“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Selasa, Mac 03, 2009

Sebuah Lagu Untuk Tuhan?

Sebuah Lagu Untuk Tuhan?

http://an-nawawi.blogspot.com/

“Tuhan… Dosaku menggunung tinggi

Tapi taubatku tak ku tepati…

Tuhan… Rahmatmu melangit luas…

Namun sedikit ku bersyukur…

Kini ku kembali pada-Mu

Mengharap maghfirah dari-Mu


Moga kan terampunlah dosa-dosaku…”

Begitulah sebuah alunan nasyid (muzik kontemporari) yang diadun dengan lirik doa, tiba-tiba menerpa ke dasar telinga aku. Aku pun menoleh ke sebelah kanan meja kerjaku. Lalu aku melihat Zam sedang asyik memilih-milih lagu (mp3) untuk disusunkan di dalam susunan pemain mp3 laptopnya. Sambil sebuah lagu telah mula dimainkan.

Aku pun segera menyapa beliau,

“Zam, dah tau dosa tu “menggunung tinggi”, kenapa duk asyik menyanyi lagi?”

“Pegi lah buat solat taubat ke, istighfar ke...”

Zam pun terkejut dah melihat ke arah ku sambil tersenyum. Dia sedar aku sedang memerli lagu yang sedang dimainkannya.

Aku pun bertanya, “Lagu yang kau mainkan tu tajuk dia apa? Siapa yang menyanyikannya?”

Zam pun segera melihat kembali senarai susunan lagu pada paparan winampnya dan kemudian menoleh ke arahku semula,

“Emmm, lagu kumpulan Haikal, tajuk dia Epilog Silam…”

“Rilexlah Nawi…”

Dia pun tersengih-sengih. Kerana dia tahu, aku anti dengan muzik, apatah lagi nasyid.

Di antara sebabnya kenapa aku anti dan agak rigid di dalam persoalan muzik adalah kerana, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah mengisyaratkan dengan hadisnya yang bermaksud:

“Akan ada dari umatku, kaum yang menghalalkan zina dan sutera, khamr (minuman keras) dan alat-alat muzik....” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5590)

Dan di dalam tafsir Ibnu Katsir (tafsiran ayat 6 Surah Luqman) turut menjelaskan perkataan Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu yang menyatakan bahawa nyanyi-nyanyian adalah termasuk perkataan yang tidak berguna.

Sebagaimana yang dimaklumi oleh mereka yang berilmu, bahawa Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu adalah salah seorang tokoh ulama tafsir dari kalangan sahabat, malah beliau turut mendapat doa dari Nabi yang mengkhusus di dalam bidang penafsiran al-Qur’an.

Malah telah menjadi kesepakatan dari kalangan ulama salaf (terdahulu) yang menjelaskan betapa bahayanya muzik dan akan keharamannya. Malah mereka sangat berhati-hati terhadap apa jua bentuk nyanyi-nyanyian, sehingga ada dari kalangan mereka yang menolak kesaksian penyanyi dalam soal periwayatan hadis. Di antara mereka yang bersikap dengan demikian adalah imam asy-Syafi’i dan imam al-Bukhari.

Kembali kepada rangkap lagu di atas, jika kita benar-benar merujuk kepada rangkap demi rangkap lagu tersebut, kita pasti akan dapat melihat bahawa ia menjurus kepada bentuk doa kepada Allah. Dengan itu, wajarkah kita berdoa iaitu menujukan permintaan kepada Allah dengan iringan alat-alat muzik dan sambil menyanyi?

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri telah menjelaskan di dalam al-Qur’an sebagaimana berikut (maksudnya):

“Dan sebutlah nama Tuhanmu (berdoa dan berzikir) dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf, 7: 205)

Dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam turut menjelaskan melalui sebuah hadis yang sahih di dalam ash-Shahihain (maksudnya):

“Wahai manusia, kasihanilah diri kamu. Kerana kamu tidaklah menyeru yang pekak dan yang jauh, sesungguhnya Zat yang kamu seru adalah Maha Mendengar lagi sangat dekat.”

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada di dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)

Demikianlah halnya, betapa menunjukkan muzik sudah mendarah lalu menjadi gumpalan daging di dalam tubuh-tubuh umat Islam. Sehingga ibadah-ibadah mereka juga turut diterapkan dengan element-element muzik.

