“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Isnin, Julai 14, 2008

Ketika Pertama Kali Membuka Kitab “Ringkasan Shahih al-Bukhari”

Ketika Pertama Kali Membuka Kitab “Ringkasan Shahih al-Bukhari”

http://an-nawawi.blogspot.com

Pengalaman kira-kira sekitar lima tahun yang lalu, bagi aku agak menggelikan hati dan membuatkan aku sentiasa tersenyum mengingatkannya.

Iaitu ketika mana pertama kali aku membuka, membelek-belek, dan mula membaca isi kandungan sebuah kitab yang dikatakan sebagai sebuah kitab sumber agama kedua terpenting selepas al-Qur’an. Dengan berbantukan sebuah semangat mahukan ilmu dalam beragama, aku usahakan memiliki sebuah kitab hadis yang merupakan sebuah kitab ringkasan dari salah satu kitab hadis terkemuka. Iaitu kitab Shahih al-Bukhari yang telah diringkaskan susunan Imam az-Zabidi, terbitan Crescent News (KL) SDN. BHD.

Sungguh membuatkan aku pelik dan sedikit runsing apabila membaca beberapa hadis di dalamnya yang kebanyakannya bercanggah dengan kefahaman aku dan amalan masyarakat sekelilingku. Pada ketika itu, aku sempat memulakan dengan melangkah kepada topic-topic tertentu dari kitab tersebut sekitar Kitab Solat dan Thaharah.

Mana tidaknya, suatu yang di luar kebiasaan aku, tetapi ada di dalam kitab Shahih tersebut. Sungguh pelik, kenapa doa qunut bukan hanya saja boleh dibaca di dalam solat subuh. Tetapi juga di dalam solat-solat fardhu yang lain, malah mana-mana solat fardhu. Malah, lafaz doa-doanya agak keras nadanya dengan mendoakan laknat buat sesuatu golongan... Hatiku berbisik, “Kenapa macam ini ye...?”

Aiii, dalam keadaan luka-luka berdarah pun boleh menunaikan solat? Tak najis ke? Mana boleh solat dalam keadaan ada najis?

Emmm, mengapa boleh juga membaca surah di dalam solat bukan terhad kepada rakaat pertama dan kedua sahaja ke? Malah rupa-rupanya membaca surah di rakaat ketiga dan keempat juga ada contohnya... “peliknya aku rasakan...”

Agak terkejut, bahawa tersebut di dalam kitab al-Bukhari tersebut bahawa bolehnya bergerak-gerak dan berjalan di dalam solat seperti untuk mendukung anak, menghalang orang yang melintasi semasa solat, mengawal pergerakan keldai ketika solat, juga yang seumpama dengannya. Sedangkan apa yang aku fahami sebelum ni, mana boleh gerak-gerak ikut suka hati. Kalau boleh pun, dalam gerakan yang kecil dan tak lebih tiga kali...

Begitulah beberapa perkara yang aku terbaca darinya, membuatkan aku begitu sukar menerima bahawa ia adalah suatu yang benar adanya. Sehinggakan ia menjadikan aku berprasangka, “benarkah kitab ini???”.

Begitulah beberapa perkara yang agak merunsingkan aku ketika pertama kali mula cuba memahami hadis-hadis yang telah direkodkan/dibukukan oleh Imam al-Bukhari. Sehinggakan atas sebab kejahilan dan prasangka yang tidak menyenangkan, aku meninggalkannya selama hampir satu tahun begitu sahaja kitab tersebut tanpa aku buka. Semuanya atas kerana kepelikan yang aku rasai daripada kitab tersebut lantaran beberapa kandungannya yang kontra dengan amalan semasa.

Namun, akhirnya aku diberikan kefahaman yang aku bersyukur dengannya. Dan dengan kefahaman tersebut aku kembali membukanya naskhah demi naskhah. Yang mana, kebenaran dalam beragama itu bukanlah diasaskan berdasarkan adat kebiasaan yang aku lihat selalu dari masyarakatku mengamalkannya. Tetapi, kebenaran itu adalah kembali kepada Kitabullah dan sunnah-sunnah Rasulullah yang sahih walau ia dianggap begitu pelik dan aneh bagi mereka yang tidak dan belum memahami... (Wallahu a’lam...)

Nawawi Subandi,
07:20, 14/07/2008,
Bandaraya Anggerik (Shah Alam).

3 comments:

mohd ridzwan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

ana xpelik seseorg yg baru membuka kitab hadis tetp berlaku byk perselisishan dgn keadaan semasa,sbb distu mgkn kejahilan mereka dlm memahami sesatu hukum disebbkan hadis bukan semata2 dinilai pd makna matan shj,tetap ana bertambah pelik jika org berkata2 sst dgn tanpa ilmunya...

AMIRUL MUKMININ berkata...

Alhamdulillah....saya pernah mencadangkan kepada seluruh masjid supaya membeli kitab ringkasan hadis Bukhari dan Muslim, malah tiada siapapun yang mengendahkannya. Ini kerana di seluruh masjid, jarang kita boleh temui kitab hadis Bukhari dan Muslim. Apatah lagi di rumah umat Islam kita.....jangan harap kalau ada simpanan kitab hadis ini. Kita beragama bukan didasari ilmu Islam, tetapi kebanyakan kita beragama didasari oleh Islam baka!