“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Jumaat, April 24, 2009

Jangan Biarkan Kesucian Nama Allah Dipermainkan

Jangan Biarkan Kesucian Nama Allah Dipermainkan

http://an-nawawi.blogspot.com

Beberapa hari yang lalu ada orang menelefon, bertanyakan kepada saya berkenaan persoalan bolehkah kita membiarkan orang kristian dan orang kafir lainnya menggunakan nama Allah untuk agama mereka?

Saya katakan kepada beliau, saya tangguh dulu persoalan tersebut dan apabila saya sudah selesai meneliti beberapa bahan rujukan, saya akan tuliskannya di dalam blog dan saya akan sms kepada beliau agar boleh merujuk ke dalam blog ini.

Maka di sini setelah saya melihat kepada beberapa sumber rujukan termasuk bertanyakan kepada ustaz-ustaz dan beberapa orang sahabat, saya senaraikan (simpulkan) beberapa jawaban secara ringkas:

1 – Perlu kita fahami bahawa, Allah adalah Tuhan Semesta alam, Tuhan bagi setiap makhluk. Maka, secara umumnya, setiap kita wajib dan berhak memperakui serta mengimani (mengakui) bahawa Allah adalah tuhan kita semua. Dengan itu, kita wajib meletakkan (memperakui) Allah sebagai tuhan. Orang-orang kafir juga perlu memahami bahawa Allah adalah tuhan semesta alam.

2 – Dari itu, adalah dibolehkan orang kristian atau orang kafir menggunakan kalimah atau nama Allah. Dan hendaklah mereka menggunakan (atau meletakkan) nama Allah tersebut dengan cara yang selayaknya iaitu dengan tidak menyelewengkan nama tersebut. Hendaklah nama (kalimah) Allah itu disifatkan atau diletakkan (ditetapkan) dengan apa yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala tetapkan melalui kalam-Nya atau melalui lisan Rasul-Nya.

3 – Nama Allah hendaklah disucikan dari sebarang penyelewengan dan tidak disifatkan dengan sifat yang tidak layak bagi-Nya iaitu tidak disifatkan dengan sifat yang tidak Dia tetapkan sama ada melalui khabar dari al-Qur’an atau hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Juga tidak menisbahkan sesuatu kepada nama atau kalimah Allah dengan sesuatu yang telah Allah nafikan atau dengan sesuatu yang tidak diketahui (yang kita tiada pengetahuan tentangnya).

4 – Nama Allah tidak digunakan bagi tujuan manipulasi dan kepentingan tertentu seperti mempromosi agama yang sesat iaitu selain Islam. Di mana pada masa ini terdapat sekumpulan pihak yang menggunakan nama Allah bagi tujuan menyesatkan umat Islam dengan cara yang cukup halus iaitu dengan meletakkan nama “Tuhan ayah” (God Father) digantikan dengan nama (kalimah) Allah. Lalu bahan-bahan seperti tulisan, atau artikel, atau buku yang mengandungi penyelewengan nama Allah (yang asalnya God Father tadi) disebarkan sebagai bahan dakyah untuk menyesatkan (mengelirukan) pemahaman umat Islam.

5 – Namun jika mereka (orang-orang kafir termasuk kristian) tetap berkeras mahu menggunakan nama Allah tersebut dengan cara yang batil (menyimpang), maka perkara tersebut adalah terserah kepada mereka. Cumanya ia hendaklah terhad untuk kegunaan dari kalangan (kelompok) mereka sahaja. Di mana mereka tidak boleh menggunakan nama Allah tersebut dengan cara yang batil bagi tujuan sebaran umum atau sebagai tujuan untuk mengajak masyarakat kepada agama mereka.

6 – Perlu kita fahami bahawa, sekali-kali kita tidak pernah redha dengan agama mereka termasuklah perbuatan mereka menggunakan nama Allah dengan cara yang menyimpang (batil).

7 – Maka dengan ini, pihak berkuasa dari kalangan pemerintah umat Islam (di dalam negara Islam) atau mereka yang ber-autoriti, perlulah mengambil penting perkara ini dan melarang pihak-pihak tertentu yang mempermain-mainkan (atau mempergunakan) nama Allah bagi tujuan menjaga keharmonian dan kelangsungan umat Islam. Pihak selain umat Islam seperti kumpulan kristian atau orang-orang kafir lainnya tidaklah wajar mempergunakan nama Allah bagi tujuan kepentingan dakwah mereka. Dan mereka tidak berhak untuk mendakwahkan kepercayaan mereka secara umum sama ada kepada umat Islam atau masyarakat lainnya di dalam wilayah Islam khususnya.

