“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Jumaat, Oktober 16, 2009

Siapa Lagi Besar

Siapa Lagi Besar

http://an-nawawi.blogspot.com

Ketika azan berkumandang,
Laungan Kalimah Allah dikeudarakan.
Seruan Allahu Akhbar (Allahu Maha Besar)!
Allahu Akhbar (Allah Maha Besar) menerpa seluas pandangan.

Namun, apalah ertinya...
Jika maksudnya tidak dimengerti.
Seruan yang menyeru ditunaikan solat,
Tidak lagi sekuat seruan keindahan fatamorgana.
Seruan yang menyeru agar ke masjid.
Tidak lagi sekuat bisingnya hiruk-pikuk kesibukan.

Masjid begitu besar tersergam,
Bukan sedikit masjid yang besar-besar.
Tapi masih tidak cukup besar jumlah pengunjungnya.

Lihatlah betapa ramainya tidak endahkan suara itu.
Kerana mungkin jauh di lubuk hatinya,
Tertanam kalimah yang lebih besar (iaitu):

Motor aku lagi besar, kereta aku lagi besar, duit aku lagi besar, gaji aku lagi besar, isteri aku lagi besar.

Harta aku lebih besar!

Solat?! Ahh... Kemudianlah...
Itu soal kecil saja...
Boleh qodho bila-bila saja...

4 comments:

Dhamah Syifflah berkata...

itulah dinamakan manusia...

nisa berkata...

manusia di akhir zaman...

ZOOL@TOD berkata...

bila putus nyawa, bila putus usia.

jangan sampai lidah tersentap, tidak mampu menjawab soalan bocor didunia.

tika itu rasalah azab yang pedih kerana melalaikan perintah Allah.

Tanpa Nama berkata...

Samalah kita
bahkan dakwah salaf ditentang habis-habisan. Ada orang tu sampai yelling on the face atas pendakwah salafiyyah. ada lagi diceritakan hadis, tapi ditolak mentah2. Jahil tapi rasa pandai (masalah orang sekarang).

Diorang cakap kau bagitahu salah orang ... tapi kita rasa kalau tak cakap samapi bila lagi nak sampaikan dakwah. Ada pulak orang tu, kata dakwah biarlah secara berhikmah tapi tak cakap2 dakwah sebab belum sampai masa hikmah. Nak tunggu masa majlis2 susah pulak sebab bukan kita yang imam tapi tekong tahlil, yasin dan zikir jadi kepala

Wan,