“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Rabu, November 05, 2008

Di Mana Usaha Untuk Memperbaiki Agama?

Di Mana Usaha Untuk Memperbaiki Agama?

http://an-nawawi.blogspot.com/


Musim peperiksaan bagi universiti-universiti awam tempatan di Malaysia telah pun bermula. Bersengkang mata untuk tidak tidur mengulangkaji pelajaran sehingga masuknya waktu menghadap kertas peperiksaan adalah perkara biasa. Malah, segala bentuk tugasan (assignment) disiapkan dengan bertungkus lumus sebelum menjelangnya had waktu yang ditetapkan. Sanggup berhabis duit dan berjaga siang dan malam demi sebuah thesis dan projek tahun akhir sebuah pengajian. Setiap thesis dan laporan tugasan disertakan setiap rujukan dan nota kakiya dengan begitu sempurna lagi terperinci.

Begitulah aktiviti dan rutin para pelajar universiti tempatan di saat-saat genting menjelangnya peperiksaan akhir. Demi sebuah masa depan yang baik dan tidak mahu kegagalan dalam pelajaran berlaku, maka hanya usaha yang keras perlu dilakukan.

Lalu, mengapakah tidak kita berfikir sewajarnya begitulah yang perlu kita lakukan dalam persoalan beragama. Sentiasa berkerja keras memperbaiki kelemahan diri dan sentiasa menambahkan ilmu-ilmu yang relevan. Tidaklah beragama itu hanya dengan ikut-ikutan tanpa didirikan di atas pengetahuan yang benar-benar jelas. Jika setiap thesis pengajian diberikan notak kaki dan rujukan yang begitu lengkap lagi terperinci, mengapa tidak untuk agama? Tidak bolehkah setiap amalan yang hendak kita lakukan itu supaya kita tahu apakah dalilnya dan tafsiran para ulama terhadapnya?

Jika peperiksaan di peringkat universiti bakal meletakkan satu titik tentu arah masa depan mereka, mengapa tidak mereka meletakkan kefahaman di dalam agama sebagai titik tentu keududukan mereka di akhirat kelak? Maka, persoalan agama janganlah dipandang remeh hanya seperti sekadar melepaskan batuk di tangga.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui”?” (Surah az-Zumar, 39: 9)

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nahl, 16: 43)

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggungjawab.” (Surah al-Isra’, 17: 36)

Wallahu a’lam...

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ana setuju dengan apa yang Anta katakan. Seharusnya kita berpegang kepada prinsip "Akhirat2 juga,dunia jangan lupa" dan bukan sebaliknya. Tetapi Ana sedikit keliru dengan title "Niat Belajar kerana Allah". Bgaimanakah cranya?Adakah niat belajar untuk berjaya untuk membantu ibu bapa itu salah satu niat belajar kerana Allah?Boleh Anta sediakn Artikel berkaitannya kerana Ana kerap kali membaca artikel2 dlm blog Anta. Dengan itu Ana berharap agar dapat mmbtlkn niat untk bljar. Syukran jazilan.

Tanpa Nama berkata...

Apabila niat kita kerana Allah, maka secara langsung, kita akan berusaha untuk memperbaiki/membantu ibu bapa juga.

Kerana niat lillahi ta'ala di bawah agama Allah itu terletak sekali persoalan taat & berbuat baik kpd ibu & bapa serta kaum kerabat. Malah kepada sahabat2 lain juga.

Jika kita berniat hanya utk berjaya utk diri sendiri & ibu bapa, maka apa bezanya dengan non-muslim. Mrk juga boleh berniat begitu.

Tetapi jika lillahi ta'ala, maka niat utk agama itu akan membawa kita kpd skop yg menyeluruh.

Contohnya saya bawakan dalil (Firman Allah Subahanahu wa Ta'ala),

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (Surah al-Isra', 17: 23)

dan,

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (Surah at-Tahrim, 66: 6)

Jelas, jika kita taat dalam beragama, maka agama juga akan memerintahkan kita utk taat kpd ibu & bapa serta ahli keluarga kita.

Wallahu a'lam..

Tanpa Nama berkata...

Mksudnya... selagi kita belajar tetapi tidak mlupkan tnggngjwb kpd agama,itulh yg dktkan blajr krana Allah.Bgitu ke?

Abu Numair Nawawi B. Subandi berkata...

Kita belajar itu sendiri demi memenuhi tuntutan agama. Kerana agama mewajibkan kita menuntut ilmu.

Snuze berkata...

Saya amat bersetuju dengan nukilan ini. Bukankah agama itu pedoman yang akan menetapkan cara hidup dan keputusan perilaku kita? Ini bermakna ia sangat penting dan perlukan perincian.

Tapi malangnya ramai pendidik agama tidak menggalakkan seseorang itu berfikir dan meneliti; lebih mudah untuk menakutkan dengan neraka daripada menerangkan mengapa perbuatan itu dilarang/diharuskan dalam konteks kehidupan dan kemanusiaan. Ini bukanlah untuk menghentam ustaz dan ustazah di luar sana; ramai yang bagus dan mendidik dengan dedikasi dan secara ilmiah. Tapi ini adalah pengalaman saya bersekolah di sekolah kebangsaan.

Apabila ditanya ustazah mengapa perlu solat, jawapannya hanyalah supaya tidak masuk neraka. Mengapa tidak beritahu yang solat itu adalah untuk mendekatkan kita dengan Ilahi? Dan betapa pentingnya solat dalam mententeramkan jiwa yang sakit? Tapi mungkin juga itulah pendekatan yang diterima oleh ustazah semasa belajar dan beliau merasakan yang ia adalah teknik mengajar yang sudah cukup baik.

Wallahu'alam.