@@@--------------------
“Hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya (puasa Ramadhan) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) di atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, mudah-mudahan kamu mahu bersyukur”. (Surah al-Baqarah, 2: 185)
--------------------@@@--------------------

Dari saya,

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
(Semoga Allah menerima amal-amal dari kita semua)

Dan “Semoga Allah memberikan balasan kebaikan buat anda”.

Daripada,
Nawawi Subandi
Atsar Ent. & Blog an-Nawawi.

Takbir & Ucapan ‘Eid al-Fitri, boleh dirujuk di sini,
1 - http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/09/031-berhari-raya-menurut-sunnah-takbir.html
2 - http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/09/035-berhari-raya-menurut-sunnah-ucapan.html

Hari Raya & Seribu Macam Kekalutan?

Hari Raya & Seribu Macam Kekalutan?

http://an-nawawi.blogspot.com

Kenapa bila tiba hari raya je, mesti sibuk kita nak minta maaf? Sampaikan dengan orang yang kita tidak kenal pun kita kena “minta maaf zahir & batin”?

Kenapa hari raya ini sampai dikhususkan dengan perbuatan bermaaf-maafan. Kenapa tidak di hari atau bulan yang lain? Di waktu yang lain?

Sampai ada yang berkata, “Kalau aku buat salah dengan dia pun, alaa... nanti hari raya, aku datang rumah dia minta maaflah.”

Waah! Mana dalilnya?

Sepatutnya, bukankah kalau kita ada melakukan kesilapan je terhadap seseorang, maka kita dituntut agar menyegerakan memohon maaf! Kenapa perlu tunggu hari raya?

Peliknya “orang kita” ni...

Yang keduanya, kenapa ketika tiba 1 syawal je, berebut-rebut orang pergi menziarahi kuburan? Nak tahu juga saya di mana dalilnya yang “men-sunnahkan” amalan tersebut tsabit dari seruan Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wa Sallam...

Kenapa tidak hari lain? Kenapa juga mesti kuburan yang dilawat itu adalah kuburan ahli keluarga kita? Ada atau tidak dalilnya? Kenapa mesti ketika di hari raya? Suatu yang sunnah ke untuk berhari raya di kuburan?

Lagi, lagi, lagi... kenapa bila datang kuburan je mesti kita bacakan al-Qur’an atau ber-Yasinan atau bertahlilan? Mana dalilnya ya...

Aku berfikir, macam manalah, orang-orang yang mati karam di lautan dan hilang di rimba tanpa ditemui mayatnya? Kasihannya mereka tidak mendapat bacaan al-Qur’an di kuburannya setiap pagi raya. Tiada orang yang mentahlilkannya.

Apakata kita lihat semula apa Nabi kata,

“Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Janganlah kamu jadikan kuburku tempat berhari raya”.” (Hadis Riwayat Ahmad & Abu Daud)

Maka, dua perkara inilah yang merupakan sebahagian dari kepelbagaian kekeliruan yang sering berlaku di dalam masyarakat kita.

Ini termasuklah kekalutan demi kekarutan yang lainnya seperti amalan marhaban, bara’an (popular di kalangan orang-orang jawa di Selangor & Johor), amalan melakukan rombongan/berarak bertakbir dari rumah ke rumah di ketika malam raya secara berjama'ah dengan dipandu oleh seorang imam/tekong dalam bertakbir, amalan memberikan duit raya, amalan memasang lampu raya dengan niat meraikan malam tujuh likur serta mencahayakan kehadiran syawal, dan juga amalan bernyanyian malah sehingga ada lagu-lagu khusus sempena hari raya. Bukan setakat lagu, ditambah juga dengan aktiviti berjogetan dan maksiat di antara kaum wanita dengan lelaki melalui acara tayangan filem, pesta tarian, lakonan, dan seumpamanya.

Berkenaan amalan-amalan ini sebenarnya ada sebahagiannya menyentuh persoalan aqidah yang menceduk amalan kaum Syi'ah dan sufi yang sesat (merujuk kepada kandungan marhaban/berzanji yang dibacakan), menyerupai amalan masyarakat Hindu dalam perayaan Deepavali-nya yang meraikannya dengan "Pesta Cahaya" iaitu dengan memasang lampu-lampu pelita malah mungkin termasuk kepada mengangungkan api daripada iktiqad kaum Majusi, manakala amalan duit raya pula kini seakan-akan menjadi suatu kewajiban yang mana niat kanak-kanak berkunjung ke setiap rumah sudah terarah untuk mengumpul sebanyak mungkin duit raya.

