“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Jumaat, Februari 27, 2009

Mencintai Nabi Bukan Dengan Cara Menyambut Maulid Nabi

Mencintai Nabi Bukan Dengan Cara Menyambut Maulid Nabi

http://an-nawawi.blogspot.com/

Lembaran kalendar untuk bulan 3 (Mac) bagi tahun ini (2009 M), terlihat sebuah tandaan pada tanggal 8 bahawa jatuhnya tarikh untuk maulid Nabi. Saban tahun maulid nabi disambut pada tarikh 12 Rabbi’ul Awwal oleh masyarakat kita dari kalangan umat Islam. Ini bermakna, lebih kurang 10 hari sahaja lagi sambutan ini akan dilangsungkan oleh kalangan masyarakat di sini umumnya. Tidak hairanlah, ketika menatap forum-forum di internet dan ketika terlihat beberapa iklan di akhbar-akhbar tertentu ada sebahagiannya yang memainkan slogan-slogan “cinta Rasul”.

Sambutan ini kelihatannya seakan-akan semakin meriah dari tahun ke tahun. Kebiasaannya ia disambut dengan pelbagai pengisian dan tatacara adat mengikut perkembangan zaman. Di antaranya adalah dengan mengadakan bacaan berzanji di setiap masjid sempena beberapa hari menuju tarikh 12 Rabbi’ul Awwal (countdown), mengatur dan mengadakan upacara perarakan dari sekian tempat ke tempat-tempat tertentu dengan melaung-laungkan selawat berserta bacaan marhaban atau berzanji, juga dengan perarakan tersebut disertai mengangkat pelbagai jenis sepanduk slogan cinta Nabi, mengadakan ceramah-ceramah khas berkenaan sekitar mencintai Nabi atau seumpamanya yang berkaitan dengannya.

Selaras dengan perkembangan zaman yang semakin maju dan bercambahnya pemikiran yang global lagi terbuka, pada tahun ini acara maulidur rasul bakal disambut dengan sebuah upacara konsert yang bakal menampilkan artis-artis dari kalangan ustaz dan ustazah terkenal tanah air. Tidak terkecuali, kumpulan-kumpulan nasyid tanah air turut mengambil tempat dalam persembahan dan upacara tersebut. Katanya, upacara konsert tersebut bakal dibuka dengan alunan lagu-lagu berzanji dan selawat. Wallahu a’lam… Ini adalah sebagaimana yang sempat saya lihat beberapa hari yang lepas melalui sebuah rancangan temubual berkenaan sambutan maulid kali ini yang mana akan dimeriahkan dengan konsert “Sinar Malam MaulidurRasul” melalui salah satu saluran televisyen live dari sebuah stadium.

Hakikatnya, pada tarikh maulid nabi (birthday nabi) itu sendiri terdapat sebuah isu yang menjadi perbincangan di kalangan ulama. Iaitu tiada pendapat atau kata sepakat bagi menetap tarikh kelahiran Nabi itu sendiri. Ada yang menguatkan dengan tarikh lahir yang sebenar adalah pada 8 Rabbi’ul Awwal, ada yang menguatkannya dengan tarikh 9, dan ada yang menyatakan dengan tarikh 12 Rabbi’ul Awwal. Malah, ada yang mengambil keputusan bahawa, tidak diketahui dengan tepat akan tarikh kelahirannya kerana pada zaman tersebut belum ada lagi sistem kalendar yang sistematik berlangsung. Malah, riwayat-riwayat berkenaan dengannya juga saling diperlisihkan di kalangan ulama.

Jadi, persoalannya… bagaimana sambutan perayaan maulidur rasul ini boleh muncul dengan suburnya di kalangan masyarakat kita? Ini adalah antara yang menjadi persoalan. Sehingga ada yang menganggap amalan menyambut maulidur rasul ini merupakan amalan sunnah yang sangat-sangat dituntut di setiap tahun pada tanggal 12 Rabbi’ul Awwal. Sedangkan, tidak ada langsung riwayat dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang menganjurkan diadakan perayaan ini. Malah, begitu juga ketika di era sahabat yang diredhai, ianya juga tidak pernah wujud. Sungguh aneh sekali, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah pun wafat, tetapi hari lahirnya tetap menjadi sambutan saban tahun dan menjadi titik tarikh kemeriahan. Ini kelihatannya tidak ubah umpama kaum Nashrani/Kristian yang menyambut hari natal (Chrismas) di setiap tanggal 25 Disember bagi meraikan kelahiran Jesus (Isa) yang mana turut tidak pernah ada anjurannya dari Isa ‘alaihis Salam sendiri dan melaui kitab-kitab utama agama mereka (seperti Bible).

Telah tsabit dari hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud rahimahullah bahawa perayaan dalam Islam hanya ada dua, dan tidak ada lagi selainnya, di mana Nabi telah menjelaskan "Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut (perayaan jahiliyyah) dengan hari raya al-Adha (korban) dan Hari raya al-Fitr."

Tetapi, sambutan besar-besaran maulidur Rasul (Birthday Nabi) tetap juga disambut dengan semeriah-meriahnya sambutan perayaan saban tahun. Dengan di dalam sambutannya dilaungkan selawat-selawat memuji Nabi dengan selawat-selawat yang kebanyakannya adalah selawat “versi baru” yang tidak pernah ditemui di dalam hadis-hadis yang sahih/tsabit dari tunjuk ajar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Iaitu, mereka dari kalangan yang kebanyakannya merayakan sambutan “Birthday Nabi” ini mengambil rangkap/lafaz selawat yang telah diubah-suai selawatnya dengan sama ada menambahnya atau menguranginya. Rangkap-rangkap selawat yang pendek dijadikannya begitu panjang dan sukar untuk dilafazkan. Mereka turut meletakkan lafaz pujian kepada Nabi dengan perkataan yang ghuluw (melampau) sehingga ada yang seakan-akan menganggap nabi seperti Tuhan. Sedangkan Nabi sendiri telah melarang perbuatan seperti itu. Di mana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengingatkan di dalam salah satu hadisnya sebagaimana berikut:

“Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagaimana kaum Nashrani telah melakukannya terhadap Isa anak Mariam. Sesungguhnya tiadalah aku melainkan seorang hamba, maka katakanlah, “(Muhammad) Hamba dan Pesuruh Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Manakala berkenaan tambahan-tambahan lafaz di dalam sebahagian selawat ke atas nabi dengan tambahan Sayyidina, maulana, habibina, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri menjelaskan di ketika mana ada seorang lekaki memanggilnya dengan panggilan “Ya Sayyidina ibni Sayyidina”:

“Wahai manusia, hendaklah kamu bertaqwa dan jangan membiarkan syaitan mempermainkan engkau. Sesungguhnya engkau adalah Muhammad bin ‘Abdillah, hamba Allah dan Rasul-Nya, dan aku bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi apa yang telah Allah ‘Azza wa Jalla tentukan bagiku.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, no. 12551)

Dalam perkara ini, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah menyatakan:

Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (imam besar Mazhab Syafi’i – pen.) pernah ditanya berkenaan kalimat selawat untuk Nabi yang dibaca dalam solat dan di luar solat, sama ada yang wajib atau pun yang sunnah/sunat:

“Adakah dalam ucapan selawat itu disyari’atkan menggunakan kata-kata Sayyid, seperti orang mengatakan “Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad” atau “’ala sayyidina khalqi” atau “‘ala sayyid waladi” atau hanya menggunakan kata-kata “Allahumma shalli ‘ala Muhammad”. Manakah yang lebih baik daripada ucapan-ucapan itu? Apakah digunakan kata-kata sayyid atau tidak menggunakannya kerana tidak tersebut dalam hadis-hadis.”

