Hak-hak Jalan Yang Dikhianati
Abu Numair Nawawi B. Subandi
Kumpulan demonstrasi jalanan menganggap jalan-jalan di ibukota seolah-olah mereka yang punya tanpa mengambil kira hak-hak awam.
Walaupun amaran polis telah dikeluarkan semenjak sebelum dan semasa demonstrasi berlangsung, kumpulan demonstrasi jalanan tetap berdegil.
SEBAHAGIAN BESAR dari kita mungkin pernah menyaksikan pelbagai aksi demonstrasi jalanan. Siapa yang tidak ingat dengan peristiwa 1998 lalu. Begitu juga dengan peristiwa 9 Julai 2011 baru-baru ini.
Demonstrasi jalanan telah menjadi faktor terganggunya lalu-lintas dan sesaknya jalan-jalan milik awam. Pelbagai lapisan masyarakat yang memiliki urusan di ibukota menjadi panik, gusar, runsing, dan marah kerana pelbagai aktiviti yang telah direncanakan terganggu.
Kita semua maklum bahawa jalan-jalan yang disediakan adalah milik awam. Ia memiliki fungsi khas bersama peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan demi kemaslahatan bersama.
Dalam Islam sendiri jalan-jalan ini memiliki hak-haknya yang perlu ditunaikan.
Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu pernah mengkhabarkan sebuah hadis Nabi berkaitan hak-hak jalan. Kata beliau, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ عَلَى الطُّرُقَاتِ
فَقَالُوا مَا لَنَا بُدٌّ إِنَّمَا هِيَ مَجَالِسُنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا قَالَ فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلَّا الْمَجَالِسَ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهَا قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ
قَالَ غَضُّ الْبَصَرِ وَكَفُّ الْأَذَى وَرَدُّ السَّلَامِ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ
“Janganlah kamu duduk-duduk di atas jalan.”
Maka mereka (para sahabat) berkata, “Sesungguhnya kami perlu duduk-duduk untuk berbincang-bincang.” Nabi menjawab, “Jika kamu tidak dapat berganjak melainkan perlu duduk-duduk, maka berikanlah hak-hak jalan tersebut.” Mereka bertanya, “Apa hak-hak jalan tersebut wahai Rasulullah?”
Nabi menjawab, “Menundukkan pandangan, tidak mengganggu (atau menyakiti) orang, menjawab salam, dan memerintahkan kepada yang ma’ruf serta mencegah dari kemungkaran.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/351, no. 2285)
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, “Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebutkan “menundukkan pandangan” adalah bagi mengisyaratkan keselamatan dari fitnah kerana melintasnya para wanita (yang bukan mahram) ataupun selainnya. Menyebutkan “tidak mengganggu (atau menyakiti) orang” untuk mengisyaratkan supaya memelihara diri dari perbuatan menghina, mengata orang lain, atau yang serupa. Menyebutkan perihal “menjawab salam” untuk mengisyaratkan kewajiban memuliakan atau mengormati orang yang melalui jalan tersebut. Menyebutkan perintah amar ma’ruf nahi mungkar bagi mengisyaratkan kewajiban mengamalkan apa yang disyari’atkan dan meninggalkan apa yang tidak disyari’atkan.” (Fathul Bari, 5/135)
Imam an-Nawawi rahimahullah pula menjelaskan, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengisyaratkan tentang alasan larangan beliau (terhadap perbuatan duduk-duduk di jalanan) bahawa perkara tersebut boleh mencampakkan ke dalam fitnah dan dosa di ketika ada para wanita (yang bukan mahramnya) atau selainnya yang melintasi mereka, sehingga membuatkannya memandang ke arah wanita tersebut (secara bebas), atau membayangkannya, atau berprasangka buruk kepadanya, atau terhadap sesiapa sahaja yang melintas.
Dan di antara bentuk mengganggu (atau menyakiti) manusia adalah dengan menghina (atau mengejek) orang yang melintas, mengumpat, atau selainnya, atau terkadang tidak menjawab salam mereka, tidak melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, serta alasan-alasan lainnya yang bila dia berada di rumah dapat selamat dari perbuatan seperti itu. Turut termasuk perbuatan menyakiti orang lain adalah bila menyempitkan jalan orang-orang yang ingin melintas, atau menghalang para wanita, atau selainnya yang ingin keluar menyelesaikan keperluan mereka disebabkan ada orang-orang yang duduk di jalanan.” (Syarah Shahih Muslim, 14/120)
Melalui hadis di atas berserta penjelasannya oleh dua ulama tersebut sepatutnya kita semua dapat mengambil iktibar. Jika duduk-duduk pun ditegur oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka apatah lagi dengan melakukan perbuatan demonstrasi jalanan yang bukan sekadar duduk-duduk dan bincang-bincang! Sebaliknya bertindak membangkitkan emosi rakyat untuk memprotes. Bersama-sama mereka adalah kaum wanita, anak-anak, para gadis, orang-orang kafir, dan seumpamanya. Mereka berhimpun sambil bercampur-baur sesama mereka atas dasar emosi dan semangat memprotes.
