“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Jumaat, Jun 29, 2007

BLOG AKU ADA EMPAT!!!

as-Salaamu 'alaikum,

Alhamdulillah, banyak yang aku berjaya lakukan sepanjang cuti sem kali ni. Di samping meghadiri pelbagai jenis kuliah, dapat jugak baca buku2 agama sedikit sebanyak. Dan syukur, aku dapat siapkan 4 blog yg mana merangkumi blog peribadi, blog fiqh, blog aqidah, dan blog bahaya syirik. Kalau sahabat2 sekalian berminat nak jenguk2, boleh cek dengan sebelah kanan blog peribadi saya ni.. ada banyak link kat situ.

em, insyaALLAH... esok aku akan balik ke Shah Alam...

Kepada sesiapa yg berminat nak jumpa and berkawan dengan aku dan kawan2 aku di Shah Alam, bleh hubungi aku sama ada di Hp atau email... 012-6887715, dimensi83@hotmail.com.

Selain tu... aku puas berchatting sepanjang cuti sem kali ni. Dapat berkongsi pelbagai input dan cerite dari dalam dan luar negara. Dan, bertambah lah lagi kawan2 aku. Dan paling menggembirakan aku, ramai sahabat2 yang ingin sama-sama berkongsi pelbagai input2 berbentuk agama. Sehingga mahu bertemu dan bersahabat... syukran...
Selepas ni, kita jumpa di Shah Alam.

Aktiviti kampus pun pasti akan di-isi kembali.

em, sekian dulu...

wassalam...

Selasa, Jun 26, 2007

CADANGAN BUAT PARA PEJUANG PAS (Parti Islam Se-Malaysia)

CADANGAN BUAT PARA PEJUANG PAS

as-Salaamu 'alaikum, cadangan tambahan saya di sini, adalah dengan penuh harapan... PAS dapat membuka ruang bagi mendidik para rakyat (dan para ahli khasnya) dengan didikan aqidah yang sahih dan benar. Kebutaan kebanyakan rakyat dan perpecahan para pejuang2 Islam di seluruh dunia kebanyakannya adalah bermula dari dasar aqidah dan manhaj pengambilan al-qur'an dan hadis.

Janganlah kita hanya menumpukan kepada hasrat membawa rakyat yang penuh ketidak-tahuan serta serba kekurangan dalam informasi dan ilmu ke lembah pemberontakan kepada pemerintah. Ia hanya akan membawa pelbagai kesan yang buruk lagi kepada pencinta-pencinta Islam yang gigih mnyebarkan ilmu di luar sana.

Tindakan tergesa-gesa melancarkan kritikan terbuka kepada pemerintah bukanlah adab sebagai seorang ahlus sunnah. Ia adalah suatu bentuk tindakan yang telah jelas membuktikan membawa lebih mafsadah berbanding maslahah. ia bukanlah jalannya para ahlus sunnah sejak berzaman.

marilah kita kembali kepada manhaj ilmu dan pendidikan. penekanan kepada manhaj ilmu-lah kelak, yang bakal membawa dan membuka minda rakyat ke arah kebijaksanaan.

Dengan ilmu-lah kita mengenal baik dan buruk. Dengan aqidah yang benar lah, kita membezakan mana syirik dan mana kesejahteraan. Tujuan kita bukan semata-mata daulah. Tidak keterlaluan andai saya katakan... Daulah Islamiyah atau negara Islam adalah hasil dari didikan ilmu dan aqidah yang jelas sahih dan haq. Dari ilmu dan manhaj aqidah-lah kita bakal di-anugerahi penguasaan. Dengan ilmu-lah dapat kita menilai kesahihan amalan sendiri. Dengan ilmulah bakal kita membentuk jati diri dan langkah pemerdekaan. Dengan ilmu, kita membawa panji para nabi ke arah mengesakan Allah menegakkan syari'at-Nya.