Jawab al-Hafiz Ibnu Hajar: “Benar, mengucapkan lafaz-lafaz selawat sebagaimana tersebut dalam riwayat hadis adalah yang benar. Janganlah sehingga ada orang yang mengatakan Nabi tidak menggunakan kata-kata sayyid dalam bacaan selawat hanya disebabkan sikap rendah diri (tawadhu’) sahaja sebagaimana juga tidak layak ketika orang mendengar disebut nama Nabi tidak menyahut dengan ucapan shalallahu ‘alaihi wasallam. Semua orang Islam dianjurkan untuk mengucapkan kata tersebut setiap kali mendengar sebutan nama Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Saya (Ibnu Hajar) menyatakan bahawa sekiranya benar bahawa ucapan sayyid itu ada, niscaya disebutkan dalam riwayat dari sahabat dan tabi’in. Akan tetapi, saya (Ibnu Hajar) tidak menemukan adanya riwayat seperti itu dari seorang sahabat atau tabi’in pun, padahal begitu banyak cara bacaan selawat yang diterima dari mereka. Al-Syafi’i rahimahullah sebagai seorang yang sangat memuliakan Nabi shalallhu ‘alaihi wasallam juga tidak menyebutkan kata sayyidina dalam awal pembukaan (muqaddimah) kitabnya. Padahal al-Syafi’i adalah contoh ikutan para pengikut mazhabnya. Beliau (al-Syafi’i) hanya menyebutkan “Allahumma shalli ‘ala Muhammad.” (Dinukil dari Syaikh Muhammad Nashidruddin al-Albani, Kitab Sifat Sholat Nabi, , Terbitan Media Hidayah, m/s. 215-216)

Begitulah sedikit penjelasan berkenaan dengan tambahan lafaz-lafaz selawat ke atas Nabi. Di dalam riwayat-riwayat hadis yang lain, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah mengajarkan bentuk-bentuk selawat yang disyari’atkan, dan begitu jugalah para salaf (generasi terawal dari kalangan sahabat) melakukan selawat ke atas Nabi (sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi sendiri dengan tidak menokok tambahnya). Maka, tiada ruang bagi kita untuk mereka-cipta bentuk-bentuk selawat yang baru. Sekiranya di antara kita mereka-cipta bentuk-bentuk selawat yang baru dan tersendiri dengan meninggalkan lafaz-lafaz selawat yang sahih dan tsabit dari Nabi, maka, hilanglah fadhilat-fahilat selawat yang diberikan melalui hadis-hadis yang sahih. Malah, ia bukan sahaja telah lari dari tuntutan sebenar berselawat, tetapi sekaligus ia mencipta bentuk beragama (mencipta syari’at) yang baru, seakan-akan ia lebih pandai dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Malahan juga, dia turut meninggalkan jejak langkah amalan para Salafus Soleh dari kalangan sahabat-sahabat yang diredhai yang begitu kuat berpegang dengan petunjuk Nabi dan begitu mencintai beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di mana Allah subhanahu wa Ta’ala sendiri telah menjelaskan supaya kita sentiasa mengikuti generasi terawal dalam mengambil agama sebagaimana berikut (maksudnya):

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Pada masa ini, apa yang turut menyedihkan adalah apabila rangkap-rangkap selawat (termasuk zikir-zikir) ini bukan sahaja diubah-suai, malahan turut juga dilagukan dan dinyanyikan, sekaligus dipersembahkan di pentas-pentas konsert. Terutamanya di dalam majlis-majlis yang didakwa sebagai majlis keagamaan dan termasuklah sambutan maulidur Rasul saban waktu dan tahun. Tidak cukup dengan dilagukan, ia turut diperindahkan menurut hawa nafsu mereka dengan alunan-alunan muzik kontemporari. Bentuk-bentuk selawat yang asalnya diberikan oleh Nabi kita sebagai Ibadah, kini telah ber-evolusi menjadi bahan untuk berhibur dan mengaut keuntungan, malah bercampur-baur dengan apa yang telah diharamkan. Di manakah adab kita sebagai pengikut Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?

Sungguh perbuatan ini telah jelas-jelas melanyak-lanyak dalil-dalil agama yang murni lagi sempurna.

“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf, 7: 205)

Manakala di dalam hadis, Nabi shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskan:

“Akan ada dari umatku kaum yang menghalalkan zina dan sutera, khamr (minuman keras) dan alat-alat muzik....” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5590)

Dan di dalam tafsir Ibnu Katsir (tafsiran ayat 6 Surah Luqman) turut menjelaskan perkataan Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu yang menyatakan bahawa nyanyi-nyanyian adalah termasuk perkataan yang tidak berguna.

Tetapi, begitulah yang telah berleluasa pada hari ini. Mereka telah pun menjadikan nyanyi-nyanyian sebagai sebahagian dari agama-agama mereka. Wallahu a’lam.

Menyentuh berkenaan amalan membaca berzanji dan marhaban di dalam masyarakat kita, adalah lebih baik supaya amalan ini dikaji dan diteliti semula dengan sebaik-baiknya. Ini adalah kerana, di dalam kitab berzanji itu sendiri mengandungi fakta-fakta yang jauh dari kebenaran, fakta-fakta yang menyimpang dari dasar aqidah yang benar, dan tidak keterlaluan jika saya katakan di sebahagian tempat dari kalangan masyarakat kita ini mereka menganggap bahawa membaca kitab berzanji ini sebagai sebahagian dari ritual beragama dan membacanya mendapat ganjaran pahala yang besar. Malah, sehingga ada di antara mereka yang menetapkan gaya lagu tertentu ketika membacanya. Tidak lain, sebenarnya perkara ini selain dari perbuatan yang membawa kepada kebatilan, ia turut mengajak kita berpaling dari menghayati al-Qur’an dan as-Sunnah.

Sekali lagi, saya menimbulkan sebuah persoalan di sini. Apakah dengan perayaan “Birthday Nabi” ini mampu merealisasikan slogan “Menyemarakkan cinta kepada Nabi”?

Setelah mana pelbagai pelanggaraan syari’at berlaku dengan tidak terkawal di dalam perayaan itu sendiri. Adakah Nabi kita mengajak kita merayakan hari perayaan sedemikian rupa? Apakah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ataukah para sahabat-sabahat beliau yang diredhai pernah mewasiatkan supaya diadakan perayaan-perayaan bentuk baru bagi membangkitkan semangat rasa cinta kepadanya?

Maka, bentuk-bentuk baru dan ritual-ritual baru dalam melahirkan rasa cinta kepada Nabi Shallallahu ‘alaihiwa Sallam sebagaimana yang berlaku melalui perayaan “Birthday Nabi” (Maulid Nabi) ini sewajarnya perlulah dikaji dan diteliti semula. Adakah ianya menepati dengan kehendak Nabi kita serta syari’at Islam itu sendiri.

