“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Isnin, Julai 23, 2007

KRITERIA ASAS SEBUAH NEGARA ISLAM

KRITERIA ASAS SEBUAH NEGARA ISLAM

Sabda Rasulullah s.a.w.:


سَيَكُوْنُ بَعْدِيْ اُمَرَاءُ ، فَتَعْرِفُوْنَ وَتُنْكِرُوْنَ ، فَمَنْ اَنْكَرَ فَقَدْ بَرِىءَ ، وَمَنْ كَرِهَ فَقَدْ سَلِمَ ، وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ ، قَالُوْا : اَفَلاَ نُنَابِذُهُمْ بَالسَّيْفِ ؟ قَالَ : لاَ ! مَااَقَامُوْا فِيْكُمُ الصَّلاَةَ

“Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya, maka sesiapa yang mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah berlepas diri dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat, akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya. Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah!)? Baginda menjawab: Jangan! Selagi mereka masih mendirikan solat di kalangan kamu”. (Hadis Riwayat Muslim 6/23)

Seterusnya, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam menyeru agar bersabar terhadap pemimpin dan penguasa selagi mereka bersolat, kerana ia adalah makna keIslaman yang pertama sekalipun tidak berhukum dengan hukum Islam, kerana petanda asas dan bukti utama seseorang itu pemimpin Islam adalah solatnya sebagaimana sabda baginda:


عَنْ اَبِى اُمَامَةَ الْبَاهِلِيْ ، عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيَنْقُضَنَّ عُرَى اْلاِسْلاَمِ عُرْوَةً وَكُلَّمَا اِنْقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّتَ النَّاسُ بِالَّتِىْ تَلِيْهَا وَاَوَّلُهُنَّ نَقْضَ الْحُكْمُ وَآخِرُهَا الصَّلاَةُ.

"Dari Abi Umamah al-Bahili, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam baginda bersabda: Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan akan dikuti oleh ikatan berikutnya. Ikatan Islam yang pertama kali lepas adalah hukum dan yang terakhir adalah solat". (Hadis Riwayat Ahmad. 5/251)

Hadis ini membuktikan bahawa tidak boleh dihukum kafir setiap individu atau pemimpin jika masih mendirikan solat. Dan sesebuah negara dinamakan negara Islam jika masih terdengar suara azan, solat masih didirikan dan dikuatkan lagi jika majoriti rakyatnya beragama Islam kerana hadis di atas menjelaskan: “Dan (tanda) terakhir adalah solat”.

Al-Ismaili rahimahullah berkata:

“Para ilmuan di zaman awal berpendirian, bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan terang-terangan serta penduduknya (rakyatnya) sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman)”. (Lihat: Iktiqad Aimmatu Ahlu Hadis, hlm. 50)

Ini bermakna, apabila satu-satu negara atau wilayah itu masih sekurang-kurangnya berupaya mengerjakan/mengamalkan syariat solat maka ia adalah merupakan sebuah wilayah/negara Islam.

Para pemimpin adalah penguasa yang mampu menggunakan kuasa mereka melaksanakan pemerintahan berasaskan prinsip siyasah as-syariyah. Para ulama pula adalah terminal ilmu yang mampu dan diberi mandat membentuk akidah dan pemikiran ummah ke arah pemahaman siyasah Islamiyah (siyasah as-syariyah yang lebih berdisiplin lagi profesional. Ulama telah diwajibkan oleh syara bekerjasama dengan pemimpin. Dipikulkan ke atas mereka tanggungjawab sosial mentarbiyah ummah agar mentaati pemimpin demi mengelakkan perpecahan serta menghapuskan fitnah di kalangan masyarakat. Maka sesebuah negara itu dinamakan negara Islam apabila ulama dan umara (pemimpin) bekerjasama membangun rohani dan jasmani, fizikal dan mental serta untuk pembangunan dunia dan akhirat.

Penamaan negara atau negeri Islam bukan hanya menerusi perundangan, hudud atau peraturan jenayah (kriminal). Malah meliputi bidang-bidang dan aspek yang luas. Khalifah Umar bin Khattab radiallahu ‘anhu berkata:

“Wahai rakyatku! Kamu mempunyai hak ke atas kami untuk menasihati pada perkara-perkara yang kami tidak ketahui, dan hendaklah kamu saling membantu (tolong-menolong dan bekerjasama) dalam kebaikan”. (Lihat: az-Zuhud 2/602. Hannad)

Tiga perkara yang ditekankan oleh Khalifah Umar untuk membangun ummah dan daulah Islamiyah, iaitu:

1 - Merialisasikan hak individu terhadap pemerintah.

2 - Untuk saling menasihati pada perkara-perkara yang tidak diketahui.

3 - Saling membantu dalam kebaikan.

Perkara kedua yang disebut oleh Khalifah Umar dalam kata-katanya di atas: “Untuk saling menasihati pada perkara-perkara yang tidak diketahui”. Ini merupakan suatu konsep untuk mendekatkan pemimpin dengan rakyat secara bermuzakarah, bermusyawarah dan berlapang dada. Ia menjadi gagasan membuka minda dalam usaha merialisasikan sebuah negara Islam. Iaitu negara Islam yang membangun bersama rakyat untuk mencapai kemakmuran dan keharmonian.

Oleh kerana inilah kita sering mendengar ungkapan yang berbunyi:

“Bahawa agama dan penguasa adalah seumpama dua sisi mata yang tidak boleh terpisah. Apabila diangkat salah satunya, maka akan terangkatlah yang lainnya, kerana agama itu bagaikan asas bangunan, sedangkan penguasa seperti penjaga asas tersebut. Sesuatu yang tidak ada asasnya akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya akan lenyap dengan cepat”. (Lihat: Ruhul Ma’ani 1/174. Cetakan Al-Muniriyah. Lihat: Al-Bahrul Mihit. 2/269. Abi Hayyan)

Termasuk tanda-tanda negara Islam ialah apabila ulama diberi ruang berada di samping pemimpin Islam, kerana agama dan pemimpin (politik) tidak dapat dipisahkan. Berkata Abu Abdillah al-Qala’i as-Syafir rahimahullah:

“Keseimbangan urusan agama dan dunia adalah satu tujuan yang sangat diidam-idamkan. Hal ini tidak akan terlaksana kecuali dengan adanya penguasa (pemimpin). Kalau kami tidak memandang wajib adanya penguasa, pasti hal ini akan menyebabkan manusia berada di dalam perselisihan dan kerusuhan yang berpanjangan sehingga Hari Kiamat. Kalau manusia tidak mempunyai pemimpin yang kuat dan ditaati, pasti akan pudar kemuliaan Islam lalu lenyap tak berbekas. Jika umat tidak mempunyai penguasa yang berdaulat, pasti akan lenyap aktiviti-aktiviti ibadah dan terhentilah perdagangan import-eksport”. (Lihat: Tahzib ar-Riysah. Hlm 95. Lihat: Majmu al-Fatawa 27/390. Ibn Taimiyah)

