“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Selasa, November 17, 2009

Kismis Doa: Orang Kita Memang Kreatif

Kismis Doa: Orang Kita Memang Kreatif

http://an-nawawi.blogspot.com

(Gambar Hiasan)


Kira-kira dua minggu lepas di salah sebuah gerai makan Seksyen 2 Shah Alam. Aku bersama seorang rakan lama sedang asyik bersembang, tiba-tiba kami didatangi seorang Abang yang hendak mempromosikan barang jualannya.

Abang tersebut pun menunjukkan produk jualannya, lalu menawarkan kepada kami.

Abang: Adik, kismis doa dik. Abang jual murah je dik. Selalu kat tempat lain harga dia RM8 sebotol. Yang ni abang jual RM6 je sebotol.

Saya: Kismis doa ni kismis apa ye abang?

Abang: Kismis ni telah dibacakan dengan doa oleh Tok Guru.

Saya: Doa apa? Tok Guru mana?

Abang: Kismis ni dah dibacakan dengan doa. InsyaAllah, Kismis ni bagus... Antaranya boleh membantu adik-adik yang sedang belajar supaya mudah menerima pelajaran, terang hati, dan kuat ingatan. Selain tu, ia juga baik untuk membantu kita dari serangan penyakit-penyakit yang berbahaya. Kismis ni sudah didoakan oleh Tok-tok Guru yang hebat-hebat. Alim-alim semua orang-orangnya. Doa-doanya pun berkah...

Saya: Owh, macam tu ke? Menarik tu... Jadi, maknanya, kalau kita nak makan kismis ni dah tak perlu baca doa lah ye? Tinggal makan je lah kan?

Abang: Emmm... Tak jugak dik... Kalau adik nak makan dia, kena ikut peraturan dia yang tok guru dah senaraikan. Adik baca Bismillah, al-Fatihah sekali, dan selawat 3 kali, lepas tu adik makan. InsyaAllah, kebaikannya untuk adik.

Saya: Owh, tok guru yang susun aturannya ke?

Abang: Ye dik.

Saya: Ingatkan saya tadi ada sunnah Nabi yang tetapkan macam tu.

Abang: Tak lah dik... Ini sebagai wasilah je dik. Yang berikan hasilnya semua Allah je.

Saya: Hmmm... Ingatkan dah tak perlu baca doa tadi, sebab kismis ni dah didoakan. Emmm, tapi abang... Saya biasanya, lebih suka baca doa sendiri lah abang. Lebih yakin dan puas hati. Sebab, selain doa makan, Nabi kita pun dah banyak ajar doa yang baik-baik untuk kita amalkan. Rasanya, tak perlulah untuk saya buat masa ni, saya lebih selesa beli kismis yang RM8 dapat sekilo tu. Yang abang punya ni dapat sikit je, berapa gram je dapat. Lagi pun, saya boleh baca doa sendiri. Allah dan Rasul-Nya pun galakkan kita supaya baca doa sendiri-sendiri. Maaf ye abang...

Abang: Owh ye ke... Ok lah dik kalau macam tu. Maaf mengganggu.

Saya: Tak pe abang. Tak ganggu mana pun, sebab kitorang pun tengah tunggu makanan tak sampai-sampai ni ha...

Abang tersebut pun beredar sambil tersenyum...

Kawanku: Kenapa ko cakap macam tu kat abang tu... Kesian dia, macam kecil hati je.

Saya: Eh, tak nampak kecil hati pun. Biasa je dia aku tengok. Tapi, walau macam mana pun aku harap dia buka minda dan berfikir dengan lebih luas lagi. Orang kita ni pun satu... Tak reti entah malas nak belajar berdoa. Air paip yang harga 20 sen tu pun ada yang sanggup bayar sampai puluhan ringgit secawan semata-mata dah kena tiup dengan doa entah ustaz mana-mana entah. Ada tauliah entah tidak untuk tiup meniup doa ni... Kreatifnya lah orang kita ni kan bila buat bizness!