Dari sini saja telah dapat kita saksikan hak-hak jalan yang diperingatkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam gagal mereka patuhi. Beberapa perkara boleh kita persoalkan.
Antaranya adakah mereka dapat menundukkan pandangan, sedangkan bersama-sama mereka ada anak-anak gadis dan kaum wanita sama ada yang yang muslim mahupun yang kafir, yang jahil mahupun yang fasiq. Sama ada yang menutup aurat atau sebaliknya. Di manakah amar ma’ruf nahi mungkar dalam kalangan mereka sendiri? Bagaimanakah mereka mencegah gejala ikhtilath dari berlaku sesama mereka?
Sehingga kita juga akan bertanya, di manakah rasa malu anak-anak gadis ini terutamanya yang muslimat terhadap orang-orang yang saling memandang kepadanya tanpa sebarang keperluan syar’i? Malah gambar-gambar mereka turut dirakam dan tersebar seantero dunia menjadi tatapan jutaan manusia.
Dari sudut ini, urusan mereka sendiri tampak kabur. Walupun demikian, mereka tetap terus sibuk memprotes urusan orang lain dari menyibukkan kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Ibarat kuman diseberang laut sibuk diteropong, tetapi gajah di depan mata buat-buat tak nampak.
Demonstrasi jalanan selain mengganggu lalu-lintas, ia juga melanggar peruntukan perundangan jalan-raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa atau pemerintah. Sedangkan hukum mentaati pemerintah dalam urusan ini adalah wajib dan melanggarnya adalah haram.
Kata Imam al-Mubarakfuri rahimahullah, “Apabila seseorang pemimpin memerintahkan sesuatu yang sunnah atau mubah (harus), maka hukumnya menjadi wajib.” (Tuhfatul Ahwadzi, 5/298)
Apabila jalan sesak sebagaimana telah kita saksikan, pihak polis pasti akan dikerahkan bagi mengawal keselamatan dan menghalang dari berlakunya sebarang kemungkinan tidak diingini.
Lebih dari kesesakan dan gangguan lalu-lintas, demonstrasi jalanan juga turut melahirkan rasa takut di kalangan orang awam. Ini dapat dilihat apabila para aktivis demonstrasi yang berhimpun bersama-sama pengikut mereka sehingga ratusan, ribuan, atau mungkin lebih dari itu. Mereka berjalan dengan penuh agresif sambil terjerit-terjerit dan terpekik-terlolong. Bahkan mulut mereka sering tidak lepas dari turut menghamburkan kata-kata caci, maki, provokasi, celaan dan kejian.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengingatkan:
الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
“Seseorang muslim (yang sempurna keislamannya) adalah bila mana umat Islam lainnya selamat dari lidah dan tangannya.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/149, no. 58)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga telah memberi amaran:
سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
“Mencaci orang muslim adalah perbuatan fasiq dan membunuhnya (tanpa haq) adalah perbuatan kufur.” (Muttafaq ‘alaih)
Dan juga melalui sabdanya:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir (Kiamat), hendaklah ia berkata yang baik-baik atau hendaklah ia diam.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 20/116, no. 5994)
Selain memenuhi hak-hak jalan, satu lagi perkara penting yang sering diabaikan adalah sunnah menghilangkan gangguan yang ada di jalanan.
Menghilangkan gangguan di jalan-jalan termasuk salah satu tanda iman. Sesiapa yang sengaja menghalang-halang jalan tanpa hak yang benar termasuk dengan mengadakan demonstrasi jalanan yang tidak syar’i, ia sebenarnya telah menzahirkan sikap bertentangan dengan sebahagian ciri-ciri iman.