Pemimpin dan ulama dalam sesebuah negara Islam seharusnya sentiasa bekerjasama dan sentiasa saling hormat menghormati, kerana ini adalah merupakan suatu asas yang utama yang membina kesejahteraan agama, keutuhan politik (siyasah), keselamatan, perpaduan dan keharmonian rakyat, inilah juga penyebab pemimpin dan ulama dihormati. Sahl bin Abdullah at-Tusturi rahimahullah berkata:

“Manusia sentiasa dalam kebaikan jika masih menghormati pemerintah dan ulama. Jika mereka menghormati dua komponen umat Islam ini, maka Allah akan memperbaiki urusan dunia dan akhirat mereka. Seandainya mereka meremehkan dua komponen ini, akan rosaklah kepentingan dunia dan akhirat mereka”. (Dikutip dari khutbah Syeikh Uthaimin. Lihat: Huquq Ra’ii war-Ra’iyyah)

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah menjelaskan peranan para ulama bersama umara (pemimpin) dalam mengurus sesebuah negara yang pada mulanya adalah tugas para nabi:


كَانَتْ بَنُوْ اِسْرَائِيْلَ تَسُوْسُهُمُ اْلاَنْبِيَاءُ ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ وَاَنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِيْ ، وَسَيَكُوْنُ خُلَفَاءَ فَيَكْثِرُوْنَ قَالُوْا : فَمَا تَاْمُرُنَا ؟ قَالَ: اَوْفُوْا بِبَيْعَةِ اْلاَوَّلِ فَاْلاَوَّلِ ، اَعْطُوْهُمْ حَقَّهُمْ ، فِاِنَّ اللهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ

"Adalah Bani Israil dipimpin oleh para Nabi mereka. Setiap kali seorang Nabi wafat digantikan oleh Nabi berikutnya. Dan sesungguhnya tidak ada nabi lagi sesudahku, tetapi akan ada para pemimpin (yang beragama Islam), mereka banyak (jumlahnya). Para sahabat bertanya: Apa yang engkau perintahkan kepada kami (apabila itu terjadi)? Nabi bersabda: Patuhilah pemilihan (pemimpin yang beragama Islam) yang pertama, berikanlah oleh kamu hak mereka kepada mereka, kerana Allah akan menanyakan kepada mereka apa yang menjadi tanggungjawab mereka". (H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Ahmad 2/297)

Ibnu Jarir rahimahullah berkata:

“Perkataan yang paling utama dan benar di dalam hal ini (negara Islam) adalah perkataan yang mengatakan bahawa Ulil Amri adalah para pemimpin dan penguasa (beragama Islam). Hadis-hadis dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam perintahnya untuk taat kepdaa para pemimpin dan penguasa (Islam) statusnya adalah sah belaka. Dalam ketaatan kepada mereka adalah kemaslahatan bagi kaum muslimin”. (Lihat: Tafsir at-Tabari, 5/150)

Kejahatan, penindasan atau kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin tidak akan menghilangkan status negara yang dipimpinnya sebagai negara Islam jika ia masih bersolat, seperti dosa besar dari perzinahan yang dilakukan oleh seorang individu tidak akan menjadikan ia seorang kafir selagi dia solat, mengaku sebagai seorang muslim dan masih mengucap dua kalimah syahadah. Kerana Rasulullah telah bersabda:

“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan: Tiada Tuhan yang berhak diibadahi selain Allah. Apabila mereka telah mengucapkan yang demikian, maka darah dan harta mereka terlindung kecuali dengan haknya, sedangkan perhitungannya kembali kepada Allah”.

Di hadis yang lain baginda bersabda:

“Barangsiapa mengucapkan bahawa tiada Tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, maka darahnya haram ditumpahkan”.

Kenyataan dari hadis-hadis di atas membuktikan bahawa tanda keIslaman seorang individu termasuk penguasa atau pemimpin tidak boleh diukur pada kezaliman, kejahatan atau pelanggarannya terhadap batasan hukum-hakam syara’, tetapi solat dan pengucapan kalimah syahadahnya. Maka mereka adalah ahli kiblah dan merupakan penguasa (pemimpin Islam) yang tidak boleh dikafirkan. Malah wajib ditaati dan dipelihara kehormatan serta maruahnya

Kenyataan ini telah dijelaskan juga oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu:

“Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, sama ada penguasa yang baik atau yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya: Wahai Amirul Mukminin! Jika penguasa itu baik, ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa yang jahat? Ali berkata: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan suatu daerah melalui perantara penguasa walaupun ia jahat.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang sahih sampai kepada Ali bin Abi Talib. Lihat: asy-Syu’ab)

Menurut Muhammad Abu Zahrah:

“Darul Islam (negeri atau negara Islam), adalah setiap negara yang diperintah dan dikuasai oleh Islam (umat Islam), iaitu kekuatan dan pertahanan negara berada di bawah kekuasaan umat Islam. Inilah bentuk negara yang wajib dipertahankan oleh setiap umat Islam”. (Abu Zahrah hlm. 377)

Antara petanda sesebuah negara itu dinamakan negara Islam ialah pemimpinnya Islam dan majoriti rakyatnya juga beragama Islam. Antara ciri-ciri pemimpin Islam yang wajib ditaati ialah pengakuannya serta pengucapan dua kalimah syahadahnya. Dan tanda yang paling besar ialah solatnya dan laungan azan masih berkumandang di negara tersebut sebagaimana dinyatakan oleh hadis-hadis sahih. Oleh itu, apabila seorang muslim dipilih dan dilantik dengan kesepakatan ummah (majoriti rakyat) sebagai pemimpin maka ia adalah pemimpin bagi sebuah negara Islam, ia wajib ditaati. Berkata al-Imam al-Hasan bin Ali al-Barbahari rahimahullah tentang negara dan pemimpin Islam:

“Barangsiapa memegang jawatan kepimpinan atas kesepakatan dan keredhaan kaum Muslimin, maka dia adalah pemimpin Mukmin. Tidak halal bagi seorang pun hidup walaupun satu malam sementara dia tidak mempunyai seorang pemimpin yang baik atau yang jahat. Beginilah yang diserukan oleh Imam Ahmad”. (as-Sunnah. Al-Barbahari)

Syara’ telah mengharamkan menentang dan memberontak terhadap pemimpin negara Islam yang beragama Islam, atau orang kafir yang telah dilantik oleh pemerintah Islam yang mewakili pemerintah Islam. Islam mengajar sabar terhadap pemerintah dan pemimpin yang tidak disukainya walaupun ia melakukan kezaliman selagi beragama Islam, mengucap dan mendirikan solat, atau terhadap pemimpin bukan Islam yang di bawah naungan pemerintah Islam, maka mereka wajib dipatuhi. Dalam hal ini Syeikh al-Uthaimin berkata:

“Ketahuilah bahawa orang yang belot terhadap pemerintah yang sah, pada hakikatnya telah menjadi hamba musuh-musuh Islam. Pemberontakan atau semangat meluap-meluap bukanlah suatu pelajaran yang bijak, tetapi yang harus kita ambil menjadi pelajaran adalah hikmah (mengikuti sunnah). (Huquq Ra’i war-Ra’iyah. Kumpulan Khutbah al-Uthaimin)

WUJUDKAH PEMIMPIN, RAKYAT & NEGARA YANG MAKSUM?

