Oleh: Brother Nawawi
As-salaamu ‘alaikum…
Sejak dulu lagi aku nak ulas benda ni. Em, sekarang kampus mana-mana IPTA pun sedang bercuti. Jadi, aku pun turut sama bercuti. Cuma aku belum balik ke kampung je. Aku tinggal kat rumah kawan aku jap. Aku lepak-lepak dengan kawan-kawan yang dah bekerja ni.
Em, apa pun bukan itu persoalannya. Ok, ceritanya… Bila time cuti-cuti macam ni, aku pun berpeluanglah untuk menonton TV, coz ada masa yang terluang walaupun tak banyak. Tadi malam aku tengok mentor (di TV 3, jam 9.00 mlm). Dan sebenarnya isunya bukan sahaja pada mentor, malahan kebanyakan drama TV, filem, dan lain-lain rancangan TV. Dan jika diluaskan skopnya, bukan juga terhad kepada rancangan di TV, malahan di sekitar aktiviti kawan-kawan aku sendiri.
Ok, isunya ialah persoalan penyalahgunaan perkataan atau kalimah suci zikirullah. Isu ni cukup menyedikan aku. Coz, mereka seolah-olah sedang mencabar ALLAH dan merobek kesucian Islam. Em, Kalimah yang aku maksudkan adalah seperti:
Alhamdulillah…
Astaghfirullah…
InsyaALLAH…
Na ‘Uzubillah…
Bismillah…
Dan mungkin banyak lagi yang lain-lain malahan isu kubur dan al-Qur’an pun disalah gunakan. Sebagai contoh tadi malam, salah seorang ‘protégé’ mentor telah menyelitkan satu segmen khas ‘menziarahi kubur’ bagi mengisi slot Mentor. Aku pun tak tau apa motifnya. Dari segmen (Mentor) yang berunsurkan ntah apa-apa tu, yang mana amat jauh dari batas element Islam, tiba-tiba diselitkan satu element yang berbentuk kesedihan. Di-adun dengan lagu dan lakonan yang menggambarkan kesedihan. Adalah slot tu memakan masa lebih kurang 3 ke 4 minit. Tapi, peliknya tak pulak menimbulkan keinsafan kepada mereka. Lepas tu, jadi macam biasa jugak… Maksudnya, mati langsung tidak mengingatkan mereka supaya bertaubat dari kerja-kerja mereka.
Baiklah, berbalik kepada isu kalimah tadi. Em, banyak artis-artis kita mahupun dari kalangan masyarakat kita sewenang-wenangnya menggunakan kalimah-kalimah tadi untuk perkara-perkara yang telah jelas haram. Sebagai contoh, dalam satu slot drama yang berpeluk-pelukan atau setidaknya berpegangan tangan. Kemudiannya mereka berlafaz janji, ‘InsyaALLAH kita pasti bahagia’... ‘InsyaALLAH kita akan kahwin’... selain dari itu, yang mana biasanya kita lihat pula di dalam suatu anugerah industri muzik atau perfileman mereka. Mereka seringkali mengucapkan (melafazkan), ‘Alhamdulillah... Syukur... Allah murahkan rezeki’ tatkala menerima anugerah. Padahal apa yang mereka lakukan tu adalah jelas salah disisi agama. Mana mungkin kerja-kerja haram, disusuli dengan kalimah kesyukuran Alhamdulillah. Sepatutnya mereka melafazkan kalimah taubat, dan segera meninggalkan kerja haram itu.
Ada yang bertanya, kenapa pulak haram? Jawabannya, dalam kerja-kerja lakonan dan bidang nyanyian, mereka sebenarnya bukan sekadar berlakon, malahan melakukan perkara yang jelas haram. Berikut saya nyatakan 3 daripadanya:
Berpegangan tangan, dan berpelukan di antara lelaki dan wanita. Hal ini jelas haram di sisi agama. “Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya.” (Hasan: Hadis daripada Abi Umamah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir)
Sengaja mendedahkan aurat. Dan paling teruk, sanggup menjadikan auratnya sebagai bahan pelaris atau sumber kewangan mereka. “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan auratnya kecuali kepada mahramnya” (an-Nuur (24): 31), Rujuk juga al-Ahzaab (33): 32 & 59)
Sengaja menimbulkan syahwat di kalangan penonton awam dengan pelbagai aksi yang menghairahkan yang mana kebiasaannya dilakukan oleh artis wanita (tidak kira samaada di TV atau di media-media cetak). Em, tak mustahillah (tak hairanlah) masyarakat kita jadi longlai dan budaya seks bebas serta kes rogol meningkat. “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (al-Isra’ (17: 32), “... Berjayalah... orang-orang yang menjaga kemaluannya (syahwatnya)... (al-Mukminun (23): 1-5)
Saranan aku kepada mereka, hentikanlah perbuatan menghina ALLAH dan Islam. Janganlah kamu cuba walaupun sekali-kali mencabar batasan yang ALLAH hadkan itu. Perbuatan kamu hanya mencemarkan nama Islam dan lebih sedih, sebenarnya ia menghancurkan aqidah kamu sendiri. Dan paling teruk, sebenarnya kamu sedang mencabar ALLAH.