Ini tidak lain sebenarnya telah melalaikan dari maksud dan tujuan sebenarnya kita berhari raya yang mana untuk membesarkan dan mengangungkan Allah.

“Hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya (puasa Ramadhan) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) di atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, mudah-mudahan kamu mahu bersyukur”. (Surah al-Baqarah, 2: 185)

Tetapi diakibatkan kecelaruan, tokok-tambah, dan kejahilan tersebut, maka ia lantas menjadikan suasana hari raya berubah kepada hari menyekutukan Allah dan hari untuk merobek as-Sunnah yang suci dan mulia! Yang sepatutnya menjadi Syi'ar agama di hari tersebut semakin dilupakan dan terabai. Tetapi, tokok tambah yang jauh dari cahaya syari'at pula semakin diperjuangkan. Na'uzubillah...

Tatakala Ustaznya Menjadi Nabi/Rasul

Tatakala Ustaznya Menjadi Nabi/Rasul

http://an-nawawi.blogspot.com

Akhir-akhir ini, seringkali aku bertemu dengan insan-insan tertentu lalu berbicarakan sesuatu. Jika sebelumnya, aku lebih pendiam. Tapi, kini aku kurang lagi bersifat seperti itu.

Aku lebih gemar untuk memulakan bicara apabila ketemu dengan sesiapa sahaja.

Ketika mahu bersolat pun aku berani untuk membuka bicara dengan jama’ah/makmum yang bersebelahan. Aku mengatakan, “Abang, rapatkan lagi saf kita ni. Kita sentuhkan dan rapatkan kaki kita. Jangan biarkan celah antara kita ni kosong.”

Begitulah antara script yang aku mulakan dalam bicara.

Setelah habis solat, abang tu kata, “Kenapa nak rapat-rapat? Tak selesa lah.”

Aku katakan, ada hadis nabi yang memerintahkan kita supaya berbuat begitu. Lalu abang tu pun berkata, “Emm, kalau macam tu, kenapa ustaz-ustaz tak de yang pernah cakap pun hal ni? Saya banyak kali juga solat bersebelahan dengan ustaz-ustaz, tapi diorang tak kata apa pun?”

Aku menjawab, “Emm, kita dalam beragama ni kena ikut Nabi abang. Bukan ikut ustaz. Ustaz tu ada kala tahu, ada kala tak tahu juga. Biasalah abang, kita sama-sama manusia kan... Dia juga bukannya nabi kan? Oh, ye. Kalau abang berminat nak tahu hal ni dengan lebih lanjut, nanti esok kita boleh jumpa lagi, nanti saya bawakkan fakta-fakta tentang saf ni.”

Abang tersebut menganggukkan kepala dan mengucapkan terima kasih.

Begitulah yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita. Tatkala berlaku sesuatu perselisihan dan perbezaan dalam soal agama sahaja, mereka akan mendakwa-dakwi dengan “Eh! Ustaz aku kata macam ni.”

Walaupun kita kata, “Ini ada hadis nabi saudara dalam persoalan ini”, “Tapi kan saudara, Nabi kata bukan macam tu, Nabi kata, macam ni...”

Mereka tetap juga berkata, “Maaflah, saya lebih yakin dengan ustaz yang saya telah belajar dengannya.”

Saya juga bertanya, “Ada dalilnya tak?”

Mereka lantas terdiam, kemudian mengatakan, “Mestilah ada, takkan ustaz saya tak tahu...”

Sungguh mengejutkan, rupa-rupanya sudah ramai nabi-nabi baru yang dilahirkan zaman ini yang mewarisi sifat kemaksuman dan pembawa syari’at yang baru!

Maka, renung-renunglah ayat Allah ini (maksudnya),

“Apa yang diberikan Rasul (Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam) kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah.” (Surah al-Hasyr, 59: 7)

Selasa, September 23, 2008

Minyak Turun 20 Sen!!! Bersyukurkah Kita?

Minyak Turun 20 Sen!!! Bersyukurkah Kita?

http://an-nawawi.blogspot.com

Maka, apabila khabar berkenaan minyak petrol diturunkan sehingga RM0.20 seliter. Maka berteriakanlah sebahagian orang dengan kalimat-kalimat,

1 - “Apa punya kerajaan! Setakat Turun 20 sen baik tak payah. Sekali naik dahla sampai 78 sen. Sekali turun hampeh!”