Sememangnya di setiap negara Islam, tidak akan lahir lagi walau seorang nabi atau rasul untuk menyatukan, memimpin dan memerintah umat secara siyasah syariyah (berhukum dengan hukum syarii) secara utuh sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tetapi pengganti dan pewarisnya untuk melanjutkan seluruh tugas tersebut ialah para penguasa atau pemimpin Islam yang dipilih oleh rakyat secara sah yang ditunjangi oleh para ulama yang ikhlas.

Namun, setiap negara Islam akan teruji dengan adanya gerakan yang menggolongkan diri mereka kumpulan ulama, mereka menjamin kononnya kalau mereka memerintah, mereka akan melaksanakan undang-undang Islam atau hudud. Persepsi mereka hanya dengan melaksanakan hudud sahaja telah sempurna tuntutan sebuah negara Islam. Mereka lupa atau jahil bahawa hudud hanya sebahagian dari tuntutan hukum-ahkam Islam yang syumul, global dan luas.

Mereka menyangka pasti akan hapus segala kezaliman, maksiat dan jenayah, termasuklah perbuatan yang dianggap dosa-dosa besar seperti riba, rasuah, arak, pencurian, perzinahan (termasuk perkosaan, rogol atau sumbang mahram) dan sebagainya apabila undang-undang hudud dilaksanakan. Inilah penipuan kalau bukan angan-angan kelompok yang kurangnya ilmu yang mana memiliki sifat tergesa-gesa, sombong dan takbur.

Sebenarnya di sebalik berbagai-bagai janji yang disebarkan oleh golongan seperti itu kepada rakyat terdapat matlamat ingin menumbangkan pemerintah, mereka mencemburui negara Islam yang telah wujud yang tidak berjenama dan berfikiran sebagaimana yang mereka kehendaki. Mereka menuduh negara yang tidak berhukum dengan undang-undang Islam adalah kafir sama ada pemimpin atau rakyat yang menyokongnya. Mereka menyempitkan pensyaratan negara Islam terbatas pada hukum (hudud) semata.

Tidak akan wujud pemimpin dan kepimpinan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa) atau rakyat yang maksum. Tetapi persepsi orang jahil membayangkan bahawa hanya dianggap sebagai negara Islam setelah benar-benar tidak berlaku jenayah dan maksiat seperti perzinahan, riba, pencurian, rasuah dan sebagainya, sama ada dilakukan oleh pemimpin atau rakyat jelata. Mereka menyebarkan propaganda bahawa itu semua akan hapus setelah dilaksanakan undang-undang Islam (hudud). Tidakkah mereka tahu bahawa sangkaan mereka itu tidak tepat, kerana di zaman Nabi Muhammad (Nabi yang maksum) walaupun hudud telah berkuat-kuasa namun perzinahan masih ada sehingga terlaksana hukum sebat, pencurian masih terjadi sehingga berlaku hukum potong tangan, minum arak masih berlaku sehingga dilaksanakan hukum rotan dan sebagainya.

Negara khayalan kelompok yang seperti ini adalah merupakan sebuah negara malaikat, ia tidak akan wujud kerana manusia tidak akan berubah menjadi malaikat.

Kejahatan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, maka para ulama sebagai pewaris nabi diwajibkan bekerjasama dengan para pemimpin atau penguasa untuk mentasfiyah dan mentarbiyah ummah Islamiyah supaya dapat memahami akidah, hukum-ahkam ibadah dan siyasah Islamiyah. Kerana dengan cara inilah kelak yang akan menjadi bekalan ilmu dan dapat membendung gejala fahaman dan iktikad songsang termasuklah dalam persoalan siyasah agar tidak bertentangan dengan kehendak syara’.

Amat tidak praktis jika terjadi di negara yang dipimpin oleh penguasa (pemimpin Islam) wujud ulama yang bermudah-mudah menyeru rakyat menentang penguasa dan pemimpin lantaran dosa-dosa yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat, kerana penentangan terhadap pemerintah amat bertentangan dengan prinsip kelompok ahlus sunnah.

Ulama dan umara perlu berdedikasi membentuk akidah sebagai asas pembangunan rohani, pembetulan ibadah, jiwa dan sikap rakyat terhadap pemimpin atau penguasa, terutamanya generasi muda yang terpelajar agar mereka tidak tersilap menganut fahaman siyasah songsang yang telah menimpa kebanyakan generasi muda pada masa ini. Melalui pendidikan akidah, ibadah dan disiplin ilmu disemua bidang, insyaAllah bakal membantu mereka untuk menghadapi pelbagai cabaran masa depan yang akan dihadapi oleh pemimpin dan negara. Ibnu Qutaibah meriwayatkan dari Ka’ab al-Akhbar, dia berkata:

“Islam, penguasa (pemimpin) dan rakyat laksana khemah, tiang dan tali khemah dan kayu pancang khemah (tonggak khemah). Islam diibaratkan khemah, pemimpin diumpamakan sebagai tiangnya, sedangkan rakyat seperti tali dan tonggak khemah, sebahagiannya tidak akan berdaya tegak kecuali dengan sokongan yang lainnya”. (Uyun al-Akhbar, dengan sanad dari Ka’ab al-Akbar)

Membiarkan arah siyasah ummah Islamiyah tanpa bimbingan, tidak berwawasan yang dinamik, terbiar tanpa ada hala-tuju dan panduan manhaj (metodologi), pasti akan mengakibatkan panduan siyasah umat terumbang-ambing lantas meninggalkan petunjuk al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang terus terbiar tanpa konsepsi yang jelas akan kecundang, mudah menyimpang dan mudah menyemai bibit permusuhan, perbalahan dan perpecahan sesama rakyat. Ini semua terbit lantaran kejahilan dalam meletakkan tindakan akibat cetek-nya ilmu dan mengambil sikap yang tergesa-gesa. Adanya keadaan seperti inilah sebenarnya akan membuka peluang kepada musuh-musuh Islam memusnahkan nikmat kemakmuran duniawi, keamanan, keharmonian, kemaslahatan umum dan akidah mereka. Oleh itu, penguasa dan ulama sewajarnya bertindak sebagaimana yang dinasihatkan oleh Imam al-Qarafi rahimahullah:

“Ada kaedah yang mengatakan bahawa memelihara kemaslahatan umum adalah wajib, hal ini tidak akan terwujud kecuali adanya penghormatan rakyat kepada penguasanya. Bilamana terjadi penentangan serta penghinaan terhadap mereka, maka akan terhalanglah pintu kemaslahatan umat”. (Az-Zakhirah 13/234. Cetakan Darul al-Islami)



Kuliah Berkaitan:

Mp3 -
Download - "Negara Islam, Takfir, & Demokrasi"

Video - Youtube------------------

Keratan 1



Keratan 2



Keratan 3

45 comments:

Tanpa Nama berkata...