Dengan serba sedikit penjelasan isu-isu di atas tadi, kita tinggalkan ia dan kembali bermuhasabah dengan melihat kembali hakikat sebenar mencintai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Pertama-tamanya, marilah kita kembali dan kita fahami bahawa perbuatan mencintai Nabi itu adalah termasuk ke dalam hakikat iman. Ini adalah sebagaimana Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Sallam berikut,

“Tidak (sempurna) Iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi hartanya, keluarganya, dan manusia lain seluruhnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan Rasul-NYA dan (dari) berjihad untuk agama-NYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-NYA (azab seksa-NYA); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)." (Surah at-Taubah, 9: 24)

Mencintai dan mencontohi Nabi termasuk ke dalam tuntutan beragama (mencintai Allah) berdasarkan firman Allah berikut (maksudnya):

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 3: 31)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (surah al-Ahzaab, 33: 21)

Dengan menghayati maksud ayat-ayat di atas, adakah kita telah mengikuti contoh sebagaimana yang dikehendaki bagi merealisasikan fokus mencintai Allah dan Nabinya? Adakah kita telah benar-benar mengikuti dan mencontohi Nabi dalam beragama? Adakah apa yang telah kita lakukan di dalam amalan-amalan beragama kita menepati sebagaimana yang ditunjuk-ajarkan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?

Di dalam merealisasikan slogan “Cinta Nabi (Muhammad Shallallahu ‘alaihiwa Sallam)” apa yang paling penting adalah dengan melihat kembali diri-diri kita adakah kita telah benar-benar mengikuti Sunnahnya. Sejauh manakah sunnah-sunnahnya yang diberikan kepada kita telah kita hayati dan amalkan dengan sebaik-baiknya.

Maka, dengan ini apa yang pertama-tamanya lagi priority supaya sewajarnyalah kita sentiasa menyemak bagaimana kita bertauhid, apakah telah benar sebagaimana Nabi kita mengajarkannya. Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut”.” (Surah an-Nahl, 16: 36)

Berkenaan dengan ayat ini, Imam Ibnu Katsir rahimahullah di dalam tafsirnya menjelaskan:

“Allah sentiasa mengutus para Rasul kepada manusia dengan membawa seruan (ajakan) itu semenjak mula munculnya kemusyrikan (syirik) pada anak cucu Adam ‘alaihis Salam, iaitu di era Nabi Nuh ‘alaihis Salam yang Allah mengutusnya kepada mereka. Dan beliau adalah Rasul pertama yang Allah utus kepada penduduk bumi sehinggalah Dia menutup para Nabi dan Rasul dengan mengutus Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada jin dan manusia. Sama ada yang berada di bumi bahagian barat, atau pun yang berada di timur.

Dan setiap Rasul mempunyai tugas yang sama, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):

“Dan Kami tidak mengutuskan seorang Rasul sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawasanya tidak ada Ilah (Tuhan yang berhak disembah dengan benar – pen.) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.” (Surah al-Anbiya’, 21: 25)” (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir)

Maka, dengan itu hendaklah kita istiqomah di dalam bertauhid sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sekaligus menjauhi pelbagai jenis penyimpangannya dan menghindari kesyirikan yang banyak berleluasa. Dengan sebab itu juga, penekanan haruslah ditumpukan dalam persoalan ini yang merupakan tujuan utama beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diutuskan kepada kita semua.

Setelah memenuhi dan memahami tuntutan-tuntutan tauhid, seterusnya ia akan membawa kita supaya sentiasa mengambil dan melaksanakan Sunnah-sunnah beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam setiap aspek kehidupan. Di dalam mengamalkan sunnah, hendaklah kita berhati-hati dari berlebih-lebihan terhadapnya iaitu dengan tidak menokok tambah dan mengubahsuai sunnah tersebut. Hendaklah kita mengamalkan agama ini sebagaimana yang diperintahkan dan diajarkan olehnya. Termasuk di dalam rangkuman Sunnah, hendaklah kita meninggalkan apa yang ditinggalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di dalam kaedah ushul fiqh, terdapat suatu kaedah sebagaimana berikut,

“Perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam meninggalkan sesuatu perbuatan di dalam keadaan wujudnya keperluan terhadap perkara tersebut dan tiadanya halangan (melakukannya), ia di sini menunjukkan meninggalkan perbuatan tersebut adalah sunnah dan melakukannya adalah bid’ah”. (Min Usul al-Fiqh Inda ahlil Hadis, 1/82)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan dengan sabdanya:

"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Qur’an), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (di dalam urusan agama), setiap perkara yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap perkara yang bidaah adalah sesat." (Hadis riwayat Muslim)

Apabila kita telah memahami sesuatu itu adalah sunnah dan kebenaran, hendaklah kita berusaha untuk mengamalkannya sekaligus menyampaikannya kepada yang lain.

Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh dan saling nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-‘Ashr, 103: 2-3)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

“Hendaklah orang yang yang hadir (pada hari ini) menyampaikan (sunnahku) kepada mereka yang tidak hadir.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walaupun satu ayat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Perbuatan menyebarkan dan menyampaikan sunnah ini adalah bertujuan meneruskan kelangsungan sesebuah sunnah itu sendiri sekaligus bagi menyebar-luaskan sebuah hakikat kebenaran. Sekiranya, dakwah tidak dilaksanakan bagi menyampaikan sunnah-sunnah Nabi ini, niscaya akan berleluasalah kejahilan dan sunnah akan mati, lalu akan digantikan dengan perlbagai jenis bid’ah dan kesesatan.

Selain dari menyampaikan sunnah-sunnah Nabi yang benar, hendaklah kita sentiasa memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaimana yang dituntut oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui firmannya (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, daripada Abu Umamah al-Bahily: “Barangsiapa di antara kamu yang paling banyak berselawat kepadaku maka dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Telah pun disebutkan sebelumnya, bahawa berselawat ke atas Nabi adalah sebagaimana yang ditunjuk-ajarkan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri berdasarkan riwayat-riwayat hadis yang sahih. Dan hendaklah kita tidak melaksanakan selawat dengan tatacara yang menyanggahi petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, iaitu dengan mengambil lafaz selawat sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis yang sahih, tidak menjadikannya sebagai bahan untuk nyanyian, dan dengan tidak menokok tambahnya. Ini adalah kerana selawat itu sendiri adalah perbuatan ibadah yang tidak dapat dilakukan melainkan dengan adanya dalil yang menunjukkan bagaimana ianya harus dilaksanakan.

Selanjutnya, hendaklah kita sentiasa membenarkan apa sahaja yang dibenarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Segala apa yang sahih disampaikan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam hendaklah kita mengimaninya, membenarkannya dan mentaatinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (Surah an-Nisa’, 4: 65)

Setelah kita memahami bahawa wajibnya menuruti segala apa yang datangnya dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, hendaklah kita meninggalkan apa sahaja yang dilarang oleh beliau, meninggalkan dan membenci apa sahaja yang dibenci oleh beliau, dengan itu juga hendaklah kita menyayangi apa sahaja yang beliau sayangi dan mencintai apa sahaja yang beliau cintai.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.” (Surah al-Hasyr, 59: 7)

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.” (Surah al-Ahzaab, 33: 36)

Diriwayatkan di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan supaya menyayangi dan mencintai orang-orang yang beriman (mukmin) dan orang-orang yang membela agama Allah. Iaitu bermula dari kalangan para sahabat radhiyallahu ‘anhum.

Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala turut menjelaskan supaya kita sentiasa berkasih sayang terhdap orang-orang yang beriman dan tidak berkasih sayang terhadap orang-orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya.

“Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.” (Surah al-Mujadilah, 58: 22)

Secara umumnya, demikianlah beberapa langkah awal bagi melahirkan dan mendidik diri di dalam mencintai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu pengetahuan terhadap Sunnah-sunnah beliau dan agama yang telah sempurna ini. Dengan ilmu tersebut, insyaAllah akan menjadi bekalan di dalam menegakkan syi’ar agama Islam yang sebenar sebagaimana yang diwariskan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada kita. Dengan ilmu itu juga akan mengangkat darjat kita membezakan dengan kaum yang beragama tanpa ilmu. Sekaligus mampu membimbing kita sentiasa di atas jalan yang haq, mencintai Nabi sebagaimana yang selayaknya dan meninggalkan perbuatan mencintai Nabi dengan cara yang tidak selayaknya.

Hanya dengan agama yang didirikan/ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang betul, maka ia akan diberikan kejayaan dengan mendapat pertolongan Allah. Maka, hendaklah kita menegakkan agama Allah ini dengan kebenaran dan tidak menegakkannya dengan kepalsuan (bid’ah).

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (al-Qur’an) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka.” (Surah Muhammad, 47: 7)

Wallahu a’lam...

26 comments:

Nur_Hijrah berkata...

Terima kasih atas article yg disampaikan, minta kebenaran linkkan ke blog saya.

s_a berkata...

salam, apa yang saya tahu Nabi menyambut ulangtahunnya dengan berpuasa pada hari jadinya.. jadi boleh tak jika kita x buat sambutan sacara besar-besaran tetapi forum mengenang sirah nabi (seperti apa yang dilakukan di sekolah saya dulu) dan didalam forum itu kita anjurkan berpuasa pada maulud Nabi ?

Tanpa Nama berkata...

salam saudara..
saudara ni wahabbi eh?
sy dpt tahu dr satu forum..
patut pun saudara byk kata itu bidaah, ini bidaah,,,
maaf la kalu tersinggung..
kalu setakat baca buku, taw hadis pun stakat satu dua je,, pastu sng2 je ltk hukum itu bagus, yg ini x bagus.. saudara sbnrnya menaqalkan perbahasan ilmu dengan tidak amanah (membawa satu baris sahaja)..
1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini.
2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Terdapat beberapa definisi terhadap dua istilah ini. Secara mudah, salaf ialah generasi awal Islam manakala khalaf ialah generasi yang terkemudian.
3. Golongan pro salaf di Malaysia biasanya mendokong fahaman tidak bermazhab, sentiasa merujuk kepada Quran dan sunnah, sentiasa menyebut kehebatan Syeikh Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Mereka juga merujuk kepada Syeikh Albani, ulama-ulama di Saudi dan sebagainya.
4. Manakala golongan pro khalaf biasanya mengikut mazhab yang empat khasnya mazhab Syafii di Malaysia, tidak terlalu merujuk kepada Ibn Taimiyyah dan ulama yang sewaktu dengannya.
5. Akhirnya berlaku pertembungan ilmu dan membawa kepada penyakit yang lain.
6. Hakikatnya para ulama tersebut tidak menganjurkan demikian. Mereka menganjurkan persaudaraan Islam. Walaupun terdapat perbezaan pandangan, semua itu hanya kerana kefahaman ijtihad yang berbeza sahaja tetapi masih merujuk kepada Quran dan sunnah. Cuma dikatakan bahawa manhaj Syeikh Albani agak keras sedikit hingga sesiapa yang membaca karya-karya beliau akan mudah menuduh ulama ini salah, silap dan sebagainya.
7. Adakah salah mengikut manhaj salaf? Tidak salah. Ia adalah manhaj yang baik dan benar.
8. Dan adakah salah mengikut manhaj khalaf? Juga tidak salah. Bermazhab adalah harus.
9. Kalau tidak salah, kenapa perlu ada pertembungan? Pertembungan ini sebenarnya bukanlah di kalangan para ulama muktabar tetapi di kalangan pengikut sahaja. Antara faktornya mungkin kerana kematangan ilmu yang belum sampai waktunya.
10. Muslim yang matang ilmu akan mengikut Quran dan sunnah. Ijtihad para ulama adalah kefahaman yang baik. Muslim begini tidak akan fanatik kepada mana-mana ulama tetapi setiap pendapat diterima berdasarkan dalil dan hujah. Imam Ibn Taimiyyah seorang ulama yang hebat tetapi bukanlah syarat seorang ulama hebat bahawa beliau tidak pernah salah dalam ijtihad. Muslim begini tidak akan membelakang ulama mazhab kerana ulama mazhab adalah generasi salaf.
11. Salaf banyak menyatakan amalan masyarakat adalah bidaah namun khalaf tidak begitu. Apa puncanya? Puncanya ialah kerana kefahaman yang berbeza bagi makna sunnah dan makna bidaah. Pro salaf meluaskan makna bidaah dan menyempitkan makna sunnah. Sebaliknya pro khalaf meluaskan makna sunnah dan menyempitkan makna sunnah.
12. Oleh itu, pertembungan fahaman salaf dan khalaf di Malaysia dan yang sewaktu dengannya wajar dilihat dalam kerangka syariah yang luas.
13. Marilah kita bersatu atas nama islam. Islam adalah agama yang Allah redhai. Gelaran ‘muslim’ adalah nama yang disebut dalam Quran. Apa jua fahaman kita, kita semua masih lagi sebagai muslim. Marilah bersatu atas perkara yang disepakati, dan bertolak ansurlah dalam perkara yang dikhilafi.

contoh lain:

dlm satu hadis rasulullah s.a.w bersabda:
"sesiapa yg menganut islam maka hendaklah dia berkhatan"
(rujuk nail al-author, juz 1)

dlm hadis lain rasulullah s.a.w bersabda:
berkhatan adalh sunat bai llki, dan kemuliaan bagi wanita"
(riwayat ahmad dan baihaqi)

so, mn yg btul ni...? disinilah prlu adanya ilmu yg cukup utk mengeluarkan fatwa yg sahih bkn skdr ambil satu hadis, kmudian hukum satu hadis lagi x btul..

kesimpulannya: bljr lh melalui guru yg brtauliah dan muktabar,,

maaf kalau bhs yg digunakan agk kasar.. jgn remove pulak comment sy ni,, biarlh pmbc lain boleh bc dan mmkirknnya... =)

Asyraf Dinie berkata...

As-Salamualaykum..

Orang2 yg kutuk2 cam ni..mmg slalu akan letak dgn nick name..

"Tanpa Nama"..hehe =)

Wallahua'lam..

Tanpa Nama berkata...

Memang la menyambut maulud nabi bukan cara mencintai nabi tetapi, ianya adalah salah satu cara menunjukan cinta pd nabi. Kalu anak kita, wife kita kita sambut birthday dia, kerna kita cinta mereka, maka nabi juga x terkecuali. Bahkan kat mesia ni, birthday agung or raja2 pun kita sambut dan cuti umum lagi tu.
jadi menyambut dan meraikan kelahiran nabi adalah digalakkan sebagi menunjukkan salah satu cara mencintai nabi.

say no to wahabi!!!

mankip

PT berkata...

Ek eleh. Sambut birthday raja saud tu xbidaah lak?

Dr Tulisan Ustaz Rashidi:

Al-Hadis bermaksud:

Diringankan Abu Lahab pada tiap-tiap hari Isnin dengan sebab dia membebaskan hambanya Thaubiyah kerana menggembirakannya dengan kelahiran al-Mustafa S.A.W.

