“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Ahad, Disember 21, 2008

Di Mana Teras Kita (Foundation)?

Di Mana Teras Kita (Foundation)?

http://an-nawawi.blogspot.com

Nabi Kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, seorang yang mulia dan manusia paling sempurna di muka bumi Allah.

Beliau mendahkwahkan aqidah selama lebih kurang 13 tahun. Menghantar utusan ke sana sini atas tujuan pemurnian aqidah. Menyembah Tuhan yang satu dan meninggalkan segala bentuk kesyirikan.

Nabi Nuh ‘alaihi salam juga mendakwahkan aqidah, menyeru kepada Tuhan yang satu. Mengajak manusia meninggalkan segala bentuk kesyirikan. Dakwahnya ditolak oleh majoriti manusia, namun tetap teguh walaupun sehingga 1000 tahun kurang 50 tahun lamanya berusaha keras.

Berbeza dengan kebanyakan para pengaku da’i zaman sekarang. Kalau boleh semuanya mahu segera. Semuanya mahu ekspress.

Mahu negara Islam segera dibina. Daulah Islam segera ditegakkan. Namun sayangnya, dakwahnya kosong dari nilai aqidah yang murni. Aqidah ditolak ke belakang dahulu. Ditangguhkan untuk cerita kemudian.

Berbeza dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dikala orang kafir Quraisy menawarkan jawatan (kuasa pemerintahan), harta, dan pelbagai lagi kemewahan... Beliau menolaknya dan tidak hairan dengan semua itu. Ini adalah kerana aqidah ummat tidak selesai lagi. Mana mungkin manusia boleh menerima perkataannya tanpa ada pemahaman yang benar dan dakwah yang sahih. Maka, kuasa tidak akan bermakna, tidak akan utuh tanpa penyatuan di atas asas yang tepat.

Berbeza dengan kebanyakan masyarakat Islam zaman sekarang. Berbeza dengan pengaku Da’i zaman ini. Mereka mahu diberikan jawatan terlebih dahulu, mengalahkan Musa dan Harun yang menghadapi Fir’aun. Seolah-olah dakwahnya lebih hebat dari dakwahnya Musa dan Harun ke atas Fir’aun.

Mereka fikir, dengan jawatan, mereka akan mampu mengislamkan manusia. Memurnikan aqidah manusia... Jawabannya mungkin “Ya”. Itu mungkin dari satu sudut pandang sahaja. Hakikatnya? Mahu raih jawatan pun sudah menggadai prinsip Islam, inikan pula mahu bercakap menegakkan hukum Islam. Logikkah?

Fikir-fikirkanlah... kalau nak membina sebuah bangunan KLCC itu pun menghabiskan masa selama 2 hingga 3 tahun hanya untuk pembinaan dasarnya (foundation/piling). Di mana tempohnya lebih lama dari membina puncaknya. Inikan pula mahu membina kelompok umat Islam yang cemerlang dan sempurna. Maka, pembinaan dan penerapan asas tarbiyah dan tasfiyyahnya perlulah tepat dan memerlukan kesabaran di atas niat yang ikhlas.

Ingatlah, dakwah bukan diukur dengan berapa banyaknya pengikut dan terbinanya sebuah wilayah atau negara. Tetapi, ia adalah sebagai tanggungjawab. Mengajak manusia untuk beriman kepada Allah dan meninggalkan segala kesyirikan. Memurnikan segala bentuk penyelewengan aqidah. Beribadah hanya kepada-Nya dengan cara yang paling sahih sebagaimana yang dibawa oleh utusan-Nya, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hambar di dunia, semoga Syurga di akhirat.

Dikhabarkan dalam Shahih al-Bukhari, ada Nabi yang berdakwah hanya berjaya membawa beberapa pengikut, dan ada pula yang langsung tidak memiliki sebarang pengikut.

Apa yang penting adalah... Prinsip tetap prinsip. Kalau prinsip digadai, di mana hendak kita hadapkan muka nanti?

