“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Ahad, Disember 21, 2008

Pandai Bahasa Arab, Pandai Agama?

Pandai Bahasa Arab, Pandai Agama?

http://an-nawawi.blogspot.com

Ada sebahagian kelompok manusia dia memang mahir berbahasa arab. Tetapi terdapat satu kelemahan pada dirinya. Iaitu dia gemar memperkecilkan orang lain yang tidak pandai berbahasa arab.

Dia menyatakan dan membuat seakan sebuah “standardize”, sekiranya mahu bercakap tentang perkara agama, mesti pandai bahasa arab, baru boleh baca kitab asli.

Tapi, peliknya, dia yang sudah mendabik dada pandai berbahasa arab itu sendiri pun malas mahu baca kitab arab dan melakukan rujukan rupanya. Buktinya adalah apabila diberikan rujukan atau footnote, dia tidak pernah tahu untuk menela’ah sendiri rujukan yang diberi. Cakap tak serupa bikin.

Kalau setakat pandai bahasa arab, Abu Jahal pun pandai berbahasa arab. Tetapi ke mana dia? Bagaimana juga Umaiyah bin Khalaf? Berapa ramai orang yang bijak berbahasa arab tetapi mati kafir dan tidak kurang juga yang sesat!

Adakah bahasa arab mestinya membawa manusia ke jalan yang benar? Tahukah kita di masa zaman Nabi bersama para sahabatnya, berapa ramai di antara mereka yang ummi (tidak tahu membaca)? Malah yang buta tidak dapat melihat pun ramai. Namun, hati mereka dipenuhi dengan keimanan dan tauhid yang murni.

Itulah hakikatnya, keimanan bukan ditentukan dari kebijaksanaan berbahasa Arab. Bukan juga dari kepetahannya berbicara. Tetapi kemahiran berbahasa arab tetap sebuah kelebihan. Jika kita menguasai bahasa Arab, gunakanlah dengan sebaiknya. Manfaatkanlah. Bukan malah menyesatkan diri sendiri dengan bersifat sombong yang bakal mengundang kesyirikan.

15 comments:

siapa berkata...

salam, saudara mungkin salah dalam memahami maksud saya... , bahasa arab adalah pintu ilmu kepada agama islam ,tetapi disana kita mrngakui masih terdpat gol. yang tahu bhs arab tapi tidak menggunakan untuk tujuan agama.
sebagaimana bhs inggeris sbg bhs pengantar ilmu dunia hari ini..

iBNuZaCK berkata...

Salam sahabat..

Bukan ingin mengatakan bahawa orang yang tidak tahu Arab tidak boleh memahami agama.

Namun, Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab. Hadis itu juga dalam bahasa Arab. Maka bahasa Arablah yang perlu difahami jika mahu mengkaji agama kerana sumber agama itu sendiri adalah dr 2 ini.

Kalau Quran itu diturun dalam bahasa Jerman, dan hadis itu asalnya dalam bahasa Perancis, maka sudah tentu Jerman dan Perancis bahasa yang kita perlu pelajari untuk memahaminya.

Jangan membuat konklusi aneh iaitu pandai Arab pandai agama?. Yang sebenarnya, semua orang yang pandai agama semua tahu bahasa Arab. Saya tidak pernah jumpa mana2 ustaz malahan pelajar aliran agama yang buta Arab!

Jika kita tidak tahu bahasa, maka pelajarilah bahasa itu. Bukan menjadi ego dan mengatakan tidak perlu (Nawawi tidak begitu inshaAllah)

Maka jadikan ia (teguran) itu sebagai cabaran memperbaiki diri!

Semoga Allah merahmati kalian..

Salam.. :)

Juga Pelajar berkata...

Nawi, jangan alih isu. Kalau itu kekurangan kamu (tak pandai arab), patut kamu baiki.