Tujuan kita adalah kesejahteraan di sana kelak. Itu keutamaan kita. Maka, hanya asas aqidah yang benarlah yang bakal memberi kita tempat yang baik. Dengan aqidah lah kita dibezakan antara manhaj sesat dan selamat. malah, membezakan kita antara kafir dan iman. Syirik dan suci.

Marilah kita bermula dengan manhaj ilmu. Membuka mata masyarakat dengan dalil dan nas. bukan dengan emosi mahupun kemarahan...

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman (ber-aqidah sahih) di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh (amal yang didasari ilmu) bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (an-Nuur 24: 55)

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

al-Faqir illallah an-Nawawi as-Salafy wal-Atsary

Sabtu, Jun 16, 2007

Topic: MARI BERZIKIR & BERDOA DENGAN PETUNJUK RASULULLAH

MARI BERZIKIR & BERDOA DENGAN PETUNJUK RASULULLAH

Sila baca dulu, sebelum downloads (memindah turun)...

as-Salaamu ‘alaikum…السلام عليكم ,

Alhamdulillah, akhir-nya saya berjaya membukukan (compile) semula beberapa risalah doa daripada al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah صلى الله عله وسلام. dalam bentuk format yang dikemaskini (pdf – acrobat files) agar lebih mudah dicapai dan dimanfaatkan.

Sekaligus, insyaALLAH dapat menjadi panduan buat kita semua dalam berdoa dan berzikir sehari-hari.

Lebih istimewa, kesemua doa-doa dan kalimah-kalimah zikir tersebut disertakan sekali dengan rujukan hadis-hadisnya. Dengan itu dapatlah diketahui sumber-sumbernya dengan jelas dan lebih meyakinkan untuk kita mengamalkannya.

Marilah kita berdoa dengan garis panduan yang betul dan menurut petunjuk Rasulullah صلى الله عله وسلام.

Jauhilah perbuatan beriqtiqad dengan doa-doa dan zikir-zikir yang tidak diketahui sumber-sumbernya dengan menetapkan fadhilat-fahilatnya tanpa berpandukan nas yg haq. Dan jauhilah berdoa dan berzikir dengan kaedah-kaedah yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi kita dan tidak juga terdapat petunjuknya daripada al-Qur’an... Sebagai contoh, ada sebahagian kelompok manusia yang berzikir dan berdoa dengan cara menggeleng-geleng kepala, sambil menari, dengan iringan muzik-muzik tertentu, dengan rentak-rentak melodi suara tertentu, dengan menyertakan pujian kepada sheikh-sheikh tertentu (mencampurkan syirik), dan dengan suara yang lantang. Yang mana, sebenarnya semua kaedah seperti itu tidak ada petunjuknya daripada al-Qur’an mahupun Sunnah Rasulullah صلى الله عله وسلام.

Lakukan dengan ilmu (faham apa yang diamalkan):


وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya. (al-Isra’ 17: 36)

Lakukan selaras dengan sunnah:


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali Imran 3: 31)

Tidak disertakan dengan syirik:


إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ (٢)أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) Dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah Engkau menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Segala Ibadat dan bawaanmu kepadaNya. Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik Yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang Yang tidak melakukan syirik) tentang apa Yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (az-Zumar 39: 2-3)


فَلا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ فَتَكُونَ مِنَ الْمُعَذَّبِينَ

“...janganlah engkau menyeru Tuhan (sembahan) yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. (as-Syu’ara 26: 213)

Berzikir & Berdoa Dengan Merendah Diri Serta Dengan Suara Yang Perlahan:


وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ (٢٠٥)إِنَّ الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ لا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ يَسْجُدُونَ

Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan dengan tidak pula mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. Sesungguhnya mereka (malaikat) Yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud. (al-A’raaf 7: 205-206)


ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Berdoalah kepada Tuhan kamudengan merendah diri dan dengan suara yang lembut. (al-A’raaf 7: 55)

