“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Selasa, Jun 24, 2008

Aku Yang Albaniyoon Atau Enta Yang Qaradhawiyoon?

Aku Yang "Albaniyoon" Atau Enta Yang "Qaradhawiyoon"?

Satu situasi perbualan berlaku ketika sebaik sahaja selepas sesi kuliah seorang ustaz di sebuah surau.

Aku mendekati ustaz tersebut secara peribadi ketika waktu makan untuk bertanyakan sedikit persoalan,

“Tadi ustaz ada sebut berkenaan tidak bolehnya menambahkan kalimah “Sayyidina” ke dalam selawat dan menisbahkannya kepada Nabi semasa selawat di dalam solat. Adapun begitu ustaz menyatakan bahawa tiada masalah untuk menambah kalimat “Sayyidina” kepada nabi di dalam selawat yang di luar solat. Malah boleh juga menambah dengan penisbahan ya maulana, ya hibibina, dan seumpamanya. Di sini, saya sedia maklum bahawa larangan dan hujjah pihak yang tidak membolehkan, tapi saya agak musykil berkenaan dengan pihak yang membolehkan. Jadi, boleh tak ustaz bantu saya untuk beritahu hujjah dari pihak yang membolehkannya? Saya nak tahu dia punya dalil tu.”

Sungguh terkejut aku entah mengapa, ustaz tersebut seakan terus melenting dengan persoalan yang aku aju-kan kepadanya. Jauh sekali niatku untuk mempertikaikan pendapatnya, sekadar mahu pencerahan.

Dengan nada yang seakan menghujat (argue), dia menyatakan bahawa para ulama syafi’iyah sendiri berbeza pendapat dalam hal ini. Dia pun mengambil contoh seperti imam Nawawi dan Ibnu Hajar. Dia menyatakan bahawa Ibnu Hajar mengharuskannya. Begitu juga dengan imam Nawawi.

Aku melanjutkan pertanyaan, “Apa yang saya tahu ustaz, imam Ibnu Hajar juga tidak menggalakkan, dan beliaulah yang menukilkan bahawa di dalam mukaddimah kitab imam asy-Syafi’i sendiri pun tiada diletakkan Sayyidina apabila dia menyebutkan selawat.”

Entah mengapa tidak ku sangka, ustaz tersebut terus berkeras,

“Enta jangan hanya ambil pendapat al-Albani. Kita tidak patut ta’sub dengan satu pendapat sahaja. Kita pun tahu dalam hal ini, di sana ada suatu pendapat yang agak keras yang disebarkan oleh Albaniyyon (pengikut/penta’sub Sheikh al-Albani rahimahullah).”

“Dalam hal ini, al-Qaradhawi sendiri telah berkata bahawa ada sebahagian pihak yang mengharuskan dan ia tidak mengapa jika dilakukan di luar solat dengan sokongan beberapa hadis atau dalil-dalil yang bersifat umum.”

“Enta kalau nak bersikap keras dan terus mahu bertekak dalam hal khilafiyah seperti ini, memang boleh saja. Sebagai contoh, kalau enta mahu bertekak dalam persoalan haramnya muzik, sampai bila pun takkan habis isunya. Begitu juga dalam persoalan gambar dan lukisan, di sana ada pendapat yang keras seperti daripada Ibnu Bazz. Namun, dalam pendapat-pendapat yang keras tersebut, ada pendapat yang lebih sesuai dengan keadaan semasa kita sebagaimana yang dibawa oleh al-Qaradhawi...”

Aku pun menjadi pening dengan pernyataan-pernyataan ustaz tersebut. Seakan-akan tidak menyetujui terhadap mereka yang berpegang dengan pendapat yang dibawakan oleh Sheikh Ibnu Bazz dan al-Albani. Padahal, tidak ada pun aku membawakan pendapat al-Albani dan ibnu Bazz kepada beliau. Entah mengapa beliau melatah dan melalut sehingga mengeluarkan tuduhan rambang dan mengkritik pendapat al-Albani sehingga mengeluarkan satu istilah “Albaniyoon” (pentaksub al-Albani). Paling tidak aku senangi, aku hanya tanya persoalan dalil dari pihak yang membolehkan menggunakan penisbahan kata “sayyidina” kepada Nabi di dalam selawat yang dilafazkan di luar solat, yang dia melalut sehingga ke persoalan gambar dan muzik tu kenapa???

Setelah mengetepikan pendapat-pendapat dari Sheikh Ibnu Baaz dan al-Albani tanpa diminta, tak sangka dia mengetengahkan pendapat-pendapat al-Qaradhawi yang juga tanpa aku minta dan menepati persoalan yang aku inginkan...

Aku berfikir,

Aku yang Albaniyyon atau enta yang “Qaradhawiyoon”?

P/S: Penisbahan “Albaniyoon’ dan “Qaradhawiyyon” di dalam altikel ini bukanlah suatu tindakan untuk merendah-rendahkan dan mempertikaikan kedua-dua pihak tersebut.

3 comments:

Farhana & Farhani Azizan berkata...

Cerita ni 'lawak'la...entahla, selalunya org yg bdakwah sunnah selalu suruh jgn ta'sub, jgn ikut-ikutan,jgn extreme, jgn fanatik, jgn itu dan jgn ini..tp kdg2 kita pulak yg jadi mcm tu, tak ambil jalan pertengahan, padahal sama juga, taqlid, nasib bukan taqlid buta. Semua sama saja...Mari kita atur langkah, duduk dalam saf/barisan yg tegak utk dakwah sunnah ini...

Tanpa Nama berkata...

Tak mungkin manusia itu mempunyai dua hati dalam satu masa...

Wallahu a'lam, kadang2 terlebih ke satu arah juga kita ni.

"Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya" (al-Ahzaab, 33: 4)

- nawawi

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm Tuan Nawawi,
Saya suka cara tuan dan tidak malu saya katakan saya selalu menghadapi situasi yang sama jugak. hehehehe sekarang dah lali dah. Dulu ikut tabligh, bila soal diaorang nak dapat kepastian, dia balas "Kamu nak jadi Bani Israel kah?" ......macam tu lah pulak