Kalau baca tulisan kamu ni, kamu seolah-olah nak nafi peranan bahasa arab dalam belajar agama. Atau, tak perlu tahu arab, dah boleh kuasai ilmu agama.

Pandangan tu sangat tak betul. Bab Abu Jahal tu, dia tidak jahil kerana dia tahu arab. Tapi kerana tiada hidayah.

Mmg orang arab dulu ramai yang tak tahu baca. Tapi mereka tahu gaya bahasa arab. Tahu apa itu majaz. Macam kita jugak. Tok2 kita dulu, ada je tak reti baca. Adakah itu bermakna tok2 kita tak reti bahasa melayu? Dan kita yg tahu membaxca ni lagi pandai unsur seni bahasa melayu dr mereka?

Tentulah tak Nawi! Mereka lagi paham dr kita. Sebab mereka hidup dalam bahasa melayu yang asli. Yang ketika tu masih penuh dengan seni, masih penuh dengan ilmu sastera.

Ada paham?

Sebab itu orang cakap, kita ni belajar bahasa. Nenek moyang kita 'hidup' dengan bahasa..

Tanpa Nama berkata...

nawawi..

selalunya ko nak dalil utk menguatkan hujjah


bagi la dalil yg kita tak perlu belajar bahasa arab utk mendalami ilmu agama..

bagi la dalil kenapa abu jahal masuk neraka

org macam nawawi berpegang kepada ayat pertama Al quran..iaitu iqra'

jadi nawawi pun baca dan terus membaca..akhirnya merasakn diri lebih baik dari ulamak

kami nak dalil....(ayat sindiran ni)

voltox

Ikan Goreng berkata...

Agak lawak la bila Nawi tulis ini macam.

Dia marah sebab orang yang tahu Arab tak rujuk apa yang dia tulis. Tapi masalahnya adakah dia rujuk apa yang dia sendiri tulis?

Dan adakah dia pula rujuk apa yang kita semua ni tulis.

Artikel ni bagi aku (maaf kalau salah faham), nampak macam lepas perasaan pulak. Nawi fahamilah ya, keperluan menguasai bahasa Arab utk memahami Quran.

Kalau tak perlu arab utk faham Quran buat apa pulak segala fakulti islam di dunia suruh student ambil bahasa Arab? Hatta sekolah menengah agama pun wajib ambil arab. Kenapa?

Menda ni budak hingus pun tau sebab apa..

AQisH berkata...

saya rasa maksud nawawi ialah sesiapa yg tahu bahasa Arab tidak perlulah mendabik dada sehingga menjadi riak dan memperlekehkan org yg tidak memahami bahasa tersebut..ini tidak bermakna beliau tidak mahu mempelajari bahasa Arab..(betol ke nawawi?;-) sesiapa yg tahu merupakan satu bonus pd dirinya..

marilah kita menyampaikan segala ilmu yg baik itu dgn cara yg lebih berhemah..supaya setiap yg menerima tidak terasa spt kita hanya ingin bermegah² dgn ilmu yg kita ada..

wallahualam..

changlun berkata...

Salaam,
nawawi,banyakkan berguru dengan ustaz yang mursyid ye,
jangan keluarkan sangat kenyataan yang lemah macam dalam post enta ni,
kebanyakan orang yang tak pandai bahasa arab akan tersalah paham apa yang Islam cuba sampaikan,
contohnya macam enta la,
sorry to say,but it is the reality...

User berkata...

apa yg saya lihat, Akhi Nawawi sudah maklumkan pada perenggannya yg terakhir dalam artikel ini:

"Itulah hakikatnya, keimanan bukan ditentukan dari kebijaksanaan berbahasa Arab. Bukan juga dari kepetahannya berbicara. Tetapi kemahiran berbahasa arab tetap sebuah kelebihan. Jika kita menguasai bahasa Arab, gunakanlah dengan sebaiknya. Manfaatkanlah. Bukan malah menyesatkan diri sendiri dengan bersifat sombong yang bakal mengundang kesyirikan."

