“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Ahad, September 28, 2008

Hari Raya & Seribu Macam Kekalutan?

Hari Raya & Seribu Macam Kekalutan?

http://an-nawawi.blogspot.com

Kenapa bila tiba hari raya je, mesti sibuk kita nak minta maaf? Sampaikan dengan orang yang kita tidak kenal pun kita kena “minta maaf zahir & batin”?

Kenapa hari raya ini sampai dikhususkan dengan perbuatan bermaaf-maafan. Kenapa tidak di hari atau bulan yang lain? Di waktu yang lain?

Sampai ada yang berkata, “Kalau aku buat salah dengan dia pun, alaa... nanti hari raya, aku datang rumah dia minta maaflah.”

Waah! Mana dalilnya?

Sepatutnya, bukankah kalau kita ada melakukan kesilapan je terhadap seseorang, maka kita dituntut agar menyegerakan memohon maaf! Kenapa perlu tunggu hari raya?

Peliknya “orang kita” ni...

Yang keduanya, kenapa ketika tiba 1 syawal je, berebut-rebut orang pergi menziarahi kuburan? Nak tahu juga saya di mana dalilnya yang “men-sunnahkan” amalan tersebut tsabit dari seruan Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wa Sallam...

Kenapa tidak hari lain? Kenapa juga mesti kuburan yang dilawat itu adalah kuburan ahli keluarga kita? Ada atau tidak dalilnya? Kenapa mesti ketika di hari raya? Suatu yang sunnah ke untuk berhari raya di kuburan?

Lagi, lagi, lagi... kenapa bila datang kuburan je mesti kita bacakan al-Qur’an atau ber-Yasinan atau bertahlilan? Mana dalilnya ya...

Aku berfikir, macam manalah, orang-orang yang mati karam di lautan dan hilang di rimba tanpa ditemui mayatnya? Kasihannya mereka tidak mendapat bacaan al-Qur’an di kuburannya setiap pagi raya. Tiada orang yang mentahlilkannya.

Apakata kita lihat semula apa Nabi kata,

“Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Janganlah kamu jadikan kuburku tempat berhari raya”.” (Hadis Riwayat Ahmad & Abu Daud)

Maka, dua perkara inilah yang merupakan sebahagian dari kepelbagaian kekeliruan yang sering berlaku di dalam masyarakat kita.

Ini termasuklah kekalutan demi kekarutan yang lainnya seperti amalan marhaban, bara’an (popular di kalangan orang-orang jawa di Selangor & Johor), amalan melakukan rombongan/berarak bertakbir dari rumah ke rumah di ketika malam raya secara berjama'ah dengan dipandu oleh seorang imam/tekong dalam bertakbir, amalan memberikan duit raya, amalan memasang lampu raya dengan niat meraikan malam tujuh likur serta mencahayakan kehadiran syawal, dan juga amalan bernyanyian malah sehingga ada lagu-lagu khusus sempena hari raya. Bukan setakat lagu, ditambah juga dengan aktiviti berjogetan dan maksiat di antara kaum wanita dengan lelaki melalui acara tayangan filem, pesta tarian, lakonan, dan seumpamanya.

Berkenaan amalan-amalan ini sebenarnya ada sebahagiannya menyentuh persoalan aqidah yang menceduk amalan kaum Syi'ah dan sufi yang sesat (merujuk kepada kandungan marhaban/berzanji yang dibacakan), menyerupai amalan masyarakat Hindu dalam perayaan Deepavali-nya yang meraikannya dengan "Pesta Cahaya" iaitu dengan memasang lampu-lampu pelita malah mungkin termasuk kepada mengangungkan api daripada iktiqad kaum Majusi, manakala amalan duit raya pula kini seakan-akan menjadi suatu kewajiban yang mana niat kanak-kanak berkunjung ke setiap rumah sudah terarah untuk mengumpul sebanyak mungkin duit raya.

Ini tidak lain sebenarnya telah melalaikan dari maksud dan tujuan sebenarnya kita berhari raya yang mana untuk membesarkan dan mengangungkan Allah.

“Hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya (puasa Ramadhan) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) di atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, mudah-mudahan kamu mahu bersyukur”. (Surah al-Baqarah, 2: 185)

Tetapi diakibatkan kecelaruan, tokok-tambah, dan kejahilan tersebut, maka ia lantas menjadikan suasana hari raya berubah kepada hari menyekutukan Allah dan hari untuk merobek as-Sunnah yang suci dan mulia! Yang sepatutnya menjadi Syi'ar agama di hari tersebut semakin dilupakan dan terabai. Tetapi, tokok tambah yang jauh dari cahaya syari'at pula semakin diperjuangkan. Na'uzubillah...

14 comments:

Tanpa Nama berkata...

hmm ana setuju cuma amalan bertakbir dari rumah ke rumah itu pada ana tiada kekarutan di situ. sedarkah kita sepatutnya di malam raya kita sering terleka dengan pelbagai hidangan di tv. apa yg patut kita perbanyakkn adalah bertakbir, memujiNya. dan amalan dari ke rumah ke rumah itu diharapkan dapat menghidupkan takbir di setiap rumah. mmg tkde dalil yg menyarankan kita bertakbir dr rumah ke rumah tetpi ada logika di situ dalam mengajak orang mengingati Allah

wallauhu'alam

Tanpa Nama berkata...

Mungkin saya tersilap. apa yg saya cuba maksudkan sebenarnya adalah amalan bertakbir berjemaah dan dengan dipimpin oleh seorang imam/ketua/tekong. Mereka berarak dari rumah ke rumah.

Wallahu a'lam.

Kawanlama berkata...

Saudara Nawawi,

Mungkin saudara boleh berikan pula pula dalil yang melarang amalan bertakbir secara berjemaah atau bermarhaban dari rumah ke rumah.

Harap dapat dijelaskan.

Tanpa Nama berkata...

Adapun takbir yang sunnah dan diamalkan oleh para sahabat, mrk bertakbir tanpa berjemaah dan tanpa berpandukan satu imam. Mereka bertakbir sendiri2 (masing-masing). Maka, sesiapa yang mendahului mereka/mendahului petunjuk sunnah dengan mencipta (mereka-reka) kaedah takbir yang baru, maka ia ditakuti adalah termasuk dalam bentuk amalan yang bid'ah.

Bentuk2 takbir yang sunnah dan tsabit dari perbuatan para salaf, boleh semak di sini, http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/09/031-berhari-raya-menurut-sunnah-takbir.html

Adapun ttg marhaban dan berzanji, boleh semak melalui pautan yang disediakan dalam artikel.

Wallahu a'lam...

Tanpa Nama berkata...

Ya Sofea Hanna.. Setuju.

Bidaah ni panjang perbahasannya. Kalau mengaji ilmu Quran dan bahasa Arab, pendapat yang kuat adalah kalimat 'kullu' dalam kullu bidaatin dhalalah itu bersifat 'kullu yang tidak menyeluruh'.

Ibadat ini ada ibadat umum dan khusus. Bertakbir itu ibadat. Berarak dan dipimpin oleh imam itu wasilah (cara) atau kaedah. Kaedah ni pelbagai.

Cuma masalah orang kita, wasilah/kaedah itu dianggap 'wajib'. Tak cukup syarat bertakbir kalau tidak disertai berarak. Itu tak kena.

Nak bertakbir, bertakbirlah. Nak ziarah kubur, ziarahlah. Tapi jangan berhukum ziarah di Hari Raya itu lebih utama dari ziarah kubur di hari biasa. Sebab setahu aku tiada dalil menyokongnya.

Cuma, ya lah. Time rayalah baru ada masa nak ziarah kubur. Tu sebab, biasanya hari raya orang ziarah.

Ok, tu pandangan aku. Boleh Nawawi kalau nak hentam. Nak hina aku. Cuma harap, jangan dihina ulama yang tiodak sealiran..

Tanpa Nama berkata...

Persoalan ttg kalimah "kullu" sebenarnya telah saya letakkan di dalam blog aqidah yang boleh dicapai melalui link (pautan) berikut,

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2008/05/058-adakah-bidah-terbahagi-dua.html

FUNGSI KALIMAH KULLU

Kalimah "Kullu" menurut ahli bahasa adalah salah satu bentuk kata umum. Imam Syatibi menjelaskan kaedah hadis ini yang menekankan kalimah kullu, iaitu:


مَحْمُوْلٌ عِنْدَ الْعَلَمَاء عَلَى عَمُوْمِهِ ، لاَيُسْتِثْنَى مِنْهُ شَيْءٌ اَلْبَتَّة وَلَيْسَ فِيْهَا مَا هُوَا حَسَنٌ اَصْلاً