Tidak hairanlah sekiranya ada yang dulunya tampil berpakaian seumpama seorang ustaz yang sering mengeluh di dalam lagunya “sepi tanpa cintamu” kini sudah menjadi superman, terbang ligat di pentas populariti seorang pemuzik.

Jika dulu siapa yang tidak kenal “seorang ustaz” berpenampilan lebai yang aktif berceramah mengkritik orang itu dan orang ini sambil giat melagukan (menyanyikan) zikir-zikir “versi baru”. Kini juga telah hangat namanya di pentas populariti berstatus seorang penyanyi.

Wallahu a’lam... mungkinkah telah tiba zamannya sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Akan ada dari umatku, kaum yang menghalalkan zina dan sutera, khamr (minuman keras) dan alat-alat muzik....” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5590)

Demikianlah beberapa hakikat. Memperlihatkan kepada kita fenomena muzik yang mendarah dan mendaging. Kini ia terus merambat menjadi kanser, memalingkan dan menghalang-halangi manusia dari menuju ke jalan agama yang sebenar.

16 comments:

Kekacang berkata...

Satu catatan yang baik, penerangan yang cukup jelas.

Tanpa Nama berkata...

menarik.

kesimpulannya manusia suka berhibur dengan muzik, walaupun untuk beribadah. sbb tu org suka mendayukan takbir raya, suka masuk tilawah al quran dan suka berzanji. :)

semoga allah memberi hidayah kepada kita semua. kenal sunnah, kenal kehidupan. insha-allah

Tanpa Nama berkata...

Hujjah mereka yang menghalalkan muzik telah lama dibahaskan di sini. - http://fiqh-sunnah.blogspot.com/search/label/Muzik

ada pun yg saya utarakan di dalam artikel di atas, adalah lebih memfokuskan isu beribadah sambil bermuzik.

wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

"Kalau x dapat bantah, baik duk diam2."
assalamualaikum...wbt..
saudara, berhemah dan berhikmahlah..
saya risau jika saudara secara tidak sengaja memandang hina dan buruk terhadap orang lain..
alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saudara lebih dari orang lain..Dia yang berkuasa memberi, dan Dia juga yang berkuasa menariknya, bila2 yang Dia kehendaki..
moga Allah tetapkan hati saudara pada jalanNya ini..juga memberi hidayah kepada orang lain juga..amin..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana mengingatkan. Namun, sekiranya kita tidak memiliki hujjah, adalah lebih baik berdiam diri. Kerana ditakuti kita telah memperkatakan apa yg kita sendiri tidak mengerti berkenaan dengannya. rujuk 17: 36.

- Terima kasih sekali lagi kerana mengingatkan...

faza4peace berkata...

salam nawawi...berlemah lembutlah..di sini medannya luas...jgn membuat manusia lari, tapi mendekatlah kepada mereka..

kemudian ajari mereka...
smoga Allah SWT memberi anta hikmah dalam berdakwah....

semut berkata...

Tilawah Al-Quran...
saya nak berkongsi cerita..
lihat contoh dibawah..

1. saudara seorang majikan. ada seorang pekerja. satu hari saudara berikan kpd dia manual utk repair mesin. tapi ape yang dia buat dgn manual tu? dihadapan saudara dibaca dan dilagu-lagukan tanpa sedikit pun mesin tu disentuh.maknanya kerja tak siap.sbg majikan, apa perasaan saudara?

2. tapi sekiranya manual tu dibaca dan dilagu-lagukan dan mesin itu diperbaiki sehingga siap, bagaimana pula perasaan saudara?

sekarang fikirkan
kita melagu-lagukan Al-Quran tapi adakah kita telah mengamalkan Al-Quran 100%? Bagaimana pandangan Allah kepada hamba-hambanya seperti ini?

Suka? Marah? Redha?
Fikir-fikirkan...

Nawawi berkata...

Fahamilah bahawa,

Mengajak melaksanakan kebaikan/kebenaran bukanlah dengan jalan kebatilan.

Mengajak manusia meninggalkan kemungkaran, jgn pula dibawa masuk ke ruang kebatilan.

Mengajak manusia meninggalkan maksiat, jangan pula diajak manusia melakukan bid'ah.

Ingatlah bahawa, dosa melakukan bid'ah itu lebih besar dari dosa melakukan maksiat.