30 comments:

Tanpa Nama berkata...

ini bukan masalah mengejar jawatan..

kalau nawawi berjalan2 di pasar contohnya..dimana kedapatan di sana tidak ramai yg mengenal nawawi..adakah nawawi dgn tiba2 boleh berdakwah dgn mereka?

mereka kenal ke sape nawawi?

para nabi men'declare' dulu bahawa mereka adalah utusan Allah..baru mereka selepas itu berani dlm menyampaikan dakwah

kalau nawawi seorg yg diiktiraf sbg ulamak..atau ustaz barangkali..dan ramai org mengenali nawawi..jd tidak mengapa kalau nawawi nak berdakwah di pasar atau pn di mana2

jawatan ustaz itu penting..supaya org tau dia ustaz..

bukanlah ustaz ni mementingkan jawatan..

dan jangan silap sangka..org yg menggelarkan mereka ini ustaz..bukan mereka menggelarkn diri mereka..

nawawi berjalan lah di pasar malam..lalu serulah org ramai datang ke masjid utk menunaikan solat maghrib..agak2 berjayakah saudara nawawi??

bila PAS nak buat negara Islam..nawawi mcm merperkecilkan..

voltox

Salafi Newbie berkata...

Ana rasa enta 'Tanpa Nama' mungkin mengandaikan bahawa tanpa kuasa/jawatan maka segala usaha dakwah itu sia-sia.

Itu tidak benar.Dakwah tidak perlukan apa jawatan atau kuasa atau gelaran ustaz atau lebai atau haji di hadapan nama.

Permasalahan dengan para agamawan di negara kita adalah mereka sibuk-sibuk nak hukum dengan hukum Islam tapi terlupa nak tarbiyah manusia dengan Tauhid yang sebenar.Inilah yang dimaksudkan dgn foundation.Bila tauhid dan aqidah itu lemah, dapat negara pun belum tentu kita boleh laksanakan hukum-hakam Allah dengan betul.

Nak laksanakan hukum hudud dan nakdirikan negara Islam, tapi anak-anak muda kita masih lagi puja artis daripada puja Allah,Mereka lebih suka penuhkan ruang konsert daripada penuhkan ruang-ruang masjid.Perlu ada keutamaan di dalam usaha dakwah.

Dan anta tak boleh andaikan jika kita takder apa-apa pangkat di dalam agama nie, kita tak boleh gie berdakwah.ini adalah satu pandangan yang jumud dan memperkecilkan skop dan usaha dakwah.kita kalau nak berdakwah nie, siapa saja boleh gie berdakwah.Tak payah declare diri dia ulama atau ustaz (ulama' dan ustaz pun kebanyakan di Malaysia nie kebanyakan masih lagi buat 'dakwah makan gaji' atau 'dakwah punch card') kat sapa-sapa pun kita boleh berdakwah.Medium untuk berdakwah pun dah banyak.Internet, blog, dan mcm-mcm lagi.Dakwah tue skop dia luas.Jangan sempitkan fikiran.Sbb tuelah anak-anak muda kita masih dok jadi mat rempit, masih dok jadi kutu-kutu lepak dan mcm-mcm perangai lagi.

Sebab apa anta rasa mustahil untuk berjalan di pasar malam dan gie seru org kat pasar malam tue gie masjid?sebab anta takdak Al-Wala' dan Al-Bara'...org Islam nie, kalau ada al-wala' dan al-bara', maka gemilanglah Islam itu dan gerunlah org2 kafir semuanya...dan al-wahn pun kita dapat hilangkan dari dalam hati kita kalau Tauhid kita tip-top.InsyaAllah

Tanpa Nama berkata...

bagi teman.. dakwah yang effektif perlukan jemaah or pertubuhan yang mempunya asas dakwah nabi. Bila kita dakwah, maka kita bawa nama jemaah kite.. orang senag kenal jemaah dan prinsip kita, kita boleh citer dng senag dan yakin.

Kita dakwah secara individu buleh... tapi kita kena tahu la apa2 tertib dan isi2 dakwah.. kalu pagkat ustad macam en nawawi ni leh la kot... tapi kalalu org wam tahap2 kita ni perlua ada jemaah yag dipimpin amir yang memberi gude tetang dakwah.. kalu x takut nanti dakwah terpesoang dan orag x faham kita dan dituduh individu sesat lak...
harus diingat, dakwah itu tugas besar pasal semua nabi2 diturunkan untuk dakwah yg berasas mengenalkan manusia pd penciptanya, jadi jangan dakwah guna cara dan otak sendri jer.. silap agaya, org makin jauh dng islam

adalak org kata, aku dawah dlam internet jer x cukup.. mana la nak cukup.. dakwah nabi kena jumpa org.. itu sunnah nye.. jadi kita fikirkan lah.. dan adakah dakwah kite buleh memperbaiki diri dan org lain

walhualammm

Tanpa Nama berkata...