"Menurut ulama, hadis ini diterapkan pada keumumannya tanpa ada pengecualian apa pun darinya. Pada bid'ah (di hadis ini pula) sama sekali tidak ada yang disebut (bid'ah) yang baik". (الفتوى Hlm. 180-18 Syatibi. Lihat: علم اصول البدع hlm. 91 Ali Hasan)

Antara fungsi kalimah (كُلُّ) yang digunakan oleh hadis di atas, dapat difahami dan diertikan dengan betul dan sempurna hanya melalui tatacara dan kaedah Bahasa Arab sahaja yang mana kalimah tersebut hanya boleh diertikan kepada makna: "Semua atau Kesemuanya".

Kalimah atau perkataan (كُلُّ) di dalam hadis ini adalah kalimah yang digunakan dalam Bahasa Arab untuk menjelaskan kepadatan atau kepastian yang semata-mata hanya memberi makna "Semuanya". Kalimah ini juga diistilahkan sebagai kalimah (جَامِعَةٌ) yang digunakan dalam Bahasa Arab hanya untuk menerangkan atau menunjukkan "kesemuanya atau keseluruhannya" tanpa adanya pengecualian sama sekali.

Dengan penjelasan ini perlu diberi penekanan dan perhatian yang serius bahawa kalimah (كُلُّ) dalam Bahasa Arab hanya memberi makna, erti dan maksud: "Semuanya atau Keseluruhannya". Ia sama sekali tidak boleh diterjemahkan kepada makna, erti atau maksud: "Separuh, Sebahagian atau Setengah". Maka hadis ini tidak membizakan dalam hukum antara satu bid'ah dengan bid'ah yang lain, iaitu tidak ada bid'ah hasanah dalam urusan agama.

Tambahan pula jika difahami kalimah kullu di hadis yang dibincangkan ini secara lahiriyah dan tabiinya menurut kaedah yang dimaksudkan oleh hadis tersebut, ia hanya memberi satu makna, satu maksud, satu erti dan satu tujuan iaitu "Setiap bid'ah itu pasti sesat" dan tidak boleh diertikan atau diterjemahkan kepada "Separuh, sebahagian atau setengah bid'ah itu baik (tidak sesat)". Menolak hakikat (istilah) kalimah ini samalah seolah-olah menganggap Nabi tidak tahu menggunakan istilah Bahasa Arab dengan betul maka anggapan serupa ini adalah kepercayaan yang dianggap bid'ah dan membawa kepada kekufuran yang nyata.

Dengan demikian tidak dapat diterima pendapat yang meyakini bahawa bid'ah dalam urusan agama terbahagi kepada dua, tiga atau lima bahagian kerana pembahagian seperti itu bertentangan dengan ketegasan dan maksud hadis-hadis yang menjelaskan bahawa hakikat bid'ah jika dilibatkan dalam persoalan syara adalah sesat keseluruhannya. Jika perbuatan menukar maksud dan makna kalimah kullu di hadis ini disengajakan sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian pengikut yang berpegang kepada kaedah mantik yang dipengaruhi oleh kaedah Yunani, ia adalah perbuatan yang fasik dan batil.

Secara ilmiyah, apabila dikembalikan kepada penilaian bahasa al-Quran kalimah atau perkataan (كُلُّ) yang terdapat di dalam al-Quran atau al-Hadis hanya memberi makna "kesemuanya" atau "keseluruhannya".

Untuk memahami satu-satu ayat atau kalimah yang terdapat di dalam al-Quran mestilah melalui panduan dan penafsiran yang telah disyaratkan oleh al-Quran itu sendiri, kemudian barulah melalui panduan as-Sunnah. Begitu juga, cara untuk memahami al-Hadis dan satu-satu kalimah dari hadis-hadis yang sahih dengan betul dan sempurna mestilah melalui al-Quran terlebih dahulu.

