“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Rabu, Oktober 10, 2007

Islam Yang Bagaimanakah Kita Ini?

Islam Yang Bagaimanakah Kita Ini?

Dengarnya, dan memang begitulah; bahawa Rabb kita telah menjadikan semuanya berpasang-pasangan. Ada malam ada siang. Ada ayam ada itik. Malah bagi makhluk ayam dan itik ini ada yang betina dan ada yang jantan. Bagi manusia pula ada lelaki dan ada perempuan.

Lalu bolehlah itik yang jantan mengawan dengan itik betina? Yang betina mengawan dengan yang jantannya? Tapi tak pernah lagilah aku dengar ada itik jantan mengawan dengan ayam betina. Manalah tahu kalau ada; itu di luar sains tabi’i dan pengetahuan aku.

Tetapi kadang-kadang cerita semacam ini boleh juga di “real”kan hingga seluruh orang kampung percaya bahawa ada itik yang berkahwin dengan ayam; dapat anak yang namanya Tiyam. Kita andaikan rupanya unik, nak kata macam itik, tak macam itik. Nak kata macam ayam, tak macam ayam. Jadi sebab susah sangat nak gambarkan rupa paras anak kacuk itu, maka orang kata mukanya macam Brat Pit. Katalah kakinya segalah tinggi, badannya macam kuda, bertanduk macam unikon. Ada kepak yang halus seperti burung helang. Ekornya macam merak. Telinganya macam burung tekukur. Pendek kata; Tiyam ini mahkluk yang sangat cantek.

Caranya mudah untuk me”real”kan rekayasa senacam ini. Hanya guna propaganda. Persuasif orang kampung yang punya mentaliti kampungan memang senang – tidak sesulit memasak kuih samprit. Ambil gambar itik dan gambar ayam, kemudian gabungkan keduanya, lalu berikan gambar baru itu kepada mak chik-mak chik yang rutinnya mengumpat orang di tangga. Kasi kepada pak chik-pak chik yang tiap-tiap hari naik haji di kedai kopi. Wah! Ini ajaib! Teriak mereka. Kemudian ceritalah yang kat luar negeri dah kecoh tentang Tiyam ini. Kat KL dah banyak kali masuk keluar Zoo Negara. Kalau nak “real” lagi, katakan kepada mereka: “Kalau tak percaya, maknanya anak luar nikah”. Nescaya percayalah kesemua orang kampungan, tak kira tua atupun muda; yang bergigi ataupun yang rompong gusinya.

Walaupun ini cerita bohong malah tidak masuk di akal, namum bila diceritakan tiap-tiap hari [malah mengikut teori persuasif bahawa kedustaan bila diulang-ulang akan menjadi kebenaran akhirnya] maka kesudahannya ia menjadi satu cerita yang diterima ramai – menjadi benar. Sebab ketika itu, akal dan ilmu sudah tidak digunakan, yang mengatasinya ialah pendapat umum dan kebodohan. Jadi pada waktu ini, manusia yang menerima cerita Tiyam adalah manusia-manusia yang sudah dijajah mindanya dengan propaganda.

Begitulah juga baru-baru ini [walaupun sudah lebih 3 tahun] ada cerita tentang Kebandaran. Entah bagaimana istilah ini lahir, aku tidak lah tahu melainkan Ketua Bapak Menteri jugalah yang mengerti.

Mengikut hukum Tuhan, yang aku namakannya sebagai Hukum Dwicipta; kalau ada Kebandaran, pasti ada Kekampungan. Maka apabila Bapak Menteri mengistiharkan bahawa Islam yang dia bawa adalah Islam Hadhari yag progresif, maka secara spontan aku memahami bahawa ada dalam dunia ini Islam yang tidak progresif yang namanya Islam Badawi. Lalu tunjukkanlah dimana Islam Hadhari dan Islam Badawi itu kalau-kalau istilah Islam Hadhari itu absah dalam timbangan tasawur Islam!

Pelik juga apabila sekian lama setelah ratusan tahun [lebih dari 1420 tahun] baru wujud istilah ini.