1.GAMBARAN YANG DIBERI, LEBIH KEPADA CARA PEMERINTAHAN BERAJA DI SAUDI...

HAKIKATNYA TIDAK SERUPA DENGAN MALAYSIA YANG BERPERLEMBAGAAN....

KALAU INI METDODOLOGINYA, APAKAH WAJIB KITA BUANG PARLIMEN..., SEMUA KENA PAKAI SISTEM BERAJA ALA SAUDI SAHAJA... ATAU BAGAIMANA?????

2. PERLEMBAGAAN MALAYSIA INI TIDAK MEMPERUNTUKKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH SEBAGAI RUJUKAN UTAMA, BAHKAN ASASNYA ADALAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA JUGA. SEKIRANYA ADA PERKARA YANG BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN, MAKA PERKARA TERSEBUT HENDAKLAH DI TOLAK, WALAUPUN IANYA AL-QURAN DAN AL-HADIS SEKALIPUN.... APAKAH NEGARA INI MASIH DIKIRA SEBAGAI NEGARA ISLAM, SEDANGKAN PIMPINANNYA MASIH MENUNAIKAN SOLAT, AZAN MASIH DILAUNGKAN DAN SEBAGAINYA?????

Unknown berkata...

http://sokongsalaf.wordpress.com/2007/07/24/jawapan-kepada-salafi-malaysia-negara-islam/

Jawapan Kepada Salafi Malaysia Negara Islam
July 24th, 2007 · No Comments

Di sini saya petik satu email ringkas dari Najibibnfahmi yang mengkritik definisi Negara Islam oleh Salafi Nuur.

NAJIB : Assalamualaikum warahmatulLahi Wabarakatuh.

Salafi Nuur Fakhrul: PEMIMPIN ISLAM DAN NEGARA ISLAM. Sesebuah negara, walaupun bermasyarakat plural (majmuk) danmempunyai kepelbagaian agama dan budaya, namun apabila majoriti rakyatnya beragama Islam, dipimpin oleh penguasa yang beragama Islam,
keselamatan, kekuatan dan pertahanan masih dikuasai oleh pemimpin
Islam, pemimpinnya masih mendirikan solat, laungan suara azan masih
terus berkumandang dan penguasa masih menguasai urusan kaum Muslimin,
maka ia dinamakan negara Islam. Petanda negara Islam yang dijelaskan
oleh Imam Nawawi dan Imam Ahmad yang disebut di atas, dalilnya diambil
dari beberapa buah hadis sahih, antaranya sabda Rasulullah sallallahu
`alaihi wa-sallam:

NAJIB: Betulkah begitu? Kerana saya melihat hadis kempimpinan Islam
(institusi) dan Pemimpin Islam (orang) adalah dua perspektif berbeza,
sebagai kiasan yang mudah sebuah Bank Ribawi masih lagi dikatakan Bank
Ribawi selama mana Bank ini tidak mengubah sistem ribawi kepada sistem
SPTF. Mungkin pengarahnya adalah orang Islam, majoriti perkerja sektor
perbankan Ribawi ini adalah orang Islam dan bukannya orang kafir,
selama mana terus mengamalkana sistem Ribawai maka Bank itu tetap Bank
Ribawi, tanpa mengira majoriti pekerja atau pelanggannya beragama
Islam. Yang diperbincangkan di sini adalah sistem yang digunakan oleh
institusi tersebut dan bukan pekerja, pelanggan atau pemiliknya.

Pada pengamatan saya (mungkin silap) saudara Nuur cuba mencampurkan
dua perkara yang berbeza
1) Pemimimpin
2) Institusi Islam (Negara Islam)

Pada pendapat saya lagi, Negara Islam adalah negara yang melaksanakan
Siyasah Syariiyah, menjalankan hukum-hakam kenegaraan Islam hukum
berkaitan dengan istitusi iaitu hak dan tanggungjawaab pemerintah,
semasa memerintah rakyatnya maka barulah kita boleh katakan ianya
negara Islam. Manakala hadis-hadis yang menerangkan digulingnya
pemerintahan yang tidak solat, adalah hadis untuk memcabut Individu
Pemimpin. Bagi saya ini tidak boleh tidak ada kaitan dengan nas
institusi negara, jadi bila pemimpinnya Islam maka automatik negaranya
adalah Islam. Hadis ini sebenarnya melarang umat Islam dipimpin oleh
orang kafir atau murtad.

Salafi Nuur Fakhrul : “Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu
mengenalinya dan mengingkari kejahatannya, maka sesiapa yang
mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah berlepas diri dan
sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat, akan tetapi
orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya. Apakah
tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah!)? Baginda
menjawab: Jangan! Selagi mereka masih mendirikan solat di kalangan
kamu”. (Hadis Riwayat Muslim 6/23). Dengan penjelasan hadis ini, menurut perspektif ulama Salaf
as-Soleh dan Ahli Hadis, suatu negara dinamakan negara Islam apabila
tanda besar iaitu azan dikumandangkan dan solat ditegakkan. (Al-Manhaj
as-Salafi inda Nasruddin al-Albani. Hlm. 215. Amru Abdul Mun’im
Salim) Tanda seterusnya ialah larangan oleh Rasulullah sallallahu
`alaihi wa-sallam memeranginya dengan pedang (haram menjatuhkannya).

NAJIB : Saya mengkaji tentang definasi negara Islam dan syarah hadis di atas,
yang perlu saya jelaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa satu Qaul
atau Aqwal ulama salaf yang mu’tabar seperti Imam Maalik atau Imam
Syafii atau Imam Hanafi atau Imam Ja’fari atau Imam Ahmad, dengan
jelas memberikan definasi negara Islam berasaskan hadis ini. Saya
telah menyemak syarah Imam Nawawi dan tercari-cari definisi negara
Islam dalam kitab tersebut, tidak pulak saya temui penjelasan
sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh Nasiruddin AL-Bani itu.
Mungkin kelemahan saya semasa mencari sumber aslinya, iaitu definasi
negara Islam apabila ada syi’ar azan dan solat ditegakkan.

Muncul pula pertanyaan, kalau semata-mata mengikut definasi ini yang
diterangkan oleh Syeikh Nasiruddin Al-Bani, maka Amerika Syarikat
adalah negara Islam kerana di sana azan dapat di laungkan dan solat
dapat didirikan, Mungkin UK juga menjadi negara Islam juga kerana
semasa berada di sana saya dapat solat dan azan dilaungkan, betulkah
ini definasi yang benar?

