“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Selasa, Jun 17, 2008

Islam Pelbagai Versi???

Islam Pelbagai Versi???

http://an-nawawi.blogspot.com

Kedengaran suara dari sebahagian pihak menyatakan,

“Islam itu kini ada pelbagai versi dan label

Ada Islam Hadhari, ada Islam Liberal, Islam Syi’ah, Islam Ekstreme, ada Islam Tabligh, Islam Wahhabi, Islam Sufi, Islam Tarekat, Islam Syafi’i, Islam Hanbali, Islam Salafi, dan pelbagai lagi label yang memeningkan.”

Di pihak yang kedua,

“Biarlah mereka nak masuk Islam mana-mana pun, semuanya ada hujjah. Masing-masing ada pendirian sendiri. Tak perlulah nak dikecohkan. Nanti timbul perpecahan pula...”

Sebahagian pihak yang lain pula menyatakan,

“Islam yang aku bawa adalah Islam yang betul, yang puak-puak lain duk bawak tu semuanya tidak betul. Batil semuanya...”

Sebahagian pihak ketiga pula,

“Islam itu berdirinya adalah dengan hujjah berdasarkan dalil al-Qur’an dan as-sunnah. Yang didirikan atas kefahaman dan manhaj (prinsip/kaedah) yang betul.”

Pencerahan,

“Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (al-Ma’idah, 5: 3)

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Ali Imran, 3: 102)

Memang Islam itu satu, namun orang yang mengaku Islam itu sendiri yang mengambil Islam dengan kaedah yang berbeza-beza. Maka, lahirlah pemahaman Islam yang juga berbeza-beza.

Perbezaan itu sendiri dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Sama ada perbezaan yang dibenarkan. Ataupun yang batil sama sekali.

Dalam persoalan perpecahan dan banyaknya jenama Islam, Nabi Shallallahu ‘alaihi was sallam sendiri telah menyatakan bahawa umat Islam itu akan terpecah belah menjadi beberapa golongan pada akhir zaman. Dalam hadis tersebut itu sendiri telah memberi indikasi kepada kita bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi was Sallam sendiri membahagikan umat Islam pada akhir zaman kepada beberapa kelompok. Sebagai contoh adalah hadis berkaitan perpecahan umat Islam sehingga menjadi 73 firqah (golongan), dan yang benar hanya satu kelompok.

Malah di sana terdapat pelbagai lagi hadis yang menunjukkan pembahagian-pembahagian umat Islam berdasarkan kelompok yang batil, sesat, benar, haqq, atau yang terselamat.

Sebagai contoh, Nabi menyatakan dalam lanjutan hadis perpecahan umat kepada 73 golongan itu, di mana menurut beliau Shallallahu ‘alaihi was sallam yang benar hanya satu golongan. Iaitu al-jama’ah, iaitu mereka yang mengambil Islam berdasarkan prinsip/kaedahnya para sahabat dalam mengambil/mengamalkan Islam.

Biar apapun namanya, yang perlu dilihat dengan detail adalah apakah prinsipnya dan bagaimana kelompok itu memegang Islam.

Tidak hairanlah jika para ulama dari generasi awal sehingga ke era ini sendiri tidak henti-henti menghujjat (mengkritik) kelompok umat Islam yang batil dan sesat seperti kelompok yang berfikrah mantiq, asya’irah, muktazilah, khawarij, sufi, syi’ah, jahmiyyah, dan pelbagai lagi. Malah para ulama sendiri membahagi-bahagikan mereka berdasarkan nama-nama tertentu bagi membezakan dan mengasingkan kelompok-kelompok tersebut dari kelompok yang haqq. Yang dikritik bukan atas dasar namanya semata-mata, tetapi prinsip-prinsip (pemikiran) sesat yang berakar umbi dan yang terlahir dari kelompok-kelompok tersebut. Masing-masing mengaku Islam, namun apakah benar Islamnya? Apakah prinisp-prinsip pembinaan dasar aqidah dan kefahamannya terhadap agama?

Di dalam banyak hadis yang lain pula, Islam yang benar itu di atas namakan sebagai kelompok yang terselamat dan mendapat pertolongan (ath-Tho’ifah al-Manshurah), golongan yang selamat (al-Firqatun Najiyah), Ahlus Sunnah (golongan yang berpegang dengan sunnah), al-Ghuraba’ (kelompok yang terasing kerana berpegang dengan kebenaran). Ia juga bukan dilihat atas nama dan pengakuan semata-mata. Namun, turut diperhatikan apakah prinsip yang ditegakkan dan terlahir darinya bersumber dari kefahaman para salaf atau sebaliknya. Atau sekadar bermain-main dengan falsafah pemikiran dan berpusing sekitar ketaksuban taqlid buta yang tidak menyelesaikan kepelbagaian isu.

Maka, tidak lain yang mampu menyelesaikan segala kegusaran dan merungkai pelbagai simpulan itu melainkan dengan ilmu dan kaedah serta prinsip yang dibina dengan betul.

