“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Rabu, Julai 06, 2011

Bertemu Allah Di Langit

Bertemu Allah Di Langit

Abu Numair Nawawi B. Subandi
http://an-nawawi.blogspot.com


Peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah satu peristiwa yang berlaku ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang wajib diimani oleh kita semua.

Aqidah ahli sunnah wal-jama’ah mewajibkan kita mengimani dan meyakini bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah disra’kan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dari Makkah ke Baitul Maqdis lalu dimi’rajkan (naik) ke langit dengan ruh dan jasadnya dalam keadaan sedar sehingga ke langit yang ketujuh, ke Sidratul Muntaha, dan ke Baitul Ma’mur. Kemudian (beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) memasuki Syurga, melihat neraka, melihat para malaikat, bertemu Allah, mendengar perkataan Allah, bertemu dengan para Nabi, dan beliau mendapat perintah solat lima waktu sehari semalam. Dan beliau kembali ke Makkah pada malam itu juga (malam yang sama). (Rujuk: Syarhus Sunnah lil Imam al-Barbahari, Syarah ath-Thawiyah, dan Zaadul Ma’ad)

Hikmah Perjalanan Ke Baitul Maqdis

Sebelum Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diisra’kan ke langit, beliau terlebih dahulu mengalami isra’ ke Baitul Maqdis. Ini menjadi salah satu bukti kekuasaan Allah dan tanda kebenaran mi’raj Nabi ke langit.

Ketika kaum Quraisy bertanya kepada beliau berkaitan ciri-ciri Baitul Maqdis, beliau segera menjawabnya dengan tuntas dan benar. Ini menjadi dalil di hadapan Quraisy akan kebenaran isra’ beliau ke Baitul Maqdis dalam satu malam. Kerana sebahagian besar kaum Quraisy pernah melihat sendiri Baitul Maqdis dan mengetahui ciri-cirinya.

Tetapi kalau sekiranya mi’raj itu dilakukan dari Makkah dan beliau menjelaskan semata-mata apa yang beliau lihat di langit, sudah tentu mereka pun tidak mampu membenarkannya kerana kaum Quraisy tidak mengetahui apa yang ada di langit. Maka sekaligus ia menjadi dalil bagi golongan yang mendustakannya secara mentah-mentah isra’ dan mi’raj Nabi ketika itu. (Rujuk: Ibnu Abil ‘Izz al-Hanafi, Syarah ath-Thahawiyah)

Bertemu Allah Di Langit

Bertemunya Nabi dengan Allah di atas langit ke tujuh adalah suatu kebenaran. Namun cuma Nabi tidak melihat Allah disebabkan hijab cahaya yang menghalanginya antara dirinya dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini sebagaimana dijelaskan Imam Ibnu Abil ‘Izz al-Hanafi rahimahullah (Wafat: 792H) dalam Syarah ath-Thahawiyahnya.

Dalam peristiwa ini, beliau berulang-alik beberapa kali menemui Allah bagi menerima pensyari’atan solat lima waktu sehari semalam.

Naiknya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertemu Allah di langit menjadi satu dalil dan penjelasan akan sahihnya iktiqad ahli sunnah wal-jama’ah bahawa Allah itu bersemayam (istiwa’) di atas langit di atas ‘Arsy-Nya. Kata Imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H), “Sunnah yang aku anut adalah sebagaimana yang dipegang (dianuti) oleh Sufyan at-Tsauri, Imam Malik B. Anas dan selain keduanya yang merupakan pengakuan dengan syahadah (kesaksian) bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah, dan sesungguhnya Allah di atas ‘Arsy-Nya di langit-Nya. Dia dekat dengan makhluk-Nya sebagaimana yang Dia kehendaki, dan turun ke langit dunia sebagaimana yang Dia kehendaki.” (al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, no. 443)

Apa yang diikrarkan oleh Imam asy-Syafi’i ini bertepatan dengan pegangan para ulama ahli sunnah wal-jama’ah lainnya bermula dari para sahabat, para ulama tabi’in, dan seterusnya termasuklah Abu Hanifah, Malik, Ahmad, dan Imam Abu Hasan al-Asy’ari yang menjadi ikutan kelompok mahzab al-Asya’eerah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan dalam al-Qur’an sekurang-kurangnya pada tujuh ayat bahawa Dia bersemayam (istiwa’) di atas langit di atas ‘Arsy-Nya. Antaranya dalam Surah al-A’raaf ayat 54, Surah Yunus ayat 3, Surah ar-Ra’d ayat 2, Surah Thaha ayat 5, al-Furqan ayat 59, as-Sajdah ayat 4, dan al-Hadid ayat 4.