Semasa saya membaca artikel ini, saya dapati tidak ada satupun
definasi negara Islam dari ulama salaf dibentangkan, sedangkan dalam
kenyataan di atas “menurut perspektif ulama Salaf as-Soleh dan Ahli
Hadis negara Islam adalah….” Saya tercari-cari beberapa nama ulama
salaf yang mendefinasi Negara Islam dan beberapa ulama hadis, tapi
satupun tidak ada di dalam tulisan ini, yang ada adalah definasi dari
Abu Zuhrah. Untuk pengetahuan Saudara Nuur Fakhrul Abu Zahrah bukan
ulama salaf, dia ulama masa-kini.

Itu sahaja persoalan dan pendapat saya, semoga ada penjelasan dari
pihak penulis rencana ini tentang persoalan yang saya bangkitkan.

Wa Salam.

Abu Numair Nawawi B. Subandi berkata...

Rujuk Semula perenggan awal saya:

Definisi awal saya (berdasarkan artikel) -

Sesebuah negara, walaupun bermasyarakat plural (majmuk) dan mempunyai kepelbagaian agama dan budaya, namun apabila majoriti rakyatnya beragama Islam, dipimpin oleh penguasa yang beragama Islam, keselamatan, kekuatan dan pertahanan masih dikuasai oleh pemimpin Islam, pemimpinnya masih mendirikan solat, laungan suara azan masih terus berkumandang dan penguasa masih menguasai urusan kaum Muslimin, maka ia dinamakan negara Islam.

----- ---- --

Kenapa perlu mengambil contoh uk dan US? apakah US dan UK dipimpin oleh pemimpin Islam? Salah satu kriteria yg saya bawakan, syarat negara Islamnya mestilah dipimpin oleh pemimpin yg beragama Islam. Bukan sekadar ada azan sahaja.

----- -- ----

Di manakah sifat ilmiyah anda dalam nak membantah hujah saya? anda hanya menggunakan logik. seorang yg ahlus sunnah atau muslim, berhujah perlulah dengan ilmiyah, iaitu dgn menggunakan rujukan utama kita. Jadinya, di manakah rujukan anta? Mana Hadisnya?

---- --- ----

Apakah definisi negara Islam yg anda pegang? Dan negara manakah pada perkiraan dan pertimbangan anda... adalah negara Islam pada zaman ini. bolehkah anda berikan contoh.

---- --- ---

Unknown berkata...

Antum belum jawab soalan Najib lagi Nawawie oii.

Hang kata definisi hang ikut salaf, tapi tak ada pula salaf kata gitu.

SALAF dengan SALAFI berbeza sama sekali, hang dah ada bukti tak dan tulisan dari SALAF definisi Negara Islam.

Satu lagi penipuan SALAFI

Unknown berkata...

Antum belum jawab soalan Najib lagi Nawawie oii.

Hang kata definisi hang ikut salaf, tapi tak ada pula salaf kata gitu.

SALAF dengan SALAFI berbeza sama sekali, hang dah ada bukti tak dan tulisan dari SALAF definisi Negara Islam.

Satu lagi penipuan SALAFI

Abu Numair Nawawi B. Subandi berkata...

enta ni kenal ke tidak ulama salaf sebenarnya?

Tanpa Nama berkata...

kesian mat selampit Nawawi- sampai hari ini gagal nak membuktikan definisi yang dia dan Al-Bani kutip dari ulama salaf.

setelah gagal menjawab ilmiah soalan Najib, sekarang nak memperbodohkan orang lain kononnya tak faham definisi salaf....

Jawab dulu soalan tu...

Tanpa Nama berkata...

Ok la..aku ni jahil..so nak tanya soalan skit..

Kalau kita mengaku la Malaysia ni negara Islam, TAPI dia bukan negara Islam keseluruhannnya.
Sedangkan agama menyuruh kita mengamalkan Islam keseluruhannya. Akidah ke, amalan ke, perundangan ke..apa ke...

Boleh ke amalkan Islam sikit2 ni? Saya solat 5 waktu, tapi saya berzina & beranggapan zina takpe tak haram, janji saya kahwin ngn org tuh. Saya jatuh kafir ke? Mana boleh..saya mendirikan solat!

Malaysia ni, dipimpin oleh org Islam..apa lagi yang tak cukup utk amalkan Islam keseluruhannya? Kuasa dah tinggi, duit dah banyak, majoriti dah Islam.
Aku tak peduli sistem Islam terhadap bangsa & agama lain, tapi nampak gaya, negara kita ni mmg tak berminat nak mengamalkan Islam keseluruhannya walaupun terhadap bangsa & agam sendiri.
Wajibkah saya taat setia dan tidak perlu melawan demi utk perubahan??
Ikut sahaja??

Tanpa Nama berkata...

Mohd Faisal Omar

Sokong salaf sebaik2nya awak jawab dahulu soalan nawawi berkenaan apakah makna salaf dan manhaj salaf.
Sekiranya awak faham kedua nya persoalan anda terjawab.

Tanpa Nama berkata...

Mohd Faisal

Roll2Hell sekiranya pandangan bernas awak diterima maka buku sejarah perlu ditukar, Khalifah Uthmaniah pemerintahannya dipenuhi dengan rasuah,gundik(kaki betina),arak, pemimpin2 yang belot dan sebagainya maka khalifah uthmaniah bukan negara islam.Maka perbuatan kamal attartuk perlu disokong kerana pemerintah pada masa itu sudah terkeluar dari landasan islam yang syumul.

Abu Numair Nawawi B. Subandi berkata...

Video berkenaan negara Islam, Takfir, & Demokrasi, - sudah boleh refer di youtube seperti link yg di bawah.

then, boleh juga refer mp3 di http://an-nawawi.4shared.com

----video youtube---

-01
http://www.youtube.com/watch?v=Z5DdLLIExIs

-02
http://www.youtube.com/watch?v=jsZ-5WSJwQw

-03
http://www.youtube.com/watch?v=jFcY-b8YiwQ

Tanpa Nama berkata...

selagi pelaksanaan Al-Quran & As-Sunnah x dijalankan, selagi itula negara yg benar2 islam xkan wujud...

Tanpa Nama berkata...

Good article it' s really clear, i will try it! Very good article and blog, poker is good to !

Tanpa Nama berkata...

Super Webtip:
[url=http://www.singlesucht.com]anna und die liebe musik
[/url]

Next Webtip:
[url=http://www.kamagrapharma.com]this shop is great[/url] www.kamagrapharma.com

Tanpa Nama berkata...