nawawi seolah2 mencerca alim ulamak dgn mengatakan mereka mengharapkan jawatan..ini sudah silap..

aku cuba memberikan contoh yg mudah..

tapi betul kata mankip..mungkin ustaz nawawi boleh berdakwah..dan org2 awam mmg perlu berjemaah..mcm geng2 tabligh..

pasal hukum hudud tu..ini hukum Allah..nape nak persoalkn..kalau ye pun ramai yg tak solat..ramai puja artis..ia tetap hukum Allah..tidak boleh dipersoalkn..

anak2 muda yg memuja artis ni..merempit ni..disebabkn oleh kepimpinan yg ada skrg..

tp bila aku ckp cmni..nawawi pasti marah..sbb ada post dia sebelum ni..jgn salahkn pemimpin..salahkan rakyat..

voltox

Tanpa Nama berkata...

Pengecat bintang, aku tak rasa voltox cuba mengatakan, kalau xda pangkat xleh dakwah. Bagi aku, kenyataannya lebih kepada, kalau ada pangkat maka orang lebih pandang. Kalau ada kuasa maka lebih mudah.

Aku tak setuju kalau Pengecat kata kena betul akidah anak2 muda dulu. Bila dah betul semua baru boleh buat negara Islam. (maaf la kalau salah faham)

Bagi aku sendiri, semuanya (kuasa dan dakwah mesti seiring). Kalau setakat nak dakwah tapi tiada usaha pencegahan (hukum syariat xlaksana), maka dakwah tu xberapa nak berkesan.

Sebab ada orang yang akan berubah dgn cara lembut. Dan ada orang berubah bila takut/cara kasar (hukuman). Dan hukum Syariat juga adalah satu lagi bentuk dakwah. Siapa kata hukum itu sendiri bukan dakwah?

Itu yang aku nampak PAS buat. Hukum Islam depa terap. Usaha dakwah juga mereka buat. Mereka kenalkan org muda dengan seni hiburan Islam, mereka turun pada malam keraian, mereka turun bagi penerangan, kempen etc etc.

Aku tak rasa Voltox kata mustahil kita dakwah kat pasar malam. Aku nampak Voltox cuma tanya keberkesanan dengan status kita. Dan aku rasa dia bercakap berdasarkan situasi dan perasaan orang hari ini.

Bagi aku antara dakwah dan menegakkan hukum, kedua-duanya perlu seiring. Ada ke dalil yang kata kena dakwah dulu lepas habis settle baru buat hukum? Kalau ada bagi ayat berapa hadis no berapa. Hehe

Aku setuju dengan mankip. Orang2 'ustad' macam Nawi boleh dakwah sorang2. Orang awam macam kita perlu ada jemaah.

Sekian, Wallahua'lam..

Salafi Newbie berkata...

Mungkin Nawawi tak maksudkan sebegitu (cerca ulama' dsbgnya), mungkin beliau mengkritik sebahagian daripada mereka...

Ana tak persoalkan hukum hudud...cuma sebelum kita nak laksanakannya...kita kena didik dulu manusia asas-asas tauhid yang kukuh...itu adalah lebih utama...jika kita terus pergi kepada hukum hudud kita hanya akan melahirkan generasi yang takut dengan hukuman bukan benar-benar bertaqwa dan beriman kepada Allah.

Ana tak menentang mana-mana golongan yang bercita-cita untuk mendirikan daulah Islam, malahan ana menyokong.Tetapi harus ada keutamaan pada perlaksanaannya..

Wallahu'alam

Salafi Newbie berkata...

Mungkin setiap daripada kita ada pandangan yang berlainan, tetapi jika matlamatnya adalah satu (mencari keredhaan Allah), tak salah jika ada kekhilafan dalam soal ini.Mungkin ana mempunyai pandangan yang berlainan dan antum sume ada pandangan yang berlainan...
Mudah-mudahan kita semua diberi petunjuk oleh Allah sentiasa...InsyaAllah

Assalamu'alaikum

Salafi Newbie berkata...