2 - “Kedekut punya kerajaan! Ingat kami ni nak sangat ke minyak setakat turun 20 sen tu... Kami tak hairan la...”

Mungkinkah kalimat seperti yang tersebut dan seumpamanya adalah merupakan bentuk-bentuk kalimat yang lahir dari diri-diri manusia yang tidak mengenal ertinya syukur akan nikmat Tuhan-Nya?

Apakah kita tidak menyedari bahawa ia datang dan pergi dengan kehendak Allah?

“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu dari pada kamu, tiba-tiba sebahagian dari pada kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain), biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).” (an-Nahl, 16: 53-55)

Dengan yang sedikit mengapa kita tidak mahu bersyukur? Mahukan yang banyak pula?

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.” (Ibrahim, 14: 7)

“Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir.” (an-Nahl, 16: 83)

Maka, berhati-hatilah kita dalam mengendalikan lisan masing-masing, supaya terhindar dari melafazkan kalimat-kalimat yang mengakibatkan kufur kepada nikmat Allah.

Ahad, September 14, 2008

Bila & Bagaimana al-Qur’an Diturunkan?

Bila & Bagaimana al-Qur’an Diturunkan?

http://an-nawawi.blogspot.com

Di antara keistimewaan bulan Ramadhan adalah di mana Allah telah memuliakannya berbanding dengan bulan-bulan yang lain dengan memilihnya sebagai bulan diturunkannya al-Qur’an al-‘Azhim. Keistimewaan ini diberikan oleh Allah kepada bulan Ramadhan sebagaimana dinyatakan melalui firman-Nya (maksudnya),

“...Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil).” (Surah al-Baqarah, 2: 185)

Begitu juga sebagaimana dinyatakan di dalam hadis Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa bulan ramadhan merupakan bulan di mana Kitab-kitab Ilaahiyah diturunkan kepada para Nabi ‘alaihimus Salaam.

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah meriwayatkan dari Watsilah bin al-Asqa’, bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya),

“Shuhuf (lembaran-lembaran) Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan, Taurat diturunkan pada tanggal enam (6) Ramadhan, Injil diturunkan pada tanggal tiga belas (13) Ramadhan, dan al-Qur’an diturunkan pada tanggal dua puluh empat (24) Ramadhan.” (Hadis Riwayat Ahmad dan turut dikeluarkan oleh ath-Thabrani. Menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahiihul Jaami’ hadis ini hasan (1497). Lihat juga Tafsir Ibnu Katsir di bawah penafsiran 2: 185)

Melalui hadis ini juga diperjelaskan kepada kita bahawa al-Qur’an mula diturunkan pada hari ke dua puluh empat (24) di bulan Ramadhan.

Allah menurunkan al-Qur’an kepada Rasul kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam demi untuk membimbing manusia. Turunnya al-Qur’an merupakan peristiwa besar yang sekaligus menyatakan tinggi kedudukannya bagi penghuni langit dan bumi. Turunnya al-Qur’an pertama kali jatuh pada lailatul Qadr (malam al-Qadr) yang mana merupakan pemberitahuan kepada alam samawi yang dihuni oleh para malaikat berkaitan kemuliaan umat Muhammad. Di mana umat ini telah dimuliakan oleh Allah dengan risalah barunya agar menjadi umat yang paling baik yang dikeluarkan bagi manusia. Turunnya al-Qur’an yang seterusnya secara beransur-ansur, berbeza dengan kitab-kitab yang turun sebelumnya, sangat mengejutkan orang dan menimbulkan keraguan terhadapnya sebelum jelas bagi mereka rahsia hikmah Ilahi yang ada di balik itu. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak menerima risalah besar ini dengan cara sekaligus, dan kaumnya yang sombong dan berhati keras turut dapat ditawan (dilunakkan) dengannya. Antara hikmah wahyu ini turun secara beransur-angsur adalah demi menguatkan hati Rasul dan menghiburnya relevan dengan peristiwa dan kejadian-kejadian yang mengiringinya sehingga Allah menyempurnakan agama ini dan mencukupkan nikmat-Nya.

