“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Rabu, April 07, 2010

Politik Tanpa Jaminan!

Politik Tanpa Jaminan!

http://an-nawawi.blogspot.com

Dalam sebuah sesi, seorang pemimpin terkenal dari sebuah Parti Politik di al-Jazair bernama ‘Ali B. Haj bertemu dengan Syaikh al-Albani.

Sebuah parti politik yang mengaku memperjuangkan agama dan hak masyarakat. Namun dalam satu keadaan, hebat juga memperjuangkan demonstrasi, pemberontakkan dan aktiviti militan. Juga turut bersama-sama Syi’ah dan al-Asya’irah bagi tujuan mendapat/meraih sokongan politik yang lebih kuat/banyak (majoriti).

Syaikh al-Albani bertemu dengannya dan berlangsunglah sebuah dialog yang panjang.

Setelah dialog yang agak panjang berlangsung di antara mereka, akhirnya Syaikh al-Albani mengajukan sebuah pertanyaan kepada ‘Ali B. Haj:

Syaikh al-Albani: Adakah setiap orang yang mengikuti anda mengetahui bahawa Allah bersemayam (Istiwa’) di atas ‘Arsy?

‘Ali B. Haj menjawab: Kami harap begitulah…

Syaikh al-Albani: Tinggalkanlah dahulu jawaban berbentuk diplomatis tersebut.

‘Ali B. Haj: Ya memang, tidak semua mereka mengetahui perkara tersebut.

Syaikh al-Albani: Cukuplah bagiku pengakuanmu tersebut dalam hal ini.

Dan Syaikh al-Albani pun mengakhirinya dengan jawaban tersebut dari ‘Ali B. Haj.

Begitulah sebenarnya hati-hati manusia tidak akan dapat disatukan di bawah sebuah panji/bendera bernama Parti Politik dan Suara Demokrasi. Fahamilah bahawa hati-hati yang berbeza tidak akan dapat disatukan dengan apa cara sekalipun, melainkan dengan 'aqidah.

Allah berfirman (maksudnya):

Kamu menganggap mereka itu bersatu padu, tetapi sebenarnya hati-hati mereka berpecah-belah. (Surah al-Hasyr, 59: 14)

Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri memberi komentar berkenaan pertanyaan Syaikh al-Albani tersebut dengan katanya:

Syaikh al-Albani telah membataskan pertanyaan beliau kepada persoalan al-Istiwa’ Allah (keimanan terhadap istiwa-nya Alla di atas ‘Arsy) adalah kerana masalah tersebut merupakan tanda aras yang jelas di antara Ahlus Sunnah wal-Jama’ah dengan Ahli Bid’ah para pengikut hawa nafsu. Persoalan aqidah yang sederhana dan diketahui oleh masyarakat Madinah yang telah menguasai dunia dan memimpin umat manusia. Sehinggakan hamba wanita yang kerjanya mengembala kambing juga turut mengetahauinya...

Pertanyaan Syaikh al-Albani kepada pemimpin Parti Politik terkenal di al-Jaza’ir tersebut bertepatan dengan manhaj salaf walaupun tidak dapat diterima oleh orang ramai zaman sekarang. Pertanyaan tersebut dirakamkan antaranya di dalam Shohih Muslim, di mana Nabi sendiri menanyakannya kepada seorang jariyah (hamba wanita) si pengembala kambing.

Lalu, bandingkanlah realiti umat Islam sekarang ini yang begitu bernafsu merebut singgahsana takhta kekuasaan dan kerajaan. Nescaya anda akan melihat betapa perbezaan yang sangat jelas dan ketara dengan apa yang diusahakan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya yang menegakkan aqidah umat (membersihkan segala bentuk kesyirikkan). Sebaliknya parti-parti politik hari ini mereka meninggalkan/membelakangkan ilmu dan aqidah umat Islam. Tergesa-gesa lagi tergopoh-gapah mengejar kuasa dan meraih majoriti.

Dari itu, siapakah lagi yang akan menjamin kejayaan mereka dalam politik setelah mana aqidah sebagai perkara utama turut diabaikan?

Rujuk: Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri, Madarikun Nadzar fi as-Siyasah Baina ath-Thabbiqaat asy-Syyar’iyyah wa al-Ihfi’aalat al-Hamaasiyyah, 98-103, Terbitan/Terjemahan Pustaka Imam Bukhari (Indonesia).

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kalaupun tidak bersatu maka boleh faham memahami. Bukan kita mahu democracy itu iaitu manusia menentukan hukum tetapi democracy adalah satu wahana untuk mendaulatkan islam, dan paling kurang keadilan kepada masyarakat umum.

Kalau masyarakat bodoh dan tidak progresiff, kerajaan jahat boleh gunakan peluang untuk membuat kejahatan sesuka hati seperti di mesir, syria dll. democracy melalui perlembagaan melindungi rakyat daripada kezaliman pemerintah.. sebab itulah kita memilih democracy daripada absolutism.

Masyarakat eropah sudah lama belajar dan akhirnya mereka menolak sistem absolutism ini dan menukar kepada sistem yang ada sekarang. akhirnya mereka dapat maju kerana pemikiran tidak terhalang dan mereka ada hak walaupun bertentangan degan kehendak kerajaan. Kita tidak boleh samakan keadaan dan sistem 1400 tahun dahulu dengan yang ada sekarang tetapi prinsip keadilan dan equity yang islam ajar itu yang kena kekalkan.

kan kita semua dah faham perkara ini, menolak politik dengan alasan tidak ada pada zaman nabi, manusia buat hukum tidak lagi boleh menjadi alasan kukuh. orang bodoh dan fanatik sahaja yang dapat menrima alasan yang lemah itu. Masalahnya bukan tiada pada zaman nabi akan tetapi bolehkah benda itu berlaku sekarang. kalau nak kire tiada zaman nabi tak boleh zaman sekarang maka banyaklah benda kemodenan sistem baru yang kita kena tolak

Salahuddin

Nawawi berkata...

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا شِبْرًا وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ تَبِعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ


Maksud: Dari Abi Sa’id al-Khudri, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau berkata:

“Sesungguhnya daripada kamu akan benar-benar ada yang mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (dhab) pun kamu akan mengikutinya.”

Kami (para sahabat) bertanya:

“Wahai Rasulullah, adakah yang engkau maksudkan itu (jalan) Yahudi dan Nasara?”

Beliau menjawab:

“Siapa lagi (sekiranya bukan mereka)?” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, 22/298, no. 6775. (كِتَاب الِاعْتِصَامِ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ))

Tanpa Nama berkata...

[url=http://www.001casino.com]delivered casino[/url]
complimentary casino bonus [url=http://www.realcazinoz.com]free casino games[/url] games [url=http://cd-online-casino.co.uk]uk casinos[/url] [url=http://www.the-gambling-city.net]casino[/url]