“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Selasa, Oktober 14, 2008

Tinggalkanlah Perdebatan Yang Tiada Maknanya

Tinggalkanlah Perdebatan Yang Tidak Bermakna

Bijak sungguh kau bermain kata meminta hujjah. Tatkala hujjah sudah diberi, kau balas pula dengan emosi. Kata-kata kesat, penghinaan, cacian dan makian yang kau lemparkan. Jika kau minta hujjah tetapi untuk dipersendakan, maka terlepaslah kau dari diriku. Kerana, bukannya itu jalan untuk meninggikan kebenaran. Dan bukannya kebenaran yang kau mahukan sebenarnya.

Daripada Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Aku menjamin sebuah rumah di persekitaran Syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia berada di sebelah kebenaran, sebuah rumah di tengah Syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan sekalipun hanya untuk bergurau, dan sebuah rumah di tempat tertinggi di dalam Syurga bagi orang yang berakhlak dengan baik.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no. 4782. Lihat juga Shahih Sunan Abi Daud)

Wallahu a’lam.

4 comments:

Syazwan berkata...

perdebatan apa yg sekarang dlm Malaysia ni?
cuma terfikir sekarang rasa kehilangan tokoh Islam berwibawa.
Dr MAZA

ibnuadnan berkata...

perdebatan ialah jalan mencari ilmu dan membuka kebenaran..

Setiap perdebatan ada maknanya, kecuali perdebatan yg berkaitan keesaan Allah s.w.t dan kerasulan khataman nabiyyin Muhammad s.a.w..

jgnlh sempitkan maksud perdebatan dlm hadis tersebut

Legasi Ummah berkata...

Dia hina ulamak sampai sekarang tak minta maaf macammana pulak?

Dia kata orang lain bodoh dan persenda pendapat orang lain macammana pulak?

Tanpa ilmu teras yang kukuh, ilmunya di ambil dari kajian sendiri macammana pulak?

Hah!

CiK EdiToR berkata...

saya suka dgn artikel ni..baru2 ni kerna slh faham dan slh sangka sy yg jd mngsa..bila sy cuba mbidas..mkin teruk jdnya..terkilan dgn sikapnya, sedangkan mereka kwn lama.