(Riwayat al-Bukhari). (kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani pada jilid 9 kitab al-Nikah muka surat 43 dan 48 ada menyatakan hadis seperti di atas.

Kitab Manhaj al-Salaf Fi Fahmi al-Nusus Bayan al-Nazariyyah Wa al-Tatbiq karangan al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki tidak ada bersama saya sekarang (kerana kawan saya pinjam) jadi saya tidak dapat menunjukkan muka surat kitab ini.

Namun kitab Mafahim Yajibu An Tusahhah karangan al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki juga ada menyatakan dan menerangkan perkara ini (status hadis ini) pada muka surat 255 dan 256.)

Kegembiraan seorang penentang Islam di atas kelahiran Rasulullah S.A.W. dapat meringankan siksanya di neraka pada setiap hari Isnin. Jika orang kafir yang di neraka juga diringankan siksanya kerana kegembiraan menyambut kelahiran baginda S.A.W. maka apatah lagi orang Islam yang bergembira dengan kelahiran Rasulullah S.A.W.

Kedua:

Rasulullah S.A.W. sendiri membesarkan hari kelahirannya serta mensyukuri segala nikmat pemberian Allah Taala ke atas baginda pada hari tersebut. Semua ini dilahirkan melalui ibadat puasa sunat baginda S.A.W. pada setiap hari Isnin.

Dari Abu Qatadah bermaksud:

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab: Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.

(Riwayat Muslim).

Ketiga:

Bergembira dengan Rasulullah S.A.W. adalah dituntut.

Firman Allah Taala bermaksud:

Katakanlah dengan kelebihan Allah dan rahmatNya maka demikian hendaklah mereka bergembira. (Surah Yunus: Ayat 58).



Allah Taala menyuruh kita supaya bergembira dengan rahmatNya maka Rasulullah S.A.W. adalah sebesar-besar rahmat.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan tidaklah Kami utuskan kamu kecuali sebagai rahmat kepada sekalian alam. (Surah Al-Anbiya: Ayat 107).



Keempat:

Maulidur Rasul akan menganjurkan kita untuk sentiasa berselawat dan salam yang sangat dituntut ini kepada baginda S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud:


Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).



Kelima:

Sambutan maulid adalah satu amalan baik yang diterima ulama dan umat Islam di serata tempat. Ia dilakukan di setiap penjuru dunia dan ia tentulah dituntut berdasarkan kaedah yang telah diterima pakai dari sebuah hadis Ibnu Masud:

Apa yang dilihat umat Islam baik maka ia juga baik di sisi Allah dan apa yang dilihat umat Islam buruk maka ia juga buruk di sisi Allah. (Riwayat Ahmad).

Untuk lebih memahami bolehlah juga merujuk artikel saya sebelum ini bertajuk: Bidaah Satu Erti Yang Disalahgunakan.

ANTARA PENDAPAT ULAMA MENGENAI MAULID

Imam Jalaluddin Al-Sayuti (Lihat kitab: Husnul Maqsad Fi Amal Maulid).

Beliau ditanya tentang hukum perayaan Maulid pada bulan Rabiulawal: Apakah orang yang merayakannya mendapat pahala? Beliau menjawab: Perayaan Maulid pada hakikatnya ialah mengumpulkan kebanyakkan orang untuk membaca beberapa ayat al-Quran. Kemudian menjelaskan jalan-jalan dakwah sejak mula diutuskannya Rasulullah. Acara itu diisi dengan menghidangkan makanan sebelum para hadirin kembali ke tempat masing-masing. Dengan tidak berlebihan saya katakan bahawa perayaan semacam itu tergolong dalam bidaah hasanah yang bila dilakukan akan mendapat pahala. Mereka telah mengagungkan kedudukan Nabi S.A.W. dan menyatakan kesyukuran mereka di atas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. sebagai penghulu umat.

Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah (Lihat kitab: Iqtidha as-Shirath al-Mustaqin).

Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyah: Memuliakan Maulid dan merayakannya setiap tahun seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah Taala kerana niatnya baik dan memuliakan Rasulullah S.A.W.

Terdapat ramai lagi ulama yang turut membolehkan sambutan Maulidur Rasul ini antaranya seperti: Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Al-Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad al-Khazraji, al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki, Syeikh Atiyah Saqar, Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi, Syeikh Prof. Dr. Ali Jumaah dan lain-lain lagi.

PERINGATAN PENTING

Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:

Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.



(Sila lihat kitab al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).

Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelas ialah kita tidak boleh menafikan, membantah, atau menuduh bidaah lagi sesat dan sebagainya kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara agama yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari terdapat segelintir golongan yang menceburi lapangan dakwah Islamiah menyanggah kaedah ini. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang kesat kepada orang yang berpegang dengan perkara khilafiyyah yang tidak sealiran dengan mereka dengan mengkafirkan, memfasiqkan dan membidaahkan golongan tersebut. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam semenjak sekian lama.

PENUTUP

Suka saya mengambil kata-kata al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki seperti berikut:

Bahawa sesiapa yang hendak menolak perayaan ini atau perhimpunan mengingati Maulidur Rasul atau merayakan kelahirannya atau kehidupannya pada musim tertentu dengan alasan para salaf tidak pernah melakukannya maka alasan itu bukanlah satu dalil yang boleh diterima bahkan ia tidak berdalil langsung.

Di sini saya ingin menyeru kepada semua umat Islam agar sentiasa mengingati serta mendalami sirah baginda S.A.W. dan mengambil pengajaran daripadanya. Sayangilah dan hormatilah baginda S.A.W.

Boleh juga merujuk artikel saya sebelum ini bertajuk: Adab-Adab Dengan Rasulullah S.A.W.

Tanpa Nama berkata...

biasa la wahabi, kalau x leh jawab dia akan diam.. namun nak insaf x juga...

Antara ciri2 wahabi yang bahaya, mengundang perpecahan:
memaksa orng menerima pendapatnya, pendapat dia je betul... jumud betulll

student berkata...

sekadar berkongsi pengalaman..

pernah beberapa tahun dahulu di suatu kawasan di Johor ni, diadakan sambutan maulid..cukup besar, meriah dan ramai penduduk tempatan yang datang dengar ceramah, barzanji dan nasyid..biasela, 'mencintai nabi' dikatenye..

ceramah adelah selepas isyak..ramai yang hadir dengar..khemah luas menempatkan hadirin mencecah 100 orang tapi yang paling best, beberape jam lepas ceramah itu iaitu pade waktu subuh, tak sampai pun 2 saf jemaah yang hadir..tak sampai 30 orang..

sungguh hebat kecintaan para hadirin terhadap junjungan nabi..ceramah setahun sekali dengan makan-makan sure datang..tapi solat jemaah yang sangat dituntut dan lambang syiar perpaduan umat Muhammad S.A.W. ditinggal2kan..

mungkin mereke letih kerane khusyuk memahami ceramah 'mencintai nabi' malam tadi..

wallahu'alam..

student sebenar berkata...

student, subuh mmg la sikit. Ade ke xde ceramah, subuh mmg sunyi kalo kat msjid. Org malas bgn. Lenlah kalo pagi maulud tu 30, tp pg len 300.

So, jgn nk salahkn majlis maulud lak. Kurang2 depa dgr ceramah, ingati Nabi, enta duk umah, brp kali ingat dan selawat kat Nabi?

Jgn mintak dalil je tau, amal xde satu pun..

Ibnu Ali berkata...