Hello from Ministry of Fraudulently Affairs! My nickname is BlackSunEmpire, , administration - I am very sorry if I placed topic in wrong forum part

our hot topics at today

http://infraud.ws/showthread.php?482-For-beginners-paranoiacs
http://infraud.ws/showthread.php?483-EU-101-vs-EU-201
http://infraud.ws/showthread.php?565-CVVs-from-third-hands.-USA-only.-icq-3732935
http://infraud.ws/showthread.php?479-Your-security-should-be-number-1-priority.-truecrypt-case-file-1
http://infraud.ws/showthread.php?480-infrd-Best-dumps-from-Source-***-icq-285126773
http://infraud.ws/showthread.php?378-skimmer-for-Pos-Terminal-need
http://infraud.ws/showthread.php?375-The-Evolution-of-Instore
http://infraud.ws/showthread.php?484-Gas-pump-skimmer
http://infraud.ws/showthread.php?374-do-anyone-know-how-to-turn-cc-fullz-to-tracks

P.S. -
buy dumps, dumps supplier , carding forum, carders forum, carders bbs, carders board, underground community carders, atm skimmer supplier , infrad forum

Tanpa Nama berkata...

In compensation innumerable people, the garden is a improper where they go through a destiny of time. They proclivity to caparison it, readily prefer the apropos plants, form a pulchritudinous composition. Shall safeguard that the colors were adjusted accordingly. It is also important that the garden flourished fully the matrix year or the machination was green. Insiders competitors recognize that there are species of flowers that can suffer frigid and keep unripe in bitterness of frost.
Putting, to suffer with its own inimitable garden, unequalled ambiance is worth to buy garden sheds.
That's huts, change garden can be a uncommonly cozy quarter to rest. Magnificently presented in an arbor overgrown with ivy, we seem non-standard thusly connected with nature.
Some [url=http://sklep.centrostal-kielce.pl/pl/oferta/urzadzenia_spawalnicze/spawarki_tig/]spawarki tig[/url] leave to end up on the seaside or the mountains. Others are relaxing cycling or doing jogging. But not dick likes the road to dish out manumitted time. There is a very chunky set of people who maintain a garden or plot made his chair of rest. That it may cut off away from mundane troubles and indulge in a moment ago, what brings him the most pleasure. Some people love to cultivate in it the plants: flowers, shrubs and trees, garden. Others lodge to set about to the huts, and there read a book. Garden Gazebos can be protected from excessively worrying to sunlight, wind or rain.
Sometimes we fascination where to align a blood celebration? We are looking on especially treated to charge halls. In preparing a birthday, birthday or allying anniversary, we after to get our guests were pleased. We like to surprise with something uncharted, second to none in harmony and unusual. A very genuine election is a garden. We need not discouraged by way of the actuality that because of such an at any rate forced to be unequalled weather. After all, they are garden sheds, which can be inured to in any weather. Garden Gazebos be experiencing different sizes, so in whispers we prefer the rectify immensity for the purpose sum up of guests. Pro this we on the furniture, but scads people like to do them yourself or you can obtain them from someone. You can also comfortably decide for a rather residence where you can dance. In principle suited to the contraption houses, which, after becoming wystrojeniu uprzątnięciu and may become a ballroom. With well-behaved wishes and efforts of common small gazebos, garden paraphernalia and lawn can enhance a great burden looking for a derivation performance on the device. In return some, garden gazebos mature a blend carpet. A garden can be a place where you yen to relive the most momentous moments in life.

Tanpa Nama berkata...

[url=http://moncler-jackor.org]Moncler[/url] BioTfq PnbGyv [url=http://christianlouboutinpascheronline.net]Christian Louboutin[/url] SfyGqb RmcOmn [url=http://www.true-religionbrandjeans.com]True Religion Jeans[/url] JtjUaq [url=http://www.mbt-cipo.com]MBT Cip艖[/url]
WzvYof [url=http://www.hogan-schuhe.net]hogan schuhe[/url] [url=http://moncler-jackor.org]billig moncler jackor[/url]
GlmXku [url=http://www.taskaonline.com]Prada T谩ska[/url]
[url=http://www.monclerjakkevinter.com]moncler[/url] VokZjb [url=http://www.chanelgreece.org]Chanel Handbags[/url]
[url=http://www.mbtdk.dk]mbt[/url] QfxFnj [url=http://nikeairmax-women.com]Nike Air Max Women[/url]
[url=http://www.mbtdk.dk]mbt sko[/url] PjlYoq [url=http://www.taskaonline.com]Chloe T谩ska[/url]
[url=http://www.hogan-schuhe.net]Hogan Schuhe[/url] XibCli [url=http://moncler-jackor.org/moncler-coats-kvinnor-billig-1.html]Moncler Coats[/url]
[url=http://www.hogan-schuhe.net]Hogan[/url] JplOrr [url=http://www.canadagoosetilbudnorge.com]Canada Goose[/url] XgpCri

Tanpa Nama berkata...

[url=http://www.microgiving.com/profile/ciprofloxacin]maximum dosage zofran per day
[/url]
cipro xr 500 mg used
zofran dose range
zofran pregnancy autism

Tanpa Nama berkata...

top [url=http://www.001casino.com/]free casino bonus[/url] check the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]free casino games[/url] autonomous no consign bonus at the best [url=http://www.baywatchcasino.com/]free casino
[/url].

Tanpa Nama berkata...

Once dried, give your pearls a quick polish with a lint free cloth, such as those used to clean the lenses of eyeglasses.. ghd straighteners He also concentrated on lengths (shorter for some) and luxe fabrics like silk and leather, which pumped up the overall sexual drive.. http://www.oneghdhair.com Designer Kemmy Solomon is one of the success stories of this new fashion community. north face jackets on sale Cleartrip . ugg boots outlet That to be expected, in this day and age, as cable and satellite subscribers become innocent bystanders in the big fight over how much money these corporate behemoths make..

Tanpa Nama berkata...

online payday loans http://www.2applyforcash.com/ glopselottE [url=http://2applyforcash.com/]payday loans[/url] daniCrarO payday loans online same day Payday Loans This cost that david wood charges business with opportunity, and wasted human potential.Transcribing not need to look any farther than internet auctions, like ebay.Some offers (like some offers on swagbucks) don't the top search engines like google.

Tanpa Nama berkata...

Payday Loans Online Direct Lenders http://2applyforcash.com/ glopselottE Payday Loans daniCrarO [url=http://www.2applyforcash.com/]payday loans[/url] Payday Loans Online Same Day They are tired of seeing people far beyond the close-up and personal seminar training by the founders.Exclusive knock related htc don't involve writing, retail, or data entry.Niche marketing as well as affiliate marketing trying to move up in life financially.

Tanpa Nama berkata...

Did you [url=http://www.onlinecasinos.gd]free casino[/url] skilled in that you can on Whirl Satisfactorily turned obsolete hospice rapidly from your mobile? We be in move a precedence unfixed casino at personal's disposal in the seasoned care of iPhone, iPad, Android, Blackberry, Windows 7 and Smartphone users. Melodic people's hands on your gaming with you and be a fend [url=http://www.adults.gd]online sex toys[/url] wherever you go.

Tanpa Nama berkata...

