“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Ahad, Oktober 07, 2007

Apakah Mencela Lebih Baik Dari Memuji?

APAKAH MENCELA ITU LEBIH BAIK DARI MEMUJI?

Mungkin membantah sesuatu lebih mudah daripada mengemukakan idea baru?

Jadi akibat selalu sahaja aku membantah sesuatu idea mengenai perbaikan masyarakat dan sering menolak perjuangan jama’ah-jama’ah Islam yang wujud hari ini. Maka keharusan aku ialah mengemukakan satu gagasan yang secara umum dapat memahamkan manusia bagaimana bangsa umat yng menganut Islam sebagai keyakinan mereka mampu menjadi sebuah bangsa yang bertamadun tinggi.

Untuk bercakap seperti ini, aku memang menyedari bahawa aku ini punya peribadi ganda. Sebelah kanannya putih dan sebelah kirinya hitam. Siangnya dia menjadi manusia dan malamnya dia menjadi serigala. Tetapi apakah manusia yang punya peribadi ganda seperti aku, harus ditolak nasihatnya semata-mata dia miliki dua warna? Apakah hanya orang yang berserban dan berjubah saja diterima percakapannya? [sedang kaum tua yang berserban dan berjubah telah menjumudkan otak bangsa kita sekian lama atas alasan menjaga kemurnian agama]. Malah syaitan juga pernah berkata benar dan sempat mengajar sahabat sebuah ayat yang dikenal dengat Ayat Kursi. Justeru kebenaran ataupun nasihat itu harus dipungut tanpa mengira dimana kita menemuinya.

Sungguh; aku semakin jelek dengan banyak orang bercakap tentang Islam. Semakin minek [pening] apabila sampai-sampai tukang kebun berfatwa tentang Jihad. Malah lebih menghinakan bila banyak dari penulis-penulis “bawah tanah” ataupun “atas tanah” membicarakan Islam semahunya. Tak terkecuali para bloger yang aku hormati. Manusia jenis ini merasakan bahawa mereka itu benar dalam berkata-kata.

Aku tidak mencela mereka kerana dwi karektor mereka, tetapi aku mencela mereka kerana kefahaman mereka yang dangkal tentang Islam. Mencela mereka kerana tulisan-tulisan mereka menyesatkan umat.

Justeru aku menyeru kepada semua penulis untuk diam dari berkata-kata sebab pada akhir zaman ini, orang yang dangkal akan mengeluarkan fatwa. Dan orang ramai akan menjadikan orang jahil sebagai ulama’nya. Maka sebagai langkah berhati-hati janganlah jadikan diri kita sebagai seorang daripada orang dangkal dan jahil itu. Biarkan para ulama’ ahli hadith saja yang berujar dan berfatwa. Biarkan ahli tauhid saja yang menulis di koran-koran dan berkhutbah di mimbar-mimbar.

Untuk maju menjadi bangsa yang punya tamadun yang tinggi, umat Islam pertamanya harus kembali mengikuti Ajaran Islam. Itu yang pertamanya. Dan ajaran Islam ini bukan mengikut Tabligh yang berkelah ataupun mengikut KMM yang bermain mercun. Bukan juga mengikut politikus yang semuanya menikus di balik serban dan jubah. Bukan! Bukan itu! Mengikut ajaran Islam ialah mengikut ajaran Salaf [umat terdahulu yang terdiri dari penganut Islam terawal] yang bersumber dari Rasulullah, yang merupakan kefahaman sahabat mengenai Islam.

Dalam meniti manhaj Salaf ini, setiap muslim akan mengerti bahawa kepatuhan hanya untuk Allah dan Rasul-Nya. Mengerti bahawa bomoh adalah para suruhan jin. Tilik adalah igawan. Mengerti bahawa dunia adalah alam yang harus diteroka untuk menuju ke akhirat. Mengerti bahawa negara adalah tanggungjawab. Manhaj Salaf menunjukkan bagaimana kita menyikapi alam dan segala isinya dengan sempurna.

Dengan mengikuti manhaj inilah, kita akan mengerti bahawa perledakan bunuh diri seperti dilakukan oleh orang-orang jahil di Palestin adalah hukumnya ke neraka. Mengerti bahawa menyerang WTC adalah kejahatan, menyembeleh dan pembantaian terhadap orng awam adalah kekejaman. Mengerti bahawa banyak dari sengketa yang umat Islam alami hari ini adalah bersumber dari diri mereka sendiri.

Ikhwan yang didirikan oleh Hasan Al Bana yang mati dibunuh melahirkan radikal agama di bawah pimpinan Sayid Qutub. [kita hairan, siapakah yang memberikan dia gelaran Syahid, seperti orang tersebut tidak membaca kitab Imam Bukhari]. Taliban yang memporak-perandakan Afghanistan. Aliran sekular di Turki, Peristiwa Memali di Malaysia. Kesemua kebejatan ini lahir apabila manusia yang kerdi diangkat menjadi besar. Orang jahil dijadikan ulama’. Dan ulama’ ini akan mengikuti nafsunya untuk mengeluarkan hukum. Dan akhirnya hukum ini menimpakan kehinaan keatas umat Islam sendiri. Lihatlah kempen “Keganasan” oleh Amerika yang ditujukan kepada umt Islam, berpunca daripada kejahatan umat Islam juga. Dan kejahatan ini berpunca dari kebodohan kita. Kebodohan ini berpunca dari kesesatan ulama’nya da kemalasan umatnya.

Dan fenomena yang menarik untuk dikaji oleh orang yang berakal, yang hatinya terang, yang dia benar-benar ingin mencari kebenaran, ialah fenomena politik di tanah air kita. Apakah benar mereka dua kelompok itu, yang menjadi politikus itu memperjuangkan Islam? Kalau benar, Islam aliran apa yang mereka ingin tegakkan?