Sehingga perbuatan mereka tersebut menyebabkan pihak polis terpaksa dikerahkan berkawal di setiap jalan-jalan berkaitan. Rasa takut, bimbang, marah, dan risau menguasai para penguna jalan-raya apabila jalan-jalan ditutup dan banyak sekatan dibuat.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ
“Iman itu tujuh puluh cabang lebih atau enam puluh cabang lebih. Yang paling utama adalah ucapan “Laa ilaaha illallah” dan yang paling rendah adalah menyingkirkan rintangan (gangguan) dari jalanan. Dan rasa malu itu juga termasuk salah satu cabang iman.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/140, no. 51)
Tanyakan khabar iman kita. Sejauh mana rasa malu yang kita miliki ini telah mampu menghalang dari bermaksiat kepada Allah? Adakah iman kita saat ini mengarahkan kita menunaikan hak-hak jalan dan menyingkirkan gangguan di jalanan? Jawab sejujurnya pada diri masing-masing. Kerana apa yang pernah kita saksikan dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan lalu, ibukota negara terganggu dengan kesesakan, kacau-bilau, malah hampir lumpuh operasi terutamanya pada 9 Julai 2011 dan siri demonstrasi 1998.
14 comments:
Saudara tidak seharusnya memandang perkara ini mengenai hak-hak jalan saja, patut dikaji juga prespektif lain di mana PM n menteri tidak melaksanakan tuntutan Agong untuk memberikan kerjasama. Ia sebenarnya aman n terjaga tiada kebimbangan langsung bahkan boleh selesai dlm sekelip mata saja, tp pihak tertentu tidak menunaikan hak org ramai seperti memberikan kerja sama seperti mana yg dikehendaki oleh Agong.
itulah yg menjadi punca berlakunya kacau bilau, sebagai contoh. perniaga ingin berniaga, tatpi pihak berkuasa memberikan notis tutup dll sehingga menyumbang kepada kerugian. Walhal itulah masanya rezeki melimpah ruah, sebagai mana sebuah kedai yang dibuka dijalan pudu menerima kunjungan yang memberansangkan.
tidak sesuai untuk kita menfokus kpd salah ini sahaja, namun punca kesalahan itu yg berpunca dripada pihak lain didiamkan saja. Agong adalah kepimpinan tertinggi telah mengeluarkan kenyataan n kegagalan pihak berwajib memberikan kerjsama sebagai punca permasalahan tidak sepatutnya diketepikan.
Menarik ulasan saudara. Saya tercari2 juga ulasan yang menekankan kepada Akhlak kerana orang terlalu fokus kepada syara' semata2
Juga terfikir juga jika dipandang dari sudut Akidah. Turun demonstrasi dengan niat 'memperjuangkan keadilan dalam demokrasi' yang mana prinsip demokrasi tu lansung tiada dalam Islam dan banyak praktikal demokrasi itu bertentangan dengan Akhlak Islam. Malah turun dibawah pimpinan seorang yang menentang Islam itu sendiri.
Sejenak saya terfikir kenapa ramai yang tidak mahu menilai secara keseluruhan mengikut Al-Quran dan Hadis..
WallahuAllah
kenapa saudara melihat suatu yg kecil padahal ad perjuangan yg lbih besar ?? .....knp kita tidak boleh bersabar atas ujian yg allah berikan dan menolak sedikit kesenangan nikmat dunia....kenapa kita tidak boleh berdiam diri sedangkan ketua kita memperhalalkan maksiat di depan mata ???....kenapa kita sering melebihkan dunia drpd keperluan akhiraat....itulah nafsu namanya ...adakah saudara ingin menimbulkan satu lagi fitnah mengubah fikiran org lain yg pada hakikatnya bnde tuh simple je .....ye menghalalkan maksiat tuh simple je pada fikiran saudara penulis ea...bgos....pada dunia akhir zaman nih ramai ulama yg bnyk mengeluarkan fitnah dan fitnah tuh kembali kepada ulama tersebut
hanya membicarakan tentang hak jalan.. sedangkan jalan sudah ditutup dan tiada orang awam... aku tengok kebanyakan ulama umno banyak guna hanya hadis ni.... padahal banyak lagi dalil....
jangan sembunyikan kebenaran....
bagaimana dgn perarakan agama hindu yg kerapkali menggunakan jln raya bukan hanya di batu cave atau pun pulau pinang bahkan seluruh negara tanpa mengira masa, bagaimana pula perhimpunan yg dianjurkan kerajaan seperti larian jambatan pulau pinang. bagaimana pula dgn pasarmalam atau pasar ramadhan yg menyesakkan lalu lintas yg saya rasa saudara sendiri tumpang sekaki beli disitu, mungkin selama ini anda belum pernah berlaku kecemasan dijalan berkaitan menyebabkan anda terlepas pandang hal tersebut. adakah hak rakyat itu hak kerajaan dan hak kerajaan adalah hak kerajaan semata. Tolong jelaskan secara adil.