Ana tak cakap Pas atau mana-mana jamaah di Malaysia ini tak buat dakwah.Mungkin dakwah mereka tidak menyeluruh atau kurang luas skopnya.Mungkin kita perlu revise kembali dan bertanya kepada diri kita sendiri apakah usaha dakwah kita itu mencukupi dan benar-benar berlandaskan apa yang dianjurkan oleh Islam.Mungkin kita terlalu mengutamakan usaha nak merebut negara dan terlupa nak tarbiyah manusia dengan sebenar-benar tarbiyah.Ana cuma bimbang kalau2 bila dah dpt kuasa ke lain pula jadinya disebabkan kelonggaran pada asas-asas tauhid manusia.

Tauhid ini luas pemahaman dan konsepnya.Ana yakin jika kita semua menumpukan usaha kita kepada mengukuhkan asaas-asas tauhid ini di dlm jiwa generasi muda kita, insyaAllah Islam akan kembali gemilang di mana-mana sahaja jika bukan hari ini mungkin esok atau lusa...

Wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

Ermm. Kenapa? Apakah asas tauhid kita sekarang ini salah?

Akidah kita akidah salafussoleh, akidah ahli sunnah wal jamaah. Allah maujud bi la makan. Allah wujud tanpa tempat. :)

Akidah kita dah lama betul. Cuma 'Wahabi yang perasan salafi' saja yang kata tak betul. Hehehe..

Sebab itu usaha Wahabi tak selesai2. Sebab depa ni nak membetulkan sesuatu yang dah sedia betul. Memang takkan selesai punya.

Tanpa Nama berkata...

Kali ni cuba buka o....tak ckt, oh ikan goreng. slps dalil2 naqli sume kau petahkan. Allah swt telah menciptakan langit dan bumi. Kemudian Allah telah menyatakan berkehendak menuju ke langit. dan menempatkan diri di situ sebagaimana banyak firmannya dalam Al Quran..banyak deh. Yang kau pulak degil kata tak bertempat2. kalau org lain la cakap kat aku,"weh kau apesal ko duduk kat meja hujung tu?!!!"..Aku akan jawab dgn SPONTAN: SUKE HATI AKU ARRRRR!

P/s : bahasa di ats adalah bhs ORANG AWAM yg mudah di fahami. Harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

Sincerely, aku tak paham benda yang peratah ni cakap.

Jawapan untuk soalan-soalan peratahku itu dah lama dijawab kawan2 aku di topik 'Kenapa dia tak akui di mana tuhannya'.

Jadi kalau si peratah nak bincang, pi sana..

Bye..bye..

Jangan ratah banyak sangat ikan goreng. KOlesterol minyak tinggi. Nanti sakit jantung pulak. Hehehe

Tanpa Nama berkata...

Rupanya geng2 Wahabiyyun ni tak paham tajuk. Mereka suka melarikan tajuk. No wonder payah nak berkembang.

Orang cakap pasal keperluan dakwah, perlukah didahulukan antara dakwah dan hukuman atau perlukah diseiringkan, budak-budak ni pergi bantai bab ayat mutasyabihat pulak.

Dah takda kerja sangat ke?

Nak bantai biarlah bertempat. Dan biarlah berdalil. Sungguh aku nak bagitau peratah, aku orang awam dan aku tak faham benda bahasa dia guna w/pun dia kata itu bahasa orang awam. Aku rasa itu bahasa kampung dia kot. Tak pun bahasa terpencil yang dia syok sendiri.

Aku setuju dengan ikan goreng. Dakwah dan pelaksanaan syariat perlu seiring..

Tanpa Nama berkata...

Dalam Pas ada alim ulama yang berdakwah dan pada masa yang sama terlibat dengan gerakan siyasah.

Apakah artikel ini menafikan tindakan mereka?