Kawanku: Kenapa? Apa maksud ko? Aku tak fahamlah...

Makanan yang dipesan pun sampai...

Saya: Eh, jom lah makan. Nanti ada masa aku cerita kat kau tentang hal tiup-tiup doa kat makanan dan dijadikan produk pasaran ni. Ko jangan pening-pening... Kang aku tiup doa kat ko pulak kang nanti...

Kawanku: Eh, ko kata ko pandai baca doa sendiri tadi kan? Apa kata ko bacakan doa kat nasik goreng USA aku ni? Mana tau doa ko tu ada berkah macam doa tok guru tadi.

Saya: Eh, jangan nak mengarut, ko baca ajelah bismillah... Hah, apa lagi? bedal aje lerr...

21 comments:

armouris berkata...

info tentang khasiat kismis kat sini - Rahsia Kismis

Tanpa Nama berkata...

apa yang diperkatakan oleh nawawi adalah benar , sehinggakan dipondok2 perkara ini menjadi2 , malah air mata ikan dugong pun kononya dijampi untuk kuatkan hafalan dan macam2...ngarut semua itu

Daud Mili berkata...

setuju ngan ngko nawawi,...ustaz2 bisnes ni selalunya berpegang kepada penilaian mereka sendiri terhadap agama..memang nampak baik...tetapi langsung tidak sunnah...!!..~

gayapeneroka berkata...

cerita orang riak muda-muda dah belajaar riak ....dah tak nak beli sudah lah....

Pena Warisan berkata...

kalau dah x nak beli, xperlu la kita nak panjangkan cerita. tu kira ok apa dia jual barang, kalau dia g mintak sedekah, kompem org lagi x suka..

Tanpa Nama berkata...

apa pandangan saudara nawi dalam rawatan pinggan putih.

nak minta tolong nawi sediakan artikel berkenaan rawatan pinggan putih dengan tinta za'faran menurut neraca al quran dan sunnah.

sebagai contoh air musoffa yang dijual lebih mahal daripada air minuman biasa sedangkan ia hanyalah air biasa yang terdapat tinta yang ditulis ayat al-quran dengannya. modalnya kecil tapi dapat dijual dengan harga tinggi.

wan.

Nawawi berkata...

Sebelum ni saya ada buat artikel yg mungkin berkaitan:

Holy Water Versi IOrang Melayu:

http://an-nawawi.blogspot.com/2008/11/holy-water-versi-orang-melayu.html

Makcik Vogue berkata...

makcik memang amalkan makan kismis dari kecik sampai ke toa ni haaa...

dulu2 beli kilo, tapi bila keluar kismis doa, terpengaruh jugak... hehe!

tq atas entri yg membuka minda nih. jujur, memang tak terpikir pun... (nama je banyak makan kismis kannn... tak cukup syarat kot hehe)

ZOOL@TOD berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ZOOL@TOD berkata...

Saya rasa tuan patut baca artikel ini.

http://f4iqun.wordpress.com/2007/04/21/rahasia-molekul-air/

Kajian dr Emoto ini agak terkenal dan tuan membaca dengan lebih lanjut buku yang beliau karang.

Mungkin ini akan menjawab persoalan "holy water versi orang melayu" yang tuan maksudkan.

Tanpa Nama berkata...

Kajian terhadap structur atom kismis pulak ada tak?

Yang pastinya, Nabi sendiri selalu utusan Allah, tidak pernah mengajarkan kpd kita supaya membacakan doa pada makanan2 tertentu lalu dijual.

Klu untuk tujuan ruqyah mmg ada. Tp bkn utk tujuan kemorsial. Itu pun dilakukan face to face.

abumuhammad berkata...

kita ikhtiar saja.. kan tuk guru yang rekemen.. klu tak camne nak cari makan..

ZOOL@TOD berkata...

tuk guru yang mana? tak pernah pula dimaklumkan. Adakah Tuan Guru Nik Aziz atau Dr Haron Din? Adakah tuk guru itu ada tauliah (ni soalan JAIS)?

