“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Rabu, Oktober 29, 2008

Lembu Siapa Lagi Sunnah?

Lembu Siapa Lagi Sunnah?

http://an-nawawi.blogspot.com

Baru-baru ini saya ada terbaca berkenaan iklan projek ternakan lembu dan ayam organik. Lebih menariknya, lembu dan ayam mereka dipelihara dengan kaedah yang sangat-sangat istimewa. Menurut kata mereka laaa...

Apa yang istimewanya? Itulah yang mahu saya kongsikan dengan sedikit komen. Mereka kata, lembu-lembu dan ayam-ayam mereka dijaga dengan terapi bacaan al-Qur’an hampir 24 jam sehari. Tidak cukup dengan itu, lembu dan ayam mereka diberikan makanan dengan bentuk-bentuk makanan yang berlandaskan as-Sunnah. Iaitu seperti diberi makanan bercampur habbatus Sauda’, air mushaffa, dan air mineral yang dibacakan padanya al-Qur’an daripada surah-surah yang terpilih.

Aku hanya mampu tersenyum sinis. Bolehkah haiwan itu bertahan mendengarkan bacaan al-Qur’an sehingga hampir 24 jam sehari. Yang saya fahami, manusialah yang sepatutnya mendengar dan memahami al-Qur’an tersebut. Kerana al-Qur’an itu sendiri diturunkan untuk manusia, bukannya untuk haiwan. Tak pernah adanya sunnah yang mengajar bela lembu dan ayam dengan kaedah pelik seperti itu. [Wallahu a'lam]

Sekali lagi aku tersenyum sinis apabila membaca perenggan iklan seterusnya yang mana mereka menyatakan bahawa haiwan ternakan mereka diberi makan dengan ramuan-ramuan sunnah.

Apa kejadahnya haiwan tu diberi makanan yang rupa itu dari bahan-bahan seperti air yang dibacakan ayat-ayat suci al-Qur'an, habbatus Sauda', dan seumpamanya... Sepatutnya tuan dia lah yang patutnya makan makanan tu. Itu bukannya untuk makanan haiwan ternakan. Kalau ikut sunnatullah, sebenarnya lembu-lembu secara fitrahnya mereka hanya memakan sumber dari rumput (tumbuhan ragut) atau daun-daunan. Jika begitulah keadaannya, bermakna lembu yang dipelihara oleh beberapa orang sahabat saya adalah lebih menepati sunnah dan lebih natural (fitrah). Ini kerana mereka diberi makanan dari sumber yang asli lagi segar berdasarkan kepada makanan rutin (fitrah) mereka...

Saya terfikir dan ada cadangan. Apakata kalau kita latih (ajarkan) lembu kita tu apabila hendak makan supaya mulakan dengan basmalah dan disudahi dengan hamdalah? Pastikan lembu-lembu dan ayam-ayam anda sentiasa diajar untuk bersenam setiap hari agar otot-otot badannya menjadi mantap lagi menonjol.

Wallahu a'lam.

7 comments:

Demang Lebar Daun berkata...

Assalamualaikum,
Seseorang telah menyalin satu artikal drpda blog ini dan menampalnya ke ruangan komen di blog saya (http://waadat.blogspot.com)

Salinan tersebut ternyata amat membantu dlm perbincangan kami di situ.

Tahniah kerana blog yg bermanafaat ini. Saya telah masukkan link khas (blog list) dalam blog saya dan menjemput sdra utk turut berkongsi pendapat di situ.

Terima kasih.

Nawawi berkata...

demang lebar daun, wa 'alaikumussalam. Terima kasih kerana menjenguk ke blog ini.

- Nawawi

ruslina berkata...

wahaha... satu teknik yang unik, rakyat malaysia pasti ramai yang teruja,

Nurul-X berkata...

Assalamu'alaikum.

Timer kasih ae for this blog? :) Kelakar pun ada (saya ketawa for real). Tapi apa yang awak cakap tu mmng betul sebenarnya. Hehe... Saya nak mintak kebenaran repost some of your articles masuk dalam blog saya. Also, camana nak follow blog awak ya? Takder nampak link 'follow this blog' pun?
Terima kasih.
Wassalam.

hakim berkata...

Soal pasang nasyid dan makanan sunnah utk haiwan2 tersebut tu, saya no komen. Mereka belum sampai kefahaman lagi. Sama2 lah kita doakan mereka atau sampaikan pandangan terus kepada mereka. Jangan hanya tahu kritik sahaja lagi2 di blog. Mereka bukan tahu atau baca blog kita pun. Tak gitu?

Soal makanan utk ayam dan lembu tu, saudara perlu dalami lagi mengapa mereka berikan makanan tersebut dari segi tujuannya (hint: organik). Bukan apa, cuma takut kritikan tanpa faham, nanti terketuk kepala sendiri pulak.

Sama2 lah kita mengkritik terus kepada pihak yg nak dikritik. Sampaikanlah pandangan yg kritis terus kepada saudara2 seIslam kita tersebut. Rasanya, cara ini lagi hikmah dan terus sampai kepada mereka berbanding "bla bla.." di blog.

Kritikan haruslah berwibawa dan bukan bersifat memusnah. Pastikan kritikan kita itu boleh diterima oleh mereka yg dikritik dan dari situ mereka boleh perbaiki apa yg perlu. Jangan hanya sekadar "aku hanya mampu tersenyum dan geli hati.. lembu siapakah paling sunnah?". Kritikan menyindir sebegini tidak ada nilainya malah menampakkan keegoaan kita di dalam berilmu.

Ingatlah, tatkala kita jahil dulu, kita juga seperti mereka. Tapi skrg bila kita sudah memahami as-sunnah, tanggungjawab kita pula menyampaikan dgn penuh hikmah & BUKAN dgn menyindir mereka.

Kepada Nawawi, perbanyakkanlah isi dalam penulisan dan jangan banyak 'mengulas atas angin' seperti artikel ini. It doesn't work. Jangan sebab penulisan sebegini, habis terpalik 'kekotoran' ke semua muka pengikut as-sunnah gara2 seorang dua yg asyik suka menyindir dan geli hati dgn mereka yg belum faham sunnah yg sebenar. Kita perlukan penulisan dan pemikiran yg lebih kritis.

Wallahu 'alam.

Nawawi berkata...

Terima kasih kpd Hakim, kritikan yg membina.

Apa pun, apa yg saya bawakan di sini adalah secara umum tanpa menujukan kpd mana2 nama atau individu tersebut. Ramai juga ustaz2 "Sunnah" yg mengkritik secara umum. Sepertimana mereka mengkritik gejala mat rempit, zina, muzik, atau seumpama sehinggalah kepada kritikan kpd Hizbiyun, Asya'irah, Khawarij, dan lain2.

Wallahu a'lam.

AbulAbas Aljuwaini berkata...

Bgaiman kiranya ulama yang mengaku aswj itu sendiri terdiri dari kumpulan khawarij masa kini . kerana aswj itu tidak akan menyalah dan mengkeritik asya'riyun kerana fahaman asy'ariyun itulah akidah aswj selama ini . Jadi cakap bro nawi itu satu pengeliruan yang amat nyata