Setahu saya, ayat-ayat makkiyah (yang diturunkan di Mekah) sewaktu Nabi Muhammad s.a.w berdakwah di Mekkah tidak hanya soal akidah semata-mata. Malah ada yg berkaitan dengan akhlak-akhlak seperti pembunuhan anak-anak perempuan hidup-hidup. Ada juga tentang perniagaan. APAKAH ayat-ayat makkiyah hanya berkaitan akidah semata-mata?

dan apakah setelah era Madinah rasulullah s.a.w tidak lagi menumpu aspek-aspek akidah?

bukankah peristiwa bai'ah aqabah 1 dan 2 berlaku sebelum hijrah? Bukankah hubungan diplomat Rasulullah s.a.w dengan al-najasy (inter-religious connection) dan juga hubungan diplomat ini berlaku sewaktu era Mekkah lagi?

kalau dakwah akidah yang dimaksudkan oleh artikel ini - bolehkah berikan contoh-contohnya. Bagaimana dakwah akidah Rasulullah di Mekkah. Saya kira ada kelompongan dalam penerangan artikel ini kerana tidak berikan beberapa contoh tersebut.

Harap boleh dijelaskan.

Tanpa Nama berkata...

betul la tu ikan goreng..mmg itu yg aku maksudkan..

pengecat bintang agak terbuka dan berlapang dada..berbanding peratah ikan goreng..

buat apa nak bertekak pasal Tuhan dilangit, Tuhan tak bertempat..kalau itu iktikad masing2..guna pakai je la..tp tak perlu la bertekak..sehingga menghukum..hakikatnya Tuhan yg dikatakan dilangit dan Tuhan yg dikatakan tidak bertempat ialah Tuhan yg sama..masing2 ada hujjah masing2..tp utk menghukum tu tak perlu la..

berkenaan hukum hudud tu..bila pengecat bintang kata..anak2 muda skrg memuja artis..merempit dan sebagainya..cuba teliti dgn mendalam..sape yg membenarkn 'kewujudan' artis yang berleluasa kat malaysia ni..kalau pihak pemimpin bersikap tegas mengharamkan semua2 tu..maka insyaAllah tiada istilah anak2 muda memuja artis..

ini tidak..pemimpin kita sendiri pn sama..bila ada majlis besar2an..mesti ada artis jemputan..bila pemimpin juga memuja..apatah lagi rakyat jelata..

tp nawawi tetap kata..jangan salahkan pemimpin..hingga harga minyak naik masa bulan jun hari tu..nawawi suruh kita bersabar..kalau naik sebab ada alasan kukuh takpe la suruh org bersabar..kami pun ada hujjah untuk mengatakan mengapa kami tidak bersabar..cuma tidak ada dalil dan nas yg sahih je utk dikemukakan kepada nawawi..

pendek cite..pemimpin kita lah punca utama..


voltox

Tanpa Nama berkata...

gaya, prinsip, falsafah, ustad nawawi sma dengan pendangan rufaqa, ashari mohd... pandangan itu pun betul.. tapi katagori x menyeluruh gak... ;-)

Tanpa Nama berkata...

amat keterlaluan sekali bila anda mengatakan kebanyakan ulama di negara ini gila kuasa ..
janganlah kita suka menghukum wahai orang yang "bijak agama " ?

Tanpa Nama berkata...

Persoalan dakwah memang penting. Dakwah bil hal dan dakwah billisan.
Tentang teknik dakwah memang kita kena fahami cara nabi. Tentu berbagai cara digunakan mengikut tempat, situasi dan keadaan,bahkan berbeze dari satu individu dengan yang lain.
Soal zaman mekah atau madinah, agak sukar nak kita tentukan zaman mana sekarang sebab keadaan nya sudah bercampur campur. Oleh itu kita tidak patut menentukan kita kena pakai satu satu bentuk dakwah .Ini kerna kemajuan perkembangandan penghayatan Islam berbeza dari satu teempat ke satu tempat, ada yang basic dan ada yang sudah advance.
Dari segi prioritinya memang kita setuju ditumpukan kepada akidah kerana ia adalah paksi, fondisi dan asas. Dari akidah yang sohehlah terbitnya syariat dan nilai akhlak yang soheh pula.
Namun demikian ada pehak yang telah aktif dalam gelanggang pemerintahan atau siasah untuk mendapat tempat bagi melaksanakkan kuasa.mungkin tidak bijak jika menasihatkan mereka supaya meninggalkan posisi yang telah mereka kuasai untuk bermula dengan dakwah akidah. Yg mereka patut faham ialah kepentingan akidah dan berjuang di posisi masing masing.Dakwah pendidikan bagi pembetulan akidah perlu diteruskan oleh semua pihak dan perlu ada penyelarasan diantara penndakwah, ustaz di masjid dengan penguasa pendakwah yang berjawatan.Kalau perlu patut ada orang tengah yang menyambungkan antara kumpulan pendakwah ini.wallahu 'alam

Tanpa Nama berkata...