Turunnya al-Qur’an Dengan Sekaligus

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman melalui kitab-Nya yang mulia (maksudnya),

“...Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil).” (Surah al-Baqarah, 2: 185)

Dan firman-Nya,

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (malam al-Qadr).” (Surah al-Qadr, 97: 1)

Juga,

“Dan al-Qur’an telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-perlahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.” (Surah al-Isra’, 17: 106)

Ayat-ayat di atas tidaklah saling bertentangan, kerana malam yang diberkahi dalam bulan Ramadhan itu adalah Lailatul Qadr. Jadi, di sini dapat difahami bahawa al-Qur’an diturunkan ketika malam al-Qadr iaitu di dalam bulan Ramadhan. Tetapi zahir ayat-ayat itu yang bertentangan dengan situasi kehidupan Rasulullah, di mana al-Qur’an turun kepadanya selama dua puluh tiga tahun. Dalam perkara ini, para ulama terbahagi kepada dua mazhab (pendapat) utama:

1 – Mazhab (pendapat) Yang Pertama,

Pendapat Ibnu Abbas dan sejumlah ulama, kemudian dipegang oleh jumhur ulama, bahawa “Yang dimaksudkan dengan turunnya al-Qur’an dalam ayat-ayat di atas ialah turunnya al-Qur’an secara sekaligus ke Baitul ‘Izzah di langit dunia untuk menunjukkan kepada para malaikat-Nya bahawa betapa agongnya persoalan ini. Selanjutnya al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yang mengiringinya bermula dari beliau diutus sehinggalah wafatnya. Selama tiga belas tahun beliau tinggal di Makkah, dan selama itu jugalah wahyu turun kepadanya. Selepas hijrah, beliau tinggal di Madinah selama sepuluh tahun. Beliau wafat dalam usia enam puluh tiga tahun.” Pendapat ini adalah berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang sahih dari Ibnu Abbas. Di antara riwayat-riwayat yang dimaksudkan adalah,

i - Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata, “Al-Qur’an diturunkan sekaligus ke langit dunia pada lailatul Qadr (malam al-Qadr). Kemudian setelah itu, ia diturunkan selama dua puluh tahun.” (Hadis Riwayat al-Hakim, al-Baihaqi, dan an-Nasa’i) kemudiannya dia membacakan;

“Dan mereka (orang-orang kafir) tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu), melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan sebaik-baik penjelasan.” (Surah al-Furqon, 25: 33)

“Dan al-Qur’an telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-perlahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.” (Surah al-Isra’, 17: 106)

ii - Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Abbas radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Al-Qur’an itu dipisahkan dari adz-Dzikr, lalu diletakkan di Baitul ‘Izzah di langit dunia. Maka Jibril mula menurunkannya kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat al-Hakim)

iii – Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Allah menurunkan al-Qur’an sekaligus ke langit dunia, pusat turunnya al-Qur’an secara beransur-ansur. Lalu, Allah menurunkannya kepada Rasul-Nya bahagian demi bahagian.” (Hadis Riwayat al-Hakim & al-Baihaqi)

iv - Menurut Ibnu Abbas, “al-Qur’an diturunkan pada lailatul Qadr (malam al-Qadr) pada bulan Ramadhan ke langit dunia secara sekaligus; lalu ia diturunkan secara berangsur-angsur.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani)

2 - Mazhab (pendapat) Yang Kedua,

Iaitu yang diriwayatkan oleh asy-Sya’bi (seorang Tabi’in besar, wafat 109H) bahawa yang dimaksudkan dengan turunnya al-Qur’an dalam ayat-ayat di atas ialah permulaan turunnya al-Qur’an itu bermula pada lailatul Qadr (malam al-Qadr) di bulan Ramadhan, yang merupakan malam yang diberkahi (malam kemuliaan). Kemudian selepas itu ia diturunkan secara beransur-ansur bersesuai dengan kepalbagaian peristiwa yang mengiringinya selama kurang lebih dua puluh tiga tahun. Dengan yang demikian, al-Qur’an diturunkan hanya dengan satu cara sahaja, iaitu turun secara beransur-ansur kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan yang demikian inilah yang dinyatakan di dalam al-Qur’an,

“Dan al-Qur’an telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.” (Surah al-Isra’, 17: 106)

Orang-orang musyrik yang diberi tahu bahawa kitab-kitab samawi terdahulu turun sekaligus, menginginkan al-Qur’an juga turut diturunkan dengan sekaligus,

“Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan al-Q ur’an itu kepada Muhammad semuanya secara sekaligus?” al-Qur’an diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan (meneguhkan) hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).” (Surah Al-Furqan, 25: 32-33)

Keistimewaan bulan Ramadhan dan lailatul Qadr yang merupakan malam yang diberkahi itu tidak akan tampak (dilihat) oleh manusia kecuali yang dimaksudkan oleh ayat- ayat di atas, iaitu turunnya al-Qur’an kepada Rasulullah. Yang demikian ini bersesuaian dengan apa yang terdapat di dalam firman Allah mengenai perang badar,