Juga sebagaimana hadis daripada Mu’awiyah B. al-Hakam ketika mana Rasulullah menyoal seorang hamba wanita yang megembala kambing miliknya (milik Mu’awiyah). Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertanya kepadanya:

أَيْنَ اللهُ قَالَتْ فِي السَّمَاءِ قَالَ مَنْ أَنَا قَالَتْ أَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ قَالَ أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ

“Di mana Allah?” Hamba wanita tersebut menjawab, “Di langit.” Rasulullah bertanya, “Siapa aku?” Wanita itu menjawab, “Engkau adalah utusan Allah.” Maka Nabi bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia adalah wanita beriman.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/140, no. 836)

Dari hadis ini jugalah Imam ‘Utsman B. Sa’id ad-Darimi rahimahullah (Wafat: 280H) ketika membantah kelompok jahmiyah, beliau membawakan satu riwayat daripada Imam ‘Abdullah B. al-Mubarak di mana ketika Ibnul Mubarak ditanya, “Bagaimana kita mengenali Rabb (Tuhan) kita?” Maka Ibnul Mubarak rahimahullah (Wafat: 181H) pun menjawab:

بأنه فوق السماء السابعة على العرش بائن من خلقه

“Bahawasanya Allah berada tinggi di atas langit yang ketujuh di atas ‘Arsy terpisah dari makhluk-Nya.” (ar-Radd ‘ala al-Jahmiyyah, m/s. 47 – Maktabah Syamilah)

Selain itu, dalam lembaran yang sama, Imam ad-Darimi juga turut membantah kelompok sesat yang mendakwa Allah itu di mana-mana. Beliau menyatakan:

وفي قول رسول الله أين الله تكذيب لقول من يقول هو في كل مكان لا يوصف ب أين لأن شيئا لا يخلو منه مكان يستحيل أن يقال أين هو ولا يقال أين إلا لمن هو في مكان يخلو منه مكان

ولو كان الأمر على ما يدعي هؤلاء الزائغة لأنكر عليها رسول الله قولها وعلمها ولكنها علمت به فصدقها رسول الله وشهد لها بالإيمان بذلك

“Dan sabda beliau (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), “Dimana Allah?” sebenarnya telah membongkar kebodohan orang yang mengatakan bahawa Allah ada di mana-mana. Kerana sekiranya sesuatu itu ada pada semua tempat maka adalah mustahil untuk dikatakan (atau ditanyakan) dengan pertanyaan, “Di mana dia?” Dan tidak dikatakan “di mana” kecuali pada sesuatu yang berada pada tempat tertentu.

Sekiranya Allah ada di mana-mana sebagaimana yang disangka oleh orang-orang yang menyimpang tersebut, maka pasti Rasulullah akan mengingkari ucapan hamba wanita tersebut. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya di mana Rasulullah justeru membenarkannya dan mengakui keimanan hamba wanita tersebut.” (ar-Radd ‘ala al-Jahmiyyah, m/s. 47 – Maktabah Syamilah)

Maka, sebagai ahli sunnah wal-jama’ah kita wajib menerima dan memahami khabar tentang sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana datangnya tanpa mempersoalkan bagaimana, tanpa menyerupakan atau menyamakan dengan makhluk, dan tanpa ta’thil (menafikan), tahrif (mengubah maksud), atau menyelewengkan maknanya. Sebagaimana telah kita ketahui bahawa Allah itu bersemayam (istiwa’) di atas ‘Arsy-Nya di atas langit, maka kita terima sebagaimana dikhabarkan tanpa mempersoal atau menyerupakan-Nya dengan makhluk. Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman, “Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.” (Surah asy-Syuura, 42: 11)

Manusia Pertama Mengingkari Allah Di Langit

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ. أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ

“Dan Fira’un pula berkata: “Wahai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, supaya aku sampai ke pintu-pintu, (iaitu) pintu-pintu langit, agar aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!” Demikianlah dijadikan Fir’aun memandang baik perbuatan yang buruk itu, dan dia dihalangi dari jalan (yang benar), dan tipu daya Fir'aun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian.” (Surah al-Mu’min, 36-37)

Di sini kita bertanya, kenapakah Fir'aun hendak membina bangunan tinggi supaya dia boleh mencapai atau mendaki pintu-pintu langit sambil mendakwa Musa ‘Alaihis Salam berdusta? Apakah yang telah Musa ‘Alaihis Salam beritahu kepada Fir’aun sehingga dia begitu berang dan mendakwa Musa seorang pendusta dan dia perlu naik ke langit untuk mempercayai kata-kata Musa tersebut?

Maka di sini Imam Ibnu Jarir ath-Thabari rahimahullah (Wafat: 310H) menjelaskan:

وقوله: (وَإِنِّي لأظُنُّهُ كَاذِبًا) يقول: وإني لأظنّ موسى كاذبا فيما يقول ويدّعي من أن له في السماء ربا أرسله إلينا

“Dan firman-Nya (berkenaan kata-kata Fir'aun): “Dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!” maksudnya adalah, “Dan sesungguhnya aku percaya Musa ini pendusta dalam apa yang dia katakan dan dakwakan bahawa dia (Musa) memiliki Tuhan di langit yang mengutusnya.” (Tafsir ath-Thabari, 21/387)

Kata Imam Abul Hasan al-Asy’ari rahimahullah (Wafat: 324H) dalam kitab beliau, al-Ibanah:

كذب موسى عليه السلام في قوله: إن الله سبحانه فوق السماوات

“Dia (Fir’aun) mendustakan Musa ‘Alaihis Salam berkenaan perkataan baginda, “Bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala berada tinggi di atas langit.” (al-Ibanah ‘an Ushulid Diyanah, m/s. 105)

Dari sini kita mengetahui bahawa wahyu dan sejarah telah mencatatkan makhluk pertama yang ingkar keberadaan Allah di atas ‘Arsy di atas langit ketujuh adalah Fir’aun.

Atas sebab itulah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah sendiri mengatakan dalam Nuniyahnya:

فإمام كل معطل في نفسه ... فرعون مع نمرود مع هامان

“Maka Imam setiap Mu'attil itu pada dirinya adalah Fir'aun bersama Namrud dan juga Haman.”

Jadi, selisihilah aqidah Fir’aun tersebut. Sebaliknya hendaklah kita imani bahawa Allah itu Maha Tinggi. Tinggi di atas ‘Arsy-Nya di atas langit ketujuh dengan Kemuliaan-Nya, Kekuasaan-Nya, Keagungan-Nya, dan Zat-Nya sebagaimana layak bagi diri-Nya.

Tarikh Isra’ dan Mi’raj

Tiada tarikh yang disepakati berlakunya peristiwa isra’ dan mi’raj ini. Tiada juga sebarang sambutan khusus berkaitan dengannya. Nabi dan para sahabatnya juga tidak pernah meraikannya dengan sebarang sambutan tertentu sama ada dengan berpuasa, solat sunnah tertentu, mahupun bacaan ayat-ayat al-Qur’an tertentu.

Apa yang perlu kita terima, peristiwa tersebut membawa begitu banyak faedah terutamanya dalam aspek aqidah, ibadah, solat, akhlak, dan selainnya. Kita perlu mengimaninya dan zahirkannya dalam kehidupan seharian. Untuk memahami faedah-faedah tersebut dengan lebih lanjut, para pembaca boleh menela’ah hadis-hadis sahih berkaitan dengannya berserta huraian para ulama ahli sunnah wal-jama’ah. Wallahu a’lam.

11 comments:

Tanpa Nama berkata...

Di mana Allah sebelum langit diciptakan?

diaman berkata...

T. kasih atas usaha saudara

Ibn Mansor berkata...

Ape bodoh nye soalan ni xde ilmiah langsung..Agaknye mak bapak die pun bangang mcm die gak agaknye..eh mane ade agak memang keturunan bodoh lagi bangang..

Tanpa Nama berkata...