2x5 semua tu. kacau jalan.
Ulasan saudara ini boleh diterima.. tetapi masih ada kepincangannya. hak-hak jalan dalam hadis yang saudara bawakan bermaksud melakukan halangan jalan tanpa tujuan.Demontrasi jalan sepatutnya dimasukkan juga dalam hak-hak jalan bagi tujuan demontrasi sebab ianya dirancang dan dikhabarkan. bagaimana pula hiburan-hiburan, sukan-sukan dan sambutan maal hijrah (taipusam islam) yang mengunakan jalanraya?
Salam ya Akhi,
Jazakumullah atas usaha akhi utk ulas psl isu ni... Namun saya rasa akhi terlalu bias pada pihak tertentu (kerajaan). Cara ulasan terlalu bergantung pada zahir Nas...
Cadangan saya, akhi perlu buat ulasan dengan Ikhlas, Adil dan Bijaksana supaya matlamat akhi utk perbetulkan ummah akn tercapai... nampaknya, komen2 di sini juga akhi xrespon... bukan mudah utk kt berlaku adil kan?
Memahami Islam hanya melalui pembacaan/mentelaah kitab2 muktabar jg tdk melayakkan kt utk bercakap/menulis spt ulama krn byk disiplin ilmu yg perlu kt patuhi... justeru, pembacaan perlu dirujuk kpd mereka yg Alim dan Arif dlm bidangnya... sekian...
Maaf jika ada ikhwah yg tersinggung dgn catatan ini...
kepada tanpa nama:
mengapa tidak boleh memandang perkara ini dalam hak-hak jalan sahaja?
sedangkan ianya ialah dari sunnah rasulullah salla allah alaihi wa sallam?
sauadara, jgn meremehkan atau mengenepikan atau memandang sepi hatta satu sunnah pun.
sikap itu tidak bijak dan tidak rational kepada kita yang mengaku ahli sunnah wal jamaah.
saya nasihatkan anda telitikan hadith itu dengan sebaiknya.
semoga allah memberi hidayah dan menambah hidayah kepada kita semua. ameen.
ada nama......
ulasan yg diberikan oleh saudara agak bias dengan situasi sebenarnya...saudara menggunakan hadis2 yg berkaitan dengan jalan walhal dalam konteks ini bukan jalan fokus utamanya...ianya berkait dengan kebenaran...harap lebih berhati2 dan jujur dengan disiplin ilmu ketika menulis...
saudara... demo tu blh bt... tp pilih tempat yg besesuaian dan tidak mengganggu ketenteraman org lain(yg mungkin tidak setuju dng demo tersebut) bersih 2.0 telah diberi pilihan utk bt di stadium kan??? sama jugak, tetap boleh memperjuangkan apa yg dijuangkan tu... bezanya, tidak menggaggu org lain... mungkin lbh ramai dpt hadir klau bt di stadium dan dpt capai matlamat... di jlnan, dah tau mmg akan ade masalah dng pihak berkuasa, pilih la tempat terbaik dan tidak melanggar hadith berkenaan...
Salam saudaraku..
Perlu faham kenapa bersih 3.0 diadakan.. Kerana kerajaan menipu rakyat. Takpayah dok cari kandungan al quran dan al hadis untuk menyokong penipuan.. boleh mendorong sahabat menjadi munafik. Bercakaplah pada yang benar. sesungguhnya islam itu benar. Allah itu benar. Rasullulah saw itu benar..dan muslimin muslimat itu benar...
Kita sekarang dimusim Dajjal.. sifat iblis adalah tipudaya.. Sifat dajjal adalah menabur fitnah dan memanipulasi maklumat..
Maka kenalilah sesuatu itu melalui sifatnya.. paling susah adalah sifat munafik.. berbuat untuk kepentingan peribadi.
Jangan adnda merujukkepada ulama su'.. menaja ugama untuk kepentingan dan nama peribadi.
Saudaraku seislam..yakni muslimin. perbincangan kita mengandungi berkat..perbalahan kita mengandungi laknat. kepada yg islam pada nama.. belajarlah..apa itu syarat yg membatalkan islam anda..
Catat Ulasan