Dengan itu untuk memahami kalimah (كُلُّ) di hadis yang sahih ini tentulah melalui landasan kalimah yang seumpamanya yang banyak terdapat di dalam al-Quran. Kalimah kullu ini dapat difahami melalui firman Allah sepertimana di bawah ini yang menggunakan kalimah yang sama dan mempunyai fungsi yang serupa:


كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ


"Setiap yang hidup akan merasai mati". (Ali Imran, 3: 185)

Kedudukan kalimah (كُلُّ) pada ayat ini menunjukkan bahawa kalimah kullu tersebut hanya memberi maksud dan makna "semua, setiap atau keseluruhan" tanpa adanya pengecualian. Iaitu: "semua, setiap atau keseluruhan yang hidup akan mati" kerana inilah kenyataan yang wajib diyakini oleh setiap orang Islam yang beriman dengan keseluruhan ayat-ayat al-Quran bahawa setiap atau keseluruhan (كُلُّ) yang hidup akan menghadapi kematian kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana juga firman-Nya:


كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُوْالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ


"Kesemua yang terdapat di bumi akan binasa dan hanya yang tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan". (ar-Rahman, 55: 26-27)

Kedudukan kalimah kullu (كُلُّ) di ayat pertama mempunyai konsep dan fungsi yang sama dengan kedudukan kalimah kullu yang terdapat pada ayat yang kedua. Begitu juga kalimah (كُلُّ) pada kedua-dua ayat di atas ini mempunyai fungsi yang sama pula dengan kalimah kullu di hadis sahih yang telah kita bincang dan jelaskan.

Menafsirkan kalimah (كُلُّ) pada kedua-dua ayat di atas kepada pengertian separuh, setengah atau sebahagian adalah merupakan penafsiran atau pengolahan yang fasik lagi batil kerana bertentangan dengan kaedah penafsiran yang betul.

Telah terbukti bahawa kalimah kullu yang terdapat pada hadis tentang bid'ah yang sering menjadi isu ini tidak boleh dimaksudkan, diertikan, disyarahkan atau diterjemahkan kepada pengertian sebahagian, setengah atau separuh sebagaimana perbuatan segolongan ulama mantik kacukan Yunani kerana ia bertentangan dengan maksud hadis dan makna dari pengertian kalimah (كُلُّ) di dalam al-Quran dan juga hadis tersebut.

Menurut kaedah atau ketetapan ilmu usul jika sesuatu kalimah diulang berkali-kali di beberapa tempat sebagaimana diulang-ulangnya kalimah kullu (كُلُّ) dalam menetapkan bahawa "setiap (كل) bid'ah itu sesat", maka apabila ia terdapat dalam dalil-dalil (al-Quran, al-Hadis dan athar yang sahih) maka ia menjadi dalil syarii kulli (دليل شرعي كلي) iaitu: "Pasti setiap (كل) bid'ah itu sesat."

Penolakan adanya bid'ah hasanah dikuatkan dengan kenyataan bahawa tidak pernah terkeluar atau terucap dari mulut Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam yang mulia walaupun sebuah sabda yang menerangkan adanya bid'ah hasanah (bid'ah yang baik) di dalam amal-ibadah atau akidah. Sebaliknya, pendapat dan ucapan yang mengatakan adanya bid'ah hasanah hanyalah berpunca dari kekeliruan pemahaman istilah bahasa atau hasil dari kata-kata serta pendapat yang direka oleh ulama suk dan bukanlah berdasarkan al-Quran, as-Sunnah atau athar yang sahih.

Pada hakikatnya tidak mungkin ada bid'ah hasanah dalam agama kerana secara jumlah bid'ah semuanya maksiat sebagaimana penjelasan as-syatibi:


وَلاَ شَكَّ اَنَّ الْبِدَعَ مِنَ الْجُمْلَةِ الْمَعْصِيَةِ


"Tidak dapat diragukan bahawa bid'ah secara keseluruhannya adalah maksiat." (Lihat: الاعتصام. Jld. 2. Hlm. 60)


وَانَّ السَّلَفَ لَمْ يُطْلقُوْا لَفْظَ الْبِدْعَةِ اِلاَّ عَلَى مَا هُوَ فِى نَظرِهِمْ مَذْمُوْم


"Sesungguhnya (para ulama) salaf tidak pernah menggunakan lafaz bid'ah kecuali terhadap apa yang mereka dapat tercela (maksiat)." (Lihat: البدع hlm. 182. 'Izzat 'Atiah)

Terdapat segolongan mubtadi' (pembuat bid'ah) beralasan bahawa kalimah "Kullu" dalam hadis yang sedang dibincangkan tidak menunjukkan erti umum dengan dalil bahawa Allah berfirman:


تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِاَمْرِ رَبِّهَا


"Yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya". (al-Ahkaf, 56: 25)

Pembuat bid'ah seterusnya beralasan: Dalam ayat yang mulia di atas ini angin tidak menghancurkan segala sesuatu, maka hal ini menunjukkan bahawa kalimah "Kullu" tidak sentiasa menunjukkan erti yang bersifat umum.

