“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Selasa, September 25, 2007

Hai... Korek Hidung Pun Takkan Batal Puasa Kot...

Apa ke jadahnya korek hidung pun batal puasa?

Teringat masa belajar dulu-dulu masa kat sekolah rendah dulu. Kami diajar, salah satu perkara yg membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Antara contoh yg diberikan adalah korek hidung dan korek telinga.

Masa time kecik2 tu, punyalah tahan... kalau telinga gatal ke hidung nak bersin ke... memang tak berani lah kitorang nak memandai korek hidung or telinga tu. Nak jaga puasa la katakan...

Tapi, skrg aku dah besar... dah paham la sikit2 bab agama ni... yang mana sumber utama dalam agama tu ada dua iaitu al-qur’an dan as-sunnah (al-hadis). Dan kini aku pun dah tau... rupa-rupanya, korek hidung dan korek telinga tu tak langsung pun membatalkan puasa kita... jeng... jeng... jeng...

Kenapa ek? Sudah jelas lagi bersuluh... ada dalam satu hadis tu sendiri menerangkan bahawa kita boleh memasukkan air ke dalam hidung ketika wudhu’ (bahkan memasukkan air ke dalam hidung/telinga (cuping) tu adalah salah satu tuntutan dalam berwudhu’) walaupun time tgh puasa.

Ok... ni lah hadis nya...

...berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abud Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)

Ini membawa maksud bahawa memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa adalah dibolehkan - hanya cuma, janganlah berlebih-lebihan iaitu cukup sekadar membersihkan kotoran.

Adapun perkara2 yg lain yg membatalkan puasa adalah:

1 - Makan dan minu dengan sengaja/dalam keadaan sedar.
2 – Muntah dengan sengaja.
3 – Haid dan nifas
4 – Jima’.
5 – Suntikan yang berbentuk makanan.
6 – Mengeluarkan air mani dengan sengaja.

Perkara2 yang dibolehkan meneruskan puasa:


1 – Masih dalam keadaan junub ketika waktu subuh.
2 – Bersiwak/menggosok gigi.
3 – Berkumur-kumur.
4 – Bermesra dan mencium isteri.
5 – Mengeluarkan darah atau suntikan yg bukan berupa makanan.
6 – Berbekam.
7 – Merasa makanan/masakan (dengan syarat tidak melepasi kerongkong).
8 – Memakai celak, menitiskan air atau ubat ke dalam/bahagian mata.
9 – Mencurahkan air ke atas kepala/mandi.

Perkara-perkara yg mengurangkan pahala puasa:

1 - Berkata-kata akan hal yang sia-sia
2 – Berkata dengan mengatakan sesuatu yang dusta.

**... saya tidak menyatakan hadis atau ayat qur’an (bg kesimpulan2 di atas) adalah bagi menjimatkan ruang dan meringkaskan artikel. Jika anda bertujuan mendapatkan/merujuk hadis-hadis yg berkaitan, sila reply kepada saya.

Terima kasih,
http://an-nawawi.blogspot.com

8 comments:

Abu Numair Nawawi B. Subandi berkata...

alhamdulillah, perkembangan yang baik... Ramai yang YM! kepada saya bertanyakan akan hadis-hadis untuk perkara-perkara di atas...

Oleh kerana Ramai yang bertanya... insyaALLAH, diharap yang berikut dapat membantu anda semua...

Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa

Masih dalam keadaan junub ketika masuknya subuh:

Dari ‘aisyah & Ummu Salamah:

“Sesungguhnya Nabi memasuki waktu subuh dalam berjunub kerana jima’ dengan isterinya, kemudian Baginda mandi dan berpuasa. (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1825, Muslim, no. 1109)

Bersiwak/gosok gigi:

Nabi s.a.w. bersabda:

“Sekiranya tidak memberatkan ummatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka bersiwak setiap kali ingin bersolat.” (Hadis Riwayat Bukhari, 887) Manakala ada dari riwayat yang lain mengatakan, “... Setiap kali hendak berwudhu’” (Hadis Riwayat Bukhari, 2/682)

Hadis ini bersifat umum. Termasuklah ketika berpuasa. Oleh itu, diperbolehkan bersiwak/memberus gigi bagi sesiapa yang ingin solat atau berwudhu’ samaada berpuasa atau tidak. Pendapat inilah yang dipilih oleh imam Bukhari di dalam sahihnya (2/682, dan Fathul Bari, 4/158) serta Ibnu Khuzaimah di dalam Shahihnya (3/247), al-Baghawi di dalam Syarh Sunnah (3/298), dan jumhur ahli ilmu yang lain.

