as-Salaamu 'alaikum, cadangan tambahan saya di sini, adalah dengan penuh harapan... PAS dapat membuka ruang bagi mendidik para rakyat (dan para ahli khasnya) dengan didikan aqidah yang sahih dan benar. Kebutaan kebanyakan rakyat dan perpecahan para pejuang2 Islam di seluruh dunia kebanyakannya adalah bermula dari dasar aqidah dan manhaj pengambilan al-qur'an dan hadis.
Janganlah kita hanya menumpukan kepada hasrat membawa rakyat yang penuh ketidak-tahuan serta serba kekurangan dalam informasi dan ilmu ke lembah pemberontakan kepada pemerintah. Ia hanya akan membawa pelbagai kesan yang buruk lagi kepada pencinta-pencinta Islam yang gigih mnyebarkan ilmu di luar sana.
Tindakan tergesa-gesa melancarkan kritikan terbuka kepada pemerintah bukanlah adab sebagai seorang ahlus sunnah. Ia adalah suatu bentuk tindakan yang telah jelas membuktikan membawa lebih mafsadah berbanding maslahah. ia bukanlah jalannya para ahlus sunnah sejak berzaman.
marilah kita kembali kepada manhaj ilmu dan pendidikan. penekanan kepada manhaj ilmu-lah kelak, yang bakal membawa dan membuka minda rakyat ke arah kebijaksanaan.
Dengan ilmu-lah kita mengenal baik dan buruk. Dengan aqidah yang benar lah, kita membezakan mana syirik dan mana kesejahteraan. Tujuan kita bukan semata-mata daulah. Tidak keterlaluan andai saya katakan... Daulah Islamiyah atau negara Islam adalah hasil dari didikan ilmu dan aqidah yang jelas sahih dan haq. Dari ilmu dan manhaj aqidah-lah kita bakal di-anugerahi penguasaan. Dengan ilmu-lah dapat kita menilai kesahihan amalan sendiri. Dengan ilmulah bakal kita membentuk jati diri dan langkah pemerdekaan. Dengan ilmu, kita membawa panji para nabi ke arah mengesakan Allah menegakkan syari'at-Nya.
Tujuan kita adalah kesejahteraan di sana kelak. Itu keutamaan kita. Maka, hanya asas aqidah yang benarlah yang bakal memberi kita tempat yang baik. Dengan aqidah lah kita dibezakan antara manhaj sesat dan selamat. malah, membezakan kita antara kafir dan iman. Syirik dan suci.
Marilah kita bermula dengan manhaj ilmu. Membuka mata masyarakat dengan dalil dan nas. bukan dengan emosi mahupun kemarahan...
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman (ber-aqidah sahih) di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh (amal yang didasari ilmu) bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (an-Nuur 24: 55)
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com
al-Faqir illallah an-Nawawi as-Salafy wal-Atsary
7 comments:
Ya, saya juga menyokong candangan anda!
saya pun setuju dan tak setuju.setuju sebab manusia tak perfect.mmg tak leh lari dr melakukan kesilapan.cuma bezanya byk ngan sikit,besar ngan kecil.dan setujunya bila tulisan "CADANGAN BUAT PARA PEJUANG PAS" datangnya x tau dr sapa?napa takut ke nak dedahkan identiti.apa salahnya letak identiti kat blog yg blh diisin dgn mcm2 benda ni.nak best letak la gambar sekali.nama samaran susah org nak kenal,nama mak ayah bgkan dah lawa.tq.sorry kalau terasa.
blogger adalah web x rasmi. Jadi itu hak individu samada utk mendedahkan identitinya atau tidak. sy sokong cadangan itu krn aqidah yg longgar menyebabkan seseorang x de pendirian..cadangan tsbt ada kebaikan dan keburukan, bergantung pada kaca mata atau biji mata tanpa kaca mata masing-masing utk menilai. sy menyokong kerana mmg sgt wajar pentingnya menuntut ilmu yg sahih dgn keyakinan supaya dgn bekalan ilmu tulah dapat membimbing diri, kluarga, msyrkt, negara, serta yang paling penting utk agama- LILLAHITA'ALA.