Cara Dakwah politik dan dakwah yang didasari oleh akar akidah yang belum mantap bukan lah cara Nabi saw..

Bak kata Abdulullah Ibnu Mas'ud ketika orang melakukan Bida'ah:
"Apakah kalian berada diatas satu agama yang lebih benar dari agama Muhammad, atau kah kalian mahu membuka pintu kesesatan"

Wallahua'lam..

Tanpa Nama berkata...

Apa bukti akidah kita belum mantap?

Atau belum mantap disisi Wahabi?

Kalau hujah jawapan pun di delete, macammana nak tau benar atau salah?

Umat zaman dulu, bila diberi hujah kebenaran, depa tutp telinga dengan jari-jari.

Orang zaman kini, bila dibagi hujah kebenaran, depa pergi delete.

Perangai lebih kurang...

Tanpa Nama berkata...

koorang kena faham lah baik2.. dakwah dan belajar ilmu agama tu dua perkera yg jauh berbeza... jangan aggap kita dah belajar agama tingi2 dan mengagar bejuta2 org kite dah berdakwah.. sebnarnya anda hanya ajar ilmu pd orng bukan bagi kefahaman islam. kefahaman islam hnya boleh dibagi dng dakwah..

harap faham ni...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama (majhul) berkata:

"Persoalan dakwah memang penting. Dakwah bil hal dan dakwah billisan.
Tentang teknik dakwah memang kita kena fahami cara nabi. Tentu berbagai cara digunakan mengikut tempat, situasi dan keadaan,bahkan berbeze dari satu individu dengan yang lain.
Soal zaman mekah atau madinah, agak sukar nak kita tentukan zaman mana sekarang sebab keadaan nya sudah bercampur campur. Oleh itu kita tidak patut menentukan kita kena pakai satu satu bentuk dakwah .Ini kerna kemajuan perkembangandan penghayatan Islam berbeza dari satu teempat ke satu tempat, ada yang basic dan ada yang sudah advance.
Dari segi prioritinya memang kita setuju ditumpukan kepada akidah kerana ia adalah paksi, fondisi dan asas. Dari akidah yang sohehlah terbitnya syariat dan nilai akhlak yang soheh pula.
Namun demikian ada pehak yang telah aktif dalam gelanggang pemerintahan atau siasah untuk mendapat tempat bagi melaksanakkan kuasa.mungkin tidak bijak jika menasihatkan mereka supaya meninggalkan posisi yang telah mereka kuasai untuk bermula dengan dakwah akidah. Yg mereka patut faham ialah kepentingan akidah dan berjuang di posisi masing masing.Dakwah pendidikan bagi pembetulan akidah perlu diteruskan oleh semua pihak dan perlu ada penyelarasan diantara penndakwah, ustaz di masjid dengan penguasa pendakwah yang berjawatan.Kalau perlu patut ada orang tengah yang menyambungkan antara kumpulan pendakwah ini.wallahu 'alam"

Saya katakan:

Janganlah kita menghalalkan apa yang Allah haramkan, dan jagan pula mengharamkan apa yang Allah halalkan.

Jika suatu perkara telah jelas haramnya, maka kita hendaklah berusaha utk meninggalkannya.

Berkenaan alasan saudara:

"mungkin tidak bijak jika menasihatkan mereka supaya meninggalkan posisi yang telah mereka kuasai untuk bermula dengan dakwah akidah"

Maka, saya katakan:

Adalah lebih tidak wajar jika kita bertopengkan dakwah lantas bertindak dengan memaksa org yang sudah ditampuk pemerintahan supaya segera meletakkan kuasa.

- Persoalannya sekarang, bagaimana saudara memahami aqidah?