Memasukkan air ke dalam hidung & Berkumur-kumur

...berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abud Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)

Ini membawa maksud bahawa memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa adalah dibolehkan - hanya cuma, janganlah berlebih-lebihan iaitu cukup sekadar membersihkan kotoran.

Bermesra Dan mencium Isteri:

Dari ‘Aisyah:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah mencium isterinya dalam keadaan berpuasa, dan bermesra dengan isterinya dalam keadaan berpuasa, akan tetapi Baginda adalah orang yang paling mampu menahan diri.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1927, Muslim, no. 1106)

Ada yang berpendapat, perbuatan ini dimakruhkan bagi pemuda berdasarkan hadis ini:

Dari abdullah bin ‘Amr:

“Kami pernah berada di sisi Nabi s.a.w., datanglah seorang pemuda, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Bolehkah aku mencium dalam keadaan berpuasa? Nabi menjawab: Tidak. Kemudian, datanglah seorang tua, lalu berkata: Bolehkah aku mencium dalam keadaan aku berpuasa? Nabi menjawab: Ya. Berkata (Abdullah): Kami melihat sesama sendiri (kehairanan), Maka Nabi bersabda: Sesungguhnya orang tua itu lebih mampu menahan dirinya.” (Lihat silsilah as-shahihah: 1606)

Merasa Makanan:

Dari Ibnu Abbas:

“Tidak mengapa merasa cuka, atau apa-apa makanan selagimana tidak sampai ke krongkongan dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Bukhari dengan tanpa sanad, dan Ibnu Hajar menyambungnya di dalam Fathul Bari, 3/154)

Mengeluarkan darah atau suntikan yang tidak mengandungi makanan:

Hal ini tidak termasuk dalam perkara yang tidak membatalkan puasa. Perkara ini telah disepakati oleh jumhur ulama al-mu’ashirin, seperti yang telah ditetapkan Majma’ Fiqhul Islami. (Rujuk: Majallah Majma’, 2/464)

Berbekam:

Daripada Ibnu abbas:

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah berbekam dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1939)

Memakai Celak, Menitiskan Ubat Mata ke Bahagian Mata:

1 - Imam Bukhari mengatakan: “Anas bin Malik, Hasan al-Basri, dan Ibrahim an-Nakha’i memandang tidak mengapa bercelak bagi orang yang berpuasa” (Fathul Bari, 4/153)

2 - Perkara ini telah disepakati oleh jumhur ulama al-mu’ashirin (Seperti Syeikh Abdul Aziz bin Bazz, al-Uthaimeen, Dr. Wahbah Zuhaily, dan lain-lain...), bahawa menitiskan air atau ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa (Rujuk: Majallah Majma’, 2/378, 381, 385, 392) Juga ada perbahasannya di website berikut: http://www.saaid.net

Mencurahkan Air Ke Atas Kepala/Mandi:

Dari Abu Bakr, katanya, telah berkata orang yang meriwayatkan kepada aku:

“Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. mencucurkan ke atas kepalanya air dalam keadaan Baginda bepuasa, kerana dahaga atau kepanasan. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2365, Disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Sunan Abu Daud)

Manakala di dalam Shahih beliau mendatangkan satu tajuk “Bab Mandinya Orang Yang Bepuasa”, dan beliau mendatangkan hadis Ibnu Umar:

“Ibnu Umar telah membasahi bajunya (kerana kehausan) kemudia beliau memakainya dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari, lihat Fathul Bari: 3/154)

dimensi83@hotmail.com
YM! nawi 83@yahoo.com

Nawawi Bin Subandi berkata...

InsyaALLAH, boleh cek kat link di bawah ni... Saya dah post-kan ke blog fiqh.

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/09/042-perkara-yang-disangka-membatalkan.html

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum
mohon penjelasan berkaitan menitis ubat dalam mata. menurut rakan saya(bidang perubatan) bila ubat dititis kedalam mata akan terasa pahit di tekak, bukankah ini akan membawa ke perut? dan boleh membatalkan puasa. mohon kupasan lanjut

Abu Numair Nawawi B. Subandi berkata...

ada yang menyatakan, ianya tidak mengenai/sampai ke dalam kerongkongan. andainya, benar ia memberi kesan terhadap kerongkongan, maka adalah lebih baik tidak dilakukan.

al-fateh berkata...

Assalamu'alaikum...
apa yg ana thu,, sekiranya kita korek hidung melepasi kuku barulah terbatal puasa... begitu juga telinga,, jika setakat cuping telinga atau kawasan telinga masih tidak tebatal... dan akan terbatal sekiranya memasukkan secara berlebihan...
wallahu a'lam..

Mahsuri berkata...

salam.. sy ingin mintak izin utk share info ini.. tq

Niema berkata...

terima kasih infonya...

Abu Hanifah berkata...

Izin copy ya...