Yang benarnya, kedua-dua gerombolan itu punya niat yang mulia, tetapi jalan yang mereka tempuhi berliku panjang.

Aku mengharapkan mereka kembali untuk bersama-sama bergandingan membangunkan Islam dan penganutnya. Mengharap mereka meninggalkan aliran songsng mereka dan menuju kepada Islam yang benar, kerana niat mereka yang inginkan kebenaran itu sudah cukup untuk mereka berpegang tangan seandainya mereka benar-benar inginkan kebenaran.

Justeru, aku menyeru kepada penulis, politikus, para imam, para ulama’ dan semuanya untuk sama-samalah kita mengikuti jalannya Rasul, jejaknya sahabat, lorongnya tabi’in.

Biar kita jahat sekalipun, asalkan aqidah kita benar, pasti kita akan ke syurga. Rabb tidak menanyakan kepada kita ketika di alam kubur: “Siapakah yang kamu pangkah pada pilihanraya ke 10?” atupun “Siapakah pemimpin parti kamu?”. Tetapi dia menanyakan: “Siapakah Rabb kamu”, “Siapakah Rasul kamu?”. Bagaimana kamu akan menjawab “Allah Rabb ku”, kalau kamu menyembah Allah, dan dalam masa yang sama kamu menyembah Tuan Guru? Bagaimana kamu menjawab “Muhammad Rasul ku” sedang dalam beribadah kamu menokon tambah?”.

Justeru, jalan yang paling utama, yang paling atas prioritinya ialah beraqidah dengan aqidah Salaf.

Kaum Muda sejak sebelum merdeka telah menunjukkan jalannya. Hanya saja kebenaran itu memang sulit untuk diterima. Kalau ia gampang, tidak perlulah neraka dan syurga diciptakan.

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Astarfirrulah al azim, enta ni tak layak menghina mereka yang telah menyumbangkan tenaga ke arah kesedaran Ummah. Ya! Enta sibuk dengan perkara yang khillaf di antara manusia, sedang perkara asas, Aqidah masih byk lagi perlu diperbaiki, antaranya, statistik menyatakan dalam kajian JAKIM, hanya 20% Umat Islam di malaysia solat, itupun belum semua sembahyang 5 waktu. Itu kira bab solat, aqidah belum tentu betul atau tidak...enta risau pulak bab khillaf? Perkara furuq..sedangkan masing punya berbeda pendapat yang boleh diketepikan...

Perkara penting adalah kita bersatu!

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg menghina?

Siapa yg sibuk dengan perkara khilaf?

Bagaimana harus bersatu sedangkan aqidah-nya tidak disatukan?

utk makluman saudara, blog saya di wujudkan dalam 4 bahagian:

1 - Blog fiqh
2 - Blog aqidah
3 - Blog radd

merangkumi asas2 yg penting semuanya saya kirakan.. sebagai asas permulaaan... boleh rujuk melalui link yg disediakan...

Nawawi

Tanpa Nama berkata...

salam. ana juga rasa artikel ini adlh pandangan yg dangkal.. semua org ada pandangan masing2 dan bebas menyuarakannya, tp ana rase, enta sedikit melampau dlm merendahkan yg lain (eg: ulama' yg berserban dll..)

Tanpa Nama berkata...

yg saya faham... ia bukan ditujukan kpd ulama... tapi, ustaz jalanan yg banyak sebar fahaman sembrono yg menyorok di balik serban dan jubahnya.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Ana sememangnya mengkagumi manhaj salaf dan sedang berusaha menuju ke arah itu. Cuma ana ingin bertanya soal aplikasi Islam berdasarkan waqi' kita sekarang ni macamana? dan jika peledakan bunuh diri oleh orang-orang jahil di Palestin neraka tempatnya, maka apa pula tempat bagi mereka yang tidak jahil tapi terpaksa membunuh diri di Palestin dalam kondisi mempertahankan keluarga dan masyarakatnya? -ikhwanmuda

Tanpa Nama berkata...

melaui pengalaman saya, yang masih lagi mencari2 dan belajar2 untuk mendalami agama dan umat islam, setiap manusia tu ada kekuatan dan kelebihan, yang jika ditujukan dengan cara yang tepat, boleh jadi sumbangan untuk agama islam,baik dr segi pembangunan individual, masyaraka, sistem pentadbiran negara dan ummah.

Setiap orang ada niche tersendiri dalam mambangunkan agama. Pejuang perang, sifat, kekuatan,concern nya lain dr pejuang pentadbiran islam. ye x? dan tentu skali inputnya juga lain, isitu setiap mereka perlu dalami ilmu2 yang x semestinya sama.

tambahan, saya berpendapat tiada masalah dengan pendekatan jemaah masing2, kerana semuanya mengimbang satu sama lain. Jangan disalahkan jubah dan pakaian. generalization itu satu kesilapan, kerana idea anda xkan lagi diterima oleh 100% audience.

walaupon berpendapat tabligh ada kelemahan, tp saya sendiri kenal islam selepas tabligh buat usaha atas saya. Dan zalim kalau kata depa berkelah. Zalim.

kenalilah masyarakat, smuanya berlinan intelektualiti, kekuatan, harta, channel untuk dpt ilmu, terdedah kepada budaya tempatan, tekanan kerjaya, dan seribu satu lagi sebab yang membuatkan satu2 usaha itu, baik kaum muda,kaum tua, tabligh, ikhwan, salaf, JIM, untuk subur di tempat itu.

Jangan ukur manusia itu sama...

aliuddin