Tetapi yang paling penting bagi aku, bukanlah istilah yang perlu kita lihat melainkan maknanya. Maknanya perlu diselami dan dihayati. Barulah kita boleh berkata sesuatu. Dan setelah aku meneliti, membaca kitab-kitab yang dikeluarkan oleh Yayasan Islam Hadhari, maka dapat disimpulkan bahawa Islam Hadhri ialah: “Islam yang sedia ada ajarannya, yang dikatakan bersumber dari sumber asli ajaran Islam”. Dan ini dinyatakan oleh Datuk Nakhaie Ahmad dalam taklimatnya di UTM baru-baru ini: “Islam Hadhari ialah gagasan perjuangan untuk menghidupkan kembali kefahaman Islam sebagaimana asalnya. Memahami Islam tidk sekadar ritual, tetapi kefahaman yang terpancar daripada pandangan hidup yang digariskan oleh Al Quran dan Sunnah”.

Lalu berkatalah aku [seperti ulama’ besar kononnya]; “Apa yang dipersembahkan adalah Islam yang sedia ada. Justeru apa peri-pentingnya menamakannya sebagai Hadhari sebab apabila istilah ini wujud pasti istilah Badawi akan turut serta. Sedangkan pada hari ini msyarkat sudah pening dengan sekian banyak istilah; seperti Islam Liberal dan Islam Progresif”.

Islam tidak ada Hadhari dan Badawi. Islam tidak ada kebandaran dan kekampungan. Yang ada ialah minhaj-minhaj akidah dalam beragama [sesetengah penulis menamakannya sebagai aliran falsafah seperti Mi’tazilah, aliran Syi’ah, Asya’ariyah] setelah ajaran Islam yang mengikut kefahaman Salaf ditinggalkan oleh orang banyak. Kemudian bila aku meneruskan penelitian, maka didapati bahawa Islam Hadhari dikatakan bahawa bersumber dari aliran Kaum Muda [salafiyah].

Tetapi, aku yang memang hidup dalam madrasah Kaum Muda tidak melihat bahawa Islam Hadari bikinan Bapak Menteri ini memang bersumberkan dari madrasah ini, melainkan ia mencedok-cedok keseluruh aliran falsafah yang ada dalam Islam lalu di”bin”kannya dengan Islam Hadhari.

Justeru Islam Hadhari bukanlah minhaj aqidah, bukan juga aliran falsafah yang lengkap, melainkan ia hanya menunjukkan konsep umum Islam. Konsep inilah yang anak-anak kita belajar di sekolah. Malah kalaulah Islam Hadhari itu adalah Islam Progresif yang sering disebut-sebut - yang kononnya berdaya maju dan berdaya saing - yang utamanya ialah penumpuan kepada aqidah. Sebab aqidah yang membentuk kerangka pandang bagi penganut Islam. Tetapi peranan aqidah yang benar shahih tidak diajarkan.

Sebenarnya, propaganda ini harus ujud untuk mendepani cabaran daripada laungan “Masyarakat Madani” cetusan Anwar Ibrahim dan gelombang “Islam; The Way of Life” oleh PAS.

Lalu aku mula berpikir kembali; apakah Masyarakat Madani, Islam Hadhari dan Islam: The Way of Life adalah cerita genre Tiyam?

Aku melihat bahawa setiap propaganda ini sekadar penyedap telinga dan santapan mulut. Kalaulah mereka jujur untuk membangunkan Islam, Kaum Muda dahulu telah membangunkan masyarakat di negara ini tetapi ditentang oleh orang-orang yang majal otaknya yang diketuai oleh Kaum Tua yang berlindung di balik jubah dan serban. Kaum Muda telah memulakan dengan aqidah kemudiannya fiqh. Justeru jalan untuk mereformasi masyarakat Islam kepada “pandangan sarwajagat” telah di rintis oleh golongan reformis sekian lama dahulu. Maka tanggungjawab masyarakat sekarang ialah mengikut dasar-dasar yang telah ada.

Sungguh, aku merindui reformasi akan berlaku di Malaysia. Menunggu lahirnya manusia yang seperti Rasyid Redha di Mesir, Othman Dan Fobio di Afrika, Shah Waliyullah di Benua Kecil Asia dan Muhammad Wahhab di Tanah Arab.

0 comments: