“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Sabtu, Disember 13, 2008

Jom Keluar (Khuruj) 3 Hari???

Jom Keluar (Khuruj) 3 Hari???

http://an-nawawi.blogspot.com

Beberapa bulan yang lalu, saya pernah diajak oleh beberapa orang sahabat untuk supaya keluar tiga (3) hari. Dengan tujuannya adalah untuk belajar agama, memperkuatkan keimanan dan meningkatkan amalan. Di samping itu, katanya kita akan dapat berjumpa dengan alim ulama yang datang dari pelbagai tempat.

Sahabat-sahabat saya ini memang kerap keluar ke tempat-tempat tertentu atas tujuan tersebut sebagaimana yang mereka maklumkan. Mereka kebiasaannya akan keluar sekurang-kurangnya 1 atau 2 hari bagi yang baru berjinak-jinak dengan kumpulan ini.

Pernah saya di-ajak,

“Nawi, jom lah kita cuba keluar. Enta cuba sehari je dulu, tengok macam mana nanti.”

“Kalau tak dapat sekarang, sekurang-kurangnya enta tanamkan azam dulu untuk keluar satu hari atau tiga hari. InsyaAllah, Allah akan bagi kelapangan kepada enta.”

“Seperti sahabat-sahabat yang lain ada yang sudah biasa keluar 3 hari. Dan untuk cuti akan datang ni mereka semua berazam untuk keluar empat puluh (40) hari.”

“Malah ada sahabat-sahabat kita yang telah pun keluar sehingga tiga atau empat bulan ke negara-negara lain seperti India, Pakistan, Bangladesh, dan Australia untuk berdakwah. Dengan jalan keluar seperti inilah kita berupaya untuk melihat semula jalan dakwah para Nabi. Kita dapat berusaha menambahkan iman dan meningkatkan amalan. Mengajak sahabat-sahabat kita yang lain untuk mengikut jejak Nabi dan sahabat-sahabatnya. Kita ikut cara Nabi.”

Saya hanya mampu berkata kepada mereka,

“Saya memang mahu keluar lebih jauh lagi. Tetapi, memandangkan sudah tujuh tahun saya keluar meninggalkan kampung halaman sehingga ke Arau Perlis selama tiga tahun, dan sekarang sudah di Shah Alam selama empat tahun, saya kira saya mahu pulang menetap di kampung halaman semula bersama-sama keluarga tersayang. Kerana, amat-amat jarang sekali saya pulang ke kampung halaman sejak tujuh tahun kebelakangan ini. Alhamdulillah, selama tujuh tahun saya keluar, banyak perkara dapat saya pelajari selain dari perkara akademik. Banyak jalan yang Allah tunjuk kepada saya dan telah saya lalui (termasuk bersama kelompok Tabligh). Biarlah jika saya mahu keluar lagi, dengan berbekalkan ilmu dari dalil-dalil dan kefahaman yang jelas.”

Saya pernah katakan kepada mereka,

“Apakata kita keluar bersama-sama sahabat-sahabat saya yang lain untuk mengikuti pelbagai jenis kelas pengajian agama berkaitan Aqidah, fiqh, hadis dan seumpamanya. Tidak lama, sebentar saja, hanya mengambil satu jam atau dua jam dalam seminggu. Atau mungkin kita letakkan sehari dalam seminggu atau sebulan untuk pergi ke kuliah-kuliah hadis atau seumpamanya. Kita boleh buka kitab-kitab Mazhab Syafi’i, kita hadis al-Bukhari, juga kitab-kitab lainnya seperti kitab sirah.”

Namun, sedikit sekali yang mahu mengikutinya dari kalangan mereka. Kerana mungkin, mereka hanya mahu keluar dengan berpandukan cara-cara yang telah kelompok-kelompok mereka garis dan tetapkan sahaja.

Wallahu a’alam, sekadar sedikit catatan berhadapan dengan mereka yang berfikrah Tabligh.

15 comments:

Ex Tabligh berkata...

Tak payah nak pertikai. Biarkan Tabligh dengan cara dakwah mereka.

Depa tak ikut hang bukan bererti depa tak faham akidah. Cuma, kalau ikut perangai hang, nanti jadi macam hang. Bergaduh menda furuiyyah 24jam.

Sebelum nak mengutuk mana2 jemaah, cermin diri dulu!

