“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Khamis, Oktober 01, 2009

Dakwah Atau Kuasa?

Dakwah Atau Kuasa?

http://an-nawawi.blogspot.com

Nabi Musa 'alaihis Salam ketika berdakwah kepada Fir'aun, dia diperintahkan supaya berdakwah dengan lemah lembut.

Fir'aun pula adalah seorang pemerintah (raja) yang sangat zalim. Bahkan dia seorang yang kafir.

Di dalam teguh berdakwah kepada Fir'aun dan orang-orangnya, tidak pula Nabi Musa diperintahkan supaya menjatuhkan kepimpinan Fir'aun. Tetapi, dia hanya sekadar diperintahkan untuk mendakwahi dan menyatakan kebenaran ke atas Fir'aun.

Sedangkan, tidak pula Fir'aun mahu beriman sedikit pun melainkan penyesalan di hujung hayat yang tidak boleh diperkirakan...

Kalau Nabi Musa mahu, secara logiknya, itu bukan suatu masalah yang besar. Bahkan Allah sentiasa bersamanya, bersama seorang Nabi. Mukjizat yang diberikan oleh Allah kepadanya juga tidak terkalahkan. Bukan calang-calang!

Namun, itulah yang dinamakan prinsip. Prinsip dalam agama bukan untuk merampas takhta pemerintah sesuka hati. Tetapi, prinsip Islam memerintahkan supaya kita berdakwah kepada pemerintah dengan baik dan teguh di atas jalan yang benar.

Bukan kita malah menghanyutkan pemerintah dengan caci-maki dan hinaan. Bahkan tidak sepatutnya pula kita yang hanyut bersama kezaliman dan arus kemungkaran sang penguasa...

Tidak usah kita melampaui batas (ghuluw). Di samping berdakwah, mahu pula habuan takhta seorang pemerintah dan penguasa negara. Dakwahnya tidak seberapa, hasilnya tidak ke mana, tetapi hajat mahu kuasa pula yang berlebih... Akhirnya nanti agama yang dibawa tidak ke mana. Diri sendiri pun jahannam!

28 comments:

imammuda berkata...

ada logika nya apa yg enta tulis.

Tanpa Nama berkata...

salam..

ini adalah entry enta yg ana bersetuju (^_^) jzkk for sharing it

miss1e

Daud Mili berkata...

zaman sekarang pun, semua perkara dilakukan mempunyai kepentingan...
susah nak cari yang real lagi....

ZOOL@TOD berkata...

"Di samping berdakwah, mahu pula habuan takhta seorang pemerintah dan penguasa negara. Dakwahnya tidak seberapa, hasilnya tidak ke mana, tetapi hajat mahu kuasa pula yang berlebih... Akhirnya nanti agama yang dibawa tidak ke mana. Diri sendiri pun jahannam!"

Orang sebegini bukan ulama' tetapi ular dalam semak.

Muhammad Faris Izzat Mohd Latfi berkata...

em...ada betulnya...
tapi kkdang, kita akn dapat kuasa memerintah secara xtersengaja dgn dakwah...masa tu, kalau mentaliti kita masih yang macam anta fikirkan ini, mesti ramai yang nk lari drpd memerintah...semua nk dakwah, spe yg nk memerintah?

Ikhwan Nain berkata...

