“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Jumaat, Januari 09, 2009

Azam Baru: Kenapa Perlu Tunggu Tahun Baru?

Azam Baru: Kenapa Perlu Tunggu Tahun Baru?

http://an-nawawi.blogspot.com

Apabila tiba tahun baru sahaja, maka ramai dari kalangan masyarakat kita berlumba-lumba untuk meletakkan satu titik tertentu sebagai melaksanakan suatu azam atau matlamat baru.

Soalnya, mengapa perlunya pada saat tahun baru? Kenapa tidak pada tarikh yang lain? Sedangkan jika sesuatu perkara itu baik, adalah wajar dipercepatkan atau disegerakan perlaksanaannya. Tidak perlu bertangguh-tangguh. Usahakan ia seberapa cepat yang mungkin.

Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran, 3: 133)

Namun, jika sebaliknya iaitu di mana kita sedang bergelumang dengan perkara-perkara yang tidak baik, maka segerakanlah untuk meninggalkannya.

Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran, 3: 135)

Maka, tidak perlulah menunggu tarikh-tarikh tertentu atau sehingga masuknya tahun-tahun tertentu baru mahu berubah. Tetapkan fokus, tetapkan pendirian, tingkatkan daya usaha, capailah kebaikan di mana jua di setiap ruang yang diberi. Manfaatkanlah masa lapang anda sebelum datang masa sibuk, masa kaya anda sebelum datang masa miskin, masa senang sebelum datang masa susah, mahu pun masa hidup yang diberi ini sebelum datangnya masa mati yang tidak diketahui bila tibanya.

6 comments:

voltox berkata...

aku harap azam baru nawawi ialah tidak mahu mengutuk ulamak lg..pastu harap2 nawawi dapat menerima teguran dr sahabat2 lain..yg ni jgn tunggu tahun depan pulak ye..kena cepat2 buat..

AyKay berkata...

ada yang amalan tradisi org2 lain yg menjadi ikut-ikutan umat kita. lama2 jadi budaya dan diterima masyarakat.

jika nak kirakan azam baru, setiap hari sebelum tidur kita kena tanam tekad baru untuk jadi lebih baik dari hari itu.

Abu Hurairah berkata...

sejak bila plak nawawi mengutuk ulama?

voltox berkata...

maaf kalau aku tersilap..=)

AbulAbas Aljuwaini berkata...

Semua ulama aswj dari kalangan Asya'irah dan Maturidiah dibid'ah dan dikotok oleh puak Nawawi ni,seperti Imam kita Syafie ra. ,abul Hasan asy'ari sedangkan mereka itulah ulama salaf sebenar yang lahir pada kurun salaf ,kerana mereka sangat anti dengan mereka ini ,terutama ulama aswj dari kalangan khalaf, seperti Imam Gazali ra. Imam Nawawira. Ibni Hajar ra dan lain-lain.Sebab fahaman mereka ini, lain dengan fahaman puak mereka . Kamu tak tahu lagi kah? bapak kucing? jangan tahik kucing sudah ler weh ?.Yang mereka sanjung, hanyalah ulama dari kumpulan mereka sahaja iaitu Syaikh Ibnu Taimiah ra.Syaikh Ibnul Qayyim Jauziah ,Muhammad bin Abdul Wahab, ,sedangkang mereka itu, bukan dari gulongan salafussaleh, apa lagi ulama yang selalu mereka sanjung hari ini seperti al Bani, Bin Baz,Saleh Fauzan, usmanain dan lain-lain .Inilah bila ada orang nak menyamar jadi seperti sahabat kunon berlagak sebagai Abu Hurairah ra.

ummu alida berkata...

abulabas..abulabas... saudara puak apa pula? kalau tak sama dgn saudara makanya org itu jadi sepuak yg lain? Saya tak kenal pun sdr nawawi ataupun saudara abulabas atau yg lainnya, adakah itu bermakna saya ni puak lagi satu, walaupun saya menjunjung sunnah? imam syafie ka, ghazali ka, hanifah ka, ahmad bin hanbal ka...semuanya imam ahlussunnah wal jamaah. Apa saja yg sahih dari rasullullah, maka tidak ada dalih lagi utk tidak mentaati. para tabiin yg mengambil hadis dari para sahabah tidak pulak pernah diriwayatkan "aku ambil hadis dr abu bakar, maka aku puak abu bakar" "aku ikut mazhab umar" "aku pro usman" "aku geng ali" etc. semuanya bila dikatakan "qolla rasullullah..." mrk tidak mempertikaikan lagi. berlapang dadalah wahai abulabas dlm mencari ilmu. jgn kamu dtg ke sesuatu tempat dgn benci didada, tidak ada ilmu yg akan kamu dpt manfaatkan. sesungguhnya ASWJ yg mengikuti MANHAJ ASWJ tidak mengharap redha manusia, namun redha Allah jua yg dicari. apa lah agaknya dikatakan rasullullah jika baginda melihat gelagat kita mendokong islam masa ini..?