“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Jumaat, April 22, 2011

Al-Khawarij, Mengenal Karektor Utama Mazhab Khawarij

Mencela dan Memusuhi Pemerintah Adalah Mazhab Khawarij!




Dalam sebuah hadis dari hadis ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

سَيَخْرُجُ قَوْمٌ فِي آخِرِ الزَّمَانِ، أَحْدَاثُ الأَسْنَانِ، سُفَهَاءُ الأَحْلاَمِ، يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ البَرِيَّةِ، لاَ يُجَاوِزُ إِيمَانُهُمْ حَنَاجِرَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ، كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ، فَأَيْنَمَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ، فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْرًا لِمَنْ قَتَلَهُمْ يَوْمَ القِيَامَةِ

“Akan keluar suatu kaum di akhir zaman nanti, muda umurnya, buruk akal kefahamannya, mereka mengatakan dari sebaik-baik perkataan makhluk, iman mereka tidak melepasi kerongkongan mereka, mereka menyimpang keluar dari (batas-batas disiplin) agama (atau Islam) seperti anak panah yang menembus keluar dari tubuh buruannya (sasarannya). Jika kalian bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka, kerana bagi siapa yang membunuh mereka mendapat pahala di hari Kiamat (dari sisi Allah).” (Hadis riwayat Al-Bukhari, no. 3611, 5057, 6930)

Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah meletakkan hadis ini pada bab:

قَتْلِ الخَوَارِجِ وَالمُلْحِدِينَ بَعْدَ إِقَامَةِ الحُجَّةِ عَلَيْهِمْ


“Bab memerangi (atau membunuh) khawarij dan orang-orang mulhid setelah ditegakkan hujjah atas mereka.”

Ikuti artikel penuh di website kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=7898

10 comments:

iskandar berkata...

adakah anda betul pasti apa yang dilakukan oleh umat Islam di negara-negara arab sekarang ini salah dari segi ugama?

Unknown berkata...

salam. macam mana kalau pemimpin tu dalam masa yg sama menghancurkan agama Islam secara terang-terangan?

Dan bagaimana kalau revolusi itu sebenarnya membawa kebaikan yang lebih besar dan meluas meliputi ramai umat islam seperti mana berlaku di Mesir dan inshallah dapat membebaskan Palestin? Rakyat mesir sendiri bersatu hati menghadapi pemimpin taghut.

Wallahu a'lam.

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

artikel yg agak bagus kepada para penyembah demokrasi kepartian.... namun janganlah satu hari nanti orang yg membaca penulisan spt ini, mudah2 membunuh ahli parti pembangkang dengan alasan khawarij... pada saat itu kita nak menegur pun takut tidak boleh sebab takut teguran2 itu dianggap sbg memberontak dan kita pula dibunuh lg... maka Islam dicop sbg agama tanpa toleransi dan amar maaruf kepada pemerintah... tahazzub siyasi itu benar2 telah menjadi fitnah, namun ia juga ialah syubhah yg tidak boleh memudah-mudahkan darah untuk ditumpah... jikalau terjadi penumpahan darah yg disebabkan ideologi takhrij ini maka orang pertama kita salahkan ialah yg merencana melalui taipan dan penulisan...

barakallaahufiik..

Abu Numair Nawawi B. Subandi berkata...

Boleh baca artikel, "Bagaimana Ahlus Sunnah Manasihati Pemimpin"

imran berkata...

nampaknya Dr.Yusof alQaradhawi juga pelopor Mazhab Khawarij Moden... huhu... mengaji di mana enta ni.. enta duk dlm parti tu.. juga salah..jgn samakan sistem siasah zaman khilafah dgn sistem demokrasi.. kalu enta tak leh terima demokrasi buat apa masuk parti politik.. salah besar juga UMNO menawarkan diri utk ditewaskan dlm pilihanraya... enta ni yg tak faham... baik Dr. Asri.. pi mengaji ngan dia lagi bagus.. ulama' sunnah seluruh dunia pun dah terima dan akhirnya mengakui perlu kepada sistem siasah moden.. ulangan..jgn samakan khilafah ngan demokrasi.. tak faham jgn ulas.. yg senang enta suh je bubar sistem demokrasi dan buat sistem khilafah... artikel akan datang tulis tajuk : Demokrasi Pencetus Khawarij... pastu tegur secara sirr Kabinet Malaysia suh bubar je sistem demokrasi.. boleh x

Tanpa Nama berkata...

http://al-ashairah.blogspot.com/2011/04/sheikh-al-azhar-mengganggap-salafiyyin.html

Tanpa Nama berkata...

Nawai Subandi,

Cuba bagi artikel ni pada hubaya2 hizb kamu. Iaitu PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) di Kelantan, Kedah, dan Selangor...dan juga Penang sekali... Bagitahu diorang, mencela dan memusuhi pemerintah seperti Dato Nik Aziz, Ustaz Azizan, Tan Sri Khalid adalah mazhab khawarij...agak2 diorang nak terima ke? he..he..

kociriemann jahil berkata...

Anwar Ibrahim & Nik Aziz,

Cuba bagi artikel ni pada hubaya2 hizb kamu. Iaitu Pakatan Rakyat di Kelantan (PAS), Kedah (PAS), dan Selangor (PKR)...dan juga Penang sekali (DAP)... Bagitahu diorang, mencela dan memusuhi pemerintah Negara seperti Agong, Najib, Muhyidin adalah mazhab khawarij...agak2 diorang nak terima ke? he..he..

Jawapan: Sampai mampos tak terima.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.
Memang UMNO-BN menggunakan Sistem demokrasi ala barat. aku tak sokong dgn sistem ni. tp kalau kte tengok, org yg paling lantang menyokong sistem demokrasi adalah parti PAS. mewujudkan parti pembangkang merupakan bukti paling jelas bahawa pembangkang menyokong sistem demokrasi. kalau anda tak sokong demokrasi, anda takkan benarkan ada pembangkang dari kalangan umat Islam.

ada dua pilihan, samada
cara Islam atau cara Demokrasi.
1.cara demokrasi, boleh wujudkan pembangkang(khawarij)yang menentang pemerintah(ISLAM)
2.cara Islam, haram mewujudkan pembangkang, dan kekal mentaati pemerintah Islam sebagaimana yg diperintahkan oleh Rasulullah SAW

mzulfiqar pak-qau berkata...

Huhu... Ramai anjing neraka yg kepanasan.... Wolf.. Wolf.....