8 – Pihak yang berkelayakan dari kalangan ilmuan dari umat Islam hendaklah memberi penjelasan yang sejelas-jelasnya kepada masyarakat secara umum sama ada kepada umat Islam itu sendiri mahu pun orang kafir lainnya. Para ilmuan hendaklah memberi penekanan khususnya kepada umat Islam berkenaan persoalan pentingnya penerapan kefahaman aqidah yang benar. Dan hendaklah para ilmuan tidak membiarkan umat Islam meremehkan persoalan asas-asas aqidah sehingga mereka mudah termakan dengan kepelbagaian bentuk dakyah orang-orang kafir seperti kristian (atau selainnya).

Rujukan:

1 – Tahzib Syarah ath-Thahawiyah, Abdul Akhir Hammad al-Ghunaimi, Terbitan/terjemahan: Pustaka at-Tibyan.

2 – Kitab Tauhid, Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan, Terbitan/terjemahan: Pustaka Darul Haq.

3 – Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan/terjemahan: Pustaka Ibnu Katsir.

4 –
Rakaman Kuliah (MP3) Ust. Rasul Dahri.

5 – Ringkasan Kaedah-Kaedah Penting Dalam Memahami Asma’ wa Sifat Allah (Nama dan Sifat Allah), Link:
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2008/12/090-ringkasan-kaedah-kaedah-penting.html

6 comments:

xiet_enigma berkata...

Salam...
Great post! ringkas, padat dan berinformasi...

erm...tapi tak semua non-muslim itu kafir. maybe ada di antara mereka yang memang tak tahu tentang kebenaran islam dan menganggap islam sama mcm agama2 lain kerana kurang kefahaman. and ada juga diantara org kristen sndr yang tak stuju dgn penggunaan nama Allah ni... seperti yg saudara dah jelaskan, in the end ia bergantung pada niat mereka.

weber berkata...

saya bersependapat dengan penulis.. memang tak salah kalau puak2 kristian terliur sangat nak guna nama Allah... tapi sekurang-kurangnya kena ada 2 syarat..

1- penjelasan di muka hadapan tentang perkataan Allah yang bermaksud Tuhan yang Satu, tidak beranak, tidak diperanakkan, dan suci dari mengharapkan pertolongan makhluk

2- perkataan Allah digunakan dalam keadaan tunggal, tidak boleh digandingkan dengan perkataan lain. penggunaan Allah Bapa, Allah Jesus adalah dilarang.

boleh ke puak2 kristian ni nak ikut?

AyKay berkata...

Saya kurang setuju dgn kelonggaran membolehkan mereka menggunakan perkataan Allah pada penulisan mereka, walaupun pada hakikatnya Allah adalah Tuhan yg Esa.

Kenapa perkara ini ditimbulkan sekarang? Ikhlaskah mereka atau memang peluang dgn keterbukaan yg diberi oleh pemerintah. Adakah risalah keagamaan mereka hanya utk mereka? Sedarkah bahawa secara diam2 risalah mereka menjadi perkara terbuka, termasuk kpd anak2 muda, anak2 saya yg jika tiada asas aqidah yg kukuh bisa terpesong dibuatnya. Semuanya Allah telah tentukan....

Tanpa Nama berkata...

Shalom from your Christian Brother.

Penggunaan perkataan ALLAH kenapa baru dipertikaikan sekarang? Kami sebagai penganut kristian telah lama menggunakan perkataan ALLAH di dalam Bible. I am from Sarawak, before we join malaysia we have used this word based on Indonesia Language. All bible that is printed in Indonesia for a loonnnng time ago, Malaysia did not exist yet, been using using the word ALLAH for long time.

And Indonesia the largest Umat Islam in the world never ban this word. UAE never ban this word. Why is this happen in Malaysia only? Is Islam in Malaysia different from the rest of the world or Mecca?

Bagi saya kepercayaan itu penting, kenapa takut perkataan ALLAH digunakan didalam percetakan risalah penganut Kristian di Malaysia, takut penganut Islam membaca? Kita semua educated dan bertamadadun Jadi kita tahu apa kehendak kita.

Allah word is not exclusive for Islam.

Tanpa Nama berkata...

kepada xiet_enigma:
Semua non-Muslim adalah kafir, ini adalah penamaan Allah Taala kepada mereka maka tidak boleh kita mempertikaikan perkara ini.
adapun berkenaan mereka terlibat dgn syubhat dn sebagainya bukanlah alasan utk tidak menghukum mereka kufur kerana hujah Allah telah ditegakkan atas mereka. wallahua'lam.

abu mujahid berkata...

tidak ada kesalahan golongan Kafir menggunakan nama Allah..but, jika mereka menyalah gunakan dengan mendakyahkannya seperti mengatakan Allah itu ada anak dan sebagainya, maka di sini kita harus bangkit..seperti mana para Salafi menentang golongan2 yang mengatakan Allah ada di mana2 dan sebagainya..

http://ibnuzulkiflee.blogspot.com/