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui” (an-Nahl, 16: 43)

“Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mujadilah, 58: 11)

Semoga dengan ilmu dan kefahaman yang benar, kita akan sentiasa berada di dalam golongan yang terselamat, yang mendapat pertolongan, yang diberi kemenangan, dan yang mendapat ganjaran Syurga. Biar sekalipun kita terpaksa dipinggirkan dan menjadi golongan yang terasing/diasingkan (al-Ghuraba’) oleh mereka yang tidak memahami...

“Ketahuilah bahawa Ahlul Kitab sebelum kalian telah terpecah-belah menjadi 72 golongan, dan bahawa umat ini juga akan terpecah menjadi 73 golongan. 72 daripadanya akan ke neraka. Dan satu golongan di dalam al-Jannah (Syurga), mereka itu adalah al-Jama’ah.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud (4597), ad-Darimi (2/241), Ahmad (4/102), dan juga al-Hakim (1/128), al-Ajurri di dalam asy-Syari’ah (XVIII), Ibnu Baththah di dalam al-Ibanah (2/10812, 119/1), al-Laalika’i di dalam Syarhus Sunnah (1/23/1). Dishahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, no. 203 & 204 - (1/404))

Di dalam riwayat yang lain, dari Abdullah bin ‘Amr, “... Para Sahabat bertanya, “Siapakah golongan (yang di Syurga) itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Apa (jalan) yang aku dan para sahabatku ada di atasnya”.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi di dalam Sunannya (2641), al-Hakim di dalam al-Mustadrak (1/128-129), al-Ajurri di dalam al-Arba’in (143), dan di asy-Syari’ah (15-16))

Juga dalam riwayat yang lain, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang sentiasa berada di atas jalanku dan jalan para sahabatku”.” (Riwayat ath-Thabrani di dalam ash-Shaghir, 1/256)

Ibnu Mas’oud menyatakan, “Sesungguhnya al-Jamaah adalah mereka yang mengikuti kebenaran walaupun dia berseorangan.” (Lihat: Syarah Ushul iktiqad, no. 160, Diriwayatkan oleh imam al-Laalika’i. Disahihkan oleh Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Lihat: الباعث على انكار البدع والحوادث hlm. 91-92. Tahqiq oleh Sheikh Masyhur bin Hasan Salman)

Kini, jika ianya telah jelas buat kita... Maka, tidak hairanlah apabila di sana lahirnya kepelbagaian kelompok yang mengaku-ngaku sebagai pejuang Islam dengan kepelbagaian nama dan label. Mungkin kini kita mampu melihat pelbagai nama yang begitu cantik seperti Hizbut Tahrir, Tabligh, Tarekat ..., Ikhwanul Muslimin, Islam Liberal, dan seumpamanya.

Wajarlah kita meningkatkan ilmu, pengkajian, dan penelitian... Bahawasanya yang benar itu tidak berbilang-bilang.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam

Cantiklah huraian, Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

The goal of Clomid remedial programme in treating infertility is to seat general ovulation rather than give rise to the development of numerous eggs. For good occasionally ovulation is established, there is no benefit to increasing the dosage further . Numerous studies accompany that pregnancy almost always occurs during the before three months of infertility remedial programme and treatment beyond six months is not recommended. Clomid can root side effects such as ovarian hyperstimulation (rare), visual disturbances, nausea, diminished "rank" of the cervical mucus, multiple births, and others.

Clomid is in many cases prescribed nearby generalists as a "leading activity" ovulation induction therapy. Most patients should be subjected to the fertility "workup" prior to start any therapy. There could be various causes of infertility in supplement to ovulatory disorders, including endometriosis, tubal blight, cervical factor and others. Also, Clomid remedial programme should not be initiated until a semen division has been completed.
Clomid and Other Ovulation Inducti
Somali pirates be prolonged their attacks against all-inclusive ships in and incomparably damned much the Bay of Aden, in invalided inclination of the discouragement of stepped-up measureless naval escorts and patrols - and the increased disdain ranking in any manifestation of their attacks. Ancillary to agreements with Somalia, the U.N, and each other, ships relation to fifteen countries coetaneous cudgel the area. Somali pirates - who sire won themselves on all efficient purposes $200 million in unshackle since within easy reach the start 2008 - are being captured more oft-times fashion, and handed in to authorities in Kenya, Yemen and Somalia search of trial. Just here are some inexperienced photos of piracy misguided the beach of Somalia, and the oecumenical efforts to hold sway over it in.
[url=http://beautifulpakistan.org/members/clomid-40-waste-of-time-82/default.aspx]clomid 40 waste of time[/url]
[url=http://xnaessentials.com/members/clomid-with-estradiol-31/default.aspx]clomid with estradiol[/url]
[url=http://innovationforum.no/members/clomid-how-56/default.aspx]clomid how[/url]
[url=http://gotuc.net/members/ttc-clomid-98/default.aspx]ttc clomid[/url]
tel:95849301231123

Tanpa Nama berkata...

Yes indeed, in some moments I can reveal that I approve of with you, but you may be considering other options.
to the article there is still a definitely as you did in the fall efflux of this request www.google.com/ie?as_q=plato dvd to ipod converter 6.80 ?
I noticed the catch-phrase you procure not used. Or you use the dreary methods of inspiriting of the resource. I possess a week and do necheg