Semuanya kabur. Katanya tidak boleh dilangkah, tapi dalam "mass production" saya rasa voleh ke perkara ini dielakkan?

Walaubagaimanapun saya masih membeli kismis tersebut sebab anak saya suka makan dan sekurang-kurangnya ia mendidik anak-anak tertib makan (menyebut nama Allah dan berselawat)

AL-FAQEER DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AL-FAQEER DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD berkata...

Salam. Dr satu sdut, ucap bual antara saudara nawawi dgn penjual bole di kata agak kasar dan bergerak atas keriakan ilmu. Mungkin pakcik itu "didatangkan" ALLAH sebagai ujian kepada saudara. berdasar apa yg suadara postkan pakcik tue bersikap tenang dan tdk melenting dgn hujah2 dr saudara.

mungkin lepas nie ade perkara laen yg menjadi kelemahan dan kekurangan dlm hidup saudara yang akan mengisi ruang atau berkeadaan seperti mane situasi pakcik td...siapa tahu..pakcik tersebut tidak menwujudkan sebarang syubhah dlm jual belinya..dlm perkara membaca doa sbgai ikhtiar dlm pengubatan byk pendapat dan ikhlafnya..insyallah.

oleh itu lebih baik kita berhikmah dlm kita berilmu..insyallah ilmu itu milik ALLAH..

abumuhammad berkata...

salam,

tentang molekul air tu, setelah mendengar lagu2 berikut-
1. canon in D major- pachabel
2. time to say goodbye- sarah brightman
3. toccata and fugue in d minor- bach
4 march no1- elgar
5. dan lain2.

molekul2 air turut berubah menjadi cantik(rujukan the true power of water- masaru emoto- mq pulishing).

jika hanya molekul jd cantik menjadi dalil, rasanya ia semestinya setanding dengan 'holy water orang melayu' tu kan...

tp tak pernah pn org2 jepun tu promote air cam ustaz2 kita ni buat??

Tanpa Nama berkata...

salam..
sekadar mencelah..adik sy mmg amalkan kismis doa tok guru ni..adik sy umo 11 thn..x penah baca buku kat umah ape lagi ulangkaji..kejenye hanye tgk tv,main game,tgk tv lagi n main game lagi..then tido...tp mungkin sbb amalkan kismis doa tok guru @ mmg die genius (sbb dlm kuarga kitaorg,masuk u pun,jenuh nak kene blaja)..die dpt 5A..tp,kan,ade kan mak2 kite buat amalan (dlm buku pun byk),ade doa2 yg dipraktikkan,dibaca dan ditiup pada mknan harian..utk ank jadik dgr ckp...x heran kalo kismis doa ni mujarab..LAGIPUN,DUIT JUALAN KISMIS DOA NI,BOLEH BANTU ORG CARI REZEKI,DAN BANTU DORG STUDENT2 PONDOK @TAHFIZ TU..harapkan kite nak g hulur bantuan,KALO SELAGIX KUAR TV,BERKURUN LA NAK GI MENDERMA...

sekadar berkongsi...
wassalam..

ZOOL@TOD berkata...

Pada saya selagi niatnya baik dan yang mengamalkannya yakin dan ikhlas rasanya tidak menjadi kesalahan.

Cuma jangan berlebih-lebihan (taksub) hingga boleh membawa kepada perkara-perkara negatif (lebih-lebih lagi syirik).

Yang penting Usaha, kemudian Doa dan Tawakkal.

Masalahnya, kebanyakan orang asyik doa dan tawakkal. Usahanya mana? Kismis Doa tadi jatuh ditempat kedua. Maknanya kena usaha dulu.

Sekadar pendapat. Wallahhua'lam.

Tanpa Nama berkata...

satu je aku nak cakap...."jangan riak dan takjub dengan ilmu yang ada"...hikmah la sikt...

Tanpa Nama berkata...

biasanya org yang berilmu sikit ni le yang cakap banyak...macam tin kosong....

Thamoza berkata...

terima kasih. x pernah terfikir...