"Em... susah nak cakap. Aku dah terjebak dengan 'politik', dan sekarang kenal pulak dengan salafi. Dan sememangnya dua fahaman yang bertentangan. Sejarang ni aku cuma mampu melihat darurat pada Umat ini. Bagi aku lambat laun kita perlukan kuasa, kita cuba memperbaiki pemimpi. Tapi, pemimpin ini ini silih berganti disebabkan sistem demokrasi. Bagi, saya ini bukan pilihan PAS, tapi sedang tersepit di antara dua marhalah. Mengapa kita tidak cuba membuka pemikiran kita, jika dibandingkan dengan 'seorang' pemerintah yang kita kita belum tentu peluang 'dakwah' ke atasnya dibandingkan dengan masyarakat kita yang sedang di landa murtad sehingga 250 000 orang dan juga kerosakan akhlak remaja yang mana perzinaan semakin berleluasa. Jika tidak percaya rujuklah jabatan nikah. Pasti banyak yang kawin kerana terlanjur, itu yang dapat dikahwinkan. Berapa banyak pula yang terus hanyut dalam kerosakan akhlak??? Di mana lagi penting, dakwah ke atas 'seorang' pemerintah yang belum tentu kekal asta sistem demokrasi atau atau 'masyarakat' yang kita kian rosak yang sememangnya kehausan sinar Islam dan tetap berada di sekeliling kita sebagai masyarakat. Kita tersepit untuk dapatkan kuasa bagi mengubah masyrakat kita jika yang lebih 'besar' bilangannya berbanding pemerintah. Sya tahu hujah kita tentang Sabda Nabi bahawa jangan lawan pemerintah. Tapi, sanggupkah murtad terus berlaku dan berleluasanya masalah remaja yang semakin saban hari makin teruk? Jika tidak dibendung lambat laun akan melarat kepada keturunan kita. Struktur agama dinegara kita lebih mudah dipengaruhi dengan politik, jadi sebelum kita dipengaruhi lebih baik kita mempengaruhi...
Jangan sampai keturunan kita suatu hari nanti berlari-lari ke neraka??
Kita tiada pilihan sekarang. Barat telah mencorakkan kita sebegini?? Memang Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri. Namun, bagi saya, saya juga tidak redha untuk meperjuangkan agama secara begini. Namun, saya terpaksa... demi masyakarat kita agar tidak terus trsasar dari laluan Alah Subhana Wa Ta'ala..

Murtadza Mokhtar berkata...

Tuan, syariat kita adalah syariat Nabi Muhammad SAAW, bukannya syariat Nabi Musa a.s. Nabi Muhammad mendirikan negara, menjadi pemerintah, jadi sunnah wajib kita ikut ialah Sunnah Baginda. Ia yg relevan dgn kita, bukan syariat Nabi Musa. Tak perlu saya ulas lebih panjang. Semuanya bijak-bijak di sini.

Tanpa Nama berkata...

Nabi kita bukanlah seorang presiden mahu pun perdana menteri. Tapi, dia seorang nabi.

Nabi kita tidak meminta2 jawatan, tetapi dia diberi tangungjawab. Berbeza dengan org sekrg yg secara umumnya sgt meminta2 diberi jawatan atas pelbagai alasan.

Murtadza Mokhtar berkata...

Benar, Baginda adalah seorang Nabi. Tapi Baginda juga adalah seorang PEMERINTAH. Makanya, perlu seorang pemerintah untuk MENJAGA ISLAM. Islam bukan sekadar untuk di dakwah, Islam juga perlu DIPELIHARA. Bagaimana untuk memelihara Islam? Sudah tentu bila kita punyai Walayah/Kekuasaan. Kalau tak perlu pemerintahan, kenapa pula ada pengganti/khalifah sesudah Nabi? Biarlah ISlam begitu sahaja sepeninggalan Nabi. Berdakwah sahaja, tak perlu memerintah. Senang bukan?

Di sinilah cantiknya sunnah yg telah Allah tetapkan ke atas jalannya hidup Nabi. Maka tugas kita untuk mengambil/mengikuti cara Nabi. Salam.

Tanpa Nama berkata...

Kuasa pemerintahan bukan utk dicari. Tetapi ia adalah anugerah kepada mereka yang mentauhidkan Allah (beriman dengan benar) dan melaksanakan amal-amal yg soleh.

Maksud Firman Allah:

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia benar-benar akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, di mana sebelumnya mereka sentiasa di dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap mentauhidkan-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan sesiapa yang kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq. (Surah an-Nuur, 24: 55)

Nawawi berkata...

Sesiapa yang menyimpan hasrat utk menjadi pemimpin, bolehlah belek2 dulu artikel ini:

Prinsip-Prinsip Utama Seorang Pemimpin

http://an-nawawi.blogspot.com/2008/08/prinsip-prinsip-utama-seorang-pemimpin.html

Tanpa Nama berkata...

Beginilah. Apakah hukumnya seorang yg tahu n tidak tampil ke hadapan utk memimpin, lantas membiarkan seorang yg tidak layak utk naik? Adakah dia akan disalahkan d hadapan Allah? Kerana dgn naiknya seorang yg x layak telah menyebabkan huru-hara. Lebih2 lg dlm menjaga agama hal agama.. Lgpun pemimpin umat islam d zaman ini sepatutnya telah dbentuk.. Agar islam dpt djaga.

