“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Jumaat, Mei 16, 2008

Fahaman “Wahhabi” Menyerang Sahabat Sekampung-Ku!!!

Fahaman “Wahhabi” Menghantui Sahabat Sekampung-Ku!!!

http://an-nawawi.blogspot.com/

Sungguh amat “melucukan” apabila aku pulang ke kampung sekitar beberapa minggu yang lalu, sahabat-sahabat lamaku di kampung kecoh memperbincangkan isu “wahhabi”. Sungguh hangat kelihatan gaya dan bunyi nada bicaranya.

Mengapa aku menyatakan perbincangan mereka itu “melucukan”? Mananya tidak lucu... Berbicara berdegar-degar! Menyatakan bahawa geng-geng “wahhabi” ni sebagai seolah-olah cuba menghidupkan suatu ajaran dan sedang berusaha untuk menerapkan serta membangunkan kaedah beragama bentuk baru. Aku fikir apa lah agaknya fahaman sesat yang tidak betulnya. Rupanya tidak lebih dari sekadar bualan dan cakap-cakap tidak berhujjah, kering fakta ilmiyah-nya.

Menurut mereka, fahaman wahhabi sudah mula menular di sekitar UTM Skudai!!! Mereka mengancam kefahaman dan pegangan agama masyarakat setempat. Habis semua pelajar-pelajar UTM nanti. Mereka masuk universiti untuk jadi seorang manusia ber-skill profesional dan meraih ijazah mahupun diploma untuk jaminan masa depan mereka. Namun, angkara wahhabi, nantinya mereka jadi sesat pula! Begitulah antara kenyataan-kenyataan mereka ketika lepak di restoran mamak 24 jam depan Kuittho (sekarang UTHM) tempoh hari.

Aku mula bertanya kepada sahabat-sahabat-ku yang begitu rancak kelihatannya berbual tentang ancaman “wahhabi” tersebut. Aku memulakan dengan sebaris pertanyaan,

““Wahhabi” tu mende?”

Dengan pantas salah seorang kawanku, Kamil menjawab, ““Wahhabi” ni dia antara ciri-ciri dia tak baca Qunut bila solat subuh, kalau solat tangan dia letak kat dada, lepas solat tak baca doa dengan imam, tak baca zikir dan ada tu terus je cabut... tak hormat jema’ah solat langsung. Emm, lagi satu diorang ni kalau duduk tahiyat, jari telunjuk diorang mesti gerak-gerak.”

Aku mengeluh, sambil hatiku agak tersenyum, “Owh... Macam tu ke?”

“Tu je ke, takde definisi yang specific ke?”

Kamil menambah, “Diorang ni dalam bab perkara ghaib percaya bahawa Allah ni ada tangan, ada kaki, ada mata, boleh ketawa. Tu la yang aku tahu, seingat aku.”

Aku menerima jawabannya, “OooOOoo, faham la sikit-sikit.” Lalu, seorang lagi tampil cuba menambah, “Geng-geng wahhabi ni ikut fahaman Ibnu Taimiyah sebenarnya. Ibnu Taimiyah ni kiranya, otai wahhabi la... Fahaman ni asalnya diasaskan dan dikembangkan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab.” Kata seorang lagi sahabatku, si Zakaria, teman lama yang sangat prihatin.

Dia menambah, “Ni, ada sorang ustaz la bagi tau kat aku...”

Emm, aku pun cuba merungkai bagi tujuan membuka kotak pemikiran mereka. “Setahu aku, di Arab Saudi tu diorang pun kalau lepas solat tak baca doa. Yang aku faham, diorang baca doa sendiri-sendiri. Maksudnya, tak lah doa berjema’ah. Perkara ni dah lama jugak aku perhatikan, kira-kira dah tiga kali puasa Ramadhan yang lalu. Emm, kan ke time bulan Ramadhan tu TV1 (RTM1) tiap-tiap malam siarkan live solat terawikh dan ‘Isya’ berjema’ah dari Makkah.”

Mereka mula berkerut, “Owh, macam tu pulak ke, tak perasan lah pulak aku.” Mereka menambah, “Tapi, bukanke kat Makkah tu mazhab dia ada lain sikit dari Malaysia. Malaysia kan pakai mazhab imam Syafi’i.”