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama (majhul) berkata:

"pasal hukum hudud tu..ini hukum Allah..nape nak persoalkn..kalau ye pun ramai yg tak solat..ramai puja artis..ia tetap hukum Allah..tidak boleh dipersoalkn"

Sayua katakan:

Jangan kalian membicarakan soalnya hudud, jika kalian sendiri tidak mengerti apa itu hudud. Jangan kalian sibuk mahu potong tangan orang, tetapi kalian meninggalkan dakwah aqidah dan solat. Maka, jangan disalahkan orang yang tidak mengerti aqidah dan tidak mengerti solat, jika kalian tidak mendakwahi mereka dengan cara yang betul dengan membawakan petunjuk yang benar bagaimana untuk beraqidah dan bagaimana untk bersolat dengan cara yang tepat lahi paling sahih seperti nabi.

Jika lihat persoalan menegakkan hudud, bilakah masa hudud mula2 ditegakkan? Apakah di era awal kemunculan Islam, atau setelah gemerlapannya Islam? tidak lain, melainkan setelah manusia mengerti soalnya asas-asas agama yang benar. Dan hudud bukan juga dikenakan kpd sembarangan orang.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama (majhul) berkata:

"berkenaan hukum hudud tu..bila pengecat bintang kata..anak2 muda skrg memuja artis..merempit dan sebagainya..cuba teliti dgn mendalam..sape yg membenarkn 'kewujudan' artis yang berleluasa kat malaysia ni..kalau pihak pemimpin bersikap tegas mengharamkan semua2 tu..maka insyaAllah tiada istilah anak2 muda memuja artis.."

Saya katakan:

Kenapa kalian tidak mahu mendakwahi pemimpin dan anak2 muda ini sekaligus?

Kalian hanya tahu mengecam. Maka, apabila dikenakan ISA, sibuk mahu marah2.

Sedangkan, Nabi dahulunya juga duduk di bawah pemerintahan yang kafir, muysrik, lagi zalim. Tetapi, adakah nabi melaksanakan dakwah ala-ala pemberontakan, bertindak menjatuhkan tampuk kuasa si pemerintah?

Kalau kalian mahu jatuhkan pemerintah dan mahu mengambil tampuk pemerintahan, disarankan supaya kalian berhijrah cari negara lain, jangan bernaung di bawah pemerintahan yang kalian mahu tumbangkan. Then, kalian boleh jatuhkan mereka dari luar. Lancarkan serangan dari luar. Nak kecam ke, nak kutuk ke, buat dari wilayah luar.

Maka, tidaklah kalian digelar sebagai pemberontak.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama (majhul) berkata:

"Kalau hujah jawapan pun di delete, macammana nak tau benar atau salah?

Umat zaman dulu, bila diberi hujah kebenaran, depa tutp telinga dengan jari-jari.

Orang zaman kini, bila dibagi hujah kebenaran, depa pergi delete.

Perangai lebih kurang..."

Saya katakan:

Perkataan kamu tu utk kamu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya si Nawi ini tidak faham erti demokrasi.

Demokrasi bukan menjatuhkan pemerintah sebab pemerintah sebenar adalah YDPA dan dia sendiri mengizinkan kita (rakyat) memilih pembantunya (ahli parlimen, PM, Menteri).

Kalau tak percaya, baca Perlembagaan Perkara 38 kalau xsilap.

Aqidah kita sudah betul. Hanya dilihat tidak betul oleh Wahabi.

Jadi, kita betulkan akhlak dan negara seiringan!

Tanpa Nama berkata...

Kita mentaati dalam hal yang ma'ruf. Kita mengingkari dalam hal yang maksiat.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa', 4: 59)

Tanpa Nama berkata...

salam..
saudara Nawawi
boleh post tentg Maal Hijrah
doa awal dan akhir tahun

Tanpa Nama berkata...

Degil rupanya dia ni. Dah dibuktikan hujahnya salah masih cuba lencong masuk bab lain..

Sukati kamulah Nawi..

A|dmin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MMohdSha berkata...

Salam,

"Di Mana Teras Kita (Foundation)?"

As-Syuura: 13
'Dia telah mensyariatkan kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). '[42:13]

TERASNYA;
"Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya."

Petikan entri, paragraf akhir;
"Apa yang penting adalah... Prinsip tetap prinsip. Kalau prinsip digadai, di mana hendak kita hadapkan muka nanti?"

Ar-Ruum:30
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,"

Kalau manusia itu tahu, Islam memang agama yang lurus, pasti dia;
"Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya."

Atau tanpa sengaja, manusia ter tak nak ikut wahyu tu, lalu menjadikan ramai manusia di M'sia ni pembanTERAS ISLAM.