Tanpa Nama berkata...

boleh bagi tak url blog fiqih tersebut? Nak juga tau apa pendapat2 para Ulama ;)

Nawawi Bin Subandi berkata...

Ini address nya:

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/search/label/Muzik

Baca dari artikel no. 75 hingga 79

Nawawi berkata...

Boleh bawakkan hadis yg saudara maksudkan?

Yg saya faham, dari hadis yg saya maklum, nabi membenarkan syair2 arab.

Tp, klu dah sampai bab menyanyi dengan drum, guitar karen, dan seumpamanya tu... entahlah...

Apa pun, saya lebih percaya dengan perkataan imam asy-Syafi'i, imam al-Bukhari, dan kata para tabi'in, apatah lagi perkataan org yang mendahului mrk dari kalangan para sahabat yg diredhai Allah.

La Musica berkata...

Assalamualaikum.

Saudara2ku semua, benar kat Nawawi. Di akhir zaman ini muzik sudah jadi suatu darah beracun kepada manusia. Manusia lalai dengan segala macam muzik, termasuk muzik yg dilabelkan sebagai muzik nasyid, muzik bermesej dakwah dan sebagainya.

Berhibur tiada salahnya, tetapi berhiburlah dengan alunan bacaan Al Quran dan berzikir. Tiada manfaatnya mendengar lagu2 dakwah, lagu2 nasyid kerana ia pembawaan manusia, yang pastinya kita akan lalai kerananya. Jika ada pilihan antara hiburan yg harus (e.g. nasyid, lagu2 dakwah etc) dan hiburan yg mendatangkan pahala (bacaan al quran, zikir dsb), bukanlah lebih afdal kita pergi kepada yang mendatangkan pahala itu? Kembalilah kepada fitrah yang asal, bukan 'fitrah' yg dibawa oleh manusia. Jangan sampai kita mabuk hiburan hingga lupa tanggungjawab kita.

La Musica berkata...

Entahlah. Saya sebenarnya pelik kenapa manusia ingin berhibur dgn mendengar lagu2 nasyid / lagu2 dakwah ni. Bukankah sudah cukup hiburan kita dengan bacaan al quran dan zikrullah. Mungkin inilah petandanya akhir zaman...

Jika anda menyatakan menyanyi / mendengar nasyid + lagu2 dakwah itu halal kerana hukumnya yang harus lantas tidak membawa apa2 pahala, bukankah lebih afdal jika kita mengutamakan yg mendatangkan pahala?

CyberMiQ berkata...

Dengan mendengar nasyid mampu membuatkan diri saya mengalirkan air mata keinsafan.
Kadangkala nasyid juga membuatkan saya semakin rindu dengan Rasul kita.
Malah, nasyid juga lah yang sering mengingatkan saya kembali tentang keesaan dan kehebatan tuhan kita dikala saya alpa.
Namun, tak lebih dari itu, nasyid hanyalah sebahagian daripada mesej-mesej quran/sunnah yang difokuskan kepada tajuk-tajuk tertentu.
Jadi Quran dan Sunnah jugalah yang perlu dibaca dan difahami sehari-harian kerana ia adalah ibu segala nasyid yg selalu kita dengarkan.

tp perlu diingat saudara smua, kadang kala kita terperangkap pabila mendengar nasyid, kita lebih mengutamakan mendengar alat muzik dan alunan suara penasyid dari mesej yg hendak disampaikan.

Nawawi berkata...

al-Qur'an bukan Syair, apatah lagi nasyid:

Maksud Firman Allah:

Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan. (Surah Yaasiin, 36: 69)

abu mujahid berkata...

tambahan untuk faza4peace..

'Kaedah mendekatkan diri adalah dengan menerangkan apa itu hak, apa itu batil'..

memanglah dakwah itu penuh ber'hikmah' tapi wajib melalui petunjuk Nabi Muhammad SAW bukan akal..

Kita mahu mendekati orang dengan dakwah namun dengan sama-sama join majlis bidaah, tujuannya agar kita dapat sampaikan dakwah..Ini manhaj IKHWAN..

pernahka Nabi Muhammad SAW berdakwah kpd Musyrikin Makkah dengan sama-sama join dorg sembah berhala, then baru berdakwah????

lihatlah surah al-Kafirun dan pendirian Nabi Muhammad SAW serta ketegasan baginda dalam mempertahan prinsip