Aku meneruskan bicara, “Kenapa dengan mazhab? Apa yang lainnya, tang mana yang tak sama tu. Kenapa boleh tak sama ye? Kalau tak sama, maksudnya, sesat ke diorang?”

Sekali lagi mereka kelihatan tidak senang. “Emm, tak lah sesat, tapi tak samalah.”

Aku menambah, “Owh... oklah... sebenarnya, dalam bab baca doa lepas solat ni, imam Syafi’i sendiri kata dalam kitab dia yang terkenal bahawa berzikir lepas solat ni kalau ikut sunnah dan hadis yang sahih, ia patutnya dilakukan sorang-sorang dan bukannya secara berjama’ah dan bukan juga dengan suara yang kuat-kuat, tapi slow-slow je... cukuplah untuk dengar sorang-sorang je.”

Mereka bertambah runsing malah seakan-akan tidak berpuas hati. Aku terus menambah, “Korang tak percaya ke? Emm, kalau tak caya... korang gi cari kitab al-Umm, kitab karangan imam Syafi’i sendiri, kat dalam tu ada explain pasal bab ni. Then, dalam tafsir Ibnu Katsir pun ada. Korang rujuk dalam tafsiran dia berkenaan ayat ke 205, dari surah al-A’raaf, surah yang ke tujuh dalam al-Qur’an. Kalau nak tengok kitab tu, dalam internet pun ada, yang bahasa inggeris la tapi. Yang bahasa melayu pulak, aku ada, tapi kat umah sewa aku kat Shah Alam la. Tak pun, kalau korang balik kampus nanti, cuba try tengok kat library kampus korang. Maybe ada rasanya. Tak pun, cek la dulu ayat Qur’an yang aku sebut tadi, tengok maskud terjemahan dia. Tengok jugak macam mana Nabi Zakaria berdoa dalam surah Maryam, ayat 3, yang mana dia berdoa dengan suara yang lembut, dan bukan kuat-kuat pakai microfon macam yang orang ramai buat tu...”

Mereka tidak puasa hati, “Emmm, betul ke ni Nawi... ko jangan main-main bab agama ni. Ko main petik macam tu aje... Mana ko belajar bab-bab macam ni. Kat sekolah dulu kita kan sekolah agama sampai darjah 6 dan masuk darjah khas lagi... tak de pernahnya pun sebut bab-bab pelik cam ni.”

“Sebab-sebab diorang tak pernah sebut tu lah, korang kena amik inisiatif cek yang amalan-amalan kita ni menepati sunnah ke tidak. Dah terang-terang kat sekolah takde bincang dan bahas bab ni, yang kita main ikut kenapa ek?” Aku terus menjawab.

Lagi lah mereka tak puas hati, tapi seperti ada tanda yang positif apabila mereka melanjutkan pertanyaan kepadaku pula... “Emm, kalau macam tu, macam mana pulak dengan persoalan tangan letak kat dada time tengah berdiri (qiyam) dalam solat?”

Aku cuba membantu, “Owh, yang tu pulak ke? Aku ada jugak cek dalam buku yang aku beli beberapa bulan yang lalu, buku tentang sifat solat yang ditulis oleh Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani. Buku tu ada tiga jilid untuk edisi terjemahan. Memang sangat-sangat ilmiyah-lah perbahasannya. Kalau korang berminat nak tahu berkenaan bab-bab solat ni secara detail, boleh je aku bagi pinjam buku tu. Tapi tunggu aku balik kampung lagi sekali nanti la. Sekarang buku tu ada kat Shah Alam.”

“Apa yang dia explain pasal bab ni, bab apa ni... bab letak tangan kat dada!” Abboy bertanya kelihatan ingin tahu.

“Dalam buku tu menyatakan ada hadis yang menerangkan akan hal tu, hadisnya sahih. Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah, seingat aku. Juga bukan dia saja kalau tak silap aku, tapi aku lupa, sapa lagi ek yang riwayatkan. Nanti aku rujuk semula.” Sambungku.