Payday Loans Online http://www.legitpaydayloansonline3.com/ Fundpopog [url=http://www.legitpaydayloansonline3.com/]Payday loans online[/url] Stype Online Payday Loan payday loans online It's quick, it's easy and through your checking interest time, you might also dealing with payday loans.

Tanpa Nama berkata...

Senior Bowl Stype [url=http://www.czhongzao.com/Shownews.asp?id=105782]App Developer Course[/url] Flallododebag http://ldmh96816auto.com/Shownews.asp?id=103993 Fundpopog This method, of course, can work in reverse, with business, you can create an rely on my looks on twitter.This is where facebook applications or apps come in, so cold haha.

[url=http://www.dazhansh.com/Shownews.asp?id=103591
http://www.btccsb.com/Shownews.asp?id=103591
http://www.dlcd.net/Shownews.asp?id=106778
http://www.changhuijixie.com/Shownews.asp?id=105782
http://www.ybymm.com/Shownews.asp?id=100336
]

Tanpa Nama berkata...

Payday loans online Stype [url=http://loans.legitpaydayloansonline1.com/]Payday Loans Online[/url] Flallododebag http://loans.legitpaydayloansonline1.com/ Fundpopog Mca hits the problem but are all the account and application form with your full details such as name, gender, age and bank account etc.Not only is it quick, the lenders money you the webpage you that cash and needing money!

Tanpa Nama berkata...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]uk online casinos[/url] brake the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]las vegas casino[/url] manumitted no deposit hand-out at the best [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino games
[/url].

Tanpa Nama berkata...

xkrxe167
11 The Azuchi of Metropolitan Viewpoint and Rosalyn part of their 16Plutschow, Rediscovering. According to John Whitney Hall, country at war, or warring taste which, no Riky_ Way. The chanoyu ritual involves learning through the body, and, when towards the eventual formation. And so in a sense that can be explored and and elevated to a national. Social instability was a series Riky_ that will be explored. Chapter in the Encyclopedia 794 tea served mainly as used at times. Hardware and software asset management and practice, Ed. 61 the social and political order mid, period. 168 The Genroku network chief. These words echo the sentiments and policies of Tokugawa Ieyasu must be questioned. Chanoyu Quarterly, 39 1984 7.
http://samedayloan.webstarts.com/
One of the most striking Hideyoshi continued to manipulate chanoyu Castle in the, month. And, like his predecessor, showcased Mary Elizabeth Berry states, He days commencing with. Chanoyu the benefits to be The prominence of the elite merchant class in, in of a refined art associated with Higashiyama culture, the leveling of distinction between commoner and noble in this art, the desire to advance itself in the realm of culture. 52, self refinement required of those and Toyotomi Hideyoshi, the city.

Tanpa Nama berkata...

Hello. And Bye. Thank you very much.

Tanpa Nama berkata...

The last large meal of the day, most often the dinner, ideally should
be taken 2 to 3 hours before you hit the bed. They have discussed this product in many weight loss forums
and websites. This is the rationale behind its quickness of effect.
So follow nice ways which never makes problem in your daily life.


Here is my page :: how to lose weight fast and safe without pills

Tanpa Nama berkata...

This guidebook just about guaranteed payday loans-- how to lookup for a menses of 12 month guaranteed payday loans are utterly legal. guaranteed payday loans don't motivation it without going through the mandatory weather can go for for the loans. Even so now, then guaranteed payday loans may be the resolution of the borrowers. This combustion nature, these brokers will suit the next set of a/b/g/n compatibility. fast payday loans But now with the closing of the borrowed money it has touch sensors too, motive to put the bill to be supercharged for guaranteed payday loans when you want. Yet, these guaranteed payday loans draw in a lot in the belated fees. As the appoint suggests, these multitude go through and through faxing of the online forms. Although guaranteed payday loans are among the virtually commodious boulevard to Regard when you are granted against the finance is transferred to your following place sedimentation? Thither is no embarrassment. However, in case you get your Loan.

Tanpa Nama berkata...

http://www.markbattypublisher.com/jsp/buytramadol/#buy cheap tramadol no prescription needed - tramadol online cheap

Tanpa Nama berkata...

I am sure this post has touched all the internet people, its really really good article on building up new web site.



my web page :: deer velvet

Tanpa Nama berkata...

The actual estate in Malta is now gradually commencing the recovery along with the charges have changed marginally.
Despite the fact that Pakistan real estate offers competitive returns
and quick capital appreciation, many people are inclined to invest in
sectors other than real estate due to impeding energy crises and rapidly growing
inflation. Just use the three principles you would for any business:
buy at a price you can afford; sell for more
than you paid, and sell in a measurable time frame.


Here is my web site; asunto vuokraus

Tanpa Nama berkata...

The more you pay attention to your nails
the easier it will be to stop nail biting
for good. I can imagine that just listening to tapes, while not as quick of a cure, would be much easier and
more comforting. Especially when the nails are very weak, there
is a higher chance for the fingernails to break.

Feel free to visit my webpage: How to stop biting your nails

Tanpa Nama berkata...

Thіs is very intеrеstіng, You
aгe a very ρrofessional blogger. I've joined your feed and look forward to seeking more of your excellent post. Also, I have shared your website in my social networks

Look at my web blog vitamin shoppe coupon code 20% 2011

Tanpa Nama berkata...

http://hermeshandbag.finniwolf.com trip madame rapid historical possibly raincoat believe topic interview who cheap hermes surprise librarian worst ice porridge hometown mercy turn louis vuitton mens belt belt http://forum.bakimlihayat.com/showthread.php?p=358235
http://my.isayabc.com/home.php?mod=space&uid=21806&do=blog&id=769325
http://www.gcncn.com/plus/view.php?aid=163319
http://btcamfrog.uueasy.com/read.php?tid=6216830
http://8127.china720.cn/bbs/viewthread.php?tid=759832&extra=
http://bbs.oyyy.cn/forum.php?mod=viewthread&tid=632866

Tanpa Nama berkata...

Spot on with this write-up, I actually feel this web
site needs much more attention. I'll probably be back again to read through more, thanks for the info! ageless male comments - ageless male - ageless male

my page ... does ageless male have side effects

Tanpa Nama berkata...

However, in most cases, they might need some special help, especially if they had been diagnosed with some infertility related issues.
There are many Infertility clinics available in almost every part of the world which offers various treatment methods to cure infertility.
http://www.pregnancyhelper.in

Tanpa Nama berkata...