Sebagai jawapan terhadap kesilapan mereka, bahawa kalimah "Kullu" dalam ayat di atas menunjukkan erti umum, sebab angin itu menghancurkan segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah untuk dihancurkan dan tidak segala sesuatu yang terdapat di dunia. Penjelasan ini berdasarkan tafsiran Ibn Jarir:


اِنَّمَا عَنَى بِقَوْلِهِ : { تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِاَمْرِ رَبِّهَا } مِمَّا اُرْسِلَتْ بِهَلاَكِهِ لاَنَّهَا لَمْ تُدَمِّْ هُوْدًا وَمَنْ كَانَ آمَنَ بِهِ


Sesungguhnya yang dimaksudkan Allah dengan firmanNya: Yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya. Adalah bahawa angin menghancurkan segala sesuatu yang dikehendaki oleh Allah untuk dihancurkan. Sebab angin tidak menghancurkan Nabi Hud alaihis salam dan orang-orang yang beriman kepadanya". (Lihat: تفسير الطبرى (13/ 26-27))

Imam al-Qurtubi rahimahullah pula menafsirkan ayat di atas sebagai berikut:


اَيُّ كَلُّ شَيْءٍ مَرَّتْ عَلَيْهِ مِنْ رَجَالِ عَادٍ وَاَمْوَالِهَا


"Maksudnya, yang dihancurkan hanyalah segala sesuatu yang dilewati angin dari kaum 'Ad dan harta mereka". (الجامع لاحكام القرآن (16/206). Al-Qurtubi)

Begitu jugalah dengan pendapat para ulama tafsir yang lain tentang kalimah "Kullu" di ayat di atas. Oleh itu, menggunakan dalil bahawa kalimah "Kullu" dalam hadis tidak mengundang erti umum tidak dapat dijadikan hujjah sama sekali.

Syeikh Mulla Ahmad Rumi al-Hanafi amat tegas dalam perkara ini sehingga beliau berkata:


فَمَنْ اَحْدَثَ شَيْئًا يَتَقَرَّبُ بِهِ اِلَىاللهِ تَعَالَى مِنْ قَوْلٍ اَوْ فِعْلٍ ، فَقَدْ شَرَعَ مِنَ الدِّيْنِ مَا لَمْ يَاْذَنْ بِهِ اللهُ فَعُلِمَ اَنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ مَنَ الْعِبَادَةِ الدِّيْنِيَّةِ لاَ تُكُوْنُ اِلاَّ سَيِّئَةً


"Sesiapa yang membuat perkara yang baru untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah, baik dalam bentuk ucapan atau perbuatan, sesungguhnya dia telah membuat syariat dalam agama dengan bentuk ibadah keagamaan, ia adalah bid'ah yang keji". (Lihat: علم اصول البدع hlm. 101 Ali Hasan)

ibnuadnan berkata...

legasi ummah..
sgt stuju..pndangan yg mantap

si nawee ni sbnaqny kliru apa yg dmaksudkn dgn zikrullah..dia pikiaq zikiq ni ngn lapah tertentu ja..

pendek kata..pndgn yg jumud n terttp..
bhs sopanny dsbut bangang

Tanpa Nama berkata...

Ya Nawawi, sebelum aku jawab, boleh jelaskan sedara belajar di mana dan kursus apa? Senang aku nak berhujah. Kalau budak Azhar, lain caranya. budak Uni Madinah, lain caranya. budak IPTA biasa, lain caranya.budak yang tak mengaji agama langsung,tapi memandai bercakap agama, lain caranya.

Hang kategori mana?

Belajar dahulu kaedah Usul Fiqh:

Al-Umum Bi Ma'na Al-Khusus.

“Keumuman (yang dinyatakan) membawa maksud yang khusus”

Contoh, ada beberapa ayat al-Quran yang ada kalimat Kullu, tapi kullu di situ tidak bermaksud menyeluruh.