Tanpa Nama berkata...

penulis menulis atas nilaian peribadi..kalau tak suke, takyah datang sini..

Tanpa Nama berkata...

Saudara Nawawi hanya menceritakan pengalaman beliau berinteraksi dengan JT sahaja, tak ada pun mengutuk .Jangan lah cepat panas baran.Dan saranan beliau mengajak untuk mengikuti pengajaian akidah, hadis dll adalah satu saranan yang mulia.

Putera Sunnah

Tanpa Nama berkata...

Jadi Putera Sunnah, Bagi tahu Nawawi, jangan nilai sesuatu jemaah hanya dengan satu dua kali pengalaman.

Pandailah sikit dalam menilai!

Tanpa Nama berkata...

en nawi ni x tahu makna jemaah.. setiap jemaah ada peraturan dan displin nyer sndri yg di gariskan oleh alim ulamak... x leh la nak ikut san syok cara masing2.. pi la mna2 kjemaah pun.. ada guide yg tersediri, yg alim ulama tetapkn dan tafsirkan mengikut quran dan hadith. jadi en nawawi kena la open skit

Tanpa Nama berkata...

Uiks..
Apa ler..
Benda skit macam nie pun nak emosi..
Relex ler Bro..
Jangan Terlebih terhadap sesuatu..

Brother Nawawi berkata...

Ibnu Mas'oud berkata:

" (Yang dimaksudkan) al-Jama'ah adalah mereka yang berada dalam kebenaran walaupun engkau berseorangan." (Rujuk: Ushulus Sunnah, al-Laalila'i, no. 160)

Tanpa Nama berkata...

Apa point kamu Nawi?

mankip berkata...

" (Yang dimaksudkan) al-Jama'ah adalah mereka yang berada dalam kebenaran walaupun engkau berseorangan." (Rujuk: Ushulus Sunnah, al-Laalila'i, no. 160)

Pandangan sya:

firman allah
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk menegakkan agamanya di dalam satu Jamaah yang tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

Di dalam hadis, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

" Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah Muslimin dan pimpinan mereka."

sabda nabi:
" Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala kambing juga. Dia menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjamaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid."

Kaedah fiqh ada menerangkan tentang wajibnya menyertai Jamaah Islamiyyah. Antara lainnya ialah :

" Sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya maka ianya juga menjadi wajib."

walhualam

Tapai berkata...

Jamaah mana tu?

Nabi suruh supaya kita berada pada jemaah kebenaran. Jalan para sahabatnya. Tapi skrg ni byk sgt yang mengaku berjamaah.

Jamaah solat ada, jamaah pas ada, hizbut tahrir ada, jamaah umno ada, jamaah ikhwan ada, jamaah rufaqa pun ada. kalau kat indon tu, lagi banyak. sume mengaku jamaah islam, tapi asik telagah je.

mankip berkata...

tapai.. hang pilih jer la jemaah mana yg hang suka.. ada pmimpin dan guru yg mursyid yag tidak lari dari asas qurn dan hadith.. hang joint la.. apa susah.. nak cari jemaah, kalau nak jumpa cari dengan hati, dan ilmu bukan dengan perasaan dan akal fikiran semata2...

kalau susah sangat ko nak cari jemaah, hang hijrah jer ke plastin.. joint hamas perang ngan israil.. perang ngan israil ni x der kilaf.. misti syhid dan masuk surga...

ada ulamak menghukum, akhir zaman wjib berjemaah.. utk tujuan dakwah/jihad/amal khasnya...

hafiz berkata...

Korang yang gaduh-gaduh sini ni, dah Solat Subuh Berjemaah dah kat Masjid ke? Bagi saya, hal solat subuh berjemaah lebih utama dari duk cari salah orang macam nawi ni...

mankip berkata...

soalat subuh dng berjemah dengan jemaah islamiah.. bnyak beza tuh..

Tinggi sangat ke ilmu kite ni hingga kita tolak jemaah?