Aku tambah lagi, “Malah, bukan je ada hadis sahih, malah isu ni semua perkara lama... Cuma ramai orang yang tak tahu, coz malas mengkaji dan anggap agama ni asal solat je dah cukup bagus la kot... Tu yang banyak perkara-perkara penting jadi miss tu.” Aku tidak berpuas hati, macam tak berapa lengkap penjelasan aku... lalu menambah, “Antara ulama’ yang menyatakan akan sunnahnya meletakkan tangan di atas dada adalah imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani, iaitu salah seorang imam dalam Mazhab Syafi’i. Selain tu, imam asy-Syaukani pun menyatakan hal yang sama. Dalam mazhab lain, antaranya Mazhab Maliki, mereka pun berpegang dengan pendapat yang sama.”

“Wahh, hebat ko ingat semua mende-mende ni... mana ko belajar?” Kadi bertanya.

“Aku baca sikit-sikit je. Selain tu, aku banyak ikut kuliah dari ustaz-ustaz yang baru balik belajar hadis dari Jordan, Mesir, Makkah, dan Madinah. Aku pun banyak jugak search kat internet perkara-perkara ni. Dan aku juga mengkaji tentang istilah “Wahhabi” ni. Mula-mula pelik juga, coz pernah kuar kat muka depan paper Utusan tu.” Aku merungkai rasa ingin tahu seorang sahabat karib yang juga jiran sekampungku. Dia baru sahaja menamatkan pengajiannya dari UiTM Kampus Arau.

Kadi menambah, “Owh... patutlah aku perasan dulu masa studi kat Perlis, bila solat kat area masjid luar UiTM tu, aku rasa cam pelik semacam je la. Coz, bila habis solat je, diorang terus buat solat sunnat atau duduk sekejap and then, diorang kuar. Takde baca-baca doa ni. Cuma aku nampak adalah sebahagian tu, baca sorang-sorang.”

“Yup, macam tu lah sebenarnya... perbahasannya memang ada di kalangan para ulama. Malahan, cara tu lah yang betul sebenarnya. Tak perlu baca zikir-zikir secara beramai-ramai, dan tak perlu lah doa ramai-ramai jugak. Cukup untuk kita baca sorang-sorang dan minta apa yang kita hajatkan sorang-sorang je. Kalau nak mintakan untuk orang lain, pun boleh je doa sorang-sorang je. Itu lah sunnah yang sebenarnya. Tapi ramai yang tak tahu, kerana mungkin sikap dan budaya membaca dan mengkaji dari kalangan kita ni sangat kurang. Zaman sekarang ni, nak beramal dengan agama tak bolehlah main ikut-ikut je. Kita perlu beramal dengan hujjah dan keterangan yang jelas. Mesti ada sandaran ayat al-Qur’an-nya dan hadis-hadis yang sahih. Yang tak sahih, atau palsu, tak boleh lah pakai.” Begitulah penjelasanku yang tak seberapa ketika itu.

Lalu aku menambah beberapa jawaban untuk persoalan mereka yang seterusnya, “Pasal jari gerak-gerak tu pulak, hadis dia pun sahih. Malah ia sedia maklum dan merupakan pendapat dari kalangan kebanyakan ulama seperti imam al-Nawawi dari Mazhab Syafi’i, pendapat imam Malik, dan pendapat Imam Ahmad juga kalau tidak silap aku. Pendapat ni boleh disemak dalam banyak tempat dalam kitab-kitab ulama. Semua perkara-perkara ni perlukan rujukan dan penelitian secara detail dan ilmiyah. Sikap adil dan amanah juga amat penting. Dalam soal agama ni, kita tak boleh main cakap ikut sedap mulut dan hati je. Kena cek betul-betul dulu baru boleh cakap. Kalau tak semak betul-betul, nanti jadilah salah sangka pulak... macam yang korang bincang ni lah... tak pasal-pasal, imam Syafi’i sendiri jadi geng “Wahhabi” kalau macam tu.” Aku memperli sambil tersenyum.

“Owh, apasal macam tu pulak?” Kadi berkerut.

Aku jawab, “Ye laa... dah korang kata sapa-sapa yang tak nak berdoa lepas solat dengan imam dan tak nak zikir tu sama dengan Wahhabi. So, imam Syafi’i sendiri menyatakan zikir dan doa adalah sorang-sorang... Kalau ikut definisi korang tadi, bermakna, dia pun “Wahhabi” la...”