Assalamualaikum Tuan Rumah

Dalam hal Maulid Nabi ni saya tak bersetuju dengan pendapat tuan.

Imam Ibnul Jazari - wafat pd 833h - telah berkata: Sedangkan org kafir yg mana Allah mencelanya dlm al-Quran (Surah Masad) diringankan azabnya dlm neraka kerana dia gembira dgn kelahiran Nabi, inikan pula seorang Muslim yg mngesakan tuhannya dr umat Nabi Muhammad yg gembira dngn kelahiran Nabi dan memberikan sedaya mungkin kemampuannya dlm menunjukkan erti cinta pd Nabi s.a.w.
_________________

Bagi sesiapa yang tak bersetuju, bagi dengan hujah. Kalau takde hujah pun tak ngapa. Tetapi ada pula yang provok. Tak perlulah nak provok. Sama-sama bagi hujah ilmiah sudah.

Akhir zaman, "kerana kelahiran Nabi kita berbalah"

Nilai berkata...

Asyrafdinie..ana ada bg komen kat cbox nta..ana tak setuju bila nta kata org TANPA NAMA mst kutuk..bila dia tak berpihak pada nawawi maka nta kata itu kutukan..tp bila mana2 yg TANPA NAMA setuju dgn nawawi nta tak kata apa2..jgn jd mcm nawawi yg bodoh sombong ni..

nta membid'ahkn org..nta bagus sgt ke..ye nta bagus la sbb nta ada dalil..

selagi org tu ada dalil maka bg nta dia la betul..padahal org yg bangkang nawawi pun ada dalil jugak..tp nta seolah2 memperkecil2kn mereka..jgn bodoh sombong wahai engineer..

Asyraf Dinie berkata...

AS-Salamu'alaykum..

First of all..my name is Asyraf Dinie...bukan "tanpa nama"..bukan "nilai".. and so on...hehe =)

Erm..dah baca dah dan jawab kat blog ana..hai kesian Nilai..smg ALlah beri hidayah pada kamu..

Ana tidak akan kata org sombong bodoh ke..atau ape ke..risau tuduhan tu akan terpatul balik pada org yg tuduh tu..hehe..cuma ana lebih memihak pada hujah yg lebih jelas dan lebih kuat..yg benar2 merujuk pada Al-Quran dan hadis yg sahih tanpa pusing2..insyaAllah selagi kita pegang Al-Quran dan Hadis yg sahih..selagi itu Nabi saw dah jamin kita tidak akan sesat sampai bila2..

Nabi saw bersabda: “Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selamanya iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunna nabi-Nya (Hadis)” (HR Imam Malik: 1395, dari Umar Al-Khattab, dihasankan oleh Al-Albani di dalam kitabnya Manzilatus Sunnah fil-Islam 1/18)...

Hai..tak nak terima idea org salaf takpe..jgn la serang kami balik dan ajak org lain utk kutuk kami..tak elok mcm tu..menghalang org lain dari dapat hidayah dan petunjuk AL-Quran dan hadis yg sahih..ish2..

ape2 pun kembali pada surah An-Nisa' ayat 59

Allah berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya" (An-Nisa' 4:59)

ada paham sahabat.. =), (status engineer aku lak kene pertikai..paling tak suka org2 ahbash ni..diorg main serang peribadi lak..hampeh betul org cam gitu)..

Wallahua'lam..

Tanpa Nama berkata...

Nama boleh tipu. Kalau awak komen dan letak nama george bush pun siapa boleh pertikai? Begitu dengan gambar. Letak gambar pakai kot, dan dakwa itu awak, siapa boleh pertikai? Kalau letak gambar bapuk pun siapa boleh pertikai?

Nama pun dunia internet. Orang berhak percaya atau tak percaya dgn identiti kita dan kita tak boleh halang. Kalau aku letak nama Muhammad Zuhdi Abdul Ghafur, awak berhak percaya atau tidak percaya dan aku tak perlu buktikan apa2 yang itu nama aku. (Contoh)

So, dalam dunia internet, orang tak peduli sangat identiti. Yang penting hujah. Kalau hujah katak bawah tempurung, jumud, soal fiqah diambil buta tuli daripada salaf yang dah mati ratus tahun dulu sedangkan ulamak sekarang sihat wal afiat lagi, sedangkan situasi cukup berlainan antara zaman salaf dan kita, maka itu aku panggil katak bawah tempurung.

Aku tak kata jangan ikut salaf, aku katakan jadikan salaf sebagai rujukan bukan wajib diikut sebiji2 dalam isu fiqah.

Orang ingat nabi, sayang nabi pun jadi isu. Orang hina Nabi mana pulak reaksi? Orang tolak sunnah Nabi apa pulak reaksi?

Aku nak tahu jugak, orang yang marah kita ingat Nabi dengan menginagti kelahiran dia ni berapa ribu kali selawat kat baginda setiap hari.

Ngabih boreh..

Nilai berkata...

asyrafdinie..

ok ana minta maaf pada tuan blog nawawi kerana kata dia bodoh sombong..semoga nawawi maafkn..

tapi nawawi rasanya lg banyak buat silap terhadap org lain yg tak sebulu dgn dia..

ana dgr nawawi kata ..maksiat dan bid'ah tu..bid'ah jauh lebih teruk dari maksiat..kerana maksiat tidak merubah wajah agama..tp bid'ah mampu merubah agama..lebih kurang cmtu nawawi kata..

secara jujur..adakah nta..asyrafdinie..bersetuju dgn kata2 nawawi ni ye?

.P.y.a.n. berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Asyraf Dinie berkata...

Wah..baru aku paham nape nawi dah x nak jawab..hehe..

Ok la..ni last comment aku klat sini..nilai..ana suka cara enta/enti membalas kata2 ana..syukran kerana berlaku adil..ana akan jawab soalan enti tu dlm blog ana..

"Tanpa Nama"..buat2 bertaubat la ye..langsung x de adab.. =)

Assalamualaikum..

Saudara Islam berkata...

Asyraf Dinie,
Walaupun wujud perbezaan pendapat di kalangan ulama’ mujtahidin dan masing-masing menjelaskan hujah yang menjadi sandaran kepada setiap masalah yang dihasilkan oleh ijtihad mereka, tetapi perbezaan itu tidak sedikitpun membawa kepada pulau memulau, benci mereka tanpa mengetahui dalil-dalil sandaran hukum yang mereka ijtihadkan. Dalam pada itu mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain dan berlapang dada serta bertolak ansur dalam masalah yang mereka tidak boleh bersatu. Ini disebabkan tabiat masalah yang dalilnya tidak qat’iy, maka pasti akan berlaku khilaf.Setiap orang faqih itu telah mencurahkan seluruh tenaganya bagi mencapai kebenaran Khilaf seperti ini juga berlaku di kalangan para sahabat dan tabi’in, namun demikian tidak ada seorang pun dikalangan mereka dicela kerana perbezaan yang berlaku itu, ini disebabkan masing-masing bekerja unutk mencari kebenaran, kalau tersalah ketika menuntut dan mencari kebenaran itu mereka tidak dipersalahkan bahkan dimaafkan.
Renungkanlah.

Asyraf Dinie berkata...

Saudara Islam..

syukran akhi atas jawapan yg jelas..beradab dan betul2 menyatakan pendirian enta..walaupun ana tak bersetuju keseluruhannya tp ana suka cara yg begitu..tidak menyerang peribadi dan benar2 fokus pada matlamat perbincangan..smg Allah beri enta dan ana hidayah yg benar dlm musafir kita mencari ilmu agama Allah yg sgt luas ni..InsyaAllah..