Al-Imam an-Nawawi berkata dalam hal ini: “Tidaklah ada khilaf (perselisihan pendapat) tentang kesunnatan adanya zikir sesudah solat, bagi imam, bagi makmum, dan bagi yang bersolat bersendirian. Masing-masing berzikir sendiri-sendiri. Adat yang diadakan manusia, iaitu imam menentukan doa buat solat subuh dan asar, tiada berasal sama sekali. Berjabat tangan sesudah solat subuh dan asar adalah suatu bid’ah” (al-Majmu’ 3: 484, 492)

al-Imam Ibnul Qayyim pula berkata: “Imam berdoa sesudah salam daripada solat sambil menghadap qiblat, atau menghadap makmum tidak pernah dikerjakan Nabi, yang senantiasa bertindak sebagai imam, dan tidak ada pula riwayat yang menyuruh kita mengerjakan yang sedemikian itu.” (Zadul Ma’ad 1: 93)

Zikir Selepas Solat Fardhu

Menurut al-Imam as-Syafi’e: "Saya memandang baik bagi imam dan ma’mum terhadap berzikir kepada Allah sesudah selesai dari solat. Keduanya (imam dan ma’mum) itu menyembunyikan (memperlahankan/israr) zikir kecuali bahawa dia itu imam yang harus orang belajar daripadanya. Maka ia mengeraskan (memperdengarkan) suaranya, sehingga mana ia melihat bahawa orang telah mempelajari daripadanya. Kemudian hendaklah ia mengecilkan (memperlahankan/sirr) suaranya.” (Rujuk: al-Umm, Oleh al-Imam asy-Syafie r.h., Terjemahan Oleh Prof. TK. H. Ismail Yakub, Terbitan Victory Agencie, jilid 1, ms. 296)

Untuk lebih lanjut, anda boleh dapatkan info yang seterusnya di dalam risalah doa yang saya maksudkan dengan memindah-turun risalah doa tersebut di beberapa link (pautan) yang disediakan di bawah:

1 - DOWNLOAD - Hisnul Muslim, Doa-doa daripada Hadis

2 - DOWNLOAD - Doa-Doa daripada al-Qur’an
3 - DOWNLOAD - Doa Dan Zikir Nabawi
4 - DOWNLOAD - Zikir-zikir selepas solat fardhu
5 - DOWNLOAD - Acrobat reader (files reader)
6 - DOWNLOAD - Zikir Pagi & Petang

Sebarang komen / teguran: dimensi83@hotmail.com

Khamis, Jun 14, 2007

WACANA: HADITH PALSU PUNCA KEMUNDURAN MASYARAKAT MELAYU NUSANTARA

HADITH PALSU PUNCA KEMUNDURAN MASYARAKAT MELAYU NUSANTARA

Wacana Ilmu Oleh:
Ustaz Fathul Bari Mat Jaya

Bertempat Di:
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia
17A, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Tel: 03-77106900 Faks: 03-77107900, 012-2820244 (Zainuddin Alang Mamat)

Email:
urusetia@al-nidaa.com.my

Pada:
Rabu, 20 Jun, 8:15 malam

Yuran Masuk:
Dewasa: RM 10, Pelajar: RM 5

(Tempat terhad: Sahkan penyertaan anda awal)

Mengenai Wacana ini:

Kini khabar angin menjadi satu sumber yang terpercaya di kalangan masyarakat nusantara. Lebih parah, apabila hadith-hadith Nabi turut menjadi mainan di bibir celupar manusia yang tidak bertanggungjawab. Entah siapa periwayatnya? Dipercayai atau tidak? Bukan lagi menjadi kayu ukur penting untuk menerima atau menolak sesuatu hadith. Sebaliknya, hawa nafsu dijadikan Muhaddith… Sesuatu yang memenuhi citarasanya, disahihkan, manakala sesuatu yang mengingkari tradisinya di dha’ifkan… Maka, berlakulah pertelingkahan yang berakhir dengan perpecahan. Susulan dari perpecahan, sudah pasti masyarakat kian mundur. Semuanya kerana khabar palsu yang disahihkan oleh hawa nafsu. Wacana ini akan membincangkan dengan lebih lanjut kesan hadith palsu di kalangan masyarakat Melayu Nusantara.