Zakaria pula bersuara seolah-olah belum cukup meredakan apa yang terbuku di lubuk hatinya, “Emm, Nawi... aku rasa kan... gerak-gerak jari tu macam pelik lah. Nampak janggal je. Betulke dalam solat boleh buat gerak-gerak macam tu?”

Aku mengalih pandangan kepadanya lalu cuba memberi pencerahan, “Zek, dalam bab ibadah ni, kita tak boleh ikut hati, rasa, akal dan logik. Kalau macam tu, rasa macam tak best je, macam tak logik je, terus tak payah la beribadat... macam tu? Setuju tak? Emmm, lagi satu, ada orang kristian pernah tanya kat aku, kenapa orang Islam sembayang nampak pelik, kejap angkat tangan, kejap berdiri, kejap duduk, kejap sujud, lepas tu bangun semula...? Aku kata, ini bukan persoalan pelik atau tak pelik... Persoalan pelik adalah persoalan relatif, sapa-sapa je boleh rasa pelik kalau perkara yang dirasa dan dilihat tu asalnya bukan sesuatu yang menjadi kebiasaan bagi dirinya. Apa yang nak aku tekankan kat sini adalah, sejauh mana tindakan taat kita kepada dalil-dalil yang diberikan kepada kita. Emmm, dalam al-Qur’an kan ada kata, “Kami dengar dan kami ta’at”... So, dalam bab ibadah dan terutamanya bab aqidah ni, kita kena faham, dan yakin. Ada perkara-perkara tertentu yang tidak mampu kita perolehi jawabannya bila kita terus persoalkan dan persoalkan... silap-silap, makin kusut kepala kita dibuatnya. Kemudiannya, kalau nabi sendiri buat perkara tu, bermakna nabi lah orang pertama yang buat benda-benda pelik ni. Kat al-Qur’an jugak ada sebut, “Jika benar kita mencintai Allah, maka ikutlah nabi...”.”

“Emm, fahamlah aku kirenya sikit-sikit ni...” Zek kelihatan mula bersetuju.

Kamil yang lama senyap dan hanya mengangguk, tiba-tiba bertanya... “Macam mana pulak dengan kes diorang kata Allah ni ada tangan, ada kaki, ada mata, boleh ketawa?”

Aku tersenyum dan menjawab, “Emmm, yang tu ke. Perkara-perkara tu semua ada dinyatakan dalam al-Qur’an. Selain Allah menyatakan bahawa Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Dia (Allah) juga ada menyebutkan beberapa sifat-sifat yang tertentu bagi-Nya, contohnya,

“Allah menciptakan Nabi Adam dengan kedua Tangan-Nya”... lebih kurang macam tu la maksud/mafhum salah satu ayat yang menyebut (mentioned) tentang Tangan Allah. Persoalan kaki, mata, dan ketawa tu pulak ada disebut dalam hadis-hadis Nabi yang sahih. Malah, banyak lagi sifat-sifat Allah yang lain. Tapi, kita mesti fahamlah, bila kita tahu Allah memiliki Tangan, Kaki, Mata, memiliki sifat ketawa tu semua tu... bahawa ianya tidaklah sama dengan anggota-anggota kita. Sebagaimana mendengarnya dan melihatnya Allah, tidaklah sama dengan mendengar dan melihatnya kita terhadap benda-benda yang lain. So, bila Allah memiliki Tangan, maknanya... tidaklah sama Tangan Allah itu seperti tangan kita atau makhluk-makhluk yang lain. Kalau ada orang tanya tentang bagaimananya Tangan Allah... jawab je... “Wallahu a’lam”, coz, kita tahu setakat Allah ada Tangan, dan tidak pula dijelaskan bagaimana rupanya. Maka kita hanya mengimaninya (percaya), tapi tak tahu bagaimana dan tidak bolehlah nak gambar-gambarkannya dengan bentuk-bentuk tertentu.

Lepas tu, ada pulak ayat al-Qur’an menyatakan bahawa, “Tiada sesuatu pun yang serupa dengan Dia (Allah).” Maka, kita serahkan pada-Nya. Tanpa sibuk-sibuk susah payah fikir-fikir sampai jadi kusut otak kita.”

“Owh, macam tu ke... fahamlah aku sikit-sikit... Dah berapa lama ko kaji tentang “Wahhabi” ni?” Kamil seakan-akan berpuas hati.

“Aiii..., masih nak panggil “Wahhabi” lagi ke? Bukan “Wahhabi” la. Tapi, beramal dengan ilmu la.” Aku menyatakan sambil tersenyum.

“Owh, ok, ok... aku faham dah..” Kamil kelihatannya cuba menerima.

Aku menambah, “Hope, lepas ni... korang cuba-cubalah kaji perkara ni secara detail kalau rasa tak yakin. Dalam agama ni, tak best la main ikut-ikut je. Kena faham secara ilmiyah. Sumber-sumber dia apa sume. Betul ke kita ni Mazhab Syafi’i atau, just sekadar cuma kata-kata di bibir je... Padahal imam Syafi’i sendiri tak mengakui yang kita ni pengikutnya.”

“Ok, ok... kitorang dah dapat tangkap la jugak maksud ko tu... kira ok la pendapat ko ni...”

“Haha, sikit-sikit tu ok la... boleh lah tolong-tolong jawabkan untuk korang... kalau nak lebih-lebih, aku pun tak ngaji habis mana lagi pun... Harap korang faham-faham la ok. Nanti kalau korang berminat, sms la aku, boleh aku bawakan sebahagian kitab-kitab yang aku ada. Semuanya edisi dan siap terjemah punya. Mudah faham. Kalau, nak edisi asli, boleh jugak cari sendiri kat internet. Tapi bahasa arab lah. Aku tak mampu baca yang tu. Biasa ada ustaz la yang tolong explain untuk aku.”

“Wokey Nawi, cantiklah... dah lewat malam ni... aku rasa nak balik lah... esok kita sambung sembang lagi.” Abboy mengajak aku beredar dari restorant tersebut.

“Ha’ah, ye laa... aku pun nak balik la, letih jugak petang tadi tolong mak aku angkat pasu bunga. Tapi, esok pagi-pagi lagi aku dah nak balik Shah Alam dengan Pipeng. Balik ni pun tumpang kereta dia.” Baru aku sedar, jam sudah menunjukkan waktu 12.00 tgh malam.

“Ok Nawi, kalau macam tu, nanti bila ko balik kampug lagi, ko sound la kitorang lagi.” Kadi memberi kata putus sebelum beredar.

“InsyaALLAH, oh ye Kadi, ko dah grad ni ko buat apa sekarang?” Aku bertanya dengan sedikit perasaan ingin tahu tentang Kadi.

Dia menjawab, “Tak pasti lagi, tapi aku tengah join kursus ternak kambing ni... hehe, itupun sunnah kan.. bela-bela kambing nih...”

“Owh... haha, ha’ah... kire sunnah jugaklah, insyaAllah. Ok, jumpa lagi nanti. Good luck semua.” Aku meng-iyakan kata-katanya.

Tiba-tiba Zakaria datang mendekati aku, “Nawi, ada soalan yang ko lupa kot... macam mana dengan fahaman mereka yang dikatakan mengikut pemikiran Ibnu Taimiyah tu?”

“Oh, yang tu... cuba ko cek balik zaman Ibnu Taimiyah dan zaman Muhammad Abdul Wahhab. Sapa yang datang dulu. Apa yang aku tahu, Ibnu Taimiyah datang dulu dan meninggal dunia dulu... kemudian baru Muhammad Abdul Wahhab datang. So, adalah suatu kesilapan jika kita menyatakan Ibnu Taimiyah tu “Wahhabi”... Penisbahan Wahhabi tu sebenarnya adalah suatu cubaan mereka-mereka yang anti dengan sunnah Nabi shallahu a’alaihi wa sallam, dengan menisbahkan mereka yang hendak kembali beramal dengan sunnah ni kepada nama Muhammad Abdul Wahhab. Iaitu kelompok Muhammad Abdul Wahhab, dengan term “Wahhabi” (pengikut Wahhab). Em, kalau ko nak tau... malah, seorang imam besar, Imam Ibnu Hajar yang bermazhab Syafi’i sendiri menyanjung Ibnu Taimiyah dan memberi gelaran kepada beliau sebagai “Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah”... wallahu a’lam... Emmm, ko tak nak balik ke? Dah malam ni...”