Jawapan ana pada penerangan enta,

Ulama' berbeza dlm bab fiqh dan itu kita sgt2 la perlu berlapang dada..tp dalam bab aqidah dan manhaj..ulama' yg mengambil manhaj pada salaf(golongan terdahulu) tidak pernah berbza pendapat dan khilaf dlm hal itu..dan InsyaAllah ulama'2 yg benar2 mengambil AlQuran dan Hadis yg sahih..dan juga para salaf sbg ikutan utama..berada dlm jalan yg benar dan kita perlu mengambil pendekatan mereka dengan syarat tidak takliq pada mereka tanpa ilmu..

Itu hujah dan jawapan ana..Wallahua'lam..

Nawawi berkata...

PT berkata:

"Diringankan Abu Lahab pada tiap-tiap hari Isnin dengan sebab dia membebaskan hambanya Thaubiyah kerana menggembirakannya dengan kelahiran al-Mustafa S.A.W.

(Riwayat al-Bukhari). (kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani pada jilid 9 kitab al-Nikah muka surat 43 dan 48 ada menyatakan hadis seperti di atas."

Jawaban:

- Hadis tersebut adalah mursal. Telah dinyatakan sendiri oleh Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam al-Fath tersebut yg kamu jadikan footnote.

- Hadis tersebut adalah mimpi. Dan bukan kata2 Nabi.

- Dan saya sarankan awak cek sendiri dalam Shahih al-Bukhary akan matan sebenar hadis tersebut. Yang pastinya bukan begitu (tidak terdpat matan seperti itu dalam Shahih al-Bukhary). Saya pasti, anda menukil hujah tersebut dari Alawy al-Maliki.

- Kemudiannya, jika hadis tersebut wujud sekalipun. Adakah para sahabat memahami sebagaimana Alawy al-Maliki memahaminya? Adakah para sahabat menggunakan hadis tersebut untuk mengadakan maulud Nabi? Jika Ibnu Hajar rahimahullah menggunakan hadis terebut utk mengharuskan majlis maulud sekalipun, maka itu adalah kesilapan beliau. Dan kita tidak mewarisi kesilapan seseorang biar pun dia seorang alim mujtahid. Dia tetap manusia dan bukannya mewarisi kemaksuman seorang Nabi.




Berkenaan Nabi berpuasa pada hari kelahirannya (Isnin), maka itu adalah sahih. Tetapi, yg peliknya, orang sekarang bukannya berpuasa, tetapi mengadakan makan/kenduri besar! Berarak ke sana ke mari. Sehinggakan melahirkan bentuk2 bid'ah baru dan meninggalkan sunnah2 yang sebenar.

Berkenaan bergembira dengan rahmat Allah. Saya nak tanya, bagaimana cara para sahabat bergembira dengan rahmat tersebut? Adakah dengan menyambut maulid atau dengan lebih tekun mempelajari/mengamalkan sunnah (ajaran nabi)?

Berkenaan anjuran berselawat:

- Nabi tidak pernah menganjurkan (mengkhususkan) selawat ketika hari lahirnya atau hari kematiannya.

- Suruhan berselawat adalah umum dan merupakan sebahagian dari bentuk2 zikir dan ibadah. Tidaklah ia dikhususkan pada sesuatu tempat/keadaan melainkan dengan dalil yg sahih.

- Menetapkan selawat pada hari2 tertentu seperti maulid sedangkan nabi sendiri tidak pernah menyatakan begitu, maka tidak syak lagi, ia adalah bid'ah yang merupakan bentuk baru dalam beribadah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...tumpukan kepada mendedahkan sunnah kepada pembaca. Jangan menulis hal mempunyai maksud mengutuk kerana ianya mengundang kepada kebencian orang kepada pejuang sunnah seperti tuan. Akibatnya nanti sunnah juga dibenci orang. Tuan seolah-olah menjadi penghalang kepada orang seperti saya yang ingin hidup dengan sunnah sebenar. Kekerapan tuan menghina jemaah lain terutamanya tabligh membuatkan saya meluat dengan sikap tuan. Saya amat memerlukan bimbingan tuan berkenaan sunnah, namun kutukan tuan terhadap aliran lain membuatkan saya meluat. Harap maaf dan ajarlah saya sunnah. Jangan ajar saya mengutuk.
2008 September 12 22:54

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Pendapat Para Imam dan Muhaddits Tentang Maulid , pendapat anda ...?

1. Berkata Imam Al Hafidh Ibn Hajar Al Asqalaniy rahimahullah :
Telah jelas dan kuat riwayat yang sampai padaku dari shahihain bahwa Nabi saw datang ke Madinah dan bertemu dengan Yahudi yang berpuasa hari asyura (10 Muharram), maka Rasul saw bertanya maka mereka berkata : "hari ini hari ditenggelamkannya Fir'aun dan Allah menyelamatkan Musa, maka kami berpuasa sebagai tanda syukur pada Allah swt, maka bersabda Rasul saw : "Kita lebih berhak atas Musa as dari kalian", maka diambillah darinya perbuatan bersyukur atas anugerah yang diberikan pada suatu hari tertentu setiap tahunnya, dan syukur kepada Allah bisa didapatkan dengan pelbagai cara, seperti sujud syukur, puasa, shadaqah, membaca Alqur'an, maka nikmat apalagi yang melebihi kebangkitan Nabi ini?, telah berfirman Allah swt "SUNGGUH ALLAH TELAH MEMBERIKAN ANUGERAH PADA ORANG-ORANG MUKMININ KETIKA DIBANGKITKANNYA RASUL DARI MEREKA" (QS Al Imran 164)

2. Pendapat Imam Al Hafidh Jalaluddin Assuyuthi rahimahullah :
Telah jelas padaku bahwa telah muncul riwayat Baihaqi bahwa Rasul saw ber akikah untuk dirinya setelah beliau saw menjadi Nabi (Ahaditsulmukhtarah hadis no.1832 dengan sanad shahih dan Sunan Imam Baihaqi Alkubra Juz 9 hal.300, dan telah diriwayatkan bahwa telah ber Akikah untuknya kakeknya Abdulmuttalib saat usia beliau saw 7 tahun, dan akikah tak mungkin diperbuat dua kali, maka jelaslah bahwa akikah beliau saw yang kedua atas dirinya adalah sebagai tanda syukur beliau saw kepada Allah swt yang telah membangkitkan beliau saw sebagai Rahmatan lil'aalamiin dan membawa Syariah untuk ummatnya, maka sebaiknya bagi kita juga untuk menunjukkan tasyakkuran dengan Maulid beliau saw dengan mengumpulkan teman-teman dan saudara-saudara, menjamu dengan makanan-makanan dan yang serupa itu untuk mendekatkan diri kepada Allah dan kebahagiaan. Bahkan Imam Assuyuthiy mengarang sebuah buku khusus mengenai perayaan maulid dengan nama : "Husnulmaqshad fii 'amalilmaulid".

3. Pendapat Imam Al hafidh Abu Syaamah rahimahullah (Guru imam Nawawi) :
Merupakan Bid'ah hasanah yang mulia dizaman kita ini adalah perbuatan yang diperbuat setiap tahunnya di hari kelahiran Rasul saw dengan banyak bersedekah, dan kegembiraan, menjamu para fuqara, seraya menjadikan hal itu memuliakan Rasul saw dan membangkitkan rasa cinta pada beliau saw, dan bersyukur kepada Allah dengan kelahiran Nabi saw.