1. “Kami bukakan kepada mereka pintu segala (kull) perkara” (6:44)

(Pengecualian: pintu Rahmat tidak dibuka);

2. “Semua (kull) akan dibinasakan kerana perintah Tuhannya” (46:25)

(Pengecualian: rumah kediaman, bukit bukau, langit dan bumi tidak
dibinasakan);

3. “Dan beliau telah diberikan ganjaran (yang banyak) akan segala (kull)
perkara” (27:23)

(Pengecualian: singgahsana Nabi Sulaiman a.s.)

Begitu juga dengan hadis:

1. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya, biji hitam ini (al-habbatul sauda') adalah ubat bagi segala (kull) penyakit kecuali mati”.

Sepakat para mufassir menegaskan bahawa kalimah ‘umum’ yang digunakan dalam hadith ini merujuk kepada sesuatu yang ‘khusus’. Maksud hadith ini sebenarnya ialah ‘banyak’
penyakit boleh disembuh dengan habbatul sauda’, walaupun kalimah ‘umum’ (segala) digunakan.

Ada lagi, tapi cukuplah tu. Buat apa tulis panjang2. Orang Bukan baca betul pun. Lain ditanya, lain dijawab.

Ingat sabda rasul:

Jika seseorang hakim itu berijtihad dan tepat ijtihadnya, maka beliau memperolehi dua pahala; manakala hakim yang berijtihad namun tersasar, maka beliau memperolehi satu pahala

Tanpa Nama berkata...

aku tlg jwb ye nawi,nawi stdy uitm.kos sains bio ape ntah.sbb tu dia cmni byk sgt gn akal.klw betul ngaji agama xderla teruk sgt cm ni kn...

Tanpa Nama berkata...

Bagi mereka yang memahami pengertian bid'ah, maka ianya adalah mudah. Ianya jelas. Bid'ah yang dimaksudkan adalah bid'ah yg menjurus kepada "perkara2 baru" dalam urusan agama. Sedangkan dalam persoalan agama, dalam soal beraqidah, soal beribadat, semuanya telah ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam...

Maka, setiap bid'ah adalah dholalah.

Tanpa Nama berkata...

Tentang Zikir,

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/05/096-sunnahkah-berdoa-berzikir-dengan.html

Tanpa Nama berkata...

Oo.. student Uitm. Mengaji agama kat mana?

Tanpa nama, Nawawi ni takda lah teruk sangat. Ilmu ada. Adab kurang sikit. Ilmu kurang stabil. Sebab base ilmunya sama besar dengan puncaknya. Maka mudahlah runtuh. Sebab itu, ilmu mesti macam piramid. Basenya luas, puncaknya kecil tak apa. InshaAllah takkan runtuh..

Base asas kalau nak mengaji agama, kena master Bahasa Arab. Bukan sekadar boleh bercakap, tapi tahu kaedah bahasanya yang pelbagai. Tahu ma'ani, bade', bayan, kinayah dsb. Barulah boleh menggali kitab ulama silam. Bukan baca kitab software terjemahan oleh orang2 yang entah siapa. Nanti senang salah faham.

Bila mengaji pulak. Elakkan baca atau study kitab dengan banyak. Al-Umm baca, Muwatta' baca, last2 tak habis, dan ilmu tak sempurna. Mudahlah sesat. Ambil satu kitab ulama yang benar2 muktabar. Contoh Mauizatul Mu'minin atau kitab originalnya Ihya Ulumiddin (Al-Ghazali). Belajar depan tok guru yang betul2 tok guru, bukan belajar dengan drebar teksi, pilot atau salesman yang tak pernah mengaji agama dengan formal dulu.

Kemudian, bila nak membabitkan diri dalam soal hukum atau ijtihad atau sesuatu hukum yang lain dr kebiasaan, belajarlah kaedah2 usul fiqh. Belajar kaedah masadir tasyri' (gali dalil ke akar umbi). Belajar adab berbeza pendapat. Barulah boleh terbabit.

Pasal bidaah tu biarlah. Nawawi xsentuh hujah aku. Jadi, biarlah dia dengan kesimpulannya. Kita hormatlah pandangan dia dengan syarat dia hormat fiqh kita.. Benda fiqh ni kalau bergaduh, sampai kiamat tak habis..

Tanpa Nama berkata...

Meninggalkan perbahasan yang seperti ini adalah lebih baik bagi diriku.

Tanpa Nama berkata...

..macam macam...