Allah sejak dari dulu sudah ada Allah maha kekal dan juga maha penyanyang dan pengampun terhadap hambany bagii orang yang mau tobaT kepadany
Allah tidak dilahirka dan tidak di peranakan Allah hanya 1 tidak ada 2
Yang diceritakn diatas itu adalah benar itu adalh peristiwa nabi muhammad ketika isra' mi'raj bersama malaikat jibril menghadap Allah !

Unknown berkata...

assalamuailaikum.
ada allah sediakala,ternafi awal,tetapi tidak langit,langit baharu,asal tiada kemudian ada.jadi soalan sekarang masa langit takda, allah duduk kat mana?kalau langit sama sama ada serentak dengan allah,jadi langit pon qodim,yang saya tahu qodim tu istihnak uhu an kulimasiwah (terkaya dari sesuatu) ,jadi langit terkaya dari sesuatu?langit tak berhajat dekat tuhan untuk ada?..soalan cuma satu je dimana allah(qodim) sebelum langit(baharu) diciptakan.

Unknown berkata...

Langit tu cuma salah satu dari makhluk Allah. Allah di atas segala makhlukNya, fullstop.

Akal kita tidak akan dapat proses bagaimana rupa dan zat Allah, jadi secara logiknya, kita pun tidak akan dapat tahu dan proses apa yang "ada" beyond KEWUJUDAN kita dan alam semesta (langit dan bumi) keseluruhannya. Kerana apa?

Sebab KEWUJUDAN itu sendiri ciptaan Allah. Jadi mengapa kita mahu menggunakan konsep KEWUJUDAN itu keatas Allah? Tidak masuk akal.

Contoh, kita merasakan bahawa untuk mendifinasikan KEWUJUDAN sesuatu memerlukan ruang(space) dan masa(time). Sedangkan space-time itu sendiri salah satu ciptaan Allah, bagaimana kita mahu gunakan konsep sama untuk mendefinasikan WUJUDnya Allah?

Jadi jawapan untuk soalan anda,adakah Allah perlu langit untuk WUJUD? Tidak sama sekali.Ada atau takdanya langit, Allah tetap wujud. Sekian

La ilaha illallah.

HUSBAND AKU IBNU ARASY CONFORM berkata...

ALLAH S.W.T. MAHA AGONG ALLAHU AKBAR syeikh malaya ibnu arasy say ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WALILLAH HILHAM ALLAHU AKBAR

HUSBAND AKU IBNU ARASY CONFORM berkata...

ALLAH S.W.T. DAH WUJUD LAMA DAH ...

HUSBAND AKU IBNU ARASY CONFORM berkata...

AKU SANGGUP MATI MENGAKU ALLAH ITU WUJUD @ ALLAH EXIST

HUSBAND AKU IBNU ARASY CONFORM berkata...

Ghouse Alam syeikh malaya ibnu arasy say ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WALILLAH HILHAM ALLAHU AKBAR

IBNU ARASY AL-MUBRAM PI MAI PI MAI Kanan Kiri RIGHT AND LEFT ATAS ARASY DI PADANG MAHSYAR JUSTICE DAY BECAUSE HE PRAYING TO SAFE ALL CREATURES TODAY WITH BLESS THE GOD . ALLAH S.W.T. ALMIGHTY berkata...

IBNU ARASY WHO WAS NOT IN JUSTICE DAY @ PADANG MAHSYAR BY THE PERMISSION OF ALLAH S.W.T. MAHA AGONG FROM PAYA KELADI KEPALA BATAS OF PENANG ISLAND MALAYSIA ALLAHU AKBAR AND SALAWAT JIBRIL A.S. FOREVERMORE EVERYSECOND SUJUD IN THANKSGIVING IBNU ARASY EVERY PRAYER FEAR ALLAH S.W.T. INSYA-ALLAH AMIN AMEN YA RABBAL ALAMIN INSYA-ALLAH ALLAHU AKBAR

WORLD ❗ IBNU ARASY DOES NOT DISREGARD ALLAH S.W.T. HE IS ALSO ALLAH S.W.T. ALMIGHTY TRUE NEIGHBOR ON A ARASY OF VISIBILITY AT NUR ARASY AR RAHMAN