Tanpa Nama berkata...

Tugas yag tahu adalah menasihati dan memberi tunjuk ajar. Bukannya merampas.

Kita akan dipersoalkan terhadap apa yg kita pimpin. Kesalahan yg berlaku di bawah pimpinan kita, ia akan menjadi beban kpd kita kelak. Tetapi kesalahan pemimpin kita, ia bukan beban bagi kita. Tugas kita hanya menasihati jika mampu.

Yang paling penting, didiklah masyarakat. Apabila masyarakat itu baik, insyaAllah, Allah akan naikkan pemimpin yg baik dari masyarakat tersebut. Jgn terburu-buru dan tergopoh gapah. Keadaan kita tidak lebih buruk dari keadaan di zaman Fir'aun.

Dhamah Syifflah berkata...

Hujan berlari menghilang entah kemana…
Digantikan cahaya mengindahkan suasana….
Aku kembali berdiri semula…
Walau tiada apa…
Tetap aku bersyukur…
Kerana aku berdiri didalam agamaNya…
Islam agama yang mulia…

Tanpa Nama berkata...

knape kta tidak memilh jln untuk BERSATU.adakah sukar untuk kita duduk semeja dan berbincang untuk menegakkan dinul islam.knpe?bolh tolg jlaskn

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Ada baiknya kisah Nabi Musa berdakwah kepada Fir'aun itu dilanjutkan sehingga habis supaya tidak tergantung. Apa reaksi Fir'aun selepas didakwahi dan apa pula tindakan Nabi Musa. Setahu saya ayat AQ itu ada sambungan tapi jarang pula syarahan yg lengkap sehingga habis ayatnya itu.

wa.

anazd berkata...

hmm..anta ni x pernah get along ngn ulama'2 yg tgah fight pmrintah..nape x tanye depa sndiri?duk bg komen hasil pnilaian blog,paper,forum,news?nape x tanye sndiri matlamat depa?jgn masuk dlm golongan bodoh sombang,reti nak kritik tanpa siasat direct..dhaif2..pi la jumpe dlu TG2 kite tnye then tgk nak ckp ape plak..k..

radzi berkata...

Sangat indah apa yang dinukilkan oleh saudaraku, akhi nawi ini.

Tatkala Kafir Quryaish menawarkan jabatan Raja kepada Baginda, baginda menolaknya kerna baginda mengerti Kekuasaan tanpa aqidah yang shahih adalah bencana.

Apakah baginda akan bertoleransi dengan kekufuran walau dia bisa merajai Hijaz?

Lalu dalam sejaran perjuangan Baginda, hanya saja bagina memperoleh Madinah setelah sekian lama menda'wahi Tawhid!

Dan Qital hanya terjadi setelah bagina berjaya mengukuhkan pondasi Madinah.

Oleh kerna itu mahu kita tanyakan kepada para sahabat diluar sana: berapa lama kita telah menjalankan urusan nabi; meluruskan aqidah dan menumpaskan syirik?

Atau cukup kiranya kita menepuk dada lantas bertanya pada qalbu kita: apakah aku mengerti akan keimanan yang benar dan jalan-jalan hitam kekufuran?

Lalu kalau hati kita tak mengerti dan masyarakat kita tak memahami, apakah sudah sampai masanya untuk "Hijrah mendirikan Daulah"?

Dan apakah kita telah membaca, bahgaimana Allah telah menyuruh Baginda untuk mengutuskan seorang Sahabat bagi mengajarkan aqidah pada penduduk Yatrib sebelum kedatangan Nabi terjadi?

Inilah dia, persediaan Allah kedapa marga Yatrib agar mereka bisa menjadi "Ansar" tatkala Muhajirin datang berlindung hidup dibumi mereka.

Sahabatku, sepanjang sejarah Umat ini, kitabukan sahaja baru dijajah, malah sejarah telah ada membuktikan bagaimana kaum Fatimiyah, dan beberapa kaum lain seperti Qaramitah yang melanggar bumi Islam, namum apakah para ulama Ahlus sunnah berfikir seperti saudara inginkan?