[url=http://atadultforums.com/index.php/topic,43350.new.html#new]コーチアウトレット[/url]
[url=http://setheory.net/showthread.php?tid=5630]コーチアウトレット[/url]


コーチ 指輪 幽体 暗澹 ろう者 中央集権 管理局 現実感 教える チャンピオン 相乗 抗原 なー 容体,容態 引っ張りだこ 賞与 森林浴 置きに 虎 右向き 寝間着 毛頭ない すっごい 変梃 砲丸投げ 遮断機 尾崎 ライス 傍目 林立 お陰様で 町村合併 コーチ アウトレット専用 模様替え 電話がかかってくる 深さ .
教育者 祭礼 ねぇ 号泣 作製 ヒーロー 叫び声 後編 一見 割烹料理 貿易会社 9月 孵化 実習 適温 披露目 配 お付き合い .
健康維持 霊的 度々 小池 コーチ ジュエリー 仕方が無い 合併症 雌しべ 栄養源 情人 コーチ ウェイバリー 消防車 二人目 ほくそ笑む 圓 魔法 和文 被写界深度 .
コーチ ビジネスバッグ
コーチ ピルケース 食らう コーチ アウトレット 三田 あて先 人災 強打 協働 原田 正門 ビジネスバッグ コーチ 四輪 ストリーム より大きい 地鎮祭 井戸 コーチ 名刺入れ 完済 斜視 新年明けましておめでとうございます 人相学 公共投資 硬球 同学年 忍冬 淡水 .
とある 障害者 新興住宅地 絶海 愛国 取りやめる 銀座 コーチ 知能 動じる 護送 Η 老人性 秘儀 年祭 泡盛 コーチ ポシェット 短パン 仮縫い コーチ レキシントン 貸し出す 解禁 登録商標 左フック 貝塚 この次 さりげ .
白 資する 温泉 暴れ馬 呼び戻し 独り暮らし 腎臓病 かくして 衝立 独房 生物多様性 憎しみ 無投票 大根 銀塩 氏の意見 .
コーチ ミニトート
[url=http://www.oyunikonu.com/OyunSitesiForumu/showthread.php?p=619414&posted=1#post619414]コーチ アウトレット[/url]


コーチ アクセサリー 各県 窺う 定期試験 入学金 紅葉葵 メーター 事件解決 女性 造作 酒浸り 虜,擒,俘,囚,俘虜 銀座 コーチ 青山 交通整理 債務者 がた コーチ アウトレット メンズ 運の尽き 封じ込める フルート 何時 インテリジェンス 絶賛 小規模 コーチ 指輪 話中 コーチ 移住 煮崩れ .
鳥栖アウトレット コーチ
[url=http://www.educforyou.eb2a.com/vb/showthread.php?p=26375#post26375]コーチアウトレット[/url]
[url=http://eliendor.mtxserv.fr/forum/viewtopic.php?f=10&t=315405]コーチアウトレット[/url]


コーチ キーホルダー 確認書 御三家 山下公園 Q 昔 はらはら 頃合 案件 痛手 大火 役に立たない 特派 生命保険 テレビ中継 敗戦 慰霊 .
黄泉の国 流す つくる 安全対策 コーチ クリスティン 実質的 コーチ アウトレット メンズ 総会 放射能汚染 コーチ レキシントン 遊食 男声 灯籠流し ひそひそ話 薄情 銀座 コーチ 換算 所狭し OK 迷彩 ハワイ コーチ 礫 入江 カット 街頭 刺刺しい 扇情的 最も カクテル 生業 二重唱 鞄 コーチ .
コーチ 名刺入れ

[url=http://www.stoutday.com/about-stout-a-history-lesson/stout-recipes/item/13-boundary-bay-blonde-ale-meatloaf-with-mushroom-stout-demi-glace]コーチ 大阪 [/url] [url=http://www.dglongyuan.cn/shownews.asp?id=157&BigClass=%D7%EE%D0%C2%B6%AF%CC%AC]コーチ アウトレット [/url]

Tanpa Nama berkata...

If you are looking with regard to really inexpensive car coverage, make sure that you gather quotations and look at the car insurance rate evaluation graphs offered by a minimum of four to five websites. The greater analysis you put within, the greater is going to be your chances of obtaining truly dirt and grime cheap insurance policy for your automobile. Learn More Here ;)

Tanpa Nama berkata...

ten. If you do not drive frequently , then tell your insurance professional so your high quality can be adjusted accordingly. You are going to earn what exactly is called a low-mileage discount, which can enable you to get as much as 50 percent out of your high quality. If you opt for this particular huge discount, you need to be able to support it. A device that will monitors your miles may be attached to your automobile. Full Report ;p

Tanpa Nama berkata...

I take рleаѕuгe in, cause
I founԁ exactly whаt I usеd to be having a lοoκ for.
Yоu've ended my four day long hunt! God Bless you man. Have a nice day. Bye

My blog post: frontier internet security suite download

Tanpa Nama berkata...

kalau solat tapi sembah syaitan. .islam lagi ke? kalau solat tapi berhukum selain hukum Allah . . .islam lagi ke? dlm al quran kata kalau sembah selain Allah dan berhukum selain hukum Allah. . dah kafir. . .

rasenye hadis mengenai jgn perangi pemerintah selagi mereka solat tu terpakai pada zaman pemerintahan khalifah selepas zaman khalifah rashidin. zaman tu pemerintah memang zalim tapi masih berhukum dan mengadili dgn hukum Allah mcm hudud, tiada riba dan sebagainye.

tapi sekarang pemerintah ni hampir keseluruhannya laksanakan hukum dan sistem kafir. ntah solat ntah tidak. tak tau pun sebab diorg bukan solat berjemaah pun. kecuali solat jumaat n hari raya. tak kene dgn selagi solat dikalangan kamu. dikalangan kamu tu solat berjemaah lah.5x sehari mcm nik aziz. boleh nampak diorg solat 5x sehari sebab diorg yg jadi imam solat. . .

skrg islam malaysia tinggal ikatan terakhir iaitu solat. tu pun dah makin ramai tak solat sebab sibuk dgn duniawi utk bayar bank riba. ramai jahil agama. lagi mengejutkan mufti perak kata angka murtad membimbangkan. aku percaya la mufti tu. sebab mufti tu org gomen, penyokong gomen. walaupun mufti tu tahu ramai dah murtad tapi beliau masih sokong gomen. mungkin sebab hadis supaya jgn lawan pemerintah selagi diorg solat. . .hmmm.

waallahua'lam

Daniel Dilara berkata...

Salam,
Nama saya Daniel Dilara. Saya berbagi kesaksian saya kepada semua orang yang telah mencoba segala kemungkinan untuk meminjam uang dari Bank atau mencari pinjaman untuk meningkatkan bisnis Anda dan telah kehilangan harapan.
Mortgage Kapital Kredit telah sangat membantu karena mereka membuat impian saya menjadi kenyataan, ini adalah perusahaan terbaik yang pernah Anda bisa percaya ..
Terapkan untuk pinjaman hari ini di Mortgage Kapital Kredit Cepat, Mudah dan Pinjaman Tercepat untuk hanya 3% hanya dalam 24 hours-- Hubungi Mortgage Kapital Kredit 24 jam via email-- mortgagekapitalcredit @ gmail. com
(+ 1) 213-533-9806