“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Abu Daud, 4/318, no. 1301. An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286. Dinilai sahih oleh al-Albani)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Ahad, September 28, 2008

Tatakala Ustaznya Menjadi Nabi/Rasul

Tatakala Ustaznya Menjadi Nabi/Rasul

http://an-nawawi.blogspot.com

Akhir-akhir ini, seringkali aku bertemu dengan insan-insan tertentu lalu berbicarakan sesuatu. Jika sebelumnya, aku lebih pendiam. Tapi, kini aku kurang lagi bersifat seperti itu.

Aku lebih gemar untuk memulakan bicara apabila ketemu dengan sesiapa sahaja.

Ketika mahu bersolat pun aku berani untuk membuka bicara dengan jama’ah/makmum yang bersebelahan. Aku mengatakan, “Abang, rapatkan lagi saf kita ni. Kita sentuhkan dan rapatkan kaki kita. Jangan biarkan celah antara kita ni kosong.”

Begitulah antara script yang aku mulakan dalam bicara.

Setelah habis solat, abang tu kata, “Kenapa nak rapat-rapat? Tak selesa lah.”

Aku katakan, ada hadis nabi yang memerintahkan kita supaya berbuat begitu. Lalu abang tu pun berkata, “Emm, kalau macam tu, kenapa ustaz-ustaz tak de yang pernah cakap pun hal ni? Saya banyak kali juga solat bersebelahan dengan ustaz-ustaz, tapi diorang tak kata apa pun?”

Aku menjawab, “Emm, kita dalam beragama ni kena ikut Nabi abang. Bukan ikut ustaz. Ustaz tu ada kala tahu, ada kala tak tahu juga. Biasalah abang, kita sama-sama manusia kan... Dia juga bukannya nabi kan? Oh, ye. Kalau abang berminat nak tahu hal ni dengan lebih lanjut, nanti esok kita boleh jumpa lagi, nanti saya bawakkan fakta-fakta tentang saf ni.”

Abang tersebut menganggukkan kepala dan mengucapkan terima kasih.

Begitulah yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita. Tatkala berlaku sesuatu perselisihan dan perbezaan dalam soal agama sahaja, mereka akan mendakwa-dakwi dengan “Eh! Ustaz aku kata macam ni.”

Walaupun kita kata, “Ini ada hadis nabi saudara dalam persoalan ini”, “Tapi kan saudara, Nabi kata bukan macam tu, Nabi kata, macam ni...”

Mereka tetap juga berkata, “Maaflah, saya lebih yakin dengan ustaz yang saya telah belajar dengannya.”

Saya juga bertanya, “Ada dalilnya tak?”

Mereka lantas terdiam, kemudian mengatakan, “Mestilah ada, takkan ustaz saya tak tahu...”

Sungguh mengejutkan, rupa-rupanya sudah ramai nabi-nabi baru yang dilahirkan zaman ini yang mewarisi sifat kemaksuman dan pembawa syari’at yang baru!

Maka, renung-renunglah ayat Allah ini (maksudnya),

“Apa yang diberikan Rasul (Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam) kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah.” (Surah al-Hasyr, 59: 7)

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

ada ustaz jadi rasul ...Ustaz Rasul Dahri

aryna berkata...

yg disuruh merapatkan kaki tu, kaum wanita.. bukan lelaki...
naper ramai lelaki nak tiru wanita zaman sekarang nih.. subhanaALLAH... masyaALLAH...

Tanpa Nama berkata...

Rapatkan kaki dalam soal apa? Kalau dalam saf, kaki makmum dengan makmum sebelah kena rapat. Sila baca artikel saya di blog fiqh ttg soal merapatkan saf.
Ia tidak kira lelaki atau perempuan.

"Shollu kama ro'aitu muni usholli" - Solatlah kamu sebagamana kamu melihat aku (nabi) solat.

Maka, mcm mana nabi solat?

Tiada dalil yg sahih supaya perempuan meraptkan kaki kanan dengan kaki kirinya ketika solat. Wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Dalam persoalan Isbal, ramai lelaki wanita dah bertukar dengan lelaki. Yg lelakinya isbal. Yang perempuannya tak isbal.

Nak tau apa itu Isbal? Sila buat rujukan masing2. TQ

Tanpa Nama berkata...

Ustaz tu terlupa kot bagi tau abang tu. Merapatkan saf tu kan basic masa solat jemaah. Tok imam selalu sebut sebelum solat.

Kalau boleh, rapatkan hingga bahu bertemu bahu, jari kaki kelingking kiri kita bersentuh jari kaki kelingking kanan makmum sebelah.

Aryna salah faham kot. Bab ni, aku sangat setuju dengan an-Nawawi. :)

Tanpa nama, kalau boleh semasa nak menerang, terang sampai habis. Jangan nak terang, tapi macam tak nak terang. Akhirnya, yang tak tahu agama tapi baca, jadi gelap!

Itu adab berkongsi pendapat jugak tu.. :)

Boy Ipoh berkata...

Yg perrmpuan ikut bagaimana isteri nabi solat. Siti Aishah r.a

Bab bidaah ada pecahannya. Jika tidak, maka solat terawih 40 rakaat oleh sayyidina uthman dikira bidaah sesat. SBB is bukan dibuat oleh Zaman nabi dan bkn perintah nabi. Tp kalian juga kena ingat bhw sahabt semua dijamin syurga. JD bagimana bidaah seperti ITU dikira sesat atau dholalah? Jgn sampai kalian pun cam syiah yg menghina sahabt. Wallahu a'lam