“Owh, ha’ah... nak balik.. Ok Nawi, Thanks banyak-banyak. Ok juga explaination tu. Sedikit sebanyak dapat jugak menghilangkan beberapa kekusutan aku dalam persoalan agama dan isu semasa ni. Ok, baik-baik jalan balik Shah Alam esok.”

“Ok, ko pun sama juga Zek. Cari kerja jangan memilih sangat.” Zek salah seorang lagi sahabatku yang baru sahaja kembali ke kampung 6 bulan yang lalu setelah 5 tahun studi di US.

“Ok, insyaAllah..., As-Salaamu ‘alaikum beb...”

http://an-nawawi.blogspot.com/2008/05/fahaman-wahhabi-menyerang-sahabat.html

24 comments:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum....

anta tersenyum bila pgrh wahabi terjd dikg anta padahal mmg begitulah hakikatnya,perbncgn yg anta utarakan pun kpd hya bdk2 yg xngaji agama.so ana rs xadil rsnya disitu.mereka hya pegkt mazhb yg ana rs mereka hya amalkn yg betl2.skrg2 mereka tahu ape yg mereka amalkan dr org yg sikit mylhkan org shj n kata ni bukan sunnah n bidaah.comfirm ke anta ckp ape yg kbykn org malaysia amalkan bkn sunnah???dlm mazhab syafii ade yg dinamakn qaul qadim n qaul gadid?anta fhm kaedah ni?n dlm feqh kt shrsnya belaja ilm usulul feqh terlbh dahulu klw nk bnch mslh ni,bkn hya tahu sikit2 hadis n leh wat fatwa sendiri or salhkan ulma' sblm...ni bkn etika sbg org berilmu

MOHAMAD AKMAL berkata...

Assalamualaikum..

Cerita bab "khilaf" ni memang tak habis sampai bila² pun. Seronak kalau membincangkan masalah "khilaf" ini dari segi ilmiah kan.. teringat kata² imam Syafie "“Kalian (muhaddthin) adalah penjual ubat-ubatan dan kami (fuqaha’) adalah doktor”"

Tanpa Nama berkata...

wa 'alaikumussalam,

Saudara tolobul ilm, saya dah sertakan sekali link pada artikel2 tu. sila rujuk dan kaji.

terima kasih kerana memberi komen.

Tanpa Nama berkata...

ana setuju kpd saudara akmal mmg prkr khilafiah ni klw bncg xabs,tp klw nk bncg kn berdasarkan ilmu.bkn setakut tahu sikit dah pandai nk ckp org salah n sesat.ana cm cdgkn saudara yg punya blog belaja dulu n mendalami sst dgn lbh mendalam dahulu klw berminat nk kaji ttg khilafiah ni.klw mmpu kuasai 14 ilmu tersebut ahlan wasahlan :)

Planeyt berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Planeyt berkata...

ada nawawi marah org yg mengikut pendapat ulama muktabar lain dalam bab khilafiah ke? apa yg nyatanya, org lainlah yg suka berburuk sangka kpd org seperti nawawi hanya kerana org seperti nawawi tidak mengamalkan perkara2 yg menjadi kebiasaan majoriti org Islam di malaysia.

kalau dah tau khilafiah, kenapa berburuk sangka kpd org yg gerak2 jari dlm tahiyat, letak tgn atas dada ketika solat, dan x baca qunut ketika solat subuh?? bukankah itu bab khilafiah, jadi kenapa buruk sangka?? sepatutnya saudara tolibul ilm dan akmal menasihati org2 yg suka menganggap org yg letak tgn atas dada ketika solat, x baca qunut dlm solat subuh, dan gerak2 jari dlm tahiyat sebagai sesat.

