“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Isnin, Julai 14, 2008

Kenapa Sampai Perlu Jatuhkan Pemerintah?

Kenapa Sampai Perlu Jatuhkan Pemerintah?

http://an-nawawi.blogspot.com

Tiba-tiba terdetik dan terfikir. Lalu aku tuliskan ia berbantukan papan kekunci dan perisian MS Office 2003, agar dapat dikongsikan di ruang layar maya kelaknya. Persoalannya... “Mengapa mestinya menjatuhkan pemerintah baru dikatakan mampu melaksanakan Islam dan isi-isi syari’atnya?”

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdakwah pun tidak ada meminta dan memaksa pemerintah di tempatnya supaya turun dari takhta atas alasan zalim dan korupsi. Lalu mahu menggantikannya dengan pemerintah yang lain yang akan melaksanakan apa yang beliau kehendaki.

Sedangkan kita tahu, di zaman itu, pemerintahnya zalim-zalim belaka. Kita tahu bagaimana mereka menyeksa Nabi dan para sahabatnya. Malah, kezaliman pemimpin pada zaman itu bukan kezaliman yang biasa-biasa. Tapi kezaliman yang Allah sendiri katakan sebagai kezaliman yang paling besar. Iaitulah yang dinamakan sebagai syirik, seperti kafir, menyembah berhala, mempercayai adanya pengaruh kuasa selain Allah, membunuh anak perempuan tanpa hak dan seumpamanya.

“... Janganlah kamu mensyirikkan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, 31: 13)

Kita ambil juga dari iktibar Nabi Nuh ‘alaihi salam. Apakah beliau berdakwah sehingga 1000 tahun kurang 50 tahun pernah memaksa atau pun meminta pemerintah dari kaumnya supaya turun takhta dan letak jawatan. Lalu mengatakan bahawa pemerintah yang ada perlu diganti dengan orang yang lain yang lebih baik agamanya...

Begitu juga Musa ‘alahi salam dan Harun ‘alaihi salam. Apakah mereka diperintahkan supaya menjatuhkan Fir’aun yang mana kita sedia tahu betapa zalimnya Fir’aun? Atau sebenarnya Musa dan Harun diwahyukan supaya melaksanakan tugas dakwah dengan kaedahnya? Yang mana, Tauhid dan mengesakan Allah sebagai priority intisari dakwahnya. Malah, ia adalah merupakan intisari utama dakwah para nabi dan rasul, iaitu mengajak dan menegakkan tauhid ke dalam hati dan diri setiap manusia sasarannya. Bukannya menjatuhkan pemerintah dan menukar pemerintah sebagai asas yang paling utama dan terutama. Tiada Kalam yang menyatakan di mana Musa dan Harun diutuskan supaya menjatuhkan Fir’aun bagi tujuan dan wasilah jalan dakwahnya sebagaimana dakwaan kebanyakan orang-orang agama zaman ini yang lantang menghambur peribadi pemerintah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),

“Pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas; maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut”.” (Surah Thoha, 20: 43-44)

Dalam hal ini, Allah telah berfirman (yang maksudnya),

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Surah an-Nuur, 24: 55)

Berkata Syaikh Dr. Soleh Abdullah Fauzan al-Fauzan, di dalam kata pengantar kitab Minhajul Anbiya’ Fid Da’wati Ila Allah fihil Hikmatu wa ‘aql tentang ayat di atas sebagai berikut:

Sebagaimana yang telah diisyaratkan, tidak akan tercapai, kecuali setelah memperbaiki aqidah mereka dengan beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan penyembahan kepada selain-Nya. Dan mereka berkeinginan untuk mendahulukan adanya “Daulah Islamiyah” sebelum membersihkan negara dari aqidah-aqidah berhala, seperti penyembahan orang mati dan kebergantungan terhadap kuburan (serta masih bersama memenangkan aqidah selain daripada aqidah ahlus sunnah (seperti syi’ah, muktazilah, khawarij, sufi, dll. – tambahan penulis). Padahal, perkara tersebut tidak jauh berbeza dengan penyembahan terhadap Latta, Uzza, dan Manaat dan yang lainnya. Bahkan lebih dari itu, mereka mencari sesuatu yang lain yang mustahil adanya.

“Barangsiapa mencari kemuliaan, tanpa ada usaha yang keras, maka telah hilanglah usia akibat mencari kemustahilan” (Rujuk; Minhajul Anbiya’ Fid Da’wati Ila Allah fihil Hikmatu wa ‘aql, karangan Syaikh Dr. Rabi Bin Hadi ‘Umair al-Madkhaly)

Demikianlah yang berlaku ketika ini di tempat-tempat kita. Kebanyakan mereka yang keras dan gencar tidak lain kebanyakannya hanya berbekalkan semangat tanpa ilmu serta prinsip yang jelas. Mereka disibukkan mengkritik pemerintah salah itu dan ini, serta memaksakan supaya turun dari jawatan dan membawakan kelompok manusia dari kalangan mereka pula yang dikatakan sebagai lebih baik kriterianya. Yang anehnya, kriteria “baik” tu adalah menurut perkiraan mereka. Tidak mestilah sama ada dari golongan hindu, budha, liberal, Syi’ah, khawarij, dan seumpamanya, tetapi mestilah dari golongan yang sehaluan dengan mereka dalam melawan barisan pemerintah. Soal agama dan aqidahnya, bukan soal priority, dan boleh saja ditolak ke tepi dulu...