Apa prinsip mereka? Apa ucapan mereka dan apa usaha mereka? Apakah sama dengan upaya anda dan jalan pikiran anda?

Ikhwan Nain berkata...

Entahlah! Saudara tahu tak apa masalah umat Islam sekarang?? Kita dok sibuk cerita orang ini sesat, orang itu sesat semuanya sesat n kita saja betul. Beginilah, mana lagi sesat. 'pemerintah' ka?? Atau 'ulama' itu sendiri. Mana lebih jauh menyimpang???? Masyarakat kita sedang tenat, kita sibuk cerita pasal perbezaan pendapat ni sedangkan banyak yang murtad dan banyak sedang tercabut imannya. saya di bumi sabah.

Tahukah?? Terlalu bincangkan hal begini,akhirnya kita tak bersatu dalam melawan usaha-usaha musuh Islam sedangkan matalamat kita sama untuk memakmurkan Islam di dumi tak kiralah sama dengan khilafahnya kah atau macam-macam benda. Sedangkan di sekeliling kita dah banyak murtad?? Helo?? Cukuplah.

Di sini saya nak terus terang. Wahabi tidak silap, saya mengiktirafnya. N, sesiapa yang faham agama pasti menerima wahabi.
Dan sya mengiktiraf sendiri bahawa Wahabi memang benar. saya yakin! Tapi, silapnya 'pendekatan' wahabi.

Apa maksud dakwah?? Menyeru, memanggil, mengajak, menyampaikan, mendorong. Itulah sebahagiannya. Bukannya menghukum orang dengan mengatakan orang itu sesat, ini sesat?? Fikirlah. Kalau saudara orang salah, tiba-tiba orang datang marah-marah saudara walaupun dia benar. APakah
saudara akan terima??? Fikirlah dari sudut seorang yang jahil agama, apakah dia akan terima???

Begitulah. Kalau wahabi nak diterima sebagai ahlus sunnah yang sebenar, jangan hukum orang. Tapi, pujuklah! Masyarakat kita kurang faham Islam, janganlah hukum mereka sesat n macam-macam lagi. Pujuklah! Jangan hukum orang dengan label orang itu sesat, ini sesat orang bukan akan menerima sebaliknya akan marah. Fahamilah dakwah. Penyucian syariat bukan dilakukan dengan menghukum semata-mata. Mungkin time saidina umar bolehlah kita hukum, sebab masyaraktnya faham Islam. Tapi sekarang??? Cukuplah... Saya terima wahabi. Dan banyak orang terima, tapi semuanya menolak satu cara pada wahabi iaitu sifat menghukumnya. Bukalah mata hati saudara, mungkin saudara faham Islam. Tapi, orang disekeliling saudara tidak semuanya faham Islam. Yang menjadi rujukan utama mereka ialah apa??? Falsafah barat n nenek moyang mereka. Begitulah juga zaman Nabi, n nadi tak menghukum mereka kecuali mereka menyerang... jemaah seperti pas, cuba bertolak ansur dengan saudara, tapi sayang wahabi terus menghukum mereka. Mereka pun macam mana nak dekat and faham wahabi?? Terutama sekali yang tak cuba mengenali wahabi, dorang cuba akan tahu wahabi sifat menghukum wahabi, tidak penyucian syariatnya sebab penyucian syariat itu telah tenggelam orang sifat menghukum. Cuba fikir kembali... Jangan boikot atau tak nak bergaul terus dengan orang yang amalkan bida'ah trus, tapi dekati mereka. Bila mereka dah percaya pada kita barulah kita cakap pelan-pelan tentang kebenaran. Begitulah caranya...

Nawawi berkata...

Ikhwan Nain, Salaam 'alaika..

Jika tidak mahu bertindak sebagai penghukum, tidak perlulah melabelkan org itu/ini atau kelompok itu/ini sbg wahhabi.

Maaflah sekiranya artikel di atas membuatkan penyokong atau orang2 PAS terasa. Namun, sedikit pun artikel di atas tidak menyentuh ttg PAS.

