“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Khamis, September 03, 2009

Merintis Perubahan Dengan Demokrasi Telus

Merintis Perubahan Dengan Demokrasi Telus

http://an-nawawi.blogspot.com

Ada seseorang bertanya melalui sms:

Tidak bolehkah kita menyertai pilihanra raya sistem demokrasi?

Reply:

Tak perlu turut serta.

Tanya lagi:

Bukankah melalui pilihanraya, kita boleh mengubah atau menukar kedudukan para pemimpin yang tidak layak dan melakukan kezaliman? Dan ia merupakan salah satu cara terbaik pada masa ini untuk mengubah keadaan yang tidak Islamic kepada keadaan yang lebih Islamic?

Reply:

Mereka yang masuk pilihanraya sistem demokrasi, mereka lebih cepat berubah sebelum sempat mereka mengubah. Sedikit pun mereka tidak mengubah kepada apa yang sepatutnya. Tetapi, rupa-rupanya merekalah yang diubah!

7 comments:

ZOOL@TOD berkata...

Hmmmm... saya keliru. Jadi bagaimana kita mahu memilih pemimpin?

nz berkata...

wish for more explanation.

sy suka baca tentang ni..

Tanpa Nama berkata...

Memilih pemimpin juga perlu dilaksakan berdasarkan dalil dan petunjuk dari sahabat. Bukan Islam adalah agama yang syumul?

Tiada dalam sejarah Islam, rakyat memilih pemerintah dengan cara undian ala demokrasi..Bacalah sirah tentang majlis syura yg dipraktik oleh sahabat dan bgmana peranan majlis syura memilih pemerintah.

Tapi perlu diingatkan bukanlah syura disini sekadar namanya syura, tetapi pelaksanaannya mestilah bebas sepenuhnya daripada demokrasi..kerana demokrasi bukanlah dari Islam.

tidak akan cukup jika nk jelaskan semuanya disini. Sibuklah diri kita tentang memahami akidah dan manhaj yang benar terlebih dahulu sebelum berbicara tentang kaedah-kaedah pemerintahan.

Inilah yang dipraktikkan oleh para sahabat. Mereka tidak tergesa-gesa menegakkan negara tetapi meneguhkan akidah terlebih dahulu. Wallahua'lam

ana berkata...

wsalam. Pendapat akhi memang betul. Namun, apa yang perlu akhi buat agar Islam ini kembali tegak. Memang kalau kita nak menang cuba ada stu jalan jer. Yakni jihad fi sabilillah. Tapi, kita masih belum mampu berbuat demikian. Bersyukur kita sebab mereka masih ada izzah untuk perjuangan islam. Kalau akhi tak membuat undi pun untuk Islam. Relakan akhi melihat kemenangan mereka disebabkan satu undi yang tidak akhi buat. Mari kita bersifat sederhana. Dan cuba memikirkin masalah umat kini. Kita hanya mampu berbuat demikian kini. Ana bukan ta'asub dan bukan menolak mereka yang memperjuangkan islam yang melalui pilihan raya. kita harus bersikap sederhana. Kalau nak jadi golongan salaf pun cuba sampaikan erti jihad yang sebenar. Bukan pembahasan yang bersifat furuiyah sahaja, Afwan atas tegurannya. Berfikir jangan jumud. terbuka jangan hanyut.

Melayu Islam berkata...

Salam Ukhwah ,

saya ingin bertanya satu soalan dari sudut perspektif Al Quran dan hadis mengenai dalil ada mempejuangkan hak-hak sesuatu BANGSA itu sendiri salah di sisi Islam ??

Ada pendapat pihak lain menyatakan lebih baik mempejuangkan Islam daripada bangsa.

Adakah dalam Islam sendiri melarang sesuatu bangsa itu mempertahankan haknya dan hanya agama Islam sahaja perlu dipertahankan ..

salam

Tanpa Nama berkata...

Sy bukanlah org yg mahir dan faqih ttg soal ini tp setakat fahaman asas itu blh la.sy x bersetuju akhi bertindak menulis blog2 ini utk menyatakan pandangan peribadi akhi seolah2 menentang perjuangan pihak lain.sy pernah terbaca, dlm 1 hadis, antara 3 perkara yg dipohon Nabi saw drpd Allah, hnya 1 yg tdk diperkenankan' iaitu umat Nabi Muhammad ini akn kekal berpuak2.Ini sdh jelas..sbagaimana kita mempunyai byk mazhab,begitu lah jg parti2 di M'sia cntohnya.akhi tntu lbih arif..jgn smpai kita terlampau taasub dgn pndangan kita,hngga pndangan dan fahaman org ln kita ketepikan bulat2.mudah;kita yg memakai mazhab syafi'e,xkn kita kata mazhab maliki tu salah...kita punya matlamat yg sama,yg berbeza cuma cara...

Nawawi berkata...

Niat belum tentu dapat menghalalkan cara.

Sebagai cth, orang Kristian juga mengakui kewujudan Allah dan perlu beribadah kepada-Nya. Tetapi, kenapa kita menyatakan mereka kafir?

Jawabnya adalah kerana cara mereka adalah salah!