Tanpa Nama berkata...

utk pgthuan raz,ana ikuti perkmbgn sohib blog ni,sbg seorg muslim xslah kt tegur klw d sbrg permslhn kan,psl isu buruk sgka ana rs xtmbul,mgkn saudara raz yg buruk sgka bila ana tegur dia.ana xd mslh klw dia nk amal ikut cara dia klw betul dia ade dalil n ilmunya cm mslhnya skrg ana xbrp suka cara dia hya sntiasa mylhkn org yg wat amal,kata bidaah n sesat.....

Tanpa Nama berkata...

kpd sohib blog,psl isu zikir jihar dalil yg diutarakan bersifat umum shj n hya nk kuatkan hujah pihak saudara.klw betul adil n amanah dr segi ilmu cb kaji blk ape yg anta rujuk.sbb tu ana ckp kt belaja dr asas,klw x ssh anta nk fhm.ana bg cth dlm quran Allah sebutkan byk perkataan jama' dlm "zikr" n bermksd secara berjemaah n klw dlm makna bhs arab "za ka ra" bermksd sebt dgn jihar...so xtmbl isu bidaah n xsunnah.n dlm bab ibadah ni ia adalah satu rahmat,so amal jek....n jgn bantah org amal plak,dosa atas kita blk...

Tanpa Nama berkata...

n ulasan rgks utk semua pembaca blog ni,dlm mslh feqh ibadah n bgmn dalilnya perlu kpd bbrp ilmu yg cukup mendalam,klw x mmpu kt hya mgkt kpd org yg mmpu sbgmn wujudnya mazhab2 yg muktabar.n dimalaysia yg kbyknnya bermazhab syafii kt septty lbh maaruf n berlpg dada dlm bab ni.n siapa yg ingin amal ikut mazhab lain so tafaddl tp perlulah mndlmi ilmunya dgn baik,cm jgn taasub kpd sst pndpt shj.term dgn terbuka.selamat beramal.wallahua'lam....^_^

Abu Numair Nawawi B. Subandi berkata...

amalan gerak2 jari = amalan mazhab syafi'i, dipersetujui oleh imam nawawi.

persoalan asma' wa sifat yg saya bawa pun = i'tiqad imam syafi'i juga.

persoalan sedekap di dada juga = amalan imam syafi'i.

Baca zikir secara sirr juga apa yg saya nukil dari imam syafi'i, dan pengikut2 mazhab syafi'i seperti imam ibnu katsir. malah imam nawawi juga.

semuanya telah saya sediakan link utk dirujuk dan dibantah jika mahu.

Terima kasih kerana mengikuti kami di blog ini.

MOHAMAD AKMAL berkata...

Saudara RAZ:
Apa yang lebih saya utamakan, kita adalah bersaudara. Jangan kerana artikel yang pro dan kontra ini kita akan berbalah. Apa yang penting kita bersama menyumbangkan kefaham bahawa, Islam adalah matlamat utama dalam kehidupan.

Benar saya akan menasihati orang yang menganggap tidak membaca qunut... dll adalah sesat, tetapi dalam kes ini, perbandingan dan penerangan perlu diterangkan dengan melihat realiti masyarakat semasa. (maksud saya, perbandingan antara mazhab syafie dan ashabihi dengan mazahib yang tiga lagi mengikut realiti masyarakat malaysia yang rata² tidak menguasai BA dengan baik).Sy juga bukan ahli yang berkemampuan begitu. Sekadar apa yang ada di dada.

Imam Abul Faraj Al-Jauzi menegaskan antara bentuk mainan iblis adalah “…sibuk berbahas dan berdebat dengan sangkaan untuk memperbetulkan hukum serta istinbat syara’ yang halus antara mazhab-mazhab” (lihat Talbis Iblis cetakan Maktabah ‘Asriyyah Beirut mukasurat 114)

Tanpa Nama berkata...

Kata Hazrat Ali bin Abu Talib,
"Bertanyalah untuk memahami sesuatu, dan janganlah menyoal kerana ingin mencari kesalahan; kerana tentunya orang yang tidak mengetahui itu ingin menjadi seorang yang berpengetahuan; dan tentunya seorang yang berpengetahuan tetapi cuba menyulitkan keadaan itu adalah merupakan orang yang bebal yang hanya ingin mencari kesalahan." ^_^

Tanpa Nama berkata...

