“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Rabu, Mei 06, 2009

Undangan Ke Majlis Walimatul Urus

Undangan Ke Majlis Walimatul Urus

Nawawi B. Subandi dan Isteri (Nur Amalina Bt. Zahari)

Pada: 09/05/2009 (Sabtu)

Masa: Dari jam 11pagi-4ptg.

Alamat: No. 16, Kg. Pt. Marion, 86400 Pt. Raja, Bt. Pahat, Johor.

Sesi kuliah khas bertajuk:

1 – Kembali Kepada Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

2 – Perkahwinan Menurut Sunnah.

3 – Tokok tambah (Bid’ah) di dalam perkahwinan masyarakat Melayu hari ini.

Bersama Ustaz Rasul Dahri. Dari jam 12tgh-2ptg.

Para pembaca blog dijemput hadir.

14 comments:

Imammuda berkata...

tahniah, semoga barokah Allah dilimpahkan ke atas antu.
ana di UTM skudai, insyaAllah, ana cuba hadirkan diri..
nak dengar sekali ceramah RD.

Imammuda berkata...

nak tahu juga bagaimana perkahwinan yang akan annawawi adakan nanti...
pasti berbeda..

Nilai berkata...

tahniah nawawi atas perkahwinan saudara

nawawi mengambil pendekatan yg amat berani dalam mengatakan sesuatu perbuatan itu syirik..seperti selawat syifa, bacaan berzanji dan sebabgainya..

nawawi seolah2 menuduh org2 yg mengamalkan sesuatu perkara yg tiada nas2 atau dalil sahih (seperti contoh di atas) tidak takut akan dosa Allah..

seolah2 nawawi dan puak2 nawawi je yg takut akan dosa dan neraka Allah..

mungkin benar (dari segi pandangan nawawi) mereka semua ini melakukan perbuatan syirik secara terang2an..

tapi nawawi lupa..berbangga dgn amalan sendiri itu juga antara sifat syirik..mungkin nawawi lebih arif tentang jenis2 syirik..sifat riak..sifat ujub..sifat takbur.. yg mungkin (hampir pasti)ada pada diri nawawi itu juga adalah perbuatan syirik..yg juga dibenci Allah..

sedar lah nawawi akan kesilapan2 yg nawawi lakukan selama ini..

dekat CBOX nawawi sendiri..puak2 nawawi la yg paling angkuh dalam mengeluarkan kata2..

Allah Taala selalu menyatukan ayat alim dan hakim di dalam alquran..mengetahui dan bijaksana..ini bermakna penting seseorg yg mengetahui itu bersifat bijaksana..

nawawi mungkin mengetahui banyak ilmu..tapi sebenarnya nawawi langsung tidak bijaksana..

kadang2 sy tidak nampak kepandaian nawawi..melainkan kebodohan semata2..maaf kalau terkasar bahasa..

nawawi mengatakan mereka melakukan syirik..cukup lah sifat ujub yg ada pada nawawi itu yg boleh juga membawa kepada syirik..

pandangan sy ini tidak besertakn dalil yg sahih..mungkin nawawi tak perlu ambil peduli..

cbox nawawi tu lebih baik tutup je..menimbulkan perbalahan dan memutuskan silaturahim juga tidak elok..walaupun cuma di alam maya

apapun selamat pengantin baru..

Abu Mu'aaz berkata...

ada juga ye orang yg boleh baca hati orang dan tahu bila seseorang tu ada sifat riak.. sifat ujub.. sifat takbur..

bukankah semua sifat2 ni kerja hati yang hanya ALLAH sahaja boleh menilai?

macam2 jenis manusia kat dunia ni :D

wassalam.

Nilai berkata...

kadang2 ada..

oh ye..menuduh orang melakukan perbuatan syirik pun berdosa juga..

wnlisa berkata...

tahniahhh

tempayanbudu berkata...

Salam..

Tahniah kepada Saudara Nawawi dan Isteri..Moga akan lahir lebih ramai lagi pejuang sunnah yg meletakkan sunnah pada tempatnya..

teruskan perjuangan..moga barokah dan rahmat sentiasa bersama anda..

Asyraf Dinie berkata...

Assalamualaikum..

Hai..nilai2.. =)

Tahniah nawi..All the best and keep up the good work. =), Smg dipertemukan dlm barakah dan bahagia sampai bile2..InsyaAllah..

Waalaikumsalam wbt..

imammuda berkata...

Asif syeikh nawawi kerana tak dapat hadir, agak jauh dari tempat tinggal ana.
mudah-mudahan keluarga antum dirahmati Allah

Idayu Salafi berkata...

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ.

“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”

Ali Karimi berkata...

Selamat kawin la. Pas kawin harap xperangai macam budak2 lagi (kalo ade la). Harap Nawi matang r pas kawin nih.

Kim salam r kat si dahri tuh. Aku doakan xde la yg terpengaruh ngan perangai dia..

nak kawen berkata...

Salam Pengantin Baru

moge mendapat rahmat Allah
dan redha ibu bapa jua..

Abu Mu'aaz berkata...

kalau org yg tak merokok nasihat org yg merokok, kira riak, ujub, takbur juga ke?

susah la nak dakwah mcm tu ;-)

wassalam.

VersedAnggerik berkata...

Tahniah.

Semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke anak cucu!