“...Dan (beriman kepada) apa yang kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah al-Anfal, 8: 41)

Perang Badar terjadi dalam bulan Ramadhan. Perkara ini diperkuatkan pula oleh hadis yang dijadikan pegangan para peneliti dan pengkaji, tentang hadis awal turunnya wahyu. ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata,

“Wahyu yang mula-mula diturunkan kepada Rasulullah, ialah mimpi yang benar di waktu tidur. Setiap kali bermimpi, dia melihat apa yang datang bagaikan cahaya terang di pagi hari. Kemudian dia lebih suka menyendiri. Dia pergi ke Gua Hira’ untuk bertahannuts beberapa malam dan untuk itu dia membawa bekal. Kemudian kembali ke rumah Khadijah Radhiyallahu ‘anhu sehingga datanglah kebenaran kepadanya sewaktu berada di Gua Hira’. Malaikat datang kepadanya dan berkata; “Bacalah”. Muhammad berkata; “Aku tidak tahu membaca”. Lalu dia memegang dan merangkulku sehingga aku sesak nafas, kemudian dia melepaskan aku, lalu berkata lagi; “Bacalah”. Aku menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Lalu dia merangkulku untuk yang kedua kalinya sehingga aku sesak nafas, lalu dia melepaskan aku, lalu berkata, “Bacalah”. Aku menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Lalu dia merangkulku untuk ketiga kalinya sehingga aku merasa kepayahan, kemudian dia melepaskan aku, lalu katanya; “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan, sehingga dengan apa yang belum diketahuinya”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Para peneliti menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada mulanya diberi tahu dengan mimpi pada bulan kelahirannya, iaitu bulan Rabi’ul Awwal. Masanya enam bulan. Kemudian ia diberi wahyu dalarn keadaan sedar (jaga) pada bulan Ramadhan dengan turunnya Iqra’ (dari surah al-Alaq). Dengan demikian, maka nash-nash yang terdahulu itu menunjukkan kepada satu pengertian.

3 – Mazhab (pendapat) Yang Ketiga,

Al-Qur’an diturunkan ke langit dunia pada dua puIuh tiga malam kemuliaan (Lailatul Qadr), yang pada setiap malamnya selama malam-malam kemuliaan itu ada yang ditentukan Allah untuk diturunkan pada setiap tahunnya. Dan jumlah untuk masa satu tahun penuh itu kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah sepanjang tahun. Madzhab ini adalah hasil ijtihad sebagian mufassirin. Pendapat ini tidak mempunyai dalil.

Adapun madzhab kedua yang diriwayatkan dari asy-Sya’bi, dengan dalil-dalil yang sahih dan dapat diterima, tidaklah bertentangan dengan mazhab (pendapat) yang pertama yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas.

Pendapat yang kuat ialah: al-Qur’an al-Karim itu diturunkan melalui dua fasa,

Fasa Pertama: Diturunkan sekaligus pada malam al-Qadr (Lailatul Qadr) di bulan Ramadhan ke Baitul ‘Izzah di langit dunia.

Fasa Kedua: Diturunkan dari langit dunia ke bumi secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun.

Imam al-Qurthubi rahimahullah menukilkan riwayat dari Muqaatil bin Hayyan berkenaan adanya ijma’ tentang turunnva al-Quran sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah di langit dunia. Ibnu Abbas menafikan adanya percanggahan di antara ketiga ayat di atas berkenaan dengan turunnva al-Qur’an dan fakta kehidupan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Al-Qur’an itu sememangnya turun selama dua puluh tiga tahun di bulan-bulan selain Ramadhan. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia pernah ditanya oleb Athiyah bin al-Aswad, katanya, “Dalam hatiku terjadi keraguan berkenaan firman Allah, “Bulan Ramadhan itu ialah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur’an”, dan firman Allah, “Sesungguhnya Kami rnenurunkannya pad lailatul Qadr”. Padahal al-Qur’an itu ada yang diturunkan pada bulan Syawwal, Dzulqa’edah, Dzuihijjah, Muharram, Shafar dan Rabi’ui Awwal.” lbnu Abbas menjawab, “Al-Qur’an ditununkan pada lailatul Qadr sekaligus, kemudian diturunkan secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit dan terpisah-pisah serta perlahan-lahan di sepanjang bulan dan hari.” (Hadis Riwayat Ibnu Mardawaih dan al-Baihaqi dalam Kitab al-Asma’ wa ash-Shifat)

Para ulama mengisyaratkan berkenaan beberapa hikmah terhadap fenomena penurunan al-Qur’an di antaranya adalah demi menyatakan kebesaran al-Qur’an dan kemuliaan orang yang kepadanya al-Quran diturunkan. Kata Imam as-Suyuthi, “Dikatakan bahawa rahsia diturunkannya al-Qur’an dengan sekaligus ke langit dunia adalah untuk memuliakannya dan memuliakan (kelompok) yang kepadanya al-Qur’an diturunkan; memberitahukan kepada penghuni tujuh langit bahawa al-Qur’an adalah kitab terakhir yang diturunkan kepada Rasul terakhir demi kemulian umat manusia. Kitab tersebut kini telah di ambang pintu dan akan segera diturunkan kepada mereka. Seandainya tidak ada hikmah Ilahi yang menghendaki disampaikan al-Qur’an kepada mereka secara beransur-ansur bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi, tentulah ia diturunkan ke bumi sekaligus seperti halnya kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Tetapi Allah membezakannya dari kitab-kitab yang sebelumnya. Maka dijadikanlah dua ciri tersendiri; diturunkan secara sekaligus, kemudian diturunkan secara bertahap-tahap demi untuk menghormati orang yang menerimanya.”

As-Sakhawi mengatakan dalam Jamal al-Qurra’, “Turunnya al-Qur’an ke langit dunia sekaligus itu menunjukkan suatu penghormatan kepada keturunan Adam di hadapan para malaikat serta pemberitahuan kepada mereka betapa perhatian Allah dan rahmat-Nya kepada manusia. Dalam pengertian inilah Allah memerintahkan tujuh puluh ribu malaikat untuk mengawal surat al-An’am,

Ibnu Abbas menyatakan, “Surah al-An’am itu turun di Makkah sekaligus di waktu malam. Ia diiringi oleh tujuh puluh ribu malaikat yang bertasbih.” (Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dan Abu Ubaid dalam Fadha’il al-Qur’an))

dan dalam pengertian ini pula Allah memerintahkan Jibril agar memerintahkan kepada para malaikat pencatat yang mulia, menuliskan dan membacakannya kepadanya.” (Lihat juga, al-Itqan, 1/40, 41)

4 – Mazhab (pendapat) Keempat,

Ada juga sebahagian ulama yang berpandangan bahawa al-Qur’an turun pertama-tama kalinya secara berangsur-ansur ke Lauh Mahfuzh berdasarkan firman Allah Ta’ala, “Tidak lain ia adalah al-Qur’an yang mulia, di Lauh Mahfuth.” ... Kemudian setelah itu ia turun dari Lauh Mahfuz secara serentak seperti itu ke Baitul ‘Izzah. Selanjutnya, ia turun sedikit demi sedikit. Dengan demikian, ini bererti ia turun melalui tiga tahap (fasa).

Dan perkara ini tidaklah bertentangan dengan yang sebelumnya yang telah ditarjihkan. Bagairnanapun juga al-Qur’an al-Karim sudah ada dalarn Lauh Mahfuzh meliputi semua urusan ghaib yang sudah ditetapkan di dalamnya. Dan al-Qur’an turun sekaligus dari Lauh Mahfuzh ke Baitul Izzah dari langit dunia (sebagaimana riwayat dari Ibnu Abbas) pada lailatul Qadr, malam yang penuh berkah di bulan Ramadhan. Ini adalah kerana tidak ada yang menghalangi turunnya al-Qur’an secara sekaligus, bermula dari turunnya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara beransur-ansur dalam satu malam. Dengan demikian, tidak ada pertentangan di antara kepelbagaian pendapat ini jika dikecualikan mazhab ketiga yang tidak ada dalilnya.

Sabtu, September 06, 2008

Doakanlah Kebaikan Buat Para Pemimpin

Doakanlah Kebaikan Buat Para Pemimpin

http://an-nawawi.blogspot.com

Menurut Imam al-Barbahari rahimahullah:

Jika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun bila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah.

Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku mempunyai doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Ia ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku, namun bila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih)

Kita diperintahkan untuk mendoakan mereka dengan kebaikan bukan keburukan, meskipun ia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezalian dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri sementara bila mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya. (Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, Tahqiq Syaikh Khalid bin Qasim al-Roddadiy, Edisi Terjemahan Terbitan Dar El-Hijrah, Cet. Pertama, 1423H/2002M, m/s. 83-84)