Kamu melakukan benda yang haram, tapi kamu ucap syukur. Kamu melakukan kerja yang haram tetapi kamu berdoa supaya ALLAH mengizinkan kamu berjaya. Kamu tau kerja yang kamu nak buat tu haram, tapi kamu ucap nama ALLAH, seolah-olah nak perli ALLAH (nak cabar ALLAH, seolah-olah kamu tidak takut dengan larangan ALLAH)! Apa semua ni? Hentikanlah!...
Perumpamaan kamu sebenarnya tidak jauh berbeza seperti:
Seolah-olah kamu mencuri ayam, kemudiannya bila kamu nak makan, kamu sibuk nak sembelih. Padahal, ayam tu tetap jugak haram kerana datang dari hasil curian.
Ataupun, kamu beli makanan dengan duit rompakan, tiba-tiba masa nak makan, kamu mulakan dengan Bismillah... (siap baca doa lagi...)
Em, kamu sensitif (melenting) bila dihidangkan dengan babi sebagai makanan (rujuk isu sosej, dan makanan yang dicampur dengan material khinzir), tapi kenapa kamu tak sensitif dengan sumber kewangan kamu yang bercampur aduk tu? Padahal yang haram tetap haram... sama saja kes nya, cuma berbeza situasi. Apakah hanya tinggal babi sahaja yang haram?
Em, Carilah kerja yang baik-baik...
Akhir pena dari aku, renungilah terjemahan maksud bebarapa ayat ini:
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil (mungkar) dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (al-Baqarah (2): 42)
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya... (al-Mukminun (23): 1-5)
Bersegeralah kepada Taubat:
Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera (setelah menyedarinya), maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (an-Nisa’ (4): 17)
Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih. (an-Nisa’ (4): 18)
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (Ali Imran (3): 135)
ALLAHU ‘alam...
Brother Nawawi...
5 comments:
salam..ada benarnya juga kata anta tu..tapi x leh salahkan diorg jugak..diorg x tau pun bnde tu salah..at least diorg sebut jugak kalimah tu dari x sebut langsung..
ana x kata ape yg enta tulis tu salah..mgkn diorg fhm konsep tu dr segi lain..syukur sbb diorg meng anugerah..diorg dh sah2 buat bnde salah,x leh slhkn diorg gak sbb diorg x tau konsep sbnr..but at least diorg msh tau sbut kalimah Allah..kite bukn la sp2 nk ukur manusia..doalah mg mereka insaf..
At least sebut?..
Tak tau konsep sebenar pun kalau hati tu ok boleh jugak diorg FIKIR..sebab tulah Allah anugerahi OTAK..
Orang kafir pun pandai sebut kalimah Allah..
Memang kita bukan nak ukur amalan orang lain..
Doa tu baik,tetapi peringatan yang berkesan itu lagi baik.
Maaf saya menambah lagi..
Bukankah yang merojak-rojakkan itu adalah ajaran para2 pemimpin yang dijunjung oleh artis2 dan pendukung doktrin & ideologi mereka...bukankah kamu juga yang berkata jangan melawan pemerintah?
Inilah yang dimahukan..
Jadi bukankah kamu harus meredhakan saja?
Ingat lagi artikel kamu yang ini?
MENTAATI PEMERINTAH/PEMIMPIN ADALAH SIKAP PARA AHLUS SUNNAH
So dont twist because u might end up a hypocrite
Janganlah terlalu cepat menuding jari ke arah pemimpin...
teruskanlah berusaha menghayati as-sunnah dengan dengan baik dan lebih mendalam.
nasihatilah pemimpin dgn jalan/kaedah yg telah ditunjukkan oleh as-sunnah, bukan emosi.
Allahu a'lam...
Syukran..the anonymous..
Please help me in my condition which i'm lacking in knowledge of hadith and as-sunnah..i really want to adhere to it fully in my practice,my words,my point of view ..my DEEN.
And who am i gonna turn to if i were a victim of injustice served by the very administration?
Yes, Allah will always be there and always the most merciful.
Tell me ways to get to our now-caliph's door ..knock it and tell to his face that what we need are changes so the fellow brothers and sisters can lead our way back to ISLAMIC living.
Catat Ulasan