4. Pendapat Imamul Qurra' Alhafidh Syamsuddin Aljazriy rahimahullah dalam kitabnya 'Urif bitta'rif Maulidissyariif :
Telah diriwayatkan Abu Lahab diperlihatkan dalam mimpi dan ditanya apa keadaanmu?, ia menjawab : "di neraka, tapi aku mendapat keringanan setiap malam senin, itu semua sebab aku membebaskan budakku Tsuwaibah demi kegembiraanku atas kelahiran Nabi (saw) dan karena Tsuwaibah menyusuinya (saw)" (shahih Bukhari hadits no.4813). maka apabila Abu Lahab Kafir yg Alqur'an turun mengatakannya di neraka mendapat keringanan sebab ia gembira dengan kelahiran Nabi saw, maka bagaimana dg muslim ummat Muhammad saw yang gembira atas kelahiran Nabi saw?, maka demi usiaku, sungguh balasan dari Tuhan Yang Maha Pemurah sungguh-sungguh ia akan dimasukkan ke sorga kenikmatan Nya dengan sebab anugerah Nya.

5. Pendapat Imam Al Hafidh Syamsuddin bin Nashiruddin Addimasyqiy dalam kitabnya Mauridusshaadiy fii maulidil Haadiy :
Serupa dengan ucapan Imamul Qurra' Alhafidh Syamsuddin Aljuzri, yaitu menukil hadits Abu Lahab.

Nawawi berkata...

Telah pun dijawab di sini:

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2009/03/87-menjawab-5-syubhat-utama-golongan.html

Tanpa Nama berkata...

Perbezaan hanya tentang mafhum apa itu maulid. Ada pihak yang memahaminya dengan bentuk melahirkan kegembiraan semata-mata tanpa mengira kegembiraan itu telah membawa kepada menambah-nambah perkara baru dalam agama.
Maksud saya semua pihak perlu melahirkan rasa gembira dengan kelahiran Rasulullah SAW, TETAPI bagaimana pendekatan. Adakah membuat perarakan , mengubah lafaz selawat dan pelbagai lagi merupakan perkara yang diiinkan oleh syara'. Saya bersetuju bahawa Sambutan Maulid bukan Bida'ah JIKA ia disambu dengan sekadar berpuasa sunat pada hari Isnin, membanyakkan sedekah, menziarah anak-anak yatim dan beberapa amalan kebajikan . Ada pun membuat perarakan beramai-ramai, melaungkan bacaan selawat secara berlagu ia semenagnya suatu bid;ah yang peru ditingglkan. Kesimpulannya bergembira atas kelahiran itu tak salah, TAPI yang perlu direnungkan bagaimana caranya? Perbezaan pendapat berlaku kerana cara berijttihad yang berbeza. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendekatan dan cara menyambut Maulid di Malaysia menyamai cara golongan Syiah mengingati kelahiran imam-imam mereka.

Kamal
Kota Bharu.

PT berkata...

Nawi, kalau mursal pun adakah maudhu'? Kalau hadis dhaif pun boleh beramal. Camne belajar nih?

Ok, kalo tu bkn matan die, bak mai matan sbnr dia. Bagikla dh kalo lain. Jgn cakap je.

Hadis tu ttg bolehnye kite brgembira, sambut hari kelahiran Nabi.

Mknanya, kalo org nk sambut ikut dia lah, kalo xnak sambut, jangan halang org sambut. Paham budak??

Xtimbul isu kena bljr sunnah, sbb kite bkn sambut hari lahir Nabi dgn tggalkan belajar sunnah, itu isu yg lain budak.

Xdenye menetapkan. Kite just selawat. Bkn menetapkan pahala2 or hukum2 khas kalau selawat pd maulud.

Camne la mamat ni belajar fikah. Bidaah pun tak paham..

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi berkata...

Anda Berkata:

Pendapat Imamul Qurra' Alhafidh Syamsuddin Aljazriy rahimahullah dalam kitabnya 'Urif bitta'rif Maulidissyariif:

Telah diriwayatkan Abu Lahab diperlihatkan dalam mimpi dan ditanya apa keadaanmu?, ia menjawab : "di neraka, tapi aku mendapat keringanan setiap malam senin, itu semua sebab aku membebaskan budakku Tsuwaibah demi kegembiraanku atas kelahiran Nabi (saw) dan karena Tsuwaibah menyusuinya (saw)" (shahih Bukhari hadits no.4813). maka apabila Abu Lahab Kafir yg Alqur'an turun mengatakannya di neraka mendapat keringanan sebab ia gembira dengan kelahiran Nabi saw, maka bagaimana dg muslim ummat Muhammad saw yang gembira atas kelahiran Nabi saw?, maka demi usiaku, sungguh balasan dari Tuhan Yang Maha Pemurah sungguh-sungguh ia akan dimasukkan ke sorga kenikmatan Nya dengan sebab anugerah Nya.

5. Pendapat Imam Al Hafidh Syamsuddin bin Nashiruddin Addimasyqiy dalam kitabnya Mauridusshaadiy fii maulidil Haadiy:

Serupa dengan ucapan Imamul Qurra' Alhafidh Syamsuddin Aljuzri, yaitu menukil hadits Abu Lahab.

Perkataan tersebut dibantah. Dan berikut adalah matan di dalam Shohih al-Bukhari:

وثُوَيْبَةُ مَوْلَاةٌ لِأَبِي لَهَبٍ كَانَ أَبُو لَهَبٍ أَعْتَقَهَا فَأَرْضَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا مَاتَ أَبُو لَهَبٍ أُرِيَهُ بَعْضُ أَهْلِهِ بِشَرِّ حِيبَةٍ قَالَ لَهُ مَاذَا لَقِيتَ قَالَ أَبُو لَهَبٍ لَمْ أَلْقَ بَعْدَكُمْ غَيْرَ أَنِّي سُقِيتُ فِي هَذِهِ بِعَتَاقَتِي ثُوَيْبَةَ

“Pada asalnya Tsuwaibah adalah budak wanita Abu Lahab. Abu Lahab membebaskannya, lalu dia menyusui Nabi (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam). Ketika Abu Lahab mati, dia diperlihatkan kepada sebahagian keluarganya (melalui mimpi) berkenaan buruknya keadaan dia (Abu Lahab). Keluarganya berkata kepadanya, “Apa yang engkau perolehi?”, Abu Lahab menjawab, “Aku tidak memperolehi selepas kamu melainkan aku diberi minum sebanyak ini (memaksudkan jumlah yang sangat sedikit) kerana aku memerdekakan Tsuwaibah.” (Hadis Mursal Riwayat al-Bukhary, 16/49, no. 4711, dari ‘Urwah bin Zubair)

Bab:

بَاب
{ وَأُمَّهَاتُكُمْ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ }
وَيَحْرُمُ مِنْ الرَّضَاعَةِ مَا يَحْرُمُ مِنْ النَّسَبِ

Perbahasan Selanjutnya, anda boleh rujuk di sini:

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2009/03/87-menjawab-5-syubhat-utama-golongan.html

Wallahu a’lam...

Tanpa Nama berkata...

Salam

Bagaimana kita nak menghukum para sahabat terutama 4 shabat yg besar kerena masa pemerintahan mereka tiada rekod pun sambutan Maulud di adakan ?
Mohon penjelasan .

saiful