BolaloRoQ berkata...

Kesian Nawi.

Pegila belajar bahasa Arab. Fahami tafwidh dan Takwil. Fahami kalam ulama' sebenar.

Fahami majaz. Fahami gaya bahasa Al Quran.

Barulah ketika itu kamu akan faham kenapa ulama' tafwidh dan takwil.

Iman mmg tidak ditentukan oleh pandai berbahasa. Namun, utk menyebarkan ilmu ttg akidah terutamanya, bahasa Arab diperlukan utk memahaminya dalil dan kalam ulama' yang sebenar.

Barulah ketika itu kamu akan nampak, benar atau tidak mereka yang menegur kamu di sini...

Pedulikan mereka yang memuji dan menghina. Tapi lihatlah mereka yang memberi nasihat buatmu..

Tanpa Nama berkata...

Yang bising2 ni, agak2 dah alim bahasa arab ke belum agaknya? Kalau dah alim, boleh lah buat blog edisi bahasa arab.

gayang berkata...

Tanpa Nama berkata...
Yang bising2 ni, agak2 dah alim bahasa arab ke belum agaknya? Kalau dah alim, boleh lah buat blog edisi bahasa arab.

2008 Disember 23 16:16


oi mangkuk..

yang ko sakit ati ni pehal? aku tengok diorang ni semua beri nasihat, bukan nak tunjuk alim... apa ke hawau ko ni? palui..

Tanpa Nama berkata...

kami baru bising kat nawawi dah nak marah2..

nawawi tu bising2 pasal ulamak tanak marah pulak..

voltox

Tanpa Nama berkata...

Gayang kata:

oi mangkuk..

yang ko sakit ati ni pehal? aku tengok diorang ni semua beri nasihat, bukan nak tunjuk alim... apa ke hawau ko ni? palui..

Komen ku:

Beri nasihat ke macam ni?

Sahid_Bakar berkata...

Saya pun buta arab jugak. jum le belajar sama2. Dr Sulaiman yang sealiran pun fasih berbahasa arab. Agak memalukan sebab dah lama belajar agama tapi belum pandai luqhotul arabiah

nanedA haqitA berkata...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani

Pertamanya sam an wama` zirah andai bicara sy ini mungkin akan menyebabkan segelintirnya terasa tetapi saya tidak punya niat yang lain melainkan untuk kebaikan kita bersama.. bdasarkan pendapat sy.. apa yg diujarkan oleh saudara Nawawi itu ada kbenarannya.. usah dilihat secara emosi.. malahan bacalah dengan penuh rasionalnya.. sy stuju dngn kata2 Aqish.. dan mempunyai pendapat yang sama dengannya.. dan sesetengah yang lain pula tidak enak juga saya melihat saudara seislam bertengkar lidah membuat tuduhan2 yang tidak enak bagi saya mendengarnya.. nah kalau tidak benar tuduhan kamu terhadap Nawawi itukan sudah menjadi satu fitnah.. maka yang baik itu ambillah dan yang tidak itu sama2 kita perbaiki..

bagi yang memberi kritikan itu harapnya Nawawi ambillah kebaikan didalamnya.. dan tinggalkanlah keburukannya.. dan yang memberi kritikan pula sama2lah kita baca sekali lagi nukilan Nawawi ini.. tetapi kali ini dengan jiwa yang tenang tana gangguan emosi.. agar bacaan kita itu tidak dikaburi dengan kemarahan.. ingat itulah peranan syaitan dalam memecah belahkan ummat.. kerana amarah perkara yang benar tidak mahu diterima sedangkan yang benar itu mungkin sahaja lebih banyak dari yg salah andai kita benar2 menilai dengan rasional..

sekali lagi saya mohon maaf kepada Nawawi dan mana2 sahabat yg trasa dngan ulasan saya ini.. semoga rahmat Allah sentiasa bersama denganmu dari dunia sampai akhirat..