Allahua'lam.
Memang kita tak pernah setuju dengan benda yang orang lain buat. Yang kita buat saja yang betul. Semua orang tak betul. Kalau si mat kata dia tak setuju dengan PAS, saya pun boleh kata saya tak setuju dengan dia. Dia pun boleh kata tak setuju dengan saya. Manusia ni dengan tuhan pun dia tak setuju. Kalau boleh dia sendiri nak jadi tuhan macam Firaun tu.... barulah dia setuju.
As-salamualaikum,
Berikut perbincangan aku dan abg ttg pimpinan Malaysia n parti2 politik skg…lebih kurang mcm ni dialog tsbt..
Aku: Aku mula setuju ada 1 parti politik tu bukan hnya menegakkan hukum hudud d Malaysia..tp pada masa yg sama menyebabkan perpecahan krn pendekatan mereka silap..mreka spatutnye memberi lebih peluang utk kefahaman ttg islam dan undang2 tsbt kpd org islam dan bukan islam..
Abg: Sepatutnye ko bersyukur dengan keadaan skg..
Aku: (Bingung-krn abg mungkin slh phm yg mungkin ingat aku menentang pimpinan skg)..aku diam
Abg: Cuba ko tengok kat thailand, tu negara islam timur tengah kat mane2 je umat islam lain duduk selain malaysia..nk solat dgn aman pun susah..mcm2 je..bom sane sini..sembelih sane sini..org islam sendiri berbunuhan..fatah dgn hamas tu ha..syukur dengan pimpinan skg..kita dpt beribadah dgn aman..tanpa ancaman atau ketakutan spt org islam d U.S yg stiasa d perhatikan gerak gerinya...ko nak ke..tgh2 nk solat je ade bom..dtg pulak org nk sembelih..org2 yg memusuhi islam ataupun org islam yg berlainan fahaman...
Aku: terdiam..sedikit kecut perut bile pk..nk ibadah pun ade org nk bunuh)...Na’uzubillah
Abg: Ko bayangkan..kalao secara tibe2 nk buat hukum hudud, mmg la wajib itu hukum ALLAH, maksud skg..skg statistik pnduduk malaysia lbh kurang mcm ni.. melayu 40% cina 30% india 20% 10% tu pulak campur-campur..majoriti islam org melayu..itu pun campur tolak yg btul2 islam dlm 30%...70% tu kalau x phm ttg islam..ttg hudud..tiba2 je buat hudud dan mreka berontak...sbb mreka x fhm, mcm2 bole jadik..bole jd mreka menindas org2 islam..mcm yg aku ckp tadi..nk solat pun ade org nk bunuh atau x selesa lihat org islam di jalanan...ko kene pk...bukan main semberono je . Spatutunye beransur2..beri mreka kefahaman yang sepatutnye ttg hudud..kat situlah pentingnye pengetahuan agama islam samada yg muslim atau bukan muslim..hindu..buddha..kristian...mereka semuka kene faham dengan jelas apa itu undang2 islam..hudud dan apa2 saje berkaitan dengan syariat islam..bile semua da jelas, barulah dapat dilaksanakan...
Aku: ha’a...aku tau tu yg penting aqidah diperbetulkan..perluasan ilmu2 pengetahuan islam harus disebarkan...bukan hanye mencerca pemimpin terang2 an itu hanya menyebabkan perpecahan sekarang..
Abg: Kefahaman tu yg penting..nak2 org bukan islam + org islam yg kureng berpegang dgn islam yg ramai kat malaysia ni..juga org islam yg kurang pengetahuan...dah faham barulah mudah dilaksanankan...
Aku: Mudah2 an...getus hatiku: (syukur Alhamdulillah dgn pimpinan skg, aku masih dpt beribadat dgn aman..bebas nk amalkan suruhanNya...juga bebas utk menambah ilmu2 kefahaman ttg duniawi dan ukhrawi...)
