http://an-nawawi.blogspot.com/
Wahai orang-orang parti politik!
Suatu ketika pernah kalian bersuara lantang,
Bergegar bumi mahu menegakkan negara Islam,
Namun kini, di mana itu semua?
Wahai orang-orang parti-parti politik!
Yang mahu menegakkan daulah Islamiyah,
Tetapi tidak mahu menegakkan tauhid.
Wahai orang-orang parti-parti!
Yang mahu menegakkan daulah Islamiyah,
Tetapi berganding bahu bersama pemusnah Islam.
Wahai orang-orang parti-parti!
Yang mahu menegakkan hukum qisas dan potong tangan,
Tetapi tidak mahu menegakkan hukum di hadapan pelaku syirik.
Meraikan sang syi’ah, muktazilah, khawarij, asya’irah, sufi, sekular, liberalisme...
Wahai orang-orang parti-parti!
Yang mahu membina jama'ah mapan kuat berjihad,
Tetapi sarang mu terpenuhkan dengan sang syi’ah, muktazilah, khawarij, asya’irah, sufi, sekularisme, liberalisme...
Yang akhirnya mebuahkan Neo-Pluralisme.
Wahai orang-orang parti-parti!
Yang bergaduh berebut selembar tanah jajahan,
Tapi tidak menyedari aqidah luput melayang.
Membiarkan dalil dan prinsip dipijak-pijak.
Wahai orang-orang parti-parti!
Yang mahu meninggikan syi’ar Islam,
Tetapi kelompok mu tempat bersarangnya bid’ah.
Tempat bersarangnya pencemaran aqidah,
Lubuknya kecelaruan dalam beragama.
Wahai orang-orang parti-parti!
Kasihanilah pengekor-pengekor (pengikut) mu,
Yang mendambakan ilmu dan tauhid yang murni,
Tetapi, perasaan amarah dan emosi yang kau terapkan.
Wahai orang-orang parti-parti!
Mari kita buka kitab para salaf,
Kita bersama cari ilmu untuk beramal,
Kembali di atas pijakan salafush soleh.
Meninggalkan kefahaman ala-jahiliyyah!
16 comments:
abis dimana puak salafi jgn menyalak je lebih cakap lebaT burak je lebih buat xnak
Terima Kasih wahai manusia berasa diri paling pandai dalam dunia!
Cuba lah cakap, apa yang geng2 Nawi ni buat selain drpd menyerang ulama', menghina ulama' dan tak ada adab berbeza pandangan.
GTH!
ulama dhirar biasala tu yg jadi ikutan nawawi
yea, marah dan marah lagi wahai puak hizbi..teruskan serang nawi dan memaki..itulah kerja dan diri kamu bukan..marah dan melenting sahaja..pandai kata orang tapi kamu lagi teruk perangai dan peribadinya..
Dah kerja Nawi pun memaki..
Takkan nak bagi aiskrim?
ya, kami puak hizbi memang keras, perang dan menentang sahaja yang kami tahu! mari kawan2 hizbi, kita bom saja nawi dan rakan2nya..mari kita syahid menentang kesesatan!
Atas ni bukan Hizbi Tegar, Tapi Wahabiyyun Fanatik..
Suka2 je fitnah kami. Dah xde kerja sangat lah tu..
Lainlah geng2 kamu. Penghina ulama'!
atas ni pulak la kot hizbi tegar..kata orang fanatik, suka1 fitnah..kamu pulak?
"Lainlah geng2 kamu. Penghina ulama'!"
Minta maaf. Memang geng2 kamu banyak hina ulama'. Contoh Al Ghazali pun kena hina. Tanyalah Nawawi kalau xpercaya..
laaa... ape kalut kalut ni, sepatutnya semua ulama kita patut hormati termasuk usaha nawi untuk berjihat di jalan Allah.
Tetapi, nawi dan para ulama tidak sama sekali bersifat maksum. Mereka pun manusia biasa. Yang baik dari mereka kita amik dan yang buruk kita sama-sama mintak keampunan daripada Allah bagi pihak mereka. kan setel....
apa larr korang ni.... ape kate aku cadangkan sama ada puak nawi or puak sape sape je lar... kita jangan ikut....kita ikut ajaran sejati yang Nabi bawak dan para-para sahabat baginda..... selamat dunia akhirat........
chak!
berehhhhhhhhhh
Hang la kalut puak berkecuali.
Cuba tengok benda yang si nawi ni tulis. Nak hormat ka lagu tu?
Apa? Kalau depa buat buruk kita mintak keampuann saja. Dah tu mana usaha nak membetulkan. Mana usaha nak menghalang orang dr terus terpengaruh pd geng2 yang tak mengaji agama betul tapi masih nak bercakap?
Mana usaha?
siapa lah kamu nak dibandingkan dengan dr. harun din ( 100 ulama terbilang dunia sekarang ) , dibanding dengan TG h.abdul hadi awang (nama nya disebut dikalangan gerakan islam dunia ) , TG nik aziz.. , adakah kamu berani menggelar Umno kelantan sebagai khawarij ( terkeluar dari islam ) , kerana menentang kerajaan islam kelantan ?? tanya tok guru rasul dahri kamu tu !!
Nawi, ko kene pakai body guard la lepas ni..aku risau keselamatan ko.. based on kata2 hizbi tegar:
"kita bom saja nawi dan rakan2nya"
juga pada rakan2 nye..aku pun kene berjaga2 gak ni..hehe =)
Weh asraf dinie. Tu bukan kata-kata hizbi tegar. Itu fitnah yang datang dr mereka yang benci kepada perjuangan hizb.
Kalau baca betul2, jelas itu satu sindiran dan penyamaran atas tujuan mencemar nama baik hizb.
Moga dibalas di akhirat kelajk orang2 sebegini~!
Assalaamualaikum ya akhi Nawi,
ana dah letak artikel ini di http://berita-harian-online.com
Nak dapatkan sedikit kelainan.
Terima kasih
Fathul Bari dah baca belum sajak ni? Mana tau jadi org kuat Perlis nanti, Nawi bokeh jai SU Politik dia
Catat Ulasan