Apa rujukan perkataan Ali bin Abu Thalib itu? Mungkin boleh share...

Em, Artikel ini bukan mempersoalkan... tetapi lebih kpd memberi pencerahan kpd rakan2. sila hayati dgn baik.

Terima kasih kerana memberi komen.

Tanpa Nama berkata...

kitab "al-imam ali ibn abi talib" maktabah taufiqiah atau buku bhs melayu " kata2 hikmah saidina ali krw"

Tanpa Nama berkata...

buku tu buku hadis ke?

Tanpa Nama berkata...

psl buku pun anta tak lps lg cmn anta leh bncg psl isu2 besar ;) klw tgk tajuk pun dah tahu tu bukan buku hadis....yg pertma tu dlm bhs arab buku khas ttg saidina ali,yg kedua psl kata2 hikmah saidina ali shj dlm bhs melayu,kt malaysia ana xth ade ke x...cb cari kt maktabah la k...anta org malaysia mesti tahu kan hehe

Tanpa Nama berkata...

sebab bukan kitab hadis la ana tanya. enta ni main petik cam tu je.

Enta pasti ke ke-tsabitannya?

Tanpa Nama berkata...

dlm pengajian n pendidikan kt kn pastikan dulu sumber tu sohih ke x,klw x xla dikira sbg org yg belaja.ana dah bg sumbernya bermakna kalam tu mmg benar2 wujud.xkn tupun anta xpercaya n nk pertikai lg.klw xcaya sgt cari 2 kitab tersebut,xpun cari mn2 kitab psl saidina ali.ape yg pentg kt cb hayati2 kata2 tersebut bkn mempertikaikan org yg berkata atau sumbernya...

Tanpa Nama berkata...

anda sendiri tidak mampu membuktikan kesahihannya.

kenapa perlu saya terlalu yakin dan terus beramal.

inilah sikap yg melanda masyarakat skrg. Asal nampak mcm agama je terus ambik.

Tanpa Nama berkata...

anta ni mmg bermasalah la,xth ape yg xkn dgn anta ni....:) ana dah bg kalam utk rengn,n kalam tu ana rujuk dr kitab bermkn ia sohih,n 2 rujukn ana dah bg.tp anta msh mmpertikaikn n ckp plk mslh sikp msyrkt...anta ni kn muhasabh diri blk,jgn terll pndg dr sudt negatf sgt spt semua yg org wat n ckp ade jer xkn n ape yg anta rs jer betul....think about dat ye dek :)

Tanpa Nama berkata...

Org yg ilmiyah, dia tak suka marah2. Tapi dia bg hujjah.

Tanpa Nama berkata...

kepada tolibul ilm..tolonglah type perkataan dgn betul..trima kasih..

aisya83 berkata...

Assalamualaikum,

Saudara2 sekalian. Ana disini bukan sape2 cuma pemerhati dlm arena blog ilmiah saudara muslim kita nidan blog2 lain. Buat Saudara tolibul & lain2. Jelas sekali kita sama2 menuju Allah. Kita sama2 mengharap redhanya. Tak perlulah berbahas benda yang xada hujungnya. Kalau betul saudara ada pendapat lain sila nyatakan secara terperinci. Cukuplah menyalahkan org lain dan mempersoalkan niat org lain utk sama2 tegakkan deen islam yg kita sama2 cintai ini.

Tanpa Nama berkata...

tolibul ilm :...Allah sebutkan byk perkataan jama' dlm "zikr" n bermksd secara berjemaah n klw dlm makna bhs arab "za ka ra" bermksd sebt dgn jihar.

respon saya:

Perkataan jama'/plural dalam b.arab tidak membawa maksud "secara berjemaah."Ia hanya menunjukkan bahawa sesuatu itu lebih bilangannya dari 2."za ka ra" tidak bermaksud menyebut dengan jahr.Sebaliknya samada jahr atau tidak, ia bergantung kepada perkataan yang di tambah dalam ayat spt جـهْرِيّاً atau سِرِّيًّـا (sendiri-sendiri).Kaedah ini dipanggil الحال/situasi.

Hujjah ini tidak kuat utk mengatakan bahawa membaca zikir selepas solat secara kuat disyariatkan.والله أعلم