“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Ahad, September 28, 2008

Buat Semua (Di Hari Raya)

Buat Semua, mari kita bertakbir membesarkan (Mengagungkan) Allah di hari raya,

Sebulan telah kita berpuasa. Bulan Ramadhan pun kini melabuhkan tirainya. Tiba pula masa untuk berhari raya (‘Eid al-Fitri). Waktu untuk kita bertakbir membesarkan dan mengangungkan Allah selaras dengan Sunnah Nabi-Nya yang mulia.


اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا

Atau

أَللهُ أَكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ ، واَللهُ أكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ولِلهِ الْحَمْدُ

Atau

اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ, اللهُ أَكْبَرُ وَ أَخَلُّ, اللهُ أَكْبَرُ عَلَى مَا هَدَانَا

--------------------@@@--------------------
“Hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya (puasa Ramadhan) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) di atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, mudah-mudahan kamu mahu bersyukur”. (Surah al-Baqarah, 2: 185)
--------------------@@@--------------------

Dari saya,

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
(Semoga Allah menerima amal-amal dari kita semua)

Dan “Semoga Allah memberikan balasan kebaikan buat anda”.

Daripada,
Nawawi Subandi
Atsar Ent. & Blog an-Nawawi.

Takbir & Ucapan ‘Eid al-Fitri, boleh dirujuk di sini,
1 - http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/09/031-berhari-raya-menurut-sunnah-takbir.html
2 - http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/09/035-berhari-raya-menurut-sunnah-ucapan.html

5 comments:

yasir berkata...

salam..
nak tanya, adakah sunnah bertakbir raya ramai2 dgn satu suara atau ia bid'ah seperti bertalbiah ramai2 dgn satu suara?

Nawawi berkata...

wa 'alaikumussalam,

Takbir raya secara ramai2 dan berjama'ah dengan dipimpin oleh seorang imam tidak pernah ditunjukkan melalui sunnah. Wallahu a'lam.

Adapun mengangkat suara dalam bertakbir, maka ia tidak mengapa. Tetapi dilakukan secara individu dan bukan secara berjama'ah (bersama2/dengan satu nada).

Wallahu a'lam.

yasir berkata...

betul ke? tapi salafi kat mesir buat takbir macam ramai2 dgn satu suara macam tu (ramai2 serentak, tanpa tekong yg diikuti, semua takbir sama dgn imam).. saya tanya sheikh sini pun, dia kata sunnah mcm tu.
dan ada athar ibn abbas atau ibn umar (saya lupa mana satu), dia masuk pasar pada hari raya sambil bertakbir dan manusia pun turut bertakbir kan?

Nawawi berkata...

Ok, sama2 kita lihat hadis/atsar ini, Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu takbir dgn individu, sedangkan imam belum sampai,“Ibnu Umar bertakbir dengan menyaringkan (menguatkan) suaranya. Pada Hari Idul Fitri dan Hari Korban setelah solat Subuh sehingga duduk di musalla. Beliau terus bertakbir sehinggalah Imam sampai (untuk solat)”. (H/R Ibnu Abi Syaibah dan Daruqutni dengan sanad yang sahih)

Mereka takbir secara ramai-ramai tetapi sendiri2. Bukan bermaksud dengan adanya tekong2 tertentu.

Tentang tatacara takbir yakni dengan suara yang kuat, maka ianya tidak berbeza antara `Ied al-Fithri atau `Ied al-Adha (Hari Raya Haji). Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah: Sa'id bin Manshur meriwayatkan dengan sanad yang maushul (sanadnya bersambung sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam), dari Ubaid bin Umair, dia berkata: "Bahawa `Umar ketika sedang berada di dalam khemahnya di Mina selalu mengumandangkan takbir, begitu pula dengan orang-orang yang berada di dalam masjid dan orang-orang yang berada di pasar, hingga kota Mina bergemuruh dengan suara takbir." (Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari, Tahqiq Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, (Edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta 2004) Jilid 5, ms. 315)

Wallahu a'lam... namun,

Setelah saya semak pendapat2 yang lain, ada yang membenarkannya.

Syazwan berkata...

x terlambat lagi rasany nak ucap selamat hr raya..