Mudah2an slps semua pihak termasuk non muslim fhm ttg ape sbnrnye hudud dgn jelas..dan org islam sndiri mantap aqidahnye..terlaksana juga hukum hudud ini dalam keadaan aman tanpa ada perpecahan..pemberontakan..rusuhan dan penindasan...syukur Alhamdulillah atas keamanan malaysia harini...
org melayu hya ada kekuatan pada politik shj .itupun cina dah nk conquer.. alangkah baiknya jika melayu bersatu..xde pas..xde barisan nasional..ush pisahkan..tapi concentrate on melayu yg majoritinya islam..mengapa tidak kita bersatu?
Rasulullah S.A.W. mengizinkan penganut agama lain wujud dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadi rakyat, yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan.
Dalam masa yang sama Islam mewajibkan penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya. Zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran neraka kepada orang Islam yeng mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil.
Al Quran meletakkan garis panduan dalam surah Al Haj, ayat 40:
Maksudnya :“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara dan gereja-gereja penganut kristian, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
Rasulullah S.A.W telah menafsirkan perintah Allah secara amalan, apabila Islam melarang penganut Islam menceroboh gereja dan paderi walaupun ketika berlakunya perang. Maka sudah tentulah ketika damai keadaan ini lebih wajib dipelihara.
Rasulullah S.A.W. mengarahkan para sahabatnya berhijrah ke Habasyah, iaitu sebuah negara kristian ortodok yang adil di zamannya untuk mendapat perlindungan, dan berlakunya dialog di antara Islam dan Kristian dengan hujah.
Sejarah Islam di China menyebut kewujudan masyarakat Islam di negara China yang besar, dan adanya orang Islam yang menyumbang khidmat negara dengan cemerlang kepada negara China dan adanya hubungan diplomatik di antara China dan Islam dengan baik.
Amir Al Mukmin Umar bin Al Khattab dijemput oleh paderi besar Palestin yang menyambut kemenangan Islam menjatuhkan Rom Timur yang sebelumnya dikuasai oleh penganut Kristian yang berlaku zalim terhadap mereka. Khalifah Umar datang menerima jemputan dan melawat Gereja Baitul Laham.
Apabila tiba waktu sembahyang, Umar bertanya :”Di mana tempat saya bersembahyang?” Paderi besar menjawab: ”Di sini sahaja (dalam gereja)”. Umar menjawab: ”Tidak patut bagi Umar bersembahyang di sini, nanti generasi akan datang berkata 'Umar pernah bersembahyang di sini lalu mereka mendirikan masjid di sini (dengan merobohkan gereja)”.
Maka Umar pun keluar dan bersembahyang di halaman, dan bersempena dengannya didirikan masjid yang masih ada sehingga hari ini berhampiran dengan gereja yang masih ada. Apa yang paling menarik di zaman terkini, pihak gereja itu pula melindungi mujahidin Palestin yang dikepung oleh tentera zionis Israel.
Semua cerita benar tersebut berlaku dalam keadaan Islam diamalkan dengan sempurna, yang berbeza dengan Islam yang diamalkan oleh UMNO pada ketika lalu dan kini. Islam warisan penjajah Inggeris yang di zamannya Islam telah dirampas kuasanya daripada raja-raja Melayu dengan memenjarakannya dalam kepompong Jabatan Agama dan Majlis Agama yang tidak berkuasa mengikut Islam yang sempurna.
Islam menjadi agama yang diperintah dan ditadbir, bukannya agama yang memerintah dan mentadbir. Hasilnya masjid boleh digeledah, tidak ada perbezaan dengan gereja dan imam boleh diambil tindakan bukan kerana kesalahan agama, tetapi kerana kononnya kesalahan politik. Politik pula dipisahkan daripada agama, seperti juga pemisahan agama dengan politik dalam lain-lain agama selain dari Islam.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/4919-isu-gereja-kembali-kepada-sirah-nabi
Catat Ulasan