Tanpa Nama berkata...

pegangan nawi semakin betul nmpknye..

bila cakap soal jemaah, umat Islam boleh bergaduh.. msing2 akan pertahankan jemaah masing2.. sebab? masing2 ada kepentingan.. kalau takde kepentingan, buat apa nak gaduh?

tp bila kita sebut ahlus sunnah wal jamaah, siapa berani pertikai? ke ada yang tak join jemaah yang ni?

kalau ada yg berani mengaku bukan ahlus sunnah, sila la..

bermaksud, yg tu la jemaah sebenar, yg manyatukan umat.. sebab? kita semua xde kepentingan peribadi.. segalanya kerana Allah dan Nabi.. kita boleh bersatu dengannya..

soal jemaah2 lain, yg ada disiplin masing, tak semestinya mesti berindentiti tertentu.. mesti ada nama, mesti ada rutin.. asal saja kita dlm kelompok, bkn ke dh masuk dlm pengertian yg tu? so nawi pun ada grup dia, belajar ilmu ramai2, kalau ada serigala nk terkam dia, ada kambing lain yg nasihat.. benda yg sama..

yg aku faham, nawi ni banyak nasihat kita supaya berfahaman ahlus sunnah sebenar.. berjemaah yg tu.. dia pun dah bagi dalil dan pandangan ulama yg muktabar..

kalau yg lain tak setuju, bagi la jugak dalil dan pandangan ulama muktabar, macam yang nawi buat..

kalau cuma guna emosi, baik diam je la kot.. agama Islam ni takkan kekal sampai kiamat kalau cuma dengan emosi2 kita semua..

sahabat2 dulu pun tak perang dengan emosi.. walaupun berperang.. tp sebab ilmu dan imam mereka.. kan pernah dgr cerita sorang sahabat (kalau tak slh, saidina ali), yg berperang, pastu tentera kafir ludah dia.. dia tak jadi bunuh, sebab takut dia bunuh tu kerana emosi dia,rasa marah dia.. pdhal dia dlm perang sabilillah..

bermaksud? faham2 sendiri la..

aku bukan nak beckup nawi ni tak tentu hala.. tapi perangai korang yang suka emosi tu tak membantu pun.. kalau betul nak lawan dia, lawan cara dia la.. bagi dalil, hujah, then baru masuk sini.. aku boleh nilai pandangan korang dan nawi, mana lebih kuat.. kalau setakat emosi, semua orang boleh buat.. takyah belajar tinggi2 pun..

utk nawi, teruskan menulis.. aku kenal dan suka baca blog kau sebab orang2 macam diorg ni la.. buat aku semakin tertanya2 dan terbaca2.. :-)

Tanpa Nama berkata...

Assalamu alaikum..
Maaf tumpang komen sikit.. yang baik dari Allah, Yang tak baik daripada saya.. yang fakir lg hina ini..
Maksud daripada Jemaah Tabligh ialah menghidupkan amalan agama di seperti di zaman Nabi SAW. Asasnya timbulkan keghairan cinta kepada sunnah yakni dengan perantaraan beri masa di jalan Allah. Bila wujud perkara ini maka, amalan taklim seperti taklim aqidah, taklim fiqah dan taklim berkaitan agama akan subur.
Seperti yang dinyatakan oleh tuan Nawi, meninggalkan kampung untuk mencari ilmu itu juga merupakan jihad. mencari rezeki juga jihad. Menyara keluarga juga jihad.
Namun jihad juga ada tingkatannya, yang paling utama dan paling tinggi ialah menegakkan agama Allah dimuka bumi, yang rukun utamanya beriman kepada Allah dan Rasul. bermakna perkara menegakkan Tawhid itu lebih utama. Apalah kiranya dengan 3 hari kita lapangkan untuk bantu agama Allah jika dibandingkan 27 hari untuk kuarga, rezeki kita di setiap bulan. 40 hari berbanding 325 hari kita usahakan bentuk jihad yang lain? 120 hari jika dibandingkan 245 hari yang kita lalui seperti biasa. Ambillah bahagian sedikit bukan sekadar ilmu tapi kerisauan terhadap keadaan umat manusia khususnya umat Islam yang kian luntur Islamnya. sekadar masa yang tuan mampu berikan, walaupun kata Nabi seperahan susu. kerana tiada paksaan untuk bersama Jemaah Tabligh. mungkin dengan cuba2 keluar 3 hari bersama jemaah Tabligh boleh membantu dalam tuan menghasilkan atau mencetuskan suatu idea dalam penulisan tuan, tidak 3 hari, 2 hari; tidak 2 hari , 1 hari; tidak 1 hari, beberapa masa yang tuan mampu bagi.