Mengenai Penceramah:

Ustaz Fathul Bari Mat Jaya mendapat kelulusan Sarjana Muda Hadith, Universiti Islam Madina dan juga mendapat kelulusan Sarjana MA Hadith di Universiti Yarmuk, Jordan. Beliau sekarang sedang menyambung pelajaran peringkat PhD di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Hadith.

Isnin, Jun 11, 2007

Tajuk: Neraca Akal Dan Nafsu – Semuanya Baik Belaka

Neraca Akal Dan Nafsu – Semuanya Baik Belaka

Oleh: an-Nawawi @ Nuur Fakhrul as-ShiddiQ
http://groups.yahoo.com/group/pmh-uitm
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Luahan satu...

Suatu ketika, aku pernah pergi kepada seorang kawan lelaki di kampungku dan bertanyakan perihal apakah perkara yang beliau sukai pada waktu-waktu cuti.

“Khairul, apakah hobi kamu pada setiap hujung minggu ya?” maka beliau lantas menjawab, “Biasanya aku akan pergi menonton wayang dengan awek aku...”

Luahan dua...

Pada waktu-waktu yang tertentu, aku juga sering berkongsi cerita bersama kawan-kawan di kampus. Suatu ketika, kami pernah bercerita berkenaan permainan komputer game. Dan seorang daripada kami telah menyatakan berkenaan keseronokan satu jenis pc game.

“Game ni memang best giler. Silap besar la kalau korang tak try main game ni. Aku sanggup tak tidur malam semata-mata nak complete dia punya mission.” Begitulah penjelasan dan luahan seorang kawan yang begitu ketagihan dengan permainan komputer.

Luahan tiga...

Begitu jugalah, pernah aku mendengar luahan seorang pemuzik dan pelakon. Apa katanya ya?

“Dalam bidang lakonan dan nyanyian ini, sebenarnya bukan nama yang kami cari, bukan juga wang dan material. Tapi sebenarnya kami lebih mencari kepada kepuasan dalam bekerja dan berkarya. Kami puas andainya semua orang menerima hasil kerja kami dengan gembira.” Beginilah pendapat para artis apabila diminta memberikan komen berkenaan aktiviti mereka sebagai ‘penghibur’.

Demikianlah juga halnya andai ditanya kepada para mat rempit, apakah kegiatan yang paling baik dan menyeronokkan dalam hidup mereka? Tentulah ‘merempit’ dan segala hal yang berkaitan dengan motor dan perlumbaan. Begitu juga kepada peminat wayang, mereka yang suka melancong, mereka yang suka memasak, mereka yang suka menonton TV, mereka yang suka menyaksikan perlawan bola atau gusti dan pelbagai lagi. Kecenderungan mereka untuk mengatakan apakah yang baik dan menggembirakan bagi mereka, tentulah apa yang mereka minati dan sukai berdasarkan hati dan fikiran mereka semata-mata.

Begitu jugalah sehingga kepada persoalan keagamaan, ibadah, mu’amalah, dan sebagainya. Masing-masing mempunyai penilaian sendiri terhadap skop yang tertentu. Sedarkah kita, bahawa wujudnya beberapa kesilapan berkenaan konsep methode penilaian seperti ini? Ataukah kita langsung tidak menyedari, dan hanya menganggap ianya sebagai bentuk citarasa manusia yang sememangnya pelbagai? Lalu membiarkan ia berlalu begitu sahaja...

Itulah hakikatnya, kita selalu alpa dan mengambil apa sahaja perkara yang dirasakan seronok secara mentah-mentah dan tanpa penilaian yang benar. Sebahagian kita dan mungkin kebanyakan daripada kita seringkali menilai atas rasa hati, nafsu, dan akal fikiran. Apa sahaja yang dirasakan sesuai dengan timbangan akal dan hati, terus sahaja kita ambil. Benarkah penilaian dengan konsep sebegini?