Sedangkan tidak kurang juga apa yang terdapat di dalam kelompok-kelompok mereka sendiri betapa dhoifnya pemahaman dan penerapan aqidah yang berlangsung. Pelbagai pemikiran bercampur-aduk, berkecamuk, dan bergaulan di dalamnya. Masing-masing memiliki tujuannya masing-masing. Sekadar bersatu atas niat buruk yang satu iaitu menumbangkan pemerintah. Sedangkan manhaj dan kerangka pembinaan agamanya jauh berbeza dan tidak sama. Bayangkan, apakah puak syiah, tarekat, sufi, khawarij, murji’ah, muktazilah, golongan tukang tangkalan, peniup dan pejual air yasinan, malah yang kafir juga bergaulan dalam satu nama pakatan... Apakah jenis perjuangan agama dan daulah apakah sebenarnya yang mahu ditegakkan jika prinsip penyatuannya bukan atas dasar aqidah yang jelas? Inikah yang di atas-namakan sebagai perjuangan sebuah dakwah agama bernama Islam... Amat kusut rupa dan gambarannya.

Nawawi Subandi,
00:37, 14/07/2008
Bandaraya Anggerik (Shah Alam).

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz,
apakah artikel ini ada kaitan dengan isu semasa? (pemerintah di malaysia)sbb apa yg saya nampak dimalaysia ini ada beberapa partai yang mendokong perjuangan islam ( pada pendapat mereka) seperti Umno, Pas, dan keadilam *eg. atau bagaimana?
maag kerana bertanya kerana sy memeng sentiasa melayari blog ustaz dari masa ke semasa.
wassalam.

Tanpa Nama berkata...

moga Allah tunjukkan jalan yg sebenarnya

dark am berkata...

kesimpulan saya dari aspek sejarah..
tiap pemerintahan bermula dengan kebaikan.. kerana itu ia tertubuh.. maka kebaikan ini jika disusuli dengan susur galur pemerintahan yang baik dan benar, ia akan menjadi baik. namun sejarah membuktikan bahawa kesenangan suatu kaum itu membawa kepada menjauhkan diri dari Allah swt. ia tidak berlaku dengan singkat tapi ia benar berlaku. tiap satu pemerintahan islam bermula dengan baik dan apabila mereka lalai, Allah menggantikan mereka dengan satu pemerintahan yang lebih baik, dan apabila mereka itu pula lalai, Allah menggantikannya juga.
proses penggantian ini tidaklah terjadi sendiri kecuali penglibatan manusia itu sendiri. manusia yang baik melihat keburukan pemerintahan dan akibatnya pada umat, lalu mereka berusaha mengubah pemerintahan. usaha mereka jelas, tapi Allah swt yang membenarkannya.
demikian di malaysia, apabila pemerintahan dilihat paling teruk sepanjang 5 tahun kebelakangan ini (bagi yg ambil kisah), maka rakyat sendiri berubah kepada parti lain yang memperjuangkan keadilan. senario ini jelas bila fakta pilihanraya ini dilihat nombor pengundian mula memihak kepada pembangkang. mesej ini jelas, tukar pemerintahan.
semoga jika ada pemerintahan baru, ia lebih baik dan membawa kepada cara rasulullah saw memerintah, rakyat dulu baru urusan negara. kesusahan rakyat dikongsi bersama, harta negara dibahagi kepada semua rakyat...
ini sekadar ulasan saya..

Syarikat Atsar Enterprise (no. Pendaftaran: SA0077445-W) berkata...

Tidak semudah itu membuat kesimpulan, hanya Allah yang tahu mana yang lebih baik mana yg buruk. Jika dinilai dengan adil. Masing2 ada kebaikan dan keburukannya di antara dua parti. Dari segi bid'ah, maksiat, persoalan kecelaruan konsep aqidahnya dan seumpama.

wallahu a'lam. - jangan terlalu cepat membuat kesimpulan dan menjadi jurucakap Allah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...tumpukan kepada mendedahkan sunnah kepada pembaca. Jangan menulis hal mempunyai maksud mengutuk kerana ianya mengundang kepada kebencian orang kepada pejuang sunnah seperti tuan. Akibatnya nanti sunnah juga dibenci orang. Tuan seolah-olah menjadi penghalang kepada orang seperti saya yang ingin hidup dengan sunnah sebenar. Kekerapan tuan menghina jemaah lain terutamanya tabligh membuatkan saya meluat dengan sikap tuan. Saya amat memerlukan bimbingan tuan berkenaan sunnah, namun kutukan tuan terhadap aliran lain membuatkan saya meluat. Harap maaf dan ajarlah saya sunnah. Jangan ajar saya mengutuk.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama,wa'alaikumussalam...

Saya ada empat blog utama. Saudara boleh semak semuanya dulu. Setiap blog ada kriterianya sendiri. Mana yg mkritik mana yang tidak, atau mana yang fiqh, mana yg aqidah, mana yang selainnya.

Sekian... terima kasih di atas teguran.