Malah artikel di atas secara jelas tidak bersetuju dengan kaedah dakwah sesetengah pihak yg bertindak mencaci dan memaki golongan2 tertentu. Sebagai contoh terdapat bbrp kumpulan di dalam arena politik tanah air yang menggunakan nama Islam utk mencaci dan menghina (merendah-rendahkan) pihak tertentu yang lain. Bukankah ini salah satu bentuk yang bersifat menghukum lagi menghujam! Sekaligus kaedah ini jelas bertentangan dengan dalil-dalil dan petunjuk Syari'at yang sahih.

Sebenarnya saudara perlu lebih memahami apakah yang dimaksudkan dengan Wahhabi dan apa itu ahlus Sunnah.

Tiada sesiapa di sini yang mahu meletakkan dirinya sbg pengikut Wahhabi. Tidak tahulah jika saudara mahu. Itu atas diri saudara lah, dan atas dasar apa yg dimaksudkan sebagai Wahhabi itu sendiri oleh Saudara.

Ikhwan Nain berkata...

Assalamu'alaikum... minta maaf kalau saudara juga terasa. Bukan hendak memnyakitkan menggunakan nama wahabi.. cuma untuk membezakan supaya orang tidak salah faham. Kadang-kadang ada yang mengatakan bahawa Ahlus sunnah tapi ciri-cirinya lain. Saya sebenar faham wahabi itu asal mana namanya, cuma saya hendak gunakan sebagai membezakan 'ahlus sunnah' dengan yang sebenar kerana walaupun pada hakikat ahlus sunnah telah dimomokkan dengan nama wahabi. Maaflah kalau cara penyampaian saya salah. Cuma itulah, saya tidak mengatakan jemaah pas betul. PAS juga ada silapnya... dan mereka juga memilik sifat menghukum. Dan saya sekarang bukan untuk membela pas, cuba fokus saya itu kepada ahlus-sunnah kerana sifat menghukum pada ahlus sunnah yang sebenar yang dimomokkan sebagai wahabi telah amat timbul di kalangan masyarakat sekarang ini. Maaflah.. saya sebenarnya cuma tidak berpuas hati sikap sebilangan ahlus sunnah yang terus menghukum sesetengah aliran sesat tanpa membumi dakwah mereka pada masyarakat tersebut sehingga menyukarkan golongan tersebut menerima ahlus sunnah yang sebenar. Saya cuma risaukan pendekatan itu.. kerana apabila saya bertanya kepada sahabat2. Pendekatan menghukum itu lebih timbul berbanding kebenaran. Kalau PAS, pendekatan menghukum itu tidak berapa timbul kerana memang arena politik begitu. masyarakat hanya nampak kebenaran hasil tidak puas hati mereka kepada pemerintah...

Ikhwan Nain berkata...

Saya sebenarnya bimbang... Hasil sifat menghukum itu. Sahabat-sahabat saya yang ada asas Islam pun memandang serong kepada ahlus sunnah...

Nawawi berkata...

Wa 'alaikumussalam...

Yg dikatakan menghukum tu bagaimana?

Boleh beri contoh?

Sekadar yg saya fahami, hukum itu haq Allah. Kita menetapkan sebagaimana yang Allah tetapkan.

Sekiranya saudara tidak menyukai tindakan "menghukum", seharusnya saudara perlu utk turut tidak menyukai PAS yg banyak menghukum orang-orang UMNO (termasuk para pemimpin) dengan pelbagai hukuman yg belum tentu benarnya, malah melemparkan cacian dan hinaan, yg mana hanya lebih menjauhkan jurang ukhuwah sesama Muslim.

apakah anda mahu membiarkan dan rela PAS membelakangi hukum Allah di dalam bermu'amalah dengan para pemimpin? Apakah wajar sebuah kezaliman diatasi dengan sebuah kezaliman yg lain?

Jika tidak, maka itu nanti jadi double standard.

Ikhwan Nain berkata...