Lupakah kita? Bukankah kita seorang Muslim? Lalu apabila mengaku sebagai seorang Muslim, apakah prinsip kita dalam menilai? Apakah asas kita dalam mengatakan tentang sesuatu itu, samaada baik atau buruk? Sesuai atau tidak?

Hakikatnya, memang kita selalu terlupa. Dan mungkin ada yang sengaja melupakan. Terhadap DUA sumber utama kita dalam menilai baik dan buruknya sesuatu perkara itu. Ingatkah anda, apa dua sumber itu? Ya, tidak lain dan tidak bukan... iaitulah al-Qur’an (Kitabullah) dan as-Sunnah Rasulullah s.a.w. Itulah neraca timbangan kita. Yang mana seterusnya membawa kita kepada redha Allah s.w.t..

Di dalam manhaj beragama dan “The way of Life” sebagai seorang muslim. Kebaikan itu tidak boleh dikira semata-mata berdasarkan akal dan nafsu. Tapi, mestilah didahulukan kalam al-Qur’an itu sendiri bersama al-Hadis sunnah Rasulullah s.a.w. bagi menunjukkan jalan yang sebenar buat kita. Persoalannya, adakah kita telah benar-benar ikhlas dalam mendahulukan kedua-dua sumber tersebut dalam setiap penilaian yang kita ambil?

Dengan itu, maka harus sewajarnyalah kita menilai semula keikhlasan dalam beragama ini, lalu kembali melihat apakah dasar sebenar manhaj (prinsip) dalam memegangi agama ini. Apakah akal dan nafsu itu asas kita, ataukah dalil itu yang harus diberi keutamaan?

Maka, berikut kita lihat maksud firman Allah s.w.t.:

“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.” (an-Nuur: 51-52)

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” (al-Jaatsiyah: 18)

Ketahuilah, setiap apa yang benar itu, timbangannya adalah al-Qur’an dan sunnah Rasul-Nya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. itu sendiri. Dan bukanlah akal dan nafsu hati, sebagaimana firman Allah berikut:

“Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (al-Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.” (al-Mu’minuun: 71)

Dan Allah juga telah mengutuskan Rasulullah itu sebagai contoh dan role model terbaik yang perlu dicontohi oleh setiap insan sebagaimana firman Allah ini:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (al-Ahzaab: 21)

Dan berikut sempat saya bawakan pesanan imam Malik Rahimahullah dan imam Abu Hanifah Rahimahullah melalui riwayat berikut (maksudnya):

Jauhilah pendapat orang-orang yang (mengeluarkan pendapat) berdasarkan akal fikiran kecuali jika sudah disepakati oleh para ulama’ (ijma’ ahlus sunnah). Ikutilah al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu oleh Tuhan kamu dan ikutilah Hadis yang telah diturunkan kepadamu oleh Nabi kamu. (Malik Bin Annas Rahimahullah, Riwayat al-Sya’rani – al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 188)

Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu. (Abu Hanifah, Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.)

Oleh itu, dahulukanlah al-Qur’an dan Rasulullah s.a.w. dalam setiap penilaian yang dibuat.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-Hujuurat: 1)

Rabu, Jun 06, 2007

Tajuk: Download Kuliah-Kuliah Sunnah Terkini

السلام عليكم - As-Salaamu ‘alaikum...

Sekadar berkongsi, Kuliah-kuliah aqidah, fiqh, dan hadis dalam bentuk audio mp3. Kuliah-kuliah disampaikan oleh Ust. Fathul Bari, Ust. Rasul Dahri, & Dr. Asri. Sila download dari link berikut:

http://an-nawawi.4shared.com

InsyaALLAH akan sentiasa di-kemaskini dengan kuliah-kuliah sunnah yg terkini.

Diharapkan semoga ada manfaatnya bersama…


http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com
http://bahaya-syirik.blogspot.com
http://an-nawawi.blogspot.com
http://an-nawawi.4shared.com
http://groups.yahoo.com/group/pmh-uitm

MSN Messenger: dimensi83@hotmail.com
Yahoo Messenger (YM!): nawie83@yahoo.com