http://an-nawawi.blogspot.com
Dalam sebahagian kes, apabila anak menyatakan kepada ibu bapanya yang dia mahu menikah, dengan selamba ibu bapanya menjawab kepadanya,
“Alaa... kenapa tergesa-gesa nak kahwin cepat-cepat sangat ni..., korang berkenal-kenal la dulu. Nanti bila rasa dah betul-betul serasi, barulah kahwin...”
Aku terfikir, bila agaknya masa yang dah betul-betul serasi tu agaknya? Bila dah terlajak dengan pelbagai jenis maksiat ke?
Sebahagian keadaan pula, apabila diajukan pertanyaan tentang nikah, maka dia segan-segan pula.
“Aku tengok engkau ni bukan main rapat lagi dengan awek tu, tiap-tiap hari saling sms, saling call. Hari minggu pulak mesti gi kuar dating naik kereta sama-sama. Bila bercadang nak nikahnya?”
“Alaa, aku segan lagi nak gi jumpa parent dia, duit pun takde cukup mana lagi nak kahwin. Rileks la, tengok dua atau tiga tahun lagi macam mana.”
Emm... apa lagi yang nak di-tengoknya tu??? Pegi call perempuan, berdua-duaan dengan perempuan tak tahu malu pula. Tapi, bila disarankan untuk buat benda baik, entah kenapa boleh malu-malu pulak. Buat maksiat tak tahu malu.
Nak nikah, sibuk kata takde duit. Tapi, tiap-tiap hari duk bergayut kat dalam telefon. Tiap-tiap minggu pergi kuar dating dan tengok wayang banyak pula duitnya. Bukan ke baik kalau nikah je dulu. Sekurang-kurangnya, kalau gi berhubung macam mana pun, nak dating ke apa ke, nak bermanja-manja ke, insyaAllah dapat pahala dan jauh dari maksiat.
Ibu bapa yang ada anak-anak muda zaman sekarang ni, sewajarnya memikirkan langkah yang bijak. Pandai-pandailah meninjau-ninjau perilaku anak-anak kita tu. Kalau dah nampak lain macam je tu. Usul-usulkanlah supaya menikah dengan cara baik. Pastikan pilihan anak-anak kita tu betul. Laksanakanlah perbincangan di antara kedua-belah pihak, supaya kita tahu dengan siapa anak kita mahu dinikahkan.
Pejabat agama pulak, untuk kes orang nak kahwin ni, jangan lah disusah-susahkan. Banyak sangat prosedur dan tatacara nya. Makin pening dibuatnya orang yang memang dah mabuk tu nanti jadinya...
3 comments:
amat bagus isinya..sy setuju 100%
kenkadang masalah pd ibubapa juga.
ala muda lagi,belajar pon x abis lg,ada duit ke nak nikah.
adakah ini alasan yg munasabah?
pernah baca artikel ibubapa bijak galakkan anak2 nikah awal..tertarik dgn artikel tu.
alhamdulillah. setuju juga.
jgn sesekali membeli dunia dgn akhirat. sbb dunia tidak ada harganya walaupun sebelah sayap nyamuk. wallahu'alam
betul la, kdg2 mslh 2 dtg dr famili jugak.. xnk ank nikah cpt2 tp ank buat maksiat lme2 dibiarkan plak, sungguh ak x phm!!
Catat Ulasan