Pendirian saya sekarang ialah. Saya cuma diam, jika ada orang bertanya 'sifat menghukum' yang ada pada pas. Maka saya akan berkata benar... Ianya salah. Dan saya tidak suka... Tapi, ada tetap bersamanya jika benda yang baik. Begitulah juga pada salafi, di mana saya mengikut fahamannya... Tetapi 'pendekatan' saya kurang mengikuti. Ya, kita memang tahu bida'ah hasanah itu juga tiada dalam Islam seperti dalam solat. COntohnya membaca do'a. Di mana ada yang menentang bida'ah berkenaan sehingga memboikot pelaku bida'ah tersebut. Sedangkan boikot itu tidak menyelesaikan masalah. Pelaku bida'ah terus akan jauh dari kita dan payah untuk kita berikan pemahaman.. Sebalik kita mendekati mereka, sertai mereka bukan untuk tujuan mengiktiraf bida'ah berkenaan. Tetapi, dengan itu mereka akan selesa dengan kita dan apabila kita mula menerapkan tentang ketiadaan bida'ah hasanah. Maka mereka akan mudah menerima berbanding menolak kita... Begitu makna saya. Lagipun, dengan memboikot pelaku bida'ah akan membuatkan mereka tidak mahu memahami kita...

Nawawi berkata...

Ada beberapa perkara yang dibawakan oleh Saudara Ikhwan Nain yang saya kira perlu kepada pencerahan, kerana ditakuti menimbulkan kekeliruan.

Ikhwan Nain berkata:

Ya, kita memang tahu bida'ah hasanah itu juga tiada dalam Islam seperti dalam solat. COntohnya membaca do'a. Di mana ada yang menentang bida'ah berkenaan sehingga memboikot pelaku bida'ah tersebut.

Penjernihan:

1 - Perlu kita fahami bahawa membaca doa di dalam solat bukanlah suatu yang dianggap bid'ah. Kerana ia bersandarkan kepada hadis2 yang sahih terutamanya berdoa ketika di dalam sujud dan setelah tahiyyat akhir (sebelum salam).

2 - Kita tidak memboikot pelaku bid'ah. Tetapi kita hanya bertindak sedaya upaya agar supaya bid'ah dapat ditinggalkan dan dihapuskan. Dalam persoalan mu'amalah dengan pelaku bid'ah, kita masih menganggapnya sebagai seorang Muslim. Pelaku bid'ah juga memiliki bbrp keadaan yang perlu diperhatikan. Kita tidak memboikot pelakunya dengan sewenang-wenangnya, tetapi apa yang lebih utama adalah kita bermu'amalah dengannya dengan cara yang syar'i serta mendakwahinya dengan ilmu dan hikmah.

3 - Berbeza dengan Ahlul bid'ah (pembuat dan aktivis bid'ah), yang mana mereka aktif mempertahankan dan menyebarkan bid'ah walaupun setelah diberikan nasihat. Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipraktikkan ke atas mrk bergantung kepada bbrp keadaan. Utk penjelasan lanjut (dan terperinci), sila dapatkan buku berjudul:

"Sikap Ahlus Sunnah Terhadap Ahli Bid'ah dan Pengikut Hawa Nafsu" oleh Syaikh Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili. Diterbitkan (dan diterjemahkan) oleh dua penerbit, iaitu Pustaka al-Kautsar dan Darul Falah.

Terakhir,

Saya mahu bertanya, di mana yang saudara rasa berkenaan artikel di atas yang perlu saya perbaiki/perbetulkan?

Terima Kasih, kerana berkongsi.

Tanpa Nama berkata...

Isunya amat simple. Tapi golongan wahabi aliran madkhali menjadikannya rumit. Kerana isu pemerinthan dan pemerintah ini ramai salafi lain kena buang (di tidak salafikan) dari salafi oleh golongan aliran melampau madkhalis.

Tanpa Nama berkata...

demonstrasi adalah anak kandungnye demokrasi

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

salam,

PAS jika bertunjang kepada matlamat asal dalam perlembagaannya pasti akan menmpuh jalan yang benar.

yg kritikal silapnya ialah tidka mudah menasihati penceramahnya yang suka mencerca dengan kasar pemimpin UMNO..


Sikap kasar dalam menghentam menyebab PAS semakin pudar..

Tetapi jika dasarnya diikuti, PAS sendri tak perlu jadi pemerintah bahkan join BN jadi penasihat seperti yang dilakukan ulama dahulu...

MIC dan MCA leh buat takkan PAS tak boleh..

apa2 pun kena belajar fiqh siyasi "waqi'ie" jugak..sbb takut kita diperjumudkan oleh pihak kafir barat agar tidak menentang kerajaan anak emas sekular mereka...