“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Khamis, Jun 05, 2008

Kuliah-Kuliah Di Shah Alam & Klang (Edisi Julai 2008)

Kuliah-Kuliah Di Shah Alam & Klang (Edisi Julai 2008)

--------------------------------
Surau al-Mawaddah, Berhadapan dengan Pangsapuri Danau Mas, Lot 6, Jalan Platinum 7/8, Seksyen 7, Shah Alam. Berdekatan dengan Kompleks Belia & Sukan, Selangor. (Tepi Tasik)
---------------------------------------------------


04/07/2008 (Jumaat), Kuliah Maghrib
Kuliah Tafsir, Ust. Abu Ruwais asy-Syubrawi

07/06/2008 (Sabtu), Kuliah Subuh
Kuliah Kitab al-Azkar, Ust. Fairooz

07/07/2008 (Sabtu), Kuliah Maghrib
Kaedah-kaedah Fiqh, Ust. Mohd. Fadhil Ismail

07/07/2008 (Isnin), Kuliah Maghrib
Fiqh Sirah, Ust. Helmi

09/07/2008 (Rabu) Kuliah Maghrib
Bahaya Gerakan Freemason & Illuminiti, Dr. Sulaiman Nordin

10/07/2008 (Khamis), Kuliah Maghrib
Kuliah Syarah Aqidah, Ust. Idrus Ali

11/07/2008 (Sabtu), Kuliah Maghrib
Kitab al-Shamail al-Muhammadiyah, Ust. Firdaus

12/07/2008 (Sabtu), Kuliah Subuh
Kitab al-Azkar, Ust. Muzairi

13/07/2008 (Ahad), Kuliah Subuh
Kitab Fiqh Sunnah, Ust. Kamaruddin

17/07/2008 (Khamis), Kuliah Maghrib
Kuliah Tafsir, Ust. Abu Ruwais asy-Syubrawi

19/07/2008 (Sabtu), Kuliah Subuh
Kuliah Kitab al-Azkar, Ust. Fairooz

21/06/2008 (Isnin), Kuliah Maghrib
Kuliah Kitab Syurga & Neraka, Ust. Azahari

23/07/2008 (Khamis), Kuliah Maghrib
Kuliah Syarah Aqidah, Ust. Idrus Ali

25/07/2008 (Sabtu), Kuliah Maghrib
Kitab al-Shamail al-Muhammadiyah, Ust. Firdaus

26/07/2008 (Sabtu), Kuliah Subuh
Kuliah Kitab Riyadhus Sholiheen, Ust. Muzairi

27/07/2008 (Ahad), Kuliah Subuh
Kitab Fiqh Sunnah, Ust. Kamaruddin

-----------------------------------------
35-A, Jalan Cokmar 1, Taman Mutiara, Bukit Raja, Off Jalan Meru, 40100 Klang Selangor Darul Ehsan
---------------------------------------------
Minggu Pertama – (Sabtu), Kuliah Maghrib
Kuliah Fiqh al-Wajiz, Ust. Azahari

(Ahad), Kuliah Maghrib,
Kuliah Syarah Ushul Tsalasah, Ust. Zulfaqar

Minggu Kedua - (Sabtu), Kuliah Maghrib
Kuliah Tafsir, Ust. Sofwan Badri

(Ahad), Kuliah Maghrib
Kuliah Syarah Rukun Islam, Ust. Helmi

Minggu Ketiga – (Sabtu), Kuliah Maghrib
Kuliah Fiqh al-Wajis, Ust. Azahari

(Ahad), Kuliah Maghrib
Kuliah Fiqh & Aqidah (Pembentangan Kertas Kerja), Ust. Rasul Dahri

Minggu Ke-empat, akan diberitahu kemudian

1 comments:

lloni berkata...

WAHABI MEMBERI TAFSIRAN BARU TERHADAP KITAB ULAMA TURATH.
Posted on Wednesday, March 4, 2009 by Al-Haqir Mahfuz Muhammad Al-Khalil

Kitab Riyadhus solihin karangan Imam Nawawi adalah rujukan utama ahlus sunnah wal jemaah terutama nya bagi mereka yang bermazhab Shafie.

Sebagai sebuah epik maka musuh musuh mazhab terutamanya ulama wahhabi sentiasa mencari jalan untuk mempastikan kitab ini dipesongkan, yang akhirnya menjadi bahan untuk menyokong fatwa fatwa pelik mereka.

Oleh itu ianya disyarahkan kembali oleh Uthaimin, ulama besar Saudi yang baru meninggal pada tahun 2001. Kitab yang diubahsuai kan dengan fatwa wahhabi ini telah pun diterjemahkan oleh Ustazah Rosmalizawati Abd Ghani dan disunting pula oleh seorang pilot kapal terbang bernama Hafiz Fauzi. Sekarang kitab ini telah digunakan untuk kelas agama di surau al Muhajirin yang dipimpin oleh Muzhairi Mustapha.

Didalam mukadimah kitab wahhabi ini dimuatkan rengkasan biografi Uthaimin dan juga Imam Nawawi itu sendiri. Uthaimin pada akhir hayat nya telah diriwayatkan mengidap penyakit kulit, sopak, yang agak chronic. Maka beliau telah dihantar oleh kerajaan Saudi ke Amerika Syarikat untuk rawatan pakar. Doktor memberi tahu beliau supaya mengambil ubat dengan memberi amaran yang ubat ini akan menyebabkan keguguran rambut. Uthaimin pun bertanya jika ubat ini juga akan menyebabkan keguguran janggut nya dan doktor memberi jawapan positif. Beliau berkata "Saya tidak suka menghadap Tuhan saya nanti tanpa janggut". Lalu beliau pun pulang ke Saudi Arabia.

Uthaimin juga dikatakan mempunyai akhlak mengikut acuan Rasulullah. Dimana sahaja beliau berada beliau sentiasa dikelilingi oleh orang ramai dan meminta syafaat daripada nya (m.s. 74 buku 1). Ini memang pelik pada saya kerana meminta syafaat daripada orang alim adalah syirik pada ajaran wahhabi.

Juga diceritakan bahawa Uthaimin ini bermazhabkan kepada Ibn Taimiyyah dan al Qayyim dan beliau amat mengutamakan dalil.

Mengikut buku ini hadith hadith yang telah dihimpunkan oleh Imam Nawawi ini telah teliti semula oleh Syeikh al Albani, dan didapati terdapat beberapa hadith yang dianggap sahih oleh Imam Nawawi tetapi dianggap maudhu' oleh Albani. Kesimpulan yang dibuat oleh Albani tentang hadith yang dihimpunkan oleh Imam Nawawi ini adalah salah dan boleh menyesatkan.

Buku ini juga menyebutkan bahawa Muhaddith besar zaman ini yang telah menghidupkan Sunnah dan al Quran dengan kefahaman para salafussoleh ialah al Albani, dan ini diikuti pula oleh Syeikh al Uthaimin.

Inilah kitab yang menjadi kebangaan jemaah surau al Muhajirin.